CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thatsourmia

korean drama tv2 - funny wild girl

[Copy link]
Post time 16-4-2005 12:01 AM | Show all posts
EPISOD 7 (episod hari khamis)

JH yg memandang EH menari didepan maknya masuk kedalam......JH kemudian menanggalkan lilitan kain dikepala EH......setelah EH terlupa menanggalkannya sendiri.  Mak EH bertanya pada JH...apa penyakitnya yg sebenar?......dia hairan kerana asyik diheret untuk membuat ujian.  JH berbohong dgn mengatakan yg penyakitnya tidak teruk...hanya sedikit bengkak pada dinding perutnya.  Mak EH juga memberitahu yg EH suka pada JH dari sekolah menengah lagi.......tapii dgn cepat EH menafikan dan memberitahu yg JH adalah teman lelaki kakaknya KH.

Dipejabat KH...dia sedang memberikan usul cadangannya pada pegawainya,
bila ES masuk kepejabat dgn lagaknya.  Dia yg sememangnya cemburu pada KH, memberitahu pegawai berkenaan yg dia ketua baru Jabatan Pemasaran.  Dia melihat kertas kerja KH dan mengoyakkannya didepan KH, serta memerintahkan KH membuat kopi untuknya.

Sementara dikilang IW, seorang demi seorang pekerjanya menyerahkan surat perletakkan jawatan.  IW seolah2 telah berputus asa dlm mengendalikan kilangnya.  Dia juga memberitahu apa yg dikatakan olih atuk ES padanyakpd pengurus kilang.

KH yg dlm perjalanan untuk melawat maknya......berkata dlm hati yg dia akan membalas dendam pada ES yg telah memalukan dia.  Sementara EH dan JH sedang duduk2...bila JH bertanya, tidak penatkah belakangnya, setiap hari mengendong anaknya.  JH mahu mendukung anak EH.......dan semua ini dilihat olih KH yg kebetulan lalu.  Dia melihat bagaimana JH memegang anak EH.  JH memberitahu EH yg hati maknya sekarang sudah dipenuhi olih barah....dan paling  lama dia boleh hidup...hanya untuk 6 biulan sahaja.  Dari itu EH harus tabah menghadapinya. JH berkata.....mungkin dgn pemindahan hati dapat meyelamatkan mak EH....EH dgn segera bersedia memberikan hatinya maknya.  Kata JH lagi...EH memerlukan sekurang2nya 30 ribu won untuk membuat pembedahan.

Mak EH yg melihat KH datang memalingkan mukanya.  KH cuba berbual2 dgn maknya, tetapi maknya cuba menahan diri dari menangis.  KH juga menceritakan bagaimana  cadangan projeknya dibakul sampahkan. Dia ingin mengetahui bagaimana orangnya mak kandungnya?,  bagaimana rupanya?.
EH yg baru sampai bertanyakan bila kakaknya sampai.  KH kemudian bertanya EH kemana dan berjumpa dgn siapa.  Dia kemudian memberitahu yg dia akan makan malam bersama JH dan mengajak EH sama......tapi EH menolaknya., dgn alasan ingin bersama maknya.

Apabila KH mahu pulang. mak EH menyuruh dia mengambil kimchee yg disimpan dipeti sejuk hospital untuk diberikan pada KH.  Berlari2 EH mendapatkan KH yg sedang berjalan bersama JH. Dia memberikan beg plastik yg berisi kimchee pada KH.  JH mengajak EH pergi makan bersama mereka, kerana dia tidak makan sepanjang hari......tetapi EH menolaknya.  Dia hanya memandang dgn sedih JH berjalan bersama KH yg memegang lengan JH.

KH memberitahu atuknya yg ES sudah menjadi Ketua bahagain pemasaran, tapi atuknya mahu dia berbincang dgn makchiknya kalau dia tidak berpuas hati.  KH bertanya atuknya mengenai bapa kandungnya.  Datuknya memberikan kotak berisi barang peribadi bapanya pada KH, serta memberitahu yg dia sudah memaafkan bapa KH melalui KH.  KH membuka peti tersebut dan menjumpai gambar seorang wanita dan juga rantai kepunyaan ayahnya semasa bertugas dalam  askar yg tertulis jenis darah bapanya, jenis 'AB', sedangkan  darah dia jenis 'O' .

