CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nokia3220

First Love Of a Royal Prince ~ Sesi Borak2

 Close [Copy link]
Post time 28-1-2005 11:05 AM | Show all posts
a'aa..ni hero sassy girl...
die bole nyanyi gak ek...

ape citer yg sama ngan citer nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2005 11:16 AM | Show all posts
Capt F4, ni aku bagi synopsis cerita ni. Hari ni aku start episod 1 .

EPISOD 1

YU BIN seorang gadis bekerja sebagai penghantar sandwich di sebuah restoran. Setiap hari dia akan menghantar sandwich ke sebuah pejabat. Dia berkenan dgn seorang penyelia yg bekerja di pejabat itu bernama SEUNG HYUN, dan selalu memerhatikan SH memakan sandwich yg dia buat sendiri. SH adalah seorang pekerja yg tekun yg hanya menumpukan pada pekerjaan dia semata2 untuk mencapai hasratnya.

Kawan YB, YI SU bekerja diJepun sebagai pemandu pelancong, sering menalipon YB menceritakan keseronokkan bekerja diJepun.  Ibu YB pula, sering berleter pada JB kerana tidak puas dgn pencapaian JB yg tidak mendapat pekerjaan tetap walaupun sudah tiga tahun zaman persekolahannya berlalu. Selain dari itu, ibunya juga sibuk mencari calon suami untuk JB. Satu hari seorang kawan ibunya datang ke kedai JB untuk melihat JB. Dia hanya memerhatikan JB dari jauh, sambil berbual dgn ibu JB. Mereka kemudian sepakat untuk mengatur pertemuan antara JB dan anak kawan ibunya pada hari Sabtu depan.

Satu hari disebuah kedai, YB telah menolong seorang pekerja yg cuai dgn membeli sebentuk cincin dgn harga 150 won. (tak tahu aku berapa duit kita)
Dgn membeli cincin ini, pekedai mempelawa dia menyertai peraduan percutian di Jepun dgn mengisi borang.

Tanpa disangka2, satu hari JB menerima panggilan talipon mengatakan dia menang didlm peraduan yg disertainya, dan dia dikehendaki pergi ke Jepun pada hari sabtu depan. Sukanya hati JB tak terkira, dapat pergi ke Jepun. Dia pulang kerumah untuk memberitahu ibunya. Sampai dirumah, dia menjerit2 kegembiraan memeluk ibunya, dan ibunya juga menjerit2 kegembiraan untuk memberitahu berita yg baru dia terima. Ibunya memberitahu yg dia telah mengatur pertemuan dgn seorang pemuda kelulusan Universiti Seoul yg bekerja disebuah pejabat terkemuka pada hari sabtu depan. Pada masa yg sama juga JB memberitahu ibunya yg dia telah memenangi hadiah untuk ke Jepun pada hari Sabtu depan. Masing2 tergamam apabila mendengarnya. Ibu JB, naik darah tetap mahu JB bertemu dgn pemuda tersebut, dan JB pula berkeras mahu ke Jepun.  In the end, ibunya menang.

JB kemudian bertemu dgn ayahnya yg sedang mengajar disebuah sekolah, Dia meminta pertolongan ayahnya untuk menolong dia.  Ayahnya berjanji akan menolong dia. Sampai saja dirumah mood ibu JB tidak berapa elok. Dia memarahi suaminya yg telah menggunakan wang simpanan mereka untuk menolong pelajarnya. Melihat pada mood isterinya yg tgh membebel, terbantutlah rancangan bapa JB untuk menolong JB.

Sementara SH pula, menemui ibunya yg sedang menunggu dia sebuah restoran. SH terlalu menyanyangi ibunya yg telah membela dia tanpa seorang ayah. Setiap kali pertemuan dgn ibunya dia akan menghadiahkan bunga untuk ibunya. Ibunya mahu dia berkahwin kerana umurnya telah mencecah 30 tahun. Ibu SH memujuk SH untuk bertemu dgn seorang gadis yg dia berkenan pada  hari sabtu depan, dgn mengatakan gadis tersebut sopan santun dan baik budi pekerti. Akhirnya SH menurut kata ibunya.

