CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
Post time 21-7-2006 11:25 AM | Show all posts
ARTICAL 21/07/06
HARIAN MERTO

Edisi KL : Impian jadi puteri
Oleh Ellyna Ali

KUALA LUMPUR: 揝iti Nurhaliza mahu menjadi seperti seorang 憄uteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2006 09:05 PM | Show all posts
Legasi seni si diva CT



Siti Nurhaliza Taruddin, perlu ke kitorang perkenalkan lagi penyanyi hebat tanah air ni? Segala cerita dia dari luar & dalam semuanya nak kita korek. Hebatnya CT kerana bakat & sikapnya yang sentiasa menyenangkan. Dunia seninya dipenuhi warna² kejayaan, anugerah & penghargaan seawal karier seninya bermula. Dari gadis kampung, setelah 11 tahun CT adalah 慴uah hati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 09:06 PM | Show all posts
Siti tidak mahu paksa Kat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

taiqoaboi This user has been deleted
Post time 23-7-2006 02:23 AM | Show all posts
KOSMO 23 JULAI 2006

Bukan cari publisiti murah

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat anda yang terus setia menanti tulisan saya menerusi ruangan yang sangat istimewa ini. Saya sedar minggu ini, ada di kalangan anda yang mahu membaca terjemahan saya dalam bentuk tulisan berhubung pengumuman yang saya buat awal minggu ini.
Pertama sekali, saya dengan rendah diri ingin memberitahu kepada pembaca yang dihormati bahawasanya setiap perjalanan kehidupan yang saya lalui semuanya berlaku atas kehendak-Nya.
Sebagai manusia, saya tidak mampu untuk menolak ketentuan takdir. Demikian juga dengan pertemuan saya dengan lelaki yang bernama Khalid Mohamad Jiwa.
Saya sedar apabila pengumuman secara rasmi dibuat selepas sekian lama berdiam diri mengenai rahsia peribadi saya, pelbagai reaksi yang akan saya terima.
Siapa saya untuk menghalang anda daripada memberikan sebarang reaksi baik atau buruk mengenai keputusan masa depan saya.
Selepas ini, saya percaya banyak lagi ujian dan dugaan yang harus saya lalui kerana kehidupan seseorang manusia khususnya artis seperti saya memaksa saya berhadapan dengan fasa-fasa yang berbeza.
Fasa pengumuman sebagai membuktikan janji saya pada peminat sudah terlaksana dan menyusul selepas ini fasa-fasa lain yang saya sendiri sukar untuk meramalnya.
Ramai yang bertanya apa perasaan saya selepas membaca laporan akhbar sehari selepas pengumuman itu dibuat.
Terus-terang saya katakan saya terkejut bukan sahaja sehari selepas sidang media itu diadakan.
Sebaliknya, pada hari sidang media itu sendiri yang membuatkan saya lebih terperanjat kerana melihat kehadiran lebih 150 wartawan tempatan dan antarabangsa memenuhi restoran di hotel tempat sidang media itu diadakan.
Masakan tidak, itulah kali pertama dalam sejarah hidup saya sebagai artis berhadapan dengan situasi sebegitu.
Saya mahu anda semua mengetahui bahawa saya tidak pernah menyangka yang berita pengumuman itu akan menjadi berita utama di akhbar-akhbar dan tajuk utama berita  televisyen memandangkan ada banyak lagi berita lain yang sewajarnya diberi perhatian.
Apa yang membimbangkan saya ialah, saya akan dilabel sebagai cuba mencari populariti atau publisiti sedangkan niat utama saya ialah untuk menjawab pertanyaan wartawan dan peminat-peminat yang selama ini menjadi tulang belakang saya.
Namun, ia berbalik kepada prinsip menjadi artis iaitu inilah harga yang harus saya bayar dan harus dilalui.
Pada masa yang sama, saya bersyukur kerana keadaan sidang media tempoh hari berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.
Saya mengharapkan kerjasama yang diberikan oleh pihak saya dan bakal suami saya itu telah memenuhi hasrat dan tuntutan tugas kesemua rakan wartawan khususnya dan jurukamera.
Sekurang-kurangnya kini saya boleh menghela nafas  lega dan apa yang saya harapkan peminat-peminat mendoakan yang terbaik untuk masa depan saya.
Baiklah, saya fikir mungkin sudah cukup dengan penjelasan yang anda mahu dengar daripada saya kerana pada kesempatan ini juga saya mahu mengajak kesemua penonton setia program realiti Mentor malam ini agar jangan lupa untuk menonton persembahan saya.
Berhubung kontroversi Mentor yang tercetus minggu lalu, saya juga ingin menjelaskan saya tidak pernah mahu melepas tangan terhadap anak didik atau protege saya, Nurnadia Rusali yang tersingkir minggu lalu.
Saya dimaklumkan oleh TV3 bahawa peserta yang mendapat undian tertinggi saja yang layak masuk. Semoga penjelasan ini akan dapat menenangkan keresahan keluarga Nurnadia.
Rabu lalu juga, saya sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran luar biasa penonton dan peminat saya serta peminat Saiful Apek pada rakaman Konsert Fenomena kami berdua di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Penonton yang melimpah-ruah sangat-sangat menyenangkan hati saya dan juga Saiful Apek.
Untuk pengetahuan semua, dalam kekalutan saya menghadapi kisah-kisah peribadi, pada masa yang sama tumpuan dan fokus saya pada kerjaya seni tidak pernah kurang walau seinci sekalipun.
Percayalah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, kerjaya seni masih diberi keutamaan. Itu menjadi pegangan dan prinsip saya.
Sehingga bertemu  di lain kesempatan.
Salam hormat daripada saya dan selamat berhujung minggu!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 07:37 PM | Show all posts
SURAT PEMBACA UTK SITI NURHALIZA DI BERITA HARIAN