Dia kemudian berjumpa dgn JH dan ingin membuat ujian darah, kerana darahnya jenis 'O', sedangkan bapanya jenis 'AB'.  Jawab JH , kemungkinan ada kesilapan masa bapanya menjadi askar dahulu.

EH meminta tolong pada kawan kembarnya untuk menjaga  maknya sementara dia pergi kerja.  Dia berkata...kemungkinan dia terpaksa menjual rumahnya untuk mendapatkan wang pembedahan ibunya yg mungkin mencecah sebanyak 50 ribu won.  Kawannya bertanya...dimana dia akan tinggal?...Jawab Eh...mungkin dia akan menyewa rumah.....

Sampai dipejabat EH terkejut bila tiada seorang pun pekerja yg bekerja dipejabat dan pejabat pun dalam keadaan bersepah.  Dia kemudian menyapu dan mengelap lantai.  Bila sedang menyusun file...dia terlihat surat2 perletakkan jawatan dari pekerja2.  Perginya kekilang...dilihat tiada seorang pun pekerja.  Dicarinya pengurus dan ditanyanya.  Kata pengurus, ada khabar angin yg kilang itu akan muflis, jadi ramai yg berhenti kerja, jadi mereka akan menutup bahagian pengeluaran sementara waktu.  IW hanya dapat membuat pinjaman bank untuk masa 6 bulan sahaja. Separuh dari barang2 yg keluarkan olih kilang terpaksa dimusnahkan kerana akan luput tarikhnya. EH tidak berpuas hati dan ingin mencari IW.

Masuknya kedalam dan dilihat sedang tidur. Dikejutkannya IW....dan berkata ....IW masih lagi boleh tidur dalam keadaan genting begitu....serta ratusan ribu wang membazir begitu saja, IW masih tidak peduli.  Marah IW pada EH dan manghalaunya keluar dan berkata...kenapa EH yg risau, sedang IW sendiri yg menanggung risikonya....dan jgn cuba mengajarnya kalau EH tidak tahu apa2.  Jawab EH...dia tidak mahu  buat begitu...dia tidak mahu mati bersama IW....sambil ditarik2nya gebar IW...sampaikan jatuh IW kelantai. Geram tersangat IW...ditamparnya EH.......terdiam kedua2nya sebentar......mungkin terkejut ..... EH berkata kemudian....jika IW sudah reda kemarahannya, dia mahu IW turun kebawah membuat sesuatu.....Kalau mabuk dan tidur sahaja tidak akan dapat menyelesaikan masaalahnya.

EH berkata lagi yg dia faham perasaan IW sekarang,  seolah2 terganutng dicerun yg tinggi dan susah untuk bernafas....sedangkan dia juga berperasaan sedemikian.  Sambung EH lagi.....disebabkan dia mempunyai anak dan maknya yg sedang sakit, mereka bergantung padanya dan dia perlu berbuat sesuatu, perlu mencari wang...dia meminta IW menolongnya, kerana tiada orang lain yga akan mengambil dia bekerja.

ES yg dah bekerja disayrikat datuknya mengadakan mensyuarat dipejabatnya, sambil sempat lagi menyuruh KH mengambilkan dia segelas air, tetapi kemudian tidak mahu meminumnya kerana terlalu sejuk.  Dia memberikan tugas pemeriksaan peragaan produk dipasar raya untuk KH........walau pun kH tidak  menyetujuinya.

EH sedang memikirkan kata2 JH yg dia memerlukan belanja yg banyak untuk pembedahan maknya nanti.  Dia memerlukan sekurang2nya 30 ribu won sebagai duit pendahuluan.  Dia menalipun ejen hartanah, dan bertanya mengenai penjualan rumahnya, samada sudah ada pembelinya.  Dia diberitahu sudah ada pembeli yg mahu membeli rumahnya. Dia ada lima hari untuk pindah dari rumahnya sekarang.

EH kemudian bertanya pada Pengurus, samaada dia kenal dgn Syarikat Tae Seong Food Corporation.  Jawab Pengurus...semua orang di Korea kenal syarikat tu.  Syarikat tu membeli kuih buatan syarikat IW dan kemudian membungkusnya dan  melabelkan buatan  mereka sendiri.  EH mengatakan yg kakaknya KH , adalah cucu pada pengerusi syarikat Tae Seong dan bekerja disana.

