CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thatsourmia

korean drama tv2 - funny wild girl

[Copy link]
Post time 7-4-2005 08:42 AM | Show all posts
Originally posted by nmi at 6-4-2005 11:35 PM:


sorang bukan anak kwn mak dier tapi pompuan tu suami mak dier yg jumpa.pompuan tue dah nak beranak.dier bwk balik rumah bini dier pun nak branak.lepas branak pompuan tue mati.dier tinggalkan du ...



ok dari apa yg kau cerita ni nmi, aku rasa nanti identiti dua orang budak ni akan bertukar, samada masa dia kecik lagi, atau pun.......masa dia dah besar. Salah sorang tu mesti cucu pada atuk yg kaya tu..... Sebab masa aku tgk maknya terlantar kat hospital.....sikakak macam takut2 nak jumpa mak dia, dan lagi dia duduk dgn atuk yg kaya tu.  si adik ni yg hidup susah payah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2005 09:28 AM | Show all posts
kalau xsilapkan yg jadi jahat smalam (yg buli diorang tu)bukanke yg jadi kwn heroin lovers in paris?(kalo salah maafla...) tengok mcm ada iras2 dia...
Reply

Use magic Report

Wizzling This user has been deleted
Post time 7-4-2005 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 7-4-2005 08:42 AM:



ok dari apa yg kau cerita ni nmi, aku rasa nanti identiti dua orang budak ni akan bertukar, samada masa dia kecik lagi, atau pun.......masa dia dah besar. Salah sorang tu mesti cucu pada atuk ...



Dah sah lah bunyi. ni cham autmun in my heart punya adik-beradik bertukar :lol
Reply

Use magic Report

staja9 This user has been deleted
Post time 7-4-2005 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 7-4-2005 08:34 AM:



semalam aku ingat nak buatlah cerita dia, tapi cerita yg aku tape tak keluar gambar,......salah aku.  Takpe petang ni aku tapekan lagi, malam karang aku cuba bagi sikit cerita dia.

Yg kela ...


tq tq :clap::clap:
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 01:29 PM | Show all posts
aku tak bley tengok hr nie la
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by seroja_luvU at 7-4-2005 09:28 AM:
kalau xsilapkan yg jadi jahat smalam (yg buli diorang tu)bukanke yg jadi kwn heroin lovers in paris?(kalo salah maafla...) tengok mcm ada iras2 dia...



aha cam ader iras2..dia la kot :stp:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2005 04:06 PM | Show all posts
Ni aku nak tanya sikit..... semalam perempuan yg mati lahirkan anak tu, dia lahir anak lelaki ke anak perempuan?.....sebab maid aku kata anak llelaki, dan sorang lelaki terima duit.?

Aku rasa orang tu tipu yg lahir anak lelaki, sebab nak kan duit, tapi yg lahir mungkin anak prempuan. Lelaki yg terima duit tu ada kena mengena dgn mak Eun Hee kan?  

Baru aku tahu rupanya budak yg twin tu adik dia.

Budak yg kawan dgn dia orang tu memang dari sweet 18 dan sekarang main dlm 18:29. Dia orang memang adik beradik kembar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by nmi at 6-4-2005 11:35 PM:


sorang bukan anak kwn mak dier tapi pompuan tu suami mak dier yg jumpa.pompuan tue dah nak beranak.dier bwk balik rumah bini dier pun nak branak.lepas branak pompuan tue mati.dier tinggalkan du ...

OoOoOo yer ker?
TQ arg sbb bg aku info tuh...

tadik aku tengok...lawak gak...si eun-hee lari nangis2 kat tgh jalan..ingatkan kejar bas..rupernyer lari menenangkan diri..ces...
dah tuh pakcik drebab tuh boleh  angkut plak minah nih.. tiket xder aper2...terus2 sampai seol.. lawak tol..
yg aku lawak tuh..time dompet dia kena curi..pencuri tuh naik bas kat seoul.. x plak dia boleh kejar bas tuh!!!
selalu boleh jer dia kejar.... penat sgt kot....
chomel ler ji-hoo....

hahahahah...
aper yang pasti...
citer ni mmg best..suker tengok eun-hee..chomel dan kelakar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Wizzling This user has been deleted
Post time 7-4-2005 05:00 PM | Show all posts
Waaahhhh percintaan 3 segi dah nak start nampaknya. kelakar lah bila kakak EH terbayang JH to semacam jer bila dier terbangun bab kena cpr.

