CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: always_typo

Kusyuk & Cara Solat (merru, sLapshock, D_S_Eja, mamapooh, sedondon)

[Copy link]
Post time 20-2-2006 09:17 PM | Show all posts
dua perkerjaan dlm satu masa serentak. ingat awek n mulut kumat kamit, itu batil. coba alihkan pula ingatan pada allah masa mulut kumat kamit atau baca dalam hati jer. 100% khusyuk mmg payah nak dapat. khusyuk 100% tu fana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2006 12:19 PM | Show all posts
HAMBAKAH KITA????(1)

Manusia,Sembahyang Dan 9 Kategorinya.

Percaya tak hanya 1 atau 2 persen sahaja umat Islam yang sembahyang? Tak caya? Kalau tak caya tu maknanya mungkin kita belum faham apa makna sembahyang. Kalau kita tanya budak kecik apa tu sembahyang, depa jawab, sembah Tuhanlah. Betul tu! Pandai pun depa jawab.

Tapi marilah kita semua tanya diri, betul ke dah sembah Tuhan bila sembahyang? Sebagoi panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7, 8 den 9 aje. Yang lain tu hakikatnya termasuk dalam golengan 98 atau 99 persen tulah. Issy,suspen betullah.

1. Golongan yang Iangsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.
Mereka ni namanya saja Islam, tapi memang tak mau sembahyang. Malah tak tau pun macam mana nak sembahyang. Tak ambil pusing Iangsung pasal sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur, hai ...con firmlah kekal selama-lamanya di dalam Neraka.


2. Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang Mereka ni sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang. Tapi sebenornya, tak khatam ilmu sembahyang pun. Mereka ni tak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul,yang panjang jadi pendek, yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tak tau, bersuci pun tak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima Allah SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak bagi pass.

3. Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu Mereka ni lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kekadang tu boleh score Al lagi. Tapi, bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada`. Kekadang tu, terlepas waktu kerana sibuk sangat buat keja sebab nak cari duit banyak. Kalau sembahyang pun, sembahyang riadhah saja. Tonggang tonggek, tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah. Tapi, fikiran mereka boleh round satu dunia.

Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Mudah kata mereka ini orang Islam yang jahat. Mana taknya jahat, depan Tuhan boleh nak main-main. Kalau main depan raja pun orang dah kata biadab, ini kan pulak main depan Tuhan, Raja segala raja. Mereka ni kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah). Kalau dah dihalau dari Syurga, ke mana le agaknya? Tentu semua sudah maklum.

Dari http://www.rufaqadaily.com
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 12:25 PM | Show all posts
MENGEJAR MAQAM KHUSYUK


Petikan:

" Khusyuk ialah rasa-rasa di hati terhadap Allah SWT termasuk rasa Allah itu Maha Hebat, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, Maha Gagah, Maha Penyantun, Maha Lemah-lembut, Maha Pemurah, Maha Pemaaf dan sebagainya. Khusyuk juga termasuk merasa malu, hina, berdosa, lemah, dhoif dan bergantung harap kepada Allah SWT. "


Dalam hidup ini, kita tidak akan terlepas dari ujian sama ada ujian nikmat mahupun ujian kesusahan. Islam mengajar kita bahawa dalam menerima nikmat, kita harus bersyukur dan dalam menghadapi kesusahan, kita harus bersabar.

Ini sesuai dengan firman Allah di dalam sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud:

揔alau Kami uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur. Dan kalau Kami uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan carilah Tuhan yang lain selain Aku.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 12:28 PM | Show all posts
Sebab itu juga, di zaman Sahabat, maki hamun, cacian, penghinaan, penipuan, disusahkan, dikhianati dan sebagainya yang berlaku, jarang mencetuskan pergaduhan dan perbalahan kerana pihak yang dizalimi sentiasa merasakan ia satu rahmat yang menguntungkan.

Itu jugalah sebabnya, di dalam sesebuah masyarakat bagaimana baik pun masyarakat itu, Allah tetap akan adakan kejadian dan hal-hal yang sedemikian untuk membuka ruang yang seluas-luasnya bagi manusia bermujahadah, bersabar, meminta dan memberi maaf.

Kalau sesebuah masyarakat atau jemaah itu terlalu baik dan bersih hingga tidak ada lagi yang berbuat jahat, yang menipu, yang mencaci, yang memaki atau yang menghina, maka tertutup rapatlah pintu mujahadah. Sebenarnya kita mendidik masyarakat dan kita dididik menerusi masyarakat. Allah menggunakan manusia untuk mendidik manusia. Pusingan ini berjalan terus dan tidak akan putus-putus hinggalah ke hari Qiamat.

