CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116503|Reply: 500

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
Post time 7-7-2005 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Koleksi Media & Article dalam Majalah atau paper


- Yg bulan bulan sebelum nie....takde la yer...cuma bermula dari bulan nie ajer la......

- Kat sini cuma koleksi saja..

HANYA PASTE ARTIKEL...
JANGAN BERBORAK DI SINI....

SESAPA RAJIN PASTE LAH ARTIKEL KAT SINI...
AKU KASI +5 CREDIT PADA YG RAJIN


UNTUK DISCUSS PASAL ARTIKEL TERSEBUT.....boleh bukak lagi satu THREAD


[ Last edited by  ColbyRaikkonen at 30-1-2008 12:24 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2005 10:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2005 10:43 AM | Show all posts
Kembara seni SITI tiada NOKTAH
Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my




DARI London ke Singapura, terus ke Medan dan Jakarta adalah perjalanan alunan suara penyanyi Siti Nurhaliza sepanjang tahun ini, selepas berjaya menawan peminat tanah air di pentas hebat seperti Stadium Putra Bukit Jalil, Istana Budaya serta Dewan Filharmonik Petronas.

Bermula dengan konsert di Royal Albert Hall, London pada 1 April lalu, pengurusan Siti, Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd (SNP) membawa konsep konsert ini mengembara ke Singapura pada 20 Julai, Medan (2 Ogos) dan diakhiri di Jakarta pada Disember nanti.

Siti juga menyusun semula jadual seninya apabila peguam memaklumkan 19 Disember untuk menjadi saksi perbicaraan kes e-mel Siti Nurhaliza membabitkan biduanita Datuk Sharifah Aini, supaya konsert di Jakarta tidak mengganggu tarikh itu.

Katanya, perbincangan mengadakan konsert masih dijalankan dengan penganjur di Jakarta dan mereka menetapkan tarikh antara 16 hingga 20 Disember, sempena Hari Ibu di negara itu.

揝elain memenuhi undangan menyanyi, saya juga sibuk dengan latihan untuk konsert di Singapura serta persiapan album baru yang menggabungkan komposer Malaysia dan Indonesia.

揗emandangkan konsep dan krew yang terbabit adalah orang yang sama ketika di London, latihannya tidak seketat sebelum ke London dulu.

揝elepas itu saya akan ke Medan, Indonesia tetapi konsepnya tidak sama kerana mereka lebih suka lagu bercita rasa Melayu seperti lagu tradisional dan lagu pop yang agak kemelayuan seperti Purnama Merindu.

揔emuncaknya ialah di Jakarta pada pertengahan Disember. Apapun ia masih dalam perbincangan dengan penganjur tetapi kami sudah ada tarikhnya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2005 10:44 AM | Show all posts
Siti Nurhaliza terima anugerah

GEORGETOWN: Penyanyi popular, Siti Nurhaliza Tarudin dipilih menerima Anugerah Tokoh Karyawan Usahawan Muda 2005 oleh Pusat Pengajian Pengurusan (PPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Akademi Pengurusan Asia.

Penyampaian anugerah itu, yang julung kali diberikan kepada penggiat seni oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT), akan diadakan pada Malam Gala Alumni PPP yang dijadual berlangsung di Hotel Equatorial, Pulau Pinang, 23 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Malam Gala Alumni PPP, Prof Madya Dr Yuserrie Zainuddin, berkata anugerah itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada karyawan hiburan yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa.

Katanya, ia juga diberikan kerana PPP USM berpendapat nama Siti Nurhaliza kini sinonim sebagai satu penjenamaan dan memberi fokus kepada pengkhususan.

揚enjenamaan yang dimaksudkan ialah dengan meletakkan dirinya di luar arus perdana iaitu sebagai artis khusus tanpa mencampuradukkan pelbagai kepandaian.

揝iti Nurhaliza hanya dikenali sebagai penyanyi dan memberi impak cukup mendalam kepada kanak-kanak, malahan peminat dewasa.

揓angkauan popularitinya hingga ke Indonesia amat disenangi dan dia berjaya tanpa mencampuradukkan pembabitan dalam bidang lain seperti pelakon, pelawak, dramatis atau model,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2005 11:06 AM | Show all posts
Gamat Dunia Ilusi Siti
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Berita Harian. 7hb Julai



SEKADAR sembilan lagu namun alunan suaranya terlalu berharga. Siti Nurhaliza - kemerduan vokalnya menyentuh hati. Tidak hairan apabila lebih 100 meja habis ditempah walaupun harga tiket yang dikenakan agak tinggi.



NAMUN apalah nilai wang ringgit jika sumbangan adalah untuk membantu pihak yang memerlukan. Benar kata pepatah, ringan sama dipikul berat sama dijunjung. Keprihatinan itu menerbitkan Majlis Makan Malam Amal Dengan Sepenuh Hati Bersama Siti Nurhaliza.

Antara lain, acara tahunan yang menyaksikan inisiatif AEON Co (M) Berhad (dulu dikenali sebagai Jaya Jusco Stores Bhd) adalah tanda sokongan padu mereka kepada Yayasan Tabung Malaysia Dengan Sepenuh Hati.

Objektif utama penganjuran makan malam amal itu baru-baru ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak dan remaja Malaysia yang memerlukan bantuan seperti pendidikan, persekitaran hidup mahupun perubatan.

Seakan mengembara ke alam khayalan, bersesuaian tema - Dunia Ilusi, kemuncak acara diserikan dengan penampilan istimewa duta Yayasan Jusco Malaysia Dengan Sepenuh Hati, Siti Nurhaliza.

Biarpun jarum sudah menghampiri jam 10.30 malam, lebih 1000 tetamu yang hadir tetap setia menanti. Sebagai penyanyi nombor satu negara, kemunculan Siti setia dinanti sekali pun sebahagian besar tetamu akan bekerja keesokannya.

Memulakan persembahan dengan lagu tema, With All Our Hearts yang disampaikan dalam dua versi, Melayu dan Inggeris. Bait lirik yang tersirat makna sudah jelas menyatakan keikhlasan penyanyi tersohor itu dalam menyahut usaha murni yang dijalankan pihak terbabit.

Tidak mahu menghentikan kehangatan momentum yang baru bermula, penyanyi dari Kuala Lipis, Pahang itu meneruskan persembahan dengan irama rancak, Lagu Rindu. Menyusul lagu balada yang tidak pernah jemu dihayati, Bukan Cinta Biasa.

Seakan keindahan malam tidak ingin diakhiri, Siti terus mengalunkan lagu Mandarin, Zheng Fu dan Can抰 Tak My Eyes Of You.

揑nilah malam yang cukup membahagikan Siti. Tetamu yang hadir semuanya sporting dan Siti dapat bergerak tanpa sekatan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2005 06:55 PM | Show all posts
Artikel : Business forum to focus on pop diva

tHE sTAR , FriDay, 15 July 2005


Business forum to focus on pop diva

PENANG: Malaysia's number one pop singer Siti Nurhaliza will become the subject of academic discussion by economic and business management lecturers at a forum in Universiti Sains Malaysia (USM).  

Themed Strategic Positioning and Branding of a Diva: A Case Study of Siti Nurhaliza, the forum is set to be the first scholastic analysis of the Malaysian entertainment industry from a management perspective.

Assoc Prof Dr Fauziah Md Taib, who will be among the panellists, said it would be the first time that Siti Nurhaliza would be analysed as a 搒uccessful product

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2005 06:56 PM | Show all posts
Artikel : The many faces of Siti
The Electric New Paper, Wed, 20 July 2005


The Many Faces Of Siti

SITI Nurhaliza, Malaysia's queen of pop, has made her mark as an artiste who is always prim and proper.

So she caught me off-guard when she answered the phone with 'Ampang police station' when I called her for an interview recently.

A heartbeat later, the Pahang-born singer, who turned 26 in January, burst into giggles before confessing: 'It's Siti, lah'.

She seemed to be in good spirits despite being involved in a legal battle to uphold her 'clean' image.

  
DEFAMATION TRIAL

The singing sensation is in the middle of a defamation trial over an e-mail that is said to have been sent by veteran Malaysian singer Sharifah Aini.