EH membawa sekotak kuih buatan syarikatnya ke Syarikat Tae Seong. Waktu yg sama ES datang bersama maknya. EH yg tak menoleh kiri kanan, terlanggar mak ES kat pintu masuk dan terus je jalan.  Masa tengah selongkar bagnya, botol susu anaknya terjatuh....ngam2 dgn ES yg sedang berjalan.....minah pun apa lagi, terpijak botol susu...terus jatuh tergolek. Puaslah mak ES bertanya botol susu sape.  EH meminta maaf, mengatakan itu botol susu anak dia.  Makchik glamour ni mulalah marahkan EH.  Kata EH...makchik ni pernah jumpa dia ke...sampai cakap camtu?, rampasnya balik botol susu tu. Makchik CEO ni meradang suruh pengawal menahan EH dari naik keatas.  Bertekak2 lah dia dgn pengawal.... sampaikan Mak ES tepiskan kotak yg EH bawa,jatuh bertaburan kelantai.  EH pun apa lagi siaplah dia cakap yg kakak dia cucu pada pengerusi.  Bertambah2 eksennya dua beranak tu mempersendakan EH dan KH.  KH datang dan membawa EH pergi sebelum EH naik angin kat 2 beranak tu.  Kata KH dia hanya kerani biasa saja disyarikat tu.  EH membawa  kuih berasnya pada atuk pengerusi...dan mahu atuk tu mencuba kuih berasnya.  Dia cuba berurus niaga dgn atuk tu.

Pulang kepejabat.....pengurus bertanya bagaimana usaha EH?  Sudahkah dia berjumpa dgn kakak dia?  Jawab EH dia dah berjumpa dgn pengerusi syarikat Tae Seong sendiri.  IW yg mendengarnya dari atas......tidak mahu dia mencuba lagi...segala2 sudah berakhir kata nya.  Suruhnya cari kerja lain...EH kemudian bertanya dia mahu kemana?  Kata IW, kenapa EH mahu ambil tahu kemana dia mahu pergi?  Kata EH, sebagai setiausaha, dia harus tahu kemana bos dia pergi. EH mahu menjual produk syarikat IW dan jika berjaya dia mahu 30% komisen setiap kotak....tapi IW tak layan dia....tak puas hati EH ditahannya IW ketika memandu keluar......cubanya lagi ...tapi IW buat tak tahu saja.   Pengurus kilang datang memberitahu yg dia akan bertanggung jawab atas usaha EH.  

Sementara kawan kembar EH sedang berbual dlm bilik air, mengenai kesusahan yg sedang ditanggung olih EH dan juga penyakit barah maknya. Mereka tidak sedar yg mak EH yg baru masuk terdengar perbualan mereka. Kedua2 mereka terkejut bila mak Eh masuk kedlm.......rahsia mengenai barah maknya sudah pun terbongkar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2005 12:05 AM | Show all posts
EPISOD 8 (hari jumaat 15/4)


Mak EH begitu sedih bila mendengar dia mengidap barah. Menangis dia teresak2.  Dia juga tidak memalingkan badannya bila EH sampai. EH bertanya, samada maknya dah tidur ke belum?...maknya tak menyambutkan dia yg datang yg sedang bekerja keras.  Sambil meletakkan kepalanya dibadan maknya Eh berkata....yg dia akan melindungi maknya...dia tak mahu maknya dirampas dari dia...tak akan melepaskan maknya...walau barah sekali pun.  Maknya menitiskan air mata bila mendengarnya.

Apabila EH tertidur...maknya melihat dia sambil teringat bagaimana dia yg sedang sakit untuk bersalin menolong seorang perempuan lain yg  mahu bersalin sehingga dia melahirkan anak.  Dia juga teringat bagaimana dia menyuruh Eh menolong KH mengemaskan barangnya, dan disuruh pergi  dgn atuk pengerusi. Dia merasa dirinya sedang dihukum olih Tuhan.