Di antara bersyukur dan bersabar pula, bersyukur lebih berat untuk dilaksanakan. Dalam bersabar, kita hanya perlu menahan perasaan dan menyerah diri kepada Allah. Tetapi di dalam bersyukur, kita terpaksa bekerja keras untuk mengorbankan segala nikmat yang kita perolehi ke jalan Allah. Itulah hakikat bersyukur yang sebenarnya.

Namun demikian, sabar menerima ujian kesusahan itu ada tahap-tahapnya seperti mana yang berlaku pada Rabiatul Adawiyah dalam sejarah hidupnya. Pada suatu hari, Rabiatul Adawiyah jatuh sakit. Beliau diziarahi oleh Hasan Al Basri, Zunnun dan Malik bin Dinar.

Berkata Hasan Al Basri kepada Rabiatul Adawiyah: 揑ni ujian dari Tuhan, maka hendaklah kamu bersabar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 12:30 PM | Show all posts
Melupakan segala ujian dan kesusahan yang Allah timpakan kepada kita dan mengingat-ingat segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, juga melupakan segala ibadah dan kebaikan kita kepada Allah dan mengingat-ingat dan mengenang-ngenangkan segala dosa dan kejahatan kita kepada Allah termasuk dalam jalan kebenaran.

Jelas bagi kita bahawa nikmat atau kesusahan itu sendiri sebenarnya tidak penting. Perkara yang lebih penting ialah bersyukur dan bersabar kerana itulah untungnya dalam kita menghadapi kesenangan dan kesusahan. Maqam sabar pula boleh ditingkatkan kepada maqam redha, syukur dan lupa.

Namun ada seperkara lagi yang patut kita usahakan di dalam kita menerima ujian sama ada ujian nikmat atau ujian kesusahan iaitu khusyuk. Khusyuk ialah rasa-rasa di hati terhadap Allah SWT termasuk rasa Allah itu Maha Hebat, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, Maha Gagah, Maha Penyantun, Maha Lemah-lembut, Maha Pemurah, Maha Pemaaf dan sebagainya. Khusyuk juga termasuk merasa malu, hina, berdosa, lemah, dhoif dan bergantung harap kepada Allah SWT.

Apabila kita menerima nikmat Allah, contohnya kita dijamu makan minum yang banyak dan lazat, maka hendaklah kita berfikir dan bertafakur. Dengan amalan kita yang sedikit dan dosa kita yang begitu banyak, Allah bagi juga kita merasa makanan yang banyak dan lazat yang kita tidak layak menerimanya. Akan timbul rasa malu dengan Allah di hati kita dalam menerima nikmat-Nya itu. Maka rasa malu inilah khusyuk dan ia adalah makanan bagi roh dan jiwa yang jauh lebih baik dan lebih lazat dari makanan lahir yang terhidang di hadapan kita.

Kalau kita diuji dengan kesusahan pula, contohnya kereta yang kita pandu remuk dan rosak terlanggar pokok, maka hendaklah kita berfikir dan bertafakur. Ini kecil. Bukan setakat kereta rosak dan remuk tapi Allah boleh buat lebih dari itu ke atas diri kita dan tidak ada siapa pun yang mampu menolak-Nya. Allah boleh matikan kita kalau Dia mahu. Maka akan timbul rasa takut, gerun, cemas dan bimbang dalam hati kita. Maka itulah khusyuk iaitu makanan bagi roh dan jiwa kita yang jauh lebih bernilai dari kerugian kereta kita yang rosak itu.

Inilah perkara tambahan yang patut kita usahakan di dalam kita menerima nikmat dan kesusahan dari Tuhan iaitu rasa-rasa khusyuk dengan Tuhan melalui berfikir dan bertafakur.

Ada Hadis yang bermaksud:

揃ertafakur satu saat itu lebih baik dari sembahyang seribu rakaat yang tidak khusyuk.擺/b]

Di petik dari http://www.rufaqadaily.com
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 04:28 PM | Show all posts
mok nik ada satu buku yang cukup bagus

Khusuk dalam Solat oleh Muhammad Uqbah Nafiq

carilah buku ini..tak mahal hanya $5
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2006 08:55 AM | Show all posts

Tazkirah Selepas Solat.....

Assalmualaikum to sumer. Ini utk renungan bersama.

