CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thatsourmia

korean drama tv2 - funny wild girl

[Copy link]
Post time 2-5-2005 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by Index at 2-5-2005 17:02:


ep 13 emiko...


wokeh thanx Index :tq:

me akan biarkan pc on malam ni.. InsyaAllah akan cuba postkan sume link sebelum 3.30 petang esok he he he lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2005 07:53 PM | Show all posts
emiko, yg ade part IW nyanyi tu rasanya kat ep  kot sbb kat ep 14 takdak. looking forward for you to upload ep 13. please ye emiko, ok, thanks ya..... sayang emiko.........:ketuk:
Reply

Use magic Report

Wizzling This user has been deleted
Post time 2-5-2005 08:22 PM | Show all posts
Kesian adek2 dier. tapi siapa tak meletup begitu, dari kecik si EH jadi black sheep tapi tak tahu kenapa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2005 08:32 PM | Show all posts
kesian plak kat mak dier....
dier buat sume ni ada sebab....
tapi jadi mangsa EH....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2005 09:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2005 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by HowarhFristow at 2-5-2005 19:53:
emiko, yg ade part IW nyanyi tu rasanya kat ep  kot sbb kat ep 14 takdak. looking forward for you to upload ep 13. please ye emiko, ok, thanks ya..... sa ...


ep 13 kan.. will upload after i'm done with ep 17.. bawak besabo ye :cak::lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2005 09:39 PM | Show all posts
emiko...FWG ni ada braper episod...?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2005 09:46 PM | Show all posts
EPISOD 19

EH dan JH  berada di pusat karaoke....EH mengajak JH menyanyi dan bergembira dgnnya,  memandangkan anaknya tiada bersama, dia ingin menghilangkan tekanan perasaannya dgn bergembira.  EH kemudian mennyanyi dgn gembiranya......tetapi JH hanya diam membisu, memerhatikan telatah EH yg cuba bergembira.  Walau bagaimana pun,  dia cuba menyanyi dan bergembira, hati nya masih dilanda sedih......sehinggakan sambil menyanyi dia mengeluarkan air mata.

Sementera IW pula, baring termenung, mengingati semua kenangan antara dia dan EH, ketika dia mengajar EH bagaimana untuk bermain gitar, ketika dia memeluk EH untuk pertama kali, ketika melihat wajah EH yg diselaputi olih kek, ketika cuba membuka pintu tandas yg dia ada didlmnya......semuanya bermain dikepalanya bagaikan putaran wayang.

Makchik CEO meminta ES supaya memilih calon jodohnya untuk bertemu janji. Puas maknya memuji sorang2, tapi ES pandang pun tidak.  Meradang ES kat maknya,.....katanya dia akan melihatnya nanti..... katanya,.maknya fikir cinta itu saperti lobak yg boleh didincang2 sesuka hati...lagi pun dia sangat mencintai IW.  Jawab maknya, tak kan dia nak berdiam diri melihat IW setiap hari dipejabat, sebab itulah dia ingin ES memillih calon suaminya.  Lepas tu dia tukar lak marah dia, kat KH pulak.   Makchik CEO ni hampir saja membongkar rahsia antara dia dan KH, sehingga membuatkan ES bertanya,......apa maksud maknya yg mengatakan bahawa, lelaki yg sepatutnya dipenjarakan, bukannya perempuan.........cepat2 maknya menukar  cerita,

KH dibiliknya begitu resah sekali, apabila mengingati kata2 EH yg  tahu semua rahsianya. Menggiigl2 dia dgn mata dia yg buntang2,  macam nak tersembul keluar.

EH membasuh rambut adiknya, sambil fikirannya jauh melayang sehinggakan tidak sedar yg shampoo telah masuk kedlm mata adiknya.  EH kemudian kehospital.......maknya begitu gembira melihat EH datang, setelah 10 hari dia tidak datang.  Kata maknya, dia begitu rindu pada EH, dia tidak tahu apa yg akan terjadi padanya sekiranya EH tidak datang...malah lebih menakutkan dari penyakit yg sedang dialaminya sekarang,  juga kematian.  Mak EH takut akan kehilangan EH. panggilnya EH datang kesisinya.

EH kemudian membawa masuk kedua adik kembarnya serta mencampakkan beg mereka, serta meminta maknya  menjaga anaknya sendiri.....kenapa pula dia yg harus menjaga mereka?.  Selama ini dia hidup dibawah banyangan K. saperti pembantu peribadi KH.... Apakah selama ini maknya mahu dia menjadi hamba abdi menjaga adik2 kembarnya?....kenapa dia harus berbuat begitu?....mereka bukan adik2 dia dan maknya juga bukan mak kandung dia.  Dia tidak mahu hidup sebagai boneka maknya lagi.  Sebelum pergi dia meminta maknya menjaga diri baik2.  Puas maknya merayu , memanggil EH sambil menangis teresak2.  Hoon dan JIn hanya memandang.

