CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thatsourmia

korean drama tv2 - funny wild girl

[Copy link]
alpha_beetle This user has been deleted
Post time 11-4-2005 08:19 PM | Show all posts
aku br je tgk citer ni ari khamis last week.tetibe rase citer ni cam best,skang aku follow citer ni tiap ptg.episod ari ni kelakar giler.esp mase laki tuh terdodok atas pempers anak eun hee guling2 aku gelak....

tak sabo nk tgk esok nyer episod.preview dier tadi cam best je...EH jupe JH kut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2005 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by alpha_beetle at 26-03-2005 08:19 PM:
aku br je tgk citer ni ari khamis last week.tetibe rase citer ni cam best,skang aku follow citer ni tiap ptg.episod ari ni kelakar giler.esp mase laki tuh terdodok atas pempers anak eun hee guling2 ...



hehe..btula....citer nie lawak giler
aku baru jer tgk ari ni..dh jatoh chenta dh
pd KIMMY...harap2 teruskanla wat sinopsis yer...
citer nie stat biler eh?
takkan dh lama aku miss citer nie..:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 07:47 PM | Show all posts
Ni aku buatkan episod hari Isnin.  Untuk hari ni Selasa, minta maaflah tak dapat nak buat, sbb tersalah record, gambar tak keluar, aku sendiri pun tak dapat tgk.



EPISOD (hari Isnin)

KH sedang makan bersama JH. Sementara dirumah EH, dia sedang  mengajar adik kembarnya HOON dan JIN bagaimana untuk memberi tunduk hormat pada mendiang ayahnya dihari peringatan kematian ayahnya.  EH mahu meletakkan sepinggan nasi didepan altar, tetapi ibunya menyuruh Hoon meletakkannya. EH sedih kerana, tidak dapat melakukannya disebabkan kakinya yg patah. Dia meletakan sekeping gambar mendiang ayahnya, supaya Hoon dan Jin dapat melihat wajah ayah mereka. Dia kemudian menangis....kerana tidak dapat memberi tunduk hormat pada ayahnya, serta meminta maaf pada mendiang ayahnya, ibunya serta pada Hoon dan Jin.

IW pula begitu marah didepan altar ayahnya, dibuang segala barang yg ada didepannya. Dia memberitahu pakchik (pekerja ayahnya) supaya menjualkan syarikatnya dan melangsaikan semua hutang pituang . Dia tidak mahu menguruskan syarikat ayahnya.....tetapi pakchik tersebut memujuknya supaya kembali semula ke Korea dan mengendalikan sayrikat itu dgn sendirinya. IW enggan untuk pulang kekorea.

EH pula bekerja sebagaik pembasuh kasut dan gebar. Sambil bertongkat dia berjalan sekeling flat sambil melaung2kan perkhidmatannya......(tak ubah macam budak2 kecil melaung2 jual nasi lemak).   Maknya pula berada dibawah sedang mengira gebar yg diterima untuk dicuci.  Maknya menegur EH yg masih bertongkat dan masih belum membuka balut dikakinya. Tanya maknya......" badan kamu tak gatal ke?......tak mandi beberapa hari?".....
Jawab EH..."gatal"  tapi dia tetap tidak mahu buka balutan dan bertongkat kerana dia ingin menunjukkan pada hakim apabila dia membuat tuntutan keatas pihak insuran yg menipu dia, yg dia masih lagi cedera. Dia tidak mahu diperbodohkan semata2 kerana dia berasal dari kampong, dan tetap akan menyaman pihak insuran.

Anak/menantu atuk datang kemeja sarapan mengucapkan selamat pagi pada atuk yg sudah sedia menanti.  Dia kemudian dgn muka masam, bertanya kenapa KH tidak menyapa dia?.  Atuk kemudian bertanya samada cucunya EUN SOO (ES) belajar bersungguh diluar negeri?.  Jawab sianak/menantu, yg ES sedang belajar bersungguh2 dan akan pulang membawa segulung ijazah, bukan saperti orang lain yg tidak mempunyai ijazah. Sempat lagi dia menyindir KH.

IW baru pulang dari luarr negeri. Dia kesyarikat ayahnya yg tak ubah macam kilang papan:lol dan berhasrat untuk membatalkan namanya sebagai pewaris.

