CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
123Next
Return Post new threads
Show: 6350|Reply: 63

Kusyuk & Cara Solat (merru, sLapshock, D_S_Eja, mamapooh, sedondon)

[Copy link]

Rank: 8Rank: 8

Post on 28-11-2004 11:26 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Ramai ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru sering menekankan peri pentingnya kusyuk di dalam solat. Banyak cerita-cerita tentang betapa kusyuknya sahabat-sahabat nabi zaman dahulu. Saidina Ali kalau tak salah pernah diceritakan dipanah dan panah itu terlekat di salah satu anggota badannya. Oleh kerana kesakitan yang amat sangat, panah itu tidak dapat dikeluarkan dari badannya pada ketika biasa. Jadi, Saidina Ali bangun mengerjakan solat. Oleh kerana kusyuknya beliau dalam solatnya, anak panah tersebut telah berjaya dikeluarkan  ketika dia sedang mengerjakan solat tersebut.

Adakah tahap sebegini boleh dicapai di zaman sebegini? Jauh di sudut hati, mungkin ada yang mengatakan cerita sebegini semacam mitos. Mana mungkin manusia mampu melakukan demikian. Akan tetapi, kita akur minda manusia mampu melakukan banyak perkara yang mustahil dan tak masuk akal, di zaman sekarang pun kita boleh melihatnya.

Sebagai seorang yang hidup di zaman ini, saya ingin cuba mendekati permasalahan dengan cara analisa logistik kerana itulah yang saya tahu sedikit sebanyak pun. Kalau dari pandangan teologi, memang saya tak pandai.

Dari pandangan saya yang tak begitu berilmu ini, kusyuk dalam solat memerlukan beberapa faktor, seperti:
i) konsentrasi yang tak berbelah bagi terhadap perbuatan dan bacaan dalam solat.
ii) rasa rendah diri yang tak berbelah bagi ketika berhadapan Allah ketika solat.
iii) hidayah dan rahmat dari Allah.
(Boleh tambah lagi kalau anda lebih berilmu)

Faktor ketiga adalah satu perkara yang di luar kawalan kita, faktor kedua menarik tetapi tetapi marilah kita memfokus kepada faktor pertama yang mana akan secara tak langsung akan membawa faktor kedua.

Faktor pertama adalah faktor yang melibatkan konsentrasi. Minda manusia adalah amat kreatif. Ianya selalu merayau-rayau jika manusia tersebut tidak menumpukan perhatian. Solat boleh jadi sesuatu yang begitu rutin dalam hidup, jadi untuk memberi penumpuan 100% amat mencabar. Bacaan-bacaan dalam solat  secara umum adalah dihafal, jadi secara semula jadi, ianya tidak perlu banyak perhatian dan tumpuan.

Perbuatan dalam solat bukanlah seperti mengukir, bermain badminton dsbgnya. Ianya pergerakan mudah duduk bangun dan tunduk.Ianya tidak memerlukan konsentrasi seperti mengawal bola dengan kaki sambil berlari. Malah anda boleh sembahyang 100% sempurna dari segi fizikal dan bacaan sedang minda anda mungkin 90% berada di tempat lain. Itu amat susah dilakukan kalau anda bermain badminton, terutama kalau anda mahu menang.

Jadi secara realitinya jelaslah amat susah untuk melakukan konsentrasi ketika bersolat, walaupun itu bukan bermaksud ianya mustahil, kerana ianya telah berjaya dilakukan ramai orang zaman silam dan mungkin zaman sekarang
juga.

Jadi adalah wajar bagi para pendidik agama kita, ulama hadhari atau tidak, untuk memberi panduan-panduan yang lebih spesifik & praktikal kepada para penuntut dan pencari ilmu, bukan sekadar gambaran-gambaran kabur tentang cara mendapatkan kusyuk dalam sembahyang ini atau cuma saranan-saranan kosong..

Kajian-kajian baru juga harus juga dijalankan, kerana umum mengetahui cabaran zaman moden ini dengan pengaruh media elektronik dsbgnya adalah lebih daripada zaman dahulu, jadi mungkin kalau kita menggunakan pedoman ulamak silam, ianya tidak begitu berkesan lagi.

Jika dengan kaedah iqrak, kanak-kanak kecil sudahpun boleh membaca al quran dengan lancar, kenapa tidak kita perkenal kaedah untuk menguatkan minda mengasah konsentrasi semasa solat? Sediakan program latih tubi minda untuk latihan peningkatan konsentrasi secara sedikit sedikit sehingga mencapai total concentration atau satu tahap yang optimum. Sediakan cara-cara atau tentukur untuk menilai tahap konsentrasi dalam solat agar para pencari ilmu dapat gunakan untuk menilai progress masing-masing. Setup milestones dsgbnya. Adakah ini impossible?

Allah menjanjikan bahawa solat yang bermutu akan mencegah dari melakukan kemungkaran. Tidakkah ini satu insentif untuk kita
melabur dalam bidang solat education. Para pakar harus menggubal Quality Solat Policy untuk panduan orang ramai. Kalau lebih ramai
individu islam mengerjakan solat yang berkualiti, ianya pasti akan menyumbang ke arah kesejahteraan negara, kerana rakyat muslim yang berkualiti solatnya tidak akan mendekatkan diri dengan zina, dadah, minum arak, pecah amanah, rasuah dsgbnya dan akan mengurangkan masalah negara. Kempen Solat Berkualiti Negara?  

Malah Allah berkata dalam al Quran, orang yang solat tapi lalai akan dihumban ke dalam neraka wail. Bagi saya, mereka yang lalai dalam solatnya di dunia inipun seperti dalam neraka juga kerana dia bersolat secara cincai dan tidak dapat menikmati keindahan solatnya, yang merupakan anugerah besar dari Allah kepada setiap individu muslim.

Bagaimana nak menilai solat anda berkualiti? Susah tu. Biar saya cuba. Mungkin satu cara menilai kualiti solat anda adalah : jika anda bersolat tanpa perlu memaksa diri, malah tak sabar-sabar mahu mengerjakan solat dan terbayang-bayang hendak melakukan solat yang akan datang (macam nak pergi dating dengan makwe), saya rasa solat anda adalah kut sedikit kualiti.

Kriteria yang seterusnya, itu kena tanya pakar..

Apa pendapat anda?

[ Last edited by  fleurzsa at 8-8-2006 06:26 PM ]
Reply

Props Report

seek1u This user has been deleted
Post on 29-11-2004 06:20 AM |All posts
pendapat aku yg penting ialah buat solat secara betreusan..fahami ayat masa ko

solat tu..dan amalkan dalam kehidupan sebeno ko

fahamilah dan hayati pengertian sebenar :

innatantanhaanifahsyaiwalmungkar

SESEUNGUHNYA SEMBAHYANG ITU MENCEGAH KEMUNGKARAN..

ingat sifat manusia ialah lupa..dan agama islam itu mencerminkan akhlak..tu la

gunanya solat yg sebenar..wallahulam

[ Last edited by zzЀ on 29-11-2004 at 06:22 AM ]
Reply

Props Report

Akasyah This user has been deleted
Post on 29-11-2004 11:18 AM |All posts
Saya copy dan paste balik soal khusyuk yg pernah saya jawab sbb persoalan spt ini pernah dikemukakan dulu, berpandukan tarbiah dr Abuya yg tlh di kuliahkan dan ada yg dibukukan (saya kumpul dan petik sana-sini)

Kita lihat erti khusyuk dulu ok....

