CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thatsourmia

korean drama tv2 - funny wild girl

[Copy link]
Wizzling This user has been deleted
Post time 3-5-2005 04:42 PM | Show all posts
sayang lah, ada lose end sal minah muker plastic ngan mak dier. Nak jugak tengok budak menyampah tu :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2005 04:49 PM | Show all posts
betullah adiela, lawak gile endingnye!! ada ke kat toilet, tak de tempat lain ke??:lol
simple sangat la endingnya, tak rasa macam dah abis laa...
padan muka kh, tapi tak puas ati sebab dia tak dapat balasan dan still boleh mengaku cucu tuan presiden pulak tu ...tak malu betul!!!nf:

esok cite baru.. kat iklan ada tunjuk : cite seorang penyanyi pompuan, MINA kalau tak salah tajuknya. rasanya dah pernah tunjuk kat astro. sedap ke cite ni? anyone dah pernah tengok?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by kayla at  04:49 PM:
betullah adiela, lawak gile endingnye!! ada ke kat toilet, tak de tempat lain ke??:lol
simple sangat la endingnya, tak rasa macam dah abis laa...
padan muka kh, tapi tak puas ati sebab dia tak da ...




:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 05:12 PM | Show all posts
ala, misslah ending.  tak tau plk hari ni ending sbb semlm xdpt tgk.  blh tak sesapa tlg creta.?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 05:20 PM | Show all posts
lawak betul masa eun hee panggil in woo mr.seo.lepas tue masa dier kata tak hafal skrip lagi ker??kan dah nak ending.lawak gilerlah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 05:25 PM | Show all posts
arwen, sorry le, aku tak pandai nak cite. tunggu je le Kimmy punye synopsis. tersangat lah lengkapnye, gerenti puas ati.

ff:adiela, ari tu, ada tengok iklan attic cat kat tv. tau tak kat channel mana, dan ganti cite ape? :stp:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2005 05:29 PM | Show all posts
aiyoo..
tupai missla ending dier...
sedeynyerr....
kimmy..kalau free boleh tak buat synopsis utk episod ari ni...?
terima kasih..!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 05:37 PM | Show all posts
Originally posted by kayla at  05:25 PM:
arwen, sorry le, aku tak pandai nak cite. tunggu je le Kimmy punye synopsis. tersangat lah lengkapnye, gerenti puas ati.

ff:adiela, ari tu, ada tengok iklan attic cat kat tv. tau tak kat chann ...



:::::
ko biar betul nieh...yerker....kat tv maner plak nie?
ala.....nak tengok..ader ker citer yg dh nak abis?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2005 06:41 PM | Show all posts
Originally posted by adiela811 at 3-5-2005 05:37 PM:



:::::
ko biar betul nieh...yerker....kat tv maner plak nie?
ala.....nak tengok..ader ker citer yg dh nak abis?


ff:   tu le, aku pun pening ni... aku tertengok iklan tu seimbas lalu je, tak sempat baca apa-apa pun, nampak tajuk je... kalau tak silap aku kat 8tv le, tapi tak sure lak... rasanya 8tv dah tayang cite ni sebelum dia join astro.. sebab tu aku tak dapat tengok dulu...:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 08:04 PM | Show all posts
Originally posted by kayla at  06:41 PM:


ff:   tu le, aku pun pening ni... aku tertengok iklan tu seimbas lalu je, tak sempat baca apa-apa pun, nampak tajuk je... kalau tak silap aku kat 8tv le, tapi tak sure lak... rasanya 8tv dah  ...



oo..yerker...aku pon tak tgk 8tv sblom ader kt astro,...taktau plak
maybe kot..gantikan citer jepun..atau citer yg kul 5-holland v
taktaula..aku tk tgk 2-2 citer tu
tak tau citer tu abis biler
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 08:27 PM | Show all posts
Originally posted by adiela811 at 3-5-2005 08:04 PM:



oo..yerker...aku pon tak tgk 8tv sblom ader kt astro,...taktau plak
maybe kot..gantikan citer jepun..atau citer yg kul 5-holland v
taktaula..aku tk tgk 2-2 citer tu
tak tau citer tu abis b ...