Pada hari sabtu yg semua perkara nak happening ni, JB siap memakai baju yg lawa sambil diperhatikan olih ibunya. Ibunya cukup gembira kerana JB bersetuju untuk berjumpa dgn calon pilihannya. Bapa JB masuk kebilik dan memberitahu isterinya yg dia akan pergi memanjat bukit. Isterinya marah kerana suaminya tak pasal2 nak panjat bukit hari tu.

Dipertengahan jln untuk menunggu bas, JB bertemu bapanya yg sedang siap menanti. JB mengucapkan terima kasih pada bapanya kerana menolong dia. Rupanya mereka telah merancang semuanya. Bagpack yg dibawa olih bapa JB mengadungi baju2 JB. Bapanya memberi sejumlah wang perbelanjaan  pada JB semasa diJepun nanti. Sampai diairport, JB menyalin pakaiannya. Dia kemudian teringat pada pemuda yg sepatut ditemuinya. Dia menalipun ke restoran tempat bertemu dan meminta untuk bercakap dgn SH, tanpa mengetahui siapa SH sebenarnya. Pekerja restoran memberitahu nama yg dicari tidak berada direstoran.

Sementara SH pula dia menepati janji untuk bertemu dan tiba tepat pada waktu nya. Dia menanti begitu lama , tapi orang yg ditunggu tidak kunjung tiba. Dia kemudian keluar dari restoran, tepat pada waktu JB menalipun kerestoran.

[ Last edited by Kimmy on 23-3-2005 at 07:04 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2005 11:30 AM | Show all posts
kimmy nie aku tension nie aku minat gila CTY....macam best lak karang aku beli kat astro lak ada....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2005 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by PrincessFiona at 28-1-2005 11:30 AM:
kimmy nie aku tension nie aku minat gila CTY....macam best lak karang aku beli kat astro lak ada....



Princess F, aku dah beli cerita When A Man Loves A Woman Lakonan Gasoo, dlm english sub. Yg ada jual kat kedai kat tempat aku yg terbaru, Magic, lakonan Kang Do Wan, Chinese sub, A Taste Sweet Love, lakonan Lee Wan,  chinese sub, A Nine Fox Tail, lakonan Kim Tae Hee, Chinese sub yg satu lagi ni Choi Ji woo main, lupa lak namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2005 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by halfelven at 27-1-2005 09:38:
ehehe..aku baru download dua episod....tak tengok lagi..drama i'm sorry i love you yang aku download pon tak abis tengok lagi...raya cine ni mungkin ada masa kot...


ko donload kat mana>????aku nak donload gak...
Reply

Use magic Report

halfelven This user has been deleted
Post time 28-1-2005 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by manggis at 28-1-2005 01:09 PM:


ko donload kat mana>????aku nak donload gak...


http://www.d-addicts.com/forum/torrents.php

ko bleh search torrent kat site ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2005 02:38 PM | Show all posts
SAMBUNGAN EPISOD 1

JB sampai dijepun dan disambut olih kawannya YI SU. Dia kemudian dibawa ke hotel tempat YS berkerja. JB disambut olih pekerja hotel dgn meriahnya. Waktu yg sama anak kepada pemilik hotel bernama GUN HEE tiba bersama kawan2nya. Pekerja menggelar dia "Prince". Sedang GH sibuk bersama g/f dia dibilik, tiba2 dia menerima panggilan talipon dari bapanya. Bapa nya bertanya bagaimana perkembangan pelajarannya. Dia juga mengucapkan Selamat Hari Jadi pada nya. Bila bapanya bertanya dimana dia sekarang, GH berbohong dgn mengatakan dia diperpustakaan, kerana professor sering memberi peperiksaan pada pelajar.