Siapa yang membaca tiap habis shalat,

Subhanallah 33 kali,

Alhamdulillah 33 kali,

Allahu Akbar 33 kali,

lalu untuk mencukupkan bilangan seratus membaca
'Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir'

maka akan diampunkan baginya semua dosa-dosanya meskipun sebanyak buih air laut

(H.R Muslim)

p/s : semoga kita diberi kekuatan untuk amalkan dan sampaikan pada saudara yang lain...

mamapooh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Datin_Seri_Eja This user has been deleted
Post time 21-6-2006 06:37 PM | Show all posts

Baiki cara solat kita...khas buat perempuan

SEkadar menyampaikan....
Subject: Baiki cara solat kita...khas buat perempuan

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar
tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak
dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti
kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru
kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah
kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni
pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di
kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,
penceramah
mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm
menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita
berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan
kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak
utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan
menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan
oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita
dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi
hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil
membetul2kan
kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir,
penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,
sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk
menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut
penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah
lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas
sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas,
seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2

selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh
tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di
atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
Siku
juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman
hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa
lakal
hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg
tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti
tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah
sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2
tgn
dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana
dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua
tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu
jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur

agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm
keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,
gunalah
tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh..."
( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga
memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh
sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di
sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika
bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.
Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm
keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para
hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg
tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya
kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,
maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak
jarang
(antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan
sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm
telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati
dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,
sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi
menutupi
kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan
stokin
yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan

menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu
tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah
mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada,
pakai 2
lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Adayg
berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg
rambut
pjg,
jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah
kita
berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat
yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini
memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk
membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas
ketika
solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk
mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat,
saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian
persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita
dihisab
pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam
baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,
harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk
itu dari saya.

Wassalamu.

** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat.. **
_________________

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2006 02:17 AM | Show all posts

Reply #1 Datin_Seri_Eja's post

tengkiu...gud info.

insyaallah akan menjadi guide dan diamalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 09:47 AM | Show all posts
thank you....verry good info
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 05:33 PM | Show all posts
Berkongsi ilmu yang baik.
terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 08:32 PM | Show all posts
terima kasih datin kerana sudi berkongsi tata tertib solat di sini.. semoga dpt kita manfaatkan bersama...

dlm bab solat ni, ada satu perkara yg kak noor lihat dahkurang di praktis kan.. iaitu bab saf.. rata2 saf kita skang ni jauh2 jarak dia..

dan rata2 juga, ramai imam, "segan" nak menegur kuat2 bab saf ni.. kak noor tahu sgt2 sebab pernah terlibat dlm hal ni.. kenapa ye, kenapa imam takut nak menegur??
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by Datin_Seri_Eja at 21-6-2006 06:37 PM
SEkadar menyampaikan....
Subject: Baiki cara solat kita...khas buat perempuan

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar
tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg di ...


kebetulan sungguh..
arini kakliza mempelajari emngenai tajuk ini di surau..siap ngan praktikal sekali..

mmg tanpa disedari banyak perkara2 dalam solat yg tidak diambil berat..

boleh juga rujuk panduan ini..:dia:PAKAIAN SOLAT BAGI PEREMPUAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 08:28 AM | Show all posts
time kasih
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 01:37 PM | Show all posts
harap dapat mempertingkatkan kualiti solat .Insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 10:33 PM | Show all posts

Reply #1 Datin_Seri_Eja's post

info yg bagus utk dikongsi bersama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2006 10:49 PM | Show all posts
time kasih bebanyak utk info ni
meh same2 kite praktikkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2006 09:40 PM | Show all posts
thanx 4 da info...:tq: :tq: :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by zulyusoff at 22-6-2006 08:44 PM
cari buku:

Pedoman Solat - Prof. Dr. Hasbi Ashidiqi
Sifat Solat Nabi - Syeikh al-albani

Bukan buku je  DVD pong ada jual tajuk "Pray" dalam B.Inggeris(cara Rasulullah Solah). Dvd ni tunjuk dari ambil wuduk hingga habis solah.
La ni banyak telekung dr Indon yang cantik tapi jarang!...Shima tak beli telekung cam ni. Kita kalau nak solah pakai la pakaian yang cantik n bersih serta selesa...gi jalan boleh pakai cantik-cantik naper mengadap Allah tak secantik nak berjalan!
Tima asih Datin!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by Datin_Seri_Eja at 21-6-2006 06:37 PM
SEkadar menyampaikan....
Subject: Baiki cara solat kita...khas buat perempuan

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar
tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg di ...



tq datin..
syukur terjumpa thread nih..:lebai:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.307061 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list