View: 24537|Reply: 85
|
Bekas Mufti Selangor tidak boleh lupakan bagaimana beliau dipecat
[Copy link]
|
|
Bekas Mufti Selangor tidak boleh lupakan bagaimana beliau dipecat
Saturday, October 23 @ 20:44:51 MYT
RAWANG, 23 Okt (Hrkh) - Walaupun sudah lebih lima tahun berlalu, bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom masih tidak melupakan bagaimana beliau boleh dipecat dari jawatan itu.
Ketika memberikan tazkirah Ramadhan di Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri malam tadi, Dato' Ishak masih menceritakan peristiwa hitam itu
"Saya dipecat hanya dengan satu surat dari Ibu Kota kepada kerajaan negeri Selangor yang berbunyi 'Singkirkan Ishak Baharom. Dia penghalang kemajuan'," ceritanya kepada para hadirin.
Ia berlaku berikutan peristiwa beliau mengarahkan pihak penguatkuasa agama negeri Selangor bertindak ke atas tiga peserta pertandingan ratu cantik yang terdiri dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
"Saya bertindak begitu pula kerana saya masih ingat lagi kata-kata Tuanku Sultan Selangor, almarhum, ketika menyerahkan watikah perlantikan Mufti Selangor kepada saya.
"Baginda berkata, sekarang saya serahkan urusan agama negeri ini kepada Dato'. Jika Allah tanya saya di akhirat nanti apa-apa tentang agama, saya akan tunjukkan Dato' (sebagai orang yang bertanggungjawab). Saya pun jawablah kepada Tuanku Sultan, 'baiklah'," cerita Dato' Ishak kepada sidang hadirin.
Berdasarkan kepada itulah, katanya, beliau bertindak menangkap peserta ratu cantik yang sememangnya memakai pakaian tiga suku telanjang di depan beribu-ribu orang apabila memperagakan pakaian mandi dalam pertandingan itu.
"Saya ingat, saya akan naik pangkatlah selepas itu. Naik pangkat naik gaji. Ini kerana saya telah menjalankan tanggungjawab saya dengan baik iaitu melaksanakan tanggungjawab sebagai mufti.
"Rupanya tidak. Bukan pujian atau pangkat tetapi mudharat. Kerajaan negeri terima memo minta kerajaan negeri pecat saya," kata Dato' Ishak.
Beliau menyifatkan pemimpin negara yang ada sekarang lebih baik sedikit berbanding dengan pemimpin yang lalu.
"Apabila Mufti Perak berkata 'penganjur, penyanyi dan penonton konsert Sure Heboh berdosa kerana ia haram, saya dok ingat...tak lama lagi kenalah dia.
"Tetapi nampaknya pemimpin yang ada sekarang lebih baik sedikit. Dia tak arah pecat Mufti Perak. Cuma yang diarahkan jangan mainkan lagi isu itu. Semua media senyap sunyi tak main lagi isu itu. Kalau dia main lagi tentu mufti lain juga akan sokong Mufti Perak. Lagi susah dia," cerita Dato' Ishak.
Tazkirah Dato' Ishak malam itu mendapat sambutan luar biasa dari para hadirin.
Hampir kesemua mereka bangun dan pergi bersalam dengan Dato' Ishak sebaik sahaja selesai beliau memberikan tazkirah.
Soal pemecatan beliau bukanlah perkara utama dalam tazkirah itu tetapi peringatan kepada semua yang hadir betapa pentingnya mencari ilmu dan berusaha menjadi umat terbaik.
Umat terbaik pula adalah mereka yang menyeru kepada maaruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.
"Atas dasar mencegah kemungkaranlah dulu saya cuba menghalang pertandingan ratu cantik di Selangor," katanya. - ZS
----------------------------------------
kesyan kat ishak baharom... dia ingat lepas tangkap ratu cantik.. dia boleh naik pangkat dan naik gaji... mungkin beginilah nasib orang yang mengejar pangkat dan wang ringgit...