GH berseronok dgn kawan2nya bermain snowboard. Bagi JB pula, dia dibawa olih YS berjalan2 ke tempat ski sambil bermain salji bersama. Mereka cukup seronok bermain sambil membaling salji. Tiba2 balingan salji dari JB terkena pada GH yg kebetulan lalu disitu. GH memarahi mereka, dan YS meminta maaf bagi pihak JB. JB dan YS kemudian bermain snowboard bersama. JB yg tidak berapa mahir bermain terjatuh. Kawan GH yg kebetulan ada disitu bertanya keadaan JB. JB sebaliknya berpura2 menyamar sebagai orang Jepun.
Dia cukup gembira dapat menyamar dan memberitahu kawannya.

Kawan GH memberitahu GH mengenai gadis Jepun yg ditemui hari itu, dan ingin menjemputnya keparti hari jadi GH yg akan diadakan pada mlm itu. JB dan YS sedang mandi diluar hotel, ketika kawan GH datang membawa minuman. YS memperkenalkan kawanya 'Asako' pada kawan GH. Kawan GH menjemput 'Asako' dan YS datang keparti mlm itu.  Untuk keparti mlm itu, JB telah memakai kimono dan bersolek cara Jepun. Dipertengahan jalan JB dan YS terserempak dgn g/f GH seorang pelakon terkenal.

Kawan GH kemudian menunjukkan 'Asako' pada GH dan memperkenalkan mereka.  Ketika parti rancak berjalan JB telah diajak menari olih seorang mat salleh.   Sedang menari mat salleh ini cuba mengambil kesempatan keatas JB.
Sambil menari JB membawa mat salleh itu ketepi kolam. Kelakuannya diperhatikan olih GH. Dgn tiba2 JB pura2 tertolak mat salleh tu kedlm kolam renang. Apa lagi basah kuyuplah kawan.

JB duduk bersendirian diluar sambil bersungut dia tidak dapat bercakap dan tidak dapat menari kerana kimono yg dipakai. Dia cuba mengeluarkan cincin dari jarinya. Tiba2 cincin itu terkeluar dan jatuh terpelanting, betul2 didepan GH yg sedang lalu ketika itu. GH memandang JB dan berkata yg JB nampak agak cantik juga. Tiba2 GH menarik JB ketepi dinding dan berselindung, kerana dia ternampak g/fnya sedang mencarinya.

GH dan JB kemudian menaiki cable car menikmati keindahan mlm. Memandangkan JB sedang menyamar sebagai orang Jepun dia merasa serba salah. Sedangkan GH yg tidak tahu JB orang Korea mula bercakap sendirian, yg dia tidak tahu apa yg hendak dikatakan dan dia terasa mahu mati sbb kesejukkan. Dia ingin mengatakan yg JB cantik tetapi tidak tahu macam mana mahu becakap dlm bahasa Jepun. Terkial2 dia mencuba. JB disebelah tersenyum mendengarnya. GH bersungut kerana susah untuk berkomunikasi.
Dia kemudian bertanya 'apa khabar' pada JB, kerana itu saja yg dia tahu dlm bahasa Jepun. Dia mula bersungut kerana punggungnya sudah mula terasa kebas. JB geli hati mendengarnya. Mereka kemudian melihat bunga api yg
dirancang olih GH.

Kawan2 GH sedang menunggu GH, bila dia tiba kemudiannya bersama JB. GH bertanya pendapat kawannya JIN HO mengenai JB. JH yg memahami maksud GH meminta seorang lagi kawannya bercakap dgn JB.  Kawan ni mula bertanya pada JB dlm bahada Jepun, samada JB ada masa lapang pada mlm nanti? jawab JB"Hait".Ditanya lagi yg GH ada perasaan suka pada JB, adakah JB juga mempunyai perasaan yg sama, jawab JB "Hait" . Sambungnya lagi, pukul 12 mlm nanti GH akan kebilik JB, Jawpan JB "Hait".  Semua jawapanya 'Ya" tanpa memahami apa yg ditanya. Bila kawan nya YS bertanya apa yg ditanya JB menjawab dia tidak tahu.

