CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: burung_pungguk

JACLYN VICTOR - GEMILANG

[Copy link]
Post time 29-12-2004 11:31 AM | Show all posts

Pada pendpt saya

Lagu Gemilang versi studio yang dimainkan di radio baru-baru ni ... sebaik versi live di MI tu. ;)

Tapi dgn review-review korang ... harap-harap album Jac ni ada edisi khas kelak, boleh tengok ada improvement tak. :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2004 08:52 PM | Show all posts
yup...betulla ckp kose...album ni memerlukan kite mendengarnya byk kali berturut2...review pertama aku agak 'biased' sebab aku cuma mendengarnya beberapa kali je masa buat review tu dan terus aku buat ulasan...aku rasa aku 'menghukum' album jac terlalu cepat sebab bila kite beli tu, mmg kite mengharapkan yang terbaik dari jac sebab kite semua dah tau yg jac ni terlalu hebat sebagai seorang penyanyi (sama taraf dgn penyanyi antarabangsa) dan lebih hebat dari kebanyakan penyanyi yg ada di mesia ni- aku rasa lebih hebat dari ziana, dayang, siti, sarah, liza, ning dan terutamanya misha omar. aku mmg mengharapkan jac menyanyikan lagu2 yg power2 sebab suara dia power bukan mcm misha yg nyanyi lagu2 yg meleleh...lembab..tak menjerit2 dan juga dia di antara satu2nya penyanyi di mesia ni yg 'melepas' bile menyanyi...tak simpan suara dia...mane ada org lain buat mcm jac..siti?? takdela sangat bile 'menjerit'..kekadangje..misha???lagila tak reti nak 'jerit'....

anyway bebalik kpd album jac ni, setelah mendgrnya berturut2 utk beberapa hari, aku dah mula menyukai album ni sgt2 even sampai hari ini aku mendgrnya setiap masa bile dpn radio. album ni lebih BEST dari album dayang sayang kamu dan kebykan album yg berada di pasaran hari ini. dan aku rasa utk album 'pertama' rasminya sbg seorg penyanyi sykt rakaman, sgt2 lebih baik dari kbykan debut/album pertama penyanyi lain especially misha ke sarah ke siti ke...

biar aku revise balik review aku itu:-
gemilang-best sgt lagu ni...memula dgr mmg takleh lari dari membandingkannya dgn versi live tapi dah lama2 dah leh terima lagu ni. this song is by itself, takleh disamakan dgn versi live-dua2 berbeza. cara lagu ni habis mmg best. 9/10.

cuma setia- lagu ni memula sgt2 tak best sebab iras2 lagu pop biase ziana zain dulu2 tapi dah dgr byk kali mmg ok. infectious dan fun. 7/10.

di bawah pohon asmara- aku skip lagu ni..sebab sah2 ni lagu balada jiwang2 yg lembab dan meleleh yg sepatutnya diberikan kpd misha atau org lain... tak sedap. 2/10.

di bawah pohon asmara- lagu rentak laju yg best. infectious dan fun..melodinya sedap. 8/10.

tiada lagi indah- slalu skip lagu ni. balada biase. patut diberikan kpd org lain...3/10.

love- lagu english yg upbeat/laju. best sgt lagu ni dan meningatkan aku kpd lagu leann rimes iaitu life goes on, rentak pun lebih kurang. bersemangat dan best. 9/10.

bring out the best in me- lagu balada english. sangat2 best dan jac jerit mmg 'melepas'. 9/10.

impian- lagu balada berbahasa melayu terbaik dari jac selain lagu gemilang. ditulis oleh hazami dan lagu balada ni jenis yg bersemangat(mcm gemilang) mcm balada org putih- jac nyanyi dan menjerit dlm lagu ni mmg sedap. bukan balada jiwang. 10/10.

when i fall in love- remake dia mmg sedap gile. mengikut pendpt aku, lagu terbaik dlm album ni. mellow dan relaxing dan juga happy..aku dah bleh bayangkan videoklipnya (kalo diorg mampu buatla)..jac tgh nyanyi kat taman pd musim autumn dan hujan renyai2, pastu dia tgh pegang payung see-thru. paling sesuai dgr lagu ni pada waktu malam terutamanya sebelum tidur atau tgh sorang2...lagu ni buat aku malas/nak baringje.. 10/10.

tunggu sekejap- remake ni pun sedap sebenarnya..jac membuatkan lagu ni 'kepunyaannya'..lain dari yg asal..versi ni mcm lagu baru. 10/10.

gemilang live- takyah ckp..mmg hebat. 10/10.

akhir kata, album ni patut dpt 4/5 setelah mendgrnya beribu2 kali dan lebih baik dari kebykan album yg ada skang di pasaran.

