CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cydekick

[MERGED]-- Stroke: bagaimana nak rawat?

[Copy link]
alico This user has been deleted
Post time 1-3-2006 09:43 AM | Show all posts

ingin tahu

Originally posted by rani at 27-2-2006 09:02 PM
angin ahmar ke? :stp:
hai slsmt pagi ,maf bertanya kemana pegi tak nampak dalam ruangan   forum ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


alico This user has been deleted
Post time 21-3-2006 09:16 PM | Show all posts

angin ahmar

penyakit angin ahmar ini biasa menyarang yang berumur 50 ke atas
dan kurang melakukan senaman
juga di sebab pemakanan yang tak seimbang
uatuk mengelakan dan mejauhi penyakit ini  makan apa bila rasa
kenyang hendak lah berhenti , malam jangan makan nasi atau makan
yang berlemak dan lakukan senaman setiap hari insaallah
jauh dari penyakit jantung pun sihat .
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 11-1-2006 01:14 PM
br bc paper,hospital southern ada service accupunture utk org stroke,darah tinggi n kencing manis..



betul tu ayah i baru je habiskan 10 hari accupunture kat southern hosptal melaka..kesannya kaki kiri lutut kebawah yg tak boleh di angkat sebelum ini .dah boleh selepas jalani accunpunture cost 1- hari adalah RM200 - RM300 ringgit...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 08:56 AM | Show all posts
i bring up this thread. sebab mak aku pun dah kena penyakit ni..

dia dah 5 hari kat hospital kat jln tun razak sanunn.
tunggu doktor nyer ubat cam tak leh harap jer..
memang nak try cara lain laaa.. ada sesaper boleh advise!??!.. :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 03:08 PM | Show all posts
Mengenali strok, penyebab kehilangan upaya

Hassan Ghani, yang berusia 45 tahun, tidak pernah terfikir tentang persaraan. Beliau sihat dan aktif - bermain golf dua kali seminggu, makan dengan seimbang dan tidur nyenyak. Mungkin tekanan darahnya tinggi sedikit (kesan sampingan sebarang pekerjaan bergaji tinggi) tetapi beliau tidak terlalu bimbang.

Memang benar bahawa kebelakangan ini beliau mengalami kabur penglihatan buat sementara, diikuti oleh rasa berat pada bahagian kiri badan, tetapi menurutnya masalah tersebut disebabkan oleh projek yang sedang dijalankannya.

Tiba-tiba serangan berlaku. Hassan berada di pejabat pada waktu pagi dan baru hendak mencapai cawan kopinya apabila penglihatannya mula kabur.

Kemudian, apa yang beliau sedar ialah pembantunya telah menjumpai beliau di bawah meja. Di hospital, Hassan diberitahu bahawa beliau diserang strok dan lumpuh pada bahagian kiri badan.

Strok pada usia 45 tahun? Ramai yang mempunyai tanggapan salah bahawa strok hanya menyerang warga tua, walaupun memang benar bahawa risikonya meningkat pada usia yang semakin lanjut.

Strok menyerang dengan tiba-tiba, seperti pencuri pada waktu malam. Kejutan yang berlaku sering membawa pelbagai soalan, ada di antaranya yang masih belum terjawab sehingga hari ini.

Strok ialah masalah kesihatan global yang utama. Penyakit ini boleh menyerang mangsa pada bila-bila masa, tanpa mengira usia. Kekerapan strok semakin meningkat, selaras dengan peningkatan bilangan warga tua.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), strok ialah punca kematian kedua terbesar dan penyebab kehilangan upaya yang paling utama di dunia Barat. Menjelang 2020, dianggarkan bahawa kira-kira 7.6 juta orang di dunia akan mati setiap tahun akibat strok.

Di Malaysia, kira-kira 20,000 rakyat Malaysia menghidap strok setiap tahun. Daripada jumlah tersebut, lebih kurang 15 peratus mati dalam tempoh sebulan. Strok menyebabkan 10 peratus daripada semua kematian di Malaysia, iaitu punca kematian ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser.

Apa sebenarnya strok?

Strok berlaku apabila salur darah di dalam otak pecah atau tersekat, menyebabkan beberapa gejala dialami selama lebih daripada 24 jam.

Strok Berdarah (Hemoragik)

Strok yang disebabkan oleh salur darah yang pecah dinamakan pendarahan serebrum atau strok berdarah. Strok jenis ini merangkumi 20 peratus daripada strok yang berlaku.

``Sebab umum strok berdarah ialah aneurisme kecil, iaitu satu bahagian lemah pada dinding arteri. Kawasan ini biasanya meregang dan seterusnya pecah, menyebabkan kerosakan kepada otak yang mengawal bahagian-bahagian lain badan,'' jelas Presiden Persatuan Neurosains Malaysia, Profesor CT Tan.