Fahamilah diri Siti Nurhaliza yang mencari erti kebahagiaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

HAMPIR enam bulan lamanya kisah percintaan dan perkahwinan penyanyi kesayangan saya, Siti Nurhaliza menjadi topik hangat di kalangan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malahan juga di negara jiran. Saya merasa terpanggil untuk meluahkan segala rasa hati yang sekian lama terpendam apatah lagi setelah melihat pelbagai spekulasi tentang Siti dan kekasihnya.

Saya sendiri bagaikan tidak faham mengapa begitu susah sekali untuk segelintir masyarakat menerima kenyataan bahawa Siti sedang meniti hari-hari bahagia bersa insan tersayang yang sudah berjaya mencuri cintanya.

Saya dapat merasakan apa yang terpaksa Siti tanggung sekarang, perasaan yang amat sukar untuk ditafsirkan kerana perlu juga menjaga hati sendiri. Berilah Siti ruang untuk beliau membuat keputusan tentang jalan hidupnya pada masa mendatang. Biarlah siapa pun pilihannya sebagai suami sama-samalah kita mendoakan kebahagiaan mereka.

Adalah tidak wajar kita sebagai masyarakat menilai 慽nsan pilihan hatinya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 07:56 PM | Show all posts
Originally posted by Ustaz_SUFI at 23-7-2006 07:37 PM
SURAT PEMBACA UTK SITI NURHALIZA DI BERITA HARIAN


Fahamilah diri Siti Nurhaliza yang mencari erti kebahagiaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

HAMPIR enam bulan ...

bila baca nie teringat lagu Britney Spears, LUCKY
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-7-2006 03:26 PM | Show all posts
Aku suka ayat nie....

"Tidak salah kita mendoakan kebahagiaan orang lain kerana kita juga akan memperoleh kebahagiaan"
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 02:29 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 25-7-2006 03:26 PM
Aku suka ayat nie....

"Tidak salah kita mendoakan kebahagiaan orang lain kerana kita juga akan memperoleh kebahagiaan"


TAK NAK TAMBAHKAN KREDIT AKU KE POST ARTIKEL TU??

HEHEHE...GURAU JER...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2006 10:48 PM | Show all posts
dapatkan majalah hai terbaru cover julia hana...

ziana zain menangis bila dapat tahu ct nak kahwin...

siap kasi tips rumah tangga kat ct...

p/s ok kan berita tu?? bleh ker..kalau x leh letak..sorry....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 25-7-2006 03:26 PM
Aku suka ayat nie....

"Tidak salah kita mendoakan kebahagiaan orang lain kerana kita juga akan memperoleh kebahagiaan"



:setuju::setuju::setuju: sesangat
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 3-8-2006 02:23 PM | Show all posts
Edisi Nasional: Kadi bimbang

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bahang kehangatan perkahwinan penyanyi popular tanah air, Siti Nurhaliza Tarudin dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K membuatkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dikatakan bimbang untuk menikahkan pasangan berkenaan pada 21 Ogos ini.