EH yg sedang shopping disebuah supermarket, terjumpa dgn kawan sekolahnya KKOT-MIN (KM) yg bekerja disitu. Gembira mereka berjumpa sambil berpelukkan.  Ditandas EH sedang menyalin lampin anaknya sambil mengagah2 anaknya, sambil diperhatikan olih KM dan kembarnya.  Selamba je dia menceritakan siapa lelaki yg telah membuat dia mengandung dan meninggalkannya. Bagi dirinya  perkara itu tidak menjadi apa2 padanya, kerana dia sering ditinggalkan. Tiba2 salah seorang darikembar bertanya...bukan kah dia sedang bercinta dgn JH?.....cepat2 kakaknya menendang kakinya, dan marah kerana bertanya soalan yg sedemikian.

IW yg menyewa disebuah motel, merasa tidak selesa tinggal disitu. Pakchiknya mahu dia berbindang dgn peguam terlebih dahulu sebelum pergi kemahkamah. Dia kemudian bertanya dimana kedai dobi kerana dia ingin menghantar bajunya dan mencuci kasutnya. Pak chiknya menolong menghantarkan untuknya.

Mak EH sedang membasuh kasut bila EH datang. Maknya bersungut kerana dia terpaksa membuat semua kerja, sedangkan dia begitu penat sekali.  EH pula berkata yg dia tidak mahu membasuh gebar dan kasut........tetapi ianya berakhir dgn EH yg terpaksa membasuh kasut....sambil bersungut kasut yg dibasuhnya terlalu kotor.......'kasut IW':lol

EH dan IW sama2 sampai kebangunan yg sama. Sebelum IW sempat menolak pintu, EH dah sampai dulu dan menolak pintu dgn tongkatnya. Terlopong IW memandangnya. Diperhatikan EH yg berjalan menuju kelift......bila tiba2...EH berlari mengejar lift, tak ada menunjukkan yg kakinya patah. Dalam lift pun begitu juga....EH menggunakan tongkat untuk menekan nombor lift.

Dipejabat peguam, IW mahu peguam meneliti dokumennya sebelum membawanya kemahkamah.  Sedang peguam meneliti dokumen, setiausaha nya datang memberitahunya sesuatu.  Peguam tadi meminta izin untuk keluar sebentar.

EH, sebelum pergi kepejabat peguam, dia ke tandas. Dia meletakkan ubat dibawah kedua2 matanya, dgn tujuan ubat itu akan membuat dia menangis. Bukan itu saja, dia siap berpesan pada anaknya yg dikendong supaya menangis pada masa yg sesuai dgn sekuat hati.

EH kemudian pergi kepejabat peguam. Sampai disana tak ada seorang pun pekerja disana, puas dipanggilnya.  Dia kemudian ternampak IW.  Memikirkan IW ni peguam, dia pun mulakanlah lakonan dia. Bukan main lagi dia berlakon tentang kemalangan dan kecederaan yg dia terima. Sambil tu sempat lagi bertanya...kenapa ubat yg dia letak tak jalan, pasal dia tak menangis pun....

Tengah  sedap2 berlakon.....tiba2 masuklah setiausaha tadi, meminta IW menunggu sebentar lagi.  Terkejut bukan kepalang EH, bila mengetahui IW bukan peguam.  Marah dia, dihempasnya sampul surat keatas meja sebelah menyebelah dgn sampul surat IW.

Dia kemudian menyalin lampin anak yg sedang menangis dikerusi.  Sambil tu dia merungut2 pada IW yg disangka peguam tadi. Tak sudah2 mulut dia bercakap dicampur lak dgn suara anak dia menangis.  Naik pekak telinga IW mendengarnya, tak tahan dengar leteran minah ni.  Geram IW, dijeritnya EH suruh diam.  Ewah!.....EH tanya dia balik kenapa jerit padanya.  Sambil tu dia masih menyalin lampin anak dia, dan berkata yg anaknya dah buang air besar.
Puaslah IW menahan hidungnya.  Lepas tu dia boleh kata lagi yg najis anak dia melekat dlm kukunya....sambil dijentiknya keluar...... Geli IW melihatnya. Tak Percaya dia, yg EH membuang najis dgn tgnnya.  EH kemudian mahu membuat susu anaknya....tiba2 dia teringat tgnnya yg kotor......diangkutnya anak dia diberikan pada IW.  Katanya dia ingin kebilik air mencuci tgnnya.

