CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9610|Reply: 32

`MENGAPA SAYA BERPELUH?

 Close [Copy link]
Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 20-6-2005 06:38 PM | Show all posts |Read mode
ello sumer

erm kali ni aku rasa bengang giler sebab aku tak dapat pikir macamana nak tutup cerita ni dengan baik..suddenly emosi aku jadik tak menentu...erm elok2 aku tulis..last2 aku rasa mcm kacau semacam....huhuhuuh..sedihnyaa....

jadi kali ni aku pikir ending citer aku tersangat lah lemah..geram pulak setelah aku pikir2...so any comment..pls reply here...thank you:ketuk:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 20-6-2005 06:38 PM | Show all posts

MENGAPA SAYA BERPELUH?

Kuliah Kriminologi tamat sepuluh minit lewatnya,aku rasa macam ingin cubit-cubit perut pensyarah yang boroinya seperti perempuan mengandung tujuh bulan itu.Mana tidaknya,mulutnya asyik bercakap tak henti-henti;mulut jenis apakah ini,tanya kawan aku.Oh tuhan!Sudahlah dewan kuliah ini panasnya macam celaka,keluar saja sambil bergegas ke pavement yang terletak sepuluh meter dari pintu dewan,aku sudah mula berpeluh.

Pusing satu blok,lintas sini,pintas sana,pusing setengah blok lagi,baju yang aku pakai sudah tidak dapat diselamatkan lagi,lenjun macam baru langsai maraton.Aku sampai di makmal Patologi awal setengah jam,ada empat orang semuanya,perempuan belaka.Tiga orang duduk bergasak mengumpat di bahagian hadapan,seorang lagi di meja paling belakang.Ahah,perempuan Melayu.Seorang gadis Melayu di Idaho.Ini kali pertama aku masuk makmal Patologi.Dan ini kali pertama aku nampak gadis Melayu masuk makmal Patologi.Sungguh mengharukan.Aku buat selamba dan masuk menonong kebahagian belakang sekali,duduk di bawah kipas yang ligat berputar,tepat-tepat sebelah perempuan anak entah siapa ini.

Jadi perempuan itu terkejut macamlah aku ingin tarik tudungnya yang labuh itu,aku pun buat-buat muka comel dan menuding ke arah atas sana.
"Er,kipas.Panas.Atas.Hehehe,"
Dia memandang baju aku yang basah depan belakang,dan tersenyum.
"Kesian.Mahu tisu?",pelawanya sambil membuka beg tangan.
"Mahu juga,tapi malu,"
"Kalau mahu tak perlu malu encik,nah ini,kesian betul,"
Aku terkedu,tapi masih lagi mahu berlagak segak,aku berjalan ke arahnya mahu ambil tisu itu,terdengar macam ada orang mengumpat aku di hadapan.Saat aku mahu ambil tisu itu dari tangannya,ah,tiba-tiba saja setitis peluh aku dari dahi jatuh menitik atas tangannya!

"Ops ops!"
"Ah ah!"
"Eh eh!"
Aduh,malunya!Aku sudah kata yang aku mahu tapi malu!Oh bagaimana mahu berhadapan dengan perempuan ini?Perempuan itu pula terkejut macamlah aku letak bom atas tangannya,masa membeku seketika macam filem Matrix.Tanganku mengeras macam krem.Sungguh tidak disangka.Sungguh tidak disangka-sangka.

Dan untuk pertama kalinya aku tunduk depan seorang perempuan untuk meminta maaf macam cerita-cerita jepang,"Maaf!"(Tidak tahu dari mana aku belajar untuk melakukan itu.)Dan untuk pertama kalinya aku mengesat peluh aku yang setitis itu atas tangannya,pertama kali seumur hidupku.Kali ini aku beranikan diri memandang wajahnya tapi takut-takut juga.Dia tertunduk malu-malu,dan mendongak ke atas,aku pula jadi malu-malu,"Maafkan saya,saya patut minta maaf,"lafazku,kesal.