Menurut Profesor Tan, aneurisme kecil ini boleh disebabkan oleh penuaan atau tekanan darah tinggi. Contohnya, satu arteri kecil yang diselaputi plak menjadi rapuh dan mungkin mudah pecah, manakala hipertensi pula meningkatkan tekanan pada dinding arteri. Akhirnya, dinding yang rapuh mungkin ditembusi, lantas mengeluarkan darah ke tisu-tisu di sekitar.

Strok Iskemia

Bagaimanapun, kebanyakan strok yang berlaku ialah strok iskemia. Strok iskemia disebabkan oleh salur darah tersekat yang secara tiba-tiba memperlahankan atau menghentikan aliran darah ke otak. Lapan puluh peratus daripada semua strok termasuk dalam kategori ini.

Biasanya, sekatan disebabkan oleh mendapan pada dinding salur darah. Mendapan tersebut, yang dikenali sebagai aterosklerosis, mungkin turut disebabkan oleh penuaan dan hipertensi.

Sekatan tersebut juga mungkin berlaku kerana gumpalan darah yang terlepas daripada arteri aterosklerotik di hulu, satu proses yang dinamakan embolisme.

Serangan Iskemia Sementara (SIS)/ Strok Kecil

Bukan semua strok menyebabkan maut atau kehilangan upaya, ujar Prof. Tan. Seseorang boleh mengalami serangan iskemia sementara (SIS), yang sering dipanggil strok kecil. Strok kecil ialah amaran yang perlu diberi perhatian serius.

SIS bermula seperti serangan strok besar tetapi pulih sendiri tanpa meninggalkan sebarang gejala selepas beberapa minit. ``Bagaimanapun, seseorang yang mengalami SIS mungkin menghadapi risiko serangan strok besar. Semua strok mesti diberi keutamaan dan perhatian penuh,'' tekan Prof. Tan.

Apakah gejala-gejala strok?

Antara gejala strok termasuk:

- Rasa lali atau lemah pada muka, tangan atau kaki, khususnya pada satu bahagian.

- Kekeliruan, masalah bercakap atau memahami pertuturan.

- Masalah penglihatan pada sebelah atau kedua-dua belah mata.

- Masalah berjalan, pening, hilang imbangan atau koordinasi

- Sakit kepala secara tiba-tiba yang teruk dan/atau tidak sedarkan diri

Gejala-gejala tersebut boleh berlaku secara sementara dan sekejap-sekejap atau dalam tempoh yang lebih lama. Bagaimanapun, sekiranya seseorang mengalami mana-mana atau beberapa gejala di atas, beliau perlu menghubungi doktor dan memantau gaya hidup dengan sewajarnya. - Rencana ini adalah sebahagian daripada siri rencana tentang Memahami Strok yang diusahakan oleh Servier Malaysia Sdn. Bhd. sebagai satu projek kebajikan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 03:41 PM | Show all posts
Risiko strok penghidap darah tinggi
Oleh: NAJIBAH HASSAN

PENYAKIT strok atau angin ahmar masih mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga sebagai punca utama kematian manusia selepas penyakit jantung dan kanser.

Penyakit ini yang dikategorikan sebagai penyebab hilang upaya yang paling serius di kalangan orang dewasa bukan sahaja memberi kesan fizikal kepada penghidapnya tetapi juga memberi implikasi pada ekonomi dan psikososial.

Di Amerika Syarikat, dianggarkan terdapat tiga juta penghidap strok yang masih hidup, manakala hampir 0.5 juta pesakit strok yang baru setiap tahun memerlukan sebanyak RM120 bilion (aS$30 bilion) setahun untuk kos rawatan dan pemulihan.

Pakar Perunding Neurologi, Jabatan Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Mohd. Rani Jusoh berkata, meskipun belum ada statistik kebangsaan diperoleh di Malaysia, kira-kira 15,000 pesakit strok dimasukkan ke hospital setiap tahun dan 2,500 pesakit meninggal dunia semasa di dalam wad.

Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Malaya dalam sebuah kelompok masyarakat di daerah Banting, Selangor di kalangan respondens berusia 55 tahun mendapati, prevalens strok di kalangan mereka yang berusia antara 55 hingga 60 tahun ialah 5.5 bagi setiap 1,000 orang.

``Bagi kelompok yang berusia melebihi 70 tahun pula ialah 35 orang dalam setiap 1,000 orang,'' kata Dr. Rani.

Bagaimanapun, di negara-negara maju, insiden strok menunjukkan penurunan sejak tahun 1960-an berikutan langkah-langkah pencegahan dan rawatan hipertensi yang bertambah baik.