IW yg memang tak selesa dgn bayi meletakkan anak EH diatas meja, dan mahu berlalu pergi sambil mengambil sampul surat dari ata meja.  Eh tiba2 kembali dan melihat IW meletakkan anaknya diatas meja, ......lalu terus ditamparnya IW....sambil katanya IW tidak berhati perut.  IW pula menuduh dia sebagai penipu......cuba menipu tentang kecederaannya. Kata nya dia boleh memberitahu peguam yg EH cuba membuat dakwaan kecederaan palsu.  Marah EH terus ke ditolaknya IW....jatuh dia diatas kerusi.   Geram IW, bangun dia....masing2 pandang memandang....bila tiba2 EH tercium ssesuatu.......di lihatnya  lampin anaknya yg penuh dgn najis tadi dah melekat kat punggung IW.  Rupanya tadi IW terjatuh duduk atas lampin anak EH. Ketawa besar EH melihatnya.

IW yg sudah berpakaian baru kepejabat mahkamah menyerahkan dokumennya....tapi bila dibuka olih kerani hanya terdapat surat dan gambar Xray sahaja.  tahulah dia yg dia tertukar sampul surat dgn EH. Dia memohon beberapa jam untuk mendapatkan dokumen yg sebenar....tetapi masa penghantaran hampir tiba dan hari itu pula hari terakhir untuk dia menyerahkan pada peguam.

EH balik sambil memberikan ubat yg dibeli untuk maknya yg tak sehat.  Maknya bertanya mana tongkat nya dan kenapa kakinya sudah tak berbalut lagi...apa kah semuanya sudah selesai?.  EH menjawab semua sudah selesai. Maknya kemudian bertanya dimana dia meletak sebelah lagi kasut yg dicucinya dulu......puas dicari tapi tidak berjumpa.... Risau EH...kerana kalau tidak mereka terpaksa membayar gantirugi  pada pelanggan.

Dia kemudian kemotel mencari tuan punya kasut. Sampai dibilik pelanggan
diketuknya pintu,tapi tiada orang yg menjawab. Cubanya beberapa kali tiada jua jawapan......bila ditolaknya pintu, ianya tidak berkunci.  Masuk dia kedalam, melihat2 sekeliling.  Dia terus menanti disitu....sehingga dia merasa kesejukkan dan beralih tidur diatas katil, sambil menyelimutkan badannya.

IW yg sedang risau, duduk minum dibar.  Marahnya pada mendiang bapanya yg seolah2 tidak mahu melepaskan dia. Dia juga tidak pernah merasa kasih sayang bapanya pada dirinya. Dan sekarang dia terpaksa menanggung bebanan hutang bapanya. Balik dia ke motel dalam keadaan mabuk dan diantara sedar dgn tidak. Masuknya kebilik, membuka pakaian......yg tinggal boxer short dia saja:lol........ dia tanpa menoleh kemana2 terus je benamkan diri dia atas katil dan tidur.  Yg herannya EH tidur, bukan main kuat lagi dengkurnya, IW boleh tak dengar.

Besuk paginya...elok je mereka berdua tidur bepelukkan......EH kemudian berpaling badannya mengadap IW.....mula2 dia tak perasan.....tapi dibuka matanya dilihatnya ada badan orang lain didepan dia.  jam2 tu gak dia tarik selimut dan tutup badan dia.  Dahlah kesejukkan IW, tidur bengkok kan diri dia. Baru EH teringat dia dimana.  IW yg kesejukkan, buka mata dan ternampak EH.  Selamba je dia bangun, ambil pakaian  dia dan pakai depan KH.

IW kemudian menuduh EH sebagagi pelacur.  EH memandang IW dan dia perasan yg dia baru je jumpa dgn IW siang tadi....begitu juga IW.....IW kemudian menalipon pengurusan motel memberitahu ada seorang perempuan dibiliknya. Kata pihak pengurusan, itu perkara biasa, dan perempuan begini dipanggil "ular bunga".  Kata IW pada EH....EH, waktu siang pura2 cedera....waktu malam pula menjadi 'ular bunga'.