Pembuli tu kan, mcm mana boleh chewing pisau cukur lam mulut
Reply

Use magic Report

starry_night This user has been deleted
Post time 7-4-2005 05:06 PM | Show all posts
nanti heroin die beranak ker??ank ngan ji hoon ker???
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 05:08 PM | Show all posts
yg baby boy dua org tue anak sapa ah??
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 05:10 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 7-4-2005 08:31 AM:



aku tahulah...... dia tak setanding dgn SGH kau yg cun melecun tu..... tapi aku suka cerita dia


dier memang tak lawa sgt.nak2 biler dier dah colour rambut nanti,tapi biler dier skolah oklah.kwn dier yg pencuri tue cute.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by nmi at 7-4-2005 05:08 PM:
yg baby boy dua org tue anak sapa ah??



adik dia rasanya, nanti aku check balik kat tape.

gamaknya mak dia begitu subur kot?:lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 05:41 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 7-4-2005 05:20 PM:



adik dia rasanya, nanti aku check balik kat tape.

gamaknya mak dia begitu subur kot?:lol


lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2005 09:29 PM | Show all posts
btol la tu adik dia... hahahha x sangka tua2 pun dpt anak lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2005 09:30 PM | Show all posts
hehehhe.... ji hoon oppa... comellaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2005 12:28 AM | Show all posts
ok, ni aku bagi episod hari ni  EPISOD 2.   Semalam punya episod tak dapat nak buat, aku salah record tape aku.

LEE EN HEE = EH                 SUH IM WOO = IW
LEE KEUN HEE = KE              MI JI HOON   = JH


En Hee(EH) meradang dgn mak dia yg mahu dia berhenti sekolah. Kenapa mak dia buat dia bukan saperti anak sendiri? . Buat dia saperti binatang ternakan, macam lembu?.  Dia tak mahu masuk kesekolah teknik, yg pakai uniform yg hodoh. Kenapa mak dia nak tukarkan dia kesekolah yg lain, dia tak mahu, kenapa dia nak tinggalkan sekolah yg sekarang?  Dia mahu maknya menyuruh Keun Hee (KH) berhenti, jadi semua masaalah akan selesai.

Maknya kata dia tahu EH kecewa, tapi dia tak ada pilihan lain. Katanya tak perlu siram tanaman yg dah nak mati. Kalau lakukan, akan memusnahkan tanaman yg subur.  KH seorang cemerlang sudah memadai. EH boleh bekerja diladang bersama dia. Mereka berdua boleh menjaga ayah dan membayar yuran KE sekali.

EH sambil menangis balik kebilik darjah. Dia terus mengambil bagnya tanpa memperdulikan guru yg sedang mengajar. Semua dikelas melihat telatah EH. Dia kemudian memberi hormat pada guru dan terus keluar, tanpa memperdulikan panggilan dari kawannya.

EH berlari2 dijalan raya. Dia bagaikan berlumba2 lak dgn bas yg sedang lalu kat situ. Mula2 dia hampir mendahului bas, kemudian bas lak mendahului dia. Pemandu bas pun pelik tgk EH kat cermin bas dia. Dia lalu memberhentikan basnya, membuka pintu dan menyuruh EN naik. Terpinga2 EH memandangnya, bila dia disuruh naik. Bila naik dia nak bayar tambang bas, pemandu meminta dia membayar selepas turun nanti. Dia terus duduk dibelakang. Lepas tu dia menangis. Agaknya dek terlalu lama bas tu berjalan tak berhenti2, dia pun bertanya kat penumpang bas tu pergi mana?.... jawab penumpang...bas tu pergi ke Seoul!!!..... Punyalah terkejut nya dia.... rupanya dia pergi ke Seoul:lol......

Sampai di Seoul, bukan main heran dia tgk bangunan yg tinggi tinggi dgn kesesakkan jalan raya.  Perut dia dah mula lapar, nak beli makanan. Dikeluarkan duit, tgknya tak cukup nak belanja, masuknya balik kedalam dompet. Lepas tu dia dok termenung, ambil tgn memegang dompet ...tiba2 seorang lelaki merampas dompet dia, terus berlari menaiki bas.Terkejut dia......dikejarnya bas tu, tapi bas dah berlalu pergi.