ERTI KHUSYUK

Sembahyang 5 waktu ibarat makenisma yg berperanan sebagai check & balance
Reply

Props Report

Akasyah This user has been deleted
Post on 29-11-2004 11:25 AM |All posts
Originally posted by Akasyah at 2004-11-29 11:18 AM:
Tidak timbul hati tidak hadir dlm sembahyang atau teringat perkara2 lain di luar sembahyang krn org yg khusyuk itu, hatinya sentiasa bergelora dgn Tuhan.


HATI MUKMIN TIDAK TENANG DENGAN TUHAN

Orang mukmin bagaimanalah hatinya hdk tenang dgn Tuhannya
Apa yg dilihat, apa yg dirasa
Apa sahaja yg dimakan dan minum
Apa saja yg didengar
Semuanya mengusik-ngusik jiwanya
Menyentuh perasaan dan hati nuraninya


Adakalanya kebesaran Tuhan dan keagungan-Nya yg dia rasa
Ada ketikanya sayu hatinya, dan sedih mengenang dosa
Waktu2 tertentu rasa gerun dan hebat dengan Tuhannya
Ada kala rasa malu dengan Penciptanya
Di waktu2 tertentu terlalu hina dirinya dia merasa


Begitulah seterusnya berbagai2 rasa hatinya
Yang silih berganti di dalam hidupnya


Bertukar yang dilihat
Bertukar apa yg disentuh, dan yang dimakan dan yg diminum
Bertukar pula perasaannya terhadap Tuhannya


Orang mukmin yg jiwanya sentiasa hidup
Kerana mengingat Tuhannya
Dunia dan nikmatnya tidak dapat melalaikannya
Keindahan hidup tidak mempesonanya


Bahkan nikmat dan keindahan hidup itu
Mengingatkannya terhadap Tuhannya
Begitulah hati dan jiwa mukmin
Setiap yg dilihat, dirasa, dimakan dan diminum
Dia merasakan ayat-ayat Tuhannya.


Nukilan Oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi
Reply

Props Report

Akasyah This user has been deleted
Post on 29-11-2004 11:32 AM |All posts
MADAH DARI ABUYA

Selagi sembahyang tidak khusyuk,
Penyakit hati seseorg itu tidak akan dapat ditumpaskan,
Seperti sombong, pemarah, hasad, megah, tamak, dendam dll.

Dari sinilah lahirnya penyakit masyarakat.
Ertinya, bila sembahyang tidak khusyuk, mazmumah masih wujud.

Kalau begitu untuk menangani gejala masyarakat,
Betulkan sembahyang lebih dahulu

Sembahyang ubat penyakit masyarakat.
Begitulah metodologi cara membaiki masyarakat menurut Islam
Reply

Props Report

Akasyah This user has been deleted
Post on 29-11-2004 11:38 AM |All posts
HIKMAH SEMBAHYANG LIMA WAKTU

Lima waktu sehari semalam Tuhan disembah
Dibesarkan, dipuja, dipuji, munajat dan meminta
Agar hati yang dilalaikan oleh kesibukan dunia,
terbangun semula
Supaya rasa bertuhan, rasa kehambaan hidup membara


Sembahyang lima waktu
adalah rahmat Tuhan kepada hamba-hamba-Nya
Agar manusia tidak terus lalai sepanjang masa
Hampir-hampir jiwa manusia ialai,
dengan sembahyang sedar semula
Tidaklah sampai mati, hingga tertutup pintu hati


Rasa bertuhan dan rasa kehambaan itulah mengawal manusia
Daripada melakukan kejahatan dan kederhakaan
Daripada berlalai-lalai dan daripada melakukan dosa
Kalau tidak manusia tenggelam terus-menerus dengan dosa dan durjana


Oleh itu dirikanlah sembahyang, jangan sekadar sembahyang
Sembahyang sahaja tidak menghidupkan jiwa
Mendirikan sembahyang menghidupkan jiwa yang buta
Inilah hikmahnya mendirikan sembahyang,
kelalaian tidak sampai mematikan jiwa


Apabila sembahyang didirikan ketika tiba masanya
Roh sembahyang itu tertanam di dalam jiwa
Rohnya itulah akan dibawa ke mana-mana
Semangat sembahyang itulah yang akan berperanan
di mana sahaja kita berada


25.10.2002 - 1 Selepas Zuhur

Nukilan oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi


[ Last edited by Akasyah on 29-11-2004 at 11:40 AM ]
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 29-11-2004 03:45 PM |All posts
Akasyah, maafkan saya tapi saya tidaklah begitu faham apa yang saudara ingin katakan. Maaf ya..Mungkin saudara harus menulis semula perkataan Abuya tu dalam perkataan lebih mudah agar dapat difahami oleh orang macam saya ni instead of cut and paste.. Penjelasan yang dibuat oleh Abuya dalam rencana asal mungkin dalam konteks yang berbeza yang kita sedang bincangkan di sini. Saya yakin saudara juga mempunyai banyak idea, contoh dan ilham sendiri yang boleh dikongsi di sini.

Adakah saudara atau Abuya berpendapat akal dan fikiran itu berbeza dari roh, hati dan jiwa? Bagaimana itu boleh berlaku? Bukankah akal itu perbezaan manusia dengan binatang? Dan bagi saya yang tak berilmu ini, akal, fikiran jiwa, rasa dsbgnya adalah muncul dari seseorang yang sama dan tidak perlu dibeza-bezakan. Kesemuanya mewakili perkakasan mental seseorang itu yang dianugerahkan Allah kepadanya untuk melakukan perkara-perkara fizikal dan mental di dunia yang fana ini.

Bagi saya, kalau saudara (atau Abuya) mengatakan solat atau kalimah tauhid tertanam di dalam jiwa sama saja maknanya kalau saudara mengatakan solat dan kalimah tauhid tertanam dalam  dalam fikiran. Adakah bila kita merasa sedih atau gembira, kita tidak menggunakan fikiran? Apabila kita menganalisa sesuatu, adakah kita tak menggunakan perasaan?  Adakah roh kita tidak terlibat dalam proses-proses sebegini? Bodoh betul saya ni..

Bagi saya, jika anda menumpukan perhatian dalam solat ie menghayati makna bacaan, makna di sebalik makna bacaan, secara semulajadi menggunakan akal fikiran (atau apa pun istilah yang anda gunakan),  perasaan gerun dengan Allah, rasa keagungan Allah tetap akan muncul. Solat ini seperti lain-lain ibadat adalah juga satu latihan, yang penting kita harus melakukannya dengan penghayatan.