Akhirnya kedua2 mereka dibawa kebalai polis. Didalam kereta, polis memberitahu balai polis yg mereka membawa.....seorang perempuan "ular bunga' dan seorang lelaki disyaki "perogol":lol
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 10:22 PM | Show all posts
tq Kimmy...:tq::tq:

nampaknya kena baca ulasan dr kimmy ngan kengkawan lain lps nie...dah takde peluang nak nengok lagi....:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 03:17 AM | Show all posts
sebenarnya sape yg cucu org kaye tu? budak pompuan yg cam gile sikit (yg dah ade anak) tu ke or yg satu lagi tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 08:25 AM | Show all posts
semalam EH dah dapat kerja kat kilang IW ngan resume tipu dia lol ... terkejut beruk biler dia tau IW presiden kilang tuh... w/pun IW tak setuju nak amik EH keje tapi asst. IW cadangkan bagi EH keje sebulan tengok cam ne...

EH dah jumpa JH balik tapi dia kelentong kata anak dia tu anak kawan dia... IW ajak pompuan yang hidung silikon tu kawin cause dia nak duit pompuan tu nak cover hutang kilang... pompuan tu setuju... eee.... tak kuasa tengok pompuan silikon nih... lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
alpha_beetle This user has been deleted
Post time 13-4-2005 08:29 AM | Show all posts
ala...hari ni ngan esok tak dpt tgk.so kena la bace sinopsis kt cni.hopefully kimmy keep on ngan sinopsis kay.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni at 13-4-2005 03:17 AM:
sebenarnya sape yg cucu org kaye tu? budak pompuan yg cam gile sikit (yg dah ade anak) tu ke or yg satu lagi tu?



ni kena tunggu dan tgk.........tapi aku rasa Eun Hee yg gila2 tu cucu atuk kaya tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2005 09:42 AM | Show all posts
cutelah eun hee ngan ji hoon.nampak mcm ji hoon still suka kat eun hee.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 13-4-2005 08:34:



ni kena tunggu dan tgk.........tapi aku rasa Eun Hee yg gila2 tu cucu atuk kaya tu.


Rasanya pun begitu:ah: sebab tu mak die tak berkenan sangat ngan die nie.  Lagi kecik pun dah disuruhnya EH buat kerja angkat airlah, hantar makan kat bapak dielah... kesian EH:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by Zaihasky at 13-4-2005 12:25 PM:


Rasanya pun begitu:ah: sebab tu mak die tak berkenan sangat ngan die nie.  Lagi kecik pun dah disuruhnya EH buat kerja angkat airlah, hantar makan kat bapak dielah... kesian EH:cry:



Masa buat penghormatan kat bapak dia pun, mak dia tak bagi letak nasi....suruhnya anak lelaki dia.

Mak dia nanti masuk hospital sebab sakit.......aku rasa nanti dia akan berjumpa dgn JH........

aku nak tunggu scene dia pindah rumah ke kilang/rumah IW.:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 03:02 PM | Show all posts
Nak tengok hari nie nya scene yg IW kena pancut ngan baby Eh.lol

Mamat rock nie kalau rambut dia kemas macam mana gaknye eh:cak: Tapi mole kecik kat tepi bibir kiri die tu manislah:ting:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by Zaihasky at 13-4-2005 03:02 PM:
Nak tengok hari nie nya scene yg IW kena pancut ngan baby Eh.lol

Mamat rock nie kalau rambut dia kemas macam mana gaknye eh:cak: Tapi mole kecik kat tepi bibir kiri die tu manislah:ting:




aku lak..bila tgk rambut dia.....tgn aku gatal je rasa nak tolong sikatkan:lol
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 04:31 PM | Show all posts
part ari nie aku banyk nangis...:cry:  sedih banyak lea.....tapi yang best nye bile baby En pancut kat muke laki tu(sape name die ntah aku lupe..)sedih ble en hee jumpe akk die..lagi sedih bile die tau ex-boyfrien die couple ngan kakak die...

lagi sedih bile die tau mak die ade penyakit barah hti..:cry::cry:
tapi sweet gak bile en-hee b'cakap ngan ex-boy die..nampak cam en-hee tu budak baik ble depan ex-bot tue..