Kebanyakan tok kadi dipercayai khuatir diserang darah gemuruh dengan kehadiran puluhan wartawan media cetak dan elektronik yang merakamkan majlis ?edding Of The Year? itu.

Ini disebabkan majlis berkenaan bukan sahaja menjadi tumpuan jutaan rakyat negara ini dan disiarkan secara langsung melalui televisyen.

Justeru, upacara akad nikah pasangan terbabit di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, kemungkinan diambil alih Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Difahamkan, Jawi masih gagal mencari calon kadi sesuai untuk menikahkan pasangan terbabit kerana 21 Ogos adalah hari bekerja selain kemungkinan diserang darah gemuruh akibat majlis itu menjadi tumpuan ramai serta media massa.

?uat masa ini, hanya pengarah (Che Mat) yang layak memikul tanggungjawab itu.

?agaimanapun, perkara ini hanya satu kemungkinan dan siapa sebenar bakal menikahkan mereka akan diketahui selepas Jawi menerima permohonan pernikahan pasangan berkenaan,? kata sumber Jawi kepada Harian Metro, semalam.

Sehingga semalam, menurutnya, Datuk K belum menyerahkan borang permohonan pernikahannya dengan Siti, termasuk memohon kebenaran menggunakan masjid tercantik di ibu kota itu bagi majlis berkenaan.

?sahawan itu masih sempat berbuat demikian selewat-lewatnya minggu depan,? katanya.

Sumber itu juga menyatakan, Datuk K sendiri hadir di pejabat Jawi, Jun lalu, untuk mengambil surat pengesahan cerai dengan bekas isterinya, Tengku Zawyah Tengku Izham.

Ditanya mengenai permohonan pasangan berkenaan bernikah di luar kariah, katanya, ia tidak menjadi masalah kerana Siti bermastautin di Kuala Lumpur.

?alaupun orang ramai mengetahui Siti dari Pahang (Kuala Lipis), dia sudah lama menetap di Kuala Lumpur iaitu di Alam Damai, Cheras, manakala Datuk K menetap di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.

?anya Datuk K perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana bermastautin di Selangor,? katanya.

Sumber berkenaan memberitahu, jumlah mas kahwin hantaran Datuk K kepada penyanyi nombor satu negara itu belum diketahui meskipun ada media sebelum ini melaporkan sebanyak RM22,222.22 atau RM88,888.88.

?umlah itu mungkin hanya rekaan atau andaian pihak tertentu dan pihak Jawi tidak menetapkan sebarang jumlah hantaran.

?umlah sebenar hantaran pasangan popular itu hanya dapat diketahui apabila borang permohonan kahwin mereka diterima,? katanya.

Datuk K, 47, dan Siti, 27, mengumumkan tarikh pertunangan dan pernikahan mereka pada sidang media khas di sebuah hotel di sini, 17 Julai lalu.

Majlis pertunangan dan pernikahan akan diadakan 21 Ogos manakala persandingan bakal berlangsung seminggu kemudian iaitu pada 28 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tarikh 28 Ogos juga hari ulang tahun ke-38 perkahwinan ibu bapa Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik.

Pasangan berkenaan akan diraikan di rumah pengantin perempuan di Kuala Lipis pada 3 September.

Sementara itu, seorang pegawai Masjid Wilayah Persekutuan mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang permohonan secara rasmi untuk majlis pernikahan pasangan berkenaan.

?ebaik menerima permohonan secara rasmi, kami akan mengadakan perbincangan bersama Datuk K dan Siti bagi mengetahui aturcara majlis supaya dapat diadakan dengan lancar,? katanya.

?emungkinan besar, dewan solat utama akan ditutup untuk orang awam dan hanya jemputan khas, termasuk petugas media dibenarkan masuk,? katanya.

Bagaimanapun, pihak pengurusan masjid itu memberi jaminan penutupan dewan solat utama tidak mengambil masa lama, sebaliknya sekitar antara satu hingga dua jam sahaja.

?anak-kanak berusia enam tahun ke bawah sememangnya dilarang sama sekali memasuki dewan solat utama, begitu juga dengan pengunjung yang tidak menutup aurat.