The e-mail in question accused Siti of using witchcraft to enhance her looks and voice and gain popularity.

But Siti, who is in Malaysia's Book Of Records for being the singer with the most music awards (more than 150), is no stranger to scandals.

In 2000, fake nude pictures of her were circulated via e-mail.

She told The New Paper: 'I'm aware that the world of artistes is full of gossip.

'Normally, I would let it be. But this time, I feel it's too much and I can't keep quiet about it,'she said, referring to the court case.

Not surprisingly, the media-savvy Siti - who has been coached by her sister-in-law, a former reporter - declined to comment on Sharifah.

Sharifah is said to have sent the e-mail to a Malaysian university lecturer - her 'adopted brother' - who, in turn, forwarded it to a list of people in Malaysian show business, including reporters, last September.

Among other things, it said she practised black magic by swallowing raw egg yolks before performances.

But Siti defended her actions, saying that it's a common practice among singers - she named Ziana Zain as an example - who want to lubricate their throats and keep their energy up for long performances.

Said Siti, chuckling: '(The e-mail) makes it sound like a scary movie.'

The e-mail also challenged the changes in Siti's appearance over the years.

  
But she replied that her features have become more defined thanks to make-up tricks and digital enhancement.

Indeed, the last time I got a close look at Siti, at a gig at IMM two years ago, her eyes sparkled and her nose had a bridge created by makeup. She had done the make-up herself.

The singer was once the face of Maybelline cosmetics and Pepsi in Malaysia. But she didn't extend her contracts with the two brands as she wanted more time for her music and business, which includes marketing her own brand of tea called CT.

SITI'S HER OWN BOSS

She said that the decision was hers and in our phone interview, she flatly denied rumours that her family had been manipulating her like a puppet.

She said jokingly: 'If outsiders cheat me, they can disappear. But if my own family cheats me, I know where to look.'

Siti is still the brightest star in Malay music after being in the industry for a decade and is celebrated not just in her homeland, but in Singapore, Brunei and Indonesia too.

Even the bilateral row over territorial rights between Kuala Lumpur and Jakarta has not dented her popularity in Indonesia.

Indonesian protesters have reportedly been heard chanting: 'Crush Malaysia but save Siti Nurhaliza.'

One reason could be that Siti, despite her fame, remains nice to her fans. Halfway through this interview, she excused herself for a few minutes to pose for a picture with a young fan.

The singer is not always obliging with the press, though. My many attempts to get hold of her in the past have been met with 'Siti's busy'.

This time, I managed to catch her during a break in filming for a commercial - probably because she wanted to plug her upcoming concert here (see other report), which will replicate the one she held at the Royal Albert Hall in London two months ago.

Siti will be singing her own Malay hits and a few covers of English songs.

She will also have a concert in Sarajevo in September and one in Melbourne some time this year.

While Siti wants the world to fall in love with Malay music, she feels the need to reach out by singing in English.

Siti said: 'If God's willing, I'll cut an English album in two to three years' time.'

She will have to master the langauge first, though. As recently as last year, she was still fumbling in English during a MTV Asia Awards interview.

  
Siti also admitted that she had been a nervous wreck during a recent BBC radio interview, despite having prepared the answers beforehand.

She had hired an English tutor before her London show, but is now too busy to continue with lessons.

Siti said she doesn't have time for love either. She has been romantically linked to fellow singers Fazley and Anuar Zain, but maintained they are 'just friends'.

She said she would start thinking seriously about settling down after 30, up from her previous limit of 25.

Surely, one can't dictate love?

Siti, true to her ambitious Capricorn nature, replied matter-of-factly: 'I want to achieve as much as I can while I still can. As for whether I'll find love, I leave it up to fate.'



--------------------------------------------------------------------------------
Catch her here live

MORE than half of the 7,000 tickets for Siti Nurhaliza's 20 Jul concert at the Singapore Indoor Stadium have been sold.

The concert organiser, Vizpro, said only tickets priced at $185, $144 and $115 are left. All the $55 seats have been filled.

However, there will be a pre-opening concert sale this week when tickets will be sold on a buy one, get one free basis.

A Vizpro spokesman said: 'After getting feedback, we decided to make it more affordable. We're pushing for a sold-out concert.'

The unavailability of the front-row seats - 32 seats each priced at $265 - has made some members of the public unhappy.

Vizpro said that those tickets have been given to sponsors.

More than a fifth of tickets were snapped up on the first day of ticket sales on 25 May.

Tickets are available through Sistic (6348-5555, www.sistic.com.sg).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2005 10:13 AM | Show all posts
Edisi Nasional: MAWI, SITI duet

Oleh Mohd Ramzi Sanny dan Zalifah Mohd Yatim
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Teluk Danga, di sini, akan menjadi medan luar biasa malam ini apabila juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi, 24, bergandingan dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Taruddin pada pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-48 dan kempen Kibar Jalur Gemilang.

Kedua-dua bintang popular itu yang kali pertama digandingkan akan turut membuat kejutan bagi menghiburkan peminat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Halimah Sadique, berkata persembahan artis dijangka bermula kira-kira jam 11 malam selepas majlis pelancaran sebelum diikuti dengan pertunjukan bunga api.

Beliau berkata, dalam persembahan gilang gemilang itu, Mawi dan Siti akan berduet dalam satu lagu yang bakal memberi kejutan kepada orang ramai.

Katanya, ini adalah kali pertama Mawi, anak Kampung Bahagia, Felda Taib Andak, Kulai, menyanyi di negerinya sendiri akan mendendangkan lagu Seroja (penyanyi asal S Effendi) dan dua lagi ciptaan sifunya M Nasir iaitu Ghazal Untuk Rabiah dan Aduh Saliha.

Menurutnya, penyanyi sensasi negara, Siti Nurhaliza pula akan mendendangkan lagu, Nirmala, Zapin Merdeka dan Lagu Rindu.

“Gandingan dua artis terkenal membuktikan negara ini mempunyai artis yang berkaliber yang mampu memeriahkan majlis gilang gemilang tanpa perlu mengundang artis luar negara.

“Ia sekali gus membangkitkan lagi suasana patriotik di samping menghiburkan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Raptai Penuh sambutan pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-48 dan kempen Kibar Jalur Gemilang, di sini semalam.

Kedua-dua artis itu termasuk penyanyi lain yang turut diundang membuat persembahan, hadir dalam raptai penuh semalam.

Halimah berkata, artis lain yang diundang ialah Ahmad Jais, Aishah, Andre Goh, Vince, Bienda, Rashmonu dan penyanyi Yayasan Warisan Johor, Wahida.

“Kami menjangka kira-kira 500,000 pengunjung akan membanjiri majlis gilang-gemilang ini,” katanya.

Dalam raptai penuh, semalam lapan kereta berhias berarak dari Bukit Timbalan menuju ke Teluk Danga selain 16 anggota pasukan berkuda, empat kenderaan panji tentera, enam kereta klasik, 148 motosikal, 48 kereta nasional dan 30 kenderaan pacuan empat roda.

Sejumlah 100 kapal turut terbabit dalam perarakan dari Jeti Jabatan Laut hingga ke Teluk Danga termasuk 26 kapal berhias dari seluruh negara serta 21 kapal pengiring oleh jabatan dan agensi kerajaan.

Manakala, sejumlah 1,480 pembawa Jalur Gemilang dan 1,480 bendera Johor turut mengikuti perarakan kereta berhias dari lapan daerah di negeri ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2005 10:14 AM | Show all posts
Edisi Nasional: MAWI, SITI duet

Oleh Mohd Ramzi Sanny dan Zalifah Mohd Yatim
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Teluk Danga, di sini, akan menjadi medan luar biasa malam ini apabila juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi, 24, bergandingan dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Taruddin pada pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-48 dan kempen Kibar Jalur Gemilang.

Kedua-dua bintang popular itu yang kali pertama digandingkan akan turut membuat kejutan bagi menghiburkan peminat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Halimah Sadique, berkata persembahan artis dijangka bermula kira-kira jam 11 malam selepas majlis pelancaran sebelum diikuti dengan pertunjukan bunga api.

Beliau berkata, dalam persembahan gilang gemilang itu, Mawi dan Siti akan berduet dalam satu lagu yang bakal memberi kejutan kepada orang ramai.