EH menjual rumahnya dan menerima wang dari pembeli. Dia kemudian berpindah kerumah  IW dgn membawa perkakasnya satu lori:lol tanpa pengetahuan IW, yg sedang berjogging.  EH memaksa pemandu lori supaya
cepat2 memunggah barang2nya sebelum IW pulang.  Dia kemudian mengajar adik2 kembar apa yg harus mereka lakukan apabila dia memberikan isyarat pada mereka.

IW yg baru pulang berselisih dgn lori yg membawa barang EH....dia merasa pelik...masuknya kedalam memerhatikan sekeliling......dia kemudian naik keatas.....diilhatnya sekelliling biliknya...bila dia tiba2 terpandang sebuah beg.......dibelakang beg tersebut bersembunyi EH ......bangun dia bersama adik2nya. Buntang2 mata IW pandang kat EH:lol.

EH memberitahu yg dia memerlukan wang untuk pembedahan maknya, dan telah menjual rumahnya. Untuk menyewa rumah lain, sewanya terlalu tinggi.  Dia terpaksa meninggalakan adik2nya disitu, sementara dia melawat maknya dan boleh melihat adik2nya ketika dia bekerja........tapi...IW tidak membenarkan dan mahu dia keluar dari rumahnya.  EH memberi isyarat pada adik2nya...dan kedua2nya terus duduk atas katil. EH tak putus asa, dia cuba memujuk IW...tetapi IW tidak benarkan......EH kemudian memberi lagi isyarat pada adik2nya.....kedua2nya mula menangis.  IW naik geram, dibuangnya semua beg2 EH keluar rumah....diberinya lagi isyarat pada adik2nya......berlakon lagi budak2 ni......pergilah budak2 ni peluk kaki IW, sambil tarik2 seluar dia........agaknya seluar tu memang longgar...elok je seluar tu melorot kebawah:lol.......nasib baik ada seluar pendek...kalau tak?...
Terkejut EH...bila tgk seluar pendek IW.

IW buangkan semua barang2 EH keluar rumahnya.  Ditinggalkan dilluar rumah........dgn EH dan adik2 dia sekali.  Puaslah dipujuk olih EH, dgn mengatakan yg dia tidak ada  tempat tinggal dan tidak ada duit...langsung tak dipedulikan olih IW.   Terduduk EH diatas itilam diluar dgn adik2 dia.

Sementara dihospital, mak EH bertanya pada JH, berapa lama dia boleh hidup? .....dia mahu balik kerumah...JH memujuknya sehingga pembedahan dijalankan....katanya lagi yg EH bersedia memindahkan hatinya pada maknya sendiri.  Tanya mak EH, benarkah EH yg berkata demikian..benarkah dia mahu memberikan hatinya pada maknya.   Jawab JH.....EH memang bersedia berbuat demikian.....asalkan jeni darahnya sama dgn maknya.  Mak EH tidak mahu menjalani pembedahan, dan dia juga tidak mahu JH memberitahu perkara sebenar pada KH.

EH yg bersedia dgn kereta sorong,  memperingatkan adik kembarnya supaya tinggal dikilang buat sementara waktu, sementara dia pergi membuat kerja. Dia mahu adiknya tunggu dia disitu, sehingga dia balik.  Adiknya mahu mengikut dia kerana takut pada IW.  EH berpesan, supaya mereka duduk saja disitu dan jgn sekali2 naik keatas rumah. Adiknya berkeras mahu mengikut, naik darah lak EH kat adiknya....suruhnya tunggu disitu sampai dia balik.  Bila IW keluar...dia terlihat EH sedang menarik kereta tolak untuk menjual produk syarikat.  IW tidak percaya EH dapat melakukannya....apatah lagi tanpa lori dan bantuan sesiapa.....sebelum tu dia sempat melihat adik kembar EH sedang memerhatikan kakak mereka.  Bila mereka melihat IW..mencanak dia orang lari masuk kedlm.

EH membawa barang2nya kesebuah kedai makan dan memberikan barang2nya secara percuma pada pemilik kedai, walaupun pekedai tidak mahu barang2 tersebut...tetapi dia tetap memberikannya...sambil tu dia sempat menolong mengambil pesanan minuman dari pelanggan yg sedang makan.  Diluar kedai....pekedai meminta jika dia dapat menyediakan 10 kotak Jjol- myeon padanya...pada mula nya EH agak keberatan kerana syarikatnya tidak lagi membuatnya...tetapi dia akhirnya bersetuju dgn memberikan dia masa 3 hari.  Cukup gembira EH, bila pekedai besetuju.

