CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chumpon

Sejarah Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

[Copy link]
Post time 22-8-2006 08:31 PM | Show all posts
aku tinggal kat jb.baru2 ni channel singapore ada siarkan satu dokumentari ttg sejarah kemerdekaan diaorang. reason utama tunku kluarkan singapore dr persekutuan sbb tunku tak mau kacau nisbah kaum kat malaysia. ini diakui oleh lee kuan yew senidiri.dekat singapore ada 4 juta penduduk, 70% adalah bangsa cina. tunku risau bila melayu x jd bangsa majoriti kat malaysia,maka bangsa lain berpeluang perintah negara kita ni. anyway, aku x de nk komen sgt pasal ni,tp singapore mmg lubuk ekonomi, kita mmg rugi hilang ia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2006 09:42 AM | Show all posts
Biografi mengubah persepsi terhadap Tunku

BIBLIOGRAFI Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terbitan Perpustakaan Negara Malaysia sempena ulang tahun ke-100 keputeraannya pada Mac 2003 mencatatkan bahawa biografi Tunku yang pertama ialah oleh Abdul Aziz Ishak pada tahun 1955.

Biografi oleh Harry Miller, seorang wartawan The Straits Times berjudul Prince and Premier: A Biography of Tunku Abdul Rahman Putra Al-Ha,j First Prime Minister of the Federation of Malaya diterbitkan pada tahun 1959.

Dalam prakata buku oleh Miller, Tunku menyatakan biografi ini merupakan pengisahan paling lengkap yang mungkin ditulis mengenai dirinya. Terjemahan bahasa Melayu buku ini diterbitkan oleh Federal Publications pada tahun 1960.

Dilahirkan pada 8 Februari 1903, Tunku adalah anak ke-20 Sultan Abdul Hamid Abdul Halim Shah, dan anak keempat daripada Cik Menjalara, isteri keenam baginda yang berasal dari keluarga bangsawan di Siam.

Beliau dibesarkan serta diasuh dalam istana di Kedah dan Bangkok. Kedudukannya sebagai putera raja dianggap oleh sesetengah penulis sebagai suatu keistimewaan yang mempengaruhi nasib dan masa depan beliau sebagai pemimpin UMNO dan negara.

Namun sejak kecil lagi Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan sikap terbuka, peramah serta keselesaan bergaul dengan rakyat jelata. Beliau suka bermain bola berkaki ayam dengan kanak-kanak dari kampung yang berhampiran dengan istana walaupun sering ditegah.

Setelah lulus Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sejarah dari Universiti Cambridge, England pada tahun 1928, Tunku melanjutkan pelajarannya dalam bidang Undang-Undang di London. Walau bagaimanapun beliau tidak berminat dalam bidang undang-undang dan tidak menumpukan perhatian atau berusaha untuk lulus peperiksaan. Tanpa kelulusan ini kerjayanya dalam Perkhidmatan Awam Kedah amat terbatas. Seperti mana diketahui umum, Tunku mengambil masa yang lama, hampir suku abad berulang-alik ke London sehingga lulus semua peperiksaan untuk mendapat kelulusan undang-undang dari Inner Temple, London pada tahun 1948 ketika umurnya 45 tahun.

Sebagai pegawai kerajaan dengan Perkhidmatan Awam Kedah Tunku sering menimbulkan kontroversi kerana menulis surat mengkritik dan menegur kerajaan mengenai dasar atau perkara yang dirasakannya tidak kena atau kurang cekap. Menulis surat kepada pihak berwajib atau surat khabar memberi pandangan tentang perkara yang tidak disetujuinya terus diamalkan sebagai pelajar di England.

Semasa berkhidmat sebagai pegawai daerah di Kedah Tunku terkenal dengan sikapnya yang peramah dan suka merendah diri yang semula jadi. Walaupun kebolehannya sebagai pentadbir tidak begitu menyerlah, Miller memerhatikan Tunku suka bergaul dan amat popular dengan rakyat jelata di mana saja beliau bertugas. Beliau juga seorang yang tidak cerewet dan sanggup melalui ketidakselesaan dan mengorbankan kemewahan jika diperlukan.