?engunjung yang ingin melakukan sembahyang sunat, boleh berbuat demikian di perkarangan masjid ini,? katanya.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 3-8-2006 02:24 PM | Show all posts
Luahan hati Siti

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

MENGAMATI keseluruhan lagu dendangannya, jelas menggambarkan perasaan Siti Nurhaliza Taruddin, 27, yang ketika ini sedang berada di puncak cinta.

Memang tidak menghairankan, hanya tinggal 19 hari saja lagi Siti bakal bergelar isteri apabila memilih ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, sebagai suaminya.

Pasangan duda dan dara ini akan diijabkabulkan pada 21 Ogos di Masjid Wilayah Persekutuan, diikuti majlis persandingan 28 Ogos ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tempat sama.

Sekian lama mengunci mulut biarpun kisahnya cinta mula dihidu media sejak penghujung tahun lalu, akhirnya Siti mengotakan janji untuk mendedahkan rahsia sanubari dan siapakah gerangan yang bertakhta di hatinya.

Sedangkan selama 10 tahun bergelar penyanyi nombor satu negara jangankan pernah berbicara soal cinta, jauh sekali mempunyai teman lelaki. Namun, Siti sudah cukup dewasa dan matang sekarang untuk menentukan arah hidup serta kebahagiaannya.

Mengenai persembahan Siti di konsert percuma Malam Bersama Bintang SP Setia di Taman Setia Alam, Meru, Klang, Ahad lalu, penyanyi jelita ini membawakan rangkaian lagu cinta yang semuanya berkait rapat dengan kebahagiaan sedang ditempuhinya.

Menghangatkan suasana menerusi lagu pertama Destinasi Cinta, Siti meneruskan hiburan dengan rangkaian lagu medley, Bukan Cinta Biasa, Dialah Dihati dan Seindah Biasa, antara lagu yang terus menjulang namanya selaku penyanyi paling popular.

Selain berjaya di gelanggang sendiri, nama Siti juga masyhur di Indonesia. Menyedari hakikat dia mempunyai ramai peminat Seberang yang bermastautin di sini, Siti mengambil kesempatan menyanyikan lagu hit di negara itu seperti Teman Tapi Mesra (dendangan asal kumpulan Ratu), Pupus (Dewa) dan Pudar (Rossa) secara medley.

Kalau diamati lirik ketiga-tiga lagu itu ia bagaikan luahan rasa Siti terhadap beberapa lelaki yang pernah dikatakan mempunyai hubungan hubungan istimewa dengannya.

Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan, mungkin ia sekadar andaian atau Siti sememangnya meminati semua lagu itu.

Konsert yang dimulakan jam 8.30 di tapak Taman Rekreasi Setia Alam itu ditontoni lebih 15,000 penonton dari pelbagai lapisan masyarakat dan umur. Sambutan meriah ini secara tidak langsung membuktikan Siti belum hilang taringnya.

Sebagai penyanyi profesional yang 10 tahun berpengalaman menguasai pentas, Siti bersiap sedia menyampaikan sebuah lagu Mandarin yang ditujukan khas pengunjung Cina.

Penonton kemudian dibawa pula memperdengarkan lagu tradisional iaitu Nirmala sebelum kembali pada balada rock menerusi Dealova yang dipopularkan Once dari kumpulan Dewa. Siti menyampaikannya dengan penuh perasaan.

Seterusnya, penonton dibuai dengan irama padang pasir menerusi Lagu Rindu. Disangkakan lagu ini terakhir nyanyian Siti apabila mengundurkan diri sejurus persembahan. Nyata, ia sekadar gimik dan apabila jeritan penonton mula kedengaran Siti kembali ke pentas menunaikan hajat peminat yang menantikan lagu hit Biarlah Rahsia yang dipetik dari album terbarunya, Transkripsi.

Pernah menyaksikan persembahannya beberapa kali, namun nyanyian Siti sejak mutakhir ini lebih ?eel?. Dia yang mengenakan sepasang subang dipenuhi juraian bentuk hati juga tidak lagi malu-malu dan tampak gembira menari serta bergelek.

Selain Siti, konsert malam itu dimeriahkan dengan persembahan seorang lagi penghibur tanah air, M Nasir yang turut menyampaikan lagu duet, Dua Insan, bersama Siti.