Mmm ini approach yang lain dari yang lain - khusyuk di luar solat dahulu sebelum khusyuk di dalam solat. Selalunya tuk guru mengajar the other way around . Anyway, apa pun approachnya yang penting end resultnya patutlah solat itu berfungsi untuk mencegah kemungkaran. Lain individu mungkin lain stylenya..
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 29-11-2004 04:04 PM |All posts
apa yang saya ingin sarankan adalah untuk menyediakan siri latihan khusus untuk meningkatkan kualiti solat,
menggunakan faktor-faktor yang kita boleh kawal.  Faktor yang kita tak boleh kawal apa yang kita boleh buat? Tak salah kalau kita berusaha kan?

Mungkin instead of sesi Qiamullail yang agak umum approachnya, kita boleh menganjurkan kelas-kelas atau sesi-sesi peningkatan kualiti solat secara spesifik. "Worksyop Peningkatan Kualiti Solat" dsbgnya dibuat untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Bermula dari azan, iqamah, niat , doa iftitah, alfatihah dan seterusnya hingga ke tahiyat dan salam dan doa, wirid selepas solat, peserta di ajar menghafal makna-maknanya, dan kemudian menghayati makna-maknanya. dan seterusnya berlatih membaca dengan penuh penghayatan dalam worksyop-worksyop di luar solat. Ayat-ayat yang dibaca dalam al quran amat 'powerful' dari segi sifatnya dan jika dibaca dengan penuh penghayatan, akan dapat mengundang rasa pilu, gerun, sedih, rendah diri secara semula jadi..Yang penting, ada sesetengah orang harus diajar macam mana mahu buat penghayatan. Juga harus diajar bagaimana untuk mengelakkan rasa takbur dan riyak yang akan merosakkan penghayatan..

Tidakkah kita mahu lebih ramai orang yang tertegah hatinya dari melakukan maksiat dan dosa dengan menggunakan solat?  Kenapa solat kini bukan lagi senjata majoriti umat Islam?

Tentang samada kita akan memperolehi kusyuk, itu lebih kepada kurniaan Allah.  Yang penting harus ada usaha dari orang yang hendak belajar dan yang mahu mengajar.

[ Last edited by always_typo on 29-11-2004 at 04:06 PM ]
Reply

Props Report

semesra86 This user has been deleted
Post on 29-11-2004 06:19 PM |All posts

Kemahiran Berfikir

Ilmu kemahiran berfikir berlegar disekitar  :
tatacara dan prosedur berfikir,
langkah-langkah berfikir
penyusunan
pemprosesan
dan penghadaman maklumat dan fakta-fakta

Ia juga melibatkan keupayaan  :
menyusun
mengenal
dan menyaring fakta-fakta yg penting dan tidak penting
yg relevan dan tidak relevan
dan berbagai teori lagi yg kesemuanya menjurus kepada mencapai tahap berfikir yg lebih tinggi dan berkesan


Allah SWT ada berfirman yg bermaksud : Ingatlah Allah dahulu, baru kamu berfikir

Ini adalah kerana Allah mahukan proses pemikiran itu tidak terlepas dari pengaruh hati dan jiwa yg ingatkan Tuhan. Ini yang manusia tidak faham.
Berfikir dengan akal semata-mata tanpa membawa bersama hati dan jiwa yg berzikir kepada Allah akan menghasilkan buah pemikiran yg tersimpang dari kebenaran dan kehendak tuhan. berfikir tanpa hati yang ingatkan tuhan akan menjauhkan hidayah dan pimpinan Tuhan. Berfikir tanpa melibatkan tuhan akan menafikan ilham dan panduan dari Tuhan.

Akal hanyalah alat bagi menerima, menyusun dan memproses maklumat, fakta dan ilmu.
Ia menimbang, menilai dan mencanai tidak lebih dari itu. manafaat atau tidaknya ilmu yg diproses oleh akal bergantung kepada hidup atau matinya hati atau jiwa kita.
Penggunaan akal tanpa dipimpin atau dikawal oleh hati akan menghasilkan ilmu yg tidak bermanafaat. Ilmu yang tidak bermanafaat umumnya ialah ilmu yg tidak mendekatkan kita kepada Allah dan yg menambah iman dan ketakwaan kita kepada kepadaNya. Ilmu yg tidak bermanafaat ialah ilmu yg akan merosakkan kita.


Dalam Islam berfikir bukan semata-mata tugas akal.Ia adalah tugas akal yg dirangsang dan dipandu oleh hati yg bertaqwa. oleh yg demikian langkah pertama utk mendapatkan kemahiran berfikir adalah dengan menanam iman dan taqwa di dalam hati terlebih dahulu. barulah akal dapat dikawal dan dipandu dan dapat menerima ilham dari tuhan utk menghasilkan buah fikiran yg bermanafaat. Akal yg dibebaskan berfikir tanpa kawalan akan berfikir tentang perkara-perkara yg batil dan merosakkan, dan akhirnya menafikan kewujudan Tuhan itu sendiri..
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Penerangan di atas saya petik dari buku Pancaran Minda Penerbitan Minda Ikhwan yg disusun oleh Mejar AbuDzar dari kuliah-kuliah Abuya.

Dengan ilmu saya yg dangkal ini saya memahami bahawa Abuya tidak menidakkan keperluan fikiran atau akal di dalam sembahyang tetapi beliau ingin memperjelaskan salah satu cara untuk mencapai khusyuk di dalam sembahyang,  hati atau ilmu rasa mestilah disertakan sekali. Ia harus seiringan sepetii kata Abuya :Dalam Islam berfikir bukan semata-mata tugas akal.Ia adalah tugas akal yg dirangsang dan dipandu oleh hati yg bertaqwa


saya pastekan semula petikan dari tulisan always_typo :

Bagi saya, jika anda menumpukan perhatian dalam solat ie menghayati makna bacaan, makna di sebalik makna bacaan, secara semulajadi menggunakan akal fikiran (atau apa pun istilah yang anda gunakan),  perasaan gerun dengan Allah, rasa keagungan Allah tetap akan muncul. Solat ini seperti lain-lain ibadat adalah juga satu latihan, yang penting kita harus melakukannya dengan penghayatan.

kalau saudara fahami petikan saya dari buku pancaran minda itu, saya kira terjawab persoalan saudara itu...tetapi kalau saudara masih keliru lagi saya tidak dapat berbuat apa-apa..kerana saya hanya menyampaikan apa yg disampaikan kepada saya dan kefahaman itu adalah pemberian Allah SWT...
saudara sendiri secara tidak langsung juga telah mengakui dengan menyatakan bahawa solat memerlukan penghayatan...bukankah penghayatan itu melibatkan soal hati?


Mengenai saranan sdr always-typo, saya ingin maklumkan bahawa pihak rufaqa telah lama membuat kursus Solat membina Peribadi Agung di merata tempat dan saya dapati kursus ini memang bermanafaat di dalam meningkatkan kualiti solat...
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 30-11-2004 09:18 AM |All posts
alhamdullilah saya faham la sedikit apa yang saudara terangkan. Nampaknya mungkin kita sedang memperkatakan perkara yang lebih kurang sama cuma ilmu saya yang kurang ni menyebabkan saya keliru dan tak faham. Itulah berkesannya question and answers dalam penampilan ilmu, bukan setakat cut and paste yang mungkin ada limitnya dan boleh mengelirukan.