Tunku amat terbuka dan berterus terang dalam menceritakan kisah zaman muda sebagai pelajar dan mengaku menghabiskan masa menikmati hidup selesa dan mewah seperti pemuda Inggeris yang berkemampuan, seperti mengikuti perlumbaan kuda yang amat diminatnya.

Kebanyakan pelajar Melayu yang belajar di England pada masa itu adalah daripada keluarga diraja dan bangsawan Melayu. Mereka diperuntukkan biasiswa oleh kerajaan British untuk melanjutkan pelajaran sebagai persediaan memainkan peranan dalam pentadbiran negara.

Pelajar-pelajar ini mengikuti perkembangan politik di Britain serta perjuangan kemerdekaan negara jajahan Britain temasuk India dan Ceylon yang membakar keinginan melihat Malaya juga merdeka.

Miller melihat kisah hidup Tunku sehingga umur 45 tahun tidak memberi apa-apa petunjuk yang beliau akan menjadi seorang pemimpin negara. Kebolehan beliau sebagai pentadbir tidak menyerlah sehingga beliau dengan tidak diduga mengambil alih pucuk pimpinan UMNO apabila Datuk Onn Jaafar menolak pencalonan sebagai Yang Dipertua UMNO setelah tempoh beliau memegang jawatan itu tamat pada 1951.

Miller terdorong mengajukan persoalan bagaimanakah agaknya nasib Tunku sekiranya Datuk Onn Jaafar tidak meninggalkan UMNO pada tahun itu? Soalan ini sekadar akademik sahaja kerana takdir telah menentukan peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pejuang kemerdekaan ini dengan kekuatan dan cara tersendiri.

Namun Miller amat kagum dengan perubahan sikap dan kepimpinan Tunku apabila menjadi Ketua Menteri setelah memenangi pilihan raya umum:

揚erubahan setelah pilihan raya mengangkatnya sebagai Ketua Menteri amat memeranjatkan. Pemartabatan kedudukannya mendadak, dan beliau menjalankan tugas dengan begitu serius sehingga kekhuatiran tentang ketidakstabilan kerajaan pimpinannya hilang dengan pantas. Sebaliknya keyakinan menyelubungi suasana.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by razifah at 1-8-2006 04:40 PM
Ifa pernah menemuramah setiausaha peribadi tunku sendiri....


awak reporter ye?? setiausaha dia tu? awak tak interview tunku sekali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 10:35 AM | Show all posts
Temubual eksklusif Tunku disiar selepas 22 tahun terbiar

06-02-2007 10:36:21 PM  

KUALA LUMPUR:  Buat pertama kali, selepas 22 tahun tersimpan di Angkasapuri, temubual eksklusif dengan Perdana Menteri Malaysia pertama, akan disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) Khamis ini.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata temuramah RTM dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj itu dirakam pada 1985 iaitu kira-kira lima tahun sebelum almarhum mangkat.

Katanya, temuramah eksklusif itu tidak pernah disiarkan oleh mana-mana stesen penyiaran sebelum ini.

"Ia adalah cerita kemerdekaan. Kepada generasi muda yang mahukan inspirasi daripada seorang pemimpin kita yang pertama... ini merupakan rancangan penuh dengan inspirasi," katanya semasa berucap pada Majlis Mesra Menteri Penerangan dengan Juara-juara Anugerah Filem Pendek (AFP) 2006 di Angkasapuri hari ini.