Katanya, ini adalah kali pertama Mawi, anak Kampung Bahagia, Felda Taib Andak, Kulai, menyanyi di negerinya sendiri akan mendendangkan lagu Seroja (penyanyi asal S Effendi) dan dua lagi ciptaan sifunya M Nasir iaitu Ghazal Untuk Rabiah dan Aduh Saliha.

Menurutnya, penyanyi sensasi negara, Siti Nurhaliza pula akan mendendangkan lagu, Nirmala, Zapin Merdeka dan Lagu Rindu.

“Gandingan dua artis terkenal membuktikan negara ini mempunyai artis yang berkaliber yang mampu memeriahkan majlis gilang gemilang tanpa perlu mengundang artis luar negara.

“Ia sekali gus membangkitkan lagi suasana patriotik di samping menghiburkan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Raptai Penuh sambutan pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-48 dan kempen Kibar Jalur Gemilang, di sini semalam.

Kedua-dua artis itu termasuk penyanyi lain yang turut diundang membuat persembahan, hadir dalam raptai penuh semalam.

Halimah berkata, artis lain yang diundang ialah Ahmad Jais, Aishah, Andre Goh, Vince, Bienda, Rashmonu dan penyanyi Yayasan Warisan Johor, Wahida.

“Kami menjangka kira-kira 500,000 pengunjung akan membanjiri majlis gilang-gemilang ini,” katanya.

Dalam raptai penuh, semalam lapan kereta berhias berarak dari Bukit Timbalan menuju ke Teluk Danga selain 16 anggota pasukan berkuda, empat kenderaan panji tentera, enam kereta klasik, 148 motosikal, 48 kereta nasional dan 30 kenderaan pacuan empat roda.

Sejumlah 100 kapal turut terbabit dalam perarakan dari Jeti Jabatan Laut hingga ke Teluk Danga termasuk 26 kapal berhias dari seluruh negara serta 21 kapal pengiring oleh jabatan dan agensi kerajaan.

Manakala, sejumlah 1,480 pembawa Jalur Gemilang dan 1,480 bendera Johor turut mengikuti perarakan kereta berhias dari lapan daerah di negeri ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2005 08:49 AM | Show all posts
-sumber ; utusan.com.my

Siti muncul selepas gelora

Oleh: JAMLIAH ABDULLAH

SITI NURHALIZA.

RASA-RASANYA sudah lama penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza tidak menghiasi muka depan Pancaindera. Ramai yang sedia maklum dengan kesibukan Siti sepanjang tahun ini. Memang sukar untuk mendapatkan Siti.

Apatah lagi, dengan pelbagai gosip yang kurang enak sejak kebelakangan ini, tentu mustahil untuk mendekati Siti. Itu sikap Siti yang semula jadi, gemar diam daripada bersuara.

Tiba-tiba saja, Pancaindera menerima undangan daripada Siti Nurhaliza Production melalui kakak iparnya Rozie untuk fotografi istimewa ini.

Dengan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, ini tentu masa yang sesuai. Apatah lagi apabila Siti sendiri sebenarnya mempunyai banyak cerita yang ingin disampaikan kepada peminatnya.

Bertempat di banglo cantik di Cyberview Lodge Resort & Spa di Cyberjaya Selangor, di situ, saya mengintai Siti dan mengajak dia berbicara tentang aktiviti terbarunya dengan santai.

* Selesaikan album tertangguh

Mana album baru Siti? Itu barangkali pertanyaan peminatnya apatah lagi sudah lama berita tentang album baru itu diuar-uarkan.

Dalam pertemuan itu Siti berjanji akan menyiapkan album tersebut secepat mungkin untuk memastikan berada di pasaran selewat-lewatnya selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Sepanjang Ramadan, kata Siti, dia akan masuk studio.

``Album terbaru itu memang sudah lama tertangguh. Kini dalam proses pemilihan lagu dan perbincangan dengan penerbit saja.

``Siti dapat banyak daripada komposer dan nanti Siti akan umumkan apabila semuanya sudah pasti,'' katanya.

Album itu kelak, kata Siti, akan mendapat sentuhan banyak komposer terkenal seperti Azmeer, Catt Ruffedge, Yasin, Iman Wan, Helen Yap dan Azman Abu Hassan. Ada juga komposer terkenal daripada seberang iaitu Melly Goeslow, Erwin Gutawa, Glenn Fredly dan Katon.

Siti mengakui dia sudah memilih empat buah lagu ciptaan pereka dari seberang itu. Sememangnya bertuah menjadi penyanyi seperti Siti kerana banyak komposer berebut-rebut ingin menyumbangkan lagu.

``Siti memang terharu kerana penyanyi seperti Katon itu sanggup datang dari Indonesia membawa lagunya untuk Siti.

``Hasratnya ingin berduet tetapi dia tidak mendesak kerana kalau Siti mahu menyanyi solo pun tak apa tetapi Siti memang suka lagu itu,'' tambah Siti.

Album terbaru itu kelak akan memuatkan 11 buah lagu termasuk sebuah lagu bonus.

``Kali ini, Siti rasa Siti nak buat pembaharuan. Muatkan 11 lagu iaitu satu lagu bonus. Semua album Siti dulu ada 10 lagu saja kecuali album pertama. Kali ini, apa salahnya Siti buat satu lagu bonus khas untuk peminat,'' katanya.

Selain daripada mengharapkan komposer terbabit Siti juga berharap dua buah lagu ilhamnya dapat dimuatkan dalam album itu.

``Sudah lama Siti tulis lagu itu tetapi terpulanglah kepada penerbit nanti kalau nak pakai atau tidak. Tak maulah Siti mendesak,'' katanya yang juga berhasrat untuk menjadi penerbit bagi album studio ke-11 itu.

Album terakhir Siti adalah Prasasti Seni yang tampil pada pertengahan tahun lepas. Itu juga album terakhir Siti bersama syarikat rakaman SRC.

Untuk album terbaru kelak Siti juga menjanjikan kelainan termasuk iramanya dan melihatkan senarai komposer pilihannya itu Siti tentu saja dapat menunaikan janji itu.

Jangan terkejut jika Siti juga mampu menyanyi dan rap kelak. Bukan sesuatu yang janggal kerana Siti dapat menyanyikan lagu seperti itu dengan baik bersama kumpulan Too Phat bagi Dua Dunia. Suara Siti itu hadir dalam album terbaru Too Phat, Rebirth into Realiti.

``Siti sudah bergabung dengan banyak penyanyi daripada pelbagai genre dan kali ini Siti ingin rap pula. Siti harap peminat sedia terima pembaharuan Siti,'' katanya.

Selain sibuk dengan album baru sepanjang Ramadan Siti juga terbabit dengan promosi produk tehnya iaitu Moh C'Tea Tour yang mengembara ke seluruh negara.

Pada masa yang sama Siti juga terkilan kerana tidak dapat menyertai Festival Muzik Oriental Dunia di Sarajevo, Bosnia Herzegovina mulai 25 September lalu hingga 2 Oktober.

``Atas alasan tertentu Siti tidak berpeluang memang terkilan juga,'' kata duta Maxis dan Jaya Jusco itu. Di sini jadual Siti penuh termasuk menyiapkan beberapa program Hari Raya untuk televisyen.

* Niat naik haji, pakai tudung

Buat kali ketiga bersempena Ramadan, Siti akan ke Mekah menunaikan umrah lagi. Bila? Kata Siti, dia belum memilih tarikh yang tepat tetapi semua urusan sudah diserahkan kepada agensi terbabit.

``Kali pertama buat umrah Siti sudah janji akan tunaikan umrah setiap Ramadan.

``Tahun ini masih tunggu tarikh, insya-Allah Siti akan pergi juga. Dua tahun lepas apabila kali pertama Siti buat umrah Siti beraya di sana. Tahun lepas Siti balik dan tahun ini belum tahu bagaimana tetapi kalau boleh bagus juga Siti beraya di sana,'' harapnya.

Tahun ini, kata Siti, dia merancang untuk membawa lima atau enam ahli keluarganya yang belum berpeluang ke Mekah.