Duduk dia kemudian ditepi jalan, perut dah lapar. Tengok orang makan, telan2 air liur dia. Kemudian dia terdengar seorang perempuan meminta orang ramai mendermakan darah. Setiap orang yg mendermakan darah akan diberikan pai percuma..  Pergi dia bertanya...... apa yg dia dapat kalau menderma darah?....jawab perempuan tu...dapat pai dan minuman free....
Tak puas lak hati dia, hanya pai sahaja bukannya roti. Tanyanya lagi, berapa banyak dia dapat?....jawab perempuan tu..."dua"..... pujuknya suruh derma.

Masa tengah dermakan darah, dia tiba2 bangun bertanya kat nurse kenapa tak bagi dia pai choklat lagi, tak nampak pun pai kat situ. Dah beberapa minit takde pun, padalah janji nak bagi. Nurse tu pulak tengah sibuk layan sorang lagi yg sedang derma darah.  Geram EH, ditariknya sweater nurse ni.  Dicabutnya jarum kat tgn dia dan tunjukkan kat nurse tu.  katanya ...dia tak benarkan diambil darahnya setitik pun, kecuali dia dapat pai choklat. Dipaksanya nurse tu pergi ambil pai sekarang juga.  Naik takut lak nurse tu. katanya dia akan bawakan pai untuk EH.  Kata nurse kat diri dia.... "budak ni gilakan pai choklat agaknya".......

Sambil tu dia dok bersungut2 lapar sambil pegang perut dia.  Jarum yg ditanggalkan tadi nak dijilat2nya. Lelaki yg dah habis menderma sebelahnya, terkejut tgk. Dah dapat pai, dia pun makan sambil baring balik. Nurse tu bagi satu lagi pai pada lelaki tersebut, tetapi lelaki itu tidak mahu menerima dan memberikan semula pada nurse tersebut. Dia pun mahu beredar dari situ.

EH memanggi0l lelaki tersebut.  Katanya dia gembira bertemu dgn lelaki itu. Tanyanya nak kemana. Tanyanya pai tu tadi boleh tak bagi pada dia. Tapi lelaki tu tak mahu bagi. Marah EH, katanya lelaki tu tak berguna.

Kat kaunter tiket bas, lelaki tadi dah beli tiket dia. Dia kemudian terdengar suara EH yg kuat yg meminta simpati pada tukang jual tiket. Katanya dia nak tiket ke Cheng Do, dan  bayar kemudian. Dia janji dia kan bayar harga tiket, dan hantar wang sebaik sahaja dia tiba dirumah. Dia tak kenal sesiapa pun kat Seoul. Besok dia nak kesekolah, bapanya pula kemalangan. Dia dah lah tak balik semalaman, mak dia tentu akan pukul dia dgn teruk. Beberapa2 kali dia minta tolong dgn muka yg sedih.......katanya....."onni!....onni!!"

Tak habis kat situ, lelaki tu terdengar lak suara dia kat tempat lain. Dia tengah bercakap dgn sorang budak penjual chewing gum.  Katanya, perniagaan budak tu pasti akan berkembang maju, memandangkan dia berkerja keras saperti sekarang.  Tapi budak tu bersungut, sebab dia tak beli apa2 pun, asyik mengganggu kerja dia sahaja. Hari tu , sikit je barang dia yg terjual. Pergi budak tu sambil batuk2.  Dipanggilnya EH budak tu, dibaginya lebih pai yg dia ada.  Tanyanya kat budak tu, tak sejuk ke?....sebab budak tu tak pakai jacket pada musim sejuk. Budak tu tunduk hormat dan berjalan. Dipanggilnya balik, dibaginya jacket yg sedang dia pakai kat budak tu, siap dipakaikannya. Suruhnya jaga diri dia. Budak tu bagi satu chewing gum mint kat dia. Semua tu diperhatikan olih lelaki tadi.

Bila dah bagi jacket dia kat budak tadi, dia lak kesejukkan. Terpaksa lak dia ambil eksesais nak panaskan badan dia. Tengah dok eksesais, tiba2 lelaki tadi muncul depan dia dan hulurkan tiket bas kat dia. Terkejut lak EH, ditgk je tiket tu, atas bawah. Tanya lelaki tu apa yg dia tgk.  Suka hati dia dapat naik bas. Lelaki tu, kemudian naik dan duduk dibelakang.