cite holland v tu kat astro 100+ episodes, so baru sekerat jalan.
takkan ganti cite jepun lak kot??
mungkin cite kul 2 @ 3 pm yang tajuk dia ada twin tu kot? ala, hopefully tak le!
kita tunggu je le adiela....
Reply

Use magic Report

Sweet_Angel This user has been deleted
Post time 3-5-2005 10:00 PM | Show all posts
hari ini terakhir citer tu ... saya memang senorok dan lawak giler ... saya dah sihat jugak ... i'm happy :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 10:13 PM | Show all posts
EPISOD TERAKHIR

IW yg bertembung dgn EH di lift, keberatan untuk masuk kedalam. EH bertanya samada dia mahu masuk atau tidak, kerana  EH ingin menutup pintu lift.  Didalam lift, EH merasa hairan melihat  IW yg diam membisu.  Dia bertanya, kenapa dgn IW?...sudah berjumpa tapi tidak mahu bertegur sapa dgn dia.  Mana ada orang yg tak berhati perut saperti dia.  EH kemudian mengucapkan terima kasih pada IW, kerana menghapuskan sedikit sebanyak perasaan dia yg masih ada terhadap IW.  IW tidak menjawab walau sepatah pun sehinggalah dia tiba ditingkat pejabatnya.

IW keluar dari lift, dan EH mengambil kesempatan bertanya samada IW pernah mencintai dia?   apakah IW tidak mahu bertanya tentang dia?...kenapa dia disitu.?.... kemana dia mahu pergi? dan samada semuanya  baik.  Kenapa IW tidak bertanya semua itu lagi?  kata EH, semasa didalam lift, dia sudah berfikir  tentang cara untuk menjawab soalan IW sekiranya dia bertanya......IW tidak mahu bertanya lagi kah?.  Sambung EH lagi, dia membawa Eo Jin bersama hari itu......tidak mahukah IW bertanya apa2 tentang Eo Jin?   Setelah puas menahan perasaannya, IW hanya mengucapkan "Selamat Siang" pada EH.   Betapa sedihnya EH, sehingga dia mengalirkan air mata.  Setelah berjalan beberapa langkah, IW berhenti dan menoleh kebelakang, memandang pintu lift yg tertutup rapat,

Dipejabat Atuk Pengerusi, EH bertanya, kenapa Atuk mahu berjumpa dgnnya dipejabat, sedangkan mereka telah berjanji untuk bertemu diluar.
Jawab Atuk pengerusi mereka akan makan tengahari dan dia sedang menanti ketibaan seseorang.  Seketika kemudian, pintu diketuk orang,  alangkah terkejutnya EH bila dilihatnya IW dan KH datang bersama......begitu juga dgn KH dan IW terkejut melihat EH berada disitu.

Atuk Pengerusi memberitahu EH, yg kakaknya KH akan berkahwin dgn IW, Presiden Syarikat EH bekerja. Mereka akan berkahwin dalam masa dua minggu lagi.  Atuk Pengerusi mahu mengadakan majlis ringkas yg dihadiri olih teman rapat dan saudara mara sahaja.  Atuk Pengerusi meminta EH supaya membawa maknya sekali......dia juga meminta EH menolong KH untuk membuat persiapan perkahwinannya.  Atuk Pengerusi mahukan EH yg menolongnya, daripada makchik CEO......tolong KH membeli perabot dan keperluan dapur.  

Atuk Pengerusi juga bertanya pendapat EH mengenai "bakal abang iparnya"......samada dia suka 'bakal abang iparnya".....lagi pun IW pernah menjadi majikannya dulu.....dan lagi, EH lebih mengenali IW daripada orang lain....tanya Atuk Pengerusi lagi, adakah bagus IW menjadi abang ipar EH....kalau tidak dia akan berfikir dua kali sebelum membenarkan KH mengawini IW.  EH bangun dan meminta diri, kerana dia tidak dapat makan tenghari bersama Atuk pengerusi, dia terlupa yg dia ada temu janji dgn kawannya.  Walau bagaimana pun Atuk pengerusi meminta dia menunggu, EH terus je keluar dari pejabat.