Disebuah restoran  lain EH tidak berjaya memberikan produknya pada pemilik kedai. Barangnya dibuangkan ketepi jalan......dan dia memungutnya.  IW yg baru balik dlm hujan lebat, terdengar sungutan adik kembar EH yg sedang dalam kelaparan, kerana EH belum balik lagi.

EH yg teperangkap dalam hujan lebat, tiba2 teringat akan adik kembarnya yg ditinggalkan. Dia menutup anaknya dgn kain dan meredah hujan yg lebat dgn menarik kereta sorongnya pulang kerumah IW....sampai disana...dilihatnya barang2 yg dibuang olih IW tadi sudah habis basah terkena hujan.  Meradang EH pada iW yg tidak berhati perut membiarkan barang2nya basah.  Diangkutnyan barang2nya diletakkan atas kereta soraong dgn marahnya.  Dia kemudian teringat pada adik2nya.

Berlari dia mencari adiknya didlm, tapi tak dijumpainya. Naik dia kerumah IW dan bertanyakan adik2nya.  IW menjwab....yg lantai rumah dah basah dan berlumpur  olih EH....tak bolehkah EH mengesat kasutnya terlebih dahulu?  Marah EH, kerana IW lebih mementingkan lantainya sahaja....sedangkan dia risau tentang adiknya....kata IW, bukan dia yg tinggalkan adik2 EH....lagi pun dia tak dapat tidur kalau lantai rumahnya basah.

Marah EH pada IW yg hanya mementingkan dirinya sahaja.....katanya IW memang hebat..dia sorang je yg hebat, dia sorang je yg bijak, takde ibu bapa, takde kawan, tak de jiran....kenapa tak tinggal dipulau sahaja...marah EH...sebab tu dia ditinggalakn olih ibu bapa nya, kerana anak macam dia. Bila IW suruh dia mengulangi apa yg dia cakapkan...EH mengulanginya dan bukan dia sengaja mereka2 apa yg dia cakapkan.......bila tiba2 matanya terpandang adik kembarnya yg sedang tidur.....siap diselimutkan.  Terdiam dia....mulut pun terkunci  tak boleh cakap lagi.

Dalam bilik air, EH yg sedang mengelapkan badannya....tak tahu macam mana dia mahu tidur dgn baju yg basah.  Dia dgn perlahan meninjau kebilik IW dan bertanya samada  IW boleh meminjamkan baju padanya,kerana bajunya semua sudah basah.  Selepas dapat baju....dgn malu2 dia mintak lak kot dgn gebar.....yg gebar, kalau dapat dia nak gebar bulu kambing:lol (selalunya yg dibuat dari bulu kambing ni dapat tahan sejuk).  Sampai tak senang IW nak baca buku.

Bila dah dapat semua...tidurlah dia kat kerusi dibawah.......entah macam mana dia boleh mengigau lak malam tu....bercakap sorang2....sampaikan terjaga IW dari tidur.....tak senang tul dia nak tidur......baru je dia nak tutup telinga diia dgn headphone....anak EH llak menangis.  Dipanggilnya EH dari atas......disuruhnya EH mendiamkan anaknya yg sedang menangis.  Bangun EH....meminta maaf....anaknya tak lak henti2 menangis....sampaikan naik meradang lak IW......habis2 kisah EH tanya kat anak dia.....nak dia nyanyikan ke?.......maka...menyanyilah EH kat anak dia..... bertambah bengang IW :lol

IW bangun dari tidur nak pergi kebilik mandi....bila dia tgk adik EH tengah nak gosok gigi...lepas tu gebar berselerak dalam toilet dgn entah apa baju lagi...tengoknya toilet dia dah letak tanda untuk perempuan lak....Dia pun ketuklah pintu......suara EH kat dalam.....EH, ingatkan adik dia yg ketuk.marahnya....suruhnya tunggu sekejap, dia tengah sembelitlol......marahnya,.... dah lak tak keluar lak...penat dia dok dlm toilet:lol....lepas tu dia cakap....dah keluar dah......kat luar pintu IW tutup hidung.