Masa bas dalam perjalanan, salji lak turun dgn lebatnya. Dah lah risau penumpang  dalam bas. EH lak tidur siap dgn air liur meleleh keluar.
Penumpag dah mula risau takut tak sampai kedestinasi masing2.  EH lak, tidur tak ingat dunia, punyalah nyenyaknya.  Bila bas berhenti, semua penumpang turun, kecuali dua orang berdua ni. Yang EH memang tak sedar penumpang dah turun.

Bas meneruskan perjalanan, tetapi berhenti dipertengahan jalan kerana enjin mati tiba2. Driver bas cuba untuk menghidupkannya, tapi tak berhasil. Dia kemudain memberitahu pada dua penumpang yg tinggal, dia akan pergi mencari mekanik.

EH, berpelok tubuh, kerana dia kesejukkan. Lelaki tadi hanya memerhatikan dari belakang.  Bila EH menoleh kebelakang, dia pura2 tidur. Tanya EH pada dirinya, kenapa hati dia risau semacam. Tiba2 dia terdengar tapak kaki lelaki itu datang dekat padanya. Punyalah gelisah dia, dipegang2nya baju dia......tiba2......  EH menoleh pada lelaki tersebut sambil menghulurkan sikat sebagai senjata pada lelaki itu.  Lelaki itu hanya menghulurkan jacketnya untuk dipakai olih EH.

Giliran lelaki ini pula yg kesejukkan, sambil mengambil eksesais. Dia kemudian bertanya pada EH, apa yg EH fikirkan semasa memberikan jacketnya pada budak penjual chewing gum tadi?  Berapa jauh kah dari Seoul ke Cheng Do?
Adakah EH merasa kasihan atau merasa simpati?  Kenapa EH tidak memikirkan tentang diri sendiri, sebelum memikirkan tentang orang lain. Tanyanya lagi... bagaimana kalau EH mati kesejukkan?  EH pula bertanya pada nya.....mengapa pula dia memberikan jacketnya pada EH?.  Bagaimana pula kalau dia mati kesejukkan? EH sebenarnya kasihan bila nampak budak itu menggigil kesejukkan dan dia tidak memikirkan tentang dirinya. Bapanya pernah berpesan, yg ketenangan fikiran adalah lebih penting dari ketenangan fizikal.  Dia membagikan baju itu untuk ketenangan fikirannya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 12:29 AM | Show all posts
Tanya EH, kenapa lelaki itu memandang dia begitu?  Tersipu lelaki tu menafikannya.  Continue dia buat eksesais dia.  Tanya lelaki itu lagi, EH sekolah menengah dalam tahun berapa?  Jawab EH, dia dalam tahun pertama. Kata lelaki tu pula dia dalam tahun pertama diuniversiti. Kata lelaki itu, jgn panggil dia encik, dia baru je berusia 20 tahun.  Kemudian ditanya nama EH, pelan je EH jawab, sampai tak dengar lak dek lelaki tu. EH kemudian menulis namanya kat tingkap bas. Tanya EH nama lelaki tu, jawabnya...MI JI HOON (JH) sambil ditulis namanya kat tingkap bas.

EH kemudian kasihan melihat JH yg kesejukkan. Dia datang pada JH dan mahu berkongsi jacaket dgnnya. Mula2 duduk jauh, tak sampai lak nak menutup kedua2nya. Bila datang dekat, dapatlah tutup sikit kedua2nya. Nak panaskan lagi badan, JH memeluk EH. Tapi masing2 malu2 lak.  Sampai kepagi mereka berdua tidur berpelukkan.

Mak EH tengah gelisah, sebab EH tak balik malamnya. Tiba2 dia terdengar suara KH memanggilnya, menyatakan yg EH dah balik.  Keluarlah mak ni pergi tgk. EH elok je berdiri senyum2 kat situ. Maknya tanya, apa yg dah dia lakukan? semalaman tak balik, dia pergi kemana?...."pergi Seoul"....kata EH.  Bukan main marah mak dia, dipukulnya EH,, katanya Seoul bukannya dekat. EH bukannya takut, malah tersenyum lak. Tanya mak dia....kenapa dia balik?..kalau dah bencikan mak dia,kenapa dia balik?.....Bukan camtu..jawabnya sambil senyum2.  Tanya maknya macam mana keadaan Seoul?, macam syurga ke?......"Ya"....jawabnya macam syurga. Teringat lak dia macam mana dia tidur berkongsi jacket dgn JH, terus je dia ketawa terbahak2. Bertambah2lah marah mak dia, dipukul2 dgn penyapu pun dia boleh ketawa lagi.

