CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
Post time 21-5-2006 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 19-5-2006 11:29 AM
Siti Nurhaliza tidak lupakan kerja amal
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH



SITI tidak sempat bertukar pakaian ap ...

....aku asyik baca berita ni jeer.....tapi aku seronok ler....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2006 04:03 AM | Show all posts

Reply #38 Blues's post

ko pun cakap tak serupe bikin..PODAHHHHH
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by Blues at 16-5-2006 04:11 PM



ct ckp tak serupe bikin!! hahahaha podah

dia ni dengki
Reply

Use magic Report

Fiz@h This user has been deleted
Post time 22-5-2006 11:28 PM | Show all posts
kekawan semua.. takde ke yg boleh tolong updatekan kat sini fasal penasiti ahad lalu (21.05.06) ???
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 11:38 PM | Show all posts


Magazine : EH!
Issue : Jun 2006 (RM 7)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 07:55 AM | Show all posts
Siti kesal dakwaan cari wali
Oleh Ismail Mat, Farihad Shalla Mahmud dan Rokaid Chik


KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin kesal dengan dakwaan yang tersebar luas, terutama di Kelantan kononnya beliau sedang mencari bapa kandungnya di Pasir Puteh, untuk menjadi wali pernikahannya.



Sambil menafikan dakwaan kononnya beliau adalah anak angkat ibu bapanya sekarang, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik, Siti berkata: ?erepek sangat, memang tak masuk akal. Ini pertama kali Siti dengar cerita macam ini.?

Siti, yang lagu terbarunya Biarlah Rahsia amat popular kini, mengulas dakwaan yang tersebar sejak minggu lalu kononnya beberapa lelaki, dikatakan wakil keluarganya, mencari Ibrahim Deraman, 81, di Pasar Besar Pasir Puteh.

Ibrahim, seorang peniaga di pasar itu dikatakan pernah menyerahkan bayinya bernama Za, yang didakwa Siti Nurhaliza, kepada seorang anggota polis dikenali sebagai Din, bertugas di Bukit Yong ketika itu.

Ketika diajukan persoalan itu, Siti berkata mungkin lelaki berkenaan tersilap dan wanita yang mencari bapa kandung itu memang bukan beliau.

Siti menegaskan, beliau mempunyai bukti sahih bahawa dirinya adalah anak kandung kepada Tarudin dan Siti Salmah.

?alam surat beranak Siti tercatat tempat kelahiran Siti, Balai Polis Kampung Awah, Kuala Lipis. Kasihan dekat emak Siti yang penat melahirkan Siti. Begitu juga dengan bapa Siti yang menjaga emak Siti ketika pantang,? katanya.

Sementara itu, Ibrahim yang ditemui di rumahnya dekat Kampung Padang Siam, Pasir Puteh berkata, dia melarikan diri dari pasar itu sebaik menyedari dicari kerana malu mengenangkan kisah silam hidupnya.



LIHAT MUKA 3

DARI MUKA 1





"Saya malu mengenangkan nasib yang menimpa saya selama ini. Saya mengabaikan anak-anak dan diserahkan kepada orang lain kerana kedaifan hidup yang kami tempuh.

Anak perempuan yang kami namakan Za, diserahkan kepada seorang anggota polis dikenali sebagai Din, bertugas di Bukit Yong lebih 25 tahun lalu.

"Saya yakin Siti Nurhaliza itu adalah anak saya dengan isteri ketujuh dikenali sebagai Semah. Saya tahu dia kini kaya raya dan menjadi penyanyi," katanya yang mencari rezeki dengan menjaja produk herba serta mengumpul barangan kitar semula terutama tin minuman aluminium.

Ketika dikunjungi, isteri Ibrahim berusia 50-an yang juga seorang warga Thailand, tiada di rumah kerana bekerja sebagai pembantu gerai dekat Tok Bali.

Ditanya apakah bukti bahawa Siti Nurhaliza adalah anaknya, Ibrahim berkata dia tidak mempunyai bukti bertulis kecuali berserah kepada Allah dan keluarga angkat anaknya.