part tadi memang nampak yang en-hee tue budak paling baik..kesian die..banyak nanggung beban..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 05:37 PM | Show all posts
uhukss tu la sedihnya citer arini..tapi btol ker ex-bf dia memang couple ngan akak dia?...tgk laki tu cam ada hati ngan dia jugakk...:stp:

tapi part paling lawak arini tang anak dia kencing kt presiden tu ..wakakaka..memamg kelakar abis.....adehhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 13-4-2005 16:11:




aku lak..bila tgk rambut dia.....tgn aku gatal je rasa nak tolong sikatkan:lol


Sikat... jangan tak sikat, kalau susah sangat ko buatkan technique rebonding :cak::cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Wizzling This user has been deleted
Post time 13-4-2005 06:09 PM | Show all posts
Biler EH nak  gitu2 ngan tuan president :cak:

Akak dier ni kan, semua bf adik dier nak di kebas apa hal la. Tak laku kah? Isk! Wiz suker tengok sepupu tu gatal jer kat In Woo (president) :cak: Sampai pakai platform dan Arabian nights costume
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 06:10 PM | Show all posts
citer nie tajuk mcm lawak tapi citer nie sedihlah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 09:35 PM | Show all posts
Nasib keorang baik hari ni........aku dapat tgk, player aku elok lak.

EPISOD HARI  RABU 13/4

EH sedang makan bersama JH disebuah restoran , bukan main lagi dia makan. EH kemudian bertanya pada JH....kenapa tiba2 saja, dia tidak dapat menghubungi JH, waktu cuti sekolah pun dia tidak balik, surat pun dia tak balas. EH tertanya2....takde berita, takde penjelasan dan takde pesanan pun. EH tanya lagi, samada JH sudah mempunyai teman wanita atau belum?.....tiba2 kakaknya KH datang.....betapa gembiranya mereka berdua...setelah lama tidak berjumpa.

KH berkata yg mereka akan berjumpa setiap hari, kemudian tanya nya pasal sikembar Hoon dan Jin.  EH bertanya keadaan kakaknya...tentu kakaknya dimanjai olih keluarganya.  KH bertanyakan tentang  maknya yg masuk hospital. Kata EH, maknya kena apendik saja, dan semenjak pindah ke Seoul, maknya sering mengadu sakit2, dan tak sekuat dulu.. Tambah EH lagi, sebahagian diri maknya bersama ayah mereka yg sudah mati....dan sebahagian lagi bersama KH.  KH menangis teresak2, dan JH memegang tgnnya. EH memerhatikan tgn JH memegang tgn KH, serta melihat wajah JH  yg memandang KH.......tahulah dia siapa teman wanita JH.

Mak EH sedang memberi susu pada Eo Jin anak EH......bila EH datang bersama kakanya KH......maknya terkejut!!!.  

Diluar koridor hospital, JH memberitahu EH yg dia berjumpa dgn KH dikafeteria dan kemudian diperpustakaan....mereka selalu bertemu.  Sebelum habis JH menjelaskan.....EH berkata...yg JH tidak perlu mejelaskan apa2,  dia sudah tahu jawapannya.  JH meminta maaf atas apa yg berlaku dahulu, kerana tidak memberitahu EH tentang KH.  Kata EH,......apa perlu JH meminta maaf padanya, kerana perasaan cinta memang tidak dapat dikawal olih sesiapa.......malah dia juga berbohong pada JH yg  Eo Jin bukan anak Kkot -min, tetapi anak nya sendiri.

KH yg bersama maknya meminta maknya memasak untuknya bila sudah keluar dari hospital......kerana dia teringin memakan kimcee yg maknya masak. Walau pun maknya menghalau dia dulu dan tidak membenarkan dia tinggal bersama, tetapi dia masih lagi mengingati masakkan maknya.  Bila teringat kimchee dia akan teringatkan maknya.  Sudah 6 tahun dia meninggalkan maknya, dan dia juga tidak lagi rindu pada maknya,, cuma dia teringin memakan masakan maknya.  Maknya sambil menangis berkta..." siapa mak kamu?......saya bukan mak kamu.....saya mak EH , mak Hoon dan Jin,....tapi saya bukan mak kamu.....faham tak?..."   Kata KH, maknya yg melahirkan dan membesarkan dia.....tapi maknya berkeras tidak mahu dia memanggilnya mak dan tidak mahu dia datang menziarahnya lagi.  Tanya KH...kenapa mesti begini?....Jawab maknya...."semua ini mejadi beban....kami berdua menjadi beban kepada orang lain, sebab kami miskin, kami kan meminta yg bukan2 dari kamu nanti dan tidak akan berakhir. Saya tidak mahu menyusahkan anak2 saya hanya kerana kamu mahu makan kimchee.....jika kamu menghargai apa yg telah saya lakukan terhadap kamu, jgn datang berjumpa kami lagi dan jgn menghubungi EH....."  Menangis KH dan sebelum balik, dia berkata yg dia akan datang lagi membawa sup untuk maknya besok.