"Tapi kenapa?Kenapa perlu minta maaf?"dia bertanya macam mahu perli aku saja.
"Fasal peluh itulah,"jawab aku pendek.
"Tapi bapak saya bilang lelaki yang berpeluh ialah lelaki yang seksi,"
"Begitukah?"
"Agaknya,"dia ketawa kecil,hati aku mula rasa senang,dan sudah boleh tersenyum besar.
"Jangan perli saya,"
"Tapi..saya fikir..awak memang...seksi..."
"Erk!"

Sekuen Satu:
Surat Juzoh kepada Hibiki


Hibiki!
Percayakah kamu kepada perkataan yang bapamu lafazkan itu?Katakan perkara yang sebetul-betulnya kepada saya,kerna saya sudah terseksa setiap hari menanggung kesan lafaz kalimatmu yang tajam itu.Saya adalah seorang laki-laki yang tidak bisa menyembunyikan perasaan saya tatkala kamu berkata saya adalah seorang lelaki yang seksi,hati saya libang-libu memikirkan apakah kamu punya maksud yang tersembunyi disebaliknya.Kamu tidak tahu betapa gusarnya saya,kamu tidak tahu.....

Hibiki!
Saya tidak pernah menyalahkan kamu walaupun tidur saya tidak lena dan menjadi semakin tidak lena apabila terkenangkan wajahmu.Ya!Kamu bilang saja saya seorang pria yang gila,saya memang iseng kerana tak mahu makan,tapi saya tidak berasa lapar sedikitpun.Saya asyik terkenangkan kamu dan teringat-ingat saat apabila setitis peluh saya jatuh atas telapak tanganmu,dan itulah saya mengganggu saya sekarang!Maafkan saya Hibiki.Sejujurnya saya tidak yakin kamu akan dapat memaafkan saya atas perkara bodoh yang terjadi itu...

Hibiki!
Satu saja saya pinta darimu,yakni peneranganmu yang bersih,atas pengucapanmu tempoh hari,kerana saya tidak akan puas selagi belum ada perutusan darimu.Katakan dengan sejelas-jelasnya,agar tiada yang kusut lagi bersimpul di pemikiranku.Kalau saja kamu tahu..tapi kamu tidak tahu..kamu tidak tahu....

Sekuen Dua:
Surat Hibiki kepada Juzoh


Juzoh....
Maafkan saya,kerna perkataan yang saya lafazkan tempoh hari ternyata sekali menimbulkan kacau terhadapmu.Saya berasa sungguh hina kerana mengeluarkan perkataan itu,tetapi apakan daya saya hanyalah seorang perempuan yang tidak tahan lagi ingin menyatakan perkara yang sebenarnya,saat kamu mula-mula masuk ke tempat itu saya sudah mula menyukaimu!Benar,Juzoh!Inilah kebenarannya!

Jadi kamu panggil saja saya seorang wanita yang mereng,kerna berkelakuan seperti ini yang memang selayaknya tidak harus dilakukan oleh anak gadis seperti saya.Tapi bagaimana harus saya menyatakan itu kepadamu saat hati saya ingin benar mengenalimu?Hatiku sepertimu juga Juzoh,meronta-ronta ingin pinta kasihmu tapi saya hanya seorang yang nihil tak mampu memulakan langkah pertama!

Juzoh....
Jantung saya berdegup deras saat kamu berjalan ke arah saya,dan jadi makin kencang bila kamu berada ditepi saya,malah terasa ingin luruh detik kamu memandang dan berbicara dengan saya.Tatkala peluhmu menitik di atas telapak tanganku,aku terasa yang jantungku sudah berhenti berdenyut,memikirkan betapa dinginnya peluhmu!Oh Juzoh!Saya telah berterima kasiih kepada Tuhan kerana mempertemukan kita,dan besarlah hati saya ini jika kamu dapat membalas surat saya ini,katakan saja jika kamu terasa kaget dengan isi suratku ini.

