CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41249|Reply: 136

RAWA....

[Copy link]
Post time 20-1-2005 12:35 PM | Show all posts |Read mode
just nak tanya.... ada tak orang rao (rawa) kat sini...???

kalau ada boleh tak kasi info pasal orang rao ni...


sayo ni orang rao tapi bukenlah  orang rao totok...:bgrin: mak orang kodah, abah

orang rao... tapi abah dah takdak.. tu yang takleh nak tanyo...  sayo ni buken

tau sanget pasai asai orang rao ni... yang tau nenek (tok lelaki) mai belayar penang

then jumpo atok (tok perumpuan) and then kawin......


so.. sapo-sapo yang ado & share info on this subject, sayo beraso amatlah berterimo

kasih...:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


bug_vengeance This user has been deleted
Post time 20-1-2005 07:24 PM | Show all posts
awak
orang rawa tu berasal dari mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2005 06:44 PM | Show all posts
kalau tak silap, orang Rawa berasal dari SUMATRA ...:hmm:
Reply

Use magic Report

Undead_2 This user has been deleted
Post time 24-1-2005 09:08 PM | Show all posts
Originally posted by jenna at 20-1-2005 12:35 PM:
just nak tanya.... ada tak orang rao (rawa) kat sini...???

kalau ada boleh tak kasi info pasal orang rao ni...


sayo ni orang rao tapi bukenlah  orang rao totok...:bgrin: mak orang kodah, ab ...



oghang rao panggiey 'uci' (tok perempuan)..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2005 05:40 PM | Show all posts
tak penah dengo nama 'rawa' sampai tengok citer puteri gunung ledang si sabri yunos kata "aku bagi penampo Rawa nanti"
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2005 04:15 PM | Show all posts
bukan org rawa nih ada istiadat memijak tanah ke...kiranya sorang bayi rawa takleh pijak tanah sampai satu istiadat ini di jalan kan...betui ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Undead_2 This user has been deleted
Post time 2-2-2005 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by sepaileman at 29-1-2005 04:15 PM:
bukan org rawa nih ada istiadat memijak tanah ke...kiranya sorang bayi rawa takleh pijak tanah sampai satu istiadat ini di jalan kan...betui ke?



istiadat tu hanya dijalankan oleh rawa yang berketurunan raja sahaja...tapi member aku walaupun berdarah raja tapi dia tak pernah lalui adat sebegitu...bila aku tanya kat mana dia tau yang dia berketurunan raja..dia jawab..'Bapak aku RAwa..Mak aku JAwa...aku anak RAJA la...':gado:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2005 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by bug_vengeance at 20-1-2005 06:24 PM:
awak
orang rawa tu berasal dari mana ?



tak tahu..

itu yg buat thread ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2005 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by Undead_2 at 24-1-2005 08:08 PM:



oghang rao panggiey 'uci' (tok perempuan)..



oooooooo

kami panggey tok pompuen atok... atok laki, nenek...

tapi ado jugak sedaro yg kami panggey uci...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2005 08:53 PM | Show all posts

salam,

Sedikit sejarah bangsa Rao/ Rawa  dlm penulisan Sejarah Mandailing....

http://hppmm.tripod.com/sejarah.html

Kejayaan Raja Asal dan Raja Laut merebut Kuala Lumpur dari Kapitan Yap Ah Loy dan sekutunya telah mendesak Tengku Kudin meminta bantuan tentera dari Pahang dan Pulau Pinang. Pada pertengahan tahun 1872 Pahang telah bersubahat dengan Tengku Kudin untuk mengalahkan Raja Asal yang di sokong oleh orang-orang Mandailing, Rawa (Rao), Batubara dan orang Minangkabau yang merupakan saki-baki tentera Paderi, Raja Asal tersebut bergelar Tuanku Raja Asal – bukanlah bererti beliau itu Raja yang memerintah tanah Mandailing, gelaran Tuanku itu adalah gelaran Panglima Tetera Paderi. Raja di Tanah Mandailing dipanggil Baginda, bukannya Tuanku.

Pada akhir 1872, tentera Pahang telah menyerang kubu Raja Asal di Ulu Kelang. Tentera Pahang yang di pimpin oleh Imam Perang Raja Rosu (Tok Gajah) telah ditewaskan oleh tentera Raja Asal yang di pimpin oleh Panglima dari Mandailing bernama Jabarumun, yang berkubu di Ulu Kelang.

Isteri Raja Asal yang benama Wan Putih (Siputih), bersama orang-orang Telu gigih pula mempertahankan satu lagi kubu Raja Asal yang kini tempatnya dikenali sebagai Siputeh, sempena nama beliau yang dikagumi oleh orang-orang Mandailing.