Penurunan kes strok turut dikaitkan dengan kejayaan mengawal faktor-faktor risiko strok seperti penyakit jantung, diabetes, tabiat merokok dan obesiti.

``Hipertensi atau darah tinggi merupakan faktor risiko utama yang menyebabkan berlakunya strok kerana risiko seseorang untuk mendapat strok berkait rapat dengan peningkatan tekanan darah mereka,'' katanya.

Risiko menghidap strok bertambah seiring dengan peningkatan tekanan darah.

Kata Dr. Rani: ``Lebih tinggi tekanan darah seseorang, lebih tinggi risiko untuk mereka mendapat strok.''

Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan suatu keadaan di mana bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 meningkat secara berterusan.

Bagaimanapun, seseorang itu hanya diklasifikasikan sebagai penghidap hipertensi setelah ujian ulangan dilakukan berkali-kali.

Mereka yang mempunyai bacaan tekanan darah melebihi daripada paras biasa hanya sekali tidak diklasifikasikan sebagai penghidap hipertensi.

Hipertensi dikenal pasti sebagai punca terhadap pelbagai penyakit kronik yang kerap berlaku. Ia tidak memilih jantina di kalangan penghidapnya.

Secara purata dianggarkan satu pertiga penduduk negara-negara dunia menghidap hipertensi.

Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan sesetengah penduduk negara itu terutama keturunan Afrika dan Caribbean mempunyai kekerapan menghidap hipertensi yang lebih tinggi.

Statistik Hospital Kuala Lumpur pula mendapati 58 peratus pesakit yang dirawat di hospital itu menghidap hipertensi.

Berdasarkan 293 kes strok yang dimasukkan ke HKL pada 1995, 55 peratus terdiri daripada lelaki, manakala 45 peratus adalah wanita.

Tekanan darah tinggi menyebabkan berlakunya proses aterosklerosis iaitu pembuluh darah menjadi sempit, mengeras dan kurang anjal.

Aterosklerosis ini berlaku pada semua pembuluh darah.

Bagaimanapun, jika ia berlaku pada pembuluh darah yang halus ia mengakibatkan pembuluh darah rosak dan pecah.

Dr. Rani memberitahu, pesakit hipertensi yang memantau masalah kesihatan mereka dengan menurunkan kadar tekanan darah sekurang-kurangnya 10 hingga 12 sistolik dapat mengurangkan risiko strok hingga 30 peratus.

``Keberkesanan pemantauan tekanan darah ini dapat dilihat dalam masa dua tahun selepas rawatan. Selain strok, pemantauan hipertensi juga dapat mencegah serangan jantung sebanyak 16 peratus,'' ujarnya.

Menyentuh faktor umur, Dr. Rani menjelaskan bahawa hipertensi lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang berusia 55 tahun ke atas.

Namun, itu tidak bermakna hipertensi tidak dihidapi di kalangan mereka yang kurang daripada umur tersebut.

* Punca hipertensi

Hipertensi berpunca daripada pelbagai sebab termasuk:

* Hipertensi essential (genetik). Ia mungkin disebabkan oleh penyempitan pembuluh darah yang mengakibatkan jantung terpaksa berdegup lebih kuat untuk membolehkan pengaliran darah.

* Hipertensi sekunder. Hipertensi akibat penyakit seperti penyakit buah pinggang atau gangguan hormon.

Dr. Rani berkata, setiap hari jantung akan berdenyut lebih daripada 100,000 kali. Setiap kali ia berdenyut, darah akan dipam dari jantung ke pembuluh darah. Keadaan ini meningkatkan tekanan dalam arteri.

Di antara degupan jantung, tekanan darah dalam pembuluh darah akan menurun.

Tekanan darah direkodkan dalam dua nombor contohnya, 120/80.

Nombor yang pertama, 120 (sistolik), adalah tekanan darah terhadap dinding pembuluh darah apabila proses degupan jantung berlaku, manakala nombor kedua, 80 (diastolik) adalah tekanan pada pembuluh darah ketika jantung berehat antara degupan jantung.

* Definisi serangan strok

Strok adalah kecederaan pada otak yang berlaku apabila bekalan darah pada sebahagian otak terganggu atau saluran darah pecah.

Berapa serius kesan serangan strok bergantung kepada bahagian otak yang tercedera.

Selepas serangan, biasanya individu terbabit akan mengalami kelumpuhan pada salah satu bahagian tubuh atau mengalami kesukaran bergerak, bercakap atau berfikir.

Menurut kajian, dianggarkan antara 40 hingga 90 peratus pesakit strok menghadapi masalah hipertensi sebelum mendapat serangan strok.

Hipertensi akan menyebabkan dinding pembuluh darah mengalami tekanan yang akhirnya berlaku strok atau pendarahan.

