CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

Farahdhiya - Bertakhta Di Hati |Review album Page 5

[Copy link]
Post time 13-9-2005 12:58 AM | Show all posts
baru baru ni farahdhiya jadi cover majalah pengantin,cun siot!!!!!!!!!saya beli sampai 2 keping majalah 2..heheh..minat gila ngan dia.. sape ade tgk??nak masuk kat sini ,tapi saya takde scanner la..ade sesape yg bole masukkan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2005 11:44 AM | Show all posts
hai raksasa..
lama la awk tak masuk cni.
mag tu ckit jek gambo dia kan...
tapi cantik ek!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 10:16 PM | Show all posts
saya suke ngan lagu ni....most of d songs bestlah!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 10:01 AM | Show all posts
sonyap dah farahdhiya ek..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2005 04:33 PM | Show all posts
cover mingguan wanita yang baru Farahdhiya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2005 10:31 AM | Show all posts
Farah Dhiya - Buang keruh ambil yang jernih
Oleh KHADIJAH IBRAHIM


USIA pembabitan penyanyi Farah Dhiya Mohd. Amin, 21, dalam bidang seni suara baru mencecah setahun. Namun seperti artis lain, kehadirannya turut menjadi sasaran gosip.

Biarpun bersedia menghadapi gosip namun hati Farah Dhiya tetap terluka kerana apa yang diperkatakan tentang dirinya itu tidak benar.

Farah Dhiya yang lebih senang membahasakan diri sebagai Farah itu berkata, dia tidak gentar menghadapi gosip tersebut kerana tahu dirinya berada di pihak yang benar.

"Farah terkilan dengan tulisan sebuah majalah mengenai Farah. Walaupun nama Farah tidak disebut tetapi ia benar-benar melukakan hati. Farah bersedia menerima teguran daripada pihak media tetapi Farah harap sebelum sesuatu itu ditulis cubalah dapat maklumat yang betul.

"Sebagai artis, Farah memang perlukan publisiti tetapi bukan salah Farah bila satu temujanji yang diatur oleh mereka terpaksa dibatalkan gara-gara masalah komunikasi antara pihak media dengan pegawai perhubungan awam (PRO) dan pembantu peribadi (PA) Farah.

"Farah harap dengan penjelasan ini akan menamatkan segala spekulasi yang tidak betul dan Farah harap buang yang keruh ambil yang jernih," katanya terus terang.

Album sulungnya Bertakhta Di Hati yang juga merupakan lagu popular daripada album tersebut akan dilancarkan tidak lama lagi dalam pek semula.

Untuk album pek semula ini, Farah turut menghadiahkan dua buah lagu baru untuk peminat-peminatnya.

Salah satu lagu dalam album itu nanti ialah lagu duet bersama Ezad Exists, Kau Yang Terpaling Kusayang yang merupakan lagu tema untuk filem Diva Popular.

"Album ini khas untuk peminat-peminat Farah yang tidak henti-henti memberi sokongan selama ini. Kulit album ini juga akan dibuat baru. Album ini akan berada di pasaran selewat-lewatnya hujung tahun ini,'' katanya.

Menyentuh mengenai lakonan pula, pasti penonton sudah menonton aksinya bersama anggota Senario dalam drama raya yang disiarkan pada hari raya pertama lalu.

Farah yang pulang beraya di Johor Bahru itu berkata, cukuplah dulu pengalamannya berlakon drama raya.

"Sebenarnya Farah malu nak berlakon tapi disebabkan nak cuba sesuatu yang baru, Farah terima tawaran itu. Berlakon dengan Kartina Azizi, Shamsul Ghau Ghau dan Senario memang seronok tapi buat masa ini biarlah Farah tumpukan pada nyanyian. Bila Farah benar-benar yakin barulah Farah akan berlakon lagi,'' katanya.

Farah yang sentiasa tersenyum itu rupa-rupanya tidak boleh bekerja lasak kerana penyakit asma yang dihidapinya itu.

Kata Farah, kerana penyakit itu dia pernah dimasukkan ke hospital selama empat hari.

"Baru-baru ini sahaja Farah dapat penyakit asma. Jadi sekarang ini kalau makan perlu berjaga-jaga dan badan tidak boleh penat sangat,'' ceritanya.

- kita amik dari utusan online
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2005 05:29 PM | Show all posts
comel betul dia ni kan?? so sweet!! takde sape yg bole taruk gambar farahdhiya yg jadi cover mingguan wanita n pengantin kat sini ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.049536 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list