Tentang kursus Solat membina Peribadi Agung di merata tempat itu, kenapa tidak diwarwarkan di sini schedule dan lokasi dan kalau boleh dioutlinekan syllibusnya sekali agar orang tidak merasa sangsi tentang isinya.

Di surau Taman saya adalah dianjurkan kursus hafalan + Qiaumullail sepanjang cuti sekolah ni tetapi ianya tidak fokus kepada solat sahaja, hafalan lebih kepada the arab portion sahaja dan ianya ditujukan untuk pelajar-pelajar darjah 6 sampai form 4.  

Saya ingin sangat menghadiri kursus sebegitu bersama isteri, saudara, dan rakan-rakan saya.

[ Last edited by always_typo on 30-11-2004 at 09:20 AM ]
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 30-11-2004 09:43 AM |All posts
Originally posted by always_typo at 2004-11-30 09:18 AM:
alhamdullilah saya faham la sedikit apa yang saudara terangkan. Nampaknya mungkin kita sedang memperkatakan perkara yang lebih kurang sama cuma ilmu saya yang kurang ni menyebabkan saya keliru dan tak faham. Itulah berkesannya question and answers dalam penampilan ilmu, bukan setakat cut and paste yang mungkin ada limitnya dan boleh mengelirukan.


Dua2nya copy dan paste baik oleh akasyah maupun semesra. Kesimpulannya ilmu abuya ni kait mengait. Apa yg dah ditaip oleh akasyah sebenarnya perbahasan peringkat tinggi iaitu minda abuya yg sudah berbentuk kesimpulan . Padahal sebelum tu minda abuya berkenaan dgn apa itu roh, akal dan nafsu utk mengenal manusia pun sudah menjangkau beberapa kuliah. Begitu juga minda abuya pasal zikir yg sebenarnya sudah menjangkau beberapa kuliah.

Kalau yg basic mengenal diri manusia itu sendiri msh tak tahu sebab itu sdr rasa mcm akasyah tulis yg tak relevan dgn pertanyaan sdr dan sdr rasa keliru dan ada limit. Padahal ianya sgt tepat dgn topik ini.

Originally posted by always_typo at 2004-11-30 09:18 AM:
Tentang kursus Solat membina Peribadi Agung di merata tempat itu, kenapa tidak diwarwarkan di sini schedule dan lokasi dan kalau boleh dioutlinekan syllibusnya sekali agar orang tidak merasa sangsi tentang isinya.


Dulu mmg rufaqa sibuk anjurkan kuliah ni tapi sekarang (sejak 2 tahun kebelakangan ini) rufaqa dah terlalu tak sempat nak anjurkan sendiri krn permintaan pada motivator (ustaz dan ustazah) rufaqa terlalu tinggi di seluruh negara. Tak sempat nak anjur sendiri program solat membina peribadi agung tu....badan2 tertentu termasuk agensi2 kerajaan sendiri yg anjurkan motivasi solat tu dan org2 rufaqa buat pengisian.

Berebut 'book' org2 rufaqa ni bertali arus hingga terkdg tu terpaksa tolak permintaan. Dan abuya mmg sentiasa 'train' ahli2 utk menampung permintaan yg semakin tinggi.

Kalau sdr nak jemput ustaz/zah rufaqa ni bolehlah contact pusat motivasi harmoni kat rawang tu. Sila lawat laman web rasmi rufaqa iaitu
http://www.rufaqa.com

[ Last edited by Mawar Merah on 30-11-2004 at 09:44 AM ]
Reply

Props Report

semesra86 This user has been deleted
Post on 30-11-2004 11:04 AM |All posts
Saya petik kata mawar Merah :

Dua2nya copy dan paste baik oleh akasyah maupun semesra. Kesimpulannya ilmu abuya ni kait mengait. Apa yg dah ditaip oleh akasyah sebenarnya perbahasan peringkat tinggi iaitu minda abuya yg sudah berbentuk kesimpulan . Padahal sebelum tu minda abuya berkenaan dgn apa itu roh, akal dan nafsu utk mengenal manusia pun sudah menjangkau beberapa kuliah. Begitu juga minda abuya pasal zikir yg sebenarnya sudah menjangkau beberapa kuliah.
Kalau yg basic mengenal diri manusia itu sendiri msh tak tahu sebab itu sdr rasa mcm akasyah tulis yg tak relevan dgn pertanyaan sdr dan sdr rasa keliru dan ada limit. Padahal ianya sgt tepat dgn topik ini.



Saya setuju dengan pandangan Mawar Merah itu..bagaimanapun tidak salah sdr kita always_typo menyatakan kemusykilannya kerana beliau memang betul-betul ingin tahu...Akasyah dan Mawar Merah terdidik secara langsung dengan Abuya sebab itu cepat memahami...tetapi bagi sesetengah org yg tidak terdidik secara langsung, tentu agak sukar juga mencanai minda tersebut...

Saya kira kursus yg saya hadiri mengenai Solat tersebut pada tahun 2004 ini di Grand Bluewave Shah Alam adalah the latest courses arrange by Rufaqa...elok juga saranan Mawar MErah supaya always_typo berkunjung ke cawangan Rufaqa yg terdekat utk dapatkan info...niat mulia always_typo itu muga-muga Allah SWT makbulkan...
Reply

Props Report

Super Moderator

Hamba Allah

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Sr Super Moderator

Post on 30-11-2004 12:32 PM |All posts

salam,

Imam Al-Maraghy di dlm tafsirnya mengatakan bhw yg dimaksud dgn org2 yg khusuk ialah org2 yg tunduk sambil menghinakan diri di hadapan Allah swt disertai dgn rasa takut dan tenangnya anggota badan.

Ibn abbas berkata, bhw org yg khusuk itu adalah org2 yg takut dan menghinakan diri ketika solat di hadapan Allah swt krn kebesaran dan keagungan yg dimiliki oleh Allah swt dan tercipta dlm hatinya betapa hebatnya kewibawaan Allah swt.

Imam Al Ghazali pula berpendapat, bhw khusuk itu adalah merupakan sifat2 hati berupa rasa bimbang dan takut.

Ttg perkara khusuk dlm solat ini terdpt 2 pendapat ulama fiqh.  Ada yg menetapkan bhw khusuk adalah merupakan rukun di dlm solat, oleh krn itu khusuk di dlm solat adalah wajib hukumnya.

Ada pula berpendapat, bhw khusuk adalah merupakan keutamaan di dlm solat, ertinya bhw solat itu akan utama bila disertai dgn khusuk.

Kalau kita perhatikan, sebahagian besar kitab2 fiqh, nyatalah bhw ulama2 fiqh tidak memasukkan khusuk sbg salah satu dr rukun solat, sehingga kita dpt mengatakan bhw umumnya mereka berpendapat khusuk itu termasuk keutamaan solat.

Ada pula pendapat yg mengatakan bhw ada hubungan atr khusuk di dlm solat dgn kebahagiaan.  aristoteles menyebut bhw kebahagiaan itu adalah merupakan perkara yg tertinggi dlm kehidupan.

Dr Abd aziz berpendapat, org yg bahagia itu mempunyai keperibadian yg kuat yg selalu berusaha mencapai tujuan tertentu yg mulia dan dorongan2 yg tidak bertentangan dgn kemanusiaan.