Di Amerika Syarikat, dalam tempoh 40 tahun lalu, kadar kematian akibat strok buat julung kalinya meningkat pada tahun 1993.

Persatuan Kebangsaan Strok negara itu mendapati peningkatan kes ini adalah ekoran kegagalan pesakit mematuhi arahan pengambilan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor bagi mengawal hipertensi.

* Jenis-jenis strok

* Ischaemic stroke. Strok jenis ini berlaku apabila pembuluh darah yang membekalkan darah ke otak tersumbat yang mengakibatkan pengaliran darah terhenti secara tiba-tiba atau menurun secara mendadak.

Dianggarkan 80 peratus kes strok yang berlaku adalah daripada kategori ini.

Sumbatan pada pembuluh darah ini disebabkan oleh pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah.

Pengumpulan lemak ini yang mengandungi kolesterol dikenali sebagai aterosklerosis.

* Hemorrhagic stroke (strok pendarahan). Pembuluh darah dalam otak yang pecah akibat pembengkakan pada dinding pembuluh darah yang lemah.

Pembuluh darah yang pecah ini mengakibatkan kerosakan pada otak.

Kolesterol dan tekanan darah tinggi dikatakan sebagai faktor penyumbang yang menyebabkan hemorrhage strok.

* Gejala

Gejala strok muncul secara tiba-tiba yang membawa kesan-kesan berikut:

* Kelumpuhan pada sebelah anggota tubuh seperti muka, tangan dan kaki

* Keliru, kesukaran bertutur atau memahami pertuturan

* Kesukaran melihat pada salah satu atau kedua-dua belah mata

* Kesukaran berjalan, rasa pening atau hilang keseimbangan dan koordinasi

* Sakit kepala yang amat sangat tanpa sebab yang diketahui.

* Sebab-sebab lain strok

Selain hipertensi, risiko strok juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:

* Kegemukan

* Diabetes

* Penyakit jantung

* Mereka yang mempunyai kelainan pada pembuluh darah (Arterivenous Malformation).

Dianggarkan 20 hingga 25 peratus daripada pesakit strok meninggal dunia dalam tempoh satu bulan selepas serangan.

Serangan strok boleh mengakibatkan pesakit mengalami kelumpuhan, tidak sedarkan diri, koma atau menghadapi masalah penjagaan diri.

Hanya segelintir pesakit dengan anggaran 10 hingga 15 peratus dapat pulih dengan baik.

Bakinya, antara 65 hingga 75 peratus orang yang terkena serangan strok akan pulih pada tahap sederhana dan mengalami masalah seperti gangguan bertutur, berjalan dan sebagainya.

Bakinya antara 15 hingga 20 peratus berada pada tahap yang serius seperti hilang upaya dan terpaksa bergantung kepada orang lain.

* Langkah mencegah strok

Strok boleh dicegah dengan mengawal faktor-faktor risiko seperti:

* Memantau hipertensi dengan membuat pemeriksaan tekanan darah setiap enam bulan sekali

* Menghindarkan tabiat merokok

* Menjalani gaya hidup sihat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2006 05:59 PM | Show all posts
Memulihkan pesakit - STROK

[/img]
Infark akibat saluran darah tersumbat.
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh NAJIBAH HASSAN

SECARA umum, tidak ramai di kalangan kita yang mengetahui tentang kaedah rawatan atau proses pemulihan sesuatu jenis penyakit dengan mendalam sehinggalah kita sendiri atau ahli keluarga yang menghidapinya.

Kurangnya maklumat atau pengetahuan berhubung sesuatu jenis penyakit menyebabkan kita beranggapan bahawa penyakit yang dihidapi itu sukar untuk dipulihkan atau sekurang-kurangnya diminimumkan.

Bagi penyakit yang serius seperti strok atau lebih dikenali sebagai angin ahmar, pesakit sebenarnya berpeluang dipulihkan sekiranya mereka menjalani proses pemulihan yang betul dan tepat.

Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali berkata, meskipun proses pemulihan ini tidak dapat menjadikan keadaan pesakit kembali normal seperti sebelum serangan strok, sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan komplikasi akibat strok ini.

Menurut beliau, kurangnya pengetahuan di kalangan ahli keluarga pesakit strok menyebabkan proses pemulihan mereka tidak sempurna.

``Proses pemulihan yang tidak sempurna ini menyebabkan hampir sebahagian besar pesakit tidak dapat dipulihkan.

``Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan peluang pesakit untuk pulih semakin tipis,'' katanya.

Strok merupakan salah satu daripada penyakit gangguan fungsi otak yang berlaku secara tiba-tiba.

Penyakit vaskular ini biasanya berlaku kepada individu yang berumur 45 tahun ke atas akibat beberapa faktor risiko.