Sekuen Tiga:
Surat Juzoh kepada Hibiki


Hibiki!
Cintakah kau kepada saya?Setelah membaca suratmu berkali-kali,saya tidak ketemu akan jawapannya.Saya ini terlalu nihil dan kosong,saya tidak dapat menafsirkan perasaanmu terhadap saya.Sungguh!Bagaimana begitu Hibiki?Kamu baru saja bertemu denganku sekali,dan kamu tidak tahu lagi akan asal usulku,dari mana diri saya datang dan ke mana akan saya melangkah selepas ini....

Hibiki!
Kalau saja kamu mencintai saya,maka saya juga sanggup menerima kasihmu,kerana saya berasa sungguh sepi keseorangan di sini tanpa ada teman disisiku.Saya telah lama kembara di Boise ini seorang diri,saat saya mula-mula ternampak kamu di tempat di mana kita bertemu kali pertama,hati saya bergoncang kegembiraan!Akan tetapi saya tidak menunjukkan kepada kamu,Hibiki...dan tidak saya sangka kamu juga begitu...sungguh tidak disangka...

Hibiki!
Aku cuma mahu jawapan ringkas darimu akan soalan ini:Cintakah kamu kepadaku?Jika,sekiranya,seandainya kamu menjawab soalanku Hibiki,jelas sudah bagi saya dan hilanglah segala awan hitam yang menutupi mentari di hati saya...

Sekuen Empat:
Surat Hibiki kepada Juzoh


Juzoh,
aku cintakanmu.
_______________________________________________________________________



Siapa kata perkahwinan ini bertahan lama?Aku sudah mula merasakan kelainannya sejak awal lagi.Dan kelainannya membuatkan aku rasa ia akan tamat lebih awal.Dan jangkaanku tepat belaka.Suatu malam saat aku terjaga dari lenaku,aku berdebar-debar,dan aku turun ke aras bawah,entah mengapa,dan melihat dia sudah tiada.Aku kembali naik ke aras atas dan benar,almarinya telah kosong.Hatiku bertambah kosong mebaca nota singkat yang ditinggalkannya diatas meja:'End of Story'

Jadi begitulah.Cerita ini sama saja seperti cerita-cerita cinta yang biasa,bukan?Aku tidak larat lagi untuk berfikir.Semuanya sudah jelas dan terang.Pagi ini mendung.Biarkan saja.Aku berjalan tanpa arah konon-kononnya untuk menghilangkan kekusutan,tapi aku rasa semakin pening,aku pulang ke rumah.Awan hitam bergerak ke arah selatan,mentari muncul semula,panasnya membahang.Aku sudah mula berpeluh.Aku sudah mula berpeluh lagi.Saat ini aku mahu saja menjerit sekuat-kuatnya.

Langkah makin longlai.Baju sudah basah lenjun.
"Hello encik,".
Aku memandang ke belakang.Perasaanku berdenyut kosong,macam nyawa mahu melayang saja.Untuk kedua kalinya dalam hidup aku,aku tunduk di hadapan seorang perempuan,sejak aku belajar untuk kali pertamanya dahulu,lama sejak aku meninggalkan seorang perempuan yang aku khianati,lama sejak aku biarkan dia menangis keseorangan.....Yuki telah pergi tapi dia telah kembali.

"Mahu tisu?"
Aku mengangguk lemah.
Terima kasih.
Tuhan aku sayangkanMu.


[ Last edited by Mr.Forensics on 20-6-2005 at 06:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 04:09 AM | Show all posts
Originally posted by Mr.Forensics at 20-6-2005 06:38 PM:

MENGAPA SAYA BERPELUH?