----------------------------------------
http://harakahdaily.net/article. ... =thread&order=0 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by 8tuk at 2004-10-25 02:32 AM:
Bekas Mufti Selangor tidak boleh lupakan bagaimana beliau dipecat
Saturday, October 23 @ 20:44:51 MYT
RAWANG, 23 Okt (Hrkh) - Walaupun sudah lebih lima tahun berlalu, bekas Mufti Selangor ...
Datuk Ishak baharum ni kah yang sahkan satu kejadian mengenai budak-budak sekolah agama nampak seksaan di langit, sebagai petunjuk allah. Last last terbongkar bentuk bentuk seksaan tu ada orang buat pakai cahaya laser.
Bagi akulah datuk ishak nak bising apa. Dia bukan dipecat pun. Dia cuma ditamatkan kontrak aja. orang dah nak tamat kontrak dah lah bagila peluang orang lain pulak. Nak tamat kontrak pun siap bagi cuti lagi bergaji lagi :lol.
Takkan nak tongkat langit kot. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn tangkap ratus cantik...tangkap le tok lebai sedang ceramah ramai2 baru le cepat naik pangkat ...baru ler tak kena buang kerja....
[ Last edited by hammer on 25-10-2004 at 12:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KuntaKinte at 2004-10-25 03:09 AM:
Datuk Ishak baharum ni kah yang sahkan satu kejadian mengenai budak-budak sekolah agama nampak seksaan di langit, sebagai petunjuk allah. Last last terbongkar bentuk bentuk seksaan tu ada orang buat pakai cahaya laser.
Bagi akulah datuk ishak nak bising apa. Dia bukan dipecat pun. Dia cuma ditamatkan kontrak aja. orang dah nak tamat kontrak dah lah bagila peluang orang lain pulak. Nak tamat kontrak pun siap bagi cuti lagi bergaji lagi .
Takkan nak tongkat langit kot.:lol
Bukan setakat dia mengesahkan dunia dah nak kiamat sahaja KK.
Malahan bila diminta pandangan beliau cerita yang di bawak oleh Ustad Kamal (yang kini ada jawatan dalam PAS PIS PUS) tentang mayat menjadi babi di Damansara, si Sahak ini juga mengatakan benda itu tidak mustahil.
Syukurlah kerajaan bertindak tidak memperbaharui kontrak dia. Bayangkanlah betapa malunya pencinta pencinta Islam bila jenis orang macam ini jadi mufti.
Yang herannya KK, bila kontrak dia tidak diperbaharui, si Sahak ini telah bising kehulu bising kehilir, tak patut kesana tak patut kemari seolah olah dunia dah tak jadi nak kiamat.....hahahahahahalol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Dah selesai bukak dah habis tunjuk baru nak tangkap.
Masa bukak masa tunjuk dok pakat sama2 tengok... tehehe...
Ntah mana bijaksananya saya pun tak taulah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Duriant at 2004-10-25 01:31 PM:
Dah selesai bukak dah habis tunjuk baru nak tangkap.
Masa bukak masa tunjuk dok pakat sama2 tengok... tehehe...
Ntah mana bijaksananya saya pun tak taulah..
macam orang yg ditangkap membeli nombor ekor ..
bila patut ditangkap ??
sudah tentu bila dah membeli kerana ada bukti .
- tapi tak paa laa ..
korang angguk aje laa . |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha hangguk jangan tak hangguk |
|
|
|
|
|
|
|
Ishak Baharum ni dah berapa kali cuba nak jadi Yang Berberberhormat?. |
|
|
|
|
|
|
akulahini This user has been deleted
|
Originally posted by dess402 at 2004-10-25 01:38 PM:
macam orang yg ditangkap membeli nombor ekor ..
bila patut ditangkap ??
sudah tentu bila dah membeli kerana ada bukti .
- tapi tak paa laa ..
korang angguk aje laa .
mana lagi elok? Nak tangkap ke nak cegah? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Anak_Nogori at 2004-10-25 01:50 PM:
Ishak Baharum ni dah berapa kali cuba nak jadi Yang Berberberhormat?.