Ini termasuklah hipertensi, diabetes, tabiat merokok dan paras kolesterol yang tinggi.

Terdapat dua jenis strok yang berlaku di kalangan mereka yang telah berumur iaitu:

* Infark - iaitu kematian suatu tisu pada kawasan kecil setempat yang berlaku akibat kekurangan bekalan darah yang tidak mencukupi.

Dianggarkan 80 peratus kes strok berlaku akibat infark.

Infark berlaku apabila salah satu saluran darah yang membawa oksigen ke otak tersumbat.

Ia terbahagi kepada dua iaitu:

a) Trombotik

Ia disebabkan oleh pembekuan darah dalam salah satu saluran darah.

Darah beku ini mengakibatkan aliran darah tersumbat, tetapi tidak pecah.

Pembekuan darah ini berlaku akibat pengumpulan kolagen dan kolesterol di dinding saluran darah.

b) Embolik

Strok embolik berpunca daripada serpihan darah beku yang mengalir dari satu tempat ke tempat yang lain.

Contohnya, dari jantung atau salah satu daripada saluran darah di leher ke saluran darah di otak.

Pendarahan

Dianggarkan 20 peratus daripada kes strok berlaku akibat pendarahan.

Pendarahan berlaku apabila salah satu daripada saluran darah pecah di otak.

Antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya pendarahan ialah:

a. Hipertensi yang tidak terkawal

b. Kelainan pada saluran darah sejak lahir, iaitu aneurisme atau pembengkakan atau benjolan pada dinding saluran darah yang menyebabkan ia pecah.

c. Arterivenous Malformation (AVM)

d. Kelainan pada proses pembekuan darah

Sel-sel otak dapat diselamatkan sekiranya pendarahan yang berlaku dalam saluran darah otak ini dapat dikeluarkan dengan segera.

Bagaimanapun, lokasi dan jumlah pendarahan juga diambil kira sebelum pembedahan dilakukan bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Strok atau juga sebenarnya dikategorikan sebagai serangan otak yang menyebabkan gangguan peredaran darah di otak merupakan pembunuh ketiga di Amerika Syarikat dan penyebab utama ketidakupayaan.

Menurut Prof. Raymond, meskipun proses pemulihan ini tidak dapat menjadikan pesakit kembali pulih kepada asal, sekurang-kurangnya dengan proses pemulihan yang betul ia dapat mencegah komplikasi strok.

Komplikasi strok ini berlaku ekoran pesakit yang telah hilang upaya dan tidak mampu untuk mengurus diri mereka.

Antara komplikasi pesakit ialah:

Tekanan pada kulit

Tekanan pada kulit ini lama-kelamaan boleh mengakibatkan radang kulit dan akhirnya kudis kulit.

Bagi mengatasi masalah ini, kedudukan pesakit perlu diubah setiap dua hingga empat jam sekali.

* Kekejangan otot yang mengakibatkan kontraktur. Fibrosis tisu otot yang menyebabkan penyusutan dan pemendekan otot.

Keadaan yang kekal ini boleh menyebabkan urat tendon putus kerana tiada sebarang pergerakan dilakukan.

* Radang paru-paru (pneumonia)

* Jangkitan saluran kencing

* Darah beku pada pembuluh darah akibat tiada proses pengepaman darah dan tekanan dari kaki untuk menghantar darah ke jantung (Deep Vein Thrombosis - DVT).

* Kemurungan

*Hilang pekerjaan

* Paru-paru berair

* Serangan jantung

* Ulser perut

Tekanan emosi dan ubat-ubatan yang dimakan boleh mengakibatkan pengeluaran asid secara berlebihan dari perut.

* Kekurangan zat makanan

Pesakit yang tidak boleh menelan dan terpaksa mendapat makanan melalui tiub menyebabkan mereka kurang mendapat zat makanan yang diperlukan tubuh.

* Kegagalan buah pinggang

Pengambilan air yang tidak mencukupi dan pengambilan ubat-ubatan boleh mengakibatkan ketidakseimbangan elektrolit dan akhirnya menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Kaedah pemulihan

Secara purata, pesakit hanya perlu berada di wad antara tiga hingga tujuh hari sahaja.

Dalam tempoh tersebut penjaga akan didedahkan dengan kaedah-kaedah serta teknik-teknik yang betul berhubung penjagaan pesakit semasa di rumah.

Dianggarkan 90 peratus proses pemulihan dijalankan di rumah pesakit.

Selain memudahkan keluarga pesakit, ia juga bertujuan supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada hospital.

Ini kerana lebih lama pesakit tinggal di wad, lebih lama tempoh pemulihan mereka kerana terdapat lebih banyak komplikasi, terutamanya jangkitan.