Setelah beberapa tahun tidak ketinggalan membuat umrah, Siti mengakui hatinya semakin tergerak untuk mengerjakan haji pula.

``insya-Allah kalau dibuka panggilannya Siti akan pergi juga satu hari nanti mungkin dalam masa terdekat ini. Semuanya ikut seru dan keizinan-Nya tetapi Siti rasa macam sudah dekat benar.

``Siti pun okey dan bersedia sebenarnya. Siti harap dapat naik haji juga kerana Siti akan mendaftar dalam masa terdekat,'' katanya.

Siti juga memberitahu, jika sebelum ini dia agak berkira dan belum bersedia tetapi kali ini dia benar-benar yakin.

``Dulu Siti selalu ingat kalau kita pergi tetapi hati tidak terbuka pun tidak ada makna. Sesuatu yang pasti kalau jadi Siti buat umrah, insya-Allah Siti akan terus pakai tudung.

``Kalau umrah memang masih boleh kompromi kalau haji memang sepatutnya Siti memakai tudung tiada kompromi lagi,'' tegas Siti.

Siti yakin dengan keputusannya itu kerana dia mempercayai peminat akan terus menyokong walaupun dia sudah bertudung litup.

``Siti rasa tidak ada masalah kalau siti bertudung. Kita lihat macam mana orang di Indonesia menerima artis yang bertudung

``Siti percaya pakai tudung bukan halangan untuk maju dalam apa juga bidang kelak,'' kata Siti.

* Siti komen Mawi

Pada kesempatan yang ada itu Siti juga memberi komen tentang Mawi dan fenomenanya yang dikatakan sedikit sebanyak menyumbang kepada kejatuhan popularitinya.

Pencapaian Siti dalam Anugerah Era 2005 yang berlangsung baru-baru ini menjadi ukuran.

Daripada lima pencalonan, Siti hanya meraih satu anugerah iaitu Persembahan Vokal Terbaik Wanita. Terhimpit dengan pelbagai persoalan, Siti tidak segan menyamakan kekalahannya dengan pelumba terkenal Michael Schumacher.

``Schumacher pun kalah inikan Siti,'' kata Siti. Hakikatnya, Siti sedia terima kekalahan itu dan apa pun dia masih mempunyai alasan tersendiri.

``Dalam pertandingan Siti sentiasa maklum kalau menang jadi isu kalah pun jadi isu. Sedangkan Siti tak apa-apa.

``Anugerah Era, Siti akui kehebatan penyanyi lain termasuk Mawi dan lagu lain yang lebih popular. Lagipun Siti tak ada lagu baru cuma lagu yang sudah lama,'' terangnya.

Gambar Siti berdamping dengan Mawi juga jadi isu dan komen Siti, ``Siti cuma bergambar dengan artis lelaki atas nama kerja.

``Sudah lama Siti jelaskan hal itu tetapi hari ini orang ungkit lagi kerana fenomena Mawi. Sebenarnya Siti tidak bergambar berdua pun dengan Mawi tetapi artis lain juga, cuma gambar tersebut dicantum jadi seolah-olah Siti bergambar dengan Mawi,'' katanya.

* Siti makin tabah

Sememangnya sepanjang 2005 ini Siti melalui banyak dugaan dan cabaran termasuk pelbagai khabar angin yang kurang enak.

``Setelah melalui pelbagai perkara Siti semakin tabah. Sebenarnya Siti sudah bersedia kerana Siti tahu setiap tahun atau setiap masa pasti ada perkara-perkara baru yang akan Siti tempuhi.

``Gosip, kejayaan dan kekalahan apa saja. Siti sudah lalui semua itu sebab Siti tahu bagaimana nak kawal jiwa dan diri Siti dengan baik,'' katanya.

Siti juga memberitahu bahawa bukan niatnya untuk melarikan diri atau berdiam daripada menjawab pelbagai persoalan khabar angin termasuk gosip percintaan barunya itu.

``Kadangkala kalau kita berdiam diri orang anggap kita mahu melarikan diri. Mereka tidak mahu faham bahawa Siti memang tidak mahu membuat polemik baru atau membesar-besarkan perkara itu

``Siti tahu masa inilah orang akan terus menduga Siti, selagi Siti tidak kahwin. Tetapi Siti sedia terima apa saja. Cuma ada kalanya Siti harap mereka dapat faham hati Siti dan cuma meletakkan diri mereka di tempat Siti,'' keluhnya menutup pertemuan hari itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 11:56 PM | Show all posts
Sumber: Berita Harian

Kemunculan Siti hangatkan Sunway Lagoon
Oleh Hanisah Selamat

HOTLINK On Tour - Fenomena Masa Kini bergema lagi. Baru-baru ini, Sunway Lagoon Ampitheatre dipilih sebagai lokasi ketiga konsert khas untuk pengguna talian berkenaan selepas Lumut, Perak dan Kuching, Sarawak.

Sudah pasti, dalam senarai penyanyi yang paling ditunggu-tunggu ramai ialah Siti Nurhaliza. Tanyalah sesiapa saja, 慾ual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 03:28 PM | Show all posts

VCD konsert Siti di London - Enam bulan lewat diedarkan

SITI Nurhaliza mengubat hati para peminat yang tidak berpeluang menyaksikan konsert solonya di Royal Albert Hall, London, United Kingdom 1 April lalu menerusi rakaman persembahan itu yang diterbitkan dalam bentuk cakera padat video (VCD).

Para peminat boleh mendapatkan VCD berjudul Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London itu yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Production (SNP) apabila ia berada di pasaran mulai 10 Oktober lalu.

Menurut Siti, VCD itu lewat enam bulan diedarkan kerana terpaksa menunggu pelepasan daripada pihak pengurusan Royal Albert Hall.

"Salah satu sebab VCD ini lambat diterbitkan kerana rakaman video konsert itu dilakukan oleh Royal Albert Hall. Kami terpaksa tunggu daripada mereka untuk 'terbangkan' master copy rakaman konsert itu ke Malaysia.

"Proses suntingan untuk menghasilkan segmen The Making of... untuk VCD ini antara faktor kelewatan itu,'' kata Siti sewaktu ditemui selepas pelancaran VCD itu di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Siti melancarkan VCD itu bersama Pengarah Muzik dan Persembahan konsert itu iaitu Roslan Aziz, pembantunya, Pak Ngah dan koreografer, Onn Jaafar.

Ujarnya selain VCD, Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London juga akan diterbitkan dalam format cakera video digital (DVD).

"DVD untuk konsert itu akan diedarkan tidak lama lagi. Bagaimanapun kami tidak akan mengedarkan rakaman konsert itu dalam bentuk kaset.

"Itu adalah antara perjanjian kami dengan pihak Royal Albert Hall. Selain untuk pasaran tempatan, VCD dan DVD konsert itu juga akan diedarkan ke Indonesia, Singapura dan Brunei,'' jelas Siti.

Malah, para peminat juga boleh menonton konsert itu apabila ia disiarkan menerusi Astro RIA pada Hari Raya Aidilfitri kedua pukul 5 petang.

Sebagai permulaan, sebanyak 20,000 unit VCD konsert yang mengandungi tiga VCD bagi setiap unit itu sudahpun diedarkan di pasaran.

"Siti harap VCD ini akan mendapat sambutan para peminat dan lebih baik lagi kalau jualannya melebihi 50,000.

"SNP akan bekerjasama dengan Suria Records yang menjadi pengedar bagi mempromosikan VCD ini. Selain itu, SNP juga bekerjasama dengan Putrade dan berkongsi keuntungan hasil jualan VCD itu nanti.

"Ini kerana, bukan mudah untuk menjayakan konsert tersebut dan kos untuk menerbitkan VCD ini juga tinggi,'' kata Siti.

Penghasilan VCD seperti itu bukanlah suatu perkara baru kerana penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini sudahpun menerbitkan rakaman setiap konsert yang dijayakannya sebelum ini dalam bentuk VCD.

Bercerita tentang album terbarunya pula, kata Siti buat masa ini dia sedang dalam proses pemilihan lagu-lagu yang sesuai untuk dimuatkan menerusi album tersebut.

"Siti ada terima lagu ciptaan Yasin, Glen, Melly Goeslaw, Erwin Guntawa, Damien (VE) dan Cat (Ruffedge).