Zainuddin berkata temubual eksklusif itu akan disiarkan melalui TV1, jam 8.30 malam melalui program Galeria Perdana Khas Khamis ini (8 Feb). BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 09:57 AM | Show all posts
Penjajah beri rumah kerani kepada Tunku
Oleh Anwar Hussin


Wawancara khas 1985 dedah kegetiran Bapa Kemerdekaan

KUALA LUMPUR: Layanan British terhadap Tunku Abdul Rahman ketika mula memegang jawatan Ketua Menteri selepas pilihan raya pertama pada 1955 sebagai 憁enyedihkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 02:00 PM | Show all posts
ade citer tak pergeseran tunku dgn tun dr m dulu
aku x berkesempatan la nk rasa mase tu
waktu bebudak lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2007 07:36 PM | Show all posts

Reply #16 matjawasp's post

Tak lama kemudian Jurugambar itu datang kembali  pada Tunku dan mengucapkan terimakasih sambil
berkata memang betul semua orang yang diambil gambar bukan saja  senyum ..bahkan ada yang ketawa bila dia sebut
"UK*MAK. Tunku tidak menyatakan makna sebenar  perkataan  tersebut dia saja nak mengenakan Wanita tersebut.


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 09:04 PM | Show all posts
Si Zainudin Maidin setahu aku masa jadi Ketua Pengarang Utusan, dalam ruangan
pojok Awang Selamat bukan main sakannn bantai Tunku ,
sekarang dah terbalik dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2007 11:46 AM | Show all posts
masa, keadaan dan usia mengubah semua nya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 11:38 AM | Show all posts
tm tu baik gaks dgn tunku walaupon ada salah paham...
nama putra jaya tu pon ada nama tunku..bkn nama mahathir pong...
singapura tuh..mmg bagus pong dipisahkan...
sbb akan buat malaysia jd tak aman...
panjang pikiran tunku tu...
dia penah kata..
"tak pa..nanti depa (singapura) mintak sedekah ngan kita"...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 01:02 PM | Show all posts
dulu mase kecik2 aku penah tenampak buku Malay Dilemma ni yg edition asalnye.. Tapi aku tak paham.. Kalo aku tau, aku simpan.. Tu pun nenek sedare aku punye, dah kene bakar ape tah buku tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 09:20 AM | Show all posts
Detik-detik cemas menjelang merdeka
Susunan ABD. MANAF AHMAD

KEMERDEKAAN yang kita capai pada 31 Ogos 1957 bukanlah sebuah hadiah oskar yang dianugerah oleh empayar penjajahan British kerana Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj berjaya menentang gerakan komunis yang berputik, semenjak Perang Dunia Kedua belum tercetus lagi.

Sejarah kemerdekaan kita sangat panjang dan bertali arus. Kita harus menghayatinya menjelang sambutannya yang ke-50.

Di antara bulan Ogos dan September 1945, sementara menunggu penyerahan kuasa dari tentera Jepun kepada pemerintah tentera British, telah berlaku pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan oleh Malayan People抯 Anti Japanese Army (MPAJ) iaitu Parti Komunis Singapura yang diburu oleh tentera Jepun dan kemudian lari masuk ke dalam hutan-hutan di Tanah Melayu.

Bersama-sama dengan tentera 態intang Tiga
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 10:46 AM | Show all posts
Kalau dapat dikumpulkan tulisan Tunku "as i see it" dalam akhbar the star dulu, article tu semua sangat bermutu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 12:04 PM | Show all posts
Father of the Nation was a reluctant politician, says son

The launch of the book "Prince Among Men: Recollections & Reflections on Tunku Abdul Rahman



KUALA LUMPUR: Tunku Abdul Rahman Putra considered himself the Father of the Nation and not the prime minister, revealed his eldest son Tunku Ahmad Nerang.

揟he Tunku was a reluctant politician. As the Father of the Nation, we should follow the values reflected in the Tunku抯 life,
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 12:09 PM | Show all posts
Prince with a common touch

By RASHVINJEET S.BEDI

A new book on Tunku Abdul Rahman provides an insight into his values and other interesting aspects of his personality.

TOLERANCE, empathy, compassion, sportsmanship
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 02:16 PM | Show all posts
aku pernah baca sebuah buku tentang Tun Abdul Razak tetapi ada cerita sikit pasal Tunku. Diceritakan sewaktu zaman konfrontasi dulu, seorang jeneral British beri cadangan dekat Tunku supaya dibuat satu catalyst untuk membolehkan british and the gang serang Indonesia. Cadangan jeneral tersebut ialah letak sebuah kapal perang british (mesti kapal lama) dekat perairan malaysia dan kemudian letupkan kapal tu dan tuduh indonesia yang buat.