Dihospital Hoon dan Jin berdoa disisi mak mereka.......bila tiba2 mak mereka sedarkan diri.  EH yg sedang berada dirumah teringat kata2 Atuk Pengerusi tadi.  JH menalipon dia dan memberitahu yg maknya telah sedarkan diri.  Kata JH, maknya sedang menanti kedatangan EH....sehingga tak lepas2 memandang pintu....pujuknya supaya EH datang melihat maknya....katanyanya yg mak EH sayang pada EH...dia yg membesarkan EH.   Seumur hidupnya dia tak pernah teragak2 dan sentiasa disisi EH sebagai mak EH......mintanya datang sebelum terlambat.....datang dan pegang tgnnya.

Sambil melihat gambar bapanya, EH bertanya,......apakah yg patut dia lakukan?...Teringat dia kata2 bapanya yg bertanya apakah cita2 nya apabila dewasa nanti.  Bapanya berharap dia menjadi saperti baja dan tanah....walau pun nampak biasa saja, tetapi boleh mendapatkan hasil saperti bijan dan makanan yg lainnya.  EH berpendapat dia saperti tanah yg tandus, yg ditumbuhi olih lalang....teringat dia kata2 bapanya...tanah yg tandus boleh bertukar menjadi subur kalau bekerja keras.....mungkin tgnnya akan sakit, tapi lalang dapat dicabut.....yg penting EH harus menjaga tanahnya, dan usahakan tanah itu dgn tgnnya sendiri.  Menangis EH didepan gambar bapanya.

EH akhirnya datang melawat maknya.  Dia meminta maknya supaya sembuh, dan dia tidak akan memaafkan maknya sekiranya maknya mati.  Dia ingin membalas dendam, walau apa saja yg dia terpaksa buat, dia kan memastikan yg maknya hidup, dan dia akan membalas dendam atas semua perbuatan maknya terhadap dirinya.  Dia akan memastikan maknya menanggung akibat daripada perbuatan maknya terhadap dia sehingga maknya mati.....pohonnya lagi, supaya maknya cepat sembuh.  Menangis maknya sambil memegang tgn EH.

EH begitu sibuk dikilang memberitahu yg kilangnya telah mula beroperasi, dan dia juga menerima tempahan sup kuih beras dari kilangnya,  Bukan main sukanya dia, sampaikan adik dia terpaksa memberitahu yg masakan dia dah mendidih.  Adik kembar EH memakan kuih beras sehinggakan terpelanting2 kuih tu jatuh kat lantai.  Kata adiknya, kuih beras tu terlalu besar dan panjang sehinggakan susah untuk dimakan....malah nak cucuk dgn garpu pun susah.  Tiba2 Eh mendapat idea.......

EH memberitahu Pengurus Kilang yg kuih beras dari kilang mereka agak sukar untuk dimakan olih kanak2, senang jatuh dan perisanya juga tidak serap dgn betul.  Dia mahu membuat kuih beras yg sesuai bentuk untuk kanak2 dan mudah untuk memakannya, dan dalam berbagai bentuk.  Kata EH, mereka akan menjdi pengeluar yg pertama dan tidak perlu bersaing dgn Syarikat yg besar.  kata Pengurus Kilang, kuih beras yg sudah dikukus agak sukar untuk mengekalkan bentuknya, dan kalau dibuat dllm jumlah yg banyak dia akan melekat.....jadi mereka akan mencari jalan untuk mendapatkan kuih beras yg tidak melekat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 10:14 PM | Show all posts
KH pergi mencuba gaun pengantinnya.....dia tidak nampak gembira, bila teringat kata2 EH yg dia merampas IW darinya, dan tidak akan memaafkan KH.