"Siti akan pilih lagu-lagu yang Siti rasakan sesuai dan gunakan khidmat komposer lagu itu sebagai penerbit lagu tersebut.

"Siti akan beri tumpuan pada pemilihan dan rakaman lagulagu baru selepas pulang daripada mengerjakan umrah nanti,'' ujarnya.

Siti bercadang mengerjakan umrah di Mekah pada hujung minggu ini selama dua minggu bersama lima anggota keluarga terdekatnya.

Tambah Siti, album studio terbarunya itu kelak akan menampilkan konsep irama pop, ballad dan dance.

Pada majlis itu juga, Siti menerima sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Artis Malaysia Pertama Mengadakan Konsert Solo di Royal Albert Hall, London.

Sijil disampaikan oleh Pengarah Urusan MBOR, Datuk Danny Ooi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2005 12:26 PM | Show all posts
Utusan Malaysia - 14 / 10 / 2005


'Kahwin tetap kahwin...'
Oleh Zainuri Misfar



Siti Nurhaliza tidak lagi lari-lari. Malah ketika bertemu wartawan,dia sentiasa senyum.



SITI Nurhaliza (gambar) kali ini kelihatan lebih tenang, bersahaja dan sentiasa tersenyum seolah-olah sudah bersedia dengan pertanyaan cepu mas bila hendak menamatkan zaman bujangnya.

Walaupun penyanyi yang mendapat gelaran Biduanita Muda Negara itu masih mengambil sikap berteka teki dengan gosip majlis perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan yang dikatakan berlangsung tahun depan, tetapi dia tidak lagi cuba mengelak wartawan.

Apabila soalan itu diajukan kepadanya ketika ditemui di majlis pelancaran album Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London di Hotel Istana, baru-baru ini, Siti tidak menafikan atau mengesahkan berita itu.

揃ila sampai waktunya, Siti umumkan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 11:33 PM | Show all posts



Siti Nurhaliza perdengar bacaan al-Quran di TV1
Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Selama ini masyarakat hanya mengetahui kelunakan suara Siti Nurhaliza Taruddin, 27, menyanyikan lagu-lagu berentak pop dan tradisional.

Bagaimanapun para peminat Siti berpeluang menyaksikan buat pertama kalinya penyanyi nombor satu tempatan itu memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran beberapa minit sebelum azan maghrib berkumandang di TV1 pada 20 dan 21 Oktober ini.

Program terbitan Etika Laksana itu diadakan sempena bulan Ramadan dan ia juga program yang pertama menampilkan artis mengaji al-Quran.

Siti sewaktu ditemui selepas rakaman itu berkata, program tersebut menguji kemampuan vokalnya sebagai penyanyi.

``Siti rasa gembira kerana diundang menjayakan program itu. Bagaimanapun Siti terpaksa berlatih mengaji terlebih dahulu sebelum rakaman program itu dijalankan.

``Banyak juga selok belok mengaji al-Quran yang Siti sempat pelajari antaranya daripada segi hukum tajwid, makhraj dan sebagainya.

``Selama ini, peminat hanya melihat Siti menyanyi tetapi kali ini mereka boleh dengar pula bagaimana nada suara Siti sewaktu mengaji.

``Sedikit sebanyak program ini boleh mendidik para penonton belajar dan menghayati al-Quran,'' kata Siti kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menerusi program tersebut, Siti akan membaca surah Al-Baqarah ayat 22 dan 164 bagi rakaman program yang mengambil masa hampir empat jam itu.

Bagi memudahkan rakaman, Siti dibantu oleh seorang guru al-Quran iaitu Mohd. Taha Hassan yang merupakan anak kepada guru al-Quran terkemuka, Datuk Hassan Azhari.

Selain Siti, Datuk Sarimah Ahmad, Munif (Hijjaz), Bienda, Nash (Lefthanded), Mawi (Akademi Fantasia 3) dan Razak Ahmad turut dijemput menjayakan program tersebut.

Setiap hari seorang artis akan memperdengarkan bacaan masing-masing menerusi program yang akan mula disiarkan dari 19 Oktober hingga 2 November ini.

www.utusan.com.my

[ Last edited by calmille at 15-10-2005 03:45 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

commentor This user has been deleted
Post time 17-10-2005 02:35 AM | Show all posts
Kahwin? Tak tahu bila...
Oleh ABIE ABDULLAH | abie@hmetro.com.my

KETIKA ini Siti Nurhaliza dan empat lagi ahli keluarganya di Madinah al-Munawarah untuk permulaan umrah. Ini kali ketiga Siti menjejaki kaki di bumi anbia untuk mengerjakan haji kecil itu.

Namun di Malaysia, cerita cinta dan spekulasi perkahwinannya hangat diperkatakan semula.

Metro Ahad (MA) berdepan Siti beberapa hari sebelum berlepas ke Tanah Suci. Ternyata Siti masih mampu tersenyum menjawab pelbagai soalan daripada media.

Faham benar dengan kehendak media, Siti cuba tidak menghampakan wartawan yang dianggapnya sebagai rakan. Sebaik mungkin memberi jawapan.

Sepuluh tahun di dalam industri hiburan cukup untuk menjadikan anak Kuala Lipis ini matang dan kuat untuk mengharungi pancaroba seorang bintang ternama.

Jauh di lubuk hati, hanya dia dan Allah mengetahui duduk perkara sebenar. Ada sebab mengapa Siti merahsiakan perkara yang perlu dirahsiakan. Cuma mengharapkan orang sekeliling memahami pendiriannya.

Ikuti apa yang diceritakan Siti kepada MA.

MA: Hingga ke saat ini, orang masih memperkatakan mengenai jodoh Siti.

SITI: Sebagai artis, Siti melihat perkara ini suatu yang lumrah untuk dilalui. Siti tengok perjalanan karier Kak Ziana (Zain) dan Erra (Fazira) sebelum ini. Masyarakat mahu tahu dengan siapa kita berkawan, berkahwin dan sebagainya.

Siti sudah ‘nampak’ perkara ini akan datang kepada Siti satu hari nanti dan Siti kini melalui hari itu. Siti dapat rasakan apa yang mereka lalui sebelum ini. Siti faham dan bersedia dengan segala kemungkinan ini.

MA: Rasa tertekan?

SITI: Inilah realiti yang Siti lalui. Dari awal pembabitan sebagai anak seni hingga ke hari ini, ada saja dugaan, baik kecil atau besar. Siti hanya bertawakal kepada Allah.

MA: Kiranya Siti kuat menempuhi dugaan.

SITI: Seperti Siti cakapkan tadi, bukan saja daripada pengalaman artis sebelum ini, tetapi pengalaman Siti yang selalu berdepan media yang bertanyakan soalan mencabar. Namun, Siti cuba mengendalikan sebaik mungkin.

Sebenarnya pengalaman selama ini memberi kekuatan dan mematangkan Siti. Siti faham tugas wartawan yang mahukan cerita, tetapi Siti perlu juga faham keadaan diri sendiri.

MA: Bagaimana pula desas-desus Siti akan menamatkan zaman bujang, Januari depan?

SITI: Siti serahkan hal jodoh dan pertemuan kepada Allah. Dialah yang menentukan perjalanan makhluk-Nya. Nak kata tidak mahu kahwin, tidak boleh juga. Tunggu sajalah, kalau ada, Siti akan beritahu semua.

Cuma Siti harap jangan terlalu percayakan spekulasi. Kahwin mesti kahwin, tetapi tidak tahu bila. Buat masa ini, belum ada tarikh, tempat dan sebagainya untuk kahwin. Tunggulah masanya!

Dalam keadaan begini, kita tidak boleh menetapkan sesuatu, nanti orang terlalu mengharap. Siti tidak tahu nak cakap apa lagi, selagi Siti tidak kahwin, selagi itu orang akan bercakap. Rasanya kalau kahwin pun, orang masih akan bercakap.

MA: Siti sering menafikan gosip yang bertiup. Namun lelaki macam mana pilihan Siti?

SITI: Sebenarnya Siti tidak tahu jodoh Siti macam mana. Siti lebih suka menyerahkannya kepada Yang Esa. Jodoh maut di tangan-Nya. Apapun buat masa ini, belum ada tarikh kahwin di fikiran Siti.