Penyanyi, pelakon, komposer, penerbit dan pengarah filem yang dikenali dengan perwatakan serius sebelum ini mencuit penonton dengan lawak spontannya.

?iapa mahu rumah banglo. Kalau mahu anda mesti ikut saya menyanyi. Sekarang saya bahagikan kepada dua kumpulan dan kumpulan yang suara mereka paling kuat akan menerima hadiah berupa rumah banglo.

?elesai persembahan anda boleh tuntut hadiah dari pemaju kerana mereka sudah berjanji dengan saya,? katanya.

Tempoh 45 minit persembahan bagi setiap artis yang ditampilkan malam itu dimanfaatkan M Nasir untuk membawakan rangkaian lagu lamanya sehinggalah yang terbaru seperti Juwita yang petik dari album terkini, Sang Pencipta.

Konsert ini dianjurkan Pemaju hartanah terkemuka, SP Setia Berhad sebagai acara kemuncak Kumpulan SP Setia Alam meraikan pembukaan Lingkaran Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE)-Setia Alam yang menghubungkan KM3.3 di NKVE ke 7.0 di Jalan Meru, Klang.

Ia juga tanda menghargai pembeli yang memilih Taman Setia Alam yang bertemakan ?andar Dalam Dakapan Alam? sebagai lokasi kediaman mereka.

Malah, penganjuran konsert percuma yang membabitkan pelaburan cukup besar ini salah satu cara alternatif untuk menarik minat orang ramai yang merancang memiliki rumah sendiri.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 3-8-2006 02:25 PM | Show all posts
A wedding outfit exquisitely Siti

By S.S. YOGA

newsdesk@thestar.com.my

PETALING JAYA: It is less than a month to Siti Nurhaliza? wedding but Anne Avantie has yet to come up with her designs for the pop diva? big day.

  
AWARD-WINNING DESIGN: Anne? intricate handiwork creates a stunning effect. She is one of five designers chosen to create outfits for the wedding.
However, the Indonesian designer is determined to get it just right when she actually gets down to work.

According to Anne, it is her practice to meet with clients personally before starting on the creation process.  

As such, she will be flying into Kuala Lumpur early this month; and only then will she have a clearer picture. Everything is still in the embryonic stage now.

?iti is very beautiful and the outfits must complement her. I must get them right and this is a very heavy responsibility,? she said in an interview from Semarang in Central Java, where she is based.

She said Siti only informed her recently that she was to design outfits for the wedding.

? have worked with her since she came for a performance in Jakarta two years ago,? she added.

Anne is one of the five designers chosen to create outfits for the wedding of Siti and Datuk Khalid Mohamad Jiwa, billed the wedding of the year. The other four are Malaysians Radzuan Radziwill, Michael Ong, Khoon Hooi and Natrah Hisham of Embun.

While one of the top Indonesian designers, especially recognised for her wedding wear, Anne is relatively unknown to Malaysians despite having made an appearance at a fashion show here in 2004. All her lines come under her eponymous label.

She has won numerous awards in Indonesia and is currently contracted to design for the Miss Universe Indonesia contest.

Anne said her designs were basically the baju kebaya, but done in an ethnic and contemporary style that fused Javanese and other Indonesian elements.

  
Anne: ?iti is very beautiful and the outfits must complement her?
? have been in the business for more than 20 years and there? a lot of painstaking work done by hand with the beading and the sequins,? said the mother of three, whose eldest daughter Intan Avantie also has her own line of clothing, called Inav.

A check with the other designers saw them busy with their work.

Both Ong and Khoon Hooi ? responsible for one set of outfits each ? were already doing the cutting for the clothes and designing the shoes. The two said they would give the outfits to Siti and Khalid as a wedding present.

Radzuan and Natrah, who are doing three sets of clothes each, declined to disclose what their creations will cost.

The engagement and akad nikah (religious wedding ceremony) will be held on Aug 21.

There will be two bersanding receptions, one on Aug 28 at the KL Convention Centre and the other on Sept 3 in Siti? hometown in Kuala Lipis, Pahang.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 3-8-2006 02:28 PM | Show all posts
Natrah sediakan tiga persalinan Siti
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


Harga kain renda kuning lemak daripada Christian Dior dengan Swarovski terus jadi rahsia




TINGGAL tiga minggu saja lagi penyanyi tersohor Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa akan bersatu sebagai suami isteri. Persiapan menjelangnya majlis perkahwinan yang disifatkan sebagai ?edding Of The Year? itu sedang rancak dilakukan.