JH datang berjumpa dgn IW untuk berbincang mengenai EH. Tanya IW,,,adakah sesuatu telah berlaku pada EH?  jawab JH....sekiranya IW begitu mengambil berat akan EH, kembalilah pada nya sebelum terlambat. Katanya lagi......akhir2 ini EH banyak dilanda masaalah, selain dari masaalah dgn IW.  Begitu sukar untuk EH mengharunginya seorang diri.  JH meminta IW kembali dan membantu EH.

Jawab IW...walau EH akan pengsan, dia cuma akan cedera sedikit saja. IW meminta JH menjadi dahan untuk EH berteduh.  Kata IW, dia tidak dapat memberi sokongan dan membantu orang lain.....sedangkan dia sendiri sibuk untuk bekerja mencari rezekinya sendiri.  Dia juga memberitahu yg dia akan berkahwin dgn KH, kerana kH adalah sebagai loteri yg dia menangi, yg menawarkan jumlah wang yg banyak.....dan kalau dibanding dgn EH.....EH umpma sekeping cek tendang:bgrin:.....ditambah pulak dgn maknya yg sakit, anak dan adik2 kembarnya.

Kata JH, jgn IW membuat tindakan yg akan membuat dia menyesal seumur hidup...sehingga tidak dapat berpatah balik , walau pun dia mahu berbuat begitu.  Jawab IW...itu kata2 JH, kenapa dia sendiri tidak berusaha, kerana dia juga suka pada EH.......mintanya supaya JH memikat EH sekali lagi.   katanya lagi, kedatangan JH penuh dgn salah sangka, dia sebenarnya yg memilih KH, kerana dia tidak mahu menyesal sepanjang hidupnya.......cinta hanya sekejap sahaja, tetapi kehidupan adalah sepanjang hayat.  Kenapa pula dia mahu menolak tuah.

Meradang JH...perginya ke IW, ditumbuknya kawan tu. Tumbukan pertama untuk EH dan tumbukan kedua untuk KH.  Kata JH..... KH bukanlah lombong emas atau tiket loteri.  Kesiah EH, kata JH...inilah harga yg IW perlu bayar, kerana IW menukarnya dgn wang dan tidak menyokongnya langsung....IW seolah2 melarikan diri dan bersikap pengecut pada EH...malah sikap pengecutnya berganda.   Kalau dia sudah memang tidak mahu kembali pada EH lagi , tidak mengapa, kata JH...dia sendiri akan menjadi dahan untuk EH berteduh.....itu pun kalau sekiranya EH sudi menerimanya

EH kepejabat Atuk pengerusi, sebelum masuk dia teringat kata2  maknya yg dia cucu pada Atuk Pengerusi.  KH yg tak senang buat kerja dipejabat, pergi berjumpa dgn Atuk pengerusi.  Dia yg dah menggelabah, serta tergopoh gapah , ingin mempercepatkan perkahwinannya.....mintanya Atuk Pengerusi memberitahu makchik CEO dan ES.  Tanya Atuk pengerusi...kenapa dia tergesa2, saperti dikejar orang?....pada hal dia baru saja dengar yg mereka baru bercadang mahu berkahwin, tiba2 KH mahu perkahwinannya dipercepatkan.  Jawab KH, dia sebenarnya risau, dia akan kehilangan IW, kerana cinta IW tidak sedalam cintanya.  Dia memkhinzirtkan ES, yg kononnya masih lagi menyukai pada IW dan sering menjengok IW.  Kata atuknya dia akan memikirkannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2005 09:47 PM | Show all posts
Keluar dia dari pejabat Atuk Pengerusi, dia terpandang EH yg berdiri disitu. KH bertanya kenapa EH kesitu dan dia mahu kemana?  EH bertanyakan Atuk pengerusi.  Pucat lesi muka KH.  Tanyanya,   kenapa EH ingin berjumpa dgn Atuk Pengerusi?....apa yg EH akan beritahu?  Tanya EH...perlukah dia memberitahu semuanya pada KH?...KH yg dah ketakutan mahu berbincang dgn EH...tapi EH menolak, dan bertanya, kenapa KH kelihatan takut sangat? .....apa yg dia takutkan?.....tanya EH, berapa lama KH akan menyembuyikan rahsia? berapa lama dia akan memperbodohkan Atuk pengerusi?  KH dgn gementar meminta EH jgn memberitahu Atuk pengerusi....kononnya takut Atuk pengerusi diserang penyakit jantung kerana terkejut.  kata EH....jgn risaukan Atuk pengerusi dan pergilah menjenguk maknya dihospital yg menderiat sakit kanse rdan jagalah dia.  Mulai dari hari itu, dia tidak akan menjaga mak KH lagi.  Mulai hari itu, dia akan  mengamabil berat tentang Atuk pengerusi......dia pun terus je jalan....tapi sempat lagi langgar bahu KH.