EH yg baru pulang kelihatan terlalu letih, dan IW pula melihatnya dari atas rumah. Dengan marah dia turun kebawah dan memarahi EH, katanya...."Chik Lee Eun Hee,...awak ni nak bermain2 ke?..."  Jawab EH...dia tidak ada masa nak bermain2. Rupanya IW marah EH membawa bayi ke tempat kerja.  Jawab EH, yg maknya dimasukkan ke hospital, dan tiada orang yg dapat menjaga bayinya, dan dia meminta 3 hari dan semuanya kan selesai...... IW semakin marah dan berkata yg EH tidak tahu malu, dan dia memberi amaran, sebulan dari waktu itu EH akan dipecat, tak kira apa yg berlaku.

Belum pun sempat EH nak salin lampin anaknya...IW dah perintah EH supaya membuat kopi.....EH buat tak reti je....disuruhnya sekali lagi.  EH suruh dia tunggu, sementara dia salin lampin anaknya.  Bertambahlah marah IW...katanya tempat tu tempat kerja EH dan dia lak bos EH.   EH bukannya takut kena marah....ditengkingnya balik IW,....katanya., kenapa IW menegking dia, nanti anak dia terkejut, bukannya dia tak mahu biuat kopi. Dia kan buat, tapi tunggulah selepas dia tukar lampin anak dia.  Tak bolehkah IW tunggu sekejap?...lampin anak dia sudah basah sebab tu dia menangis.  Sambung EH lagi...." baiklah saya akan buatkan kopi untuk tuan dulu, jadi tuan berdiri disini dan jaga anak saya, takut dia jatuh kelantai......" sambil menarik tgn IW kearah anaknya

Pada mulanya IW hanya berdiam diri , menjeling pada anak EH. Kemudian dia datang dekat mengagah2  dgn senyum2.........tiba2 anak EH ni pancutkan air kat muka IW, sebab budak tu masih bogel lagi, tak pakai lampin, maknya dah tanggalkan tadi:lol.  Bila EH datang serahkan kopi kat IW......dia dah tak bergerak2, sampaikan EH terpaksa bongkok memandang dia.  Bila dia lihat apa yg terjadi, terus je dia ketawa terbahak2.

Dirumah atuk, dia dan keluarga sedang  makana, bila anak dan cucnunya mengatakan yg jacket dan kasut atuk tu dah patut diganti dgn yg baru. Kata atuk, itu lebih baik lagi dari membazir duit diluar negeri...sindirnya pada cucunya.  Cucunya EUN SOO (ES) yg miang ni, siap cakap tak lama lagi atuknya dapat cucu menantu yg hebat. Atuknya pernah bertemu dgn IW dan memberi kebenaran untuknya berkahwin..Marah atuk tu kat dia, katanya  dia belum boleh kahwin lagi...jgn ingat badannya besar maka dia  dah dewasa,...   tapi maknya memujuk atuk supaya melihat IW terlebih dahulu. Marah lagi atuk ni kat anak dia.  ES ni tak putus asa, siap cakap yg IW ni juruperunding disyariakt besar di Amerika, berijazah MBA diHarvard Universiti (bukan main lagi). Beritahu lagi yg bapa IW baru mati dan meninggalkan syarikat Ga In Food Corporation pada nya....jam2 tu gak atuk dia berubah fikiran, suruh bawa IW datang kerumah mlm tu jugak.