Kakak EH,  KUEN HEE (KH) nak pergi menduduki peperiksaan (tradisi orang korea ni, atau pun pihak universiti- apabila ada pelajar yg nak ambil peperiksaan, kawasan universiti macam berpesta lak, siap dgn gendang dipalu, kata2 semangat dari pihak keluarga dan rakan2, serta kad2 ucapan termasuk bagi minuman lagi).  Mak dia datang menyuruh dia menjawab dgn betul. EH yg mengendong adik dia, membawa kopi untuk kakaknya.....tapi sikakak tak mahu minum kopi.  Dia menyuruh mereka semua balik, kata nya nanti adik kembar mereka selsema. Maknya kemudian  mengajak EH balik, kerana banyak kerja yg harus dibuat.

EH sedang bekerja mengutip strawberry dgn mak dia sambil mengendong adik dia. Bising dia pasal adik dia dah terkencing lagi.  Balik kerumah tak habis dia membebel...katanya...adik dia tahu makan dan buang air sahaja, agaknya bukan adik dia ni.  Orang lain dok sibuk ambil peperiksaan tapi dia terpaksa kutip strawberry sambil mengendong bayi. Katanya mak dia setua ni pun ada bayi lagi, bukan sorang lak tu, tapi kembar. Tak bosan ke mak dia ada anak kembar? Dia tak berapa suka anak kembar, lagi pun dgn kehidupan dia yg susah sekarang, bukan senang nak jaga anak kembar sekali gus.  Marah mak dia, asyik bersungut aje, lagi pun dia perempuan, satu hari nanti akan kawin, tetapi lelaki lain kena sara keluarga. Kemudian mak dia cakapanak perempuan mungkin akan meninggalkan mereka tanpa berita. Tanya EH...sapa yg nak pergi?....dia ke?..atau kakak dia? Maknya kemudian menyuruh dia menghantar makanan pada bapaknya.

Dalam perjalanan dia ternampak penghantar surat (posmen kampong:lol). Bukan main hapi dia terjerit2 panggil kawan tu. JH menghantar surat pada dia. Kata JH dia rindu pada EH. Dia rasa malas nak belajar, sebab dah bosan, tapi kemudian dia teringat senyuman EH. Dia teringin nak tgk EH dukung adik yg dia jaga. Dia akan jadi sukarela disebuah hospital dikg. EH. Bukan main gembiranya EH, terjoget2 kat jembatan, sampai terjatuh ter lengkup atas rumput kering.

EH masuk sekolah teknik. Budak sekolah lain mengejek uniform dia yg pendek.  Sibuk dok cakap....."aigoo....aigoo".... (orang korea suka cakap "Aigoo".... perkataan aigoo hanya boleh diucapkan olih orang perempuan  sahaja . kalau lelaki yg menyebutnya dah masuk golongan mak yah:lol).  KH mendapat pujian dari pengetua sekolah kerana mendapat markah tertinggi dalam sekolahnya.

Dikelas, EH membahagikan kertas lipatan burung pada rakan2 sedarjahnya. Dia mahu rakan2nya melipat sebanyak mungkin burung untuk menggambarkan cintanya pada JH. Seorang ketua kelas memandang dari pintu kelas. Dia kemudian ternampak seorang budak prempuan sedang mengira duit. Dia kemudian menuju kedepan dan duduk dimeja budak tersebut. Dia mencabar Eh untuk melipat burung, waktu yg sama dia juga menyuruh budak didepannya melipat sama. Sedang masing2 sibuk cuba melipat, tgnnya sempat mencuri duit dari bag budak tadi.

Dia kemudian ingin mengajar EH cara2 untuk memikat lelaki. Diajaknya Eh keluar kelas. Dia kemudian memanggil seorang budak lelaki dan menciumnya. Semua yg melihat terkejut dgn tindakannya, termasuk budak yg dicium.
Sementara dalam kelas, seorang budak menjerit apabila menyedari  duitnya sudah hilang. Semua pelajar masuk kedlam, termasuk EH dan ketua yg mencuri tadi. Bila budak yg hilang duit bising2 kata duit dia hilang, ketua yg mencuri tadi,sempat masukkan duit kedalam poket blazer EH. EH kemudian dituduh mencuri, walau pun dia menafikan. Teruk dia dipukul dgn file olih gurunya. Gurunya mahu EH membawa ibu bapanya untuk pergantungan sekolahnya.