Bagi mencapai matlamat ini, kontraktor binaan yang berpengalaman akan membuat lawatan ke rumah pesakit bersama jurupulih cara kerja (occupational therapist) untuk membuat pengubahsuaian sebagai kemudahan pesakit untuk bergerak.

Pasukan pemulihan strok yang terdiri daripada pakar-pakar saraf perubatan, pegawai perubatan, jururawat, pegawai fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan akan terlibat dalam proses pemulihan ini.

Selain itu, pegawai kebajikan, pakar pemakanan, ahli farmasi dan jururawat penjagaan di rumah tidak terkecuali.

Pesakit yang tinggal di kawasan dalam ling-

kungan 20 kilometer dari HUKM berpeluang mendapat khidmat jururawat penjagaan di rumah ini.

Kaedah pemulihan akan diberi bergantung kepada kepakaran yang dimiliki dalam pasukan strok ini.

Pakar perubatan yang mengetuai pasukan ini akan bertindak memberi pendidikan dan kaunseling kepada pesakit dan keluarga mereka.

Jururawat pula berfungsi memastikan supaya pesakit tidak mendapat komplikasi semasa tinggal di wad.

Selain itu, kebersihan pesakit seperti menggosok gigi, membersihkan najis antara aspek penting juga perlu dititikberatkan.

Bergantung kepada keperluan pesakit, mereka mungkin memerlukan:

Tilam beralun

Tilam angin yang boleh mengembang dan mengempis mengikut masa supaya tekanan pada tilam berubah-ubah.

* Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis)

Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.

* Pesakit yang tidak boleh menelan terpaksa menggunakan tiub yang dimasukkan ke dalam hidung dan terus ke perut bagi mengelakkan berlakunya pneumonia dan kekurangan zat makanan.

Alternatif untuk tiub ini ialah tiub yang ditebuk ke perut yang dikenali sebagai Percutaneous Endoscopic Gastrostomy (PEG) tube.

* Bagi mengelakkan kekejangan dan kaku otot, pesakit dan ahli keluarga pesakit dilatih cara-cara yang betul untuk mengalihkan kedudukan pesakit, membawa ke tandas, mengangkat dan sebagainya.

* Jurupulih cara kerja akan membuat penilaian sama ada keadaan rumah pesakit sesuai untuk mereka ke tandas, katil dan sebagainya.

Mereka juga akan membuat penilaian sama ada pesakit memerlukan alat-alat bantuan berjalan seperti tongkat, kerusi roda dan lain-lain.

* Pesakit yang menghadapi masalah gangguan pertuturan dan pemahaman dalam berkomunikasi akan dibantu oleh pakar pertuturan untuk bertutur.

* Bagi memastikan pesakit mendapat zat makanan yang mencukupi, pakar pemakanan akan menganggarkan keperluan kalori yang diperlukan.

* Pada masa yang sama, ahli farmasi akan menasihatkan pesakit supaya mengambil dos yang betul.

Sekiranya pesakit memerlukan bantuan kewangan, pegawai kebajikan akan berusaha mendapatkan bantuan kewangan untuk keperluan pesakit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 02:41 PM | Show all posts
sebenarnya stroke@angin ahmar ni penyakit dr neraka..sebagai umat islam kita digalakkan membaca satu surah khas utk mengelakkannya(x sure surah/ayat apa)..cukup sekadar membacanya sekali seumur hidup..wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2006 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by cydekick at 13-4-2005 08:11 AM
Saya dpt dari email (dpd gaya bahasa, spt dari Indonesia)
boleh sapa2 sahkan.. betulkah praktis spt ini?

Pertolongan Pertama Pada Stroke
(Dengan cara mengeluarkan darah pada hujung jari tanga ...



hehe.. ini mitos dan lagenda candi brobudur.. yg kelakarnya.. camna nak confirm yg sipesakit ni jatuh sbb stroke? bole jadi dia pitam sbb lain...? bawa je spital tak yah cucuk2 telinga buat siksa orang tu.. je..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 01:03 PM | Show all posts
a'kum...

Cubalah rawatan metafizik Aura di setapak. Manalah berkesan buat angin jahat itu.


wasalam...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 02:37 AM | Show all posts
jika berminat utk berubat secara herbalogi yakni dgn mengamalkan herba,pm saya.
saya boleh syorkan herba terbaik utk masalah ini.murah shja.minyak but2 adalah salah satu produk herba saya.
Reply

Use magic Report

Adsham This user has been deleted
Post time 6-8-2006 02:12 AM | Show all posts

Penawar kepada stroke.

Salam sejahtera.
Saya ingin berkongsi kepada semua tentang suatu makanan kesihatan iaitu susu IgG dalam memulihkan pesakit yg menghidap stroke. Daripada testimoni yang kami perolehi, pesakit yang menghidap stroke telah menunjukkan kesan yang positif selepas pengambilan susu IgG ini.