beri peluang kpd album ni dan dgr byk kali sebelum buat conclusion. sokonglah JAC!     belila albumnya!!!!~~~~:bodek::pompom::pompom::bodek:
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2004 11:20 PM | Show all posts
gosh!!!..thanx for giving such a good review...at last !! YAY!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2004 09:27 AM | Show all posts
wow..akhirnya ada juga yg bagi good review utk album JAC..

thats y saya taknak bagi review album JAC ni bila awal2 dengar..memang akan mengecewakan...so, kena dengar the whole album as a new product..jgn dibandingkan dengan JAC sebelum nie..maksud saya..jgn dibandingkan dgn show LIVE kat MI tu...esp utk lagu GEMILANG(studio version),WHEN I FALL IN LOVE n TUNGGU SEKEJAP..

mula2 dengar album ni memang teramatlah biasa...namun saya terus dengar n dengar sebab teramat yakin dengan nama2 besar yg menjadi tulang belakang album nie..

Lagu GEMILANG(STUDIO VERSION) disusun semula muziknya dan diterbitkan oleh RAMLI M.S(antara penerbit terbaik di MALAYSIA)...saya suka susunan muzik ada pengaruh orchestra spt. lagu nie....dan ending lagu ni memang teramatlah hebat...gabungan vokal n muzik yg betul2 best...

lagu TUNGGU SEKEJAP juga disusun semula muziknya oleh RAMLI MS...ada pengaruh walt disney...namun tetap hebat..dan vokal JAC juga begitu mantap dalam lagu nie....

lagu2 lain yg saya suka
1. DI BAWAH POHON ASMARA-Ciptaan AIDIT ALFIAN...lagu berentak fast dan boleh bertanding dlm Juara Lagu...harap jadi single..

2. IMPIAN-lagu ciptaan HAZAMI...memang best..dan mesejnya positif..bukan putus cinta ataupun merayu si kekasih jgn tinggalkan dirinya....salute ngan sentuhan HAZAMI..

3. BRING OUT THE BEST IN ME...lagu ni power n vokal JAC juga power..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2004 04:08 PM | Show all posts
hai...bnyk nye list cd yg nk beli nih..ayo!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2004 06:48 PM | Show all posts
JACLYN VICTOR-GEMILANG.
I just bought it yesterday. At first i went to TOWER RECORDS KLCC and I tried to find for it but I couldn't so i asked a girl and she said dah habis!..gosh..then i made my way to POWERSTATION AVENUE K and luckily I found it!..phew..lol..okay I heard all the songs in the album twice and i would like give my review

1. GEMILANG (studio version)
I really love this song dari pelbagai aspek: lirik, music arrangement and of course lontaran vokal jac yang without a doubt amat baik sekali. Lirik lagu ni full of siprit and and yan paling best bahagian ending..WOW!..thats all i could say. 9.5/10

2. CUMA SETIA
This song boleh dikatakan lagu pop rancak yang biasa but its fun. 7/10

3. PADAMU PERMATAKU
This song pulak..nice ballad but its not the best from azlan abu hassan. but vocal jac jelas and i like the title and of course the lyrics. Good job. 8/10

4. DI BAWAH POHON ASMARA
This song reminds me of Aretha Franklin's Chain Of Fools..i dont know why maybe because of the music arrangement. Menarik and boleh membuatkan you
menari. You can hear pengaruh black's music dalam lagu ni. I like this line :
  " Kekasihku, betapa kakiku kaku"
Suara jac sangat jelas and by just listening to it , you can remember and write down the lyrics...hehe  8.5/10

5. TIADA LAGI INDAH
Oh my god..lagu ni macam best sangat!..ajai punya lagu memang sedap..i think lagu ni berkisar pasal boyfriend yang telah meninggal dunia and this girl sedih pasal tu. Abie's lyrics bagus and ending lagu ni best. At first lagu ni background music die tak banyak sangat and then lagu ni tiada anti climax..overall i can say this song is one of my fav malay ballads. 9/10

6. LOVE
yeah true..lagu ni reminds me of Leann Rimes's life goes epecially bahagian chorus..good song 7/10  

7. BRING OUT THE BEST IN ME
Wow..wow..wow..this song is superbly good!..tak sangka composer malaysia boleh buat lagu english yang hebat macam ni. I fell in love with vokal die and this song bertaraf international. Lirik die memang best ...antara lagu terbaik in this album. 9/10

8. IMPIAN
At first i thought lagu ni tak sedap..but lepas dengar i realised yang hazami do write good songs!...lagu ni lebih kurang lagu gemilang dari segi lirik..penuh bersemngat and yakin. Well i shouldnt cakap banyak sgt pasal vokal jac coz takde apa nak cakap lagi..memang bagus! 8/10