Saperti yg dirancang GH kebilik JB. JB yg sedang bersiap untuk tidur, tiba2 dikejutkan olih ketukan dipintu biliknya. Menyangka itu kawannya dia membuka pintu, tetapi alangkah terkejutnya dia, apabila melihat GH berdiri didepan pintu. GH yg sedang mabuk terus menolak JB ketempat tidur dan menciumnya. Dia tiba2 terus terlentang atas katil dan tidur. JB cuba untuk mengejutkannya, tetapi GH semakin sedap tidurnya.

Keesokkan paginya Gh bangun dari tidur dan terkejut bila melihat dia berada dibilik yg lain. Dia kemudian terlihat JB yg sedang tidur dimeja cermin. Apabila JB tersedar, GH memberitahu yg dia tidak ingat2 apa mlm tadi, sambil mengeluarkan sejumlah wang dan diberikan pada JB. JB terkejut dgn pemberian wang tersebut.

GH menemui rakan2nya dan bersarapan bersama. Mereka berbual mengenai perkara yg terjadi pada GH mlm tadi bersama JB. Tiba2 GH mendengar orang memanggilnya. Dilihatnya JB sedang bercakap dgnnya,  dan mengatakan persembahan GH mlm tadi tidak berapa baik........dlm bahasa Korea!!!!   Terlopong mulut GH, terkejut beruk dia bila mendengar JB bercakap dlm bahasa Korea. Tanyanya, JB orang Korea?  Jawab JB, memang dia orang Korea, dan GH adalah putera yg bodoh sambil mencampakkan duit ke muka GH.
Reply

Use magic Report

Wizzling This user has been deleted
Post time 28-1-2005 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 28-1-2005 12:43 AM:


sama cerita yg mana satu ni?


mcm lovers in paris
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2005 05:46 PM | Show all posts
EPISOD 2

Geram GH mendengarnya, dia mengejar JB dan memegang lengannya serta mengatakan JB memang seorang yg biadap. dan bertanya apa niat sebenar JB. JB juga ingin tahu apa niat GH terhadapnya. GH menuduh JB menipu dia dan kawan2nya serta meninggikan suara pada GH. Jawab KB,  GHlah yg bodoh kerana ditipu orang. Terus saja dia berlalu, mahu dikejar GH, tetapi dia dihalang olih YS yg kebetulan berada disitu, yg berpura2 terlanggar GH.......kebetulan dia sedang membawa sebesen sotong segar!!. Bertambah2lah marah GH kerana sekarang bajunya berbau sotong.

Tanpa pengetahuan GH, bapa sedang dlm perjalanan ke hotel dipusat peranginan Sahoro, dimana GH sedang berada. GH yg sedang kepanasan hati dan badan olih kelaku JB, menyejukkan badan dgn berenang. Sedang dia leka berbual2 dgn JH, dia diberitahu pekerja yg ayahnya dlm perjalanan kesitu. Menggelabah GH sebentar, dia meminta JH memberitahu pekerja hotel supaya merahsiakan kehadirannya disitu. Sementara itu dia akan  tinggal dipekan berhampiran  sehingga bapanya pulang.

Pada keesokkan paginya JB sedang bersiap sedia untuk melawat pekan kecil Shintoku dgn menaiki teksi. Sedang YS menutup pintu teksi, GH keluar dari hotel dan terlihat kereta bapanya sampai. Dia terburu2 menaiki teksi yg sama dgn JB.JB terkejut melihat GH, dan menyuruhnya keluar, tetapi GH meminta pemandu teksi supaya cepat berlalu.