Katanya, dia mempunyai ramai anak hasil perkahwinannya dengan 22 wanita termasuk dari Thailand tetapi tiada yang tinggal bersamanya. Semua anaknya yang diserahkan sebagai anak angkat kepada keluarga lain, bernikah dengan menggunakan wali hakim.

"Saya tidak kecewa jika mereka melupakan saya pada hari perkahwinan mereka dan tidak mengaku saya sebagai bapa kandung. Tapi jika dijemput, saya amat berbesar hati untuk hadir atau menjadi wali pernikahan mereka walaupun sedar hidup saya tidak setaraf dengan mereka," katanya.

Bagaimanapun, seorang anak Ibrahim yang dibela anak angkat, Hasnah Jusoh, 43, tidak percaya Siti adalah anak kandung bapanya.

?ana mungkin bapa saya adalah bapa kandung Siti Nurhaliza kerana bidan yang menyambut kelahiran penyanyi itu masih hidup dan boleh menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

"Mungkin ada pihak sengaja menyebarkan khabar angin itu bagi memalukan Siti,? katanya ketika dihubungi di rumahnya dekat Pengkalan Chepa, semalam.

Hasnah mengaku bapanya berkahwin beberapa kali termasuk dengan wanita dari Thailand serta memberikan ramai anak kepada keluarga angkat.

"Saya sendiri diserahkan kepada keluarga angkat ketika kecil, begitu juga kakak dan beberapa adik lain. Kami hanya sedar menjadi anak angkat keluarga yang membela apabila memerlukan wali pernikahan,? katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2006 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by Fiz@h at 22-5-2006 11:28 PM
kekawan semua.. takde ke yg boleh tolong updatekan kat sini fasal penasiti ahad lalu (21.05.06) ???

sry ler website tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:11 AM | Show all posts

Edisi Timur: Keluarga Ibrahim mohon maaf

Edisi Timur: Keluarga Ibrahim mohon maaf

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: ?aya ingin mohon maaf kepada keluarga Siti Nurhaliza kerana mungkin pengakuan ayah disiarkan dalam akhbar memberi aib kepada mereka dan kami sendiri.




?aya tahu kenyataan ayah kami tidak benar kerana dia sendiri terlalu tua,? kata Wan Yan, 40, anak kepada Ibrahim Deraman, 81, yang mendakwa Siti adalah anaknya yang diserahkan kepada seorang anggota polis, 25 tahun lalu.

Wan Yan yang mewakili keluarga Ibrahim mengatakan apa yang diperkatakan ayahnya tidak semestinya benar dan mungkin terpengaruh dengan pekerjaannya sebagai penjual ubat tradisional.

Menurutnya, sejak kisah ayahnya mendakwa bapa kandung Siti dipaparkan di akhbar, masyarakat sekeliling mula menyindir anggota keluarga mereka.

?indiran dibuat beberapa teman rapat walaupun dalam nada bergurau seolah-olah tidak kena kerana membabitkan nama yang amat terkenal dalam negara ini,? katanya ketika ditemui, semalam.

Seorang lagi anak warga emas itu, Hasnah Jusoh, 43, berkata ayahnya juga sering diejek rakan apabila membuat pengakuan Siti adalah anaknya.

?khirnya, ayah terpaksa melarikan diri dari rumah di Pasir Puteh ke rumah kakaknya di Kampung Kubang Pasu, dekat sini, kerana tidak tahan disindir orang kampung.

?yah saya memang suka bercakap kosong dan sering berangan-angan dan faktor usia mungkin menyebabkan beliau berkelakuan begitu.

?yah saya pernah cuba membunuh diri dengan menghunus pisau di perutnya. Bagaimanapun, tindakannya itu berjaya dihalang anggota keluarga kami,? katanya.

Harian Metro kelmarin melaporkan, Ibrahim yang mendakwa bapa kandung Siti tetapi tidak mempunyai bukti untuk mengesahkannya.