Kuliah Kriminologi tamat sepuluh minit lewatnya,aku rasa macam ingin cubit-cubit perut pensyarah yang boroinya seperti perempuan mengandung tujuh bul ...

bagi aku ending tu ok.... pembaca buleh cuba agak sendiri aper seterusnya...  kalo ader sikit gangguan pun, sbb penggunaan saya & aku bercampur2.....  

p/s...cuma aku tak paham part ni...Yuki telah pergi tapi dia telah kembali...yuki maner lak ni.... ke ader part yg aku tertinggal ...
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 21-6-2005 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by galoh at 21-6-2005 04:09 AM:

bagi aku ending tu ok.... pembaca buleh cuba agak sendiri aper seterusnya...  kalo ader sikit gangguan pun, sbb penggunaan saya & aku bercampur2.....  

p/s...cuma aku tak paham part ni...[ ...


:ketuk:
ermmm mungkin jer aku menulis dlm keadaan pening2 hehehe...
selalunya bila aku menulis aku tak rancang plot...aku cuma ader starting dengan ending...kali ni macam mana boleh terpikkiir lebey2 sikit pasal poin,,,,,dah pening memikirkan endiing..:lol

*'penggunaan 'aku' dan 'saya' bercampur2...aku sendirik pun tapaham.!:lol
*Yuki sebenarnya watak yang tak abis aku kembangkan...dier kawin dgn Juzoh...tapi jenis yang tak bertanggungjawab..so satu hari dier telah meninggalkan Juzoh...aku tanak kembangkan watak dier sebab aku nak buat serprais kat pembaca ...erm...:ketuk:tapi tak jadik hehehehe:lol....aku nak pembaca konon2 ingat Juzoh telah kawin dgn HIBIKI dan akhirnya berpisah.......

*ada unsur-unsur gaya penulisan Buya Hamka tang surat tuh kan?P

anyway please comment my writing..thank u!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 01:20 PM | Show all posts
saya lak ingat Yuki perempuan yg telah dia khianati sblm berjumpa Hibiki....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 03:45 PM | Show all posts
Salam,

Walau pun tak berapa kemas, penulisan u ni mcm menarik dan kreatif lak...

Penerbitan di bwh mengalu2kan penulisan kreatif.  Salah seorg penulis di situ ada berkarya ttg gay people.  Mungkin u berminat nak join mereka.

I menulis komen pandai la... he he he

http://neohikayat.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 21-6-2005 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 21-6-2005 03:45 PM:
Salam,

Walau pun tak berapa kemas, penulisan u ni mcm menarik dan kreatif lak...

Penerbitan di bwh mengalu2kan penulisan kreatif.  Salah seorg penulis di situ ada berkarya ttg gay people.  Mu ...

thank you fleursza!
saya dah lawat weblog tuuu..saya rasa sangat teruja nak join tapi saya rasa saya tak layak join diorang!heheheh...

lagik pun saya menulis suka2 jurrr...isi masa yang terlampau banyak kosongnya niii:ketuk:

Walau pun tak berapa kemas...

erm saya ngaku kali ni mmg tak braper kemas!!sakitnya hatikuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 05:12 PM | Show all posts

  • bercelaru sikit... bahagian pendahuluan macam versi Malaysia, masuk bahagian surat, masuk versi Indonesia... lepas tu, baca ending... tup... jadi macam tu... aku baca balik, sebab takut salah watak.. tapi memang betullah nama lain-lain... kiranya, ending dia tak kuat... tak ada klu atau petanda tentang apa jadi antara Hibiki dah Juzoh dan Yuki dan Juzoh.. kompius aku sebenarnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2005 06:04 PM | Show all posts
Originally posted by soda at 21-6-2005 01:20 PM:
saya lak ingat Yuki perempuan yg telah dia khianati sblm berjumpa Hibiki....

