CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mama_boomboom

Kenapa perlu DETOX?~ Apakah rahsia nya?

[Copy link]
 Author| Post time 7-3-2005 09:35 AM | Show all posts
Adakah Sayur-Sayuran Tempatan Selamat Untuk Dimakan?

kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan para pengguna di dalam dan luar negara mengenai tahap keselamatan sayur-sayuran yang dikeluarkan di Sabah. Pengimport sayur-sayuran semakin berhati-hati untuk membeli sayur-sayuran yang dikeluarkan di negeri ini. Adakah keprihatinan ini berasas?

Penyelidikan yang dibuat oleh ahli-ahli Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah telah mendapati bahawa kebanyakan sayur-sayuran yang dijual di pasaran untuk pengguna tempatan tidak diberi tag pengenalan. Tag pengenalan atau label adalah langkah yang digunakan untuk menjamin bahawa sayur-sayuran yang dikeluarkan memenuhi standard kesihatan yang minimum dan juga sebagai cara untuk memantau penggunaan bahan-bahan racun serangga oleh pengeluar-pengeluar sayur. Pada masa ini, hanya sayur-sayuran keluaran tempatan yang dieksport sahaja yang diberi tag pengenalan sementara sayur-sayuran yang dipasarkan untuk para pengguna tempatan tidak sedemikian. Sayur-sayuran yang dijual di pasaraya, pasar dan gerai tidak diberi tag pengenalan. Ketiadaan tag pengenalan ini menyukarkan pihak berkuasa untuk menjamin bahawa syarat kesihatan minimum 1985 bagi sayur-sayuran dipenuhi.

Pada prinsipnya, semua penanam sayur dikehendaki untuk mendaftar dengan Jabatan Pertanian Sabah. Adalah penting untuk berbuat  demikian supaya setiap penanam sayur diberi       kod    oleh    Jabatan berkenaan untuk tujuan pemantauan. Ketika ini, majority penanam sayur yang berdaftar adalah mereka yang mengeksport sayur kerana ini adalah prasyarat untuk mengeksport. Sayur-sayuran yang tidak diberi tag pengenalan tidak dibenarkan untuk dieksport. Akan tetapi keperluan tag pengenalan ini belum lagi dikuatkuasakan ke atas penanam-penanam sayur tempatan.

Jabatan Kesihatan mengambil sample sayur-sayuran secara rambang dari kebun-kebun sayur, pasar dan pasaraya untuk menguji kandungan sisa racun serangga. Baru-baru ini, Jabatan tersebut telah mendakwa pemilik pasaraya di Kota Kinabalu kerana melanggar Akta Kawalan Makanan 1985 kerana menjual sayur-sayuran yang mengandungi sisa racun serangga yang tinggi (Daily Express, 3.9.00). Jika sayur-sayuran yang dijual di pasaran tempatan diberi tag pengenalan, maka Jabatan Kesihatan juga boleh mengesan dan mendenda penanam-penanam sayur yang menggunakan racun serangga yang berlebihan.

Sayur-sayuran yang mengandungi tahap sisa racun serangga yang tinggi terbukti dalam statistik yang diperolehi. Pada tahun 1999, empat pengeksport sayur dari Sabah telah didapati mengeksport sayur-sayuran yang melebihi Paras Sisa Maksimum (MRL) (Sumber: FAMA). Cawangan Penyelidikan Jabatan Pertanian Sarawak juga telah mendapati bahawa 10.4% daripada sayur-sayuran yang diimport dari Sabah didapati melebihi MRL pada tahun 1998. Tahap MRL yang tinggi didapati dalam 75% daripada keseluruhan sampel daun celery China, 50% chai sim (sawi bunga), 40% cili (capsicum), 20% terung, 25%       bayam       (spinach) dan    15.6%   kobis   China. Statistik tahun 1998 daripada Jabatan Kesihatan juga mendapati kandungan racun serangga adalah melebihi MRL bagi sayur minyak, sawi pahit, sawi bunga (Chai Sim), kacang wangi, bayam, sawi Taiwan, daun 揝adri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2005 10:22 AM | Show all posts
Sambung citer lagi KENAPA KITA PERLU BUAT DETOX??

Banyak sangat penyebab yg tidak boleh di elakkan..

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

    * Pencemaran Udara Primer

      Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.

      Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.
    * Pencemaran Udara Sekunder

      Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

      Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

    * Sulfur dioksida
    * Karbon monoksida
    * Nitrogen dioksida dan ozon
    * Alergen
    * Plumbum dan logam-logam lain

Punca Pencemaran

Pencemaran udara boleh berpunca daripada :

    * Pelepasan asap kenderaan
    * Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/ bateri kereata
    * Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
    * Pembakaran hutan
    * Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
    * Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
    * Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran udara :

    * Kesihatan terjejas
    * Pertanian yang tidak produktif
    * Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
    * Mengotorkan persekitaran - habuk

Sumber :

    * Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
    * Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit Mikamas, 1996

Selagi kita  bernafas...selagi itu kita terpaksa menyedut nya..cari lah peluang
utk SINGKIRKAN utk kesihatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2005 08:36 AM | Show all posts
Fikirkan.....mampukah kita lari dari tidak di kejar olek TOKSIN?:hmm::hmm:

[ Last edited by mama_boomboom on 8-3-2005 at 08:45 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2005 09:03 AM | Show all posts
Kongsi info:-

Usus Bermasalah Mengundang Penyakit


Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.

Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.

Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Masalah Usus Dan Sembelit Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.

Apa Itu Penyahtoksifikasi?

Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.

Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.

Pemakanan

- Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).

- Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.

- Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.

- Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.

- Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari).

[ Last edited by mama_boomboom on 14-7-2005 at 09:03 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2005 09:45 AM | Show all posts

Yang paling KETARA bila kita selalu singkirkan toksin....

bangun pagi sentiasa segar.

Yang paling mama perasan...kalau pasang alarm kul 5.30 pagi...pukul 5.00 pagi dah rasa nak bangun....rasa cam dah tidur lama sangat.Sedangkan mama ni masuk tidur paling cepat kul 12 setiap malam...

..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2005 08:50 AM | Show all posts

DETOXIFICATION
By Ted H.Spence, DDS, ND, PhD/Dsc, MPH

Introduction
Detoxification comes in many forms and refers to many different programs that cleanse the body of toxins. Today, our environment is toxic and the food we eat, even the air we breathe and the water we drink is laden with chemicals foreign to our system. Therefore, everyone should undergo some type of detoxification program to maintain life and health. Although basic detoxification begins with diet, detox programs may include nutritional fortification for the liver, lungs, kidneys, bowels and blood.
We will soon see why these organs are so important in detoxification. Detoxification for the body may refer to the cleansing of the bowels, kidneys, lungs, the liver or the blood, since these are the organs involved in detoxification of chemicals and toxins from the body. The liver acts as an "in-line" filter for the removal of foreign substances and wastes from the blood. The kidneys filter wastes from the blood into the urine while the lungs remove volatile gases as we breathe. Our body is designed to utilize natural substances, which includes foods, herbs and phytochemicals. Any foreign substances will serve as a stimulus to our immune system, which has the function of removing these substances. Although the toxicity of a chemical may vary, it is the job of the liver to reduce toxins into compounds that the body can safely handle and eliminate through the kidneys (as urine), skin (as sweat), lungs (as expelled air) and bowels (as feces). Maintaining these eliminative organs in good working order is essential for one's good health to continue.
While there are many detoxification programs available, they differ in their actions and their intent. Some detoxification program (DP) work only with the bowels, others may cleanse the liver or the blood, and others may aid the kidney or the skin in their functions. By combining these detox programs into a total health program, one can effectively restore their health to an optimal level and look younger in the process. When they body can eliminate toxins, then health is restored and energy and vigor are revitalized. Many different approaches to detoxification and wellness will work, even though they attack the problem at different levels. Other factors must be considered in detoxification, like nutrition, water, and exercise, rest, sunshine, and fresh air.




:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-3-2005 07:56 AM | Show all posts
Testimoni terlatest..........hehee


mama, saya sekarang ni cukup pueh hati laa..Dulu kan main liat nak ke jamban..ni hari2 pun dah pergi. Bila dah kejamban setiap hari...barulah lega sket kepala ni.Dulu manjang nya pening...naik rimas.Kita baru start diet...simple diet aje..rasa ada perubahan gak..Tang perut tu semakin kempis.Dulu kalau diet...hampehhhh...buat sakit ati aje


sorri..ada perkataan jamban plak..:malu:  mama tak edit lee...main tempek aje kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2005 11:00 PM | Show all posts
kalau amik nature biotics ajer...ok tak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2005 08:25 AM | Show all posts
Originally posted by Dzed at 09-01-2005 23:00:
kalau amik nature biotics ajer...ok tak..


Boleh cuma kurang lengkap!!

Masing2 ada fungsi nya...tu pasal lagi afdal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2005 08:58 PM | Show all posts

Di nasihatkan utk mereka yg sedang dlm proses utk menurunkan berat badan...
pastikan toksin tidak bersarang di dalam badan.

Ini utk mengelakkan kan nak kurus pun kantoi..yg kurus cuma wang anda sahaja!!

Kekadang dari luar hemsem giler, cun melecun tapi kat dalam penuh dgn 'khazanah'yg tak berharga...lepas tu muda lagi lum kawin dah lenguh sana..lenguh sini. Tidur lebih dari cukup pun.......menguap aje lagi.
Faktor zaman moden ni...terutama dari segi pemakanan mempercepatkan LONGGOKAN TOKSIN dlm badan kita!!

Belajar dari kesilapan...mendewasakan ..mematangkan!!