Dlm teksi, dua kali GH bertanya pada JB teksi itu hendak kemana. JB naik radang kerana GH meninggikan suaranya. GH kemudian bertanya apa nama JB sebenarnya. Sepajang perjalanan mereka berdua tak habis2 bertekak. Sesampai dipekan Shintoku, GH tersedar yg dia tidak membawa dompet, walau pun pada mulanya dia berjanji untuk membayar separuh dari tambang teksi. GH mengejar JB yg sedang melihat peta untuk tempat yg akan ditujuinya. JB menyatakan dia tidak kenal pada GH, dan terus berjalan. GH mengejarnya dan cuba memengang lenganya. JB mengelak dan tgnnya yg ada cincin terkena pada pipi GH. Berdarah pipi GH.

JB kemudian membeli kapas dan plaster. Dia membersihkan darah dipipi GH dgn kapas, tapi GH bersungut yg dia terlalu kasar. Geram hati JB , terus ditekan2nya kapas tersebut. Menjerit2 GH kesakitan, dan dia menyalahkan JB kerana luka tesebut. JB pula menyalahkan GH kerana menganggu dia. GH mengajak JB pergi makan shusami, tetapi JB enggan pergi, sebaliknya dia hanya memakan Ramen miso yg berharga murah. GH tidak mahu makan kerana menurut GH makanan itu berkualiti rendah. JB mengira semua perbelanjaan yg terpaksa ditanggung dan GH harus membayarnya.

Mereka kemudian bersiar2 disekeliling tempat yg penuh diselaputi salji. JB sibuk mengambil gambar kesana kemari. Dia kemudian meminta GH mengambil gambarnya. Sebaliknya GH hanya mengambil gambar kaki JB sahaja. Mereka kemudian bermain salji sambil baling membaling antara satu dgn lain. Terlihat mereka sledge yg ditarik olih anjing dan GH ingin menaikinya.
Pekerja Jepun sedang memberi penjelasan bagaimana untuk membawa sledge tersebut. JB bertanya pada GH apa yg dikatakan olih pekerja tersebut.
Terkejut GH, dan bertanya apakah JB tidak pandai bertutur dlm bahasa Jepun? GH juga bertanya apakah JB tidak faham apa yg dikatakan olih rakannya tempoh hari ? JB hanya mengangguk kepalanya sahaja. Geram GH mendengarnya.

Mereka menaiki sledge bersama. Sledge yg dihandle olih GH agak laju ditarik anjing. JB meminta GH jgn terlalu laju.  Dua kali dia berpesan, masuk tiga kali, sledge tu terbalik, jatuh kedua2nya kebawah bukit. Marah JB pada GH kerana tidak mendengar nasihatnya. Mereka terpaksa berjalan menaiki bukit. Dipertengahan jln GH sudah tidak tertahan lagi kerana kesejukkan.  Mereka kemudian duduk didlm satu lobang, cuba untuk menghilangkan kesejukkan. GH cuba untuk memeluk JB untuk tujuan menghangatkan badan, tetapi ditolak olih JB. Percubaan keduanya juga gagal, tetap ditolak olih JB. Kedua2 mereka betul2 dlm kesejukkan. GH bertanya , apakah benar persembahan dia mlm tadi tidak berapa baik? Jawab JB, GH tertidur kerana mabuk.  Marah GH pada JB, kerana berbohong didepan kawan2nya. Jawab JB, dia hanya ingin memalukan GH saja. JH kemudian sampai untuk menyelamatkan GH......bersama dgn g/f GH. Terkejut mereka apabila melihat JB ada bersama.