Pada bulan Mac, 1873, sekali lagi Raja Rosu bersama tentera dari Pahang menyerang Ulu Kelang dengan kelengkapan yang lebih hebat, oleh kerana bantuan yang dinantikan dari Raja Laut tidak dapat mendarat di Kelang maka mereka telah mendarat di Teluk Mak Intan, maka kubu Raja Asal pun jatuhlan ketangan orang Pahang.

Raja Laut bersama lebih kurang 1,000 orang Batak yang baru di Islamkan telah mendarat di satu kawasan yang kini di kenali sebagai Batak Rabit kerana telinga dan hidung mereka menggunakan subang yang besar hingga terjuntai lubang telinga dan hidung mereka.

Raja Laut telah melintasi sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah lalu di panggil mereka Aik Batang Padang ataupun di kenali sebagai Sungei Batang Padang, sedangkan batang dalam bahasa Mandailing itu adalah sungei.

Didalam perjalanan mereka ke Ulu Selangor, mereka telah menerima berita kekalahan Raja Asal di Bukit Nenas lalu mereka bekemah di Ulu Bernam/Slim menanti Raja Asal yang sedang menuju ke Negeri Perak.

Sebelum bertemu dengan Raja Asal di Slim/Ulu Bernam maka satu persetujuan telah diadakan supaya Jabarumun/Raja Barumun di hantar mendapatkan Sutan Na poso (Sutan Puasa) yang bekubu di Ulu Langat bagi mengatur satu serangan balas ke atas Tengku Kudin dan Raja Bosu. Berikutnya Sutan N Poso tidak begitu yakin keraja Raja Asal tidak menyertai pasukan perang yang hanya di pimpin oleh Jabarumun/Raja Barumun.

Pasukan perang tersebut telah pulang tetapi di tengah jalan mereka sempat juga menyerang orang-orang Cina di Pudu dan juga Ulu Kelang. Kedai mereka di bakar dan pembunuhan pun berlaku di kedua-dua kawasan tersebut.

Raja Laut dan pengikutnya tidak mengikut Raja Asal ke Changkat Piatu, mereka telah berkampung di Air Kuning dan Banir di negeri Perak. Raja Laut meninggalkan anaknya yang sulung benama Basir Nasution atau pun lebih di kenali sebagai Syeh Basir guru agama di Air Kuning.

Raja Laut telah kembali kepada cara hidup lamanya berulang alik di Selat Melaka sehinggalah beliau terkorban di dalam salah satu perempuran laut dengan angkatan perang Belanda di Labuahan Bilik.

Anaknya Syeh Basir Nasution telah kembali ke Sumatera untuk mengumpulkan semula kaum keluarganya tetapi beliau tidak lagi kembali menetap di Air Kuning. Anaknya yang tua benama Ja Akob atau di kenali sebagai Jakub tinggal di Banir dan Air Kuning.

Raja Asal telah di terima mengadap Raja Idris iaitu putera Mahrum Teja yang berkuasa di kawasan Teja, lalu diberikan satu kawasan melombong yang luas di Changkat Piatu. Raja Asal juga telah diberikan kuasa mengutip cukai bijih timah di muara pertemuan Sungai Pinji dan Sungai Kinta. Sebuah Pengkalan mengutip cukai yang teguh telah di bina oleh Raja Asal. Oleh kerana ia sebuah pengkalan yang teguh akhirnya mengikut "telor" orang Perak lalu disebut Pengkalan Pegoh.

Raja Asal juga telah membina sebuah perkampungan orang-orang Mandailing di Changkat Piatu, lalu berkumpullah sebahagian besar orang Mandailing di Changkat Piatu. Orang-orang Rawa pula di tempatkan di Gopeng di bawah pimpinan Panglima Jabarumun atau lebih di kenali sebagai Imam Perang Jabarumun.

[ Last edited by fleurzsa on 8-2-2005 at 08:56 PM ]
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 9-2-2005 02:21 AM | Show all posts
owhh info yang bagus
thanx fluerza
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by jenna at 20-1-2005 12:35 PM:
just nak tanya.... ada tak orang rao (rawa) kat sini...???

kalau ada boleh tak kasi info pasal orang rao ni...


sayo ni orang rao tapi bukenlah  orang rao totok...:bgrin: mak orang kodah, ab ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by jenna at 20-1-2005 12:35 PM:
just nak tanya.... ada tak orang rao (rawa) kat sini...???

kalau ada boleh tak kasi info pasal orang rao ni...


sayo ni orang rao tapi bukenlah  orang rao totok...:bgrin: mak orang kodah, ab ...