Dirumah atuk pengerusi....mereka anak berank sedang makan......bila atuk bertanyakan KH......jawab ES KH sedang bekerja melihat produk disupermarket......tanya atuknya sape yg suruh dia bekerja disupermarket......jawabnya dia yg suruh, sbb mak dia yg ajar dan suruh dia buat begitu.


EH memberitahu IW yg dia menerima pesanan untuk 10 kotak makanan, tetapi IW dan Pengurus tidak mampu membuatnya, kerana tiada kakitangan dan bahan  yg mana memerlukan wang .   EH sudi menggunakan wangnya sendiri, kerana dia telah berjanji dgn pelanggan......dan dia ikhlas untuk membuatnya.  IW tetap tidak mahu membuatnya.......kerana 10 kotak tidak menguntungkan....tetapi Pengurus kilang besetuju menolong dan mengajar EH, bagaimana membuatnya.  Pengurus mula mengajar dan menunjukkan caranya pada EH.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 12:06 AM | Show all posts
IW mendengar Pengurus Kilang yg bertanya...samada EH sudah tahu bagaimana membuatnya......Jawab EH , dia sudah tahu dan akan membuatnya seorang diri pada waktu malam...sementara itu dia akan melawat maknya dihospital.  Walau pun dia rasa hidup dia susah sekarang tetapi tidak dapat membandingkan dgn kesukaran maknya yg sedang mengidap barah.  Walau bagaimana pun dia akan berusaha bersungguh2....Dia ingin mencari wang untuk maknya, belikan pakaian yg cantik, makanan yg sedap ...semunya untuk maknya.

Mak EH  masih teringat2 kata diktor yg dia memerlukan pemindahan hati dgn secepat mungkin kerana barahnya telah merebak......dan dia hanya dapat bertahan selama 6 bulan sahaja.  Mak EH tak habis2 mengatakan yg dia dihukum olih Tuhan.  Dia tidak tahu bagaimana nanti nasib EH dan KH nanti.

JH memberitahu KH yg sedang memilih baju, bahawa ada kes2 tertentu yg anak dilahirkan dgn darah berbeza dari ibu bapanya....dan mungkin ada kesilapan dalam kad kesihatan  ayah KH......sambil berjalan2 JH terpandangkan stroller untuk kanak2....dia ingin membelikan untuk EH...sedangkan KH tidak pernah terfikir untuk membelikan untuk adiknya....kata JH, dia kasihan melihat EH yg asyik mengendong anaknya setiap hari.

Dihospital Mak EH tidak ada dikatilnya bila kH dan JH sampai. Bila EH sampai dihospital dia mengadu pada anaknya yg tgn dan belakang sakit sebab mengendong dan memegang anaknya, dan berharap anaknya cepat besar.....serta boleh mengurut tgn dan belakangnya....tiba2 dia terpandang KH dgn JH.....dan kemudian KH mencium JH......EH hanya mampu melihat dgn sedihnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 12:12 AM | Show all posts
Originally posted by skuter_buruk146 at 15-4-2005 11:58 PM:
kimmy,mesti best kan bile diorang dah jatuh cinte...macam sweet jea..

tak sabar plak rasenye..sape yang jatuh cinte dulu ek?Mr.persiden dulu kea..EH dulu..



nanti tgklah macam mana Mr President tu jatuh cinta........dia ni tak pernah bercinta dan tak ngeti camne nak bercinta, so......dia refer kat buku:lol

dan saperti biasalah dlm drama korea.......mesti ada halangannya kat dia orang berdua.........si doktor pula dah nampak kebaikkan EH, berbeza dari kakaknya.......tunggu dan tonton.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 12:58 AM | Show all posts
rasanya cam halangan tu nanti mesti termasuk GH skali ni.. dier tu tak puas hati sokmo :jeler:

a~ah rasa mmg eh & iw ni beshleh together.. x sabo nak tunggu isnin jgk:love::love:..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 06:41 AM | Show all posts
more pics from Funny Wild Girl..yo..













Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2005 10:31 AM | Show all posts
wah,cutelah pic diorang.korang suke eh ngan ji hoon oppa ke in woo??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2005 01:22 PM | Show all posts
x tau la nak pilih sapa.. dua2 cam sesuai dgn EH.. bertuahnya dia wlaupun bernasib malang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2005 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by nmi at 16-4-2005 10:31:
wah,cutelah pic diorang.korang suke eh ngan ji hoon oppa ke in woo??



In Woolah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 02:36 PM | Show all posts
EH ngan in woo best gak..memang sesuai..nampak in woo take care kat EH lagi..

tapi EH ngan Mr.presiden tu sweet lea..biapun asyik gado jea..tak sabar nak tengok diorang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 16-4-2005 12:06 AM:
IW mendengar Pengurus Kilang yg bertanya...samada EH sudah tahu bagaimana membuatnya......Jawab EH , dia sudah tahu dan akan membuatnya seorang diri pada waktu malam...sementara itu dia akan melawa ...

:clap::clap::clap::clap::clap::clap::clap: aku suker sinopsis kolah kimmy!!!!

:tq::tq::tq::tq: walopun aku dah tak dapat tengok..tapi aku dapat tau jalan cerita nih!!!! TQ kimmy!!!!

:love: u!!!!

bagus tol si EH nih..mmg budak yag tabah!!! byk ckp dan cerewet tapi best!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 08:15 PM | Show all posts
Originally posted by nmi at 16-4-2005 10:31:
wah,cutelah pic diorang.korang suke eh ngan ji hoon oppa ke in woo??


tgk avatar dah tau hehehe.. penyokong EH & In-Woo kat cini :love::love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2005 08:18 PM | Show all posts
sapa2 jelah... aku x kisah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 16-4-2005 12:12 AM:



nanti tgklah macam mana Mr President tu jatuh cinta........dia ni tak pernah bercinta dan tak ngeti camne nak bercinta, so......dia refer kat buku:lol

dan saperti biasalah dlm drama korea. ...


thanks kimmy sebab tolong buat kan sinopsis :hug:...tak dapat nak tgk jumaat lepas sbb ade kelas .... :cry:...waaaa..tak sabonyer nak tgk macam mana In Woo nak pikat Eun Hee nanti ..mesti kiuttttt....:love:
Reply

Use magic Report

alpha_beetle This user has been deleted
Post time 16-4-2005 08:33 PM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 16-4-2005 03:15 PM:

:clap::clap::clap::clap::clap::clap::clap: aku suker sinopsis kolah kimmy!!!!

:tq::tq::tq::tq: walopun aku dah tak dapat tengok..tapi aku dapat tau jalan cerita nih!!!! TQ kimmy!!!!

:love:  ...


:setuju:

ko nyer sinopsis kimmy memang MARVELOUS!!!

:love:

t.q
Reply

Use magic Report

alpha_beetle This user has been deleted
Post time 16-4-2005 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by nmi at 16-4-2005 10:31 AM:
wah,cutelah pic diorang.korang suke eh ngan ji hoon oppa ke in woo??



aku nk EH ngan IW :love:

sweet jer derang nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2005 11:15 PM | Show all posts


ni dlm filem saving my hubby
dia ni asyik bwk baby kat blakang ja
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 01:20 AM | Show all posts
Originally posted by thatsourmia at 16-4-2005 11:15 PM:


ni dlm filem saving my hubby
dia ni asyik bwk baby kat blakang ja

time ni nampak minah ni matang, cun, garang, tegas dan best!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 01:36 AM | Show all posts
cte saving my hubby tu besh keh? ada nampak hari tu.. nak dload takut tak besh. btw, ni rupe cover dvd version utk pasaran taiwan cite fwg ni

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by emiko at 17-4-2005 01:36 AM:
cte saving my hubby tu besh keh? ada nampak hari tu.. nak dload takut tak besh. btw, ni rupe cover dvd version utk pasaran taiwan cite fwg ni

[img=300,370]http://img230.echo.cx/img230/5853/asia ...



cerita kelakar emiko......bolehlah tahan.....dia dok cari hubby dia yg tak balik2 mlm tu....lepas tu mak dan pak metua lak nak datang......sebelum jumpa hubby dia, dia bertembung dgn macam2 orang termasuklah samseng...:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.077241 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list