Dibilik Atuk Pengerusi, EH diminta duduk, tetapi dia hanya berdiri sambil memandang pada Atuk pengerusi.  Tanya Atuk pengerusi , kenapa dia merenung sebegitu rupa,  Jawab EH....tidak ada sebab....  Tanya Atuk Pengerusi, kenapa dia datang?  jawab EH...dia datang kerana dia rindu pada Atuk pengerusi...lagi pun dia tiada tempat untuk dituju dan tiada berbuat apa2......bila tiba2 dia terinagtkan pada Atuk Pengerusi.  Marah Atuk Pengerusi...ktaanya EH telah mengenepikan dia setelah dia dapat apa yg dihajatinya.  Atuk Pengerusi bertanya, apa yg telah terjadi dgn pertaruhan mereka?  Setakat itu, EH belum berjaya membuatkan Atuk pengerusi menangis......dia mesti melihat siapa yg menang.  katanya,  EH hanya membawa dia sekali saja kepanggung wayang,  EH tidak mahu bertaruhkan kuih berasnya lagi, tetapi dia mahu sesiapa yg kalah akan membuat impian pemenang menjadi kenyataan.

IW dipejabat duduk termenung memikirkan kata2 JH, yg hidup ES pada masa itu kucar kacir, berbagai masaalah yg dihadapinya, sehinggakan rasa sukar untuk bernafas...kata2 JH yg mahu dia kembil pada EH.

IW yg sedang meneliti analisis suku pertama Pengurusan Syariikat mendapat sesuatu yg tidak kena dan menalipon untuk bercakap dgn KH, tetapi dijawab olih ES.  Kata IW,...setahu dia, ada pesanan tambahan 20,000 kotak sup kuih beras tidak termasuk kontrak pertama dan tidak ada pesanan didalm buku.  Jawab ES, dia tidak memberi sebarang arahan untu pesanan tersebut.....dan dia memesan produk mengikut kontrak.  Kata ES lagi....dia yg berkuasa disyarikat...dan dia juga memberitahu , KH yg meminta untuk menjaga akaun syarikat IW....dan mustahil dia tidak tahu mengenai pesaan sebesar itu.

KH yg tak sabar2 menunggu EH keluar, gelisah tak tentu arah. Bila dilihatnya EH keluar, berlari2 dia mendapatkan EH....cukup takut dia EH memberitahu Atuk pengerusi.  Jawab EH...dia tidak mahu Atuk pengerusi diserang penyakit jantung.

EH yg sudah berada didalam lift tidak perasan yg IW juga sama2 naik lift dari tingkat 7....dia terlindung olih seseorang didepannya.  Bila IW sampai ketingkat 3 dan keluar baru EH ternampak kelibatnya

IW berjumpa dgn salah seorang pekerja danbertanyakan mengenai penghantaran 20,000 sup kuih beras.  Menurut pekerja , mereka menghantar produk mengikut jumlah yg sama dan jarang dihantar tanpa arahan.  

Pengerus Kilang memujuk EH supaya tinggal disitu, EH keberatan kerana takut syarikat itu akan dijual.  Kata pengurus Kilang,  dia telah membeli syarikat IW dan dia mahu EH membantu dia menguruskannya.

Mak EH sedang sakit tenat, dibawa ke wad kecemasan,  Hoon dan Jin menangis mengiringi ibu mereka.  JH menalipon memberitahu EH yg maknya sedang sakit tenat....tapi EH enggan pergi berjumpa dgn maknya. Dia tidak mahu pergi dan meminta JH menyuruh KH saja kesana.

JH datang sendiri bertemu dgn EH dan memarahinya kerana tidak mahu datang melihat maknya.  Kata EH.....kenapa dia mesti pergi?....dia juga manusia, punya perasaan. keinginan dan boleh berfikir sendiri...lagi pun dia tidak dapat memaafkan maknya. JH mahu dia pergi melihat maknya, kemungkinan maknya tidak dapat bertahan lama, dan mahu EH menemaninya,