sori ah. tadi belum sempat taip anak aku tekan post reply. anyway ramai orang rawa dah tak fasih cakap rawa lagi. mungkin di gopeng tu adalah. Kawasan macam Sg. Itek, Kg. Pulai etc. itupun dah tak berapa pure lagi. aku boleh lah cakap tapi itupun dengan famili members aje.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2005 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by gopenghagen at 21-2-2005 08:09 AM:



sori ah. tadi belum sempat taip anak aku tekan post reply. anyway ramai orang rawa dah tak fasih cakap rawa lagi. mungkin di gopeng tu adalah. Kawasan macam Sg. Itek, Kg. Pulai etc. itupun da ...



oo kau orang rao lah ni...

aku still boleh cakap rao, tapi taklah mcm org rao totok..

kau tau posuit tu apo?

mmg.. lani dah tak ramai yg boleh cakap rao lagi... anak sedaro aku boleh cakap pun  nak koncianglah.. nak ayerlah.. limited sgt...

apo nak jadi:music: apo nak jadi:music:
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 03:56 PM | Show all posts
Originally posted by jenna at 10-3-2005 01:47 PM:



oo kau orang rao lah ni...

aku still boleh cakap rao, tapi taklah mcm org rao totok..

kau tau posuit tu apo?

mmg.. lani dah tak ramai yg boleh cakap rao lagi... anak sedaro aku boleh ...


yes, i' am. posuiit (susah nak di eja dlm slanga kita) tu bontot la..

aku masih cakap rawa di rumah dgn mak & member member rapat.
skrg ni loghat ni dah hampir hilang.

kalau nak cakap rawa tu pekat balik selalu lah balik gopeng. insyallah in no time you'll be able to pick up where you left off

btw kalau jumpa ustaz akil hayy, lawan la dia cakap rawa. dia punya telor masih ok.

sori. susah nak menggayakan cakap rawa ni dlm perkataan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2005 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by gopenghagen at 23-3-2005 02:56 PM:


yes, i' am. posuiit (susah nak di eja dlm slanga kita) tu bontot la..

aku masih cakap rawa di rumah dgn mak & member member rapat.
skrg ni loghat ni dah hampir hilang.

kalau nak c ...



ooo.. ustaz akhil tu some of my cousin kenallah.. aku tak or mayb too small to remember him.. dia tu mcm ada sangkut jgklah dgn family aku.. but as if ko pun tak sangkut dgn aku..lol

fyi arwah haji yusof rawa tu my uncle..

memang susah pun nak cakap rawo dlm words but my family when sms-ing each other we use rawo.. funny isn't itlol tak roti nak guno ayat baku...:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2005 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by jenna at 24-3-2005 02:25 PM:



ooo.. ustaz akhil tu some of my cousin kenallah.. aku tak or mayb too small to remember him.. dia tu mcm ada sangkut jgklah dgn family aku.. but as if ko pun tak sangkut dgn aku..lol

...



nak tanya sikit. ko ni sangkut dgn yusof rawa sebelah dia or wife dia hjh. kalsom? kalau dgn hjh kalsom, mungkin ada sangkut dgn aku la. cos father hjh kalsom dgn datuk aku adek beradek.

to the other forumners, sori ah. just tracing the family connections.
Reply

Use magic Report

Undead_2 This user has been deleted
Post time 25-3-2005 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by jenna at 24-3-2005 02:25 PM:



fyi arwah haji yusof rawa tu my uncle..

...



betul ke tu??erk...
Reply

Use magic Report

Undead_2 This user has been deleted
Post time 25-3-2005 07:22 PM | Show all posts
Originally posted by gopenghagen at 25-3-2005 05:27 PM:



nak tanya sikit. ko ni sangkut dgn yusof rawa sebelah dia or wife dia hjh. kalsom? kalau dgn hjh kalsom, mungkin ada sangkut dgn aku la. cos father hjh kalsom dgn datuk aku adek beradek.

t ...



erk lagi...ko pun ke??

facts : 'posuit' adalah satu perkataan yang pernah membuatkan member kelas aku dltampo dengan padu sekali oleh cikgu aku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2005 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by gopenghagen at 25-3-2005 04:27 PM:



nak tanya sikit. ko ni sangkut dgn yusof rawa sebelah dia or wife dia hjh. kalsom? kalau dgn hjh kalsom, mungkin ada sangkut dgn aku la. cos father hjh kalsom dgn datuk aku adek beradek.

t ...



arwah yusof rawa tu abg arwah abah aku... oo.. kiro bersangkutlah kito ni...

yerlah.. sori yer other forummers.... mcm jejak kasih plak... :bgrin:

[ Last edited by jenna on 26-3-2005 at 08:37 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.079590 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list