Ibrahim mendakwa Siti adalah anak perempuannya yang dipanggil Za diserahkan kepada seorang anggota polis dikenali sebagai Din di Balai Polis Bukit Yong, 25 tahun lalu.

Selain itu, dia mendakwa Siti adalah anak dengan isterinya yang ketujuh bernama Semah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2006 07:02 AM | Show all posts
KOSMO 21 MEI 2006

KEMBALI BERTANDING DI AJL

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat anda pembaca setia KOSMO! Ahad dan ruangan PenaSiti.

Sebelum saya bercerita panjang lebar mengenai perkembangan terbaru saya, ingin saya mengambil peluang untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada akhbar KOSMO! kerana sudah memperluaskan edaran hariannya ke negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan.

Saya percaya, masyarakat di kedua-dua negeri itu akan memberi sokongan kepada akhbar yang bersifat kontemporari ini.

Bagaimana pula dengan percutian hujung minggu anda? Saya mengharapkan semuanya akan sentiasa gembira di samping keluarga dan orang-orang tercinta.

Minggu ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengumumkan kesediaan saya kembali ke gelanggang pertandingan nyanyian Anugerah Juara Lagu (AJL) anjuran TV3 selepas berehat hamper dua tahun. Insya-Allah.

Saya mengharapkan berita ini akan menggembirakan hampir sebilangan besar peminat-peminat tersayang serta rakan-rakan media yang memberi pelbagai cadangan agar saya tidak mensia-siakan peluang untuk menyahut cabaran di pertandingan yang berprestij itu.

Kelahiran album Transkripsi merupakan sebuah produk yang menterjemahkan falsafah saya dalam berkarya.

Falsafah itu pula diiringi oleh doa dan restu orang-orang terdekat serta peminat-peminat setia saya yang tidak henti-henti bertanya pendirian saya berhubung penyertaan saya dalam pertandingan yang mengiktiraf karya-karya composer tanah air.

Justeru, menyedari bahawa saya perlu membantu mengangkat karya-karya composer tanah air, saya membuat keputusan untuk kembali ke gelanggang.

Namun begitu, sejujurnya ingin saya jelaskan di sini bahawa tujuan saya mahu bertanding di pertandingan itu bukan semata-mata kerana mahu memberi saingan atau menjejaskan minat rakan-rakan lain.

Sebaliknya, niat utama saya ialah memberi peluang kepada komposer tanah air yang menghasilkan karya-karya terbaik dalam album Transkripsi diadili secara professional oleh mereka yang arif.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pertandingan yang melibatkan penglibatan juri professional diadili secara terus dan bukannya melibatkan undian populariti.

Lalu, tidak adil kalau saya tidak memberi peluang kepada komposer-komposer yang terlibat dalam album terbaru saya mempertaruhkan karya mereka untuk bertanding.

Sehingga hari ini, pihak pengurusan saya iaitu Siti Nurhaliza Productions (SNP) sedang membuat seleksi lagu-lagu ciptaan komposer tempatan dalam album Transkripsi untuk dihantar pencalonan kepada TV3 untuk bertanding dalam pertandingan mingguan Muzik-Muzik.

Dan kalau ada rezeki serta berkat doa semua pihak, andai kata lagu-lagu itu tersangkut ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu, maka adalah rezeki saya untuk menemui anda semua pada pertandingan itu.

Tinggalkan seketika keputusan saya untuk kembali bertanding kerana cerita lain yang ingin saya kongsi dengan anda semua ialah mengenai pengalaman menjalani rakaman klip video single pertama saya, Biarlah Rahsia di Jakarta, Indonesia minggu lepas.

Kerjasama saya dengan pengarah Rizal Mantovani bukanlah baru kerana sebelum ini kami sudah terlibat dalam pembikinan klip video Percayalah, Bukan Cinta Biasa, Nirmala dan Seindah Biasa.

Proses rakaman klip video berkenaan bermula pukul 12 tengah hari apabila saya disolek dan didandan oleh jurusolek professional sebelum bertolak ke lokasi penggambaran iaitu di Batavia Caf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 07:05 AM | Show all posts
yeyeye...osman ali nak buat die nye VC..harap lah berkualiti..