Setelah sahaja kontrak nya tidak diperbaharui sebab mengatakan dunia dah nak kiamat dan ada mayat menjadi babi di Damansara Sahak ni telah masuk PAS PIS PUS dan semenjak itu tak habis habis mau auta kunun dia di pecat kerana menegakkan Islam. Porrrrrrrrrrrrrrah! Tipu lebai malang macam Dess buleh lah!;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Maideen. at 2004-10-25 04:11 PM:
Setelah sahaja kontrak nya tidak diperbaharui sebab mengatakan dunia dah nak kiamat dan ada mayat menjadi babi di Damansara Sahak ni telah masuk PAS PIS PUS dan semenjak itu tak habis habis mau a ...
Tapi dia boleh berceramah mengatakan yg dia telah dipecat..punyalah dia punya tifu..tsk tsk tsk tsk..:no: |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahaa
Originally posted by 8tuk at 19/08/2003 02:32:
Bekas Mufti Selangor tidak boleh lupakan bagaimana beliau dipecat
Saturday, October 23 @ 20:44:51 MYT
RAWANG, 23 Okt (Hrkh) - Walaupun sudah lebih lima tahun berlalu, bekas Mufti Selangor ...
belitlah 8tuk...selagi boleh...wahal orang islam tu tahu ...melarang anak islam dari berbogel dari memecat orang yang cuba menghalang perbuatan anak islam tu.....selamat islam lollol |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaa
Originally posted by Duriant at 19/08/2003 13:31:
Dah selesai bukak dah habis tunjuk baru nak tangkap.
Masa bukak masa tunjuk dok pakat sama2 tengok... tehehe...
Ntah mana bijaksananya saya pun tak taulah..
yang ni paling bijak hujahnya....kalau peminpin pun suka tengok anak islam berbogel.....bukan majlis tu yang disekat....tapi memecat badan islam yang cuba mengagalkan majlis bogel tu...lol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
hahhahaaa
Originally posted by dess402 at 19/08/2003 13:38:
macam orang yg ditangkap membeli nombor ekor ..
bila patut ditangkap ??
sudah tentu bila dah membeli kerana ada bukti .
- tapi tak paa laa ..
korang angguk aje laa .
politik tu dess....politik....lebih2 lagi dengan puak murahan nei ....segalanya murah bagi mereka termasuklah agama mereka sendiri....lol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaa
Originally posted by Anak_Nogori at 19/08/2003 13:50:
Ishak Baharum ni dah berapa kali cuba nak jadi Yang Berberberhormat?.
yang cuba nak bandingkan dengan siapa ?....imam muda kuat 'menyepak' ke ?:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
hahhaahahaa
Originally posted by akulahini at 19/08/2003 14:25:
mana lagi elok? Nak tangkap ke nak cegah?
nak ajar orang yang tangkap dan cegah....kesian aku tengok minda kau nei...kau rasa mana elok....pecat orang yang buat kerja ke atau orang yang suka anak islam berbogel ?.....patut ke dapat malu bila orang sekat 'maksiat'.....?...bulan puasa nei....bawa2 lah insaf sikit....:lol |
|
|
|
|
|
|
|
adalah satu norma melihat balachi tong najis biru menghina ulamak PAS dan mengagungkan si malaun yg sepak peti undi.... :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sengat_tebuan at 2004-10-25 04:48 PM:
yang cuba nak bandingkan dengan siapa ?....imam muda kuat 'menyepak' ke ?:hmm:
Bukan nak bandingkan..tapi nak tahu sejauh mana manusia kaki tifu ini mementingkan akhirat atau pun duniawinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sengat_tebuan at 25-10-2004 04:48 PM:
yang cuba nak bandingkan dengan siapa ?....imam muda kuat 'menyepak' ke ?:hmm:
ko jaga baik2.. sdgkan tong undi pun dia buleh sepak.. karang free2 jer ko kena sepakan islam hadhari :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Anak_Nogori at 2004-10-25 04:42 PM:
Tapi dia boleh berceramah mengatakan yg dia telah dipecat..punyalah dia punya tifu..tsk tsk tsk tsk..:no:
Jenis yang tak ada kredibiliti AN.......kuat tifu......hahahahahalollol |
|
|
|
|
|
|
| |
|