IW pergi kesebuah kilang setelah mendapat maklumat.  Dia menjumpai berkotak2 produknya didalam kilang tersebut, bersama dgn bungkusan sup kuih berasnya.  Balik dia kepejabat sambil termenung.  KH masuk dan mengajak dia keluar untuk mencuba baju pengantinnya dibutik.....dan IW juga tidak mahu membeli belah, jadi dia sendiri telah memilih baju untuk IW.  IW bertanya......kenapa dia melakukannya?....IW bertanya sekali lagi dgn nada marah.  Tanya KH, apa yg IW cakapkan, sedangkan dia tidak tahu apa maksud IW....jadi bagaimana dia ingin menjawabnya.

IW menarik dia keluar dan membawa dia ke kilang yg dijumpai kotak2 produk kilangnya.  Kata IW, apakah KH mahu dia menghubungi pemilik kilang itu juga?....pemilik syarikat yg dia beli dgn duit dia sebanyak 20,000 won....diambilnya kertas pembalut produk dan mencampakkan ke muka KH sambil bertanya......semua itu untuk apa?.....kenapa dia melakukannya?.  Kata IW, dia boleh mendapatkan penjelasan yg terperinci dari pihak polis......sekarang giliran KH pula merengkuk dlm  penjara dan mereka akan berjumpa dibalai polis.   Muka KH, macam orang hilang akal, tak  terjawab sepatah pun, hanya duduk bergoyang2, dgn mata buntang2.

JH merasa risau kerana mak EH belum lagi dibedah,......malah untuk mendapatkan penderma pula terpaksa menanti giliran, sedangkan masa semakin suntuk.  JH mahu EH memujuk kH, kerana hanya dia sahaja yg dapat menyelamatkan maknya.  Mereka kemudian bertemu dgn IW yg datang untuk berbincang dgn EH.

IW memberitahu EH apa yg telah dilakukan olih KH......semuanya dirancang olih KH untuk menjatuhkan IW, dan dia tidak faham kenapa KH berbuat demikian....kepada IW dan juga kepada EH.  IW ingin melaporkan kepada pihak polis, tetapi dia ingin memberitahunya terlebih dahulu kepada EH sebelum dia bertindak.  Bangun EH dgn linangan air mata....hampir saja dia terjatuh, dgn cepat dipegang olih IW.  Berpaling dia mengadap IW dan IW memeluknya.

KH datang berjumpa dgn maknya dihospital.    Dia memberitahu maknya  sambil menangis yg semuanya berakhir......hidupnya sudah berakhir......segala2nya sudah musnah.  Dia tersilap selama ini, dan dia sangat takut.....sambil dia menangis memanggil maknya,  maknya yg sedar terus saja mengusap2 pipi dan rambutnya.......dari luar EH hanya memandang.

Di luar, Eh memberitahu, walau pun mak mereka memaafkan KH, tetapi tidak dia....sebaliknya, dia akan melakukan perkara yg sama pada KH....dan merasai apa yg dia rasai selama ini.  EH mahu mebuat perjanjian......KH tidak akan dipenjarakan dgn syarat dia mendermakan hatinya pada maknya.
EH tidak mahu menjadi cucu kepada seorang hartawan, tetapi KH mesti mendermakan hatinya.  EH juga mahu mereka membuat pertukaran.....dia akan merahsiakn semua perbuatan KH, walau pun sehingga akhir hayat, dia tidak akan menyebutnya lagi.

EH tidak lagi dapat menerima KH sebagai kakaknya...tidak mahu melihat nya...tidak mahu mendengar suaranya.  Dia berbuat demikian kerana dia tidak dapat dan tidak boleh memaafkan KH,  dan kerana itu juga dia membuat perjanjian dgn KH.  Dia membeli hati KH dgn duit yg KH sayang sangat.  Kalau KH tidak mahu dihukum penjara, lebih baik dia bersetuju dgn cadangan EH dan pergi dari situ.  KH sekarang berada di dalam genggamannya  Kata EH lagi, jgn KH salah faham, dia buat semua itu bukan untuk KH, tetapi untuk dirinya, maknya yg sedang sakit dan Atuk pengerusi yg tidak tahu apa2 tentang mereka.