MA: Ramai orang berdoa ditemukan jodoh di Jabal Rahmah, Makkah. Siti macam mana?

SITI: Seperti orang lain juga. Jabal Rahmah adalah tempat bersejarah bagi umat Islam dan bukit kecil itu menjadi tempat kunjungan dalam pakej umrah. Siapa saja yang mengerjakan umrah di Tanah Suci akan ke sana.

Mana-mana jemaah yang belum berkahwin atau lambat jodoh, mereka berdoa di sana. Siti juga seperti kebanyakan yang lain mendoakan kebaikan untuk diri dan keluarga.

Ketika mengerjakan umrah, inilah masa untuk Siti berehat selepas penat dan sibuk dengan kerja.

Masanya untuk Siti tumpukan 100 peratus kepada amal ibadat. Insya-Allah!

MA: Tiga kali membuat umrah. Bila pula untuk bergelar Hajah?

SITI: Insya-Allah, memang ada niat. Kalau ikutkan kemampuan, memang sudah ada, tetapi tunggulah masanya. Tiba seruan-Nya nanti, Siti akan pergi.

MA: Sekembalinya dari Tanah Suci nanti, Siti akan masuk studio untuk album baru.

SITI: Ini semua perancangan, termasuk mahu menyiapkannya sebelum hujung tahun ini. Sudah ada 15 lagu daripada Erwin Gutawa, Glenn Fredly, Damian VE, Cat Ruffedge, Melly Goeslow dan beberapa lagi, tetapi Siti belum membuat pilihan.

MA: Kenapa memilih Erwin kali ini?

SITI: Siti pernah bekerja dengannya untuk konsert Indonesia Tour tahun lalu. Siti suka cara Erwin bekerja dan dia tahu apa Siti mahukan.

Bagaimanapun buat masa ini, Siti dan Siti Nurhaliza Productions belum buat keputusan sama ada untuk pilih Erwin sebagai penerbit bagi tiga empat lagu atau lagu ciptaannya saja. Mungkin Siti akan bincang semula selepas balik dari umrah nanti.

MA: Bagaimana pengalaman berduet dengan Too Phat melalui lagu Dua Dunia?

SITI: Siti mendapat sedikit sebanyak pengalaman dan belajar daripada rapper seperti mereka. Sebenarnya sebelum ini memang ada beberapa pihak mengajak Siti berduet, tetapi masa tidak mengizinkan.

Kebetulan ketika Too Phat tanya, Siti sudah lama tidak mengeluarkan album. Lagipun mereka mahu pasarkan album itu ke rantau Asia Pasifik. Tidak kisahlah apa orang nak kata, siapa tumpang siapa, tetapi yang bagusnya kerana lagu ini bermesej.

MA: Dari tahun lalu, filem Tiga Dara diperkatakan. Apa perkembangannya?

SITI: Mereka masih berminat dan bertanyakan Siti, tetapi tumpuan Siti sekarang lebih kepada nyanyian.

hmetro online 16/10/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2005 09:14 AM | Show all posts

Siti Nurhaliza berdoa dapat jodoh di Jabal Rahmah

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_02.htm

Siti Nurhaliza berdoa dapat jodoh di Jabal Rahmah
Oleh: ABD. AZIZ ITAR



SITI NURHALIZA.
--------------------------------------------------------------------------------



SEBAGAI penyanyi nombor satu tempatan, Siti Nurhaliza menjadi tumpuan para peminat walau di mana juga beliau berada. Malah, para peminat juga akan mengikuti setiap perkembangan terbaru membabitkan penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini. Justeru, tidak hairanlah biar cerita apa sekalipun yang timbul tentang Siti, para peminat tetap akan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.

Sepanjang 10 tahun bergelar penyanyi, gadis berusia 26 tahun ini telah mengharungi pelbagai pengalaman pahit dan manis.

Namun, pengalaman itu ternyata sedikit sebanyak telah mendewasakan dirinya untuk mengharungi hari-hari mendatang dengan penuh yakin.

Siti dilihat semakin bijak menangani pelbagai dugaan yang mendatang termasuk gosip hubungannya dengan Datuk 'K' yang heboh diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Perkara itu dapat dilihat apabila beliau kelihatan tenang dan berhati-hati menyusun kata-kata sewaktu para wartawan mengajukan pelbagai pertanyaan sensasi tentang dirinya.

Mega sempat bertemu Siti selepas pelancaran cakera padat video (VCD), Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London dan rakaman program mengaji untuk siaran TV1 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sewaktu pertemuan itu, pelbagai soalan turut diajukan di mana Siti begitu petah dan menjawabnya dengan hati yang tenang.

Adakah Siti rasa kemunculan VCD Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall tepat pada masanya?

SITI NURHALIZA: Siti harap-harap begitulah. Lagipun sekarang ini sudah dekat raya (Aidilfitri). Jadi, Siti harap peminat juga akan beli VCD ini.

Apakah perasaan Siti apabila menerima satu lagi anugerah iaitu sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Artis Malaysia Pertama Mengadakan Konsert Solo di Royal Albert Hall, London?

SITI NURHALIZA: Ini adalah anugerah Siti yang ke-120 lebih yang diterima setakat ini. Siti rasa gembira kerana impian Siti itu akhirnya tercapai juga. Ini satu penghargaan yang besar buat Siti. Melalui konsert itu, secara tidak langsung Siti sudahpun cuba buka peluang kepada artis kita yang lain untuk mencuba nasib di sana (London).

Selepas Royal Albert Hall, adakah Siti akan mengadakan konsert lain di luar negara?

SITI NURHALIZA: Siti tidak akan lepaskan peluang jika ada sebarang tawaran untuk mengadakan konsert di luar negara. Selepas konsert di Royal Albert Hall, Siti juga mengadakan satu lagi konsert yang besar juga di Singapura baru-baru ini. Selain itu, Siti telahpun dapat tawaran mengadakan satu konsert di Sarajevo tetapi dibatalkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Selain menyanyi, bagaimana pula dengan tawaran berlakon filem Tiga Dara yang Siti terima daripada Christine Hakim (dari Indonesia) tidak lama dulu?

SITI NURHALIZA: Buat masa ini Siti belum ada apa-apa rancangan untuk mencuba nasib sebagai pelakon. Siti mahu tumpu pada bidang nyanyian dulu.

Dengar kata tahun ini Siti sekali lagi akan mengerjakan umrah, betul ke?

SITI NURHALIZA: Insya-Allah Siti akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah bersama lima lagi anggota keluarga terdekat Siti pada minggu ini. Antaranya abang dan emak Siti iaitu Siti Salmah. Siti akan berada di sana selama dua minggu dan akan pulang ke Kuala Lipis, Pahang sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti. Ini adalah kali ketiga Siti mengerjakan umrah.

Apakah aktiviti Siti sewaktu berada di Mekah nanti?

SITI NURHALIZA: Semasa di sana nanti Siti mahu beri tumpuan kepada beramal. Siti mahu tenangkan hati.

Sebelum ini, sewaktu mengerjakan umrah Siti khabarnya sempat mengunjungi Jabal Rahmah di Mekah. Apa niat dan doa Siti sewaktu berada di sana?

SITI NURHALIZA: Memang betul. Siti sudah dua kali pergi ke Jabal Rahmah sewaktu mengerjakan umrah. Sewaktu di sana Siti berdoa supaya cepat dapat jodoh (sambil ketawa kecil).

Cara Siti menghadapi gosip kononnya Siti akan berkahwin dalam waktu terdekat ini?

SITI NURHALIZA: Siti tidak mahu kata apa-apa. Bagi Siti, selagi Siti tidak kahwin orang akan terus memperkatakan tentang gosip itu.

Umrah sudah, bila lagi Siti hendak menunaikan fardu haji?

SITI NURHALIZA: Insya-Allah, Siti pun sudah ada kemampuan. Sebenarnya, Siti memang ada niat mahu mengerjakan fardu haji di masa depan. Kalau dapat pergi (tunaikan) haji Siti akan cuba pergi lebih awal. Tengoklah macam mana nanti.