hehe....saya ingat yuki nama manja hibiki... :kant:
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 21-6-2005 06:12 PM | Show all posts
Originally posted by galoh at 21-6-2005 06:04 PM:

hehe....saya ingat yuki nama manja hibiki... :kant:


erm nampaknya kena edit balikkkkk cerpen niii
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by Mr.Forensics at 21-6-2005 06:12 PM:


erm nampaknya kena edit balikkkkk cerpen niii

nanti aku bagi komen..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by galoh at 21-6-2005 18:04:

hehe....saya ingat yuki nama manja hibiki... :kant:

terasa gak pelik masa baca tetiba ader nama Yuki tu...tp sbb dia penah kata ader mengecewakan perempuan lain...sbb tu kata Yuki tu yg telah dikecewakan....sblm dia kenal Hibiki.....
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 21-6-2005 07:20 PM | Show all posts
Originally posted by soda at 21-6-2005 06:47 PM:

terasa gak pelik masa baca tetiba ader nama Yuki tu...tp sbb dia penah kata ader mengecewakan perempuan lain...sbb tu kata Yuki tu yg telah dikecewakan....sblm dia kenal Hibiki.....


tak sebenarnya flow citer dier cenggini.....

@juzoh bercinta ngan hibiki
---*juzoh telah meninggalkan hibiki bila mereka tgh syok bercinta
---*juzoh kawin ngan Yuki
---*Yuki meninggalkan Juzoh
---*Hibiki kembali ke Boise,tempat yg mana Juzoh menetap ....
@Juzoh kembali bertemu dgn hibiki..babak bagi tisu tuuu

@-plot yang ader dlm citer
*-plot yang tidak duceritakan

uhukuhuk tatau nak ckp camner kan?
:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by Mr.Forensics at 21-6-2005 19:20:


tak sebenarnya flow citer dier cenggini.....

@juzoh bercinta ngan hibiki
---*juzoh telah meninggalkan hibiki bila mereka tgh syok bercinta
---*juzoh kawin ngan Yuki
---*Yuki meninggalkan  ...

Hibiki la cinta pertama Juzoh....tp kenape tinggalkan Hibiki & kawin ngan Yuki...pastu nape lak Yuki tinggalkan Juzoh..?...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 09:59 PM | Show all posts
ekkk.. banyak plot yg tak citer dr yg citer... ko ingat kiter orang ni nujum ke? tak citer pun buleh tau? hehe...


- juzoh bercinta ngan hibiki
- juzoh telah meninggalkan hibiki bila mereka tgh syok bercinta
- juzoh kawin ngan Yuki
- Yuki meninggalkan Juzoh
- Hibiki kembali ke Boise,tempat yg mana Juzoh menetap ....
- Juzoh kembali bertemu dgn hibiki..babak bagi tisu tuuu


**ijau tu yg citer.. biru tu yg tak citer... pandangan aku la... pilihan yg ko ader skrg...

1.  buat rombakan besar2an utk masukkan plot yg tertinggal tapi kemungkinan akan menjejaskan unsur seprais yg ko rancang....

2.  takyah edit banyak... kekalkan yg ader sekarang tapi terpaksa ubah jln citer sikit mengikut flow tu utk elak pembaca kompius...

paham tak? hehe.. aku pun tak berapa nak paham aper aku cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by galoh at 21-6-2005 21:59:
ekkk.. banyak plot yg tak citer dr yg citer... ko ingat kiter orang ni nujum ke? tak citer pun buleh tau? hehe...




**ijau tu yg citer.. biru tu yg tak citer... pandangan aku la... pilihan  ...

maksud Yang...masuk kan bahagian yg tertinggal....mcm buat flashback la...gitu ekk...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2005 12:31 AM | Show all posts
fenin aku baca... tapi karya yang menarik!
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 22-6-2005 11:28 AM | Show all posts
erm aku ingat ker sumer orang paham hikhik...saperr penah tengok citer sepet kat tv3 tuuuuu....so citer ni lebey kurang sama aaa macam tuuu banayak yg tak diceritakan tapi pengarah dier expect ramai org yang paham hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 11:42 AM | Show all posts
aku rasa macam ada dalam roundabout je.:gila:
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
Post time 22-6-2005 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by galoh at 21-6-2005 06:13 PM:

nanti aku bagi komen..


rajin abg saya nak bagi komen...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.074235 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list