وهي تستطيع ان تفعل شيءا ، ويريدون لك.   لو تسمحوا لهم.   لكنها لن تفوز ابدا ،   لانك ما زالت في قلبي ،   احبك يا حب لي.   انا انت المفقودي
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 07:05 AM | Show all posts
oo lupe nak ucap terima kasih kepada ruf sebab tempek


وهي تستطيع ان تفعل شيءا ، ويريدون لك.   لو تسمحوا لهم.   لكنها لن تفوز ابدا ،   لانك ما زالت في قلبي ،   احبك يا حب لي.   انا انت المفقودي
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 07:06 AM | Show all posts
KOSMO 28 MEI 2006

SELAMAT DATANG RAKAN-RAKAN BARU

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca KOSMO! Ahad. Semoga hari minggu yang indah ini memberi kebahagiaan kepada anda semua.

Pada kesempatan ini saya ingin mengingatkan adik-adik yang sedang dalam cuti sekolah ini agar dapat melakukan perkara yang baik serta memberi manfaat.

Mungkin ada perancangan yang diatur oleh sesebuah keluarga untuk menghabiskan cuti sekolah bersama anak-anak.

Walaupun cuti sekolah menyeronokkan tetapi saya berharap agar kesempatan yang ada ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Inilah masanya ibu bapa dapat menghabiskan masa bersama anak-anak di samping tidak melupakan kerja rumah yang mungkin telah disediakan oleh guru-guru terutama sekali pada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini.

Bercerita mengenai adik-adik juga, saya tertarik untuk berkongsi pandangan mengenai kelahiran bintang-bintang baru dalam industri hiburan tanah air.

Seperti yang sudah diketahui ramai, malam ini, Konsert Prelude Akademi Fantasia 4 akan menemui penonton. Hakikatnya, Akademi Fantasia terbitan Astro merupakan program realiti yang bermatlamat melahirkan bakat-bakat seni baru.

Menyusul selepas Akademi Fantasia, kita berpeluang untuk menonton program Mentor yang diterbitkan oleh TV3.

Stesen televisyen 8TV pula mengambil inisiatif menerbitkan program One In A Million.

Pendek kata, kesemua program realiti hiburan yang diterbitkan oleh stesen-stesen televisyen akan memperlihatkan kehadiran lebih ramai penyanyi baru dalam industri hiburan tanah air.

Melihat pada perkembangan ini, saya teringat detik-detik manis bagaimana bermulanya kerjaya seni saya.

Seperti yang umum sedia maklum penyertaan saya dalam pertandingan Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) terbitan stesen Radio Televisyen Malaysia atau RTM menjadi permulaan kerjaya seni saya secara professional.

Bermula daripada pertandingan itu, saya secara berperingkat-peringkat mendaki satu-persatu tangga-tangga industri seni sebelum dapat berada di kedudukan hari ini.

Alhamdulillah, khalayak dan juga peminat seni tanah air memberi sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang saya bergelumang sebagai anak seni.

Senario yang sama juga, saya percaya akan dilalui oleh adik-adik yang baru melangkah ke bidang yang sama.

Saya sentiasa berdoa, setiap individu yang mempunyai minat dan kesungguhan serta niat yang ikhlas menjadi artis akan dibuka laluan mereka dengan mudah.

Justeru, pada ksempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat dating kepada rakan rakan-rakan baru dunia hiburan.

Saya mengharapkan kehadiran mereka semua akan memberikan rakan-rakan artis yang sedia semangat untuk terus bekerja keras dan menghasilkan karya-karya yang lebih baik pada masa depan.

Kehadiran anggota-anggota baru dalam lapangan seni tanah air juga sudah tentu akan menjadikan industri muzik khususnya akan lebih subur dan terus berkembang.

Baiklah, asyik bercerita mengenai kehadiran rakan-rakan baru, terlupa pula saya untuk berkongsi cerita mengenai kesibukan saya sepanjang seminggu ini.