9. WHEN I FALL IN LOVE
permulaan lagu ni best..and llagu ni overall okayla..honest i prefer lagi susunan muzik masa live performance..lebih menyakinkan..and lebih menonjolkan kekuatan vokal jac..its very relaxing thou.  7/10

10. TUNGGU SEKEJAP
Hmm...mula mula confuse dengar muzik die..macam a bit messy but lama2 muzik die jadi sedap..haha..yeah true macam music walt disney!..jac memang boleh menyanyi lagu melayu with her own style and i guess kalau p ramlee ade lagi dia akan puji jac..i dont knowla..i guess je..hehe 8/10

11. GEMILANG(live version)
Well..apa lagi nak cakap..bukan sahaja boleh menyanyi dengan baik dalam album but live pun dah terbukti hebat..suara die..god!, i wonder mana die dapat talent camtu.HEBAT!! 10/10                 

Ranking Lagu
1. GEMILANG (live version)           10/10
2. GEMILANG (studio version)       9.5/10  
3. BRING OUT THE BEST IN ME    9/10
4. TIADA LAGI INDAH                 9/10
5. DI BAWAH POHON ASMARA     8.5/10
6. IMPIAN                                  8/10
7. TUNGGU SEKEJAP                   8/10
8. PADAMU PERMATAKU              8/10
9. LOVE                                     7/10
10. WHEN I FALL IN LOVE            7/10
11. CUMA SETIA                         7/10

RATING KESELURUHAN : 4/5 STARS

[ Last edited by idolfan on 3-1-2005 at 01:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2005 04:21 PM | Show all posts
yay! album jac sudah terjual 7000 unit dlm masa 3 minggu..yay!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2005 05:13 PM | Show all posts
Hehe... boleh tak bantu aku undi lagu Gemilang sampai ke no1 di carta Era, carta Xfresh, carta Red? :kerek: Tumpukan pada carta mingguan!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2005 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by idolfan at 13-1-2005 16:21:
yay! album jac sudah terjual 7000 unit dlm masa 3 minggu..yay!


wow..hebat jugak sales album nie..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2005 04:58 PM | Show all posts
tulisan seorang pembaca BINTANG POPULAR..

dipetik dari bintang popular AHAD-30/01/05

Gemilang Jac memang berbaloi


SAYA berasa terpanggil untuk mengulas mengenai album pemenang sulung rancangan realiti Malaysian Idol (MI) iaitu Jaclyn Victor atau lebih dikenali sebagai Jac. Saya telah mengikuti perkembangan Jac sejak bermulanya pencarian peserta akhir Malaysian Idol lagi. Jac adalah peserta yang paling konsisten setiap minggu dan pemilihannya sebagai juara adalah tepat dan bijak.

Setelah hampir empat bulan menunggu kini lahirlah album sulung Jac selepas bergelar juara Malaysian Idol berjudul Gemilang. Saya telah mendapatkannya dan mendengar keseluruhan lagu di dalam album itu yang boleh saya katakan mengagumkan. Ternyata vokal Jac tidak perlu dipertikaikan lagi. Sebutan pada setiap bait lirik kedengaran jelas dan saya dan pendengar yang lain juga harus berbangga dengan Jac kerana penguasaan sebutan bahasa Melayu yang tepat dan tidak ada terdengar 'slanga' seperti kebanyakan artis Melayu yang sedia ada.

Pemilihan lagu di dalam album ini juga menguji vokal Jac yang versatile terutama bagi lagu ciptaan Ajai dan tentunya Gemilang sendiri. Lagu berbahasa Inggeris juga tidak menghampakan dengan 'feel' Jac yang bagus serta ciptaan komposer tempatan yang patut diberi pujian.

Saya juga terkejut dengan sambutan peminat seni tempatan terhadap album Gemilang ini kerana pada 26 Disember 2004 lalu saya telah ke Tower Records KLCC untuk mendapatkan album itu tetapi hampa bercampur bangga apabila promoter di situ menyatakan bahawa album itu telah habis dijual. Ini satu perkembangan yang memberangsangkan khasnya buat Jac dan amnya buat industri muzik tempatan.

Oleh itu, jujur saya katakan adalah berbaloi untuk memiliki Gemilang daripada Jac. Semoga Jac akan terus memberikan yang terbaik dan tidak menghampakan harapan menggunung peminat seni tempatan serta membuktikan bahawa artis yang lahir dari rancangan realiti tidaklah seperti yang dikatakan.