Merek kemudian mandi disebuah tempat mandi dipekan tersebut. GH dan JH disebuah kolam dan sebelah menyebelah dgn JB yg mandi bersama g/f GH.
G/f Gh tidak suka dgn cara JB yg berpura2 berlakon. JB kemudian terdengar perbualan antara JH dan GH. JH meminta GH berhati2 terhadap JB, dia mungkin ada muslihat mendekati GH, kerana sebelum ini pun JB sudah berlakon depan mereka. JB bukan sebarangan orang. GH pula mempertahankan JB, dgn mengatakan dia yg sebenarnya menaiki teksi JB.
Sedang mereka berbual, tiba2 GH terpandang JB yg datang dgn penyeduk air ditgn dan memukul kepala JH. Dia memarahi JH, apakah ayah JH tidak pernah mengajar anaknya untuk tidak berfikiran seburuk itu. Dia terus keluar. GH kemudian mengejar JB yg mahu menaiki teksi untuk pulang ke hotel penginapannya. GH berkata, yg JB juga bersalah kerana menyamar sebagai 'Asako'. Dgn perasaan marah JB masuk kedlm teksi. GH hanya memerhatikan saja. Dia kemudian terlihat cincin JB yg tercicir. Dipungutnya.
Didlm teksi baru JB tersedar cincinnya sudah tiada dijari.

JH menuduh JB berniat jahat, nampak saja baik didepan. G/f GH cuba memberikan makanan pada GH, tetapi GH tidak suka dia berbuat demikian, dia lebih suka memilih makanannya sendiri. Sekembalinya dihotel, JB terlihat ayah GH keluar dari hotel. YS memberitahu itu adalah ayah GH. Mlm itu adalah mlm terakhir JB berada di Sahoro, dan dia pergi menonton persembahan.

GH pulang ke hotel setelah mengetahui ayahnya telah pulang. GH kemudian mencari JB. Dia berjumpa JB yg sedang seronok menonton. Ditariknya tgn JB dan membawa dia keluar. Dia ingin memulangkan satu barang pada JB. Tetapi JB enggan menerima apa2 bentuk barang atau wang dari JB. Untuk memulangkan sebentuk cincin ni pun mereka boleh bertengkar. JB pula salah faham atas niat GH. JB kemudian ternampak bapa GH, yg terpaksa pulang kehotel kerana salji tebal tidak dapat meneruskan perjalanan. JB mencabar GH yg mengatakan dia hebat dlm segala hal.  JB maju kedepan dan menyapa bapa GH. GH terkejut dan menoleh kedepan dilihat bapanya. Bapanya juga terkejut melihat GH disitu. JB disitu tersenyum puas memerhatikannya.

GH dimarahi bapanya kerana meninggalkan pelajarannya diAmerika. semata2 untuk menyambut hari jadi diJepun. Bapanya mahu GH mengikut dia kembali ke Korea, tetapi GH memohon untuk balik ke Amerika untuk meneruskan pelajarannya dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2005 08:42 AM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 28-1-2005 11:16 AM:
Capt F4, ni aku bagi synopsis cerita ni. Hari ni aku start episod 1 .

EPISOD 1

YU BIN seorang gadis bekerja sebagai penghantar sandwich di kedai kepunyaan ibunya. Setiap hari di ...


:tq::tq: :love: cayangggggggggggggg... kimmy...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2005 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by Wizzling at 28-1-2005 05:36 PM:


mcm lovers in paris


aku tak tgk citer tu...  jadi tak baper tau...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2005 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by captain_f4 at 29-1-2005 08:44 AM:


aku tak tgk citer tu...  jadi tak baper tau...


Kau tak tgk Lovers In paris Captf4?  Kesiannya.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2005 11:59 AM | Show all posts
tu la...  aku keje la....   camnerr nak tengok....   cuma baca info sket2 dari thread korang tu jerr la...  tapi kalo dpt tgk sendiri sure lagi best...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2005 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by halfelven at 28-1-2005 14:01:


http://www.d-addicts.com/forum/torrents.php

ko bleh search torrent kat site ni..


tq...tq...:tq:

tapi lamanya nak mendonwload...
leh suggestkan tak kat aku..citerr apa yg best utk didownload...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2005 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by manggis at 29-1-2005 12:02 PM:


tq...tq...:tq:

tapi lamanya nak mendonwload...
leh suggestkan tak kat aku..citerr apa yg best utk didownload...



kau pakai dial-up ke? kalau dial up memanglah lama. Kalau broadband cepat sikit.