Saya diundang untuk menghadiri majlis mempromosikan system taksiran cukai e-filing oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada pukul 10 pagi ini di pejabat LHDN di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Jadi kepada anda yang mungkin sudah merancang untuk berada di sana, barangkali kita ada peluang untuk bertemu di sana.

Bagaimanapun, jika terlepas acara itu, jangan bimbang kerana saya juga akan berada di Tower Records, KLCC pada pukul 3 petang ini untuk sesi bertemu peminat dan mempromosikan album Transkripsi.

Saya ingin mengajak peminat-peminat setia untuk hadir beramah mesra dengan saya selain dapat kita berkongsi pandangan mengenai album terbaru saya.

Pada kesempatan ini juga, ingin saya bercerita mengenai pengalaman menjalani  pengambaran iklan pendek untuk Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) beberapa hari yang lalu.

Alhamdulillah pengambaran tersebut berjalan lancer dan saya juga turut berlakon bersama Fauziah Nawi, Zamarul Hisham dan adik Nurul Syazwanie.

Pengalaman di lokasi bersama dengan bintang pelakon terkenal dan hebat membuatkan saya kagum dengan bakat yang mereka ada.

Kesungguhan lakonan yang ditunjukkan oleh Fauziah Nawi, Zamarul Hisham dan adik Nurul Syazwanie, Insya-Allah akan memberi kesan kepada para penonton.

Banyak hikmah yang terselit menerusi iklan ini dan saya berharap agar ia dapat memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat dengan dadah.

Sebagai duta kepada ADK, saya terpanggil untuk memberikan sesuatu yang baik kepada masyarakat khususnya mengenai kesengsaraan jika terlibat dengan dadah.

Saya amat berharap agar para remaja dan belia di luar sana tidak terlibat dengan dadah kerana banyak buruk dan padah apabila ia menguasai diri kita.

Kembali kepada aktiviti saya, Insya-Allah saya akan berada di Sabah untuk menjayakan persembahan di sambutan Tadau Keamatan pada 31 Mei nanti, manakala pada 4 Jun pula, saya akan menjayakan majlis penutupan Sukma di Kedah.

Walaupun hari-hari yang saya lalui agak sibuk tetapi saya gembira dan puas apabila semua kerja dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian sahaja catatan saya minggu ini, bertemu kembali minggu hadapan.

Salam mesra selalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 07:07 AM | Show all posts
eh ade lagi ke tandau tu...agu yang dienyanyi tu ape tah ngan felix ngan marsha tu sedp...



وهي تستطيع ان تفعل شيءا ، ويريدون لك.   لو تسمحوا لهم.   لكنها لن تفوز ابدا ،   لانك ما زالت في قلبي ،   احبك يا حب لي.   انا انت المفقودي
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 07:09 AM | Show all posts

Reply #48 sayang_mulut's post

kan tu 28 Mei 2006 punya...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 07:17 AM | Show all posts

Reply #49 ruffly_sya's post

:bgrin:..tak pasan..


احبك حب يا لي لي يا نفتقدكم الانسه لي. نحب بعضنا البعض


[ Last edited by  sayang_mulut at 2-6-2006 11:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2006 12:50 PM | Show all posts

CAK: Gosip cinta Siti di Bali

CAK: Gosip cinta Siti di Bali


GOSIP cinta Siti Nurhaliza dan Datuk K bukan saja hangat diperkatakan di dalam negara, malah turut menjadi perbualan di Indonesia.

Maklumlah, bintang jelita ini menjadi kegilaan ramai di tanah seberang sehingga ada yang mengiktirafnya sebagai penyanyi nombor satu negara itu.

Pantang ada cerita baru, pasti sekelip mata tersebar ke serata ceruk. Apa lagi kalau kisah peribadi dan cinta-kahwin Siti.

Baru-baru ini, teman CAK berehat panjang di Bali. Nama Siti menjadi halwa telinganya sebaik saja turun dari kapal terbang.

Katanya, apabila kakitangan penerbangan Bali mengetahui dia berasal dari Malaysia, soalan pertama yang ditanya adalah perkembangan terbaru Siti.