EH yg sedang membuat kerja didepan PCnya....tiba2 hilang semuanya dari screen.  Bersungut2 dia, kata computer tu menimbulkan pelbagai masaalah pada  dia, diketuk2nyalah comnputer tu.  IW yg baru balik meminta artikel akhbar yg sda suruh cetak...dua kali dia bertanya...kawan ni lak tgh mengelabah computer dia tak jalan.  Terus dia beritahu yg computernya dah rosak, dia dah cuba tekan mouse tapi tak jalan. Dia tak lakukan apa2 selain yg disuruh.  IW menyuruh dia menutup tetingkap (window)....tapi Eh tak faham apa dia tetingkap....terus je dia bangun, berlari2 pergi tutup tingkap.....lol Terkebil2 IW dan Pengurus kilang tu tgk.  EH boleh tanya lagi....nak tutup semua tingkap ke?.  berpusing 2 mata IW, bila mendengarnya.:lol


Mak EH mahu keluar dari hospital, tapi ditahan olih nurse, kerana dgn tindakan nya ini akan menimbulkan masalah yg besar. Marah mak EH kata, dia nak pergi jugak.  JH yg kebetulan berada disitu bertanya pada nurse, bukankah itu pesakit dari bilik 6114?.  Kata nurse itu, Mak EH tak sepatutnya keluar, lagi pun apendik nya baru mahu sembuh dan kemungkinan dia menghidap barah hati. Kata nurse tu lagi mak EH sudah pun menjalani ujian dan keputusannya tetap sama.

EH sambil mendukung memberitahu Pengurus Kilang mungkin IW masih marah pada nya yg tertukar dokumen yg mengakibatkan IW terpaksa menanggung hutang sebanyal 15 billion won, setelah diberitahu perkara sebeanr olih Pengurus Kilang.  Kata Pengurus Kilang, mungkin IW sudah tidak tahan lagi dan masih menentang dgn senyap mendiang ayahnya.  Dia memberitahu semua ini pada EH supaya, EH dapat melayan IW dgn lebih baik.  IW masih tidak tahu bagaimana untuk bergaul dgn orang lain, sebab dia tidak pernah mendapat kasih sayang semenjak kecil lagi.
EH kemudian bertanya dimana bilik air...tiba2 perut dia sakit sebab terkejut.
Pengurs Kilang  tu memberitahu diatas ada satu bilik air.  Mintanya pakchik tu tolong jaga anak dia sekejap.

EH naik keatas....tapi sempat lagi dia meninjau2 bilik IW  IW pula baru balik dan menerima panggilan dari ES yg mahu dia kerumahnya.(TV2 tunjuk sampai kat sini saja....aku rasa mesti ada part yg kena potong......mesti ada scene yg dia terserempak dgn EH dalam bilik air).

IW kerumah ES dan bertemu dgn KH diluar rumah, diberitahu yg dia sepupu ES.  ES yg tgh miang dan gatal ni memperkenalkan IW pada maknya. Bila berjumpa dgn atuk, atuk mahu berbincang dgn IW seorang. Atuk tu bertanya....betuk ke IW ni cucu pada Seo Tae Young?  Kata atuk ni kenal dgn datuk IW, kerana mereka sama2 datang dari Korea Utara. Terus terang atuk ni bertanya samada dia mencintai ES.  Sambil marah atuk ni kata yg dia tidak akan menyerahkan ES pada IW, sebab kedatangan IW hanya untuk merampas harta kekayaan dia sahaja. IW mngucapkan selamat malam pada atuk...dia tidak mahu harta kekayaan atuk itu.. Sebelum pergi atuk itu berpesan supaya menjadikan syarikat atuk IW sehebat saperti dibawah pengurusan atuknya dulu dalam setahun, baru dia benarkan IW berkahwin dgn ES.

EH yg datang melawat maknya bertembung dgn JH. JH mahu memberitahu perkara sebenar mengenai mak EH...tetapi EH salah faham maksud JH...dia ingatkan JH ingin bercakap mengenai hubungan dia dan KH., dan memberitahu yg dia tahu semuanya.  JH mahu EH membawa maknya untuk ujian yg terperinci.  Bila ditanya apa maksud JH,  akhirnya JH memberitahu yg mak EH mengidap barah hati.  EH bagaikan tidak percaya mendenagrnya.