Cerita yg best nak d/l:

1. Full House
2. I'm Sorry I Love You
3. Stained Glass
4. Sweet 18
5. Lovers In paris
6. Delightful Girl (kalau ada kat D-Addict)
7. Sad Sonata

banyak lagi  yg best2nya, kena cari  D-addict tu.
Reply

Use magic Report

halfelven This user has been deleted
Post time 29-1-2005 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by manggis at 29-1-2005 12:02 PM:


tq...tq...:tq:

tapi lamanya nak mendonwload...
leh suggestkan tak kat aku..citerr apa yg best utk didownload...


lagi satu ko check la dulu ramai tak seeders....kalo sikit lambat lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2005 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 29-1-2005 13:45:

kau pakai dial-up ke? kalau dial up memanglah lama. Kalau broadband cepat sikit.


aku pakai streamyx...berapa lama utk ko download satu episod..cam saiz 700 mb tu??? aku dr mlm tadi...baru 31%...jenuh lak rasanya...:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2005 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by manggis at 29-1-2005 01:59 PM:


aku pakai streamyx...berapa lama utk ko download satu episod..cam saiz 700 mb tu??? aku dr mlm tadi...baru 31%...jenuh lak rasanya...:stp:


Aku d/l tak lak lama sangat, tapi kalau ramai yg d/l cerita yg sama mungkin lama sikit. Kena pulak kalau cerita tu cerita best, ramailah yg nak d/lnya.

Kadang2 aku cari yg pakai link mms atau edk, tapi edk pun kena que juga.
Reply

Use magic Report

halfelven This user has been deleted
Post time 29-1-2005 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by manggis at 29-1-2005 01:59 PM:


aku pakai streamyx...berapa lama utk ko download satu episod..cam saiz 700 mb tu??? aku dr mlm tadi...baru 31%...jenuh lak rasanya...:stp:

ko donlot cite apa?...cuba check berapa seeder dan berapa leecher...kalo sikit memang lambatlah..dekat website tu pon dia ada tulis sebelah tajuk drama tu..berapa UL dan DL.....maknanya currently berapa orang yang upload dan download
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2005 03:38 PM | Show all posts
SAMBUNGAN EPISOD 2

Kesokkan harinya YS mengucapkan selamat jalan pada JB yg akan balik ke Korea. Waktu yg sama GH menghantar bapanya kekereta yg akan pulang. Bapanya berpesan supaya GH menalipun dia apabila sampai ke Amerika nanti.
GH kemudian membawa rakan2nya bersiar2 dalam kereta, apabila dia terlihat teksi yg dinaiki olih JB.

Setiab nya JB dirumah dia telah dimarahi olih ibu kerana mungkir janji untuk bertemu dgn calon jodohnya. Kata ibunya, tidak dapat pekerjaan yg baik, sekurang2nya dapat suami yg baik. Jawab JB orang itu tidak datang, dan ibunya berhenti memukul dia. JB kemudian memberikan hadiah yg dibeli untuk ibunya dan arak untuk ayahnya. Dibilik, ayahnya bertanya mengenai percutiannya. JB kemudian ternampak tangannya bengkak. Ayahnya memberitahu ibunya memukul kerana gara2  JB.  Kata JB, ibunya seorang isteri yg kasar. Ayahnya kemudian menunjukkan lagi kesan2 dipukul diperutnya.

SH sedang memarahi setiausahanya yg cuai didlm pekerjaan yg mana hampir melibatkan kehilangan wang beribu dollar Amerika. JB yg saperti biasa menghantar sandwich kepejabat. Sedang dia melihat sekeliling, tiba2 SH masuk kepejabat. JB jadi tergamam dan menghulurkan sandwich yg dibawa.
Keluar dari pejabat SH, dia terdengar pekerja sedang mencari seorang setiausaha. JB ingin memohon tetapi diberitahu hanya orang yg berpengalaman dua tahun keatas sahaja yg diterima.