Sampai di hotel, soalan sama diajukan sekali lagi oleh kakitangan hotel. Selain itu album baru Siti, Transkripsi, turut menjadi topik perbualan, tetapi yang lebih hangat adalah soalan mengenai gosip Siti dengan Datuk K.

Sesi ?oal jawab? tidak berakhir di situ, ke mana saja rakan CAK pergi pasti ada sambungannya jika orang sekeliling tahu dia dari Malaysia. Naik lenguh mulut nak melayan, tetapi dalam masa sama terselit perasaan bangga di hati. Apa tidaknya, anak Malaysia menjadi sebutan dan disanjung tinggi di rantau orang.

Sebut mengenai gosip cinta Siti dan Datuk K, ada yang merestui jika itu pilihan Siti dan tidak kurang juga meluahkan rasa kurang senang.

Kata mereka, Siti seharusnya mencari pasangan yang jauh lebih muda daripada Datuk K dan masih solo sepertinya.

Itu antara pandangan peminat Siti di Bali yang disampaikan teman CAK. Bagi CAK, soal nikah kahwin berkait rapat dengan jodoh. Kalau sudah tertulis itulah jodoh Siti, orang lain tidak berhak campur tangan.

Tuan punya badan berhak membuat keputusan untuk masa depannya dan kata putus itu harus dihormati ramai. Siapa saja pilihan Siti, CAK doakan bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2006 03:01 PM | Show all posts
KOSMO 4 JUN 2006

DULU KAD KAHWIN, SEKARANG ANAK ANGKAT

ASSALAMUALAIKUM dan selamat hujung minggu buat anda semua pembaca setia akhbar KOSMO! Ahad.

Kepada adik-adik yang sedang bercuti, jangan hanya tahu berseronok sehingga lupa kerja-kerja sekolah.

Sementara buat anda yang naik pelamin sempena musim cuti sekolah, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru. Saya mendoakan semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.

Sebetulnya, ketika saya leka mulis artikel ini, saya sedang tersenyum bila mengenangkan semula dakwaan pakcik Ibrahim Deraman, 81, dari Pasir Puteh, Kelantan kononnya saya anak kandungnya.

Secara jujurnya, saya betul-betul tidak pasti apa motif beliau berbuat demikian.

Setahu saya, ibu dan ayah saya ialah Siti Salmah Bachik dan Tarudin Ismail. Saya sedia maklum sejarah kelahiran saya dan saya fikir tidak ada sebab mengapa status saya sebagai anak kepada ibu dan ayah yang tercinta perlu dipertikaikan lagi.

Keadaan ini kembali mengingatkan saya kepada satu lagi kejadian yang pernah berlaku beberapa tahun lalu.

Ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mencetak kad perkahwinan yang tertera nama saya dengan seorang lelaki yang saya tidak kenali.

Terkejut bukan kepalang saya ketika itu. Masakan ada orang yang sanggup melakukan tindakan sedemikian terhadap saya.

Aduh, bila mengenangkan dua kejadian ini, berpinar kepala saya memikirkan apakah motif yang mendesak pihak-pihak sebegini sanggup berbuat demikian.

Namun, sebagai seorang yang rasional, saya tidak mahu begitu resah memikirkan hal-hal yang remeh sebegini kerana pokok pangkalnya saya tahu siapa diri saya yang sebenar.

Sebagai artis, semua ini adalah lumrah yang harus saya lalui. Pendek kata, ia adalah dugaan dan asam garam hidup sebagai selebriti.

Membicarakan mengenai dugaan hidup juga, saya terpanggil untuk berkongsi rasa sedih dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Yogyakarta, Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini yang mengorbankan banyak nyawa.

Takziah daripada saya kepada keluarga yang kehilangan orang-orang tercinta dalam musibah itu.

Berdasarkan apa yang saya baca dalam laman web rasmi saya, sitizone.com juga saya diberitahu salah seorang peminat setia saya menjadi mangsa korban gempa bumi di negara jiran kita itu.