En Ahmad Ibrahim
Menghidap angin ahmar dan lumpuh selama 2 tahun serta tidak jelas petuturan. Allhamdulilah, selepas mengambil susu igG, kesihatan beliau semakin pulih.

Pn. Jamaah Hashim
Minum IgG 4 peket dan sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki. Menghidap lumpuh dan angin ahmar sejak 15 tahun, tidak mampu menggerakan anggota.

En. Azman Ali
Minum Igg 10 peket dan kesihatan semakin baik dan dapat tidur lena sehingga pagi. Menghidap darah tinggi, stroke dan lumpuh.

Kesemua testimoni telah kami 'burn'kan dalam CD sebagai bukti keberkesanan susu IgG. Untuk info. lanjut SMS kepada saya

[ Last edited by  blackmore at 31-8-2006 03:12 PM ]
Reply

Use magic Report

alico This user has been deleted
Post time 10-8-2006 09:22 AM | Show all posts

angin ahamar

Originally posted by gelupur at 3-8-2006 02:41 PM
sebenarnya stroke@angin ahmar ni penyakit dr neraka..sebagai umat islam kita digalakkan membaca satu surah khas utk mengelakkannya(x sure surah/ayat apa)..cukup sekadar membacanya sekali seumur hid ...


a, kum maf sekira nya  x betul  surah yang di maksudkan  ia lah  ALLRAH MAN
pak ali pun merawat pesakit segegini tapi sesaorang bila terkena penyakit ini amat sensitif, apa yang perlu pesakit mesti kurang kan kolistrol dalam darah
oleh sebab kolistrol lah pembuluh darah yang halus ter sumbat apa bila jntung mengepam . bisa nya pengidap pnyakit ani tak boleh makan terlalu msim hti lembu dan semua jenis ogren dalaman haiwan, dagin trlmpau banyak dan kuran tidor, pendek kata kena lah kita menganal kan cara hidup sihat tu yang penting
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by Adsham at 6-8-2006 02:12 AM
Salam sejahtera.
Saya ingin berkongsi kepada semua tentang suatu makanan kesihatan iaitu susu IgG dalam memulihkan pesakit yg menghidap stroke. Daripada testimoni yang kami perolehi, pesakit yang  ...


wahh.. cam menarik info ni..
tapi makcik aku dah masuk kotak ke2, tapi masih tak ok lagi...
hopee lps ni ok ler diaa..  :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 06:42 AM | Show all posts

Stroke

Nak kongsi pengalaman...

Bapa saya diserang stroke pada Jun 2004.. sebelum kena stroke tu... dia kena serangan jantung utk pertama kali. Dah admit kat wad CRW.

Masa dia kena stroke tu sebab dia bangun tido terus je jalan sebab dia perasan macam hujan, nak angkat seluar dia. Jalan 4 - 5 tapak terus tumbang.
Tak boleh bangun, pastu kitaorg realise dia mati sebelah badan (kanan). Nak bawak gie sepital dia dah x mau dah... maklum lah org tua, susah sikit...

Jadi saya cari la rawatan alternative, saya jumpa plak dgn my ex-boss. Dia buat pusat rawatan CVT Aura 7. Dari keterangan dia, saya pun cuba. Alhamdulillah, 3 kali rawatan dia dah beransur-ansur pulih.

Cara-cara rawatannya,pada waktu malam Saya rendamkan bapak saya tu dalam tong, pastu isi garam kasar, kapur, belerang dan ais yg banyak kemudian titik kan Seri Wajah tadi... waktu siang saya buat rawatan yg sama tapi rendam kaki je... alhamdulillah, seminggu lepas tu dia dah jalan balik.

Produk tu saya x pandai nak terangkan kat sini, sesiapa yg nak cuba pm saya. Nanti saya beri contact no pusat rawatan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

tontoman This user has been deleted
Post time 9-10-2006 01:28 AM | Show all posts

Nak kongsi pengalaman

Emak aku pun penah kena strok...mild stroke...memang tak sedar sgt dari mula dia kena...
Seingat aku sblm dia kena, dia asyik nak tido jer, kuat termenung, kdg2 cpt sensitive...last bile kiotrng tgk dia dah makin susah gerakkan tangan...bawak la pi jumpa doc. Last2 doc ckp memang kena strok, tp tak kuat sgt...

So, antara rawatan yg penah ditry,

1) Doc bg ubat pencair darah...lps tu kencing manis, darah tinggi, mesti regularly buat test...make sure tak lebih..sbb mak aku ni rasenya dpt strok dr kenicng manis...memang teruk kencing manis ni, skali kena, dtg lain2 penyakit pelik...