Pulang kerumah, ibu JB telah membuat  perjanjian dgn rakannya untuk menemukan JB dgn calon jodohnya sekali lagi.  Begitu juga SH yg diminta ibunya untuk bertemu sekali lagi. Sementara GH pula yg berjanji untuk pulang ke Amerika, sedang bersuka ria di Bali bersama rakan2nya. Dia kemudian menalipun ayahnya memberitahu yg dia sudah sampai di Amerika!!
Ayahnya, yg dah cerdik sikit, menyuruh pekerjanya menyiasat apakah GH betul2 sudah balik ke Amerika.

Sementara dipejabat SH, seorang kawan pekerja tidak dapat  datang untuk temu duga jawatan setiasuaha. Ketika itu JB berada disitu, dan dia telah dipelawa menggantikan tempat kawan pekerja itu dgn memalsukan data dlm borang permohonan. JB balik kerumah mengisi borang permohon dgn menyatakan dia mempunyai dua pengalaman bekerja. Ketika tiba giliran JB untuk ditemu duga olih SH, dia telah disoal olih SH mengenai pekerjaannya yg lampau. JB teragak2 menjawab, sehingga akhirnya dia mengaku tidak mempunyai pengalaman. SH lalu mengoyakkan borang permohonan JB dan berkata yg dia boleh memalsukan data permohonannya, tetapi tidak keupayaannya.

JB yg begitu malu sekali, sambil makan sambil dia bersungut seorang diri. Ibunya menalipun mengingatkan dia tentang pertemuannya. JB kemudian kerestoran untuk temu janjinya. Sedang dia duduk menanti, tiba2 dia terlihat SH masuk kerestoran dan duduk dimeja berhampiran. JB cepat2 menutup mukanya dgn beg tgn. Dgn perlahan dia keluar dan terus ke tandas. Dia kemudian keluar, mencuri2 melihat samada orang yg bertemu janji dgn dia sudah sampai atau belum. Dia kemudian menalipun orang tersebut dan panggilannya dijawab dari belakang. Alangkah terkejutnya JB, apabila melihat calon jodohnya adalah SH!!.

JB cuba berbual dgn SH, tetapi respon dari SH dingin sekali. Dia mencadangkan JB balik sahaja memandangkan leher JB tentu sudah letih tertunduk2 dari tadi. JB mengajak SH makan malam, tapi ditolak SH. Dia kemudian keluar. Pertengahan jln dia menerima panggilan talipun dari bosnya yg mahu dia makan malam bersama client dari Amerika dgn membawa teman wanitanya. Kebetulan dia ternampak JB yg sedang menyembunyikan diri dibalik dinding. SH kemudian membawa JB makan malam bersama clientnya.
Dia berpesan agar JB jgn bercakap banyak, tetapi JB yg gembira dapat bersama SH lebih lak bercakap. Apabila isteri clientnya meminta nasihat tentang tempat2  yg harus dilawati, JB telah menolong SH yg kurang arif tentang ini. SH meminta pandangan clientnya tentang syaraikat taliponya, tetapi client merasakan syarikat taliponnya kurang bermutu. JB menyampok mengatakan talipon keluaran syarikat SH begitu kukuh sekali dgn menghentakkan talipun dimeja. Terperanjat sakan mat salleh tu. SH kemudian mengambil talipun dari JB dan memijak2nya. Lagilah terperanjat mat salleh tu, nasib baik tak gol. Kemudian disuruh JB menalipunnya balik, dan kesannya talipun tu elok saperti biasa. Semasa menghantar JB balik, SH menyuruh dia datang bekerja dipejabat. Gembira sakan kawan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.140909 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list