Para Nabi dan Rasul tidak merasa bahagia krn makanan dan pakaian, tidak menderita krn lapar, dihalau dan dihina, satu2nya yg membahagiaakan mereka ialah berusaha dan berjuang utk melaksanakan perintah Yang Maha Mulia, itulah jihad fi sabilillah, mengharap redha dan keampunan dr Allah swt.

Kekhusukan di dlm solat akan membawa seseorg itu hanyut dlm pangkuan Allah swt.  Org akan merasa sgt dekat dgn Penciptanya, merasa akrab dgn Zat Yg Maha Suci.  Org yg solat dgn khusuk akan mendapat janji-Nya:  "Sesungguhnya org yg mengingatKu tentu Aku akan mengingatnya"

wallahua'lam
Pastinya Dia Yang Maha Penyayang mahu kita mengecapi rahmat & nikmatNya dlm bentuk yg sebaik mungkin..
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 1-12-2004 08:49 AM |All posts
Saya memohon kepada Allah semoga Allah menghapuskan sebarang perasaan riyak dan takabur dari diri  saya yang lemah ini. Begitu ramai hambaNya zaman-berzaman yang terpedaya dengan perasaan riyak dan takabur sehingga mengundang bencana kepada mereka. Saya memohon semoga saya tidak tergolong dalam golongan ini.  

Dan saya juga memohon anda semua, sahabat-sahabat yang hanya saya kenali melalui skrin monitor di depan saya, juga tidak dimasukkan dalam golongan yang riyak dan takbur ini. Marilah kita sama-sama mengaminkan doa saya yang ikhlas ini di dalam hati masing-masing. Semoga rahmat Allah dilimpah ruahkan lagi kepada kita semua di sini.


Terimakasih saya ucapkan kepada respons-respon membina dan tak ternilai harganya kepada posting saya ini. Alhamdulillah, semoga kita semua mendapat keberkatan Allah dari perbuncangan kita di sini dan semoga dapat memberi manafaat dan dianugerahkan rahmat dan hidayatNya kepada yang membaca - juga memberi dorongan untuk meneruskan pengembaraan dan perjuangan masing-masing untuk menjadi insan Islam yang sebenar.

[ Last edited by always_typo on 1-12-2004 at 09:06 AM ]
Reply

Props Report

Akasyah This user has been deleted
Post on 1-12-2004 12:07 PM |All posts
Originally posted by always_typo at 2004-11-29 03:45 PM:
Adakah saudara atau Abuya berpendapat akal dan fikiran itu berbeza dari roh, hati dan jiwa? Bagaimana itu boleh berlaku? Bukankah akal itu perbezaan manusia dengan binatang? Dan bagi saya yang tak berilmu ini, akal, fikiran jiwa, rasa dsbgnya adalah muncul dari seseorang yang sama dan tidak perlu dibeza-bezakan. Kesemuanya mewakili perkakasan mental seseorang itu yang dianugerahkan Allah kepadanya untuk melakukan perkara-perkara fizikal dan mental di dunia yang fana ini.


Persoalan2 sdr insya Allah saya akan ulas satu persatu ok...

Dunia ini atau kehidupan manusia dicorak samada baik atau buruk, memberi manfaat atau mudharat, yg boleh mendatangkan kasih sayang atau mengharu-birukan....ada 3 unsur yg tidak nampak dlm diri manusia yg sgt memainkan peranan mendorong lahiriah manusia. Iaitu Akal, Nafsu dan Roh.

Makhluk yg 3 inilah yg tdk nampak dan bersifat rohani dan maknawi yg memperalatkan anggota lahir bertindak. Anggota lahir tidak faham apa2 hanya menjadi alat semata2 kpd akal, nafsu dan roh.

Memang benar realitinya kita bukan dari kalangan orang yg hanya menggunakan akal shj, atau menggunakan nafsu shj dan tidak juga menggunakan roh shj. Ianya digabung2kan.

Jadi bagaimana sebenarnya hal ini? Lihat apa jawaban Abuya dan saya tambah serba sedikit ulasan dgn berpandukan pada berbagai2 kuliah Abuya yg lain...

Akal tugasnya memproses maklumat dan kemudian dikeluarkan bila perlu. Proses inilah dipanggil berfikir.

Nafsu itu tugasnya merangsang akal atau roh sebab itu nafsu itu kena dididik menjadi nafsu yg baik agar rangsangannya pada akal dan roh juga baik.

Roh pula terbagi dua iaitu roh hayah (hayat) yg merupakan nyawa kita. Jika ditarik maka kita mati. Roh insan (muqadasah) pula ialah roh yg memberi kita rasa2 atau perasaan spt gembira, sedih, takut, geli dsbnya. Roh insan inilah yg boleh diasah dan pertingkatkan. Roh insan inilah yg mesti dipertajamkan dgn rasa2 berTuhan dan rasa2 kehambaan di luar sembahyang lebih2 lagi di dalam sembahyang. Roh insan inilah yg kita mesti latih tubi selagi roh hayah ada dibadan utk mendpt taraf khusyuk di luar sembahyang apatah lagi di dlm sembahyang.

Maka bagi kita, tentunya mahu memilih roh sebagai sumber rujukan. Namun kerana kelemahan roh maka kadang2 kita terpengaruh juga dgn kehendak akal dan selalu terdorong juga dgn kehendak nafsu.

Kita diperingkat mujahadah. 3 unsur dlm diri manusia ini saling berperang utk mahu menguasai manusia. Akal, kerana keegoannya, mahu org tunduk kepadanya semata2. Begitu juga nafsu. Roh juga ada keinginan itu.

Biasanya org hendak kepada kebaikan ttp mujahadah tidak kuat, ia pergi  ke akal. Tidak pergi ke nafsu. Tapi selalunya kekuatan logik akal juga sering tersasar dr apa yg dikehendaki oleh roh. Bagi org yg tidak fikir baik buruk, mujahadah tidak kuat, ia terus pergi kepada nafsu.

Kalau rohani lemah, akal akan menuntut kebebasan. Akal yang bebas akhirnya akan dipengaruhi oleh nafsu (merangsang). Gandingan akal dan nafsu ini ibarat api yang menyemarak dihutan yang kering. Selagi ada hutan, selagi itulah dia akan membakar. Lagi tebal hutan, lebih semarak lagi apinya.

Jadi di sinilah kita tahu kenapa roh/hati yang buta mesti dicelikkan, peranan roh itu mesti dicergaskan, dihidupkan, ditingkatkan kualitinya dgn 'makanan' yg tepat supaya fizikal kita tdk merana jika hanya dicorak oleh akal dan nafsu semata2 langsung tidak dpt dicorak oleh roh atau corakan roh hanya sekali-sekala.