Tambah EH lagi, hati dia luka akibat perbuatan KH dan dia tidak mahu Atuk pengerusi mengalami perasaan yg sama. Sama ada dia fikir 10 atau 1,000 kali pun, keputusannya tetap sama. Dia tidak mahu tinggal di rumah Atuk Pengerusi.  Dia lebih sayangkan Maknya daripada Atuk pengerusi, dan sayangkan adik2 kembarnya daripaa ES....malah dia sayangkan Syarikat Ga In lebih daripada Syarikat Tae Seong.  EH mahu dipendamkan saja semua perkara yg telah berlaku.

Akhirnya KH memberikan sebahgaian hatinya pada maknya......dan mereka mejalani pembedahan pemindahan hati.

Kuih beras ciptaan baru untuk kanak2 akhirnya berjaya dihasikan.  EH begitu gembira sekali.  Dia kemudian membuat promosi kuih beras  bentuk baru dipasar raya bersama kawan kembarnya . EH merasa risau jika kuih berasnya tidak mendapat sambutan orang ramai.  Menurut pengurus killang, selepas enam bulan, baru mereka akan tahu sambutan pengguna.

Pengurus kilang memberikan tanda nama yg bertulis namanya sebagai seorang CEO.  EH tidak percaya dan enggan menerimanya..,,,masakan dia seorang Presiden sebuah syarikat?.....jawab Pengurus  kilang dia sendiri boleh menjadi Pengerusi syarikat.  EH dilantik sebagai Presiden dan dia mahu melihat Syrikat Ga In maju bersama2 EH.  Pengurus Kilang memberi hormat dan berkata...." tolong jaga Perbadanan Ga In dgn baik, Cik Presiden Lee Eun Hee"......Pengurus Kilang juga telah mengiklankan jawatan kosong sebagai setiausaha untuk EH, memandangkan kerjanya sudah bertambah sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 10:15 PM | Show all posts
JH tersenyum puas melihat perkembangan antara KH dan maknya berjalan dgn baik.  Dia kemudian mengajak EH pergi berjalan2 dgn dia. JH memberikan sebuah talipon bimbit untuk EH....katanya hanya dia seorang sahaja yg akan menalipon EH dgn talipon bimbit berkenaan.....dan hanya EH seorang sahaja yg akan menalipon dia dgn talipon bimbit yg serupa yg dia miliki.  JH bertanya samada EH sudi menerimanya?.  EH hanya diam membisu ....malah tidak pun mengambil talipon bimbit yg diberikan.  Kata JH...nampaknya dia tidak boleh menjadi teman hidup EH..... Jawab EH, sambil menunjukkan talipon bimbit yg diberi olih IW padanya, dia masih lagi menunggu taliponnya berdering lagi, walaupun sebelum ini hanya sekali saja ianya berdering.

EH merasa yg dia mesti berada disisi IW....walau pun dia sudah dewasa, tapi EH masih risaukan IW, seolah2 dia saperti budak kecil ditepi sungai.  Mungkin dia tidak akan balik, tetapi EH bersedia memberi IW banyak masa untuknya.  Kata JH.....IW akan kembali, kerana dia sangat menyintai EH. EH meminta maaf,  Kata JH, asalkan EH bahagia, dia berpuas hati.  EH mahu JH kembali pada KH.  JH lalu meninggalkan EH.


Dihospital , KH bertanya JH, ......adakah hubungan mereka suah putus?..... JH meminta maaf, kerana dia tidak fikir hubungan mereka dapat diteruskan....kerana dia sendiri tidak dapat bersama KH.