Dalam hal ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan rasa bangga dengan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) yang telah melaksanakan tugas yang sangat baik apabila dihantar oleh kerajaan ke Yogyakarta untuk membantu mereka yang ditimpa bencana alam itu.

Kesedihan kita pastinya juga terbawa ke dalam Negara apabila kejadian tanah runtuh turut berlaku di Kampung Pasir, Hulu Klang, Selangor Rabu lalu.

Saya dapat memahami bagaimana keadaan mereka yang sudah tentu tidak mampu daripada menyembunyikan keadaan sedih selain meratapi pemergian orang-orang tersayang.

Namun, pada masa yang sama, sebagai umat Islam, kita harus reda dan menerima segala ketentuan Yang Maha Esa.

Pada ruangan ini juga, saya mahu mengajak seluruh peminat seni tanah air untuk terus memastikan semangat seni yang ditinggalkan oleh Seniman Agung, Tan Sri P.Ramlee yang genap 33 tahun pemergiannya ke rahmatullah pada 29 Mei lalu akan terus subur dalam diri kita.

Pejam celik, pejam celik sudah lebih tiga dekad, Allahyarham pergi meninggalkan kita khazanah seni yang sangat berharga untuk kita warisi.

Sebagai anak seni, saya banyak menjadikan beliau sumber inspirasi kerana kecekalan dan dedikasi Allahyarham terhadap kerja-kerja seninya sangat tinggi dan wajar dijadikan contoh buat artis-artis generasi baru.

Semoga Allah terus mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Berbalik kepada cerita kerjaya seni saya, Rabu lalu saya diundang untuk menjayakan persembahan sempena Pesta Tadau Keamatan yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah.

Sebagai meraikan hari kebesaran itu, saya turut diminta menyampaikan lagu bahasa Kadazan berjudul Rumandawi.

Ia merupakan detik yang menyeronokkan saya kerana bukan sahaja sekadar menyanyi lagu tersebut bahkan turut mengenakan pakaian suku kaum Kadazan.

Rasanya setakat ini sahaja yang dapat saya kongsi dengan anda kerana seperti anda saya juga harus memenuhi undangan perkahwinan.

Bertemu lagi di ruangan PenaSiti minggu depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Fiz@h This user has been deleted
Post time 5-6-2006 11:38 PM | Show all posts
kepada ruffly, thanx alot ya kerana masih setia menguploadkan penasiti di sini. memang daripada awak jelah kita dan sesiapa yg lain nak baca penasiti ni, boleh baca dari sini.

penasiti kali ni betul2 meluahkan mengenai tajuk yg tertera tu ye.. :-)
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 06:19 PM | Show all posts

Reply #52 Fiz@h's post

mmg slalu camtu la...tajuk mesti berkaitan dgn isinya...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 07:46 PM | Show all posts
KOSMO 11 JUN 2006

KEMBALI KE KUALA LIPIS

ASSALAMULAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca KOSMO! Ahad. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Bagi adik-adik yang telah pun kembali ke sekolah hari ini atau esok, harapan saya agar semua kerja sekolah yang diberikan guru telah pun disiapkan.

Jika anda tidak ke mana-mana pagi ini, jangan lupa mendengar Siti di Carta Era, Radio Era jam 10 pagi ini. Siti berceloteh bersama-sama Nana dan juga Aznil. Ulangannya pula pada tengah malam ini.

Sepanjang minggu ini jadual kerja saya agak sibuk seperti beberapa minggu kebelakangan ini. Kembali dari majlis penutupan SUKMA di Kedah, saya menghadiri majlis penyampaian anugerah untuk Malaysia Book Of Records (MBOR). Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota itu menghimpunkan penerima-penerima anugerah MBOR dan anugerah disampaikan oleh Datuk Seri Effendi Nawawi.

Pada malam tersebut saya menerima anugerah MBOR bagi kategori pencapaian antarabangsa iaitu Artis Pertama Yang Mengadakan Konsert Solo di Royal Albert Hall, London.

Saya amat bersyukur dengan rezeki ini dan alhamdulillah hasil kerja saya diiktiraf dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih khususnya kepada Datuk Danny Oii (pengasas dan pengarah urusan MBOR).