2) Buat exercise...aku ade suh mak aku buat weight training nk kuatkan muscle tangan dia...memang ade perubahan...tak sampai sebulan, tangan dia dah boleh angkat...

3) Yg terbaru, kitorng ader try buat acupuncture...memang nampak perubahan buat benda ni...selera makan ok...dah tak tido lagi...pendek kata dah makin cergas...tangan pun dah bertambah kuat...baru lagi buat acupuncture, tak smpi 2 mgu...acupunture yg cucuk jarum mungkin tak sesuai utk mak aku pasal dia ada kencing manis, takut lain plak jdnya...kitorng guna yg probe electric punye...konsep acupuncture nyer lain sikit...tp acupoint same jer...

p/s: Sapa tau ayat yg elak angin ahmar tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 12:57 AM | Show all posts


sajer nak naik kan thread ni..
takde sesaper lagi ke ada idea nak ubatkan stroke ni??.
dengar citer ada org terror kat area beranang...
ada sesaper tau info detail pasal org ni x??.. :hmm:

:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 04:13 PM | Show all posts
Ayah saya pun kena strok 2 tahun yg lepas, dia kena masa tidur...bangun tidur kedua-dua mata kabur dan jadi pelupa. Sampai nak  ke bilik air pun x ingat . kami bawa dia ke hospital, Dr. bagi ubat. Keadaan bertambah teruk dan terpaksa masuk wad seminggu. Alhamdulilah keadaan sekarang bertambah pulih...ingatan pun 85% ok, cuma mata kiri sebelah tepi tak nampak...


Setakat ni saya berusaha dengan bermacam-macam cara, pantang orang beritahu mesti cuba...

1) urut
2) Rebus mayang kelapa yg. orang buat air NIRA (yang ni kena pi cari orang panjat pokok untuk buat air NIRA)
3) Ubat Hospital/jumpa pakar mata
2) Makan Spirulina Elken (Tidak pernah putus sampai le ni)
4) IGG Plus

ni jerlah yang saya ingat.

Sapa tau camna cara nak pulih mata kiri  ayah saya yang tak nampak tu...dah pi pakar mata dia bagi ubat titik dan tunggu setahun, dah lebih setahun tapi x pulih sepenuhnya lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 11:18 AM | Show all posts

Ayat elak stroke atau angin ahmar

Baca surah Al-Kahfi setiap malam jumaat bagi yg larat. Ada yang tulis surah ini atas pinggan dan minum air dari pinggan tersebut. Surah ni panjang beb...tak salah 20 minit bagi yg lancar. Saya lihat ada sorang pesakit stroke ditempat saya tinggal...tiap2 hari di gi jalan panjat bukit...now dah boleh berlari.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 01:50 PM | Show all posts
firstly, sorry mod bcoz saya 'up' balik thread nie.. saya nk mntk pndgn/pndapat kwn2 kt sini..
hr khamis lps mak saya rasa sakit kepala sgt.. & dia kerap tanye soalan yg sama berulang kali.. so, my sister hntr ke hosp (govmnt hosp).. doc kata tekanan darah dia tinggi.. 176/90.. sblm nie tekanan darah dia x penah tinggi cmnie.. tiap2 kali cx kt klinik, tekanan darah dia okay.. doc kata x de ape2 masalah.. saya still x leh terima jwpn doc tu.. x kan mak saya dlm keadaan mcm tu dia kata x de ape2.. dia just bg ponstan kt mak saya & suruh rehat..

lps sakit kepala mak saya berkurangan, dia dh mula ingat semula.. mak saya kata dia rasa mcm mimpi.. doc suruh buat appointment utk buat CTScan.. appointment tu lak dlm masa 2 minggu.. x sampai rasanye hati saya nk tggu 2 minggu br nk buat CTScan.. dgn tgk keadaan dia yg x brp nk ingat tu.. kesian sgt..

ptg tu, lps kuar dr hosp tu saya call KJMC (Kelana Jaya Medical Centre) & tanye psl CTScan nie.. peg. perubatan kt situ suruh saya bwk mak saya pagi keesokan hari.. lps citer dgn doc ape yg jd kt mak saya.. doc kata short term lost memory tu salah satu simptom stroke.. Ya Allah.. mcm manelah doc kt hosp yg saya pegi mula2 tu kata x de ape2.. nasib baiklah mak saya x ape2.. result CTScan tu normal.. Alhamdulillah.. doc kt KJMC tu bg aspirin 100mg untuk prevent stroke.. ubat tu perlu diambil seumur hidup..

saya nak tanye pd kwn2 yg ade experience mcm saya nie.. perlukah ubat tu diambil seumur hidup?..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.082069 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list