[ Last edited by Akasyah on 1-12-2004 at 12:18 PM ]
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 2-12-2004 08:39 AM |All posts
Berikut satu bahan yang saya dapat dari sebuah laman dari Indonesia. Pengarangnya mendakwa itu adalah resepi (indon panggil resep) al Ghazali untuk khusyuk dalam solat. Saya nampak approachnya lebih praktikal dan tidak komplikated, ianya step by step. Saya telah edit beberapa istilah yang digunakan ke bahasa Malaysia yang lebih mudah difahami.

http://www.republika.co.id/suple ... 147&kat_id2=283

Resepi Al-Ghazali
Khusyuk dalam shalat merupakan ukuran dan tanda kekhusyukan hati. Bagaimana khusyuk dihadirkan? Al-Ghazali menawarkan resepi berikut. Lahiriah perintah, kata Al-Ghazali, adalah wajib, sedangkan lalai adalah lawan ingat. Yang lalai dalam semua shalatnya, bagaimana mungkin dia bisa mendirikan shalat untuk mengingat-Nya?

Kehadiran hati adalah ruh shalat. Minimum saat mulai takbiratul ihram. Kurang dari ini adalah kebinasaan. Semakin bertambah kehadiran hati, semakin bertambah pula ruh tersebut ada dalam bahagian-bahagian shalat. Berapa banyak orang hidup tapi tidak punya daya gerak hingga seperti mayat. Demikian pula orang yang lalai dalam seluruh pelaksanan shalat kecuali pada waktu takbiratul ihram. Seperti orang hidup yang tidak punya daya gerak sama sekali.

Ketahuilah, kata Al-Ghazali, makna batin memiliki banyak ungkapan tetapi seluruhnya terangkum dalam enam kalimat. Yaitu: kehadiran hati, tafahhum, takzim, haibah, raja' dan haya' . Kehadiran hati ialah mengosongkan hati dari hal-hal yang tidak perlu hingga dia senantiasa sadar, tidak berpikiran liar. Tafahhum adalah paham terhadap makna. Takzim itu rasa hormat. Haibah adalah rasa takut yang bersumber dari rasa hormat. Raja' adalah pengharapan dan haya adalah rasa malu.

Faktor penyebab kehadiran hati adalah himmah atau perhatian utama. Tafahhum berasal dari kebiasan berpikir untuk mengetahui makna. Takzim lahir dari dua makrifat (terhadap kemuliaan dan keagungan Allah dan terhadap kehinaan dan kefanaan dirinya). Haibah datang dari makrifat akan kekuasaan Allah, hukuman-Nya, pengaruh kehendak-Nya. Penyebab timbulnya raja' adalah kelembutan Allah, kedermawanan-Nya, keluasan nikmat-Nya, keindahan ciptaan-Nya, dan pengetahuan akan kebenaran janji-Nya. Sedang haya' muncul melalui perasaan serbakurang sempurna dalam beribadah dan pengetahuannya akan ketidakmampuan menunaikan hak-hak Allah.

Berdasarkan itu, manusia terbagi menjadi tiga kelompok. Pertama, orang lalai yang mendirikan shalat, tetapi hatinya tidak hadir sama sekali. Orang yang mendirikan shalat dengan hati tak pernah lalai sama sekali. Ketiga orang lalai yang tidak mendirikan shalat.

Yang terbaik adalah golongan kedua. Dia tidak pernah lalai dalam shalat dan selalu menghidupkan hatinya. Dia amah hebat konsentrasinya sehingga tidak merasakan apa yang tengah terjadi di sekelilingnya. Bahkan sebahagian orang wajahnya pucat dan dadanya bergoncang kerana takut. Ini tak mustahil dicapai manusia. Apalagi banyak orang mengalami hal serupa karena takut pada raja dunia.

[ Last edited by always_typo on 2-12-2004 at 08:40 AM ]
Reply

Props Report

Akasyah This user has been deleted
Post on 2-12-2004 11:08 AM |All posts
Originally posted by always_typo at 2004-11-29 03:45 PM:
Bagi saya, kalau saudara (atau Abuya) mengatakan solat atau kalimah tauhid tertanam di dalam jiwa sama saja maknanya kalau saudara mengatakan solat dan kalimah tauhid tertanam dalam  dalam fikiran. Adakah bila kita merasa sedih atau gembira, kita tidak menggunakan fikiran? Apabila kita menganalisa sesuatu, adakah kita tak menggunakan perasaan?  Adakah roh kita tidak terlibat dalam proses-proses sebegini? Bodoh betul saya ni..


Baiklah saya yg dhaif ini dgn berkat guru saya, akan cuba huraikan lagi kemusykilan sdr spt yg diboldkan diatas tu...

Saya bawa satu contoh mudah agar kita lebih faham matan2 yg telah disampaikan oleh Abuya....

Katalah suatu hari kita buat jungle tracking dlm hutan... alih2 tersesat. Dalam keadaan terpingga2 spt itu, tiba2 kita ternampak kesan tapak kaki harimau dan tak semena2 dlm beberapa minit kita dengar ngauman hingga tanah yg kita pijak rasa bergegar.....pada masa itu...apa kondisi diri kita?

Mari kita lihat dlm kondisi spt ini, diri kita akan melalui 3 peringkat.

Peringkat pertama, tentu otak/fikiran akan proses maklumat (nampak kesan tapak kaki harimau tersebut) dan kemudian mengeluarkannya, iaitu kita akan kata..."ini nampak gayanya tapak harimau ni...." Tapi fikiran kita di waktu itu tidak rasa takut sbb yg takut bukan fikiran. Takut bukan suatu perkara yg boleh diajar2 pada akal sbb ia makhluk Tuhan yg tdk dijadikan utk 'merasa.' Peranan akal hanya akan terhenti setakat menerima dan memproses maklumat bukan sampai merasa.

Peringkat kedua, barulah maklumat dr otak itu tadi dihantar ke hati kita yg sekaligus akan merangsang hati utk rasa takut. Atas rasa takut itulah hati mengarahkan semula akal  agar kena beredar segera dari situ! Di peringkat ini akal masih main peranan.

Peringkat ketiga, belum pun sempat kita nak beredar dari situ...tup2 telinga kita dah berdesing akibat terdengar ngauman harimau
Reply

Props Report

Akasyah This user has been deleted
Post on 2-12-2004 11:10 AM |All posts
Di sini cuba kita kaitkan dgn persoalan nampak kesan tapak kaki harimau dgn khusyuk didlm sembahyang. Kita boleh nilai dan faham di mana peringkat sembahyang kita.

Dalam sembahyang tidak menafikan peranan akal lebih2 lagi golongan orang awam macam kita yg perlu belajar dan hafal apa makna2 sembahyang. Di waktu ini akal memang sgt berperanan sbb maklumat perlu diproses oleh akal. Tetapi apakah maklumat yg dipelajari dan diproses menjadi bahan berfikir itu cuba di hantar ke hati?

Sebab itulah kenapa Abuya ada katakan bahawa khusyuk di akal masih boleh di 'on' dan di offkan' kerana sifat akal itu bukan merasa dan menghayati sedangkan utk khusyuk ialah soal merasa. Bawalah fikiran sepenuhnya ke dlm solat sekalipun ttp jika hanya di fikiran..ia tetap diistilahkan belum khusyuk spt yg Tuhan mahu. Kategori sembahyang spt ini masih dianggap org yg lalai didlm sembahyangnya.

Sedangkan jika sudah peringkat kedua (dr cth hati sudah takutkan harimau) iaitu peringkat yg sudah ada usaha utk menghayati iaitu 'merasa' dgn hati/roh apa2 makna dlm bacaan, barulah dikatakan kita dlm peringkat berusaha utk khusyuk. Itupun bergantung pada latih tubi yg kita kena usahakan sungguh2.