Selain itu, saya juga menjalani penggambaran untuk sebuah rancangan yang akan disiarkan di Channel News Asia. Rancangan ini mengetengahkan saya bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi sebagai seorang insane biasa dan juga usahawan. Penggambaran ini mengambil masa dua hari, namun saya gembira kerana dapat muncul dalam sebuah rancangan yang banyak mengupas tentang karier, kehidupan dan juga saya sebagai usahawan.

Saya juga sempat menjalani penggambaran rancangan Gitu-Gitu Apek beberapa hari lalu dan kali ini saya berganding sekali lagi dengan Apek dengan Yassin selepas Minggu Setiausaha yang lalu.

Penggambaran yang dilakukan di sebuah restoran itu menampilkan aksi saya memasak dengan dibantu oleh Yassin dan Apek sebagai pengacaranya. Seperti biasa, ada terselit segmen komedi dalam rancangan Apek ini dan saya harap kemunculan saya nanti akan menghiburkan anda semua. Jangan lupa menonton masakan kue teow goreng Biarlah Rahsia yang saya masak dalam rancangan tersebut.

Saya juga berasa gembira kerana sudah dua minggu album Transkripsi dipasarkan di Indonesia. Alhamdulillah, membaca maklum balas peminat di Sitizone, album tersebut mendapat sambutan yang baik. Saya amat berharap sambutan yang baik ini bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia, Singapura dan Brunei juga. Siti sekali lagi ingin menasihatkan agar para peminat tetap membeli album yang original kerana Siti difahamkan album terbaru Siti juga telah pun dicetak rompak.

Mengenai klip video Biarlah Rahsia, insya-Allah ianya akan ditayangkan di televisyen tidak lama lagi. Siti sudah pun menerima salinan video yang pertama dari Indonesia dan sedang membuat prebiu awal. Jika semuanya sudah dipersetujui, klip video itu akan segera dipertontonkan nanti.

Pembikinan klip video Bisakah pula akan menjalani penggambarannya beberapa hari lagi. Seperti yang Siti tulis sebelum ini, klip video ini akan diarahkan oleh Osman Ali. Siti sudahpun berbincang dan melihat jalan ceritanya, insya-Allah ia akan menjadi salah sebuah klip video yang terbaik pernah saya hasilnya. Saya juga memilih lagu Bisakah untuk menyampaikan mesej yang berguna kepada masyarakat iaitu jauhi dadah. Dan bagaimana kita harus menerima kembali mereka yang terlibat supaya mereka tidak lagi berasa rendah diri dan jauh menyimpang ke jalan yang tidak elok. Lirik lagu ini juga bersesuaian dan ini juga salah satu sumbangan Siti kepada Agensi AntiDadah Kebangsaan. Agar klip video yang mempunyai mesej ini akan dapat kita semua hayati nanti.

Saya juga akan berada di Dataran Kuala Lipis, Pahang pada hari esok jam 8.30 malam. Saya akan membuat persembahan sempena Karnival Lipis iaitu tempat yang cukup memberi sejarah dalam hidup saya. Karnival Lipis menjadi pentas saya menyertai pertandingan dan anugerah nyanyian yang pertama saya perolehi di sini.

Seterusnya saban tahun saya menyertainya sehinggalah penganjur tidak lagi membenarkan saya menyertainya kerana mahu memberi peluang kepada orang lain. Ia memang terlalu manis untuk dikenang dan malam esok saya akan kembali beraksi di sana. Lebih istimewa, saya akan menghiburkan orang kampung sendiri dan kepada peminat di sekitarnya, jangan lupa datnag ke Karnival Lipis malam esok.

Lama juga saya tidak membuat persembahan di Kuala Lipis dan kebetulan album baru juga sudah muncul, saya berharap dapat menyanyikan lagu-lagu terbaru di sana nanti.

Sekian dahulu catatan saya minggu ini. Bertemu kembali minggu hadapan. Salam mesra.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.079480 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list