Atuk pengerusi sedang melihat Korea utara melalaui teropong di satu bangunan khas yg tinggi.  EH pula tak sempat2 nak tgk, dok asyik tanya Atuk pengerusi nampak tak?....lepas tu tak sabar2, dia nak tgk pulak...tanyanya bagaimana keadaan Korea Utara?....sampaikan tertolak kat Atuk......marah Atuk pengerusi kat dia, tak boleh ke duduk diam dan pergi ke tempat lain ke?.......Tanyanya....adakah EH juga ada meninggalakn ibu bapa, adik beradik kat Korea Utara macam dia.?   Melawan lak EH.....katanya, bukankah Korea Utara kampung halaman dia juga, kenapa lak Atuk pengerusi cakap macam tu kat dia?

Ditolaknya lah orang tua ni, lepas tu dia lak nak tgk.:bgrin:......  Lepas tu dia sibuk cakap dia dah nampak.....dia tanya balik...."bukan ke tu Korea utara?."......  Jawab Atu pengerusi....dia ingat tu Amerika ke?...lagi pun mereka datang kat situ kerana EH telah kalah dlm pertaruhan dia.  Jawab EH.......memanglah begitu, lagi pun Atuk pengerusi kata dia nak berjalan ke kampung halaman dia sebelum dia mati......jadi dia ajaklah Atuk pengerusi datang kesitu, supaya Atuk Pengerusi boleh berjalan dgn mata dia.:bgrin:
Tak habis2 mereka berdua berebut nak pakai teropong.......sampaikan bila Atuk pengerusi nak tgk, dah habis lak, kena tambah duit lagi.  Atuk pengerusi tanya apa hajat EH, sebab dia dah kalah dalam pertaruhan.  Jawab EH, dia hanya mahu memanggil Atuk pengerusi  Datuk saperti yg dipanggil olih KH...bukannya Tuan Pengerusi.  Katanya lagi, kalau dia menang , tentu dia dah panggil datuk sekarang.  kata Atuk Penegrusi.......hajat apa ni , bukannya susah sangat nak panggi datuk....tak kan nak pangil nenek pulak.  Berkali2  EH memanggil ...datuk...

EH sedang menemu ramah orang untuk jawatan setiausaha.  Dia memanggil calon seterusnya dan membuka biodata dari sampul surat.  Dia begitu terkejut membaca biodata calon tersebut....bila tiba2 calon tersebut berdiri dan memberitahu yg dia calon kelima...namanya Seo In Woo,...cekap menggunakan komputer....cekap dlm perakaunan....cekap memandu....fasih berbahasa Inggeris dan Jerman...dan meminta diberi dia peluang dan dia akan berkerja dgn sebaik mungkin.

Kata  EH...." Encik Seo In Wo..saya sedang mencari setiausaha"......jawab IW...dia tahu, tetapi tiada undang 2 yg menetapkan hanya wanita sahaja yg layak menjadi setiausaha....itu dikriminasi jantina , namanya.  Ketawa EH mendengarnya.

IW datang dekat pada EH danmeminta mereka memulakan perhubungan sekali lagi...dia sangat merindui EH dan mencinai EH..sangat mencintai EH..dan dia akan mencintai EH lebih daripada itu  mulai sekarang...dan dia memeluk EH.  IW cuba untuk mencium EH, tetapi apabila semakin dekat, EH tersedu....dan IW terpaksa melarikan mukanya,kerana bau yg menyesakkan nafas:lol   EH baru saja lepas makan sup pes kacang yg ditapaikan:lol
Patulah bau harum semerbak:lol

EH sebagai Presiden meminta setiausahanya membuatkan dia kopi,dia memanggil......"Mr Seo, bawakan secawan kopi untuk saya"....bangun IW pergi buatkan kopi......cukup suka EH tgk, gelak2 dia. Selepas mengucapkan terima kasih pada IW, dia bertanya, IW tidak meludah atau buat apa2pada kopinya kan?...katanya, Presiden yg lepas sangat menyakitkan hati, jadi dia meludah dan mencelupkan tgn dia kedalam kopi.