Sebab jika hati kita masih tidak kuat rasa2 berTuhan dan rasa2 kehambaan maka penghayatan sembahyang kita akan lebih condong pada penghayatan diakal semata2. Akan berlaku berbolak-balik penghayatan kita. Sekejap dihati sekejap di akal. Sekejap di akal sekejap pula turun ke hati. Itulah kenapa kita akan merasa sekejap kita rasa 'hadir' dlm sembahyang sekejap tidak 'hadir' pulak tapi pada masa yg sama kita bukan tak faham makna2 bacaan..Solat peringkat ini masih kategori lalai meskipun sudah agak baik. Sebab masih main tarik tali
Reply

Props Report

Akasyah This user has been deleted
Post on 2-12-2004 11:11 AM |All posts
Di sinilah betapa pentingnya kena warm-up dulu sebelum solat...warm-up itulah yg dikatakan usahakan khusyuk di luar sembahyang. Rasa2 kehambaan dan rasa2 berTuhan sudah ditempa2 diluar sembahyang di dalam kehidupan harian kita.

Katalah lagi setengah jam nak solat, kita sibuk dgr lagu2 ct..(sebagai cth). Jadi bila masuk sembahyang, tdk mustahil lagu2 ct itulah yg akan memberi 'rasa2' pada kita sepanjang kita memahami bacaan dlm sembahyang kita. Di sinilah kenapa 'rasa2' utk benar2 merasai apa yg di ucapkan pada setiap makna bacaan kita TUMPUL tidak TAJAM!

Kalaupun bibir dan akal kita sebut Allahu Akbar....tapi roh kita hanya rasa Allah tu tak lah sebesar mana. Begitu juga masa sujud....roh kita cuma rasa Allah itu taklah sesuci dan setinggi mana pun. Bila duduk antara dua sujud roh kita tak rasa pun automatik merintih minta diri kita diampunkan, dirahmati, ditinggikan darjat, dicukupkan, direzekikan dan begitulah seterusnya.

Memang akal kita akan kata betapa besar dan betapa tingginya Allah SWT itu atau betapa kita tersgt memerlukan Allah dlm menunaikan permintaan kita tapi hakikatnya roh kita tidaklah seiring ataupun sampai levelnya ke tahap level spt yg bibir dan akal kita akui. Inilah yg dikatakan khyusyuk itu ada level2nya bergantung kuat atau tajamnya 'rasa2' yg boleh roh kita capai! Sebab itulah kita tak boleh bohong soal khusyuk ini dgn ukuran akal dan lafaz. Inilah yg Abuya maksudkan khusyuk itu adalah KEADAAN HATI ITU SENDIRI. Jika ada khusyuk maka khusyuklah dlm sembahyang, jika tidak maka tidaklah ada khusyuk.
Reply

Props Report

Akasyah This user has been deleted
Post on 2-12-2004 11:15 AM |All posts
Akhir sekali kita lihat peringkat ketiga (dr cerita di atas) iaitu peringkat akal tidak lagi memainkan peranan. Iaitu roh/hati sudah dominan dari akal dan nafsu Sembahyang pada peringkat ini....oleh kerana 'rasa2' kehambaan dan rasa2 berTuhan sudah menebal dan tajam iaitu makna2 bacaan sudah benar2 dijiwai, automatik penghayatan roh tidak berbolak-balik atau turun naik antara akal dan rasa.

Di ketika inilah seseorang itu akan tenggelam dlm lautan rasa...spt rasa betapa hebatnya, betapa agungnya, betapa mulianya, betapa besarnya Allah dan pelbagai lagi (rasa2 berTuhan) dengan berselang-seli pula tercetus dgn sendirinya rasa gerun teramat sangat, rasa berdebar2, rasa lemah lutut, rasa kecut perut tak boleh nak cakap dsbnya. Hingga terkadang tu terlihat fizikal akan sedikit menggigil
Reply

Props Report

Akasyah This user has been deleted
Post on 2-12-2004 11:19 AM |All posts
Terjadinya level2 khusyuk dlm sembahyang ialah bertitik tolak dari tidak kenal Tuhan dan tidak mampunya kita untuk sembah Tuhan (sembahyang) seolah2 kita sedang nampak Tuhan. Inilah yg dimaksudkan dgn berjiwa tauhid bukan sekadar berakal tauhid semata. Sebagaimana kita kenal betul2 harimau dan boleh pula nampak harimau. Tetapi kenapa cukup dgn hanya nampak bekas tapak kaki dan bunyi ngauman sahaja, kita dah atur langkah seribu, padahal belum pun harimau itu muncul di depan mata. Samalah bukankah kita sudah tahu sifat2 Tuhan meskipun kita bukan boleh nampak Tuhan tapi kenapa kita tidak boleh bersikap spt sikap kita terhadap harimau itu tadi?

Ini kerana sedari kecil kita dah dikenalkan apa itu harimau, kekuatannya dan akibat yg boleh kita terima dari harimau hingga kejadian harimau dan segala kelebihannya kita dah jiwai betul2. Jadi kita dah kenal betul2lah harimau itu mcm mana. Munasabahlah kita sgt takutkan harimau. Sedangkan kita kenal Tuhan tidakpun sampai begitu.

Meskipun akal boleh proses maklumat melalui pembelajaran, Allah itu begian2 dan kita ini hamba yg sekian2, oleh kerana pendidikan kita sudah rosak ratusan tahun di mana tidak menekankan pendidikan soal roh hanya soal hukum itu dan ini dan syariat sana-sini, jadi itulah sebabnya kita susah nak timbulkan rasa2 berTuhan pada roh kita. Jika rasa2 berTuhan tiada atau tak kuat macam mana hendak timbul rasa2 kehambaan. Macam mana nak capai maqam khusyuk. Sudah tentu kita lebih seronok luangkan lebih masa ambil tahu pasal makhluk, pasal peristiwa harian, pasal makan pakai kita atau pasal kerja kita.  

Jadi sama2 kita berusaha tanpa jemu, cari jalan atau lahirkan sebab utk subur2kan rasa2 berTuhan dan rasa2 kehambaan terhadap roh kita setiap hari agar KEADAAN HATI/ROH kita termasuk golongan roh2/hati2 yg khusyuk.Kerana itulah kunci utk mendapat khusyuk di luar sembahyang seterusnya membawa khusyuk itu ke dalam sembahyang. Amin
Reply

Props Report

UFWL2.0 This user has been deleted
Post on 2-12-2004 05:10 PM |All posts
Kusyuk itu anugerah...
kita perlu usahakan mencarinya dgn ilmu...tauhid feqh dan tasaufnya.Apabila ilmu ini telah mantap dan bersemadi dijiwa..Allah akan anugerahkan kusyuk...