Katan EH...dia sudah menemani maknya selama 25 tahun dan tinggal bersama selama 25 tahun, tetapi maknya menganggap dia saperti sampah, memandang hina pada dia.....  dirinya tidak penting pada maknya. Maknya menyuruh dia bekerja diladang dimusim panas dan sejuk, tidak henti2......tidak pernah menyuruh dia belajar walau sekali pun, tak pernah memarahinya walau pun dia tidak pandai disekolah.  Semasa kecil dia tercedera, mak nya menyapu ubat dan memaksa dia untuk bekerja.  Semasa ditahun pertama sekolah tinggi, bapanya kemalangan dan dimasukkan kehospital...maknya berjumpa guru sekolah dan memberitahu yg EH akan berhenti sekolah.....semata2 mahu dia bekerja supaya dapat membayar yuran sekolah KH dan membayar bil hospial bapanya.....Dia begitu mengambil berat akan maknya tetapi maknya melayan dia sebegitu rupa.....dari itu dia tidak dapat memaafkan maknya.

IW datang untuk melihat EH...ketika dia masuk kedalam, dia terlihat JH sedang memeluk EH.....dia lalu berpatah balik meninggalkan tempat itu.

JH mahu EH memaafkan maknya...lagi pun maknya telah melihat keikhlasan dan kasih sayang EH padanya dan sudah semeitinya dia berasa bersalah pada EH.  Walau bagaimana pun dipujuk JH, EH tetap tidak mahu pergi.

JH memberitahu yg sikembar berada dirumahnya, mereka sering bertanyakan EH. Walau pun EH seolah tidak mahu bersama dgn adik kembarnya, tetapi dia masih lagi mengambil berat akan adik2nya, risaukan keselamatan adik2nya  masa disekoah,  JH mahu EH bergantung padanya bila dia merasa sedih dan penat.....

Atuk Pengerusi memberitahu anaknya yg IW akan menjadi cucu menantunya. Makchik CEO ni ingatkan Atuk pengerusi maksudkan anak dia, mati2 dia tidak mahu IW berkahwin dgn ES......tapi Atuk Pengerusi beritahu yg IW akan berkahwin dgn KH.  terperanjat makchik CEO.......katanya bukankah IW menyintai orang lain dan duduk serumah.  Jawab IW, dia bertepuk sebelah tgn sahaja.

Kawan2 kembar EH, merasa hairan kenapa EH tidak lagi datang melawat maknya. Macam2 pendapat yg mereka berikan.

IW bertembung dgn Eh didalm lift dipejabatnya.

[ Last edited by Kimmy on 2-5-2005 at 09:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 08:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by tupai_tupai at 2-5-2005 21:39:
emiko...FWG ni ada braper episod...?


kat korea 17 episod.. siar kat malaysia, taiwan, etc jadi 20 eps
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by emiko at 3-5-2005 08:51 AM:
FWG ep 17 (final)

http://s8.yousendit.com/d.aspx?id=0QIZ2ET1WNXS73J8YYKALQULDK


alamak download sampai 62% jer...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 11:30 AM | Show all posts
hah? mata? ha ha ha ha.. ampeh tul YSI nih..
Reply

Use magic Report

alpha_beetle This user has been deleted
Post time 3-5-2005 11:48 AM | Show all posts
waaa....ari nih final episod
citer ape ganti esok???
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 12:06 PM | Show all posts
emiko.....  episode 13...... dah tak sabar nak download ni..... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by emiko at  08:52 AM:


kat korea 17 episod.. siar kat malaysia, taiwan, etc jadi 20 eps



aahh..tapi kt malaysia nyer banyak potong..
lagi-lagi part kisssss...:cak::cak:
nyamaph
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


alpha_beetle This user has been deleted
Post time 3-5-2005 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by adiela811 at 3-5-2005 12:12 PM:



aahh..tapi kt malaysia nyer banyak potong..
lagi-lagi part kisssss...:cak::cak:
nyamaph


:

:lol  :lol  :lol
Reply

Use magic Report

Wizzling This user has been deleted
Post time 3-5-2005 04:16 PM | Show all posts
Mr Seo mr seo!!! *pintu kunci* *jenguk jer lah kat tepi.



ala yg part boring, EH tak pernah panggil In woo ooopaaaaa

KH tu kan, hari ni cham nak meletup lagi kepala dier Duduk kat warehouse sorang2 cham volcano.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by alpha_beetle at  12:40 PM:


:

:lol  :lol  :lol




lorr...kok gitu kejutannya sechh:hmm:
malu kok:malu::malu:
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by Wizzling at  04:16 PM:
Mr Seo mr seo!!! *pintu kunci* *jenguk jer lah kat tepi.



ala yg part boring, EH tak pernah panggil In woo ooopaaaaa

KH tu kan, hari ni cham nak meletup lagi kepala die ...



hhe..lawak giler la ending dier...ending dlm jamban
syok jer tengok..tapi apsal dier tk bgtau die anak org kaya ha?
tak bestla
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.256058 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list