Ada perancangan untuk berduet dengan Mawi (Akademi Fantasia 3)?

SITI NURHALIZA: Siti tidak ada masalah untuk bekerjasama atau berduet dengan mana-mana penyanyi termasuk Mawi. Siti serahkan perkara itu kepada company (Siti Nurhaliza Production). Bagaimanapun setakat ini Siti tidak ada rancangan berduet dengan Mawi dalam album solo terbaru Siti yang kini sedang dalam proses untuk diterbitkan.

Ceritakan sikit tentang album terbaru Siti yang akan dirakamkan nanti?

SITI NURHALIZA: Siti terima banyak lagu daripada ramai komposer tetapi biarlah Siti pilih dan buat keputusan selepas balik dari umrah nanti. Siti tidak mahu cakap lagu komposer mana yang Siti sudah pilih, nanti ada yang kecil hati pula. Tetapi selepas Siti pilih sesebuah lagu itu nanti, Siti mahu komposer lagu itu sendiri yang terbitkan lagu tersebut.

Komen Siti apabila diberi peluang berduet lagu Million Miles dengan kumpulan hip hop seperti Too Phat?

SITI NURHALIZA: Kebetulan semasa diundang berduet dengan Too Phat itu Siti belum ada album baru lagi. Lagipun apa salahnya. Mereka (Too Phat) pun mahu cuba masuk ke pasaran Asia Pasifik juga. Ini satu peluang yang bagus. Walaupun Siti berduet dengan mereka tetapi, Siti tidaklah menyanyi gaya rap. Kalau adapun gaya rap Siti sopanlah sedikit (ketawa).

Bagaimana pula persiapan Siti sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri kali ini?

SITI NURHALIZA: Siti sudahpun buat persiapan antaranya tempah kuih raya lebih awal untuk dibawa balik ke kampung. Baju raya juga Siti sudah ada tiga pasang yang disiapkan oleh designer Siti. Seperti biasa raya tahun ini Siti lebih kepada anak-anak saudara. Siti juga sudah siapkan duit raya sekitar RM5,000 pada tahun ini.

Akhir sekali, selain konsert di London pada 1 April lalu, konsert bagaimanakah yang Siti ingin adakan di masa depan?

SITI NURHALIZA: Siti teringin mahu mengadakan konsert solo yang berkonsepkan tradisional. Konsert seperti ini sudah lama Siti idamkan dan ia sesuai dengan kebanyakkan lagu-lagu yang Siti pernah nyanyikan sebelum ini. Lagipun Siti memang tidak pernah menjayakan konsert yang berkonsepkan tradisional.

>>>>>>>> mod, sorry saya tepek kat 2 tmpt... maaf ye?:stp:

[ Last edited by Mulan at 18-10-2005 09:15 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


commentor This user has been deleted
Post time 23-10-2005 10:01 AM | Show all posts
Siti impikan keberkatan perkahwinan
Oleh Zubir Mohd Yunus



WEDDING of the year 2006 milik Diva Pop Negara, Siti Nurhaliza Taruddin? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Apabila dirinya diajukan soalan adakah dia akan menamatkan zaman solonya tahun depan, gara-gara spekulasi perkahwinannya yang dikatakan akan berlangsung sekitar 2006, Siti tidak memberikan jawapan pasti. Dia terus bermain teka-teki.



MEMANG sukar untuk Siti membuka mulut apabila diminta memberi gambaran awal mengenai majlis perkahwinannya yang diramal berlangsung sekitar 2006.

Sejak dikaitkan mempunyai hubungan perniagaan dengan tokoh korporat yang hanya dikenali sebagai Datuk K, dirinya terus dihambat spekulasi demi spekulasi dan terbaru, Siti dikatakan bakal melangsungkan perkahwinannya pada Ogos atau September tahun depan selepas dia menjayakan semua urusan kerjaya nyanyiannya terutama siri konsert jelajahnya di seluruh Indonesia yang dijadual bermula awal tahun depan.

Justeru, Siti dikatakan terpaksa menangguh urusan perkahwinannya agak lewat walaupun pada mulanya ramai yang menjangkakan sesuatu 'keajaiban' akan berlaku pada 11 Januari depan yang juga ulang tahun hari jadinya yang ke-27.



Apabila diajukan soalan itu, Siti tergelak kecil lalu memberitahu, dia tidak pernah merancang apatah lagi mempunyai sebarang tarikh perkahwinan seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Apabila bercakap mengenai rancangan perkahwinan, saya sebenarnya tak pernah menetapkan sebarang tarikh, tempat dan siapa orangnya. Jodoh pertemuan, ajal dan maut
semuanya ketentuan Tuhan. Ia akan datang suatu hari nanti, insya-Allah.

“Orang kata, kita hanya mampu merancang sesuatu yang baik, namun semuanya dengan keizinan Tuhan, Dialah yang menentukan segala-galanya,” kata Siti yang seakan meminta media dan peminat terus berteka-teki.

Kata Siti lagi, dia tidak mahu mengimpikan perkahwinannya yang hebat.


“Saya tak nak berangan lebih-lebih apabila memperkatakan mengenai rancangan perkahwinan.

Kalau betul jodoh saya dah sampai, saya akan kahwin, tapi bila, saya tak tahu...” ujar Siti yang terlalu berhati-hati menyusun kata-kata.

Pun begitu, sebelum menempuh gerbang perkahwinan, adakah Siti seperti anak gadis lain sedia menikmati saat merisik dan bertunang sebelum diijabkabulkan?

“Memang saya tak pernah ada perancangan ke arah itu. Tapi, kalau sudah sampai masanya, pastinya setiap orang akan mengimpikan yang indah-indah.

Sekiranya perkahwinan saya berlaku suatu hari nanti, biarlah perkahwinan itu memperoleh keberkatan berbanding perkahwinan yang dibuat secara besar-besaran,” jelasnya.

Tambah Siti, dia meminta media mahupun peminat supaya tidak terlalu mempercayai spekulasi.

Namun, Siti memberi jaminan, dia akan membuat pengumuman sekiranya sudah tiba masa dia mendirikan perkahwinan.



Apabila ditanya sama ada dia akan mengadakan sidang media atau sekurang-kurangnya mengirimkan faksimili kepada pihak media mengumumkan tarikh pernikahannya, sekali lagi jawapannya juga negatif.

“Inilah realiti yang perlu saya lalui. Selagi saya belum berkahwin, selagi itulah orang akan buat spekulasi. Kahwin, saya tentu kahwin, tapi tak tahu bila,” ujarnya.

Sementara itu, Siti bakal membawa lima anggota keluarganya termasuk ibunya untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci. Kata Siti, mengikut perancangan awal, dia bakal menyambut Aidilfitri di Makkah.

“Insya-Allah selepas Aidilfitri ini, saya akan muncul dengan sebuah album studio terbaru,” ujarnya.


Info Siti:



Siti Nurhaliza Taruddin dilahirkan pada 11 Januari 1979 dan berasal dari Kuala Lipis, Pahang.


Anak kelima daripada lapan beradik ini mula dikenali ramai sejak memenangi pertandingan Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) 1995.


Antara lagu popularnya ialah Percayalah, Cindai, Nirmala, Purnama Merindu, Bukan Cinta Biasa, Dialah Di Hati dan Lagu Rindu. Manakala albumnya termasuklah Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Cindai, Adiwarna, Seri Balas, Sahmura, Safa, Emas dan Prasasti Seni.


Siti ialah artis yang paling banyak menerima anugerah. Sehingga kini dia memiliki 129 anugerah.


Antaranya ialah Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1996,1997,1998,1999, 2000, 2001 dan 2004. Terbaru, Siti menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai artis Malaysia pertama mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London, 1 April lalu.


Iklan komersial yang pernah dijayakan Siti termasuklah Maybelline, Pepsi, TM Net, Blue, Hotlink dan Samsung.


