CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: always_typo

Kusyuk & Cara Solat (merru, sLapshock, D_S_Eja, mamapooh, sedondon)

[Copy link]
Post time 28-6-2006 11:28 AM | Show all posts
Assalamualaikum..

Untuk pengetahuan semua...UStazah Siti Khadijah Din...adlah seorang pendakwah bebas...beliau pernah ke overseas semata-mata untuk berdakwah...kawan saya memberitahu yang dia adalah isteri pertama kepada suami dia dan dia mempunyai madu...tinggal serumah dengan madu selama beberapa tahun sehingga suami mereka mampu untuk membeli rumah dan sekarang mempunyai rumah yang berasingan...anak ustz mempunyai 12 orang....namun layanan beliau terhadap suami nya seperti baru lepas kahwin...penuh kemanjaan...dan penuh hormat....

Jika suami beliau ke rumah isteri sorang lagi...maka anak lelaki sulung akan bertindak sebagai ketua keluarga...dimana pernah kawan saya bagitahu kesemua anak nya bangun subuh untuk sembahyang berjamaah....kesemuanya sekali termasuk anak yang paling kecil berumur sekitar 6-7 tahun...

Saya sekadar pernah mendengar cerita kebaikan ustz saja ...tak pernah lagi mengikuti ceramah beliau....semoga Allah memberkati usaha beliau... Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 04:50 PM | Show all posts

Kusyuk dalam solat (sure baca)

Khusyuk di dalam solat adalah perkara utama cuma untuk mendapatkannya agak sukar sedikit. Walau bagaimanapun kita mesti berusaha, Insya Allah. Di dalam membuktikan khusyuk itu wujud di dalam solat saya mengambil dua kisah dari Rasulullah dan Saidina Ali.

Rasulullah dikala melakukan solat terutama solat malam Rasulullah akan rukuk dan sujud yang begitu lama sehinggakan isterinya, Aishah menyangkakan Rasulullah telah meninggal dunia dan kaki Rasulullah bengkak kerana terlalu lama bersolat.

Saidina Ali telah di panah di kakinya dan anak panah itu telah tertusuk dalam sehingga sukar untuk dikeluarkan. Apabila cuba dikeluarkan beliau merasa sakit. Tetapi anak panah itu berjaya dikeluarkan apabila beliau berada di dalam solat kerana beliau terlalu khusyuk sehinggakan rasa sakit tidak dirasai lagi.

Sungguh pun begitu Wali Allah yang terkenal Syeikh Kadir Al-Jailani mengambil masa 30 tahun untuk mencapai tahap ini, maka kita tak tahulah macam mana. Apa yang kita perlu buat hanyalah berusaha semuga Allah Taala menerima ibadat kita.

[ Last edited by  sedondon at 9-8-2006 04:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 05:38 PM | Show all posts
bagusnya dapat khusuk tahap mcm tu...

aku ni.. baru rakaat pertama kepala dah start melayang2... ingat itulah.. inilah... tapi bila dah habis salam xde plak nak melayang2 mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 09:59 AM | Show all posts
Petua untuk khusyuk solat

1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

14. Memahami makna bacaan dalam solat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058796 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list