Peminat Jac dan Pemerhati dunia seni tempatan

Ipoh, Perak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2005 05:00 PM | Show all posts
album GEMILANG terjual 7000 unit dalam masa 3 minggu di pasaran..

memang laris macam goreng pisang panaszz...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2005 11:47 PM | Show all posts
lagu favorite: GEMILANG LIVE & IMPIAN. vokal jac mmg mantap untuk 2 lagu nie, dan rasenye kalo orang lain/artis lain nyanyi lagu nie, tak bole tandingi vokal jac...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by IrvingLorenzo at 29-12-2004 08:52 PM:
yup...betulla ckp kose...album ni memerlukan kite mendengarnya byk kali berturut2...review pertama aku agak 'biased' sebab aku cuma mendengarnya beberapa kali je masa buat review tu dan terus aku b ...

akuy belum dengar abis album ni sebab malas since lagu2 dia takda 1st impression kecuali lagu2 rancak (aku memang susah nak accept lagu2 slow ni dgn cepat, kena dengar banyak kali dulu).

anyway, aku tak suka versi album Tunggu Sekejap Jac... lagi best yg live ari tu sebab w'pun berentak slow tp Jac nyanyi dgn penuh bertenaga sekali esp part.. "jangan mengenang.. orang jauhhh.." tu. tp yg versi album ni very der lemah one.. dahlah muzik latar dia ntahahapa2, sekejap slow, sekejap laju.. tak continuous langsung!! Vokal lak mcm dikawal2 gitu.. dia tak keluarkan  habis2 mcm masa nyanyi live. Sakit hati je.

Tp sebenarnya apa yg paling aku sakit hati ialah remake "Getaran Rinduku" ataupun "Mencintaimu" tak diinclude dlm debut album Jac ni. Harga mahal, tp lagu 10 je?? Tak berbaloi!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 01:19 PM | Show all posts
Bengang tengok kedudukan Carta @ Era baru2 ni: 'Gemilang' oleh Jac memang di tangga ang sangat tinggi tapi cuma kedudukan #2, tak pernah #1; beliau tetap dihalang oleh seorang bernama Azharina (yang saya kurang kenal kerana saya lebih suka dengar hitz.fm dan Xfresh FM, lagipun aku bukan Melayu).

Tapi sekurang-kurangnya Jac menjuarai carta Xfresh Sepuluh sekali dan sedang mempertahan kedudukan tingginya di Carta XF 20 harian........ :pompom:

Harap-harap single Jac yang akan seterusnya "Tiada Lagi Indah" akan lebih baik nasibnya. :kerek:
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by scorpio_mmiv at 18-2-2005 01:19 PM:
Bengang tengok kedudukan Carta @ Era baru2 ni: 'Gemilang' oleh Jac memang di tangga ang sangat tinggi tapi cuma kedudukan #2, tak pernah #1; beliau tetap dihalang oleh seorang bernama Azharin ...


a'ah.asyik no.2 je.....tapi takpela..maybe orang lebih suka lagu elegi sepi tu..tak kisah...janji album jac still dalam top 5 carta RIM....and jac's fans, keep voting.. sekarang dah boleh vote untuk lagu TIADA LAGI INDAH, her 2nd single kat carta 21 Red.fm...so apa lagi...vote la ye..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by idolfan at 18-2-2005 02:35 PM:


a'ah.asyik no.2 je.....tapi takpela..maybe orang lebih suka lagu elegi sepi tu..tak kisah...janji album jac still dalam top 5 carta RIM....and jac's fans, keep voting.. sekarang dah boleh vote  ...

elegi sepi tu lagu rancak kan??

tulah.. patutnya jac calonkan single Getaran Rinduku baru meletopzz!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2005 02:43 PM | Show all posts
now the album has exceeded 15,000 copies according to Sales Div of Sony-BMG Music.. :D

CONGRATS JAC!!!!!!

:D
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by paulmossfanclub at 21-2-2005 02:43 PM:
now the album has exceeded 15,000 copies according to Sales Div of Sony-BMG Music.. :D

CONGRATS JAC!!!!!!

:D


yay....im so happy for her!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by paulmossfanclub at 21-2-2005 14:43:
now the album has exceeded 15,000 copies according to Sales Div of Sony-BMG Music..

CONGRATS JAC!!!!!!




:pompom::pompom:cayalah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 09:17 PM | Show all posts
Originally posted by paulmossfanclub at 21-2-2005 02:43 PM:
now the album has exceeded 15,000 copies according to Sales Div of Sony-BMG Music..

CONGRATS JAC!!!!!!



wow! congrats jac! :pompom:
btw lagu Gemilang akan masuk carta juara lagu this week kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.057061 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list