Terbaru, Siti tampil bersama VCD Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London yang diterbitkan penganjur konsert berkenaan, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd (SNP) dan Putrade Property Management Sdn Bhd. Ia sudah pun berada di pasaran mulai 10 Oktober lalu dan diedarkan oleh Suria Records Sdn Bhd (SRC) .

bi-pop ( berita minggu) 16/10/2005

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2005 07:47 PM | Show all posts
French Radio Airs Interview On Malaysians And Malaysia

KUALA LUMPUR, Oct 27 (Bernama) -- An interview with Malaysian ambassador to France Datuk Hamidah Mohd Yusoff carried by Radio BeurFM on Oct 17 is estimated to have reached about eight million listeners in France, according to a statement by the Malaysian embassy in Paris.

It said the number one radio network in the Maghreb region, in its two-hour live interview under the programme "Ramadan in the World", focused on the observance of the fasting month of Ramadan by Muslims in Malaysia and France.

The station is popular among French citizens of North-African descent mainly from Morocco, Tunisia and Algeria now living in France and other parts of Europe.

The statement sent to Bernama said Hamidah explained the practice of breaking of fast by Malaysians in France.

She also spoke about the tourist attractions and safety situation in Malaysia.

A mixture of old and new Malaysian songs were aired in between the interview, such as "Di Hari Raya" by the late Tan Sri P. Ramlee, "Pantun Budi" by Tan Sri S.M. Salim, "Alhamdulillah" by Too Phat, "Your Face Is Bright" by Raihan and "Lagu Rindu" by Siti Nurhaliza.

The statement said the interview prompted reactions from some listeners who sent SMS messages expressing their appreciation of the presentation by Hamidah.

Radio BeurFM had also interviewed officials of the Malaysian Islamic Development Department, the Malaysian International Halal Exhibition organiser and a Matrade officer when they attended the Euro Halal Fair in Paris opened by Hamidah in June.

France has about five million Muslims.

sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2005 08:39 PM | Show all posts
Siti lebarkan sayap bisnes

TIADA apa yang lebih membanggakan apabila melihat anak seni seperti Siti Nurhaliza Tarudin, 26, mampu membina empayar perniagaannya menerusi bidang nyanyian yang diceburinya lebih 10 tahun.Apa dilakukan Siti seharusnya dijadikan contoh kepada insan seni lain. Tambahan pula penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu baru saja membeli bangunan tiga tingkat di Taman Connought, Cheras yang bakal menempatkan pejabat pengurusan pemasaran dan promosi Siti Nurhaliza Production (SNP).

Berita gembira ini diberitahu Siti sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka di Restoran Resepi Sang Dewi milik kakak iparnya memerangkap Pengurus Promosi SNP, Rozie, kelmarin.

Selain itu, Siti juga bercadang membuka kembali salun rambut dan kecantikan wajah yang sebelum ini beroperasi di Wisma Cosway, di tingkat bawah bangunan yang dibeli dan akan diuruskan adiknya, Siti Saerah.

Walaupun tidak menyatakan berapa harga bangunan yang dibeli, namun dipercayai nilai hartanah di kawasan berkenaan mencecah jutaan ringgit.

Terdengar juga khabar Siti membeli bangunan itu secara tunai, namun perkara itu disanggah Siti dengan menjelaskan, proses pembelian bangunan itu dilakukan seperti biasa dengan memohon pinjaman bank.

Bercerita lebih lanjut mengenai bangunan yang dibeli, kata Siti, buat masa ini kerja pengubahsuaian sedang dijalankan dan kemungkinan syarikat pengurusannya akan berpindah pada tahun hadapan.

Sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam bidang seni Siti berkata dia amat bersyukur kerana apa yang diusahakan selama ini mula menunjukkan hasil.

"Saya seperti juga orang lain mengharapkan setiap hari kehidupan menjadi lebih baik. Lagipun bidang perniagaan sudah sebati dalam diri dan ahli keluarga lain.

"Maklumlah, semasa kecil saya sudah biasa menjual kuih dan ia adalah titik permulaan pembabitan saya dalam bidang perniagaan. "Sebagai manusia sudah tentu kita mengharapkan apa yang dilakukan ada peningkatan, jadi bangunan ini salah satu tanda usaha mereka yang turut bekerja keras untuk SNP," katanya.

Selain bidang perniagaan hiburan, SNP seperti yang diketahui umum turut melebarkan sayap perniagaan dalam bidang pengeluaran dan peruncitan membabitkan CT Tea dan diuruskan oleh jabatan pemasaran syarikatnya.

Mendengar Siti bercerita mengenai empayar perniagaannya, dia kelihatan cukup matang dan tahu apa yang dihujahkan, malah bukan sesuatu yang mengejutkan jika suatu hari nanti dia turut disenaraikan antara ahli perniagaan wanita paling berjaya.

Apabila diminta pandangannya lebih lanjut, jelas Siti, sudah tentu sebagai ahli perniagaan dia mengharapkan kejayaan syarikatnya dan kenyataan itu dianggap satu doa.

"Perjalanan saya dalam bidang perniagaan bukanlah semudah yang orang fikirkan.

Memang mula-mula dulu saya selalu menangis tetapi tidak sekarang kerana hati saya sudah semakin kental.

"Hati saya menjadi kental kerana setiap apa yang berlaku saya belajar daripadanya.

Contoh mudah, jika dulu saya tidak tahu apa-apa mengenai soal kontrak tetapi sekarang saya tahu terma yang harus ada dalam sesuatu kontrak.

"Perjalanan perniagaan yang dilaksanakan oleh SNP juga, saya harus tahu. Biasanya keputusan akhir akan dirujuk kepada saya. "Dalam bidang perniagaan pula siapa kata SNP tidak pernah rugi.

Contoh terbaik konsert sulung saya di Stadium Putra Bukit Jalil, pihak SNP mengalami kerugian, namun kejayaannya menjadi portfolio untuk pihak kami menjana kembali keuntungan menerusi kontrak saya menjadi jurucakap produk.

"Begitu juga konsert di Royal Albert Hall, London pihak saya tidak membuat keuntungan tetapi menganggap ia satu pelaburan jangka panjang kerana perolehan akan datang kemudian," tambahnya.

Menyentuh mengenai usaha kakak iparnya yang kini mengusahakan restoran di pusat beli-belah Giant, Taman Connought, jelas Siti dia turut berasa bangga dan yakin ia akan berjaya.

"Rozie memang pandai masak dan perniagaan makanan bukanlah asing bagi ahli keluarganya. Dua kakaknya turut mengusahakan perniagaan restoran dan kantin sekolah.

"Masakan mereka memang sudah terbukti kesedapannya. Kalau tidak percaya tanyalah pelanggan setia dan biasanya mereka akan kata masakan di restoran Resepi Sang Dewi ini ibarat masakan di rumah.

"Lokasi Restoran Sang Dewi agak baik dan satu-satunya restoran yang diusahakan anak Melayu di kawasan ini. Perniagaan ini juga bagus sebagai sandaran masa depan.

"Lagipun saya sendiri tidak tahu sampai bila boleh bertahan dalam bidang seni. Mana tahu selepas kahwin nanti saya tidak lagi menyanyi, jadi Kak Rozie sudah ada perniagaannya sendiri," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2005 03:06 PM | Show all posts
[font size=2]Siti terus buru status usahawan berjaya
Oleh Zul Husni Abdul Hamid



Sebuah premis perniagaan yang tersergam di pinggir ibu kota adalah lambang kekuatan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin mengejar impiannya sebagai usahawan berjaya

BANGUNAN tiga tingkat di Cheras yang akan melalui proses pengubahsuaian bakal menempatkan keseluruhan perjalanan pengurusan Siti Nurhaliza Production (SNP). Di bawah label itu, Siti memperluaskan cabang perniagaannya dengan kelahiran Siti Nurhaliza Marketing Sdn Bhd dan Siti Nurhaliza Collections.

Pada usia muda iaitu 26 tahun, pencapaian itu adalah hasil tuaian kerja kerasnya membina nama selama sedekad sebagai anak seni. Siapa sangka penyanyi yang dulunya mengelilingi kampung menjaja kuih air tangan ibunya, kini melakar nama yang semakin gemilang dalam bidang perniagaan.

揝emua yang Siti peroleh ini adalah rezeki, berkat peluang tidak pernah putus dalam bidang seni serta dibantu pengurusan yang tersusun. Bidang seni menyediakan ganjaran lumayan jika dimanfaatkan dengan baik,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.282311 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list