Wallahua'lam.
Reply

Props Report

cz  

Rank: 8Rank: 8

Post on 4-12-2004 08:16 AM |All posts
aku setuju dgn UFWL, kusyuk itu satu anugerah, dalam asas islam sahaja dah diterangkan utk kita selalu melakukan ibadah. Simboliknya drpd selalu melakukan ibadah ialah bersihnya jiwa, hati, akal, nurani, roh. Teknik ibadah ni selain drpd mentaati perintah Allah, juga secara tak langsung menjuruskan kepada 'pembersihan dalaman diri'. Macam juga pakaian kita, kalau tak basuh, buruk dan kotorlah baju kita. Tapi kalau dah dibasuh, wangi, bersih dan kemas lagi baju kita. Jadi, marilah kita tumpukan sembahyang kita dgn menarik akal kita sebelum pergi@berpikiran ke lain, hati kita yg kdg2 tak tahan berdiri lama,napsu nak tgk tv lepas tu dll. Satukan rohani dan jiwa kita serentak di dalam tumpuan kita mengerjakan solat. Bukan senang utk mendapatkan anugerah ni, perlu usaha yg mmg kuat, tabah dan sabar. Aku sendiri belum lagi mendapat kekusyukan dlm solat, tapi aku pon mencuba gak utk mencapai tumpuan yg sebenar kerana aku percaya, takkan ada usaha positif yg berakhir dgn sia2..practice make perfect.
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 4-12-2004 09:04 AM |All posts
Originally posted by always_typo at 2004-11-28 11:26 PM:
Apa pendapat anda?


A'kum semua...

erti kusyuk itu luas merangkumi pengetahuan individu sama ada dari segi ilmu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat.  bila sudah makrifat, latihan tubi (dari aspek wudu', bacaan tajwid, pergerakkan solat yang betul serta rasa ikhlas) perlu untuk dianugerahkan rasa kusyuk kerana leka-lagi-asyik-masyuk kita ke alam diri yang empunya diri... yakni hilang diri ke dalam yang empunya diri.  

selagi kita tiada mengenal, selagi itu kita tak kusyuk...  semoga Allah menganugerahkan nikmat 'kusyuk' ini pada kita semua.  amin.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 6-12-2004 11:13 AM |All posts
Kesimpulan yang saya dapat dari penerangan Akasyah yg. panjang lebar (Terimakasih) ialah selain pemahaman dan tumpuan semasa solat, penghayatan haruslah dihadirkan. Menurut Akasyah kalau penghayatan hadir, kemungkinan pemahaman dan tumpuan beserta dengan khusyuk akan hadir secara "automatik".

Saya tak sure pasal proses automatik tu (utk mendapatkannya secara konsisten bagi setiap solat mungkin dah sampai peringkat wali allah) tapi mungkin bagi orang awam, point Akasyah yang saya ingin tekankan adalah  kehadiran "penghayatan" ini boleh cuba dicari sekiranya kita menumpukan perhatian kepada solat yang hendak dilakukan bukan sahaja SEMASA solat tetapi SEBELUM kita melakukan solat tersebut. Di sini nampak kepentingan solat sunat qabliah sebagai "rehearsal" di samping strategi-strategi lain.

Logik juga kita cuba menghadirkan kebesaran Allah dalam hati kita SEBELUM kita mengerjakan solat kita, mengenangkan bahawa kita sedang dalam proses nak berhadapan dengan Allah.  Jgn waktu nak solat baru nak menimbulkan penghayatan, agak susahlah sikit kerana momentumnya belum wujud. Agak pelik kebanyakkan doa meminta dikusyukkan solat berlaku SELEPAS solat dan bukan sebelumnya..hmm..kena tukar tu..

Di samping itu, kita harus berusaha "flush" otak kita daripada sebarang hal-hal dunia beberapa minit sebelum solat (jgnlah bersembang, melawak,  berangan-angan, menyanyi(!) dsbgnya pada masa tu) . Even masa mendengar Azan, sudah boleh mulakan proses penghayatan dan kehadiran perasaan gementar- bergantung kepada keimanan kita dan masa yang kita ada.  Di sini nampak kelebihan solat jemaah, dan kelebihan hadir LEBIH AWAL ke masjid agar sempat mendengar azan dngn lebih 'live' , bersolat sunat qabliah dan melakukan aktiviti2 lain utk persediaan solat, usaha kita utk memperoleh kusyuk.

Mungkin juga kita boleh membaca ayat-ayat yang menerangkan kebesaran Allah yang kita fahami secara senyap-senyap (seperti ayat Kursi, Qulhuwallah, dll) ataupun surah-surah pasal Kemurkaan Allah (mcm Aroaitallazi, Humazah dll) dan berzikir, menghayati maknanya SEBELUM solat. Even mula membaca Alfatihah atau Iftitah beberapa kali sebelum mengerjakan solat tersebut untuk tujuan rehearsal menimbulkan penghayatan. Apa pendapat anda?

Juga harus juga kita melihat alam sekeliling kita, misalnya bulan mengambang / bintang berkerlipan / keindahan seni bina masjid, bunyi-bunyi dan keindahan objek di sekeliling kita pada masa kita dalam perjalanan utk mengerjakan solat tersebut dan sebelum mengerjakan solat tersebut. Ini juga boleh menolong menghadirkan rasa kekerdilan kita berbanding Allah yang menguasai Alam semesta sebelum kita mengerjakan solat tersebut. Hati-hati, jgn pula terlalu berangan, nanti perkara2 tersebut akan datang menghantui fikiran kita semasa solat nanti.

Yang penting, kena relate balik apa yang kita lakukan itu (samada zikir/baca AlQuran atau melihat kejadian Allah) kepada kebesaran dan kekuasaan Allah, tuhan yang bakal kita temui dalam solat yang tak berapa minit lagi akan  kita kerjakan tersebut.

Finally jangan lupa sentiasa berdoa  agar Allah mengurniakan kita kusyuk di samping menghapuskan sebarang perasaan riyak dan takabur dalam hati kita. C''mon guys ..Must practice, practice, practice utk dapatkan solat yang terbaik!!

always_typo


Satu tips yang rakan saya berikan untuk menggunakan solat dari mengelakkan kita melakukan maksiat dan meningkatkan diri adalah penghayatan Syahadah dalam Tahiyat.

Anggaplah diri anda seorang yang baru hendak memeluk ugama Islam ketika membaca syahadah itu dan syahadah itu adalah ikrar anda ketika mula memeluk Ugama Islam (knyakan kita geng Islam Baka ni tiada pengalaman begini) - dgn keazaman utk meningkatkan usaha anda menjadi seorang Islam yang sempurna - jika anda rasa anda masih melakukan dosa fizikal, berazam untuk tinggalkan. Jika anda banyak dosa mental, berazam utk tinggalkan. Jika anda belum ada sumbangan terhadap ummah, berazam untuk banyakkan amal komuniti/bakti ibu bapa dsbgnya  dan jika anda masih kurang ilmu di dada, berazam untuk menambahkan lagi ilmu.

Setelah memberi salam "Selamat Kepadamu Dengan Rahmat Allah", tibalah masanya anda menggunakan rahmat Allah (yg sentiasa anda dapat 24/7 without fail) untuk mengotakan semua azam-azam anda tadi.

Wallahua'lam

[ Last edited by always_typo on 6-12-2004 at 03:36 PM ]
Reply

Props Report

123Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 22-11-2014 06:17 PM , Processed in 0.152791 second(s), 25 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top