Tunku pandang jeneral tu, dan cakap  "Saya hanya bergaduh dengan Sukarno tetapi bukan dengan rakyat indonesia dan saya mintak awak jangan bangkitkan cadangan tu lagi". Hehehe.. jeneral tu teros senyap .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 10:57 PM | Show all posts

Reply #30 remizati's post

aku xsetuju singapura dipisahkan..spe minta sedekah??
skang spe mainkan malaysia??isu air, EPF, tanah KTM

patut dlu lg almarhum Tunku bertindak..ISA je si LKY tu..
nk takut majoriti Cina ape??kuasa tentera di tangan org Melayu masa tue
spe kco keharmonian tangkap jerr..tu nama berlembut xkena tmpt

skang spe yg rugi??generasi lepas almarhum Tunku la..
bertindak tanpa pikir panjang tu la akibatnya :@
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 01:57 PM | Show all posts

Reply #37 silencekiller's post

Itu bukan silap Tunku, tapi silap kepimpinan yang ada masa ini. Tunku melepaskan Singapura kerana dia tahu, tiada Pemimpin Melayu yang boleh handle LKY masa itu. Jika dia tahan dibawah ISA sekalipun, itu bukan jaminan untuk LKY tidak membuat sesuatu yang diluar dugaan.
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 2-8-2007 08:50 PM | Show all posts
Originally posted by brilianxx at 10-2-2007 14:00
ade citer tak pergeseran tunku dgn tun dr m dulu
aku x berkesempatan la nk rasa mase tu
waktu bebudak lagi



pasal Tunku mempunyai dendam lama ngan TDM...sewaktu May 13th terjadi.. TDM dengan lantangnya telah mengkritik Tunku(ini sesuatu yg mustahil dalam  UMNO pada masa itu..baru merdeka)..TDM telah mengirim sepucuk surat kepada Tunku tentang tabiat dan tindakan Tunku bile May 13th terjadi(Surat ni masih aku simpan salinannya)..dan juga TDM telah meng"SK"kan surat tu kepada semua bahagian UMNO..(SK=Salinan Kepada)..dan selepas itu TDM telah mengarang buku "Malay Dilemma"..yg mana banyak mengkritik Tunku..jadi disebabkan ini Tunku telah memecat TDM dari UMNO...dan selama tidak berparti.TDM telah berjuang secara bersendirian utk Agama Bangsa dan Tanah Airnya(seperti mana dia lakukan dalam SABERKAS)(disaat inilah PIS claim yg TDM berucap atas pentas PIS)...dan selepas Tun Razak memegang tampuk pemerintahan setelah tragedi May 13th..TDM telah diserap masuk kembali kedalam UMNO oleh Dato Harun(MB Selangor)..dan menjadi orang kepercayaan Tun Razak(diantara idea TDM adalah penubuhan Felda dan Felcra)..selepas UMNO diharamkan pada lewat 80-an...Tunku telah menyertai Ku Li dan Team B menubuhkan Parti S46...diantara krisis YAM Tunku dan YABhg TDM adalah dendam peribadi...
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 2-8-2007 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 1-8-2007 14:16
aku pernah baca sebuah buku tentang Tun Abdul Razak tetapi ada cerita sikit pasal Tunku. Diceritakan sewaktu zaman konfrontasi dulu, seorang jeneral British beri cadangan dekat Tunku supaya dibua ...



Memang Tunku kepandaiannya adalah dalam rundingan...lihat berapa banyak rundingan yg telah berjaya olehnya..berkenaan Konfrontasi tu..satu perjanjian Darah telah diadakan dari pihak Tunku(Malaysia) dengan Soekarno(Indonesia)..sebab tu konfrontasi ni berakhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.473543 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list