.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2005 09:00 PM | Show all posts
  Masalah nya.......ramai orang suka tgk luaran.

Kalau luar cantik.....dah cukup puas hati.

Tapi..kalau dalaman tak ok......berkarat.........lama2 kat luar pun berkarat gak...tak berseri!!
:stp::
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2005 09:03 PM | Show all posts
Ramai sangat yg marahkan produk diet tak berkesan   .

Beli udah le mahai sakan.....org lain leh slim tapi kita kantoi..

Punca nya byk TOKSIN............

kasi clear dulu baru kasi slim laaa.....

pernah terkono gak....padan muka mama!!

Kalau dah tak mau gak slim~~~~~~~~~TERIMALAH SEADA NYA...janji SIHAT


  .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2005 08:32 AM | Show all posts
memanjang nya letih................
memanjang nya mengantuk.............

Bosan gitu..

Cuba2 lah buang toksin..
Bukan apa...makan lah suplement tahap bagus mana pun...jika sampah sarap
tidak di vakuum......BIMBANG terus kutuk suplement tak bagus.
Kutuk tak pa...cuma yg tak best DUIT tu dah lebur.

Elok lah dahulukan mana yg patut di dahulukan...

Esok line dah clear....kita telan lan apa2 patut utk tambah sihat...utk tambah slim....utk tambah gemuk (yg nak kurus tu).

Ni ...kekadang pantang tengok produk canggih ...mesti nak beli..Tapi tak berkesan kat diri sendiri..DI MANA SILAP NYA??
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2005 10:49 AM | Show all posts
...harap dapat le bagun pagi segar....tapi kalau anak tidur lasak...tak lena tido...sah pagi pening gak...:cak::cak:

detox pun tak membantu leila nih!!!...makin besar makin lasak lak...360 derjah berpusingnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2005 07:54 AM | Show all posts
Originally posted by LeiLa at 09-01-2005 10:49:
...harap dapat le bagun pagi segar....tapi kalau anak tidur lasak...tak lena tido...sah pagi pening gak...:cak::cak:

detox pun tak membantu leila nih!!!...makin besar makin lasak lak...360 derja ...



itu dah tanggungjawab....:no::no:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 09:14 AM | Show all posts
sebelum buat detox dulu...kalau nak tidor punyer la susah...orang sebelah dah berdengkur kita ni dok tengok dia jer...1/2  - 1 jam jugak ler baru mata ni boleh tutup....

lepas cuba 1 set detox ni, badan ringan jer...membuang senang, nak tidor pun senang, bangun pagi segar jer badan.

sapa2 yg susah nak tidor tu...elok buat detox...:ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2005 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by kamar22 at 09-01-2005 09:14:
sebelum buat detox dulu...kalau nak tidor punyer la susah...orang sebelah dah berdengkur kita ni dok tengok dia jer...1/2  - 1 jam jugak ler baru mata ni boleh tutup....

lepas cuba 1 set detox ...



:setuju:Memang pun...letak aje kepala...terus hanyut!!

Tapi yg best...tidor lewat pun..bangun tetap menten.

:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2005 08:38 PM | Show all posts
Masalah berat badan berlebihan berpunca daripada perut. Untuk kekal langsing (dan sihat), sistem gastrointestinal mesti berfungsi dengan sempurna. Usus anda sebagai saluran paip longkang dalam sinki dapor anda. Gris dan lain-lain bahan buangan senantiasa mengalir keluar melaluinya. Jika ianya tidak selalu dibersihkan, bahagian dalam paip itu akan berkekat dan menjadi tersumbat.

Bila ini berlaku, dalam usus, metabolisme anda akan menjadi perlahan dan tubuh akan kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada bahan makanan yang anda makan (jadi ianya akan menghantar isyarat untuk mendapatkan lebih banyak makanan). Anda akan rasa letih dan tidak bermaya dan tubuh anda akan menyimpan air dan anda akan menghadapi masalah berat badan.

Pembersihan saluran gastrointestinal memiliki mempengaruhi kesihatan dan membawa kesan terhadap perubahan berat badan. Jika tubuh anda sihat, sistem anda hanya perlukan masa antara 24 hingga 48 jam untuk mencerna makanan, menyerap nutrien dan mengeluarkan bahan buangan. Pada masa ini kebanyakan orang mengambil 2, 3 atau 5 kali lebih lama daripada ini. Ini bererti bahan buangan berada dalam usus bagi jangkamasa yang amat lama. Bahan buangan menjadi "berlekat" atau "termampat", ini membawa kepada masalah membuang air besar dan masalah berat badan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:23 PM | Show all posts
mama harga satu set ngan pil2 tu berapa hek?
cam besh jeee
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by nazadiyah at 17-4-2005 10:23 PM:
mama harga satu set ngan pil2 tu berapa hek?
cam besh jeee



Eynda ada PM sesuatu kat awak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.067511 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list