Dgn lemah longlai dia kebilik maknya dan dilihat maknya tak ada dikatil.  Pulang ia kerumah,dilihatnya maknya sedang mencuci kasut.  Kata maknya banyak baju yg perlu dibasuh. Marah EH suruhnya maknya bangun, biar dia sahaja yg mencucinya.  Bukan main marah lagi EH kat maknya, ditariknya maknya suruh bangun. Suruhnya maknya masuk kedalam biar dia sahaja yg membuatnya.  Tak dapat EH menahan hatinya yg sedih, terus saja dia menangis dan duduk membasuh kasut.  Teringat dia bagainama dia memarahi maknya yg mengadu letih padanya dulu danmenyuruh maknya berjumpa dgn doktor. Teringat dia kata2nya dulu yg menuduh maknya sengaja menipu diri sakit. Maknya yg sedang berbaring dgn cucunya terdengar tangisan EH, perginya melihat tapi EH sudah tiada disitu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2005 09:39 PM | Show all posts
IW yg baru balik, terdengar sesuatu dibilik air, dibukanya pintu bilik air, gelap gelita. Bila lampu dipasang dilihatny EH sedang membasuh kasut.  Marah IW pada EH, berada dibilik air dirumah orang lain pada malam buta. Disuruhnya keluar, ditarik tgn EH suruhnya keluar....tiba2 dia terhenti bila melihat EH sedang menagis.  Cuba dia bercakap dgn baik supaya EH keluar, tetapi EH meneruskan pekerjaannya. EH meminta maaf, dan meminta diberikan masa sejam atau 30 minit untuk dia menyudahkan kerjanya, tetapi IW tidak benarkan. EH meminta lagi hanya untuk hari itu sahaja. Betambah2 marah IW, katanya EH tak berotak dan tak tahu malu, Kenapa dia mesti menerima semua ini?

Dia mengungkit apa yg EH telah lakukan padanya. EH meminta maaf. dia sudah mendengarnya dari pengurus kilang. IW bercakap mengenai wang berjuta dolar, malahan nasib IW lebih baik berbanding dia.  Katanya lagi, maknya sedang sakit tenat,. Maknya selalu cakap yg dia sakit tapi EH tidak percaya,malah tak terbayang olihnya yg maknya akan jatuh sakit saperti ayahnya. Bapaknya mati kerana dia dan meninggalkan hutang yg banyak, maknya terpaksa bekerja dan sekarang mengidap barah hati...... Semua hutang dapat dibayar asalkan bekerja keras. Bagi dirinya, dia tidak dapat membayar hutang ayah dan maknya

EH memberitahu adik kembarnya yg mak mereka sementara waktu tidak dapat balik kerumah dan akan berada dihospital, dan dia pula balik lewat malam. Dia akan sediakan makanan untuk adiknya sebelum keluar dan meminta adiknya mengambil dan makan sendiri berduai.  Tanya adiknya kenapa mak mereka tak balik dari hospital lagi. Jawab EH maknya sakit.

EH menunggu maknya yg sedang mengambil makanan dari peti sejuk. Dia juga menyiapkan kimchee dan meyimpannya kedalam bekas.  Dihospital JH  sedang menunggu mak EH. EH mahu JH merahsiakan perkara itu dari maknya dan hanya beritahu sesuatu yg maknya percaya saja, dan dia juga mahu JH menjadi doktor peribadi maknya.  Dia juga tidak mahu perkara ini diberitahu pada kakanya KH, kerana dia ingin memberi peluang KH berjumpa dgn maknya dalam keadaan yg selesa setelah 6 tahun tidak berjumpa.

Mak EH menyimpan kimche yg dibuat dipeti sejuk hospital. Dia kemudian menjalani ujian.  Maknya kemudian bertanya pada EH bila dia boleh keluar. EH berdalih yg dia tidak tahu, padahal maknya baru saja masuk kehospital sudah fikir untuk keluar. Maknya kata dia bosan tinggal dihospita,l sedangkan orang yg sihat pun akan mati kerana bosan.  EH menyerahkan anaknya kepangkuan maknya, membunyikan radio dan menari didepan maknya. Maknya suka tgk EH menari, anaknya tercengang2 tgk.  JH yg lalu terdengar bunyi musik dari wad mak EH, dilihatnya EH sedang cuba menghiburkan maknya. Sambil dia menari...airmatanya juga mengalir::cry:.......end....

[ Last edited by Kimmy on 13-4-2005 at 09:55 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.070067 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list