INI PART YG PALING BEST SEKALI.

IW sedang duduk didalam tandas, sambil membaca sesuatu.....bila tiba2 EH memanggilnya.."Mr Seo...Mr Seo"...tanyanya adakah IW didalam tandas?...suruhnya jawab..ya..  EH berlari kepintu sambil mengetuknya....dgn cepat IW memengang tombol pintu.IW bertanya , apa yg EH mahukan.  Kata EH, dia tiba2 saja terasa mahu minum kopi ais. Jawab IW, dia akan membancuh kpoi ais selepas sahaja bisnesnya selesai. Dia mahu EH turun dulu. ....tetapi EH memaksa dia keluar.  IW patu memberitahu dia segala2nya, kerana dia presdien dan IW pula seorang setiausaha.  Tanya lagi bau apa tu?.....sembelitkah?....berani IW sembelit tanpa meminta izin dia terlebih dahulu....mahu dibukanya pintu, tapi dgn cepat IW menguncinya dari dalam.

Puas lah EH cuba nak buka pintu tapi tak dapat., cuba dia berjengkit2 nak tgk kat atas, tapi tak sampai lak...IW kat dlm mengejek dia......jalan paling senangEH jengok je kepala dia kat sebelah dinding yg terlopong...katanya IW duduk kat dalam baca skrip.....kenapa dia buat  begitu?....dia kan pelakon, buat apa dia baca skrip....tak tahan IW , terbahak2 dia ketawa.   Kata EH, dah episod akhir, tapi IW tak ingat dailog lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 10:50 PM | Show all posts
tak pahamla ending..dier bleh sapa2 terangkan tak??ni masalahnyer kalau org miss episod akhir..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2005 11:35 PM | Show all posts
Originally posted by tupai_tupai at 3-5-2005 10:50 PM:
tak pahamla ending..dier bleh sapa2 terangkan tak??ni masalahnyer kalau org miss episod akhir..



ending dia tupai....IW balik pada EH....tapi disebabkan dia dah bagi syarikat dia kat EH, jadinya EH sebagai presiden, dan dia yg dah tak bekerja lagi dgn Syarikat Tae Song minta kerja kas EH ...jadi sekretari  dia

Yg penghabisan kat tandas, yg EH dok ketuk2 pintu tandas panggil nama IW tu, penghabisannya sampai kat IW kunci pintu tandas  saja.......tapi Bae doo Na  saja nak buat lawak, diintainya IW kat dinding yg kosong....prop drama mana ada complete, semuanya pakai setengah aje.......saja je dia orang masukkan, sebenarnya tak ada dalam cerita pun.


Dia orang saja tak buat ending macam biasa yg kita tgk, dia buat lain dari yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 11:40 PM | Show all posts
kimmy ada copyright issue kat clubbox... dah baca??

http://soompi.com/forums/index.php?showtopic=348224
http://bbs4.clubbox.co.kr:8036/a ... 55&control=view

ada senarai citer2 yg ada copyright.... aku ada post kat threat half jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 3-5-2005 11:35 PM:



ending dia tupai....IW balik pada EH....tapi disebabkan dia dah bagi syarikat dia kat EH, jadinya EH sebagai presiden, dan dia yg dah tak bekerja lagi dgn Syarikat Tae Song minta kerja kas EH ...



wooo...
baru paham..
thx kimmy...
lawak ending dier...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2005 01:17 AM | Show all posts
Ending die... tak puas hatie kat nyonya sayur tue:geram::geram: sebab dapat teruskan keinginan die untuk hidup senang lenang, only thing... padan ngan muke die sebab JH tak nak teruskan hubungan mereka ber2:clap::clap:

Part ending IW ngan EH lak... :love::love: kelakar sungguh mereka berdua.
Suka tengok & dengar bila IW ketawa (bukan senang woo mamat rock nie nak ketawa atau senyum dlm citer nie):cak:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.063326 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list