JH sampai ke kg, EH dan mencari rumah EH.  Sementara KH sedang melihat buku dikedai buku bersama rakannya. Dia mahu belajar bahasa Inggeris. kata rakannya, ada sorang sukarela dari Seoul akan datang ke kg mereka, bolehlah KH belajar dgn nya. Hidung KH tiba2 berdarah.

Kawan EH sedang memujuk EH yg masih meradang pasal dituduh mencuri. kata EH dia tak kisah sangat, tapi dia bimbang bila gurunya mahu dia membawa ibu bapanya ke sekolah untuk berbincang.

JH yg sedang mencari rumah EH, ternampak KH tiba2 rebah. Puas kawan dia panggil namanya. JH datang menolong. Dia cuba memberikan CPR pada KH. marah kawan KH, kata nya kenapa JH asyik menekan dada KH sahaja. Begitu juga bila JH nak berikan ciuman penafasan. Kata kawan KH, JH nak cium KH. Bila JH dah mula nak bagi ciuman penafasan, tiba2 KH tersedar.

EH yg sedang membeli barang dikedai terlihat ketua darjah sedang cuba mencuri barang dari kedai tersebut. Baru EH teringat, siapa yg mencuri duit budak disekolah tadi. Dia kemudian pergi dan memegang tgn ketua tadi ketika dia cuba memasukkan barang kedlam bagnya. Mereka kemudian saling berpandangan...tiba2 budak ni meludah chewing gum yg ada pisau cukur, kena dahi EH, berdarah dahi dia. (camne dia kunyah chewing gum ni, masih jadi misteri kat aku)  EH selamba je keluarkan chewing gum tu. EH menuduh budak tu yg menyebabkan dia dituduh pencuri. katanya, kakak dia pelajar terbaik dan dia pula dituduh pencuri. Secara tak langsung dia dah memalukan kakak dia. Dia suruh ketua ni letakkan barang yg diambilnya. Dia kemudian kata dia nak pergi hospital sebab dahi dia dah luka.

Diluar kedai, ketua ni berlari mendapatkan EH dan bertanya, kenapa EH tak memberitahu guru sekolah dan pekedai yg dia sebenarnya mencuri.  Jawab EH, dia yakin yg diri dia bukan pencuri , walau pun orang memangilnya pencuri, tetapi bagi budak ni kalau sudah dipanggil pencuri, dia tetap akan mencuri untuk selama2nya.

ketika EH berjumpa dgn nurse dihospital, kawan KH terjumpa dia. kawan KH memberitahu yg kakaknya ada dihospital. Pergi EH melihatnya. Kawan KH memberitahu ada seorang lelaki yg menolong, yg baru sampai dari Seoul. Bila EH buka tirai sebelah, terpandang dia JH sedang berbaring. Diruang menunggu, kawan KH bukan main lagi bercerita macam mana JH beri ciuman penafasan dan CPR pada KH. Bengang je EH mendengarnya.

KH yg tersedar membuka tirai disebelah katilnya dan memandang pada JH.

Ketiga mereka......EH, KH dan JH pergi makan bersama disebuah gerai. JH tak percaya yg KH dan EH adalah adik beradik kembar, kerana muka mereka tidak seiras. Sebelum sempat EH nak bagi sudu pada JH. KH dah buat dulu. JH suruh KH makan banyak. Kata KH, tak lama lagi dia akan keuniveristi yg sama dgn JH. Kata JH, gembira dia mendengarnya.  Kat sebelah, EH berbulu je dengar. Geramnya dia, disumbatnya mulut dia penuh2 dgn makanan, tak cukup dimintanya hati dan jantung, Cakap lak kuat sampai tersentak JH.

Dirumah, KH yg tidur sebelah EH terbayang bagaimana JH nak memberikan ciuman pada dia.


End
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 12:36 AM | Show all posts
Aku bagi sikit spoiler:

sape lelaki yg diminati olih si adik, si kakak akan cuba rebut.

Episod 2, kita dah tgk camne dia berkenan dgn JM.  Bila dia bekerja dia berkenan dgn Suh In Woo yg juga boy friend adik dia.

Dari klip yg dia tunjuk, aku rasa KH akan duduk dgn atuk kaya tu. Aku rasa memang dah plan dari awal olih mak dia dan sorang lagi lelaki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2005 12:50 AM | Show all posts
rajin btol la kimmy ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.588481 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list