Bergelar selebriti pastinya kedua bakal mempelai mahu perkahwinan mereka mencatatkan sejarah tersendiri. Demi bakal isteri tercinta, Khalid juga sanggup berhabisan demi memastikan penyanyi popular itu cantik bagaikan bidadari dari kayangan pada majlis persandingan mereka.

Justeru, Khalid cuba memenuhi kehendak hati si isteri dengan mendapatkan khidmat pereka kegemaran Siti Nurhaliza yang bukan calang-calang nama mereka di kalangan penggemar fesyen tempatan dan luar negara.

Rekaan Embun yang dimiliki Natrah Hisham juga tidak terkecuali menjadi pilihan penyanyi jelita yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu. Siti dan Khalid adalah pelanggan tetap Natrah sejak tujuh tahun lalu dan beliau amat memahami cita rasa mereka berdua.

?aya diberitahu supaya membuat pakaian Siti Nurhaliza sehari sebelum sidang media itu. Dua bulan sebelum itu kakak sulung Datuk Khalid, Zaiton Mohamad Jiwa ada menghubungi saya, tetapi ketika itu tidak ada hitam putih lagi.

?ua hari selepas sidang media berkenaan, saya terus terbang ke dua negara untuk mendapatkan fabrik sesuai. Tiga hari saya berulang alik ke gudang itu kerana terlalu sukar untuk buat keputusan walaupun pada hari pertama lagi saya sudah ternampak kain renda kuning lemak daripada Christian Dior dengan Swarovski.

?etelah tiga hari berfikir saya nekad juga mengambil kain berkenaan. Ini adalah satu-satunya kain di dunia yang orang lain tidak mungkin memakainya,? katanya yang enggan mendedahkan negara mana yang dikunjungi serta harga kain berkenaan.

Natrah menyediakan sebanyak tiga pasang persalinan untuk Siti Nurhaliza selain kain renda lemak ketam untuk majlis akad nikah, beliau turut memilih kain renda daripada jenama sama berwarna merah jambu bertema flora dan sulam yang disediakan untuk majlis resepsi di Pusat Persidangan Kuala Lumpur.

Sepasang lagi berwarna ungu yang disiapkan untuk majlis di rumah keluarga penyanyi itu di Kuala Lipis. Bagaimanapun, Natrah tidak pasti baju mana yang akan dipilih penyanyi berkenaan kerana beliau hanya menyiapkan di atas permintaan dan ia terpulang kepada penyanyi itu untuk memakainya atau tidak.

Selain baju Siti dan Khalid, Natrah juga turut mendapat kepercayaan menyiapkan pakaian ahli keluarga pasangan berkenaan. Sabtu lalu, ahli keluarga Siti iaitu ibunya Siti Salmah Bachik, abangnya Ayie dan adiknya Siti Saerah datang menempah baju.

Pakaian Siti dan Khalid sudah dihantar ke bengkel jahitan Selasa lalu dan dijangka siap dalam masa dua minggu.

?aya tidak tahu Siti Nurhaliza akan memakai pakaian yang mana satu. Itu terpulang kepada Siti dan Khalid saya hanya menyiapkan saja.

?agipun mudah bekerja dengannya kerana saya tahu cita rasa dia malah Siti juga bukan seorang yang cerewet. Dia serahkan semuanya kepada saya,? katanya.

Pakaian nikah akan berkonsepkan kebaya tradisional, manakala bagi majlis resepsi pula Natrah memilih potongan ?ress? kontemporari moden. Sementara pakaian persandingan Siti di kampung pula adalah kebaya moden.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 3-8-2006 05:37 PM | Show all posts
Horse-and-carriage plan for wedding
02 Aug 2006



--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Love and marriage go together like a horse and carriage, which is how pop princess Siti Nurhaliza and businessman Datuk Khalid Mohamad Jiwa plan to arrive at their lavish wedding reception later this month, provided they can get approval.

Wedding planner Datuk Raja Rezza Shah of Nusantara Gems Sdn Bhd has been entrusted with the organisation of the "wedding of the year".

A week after the couple? engagement and akad nikah (solemnisation) on Aug 21 at the Federal Territory Mosque in Jalan Duta, they will host about 2,000 guests at their reception at the Kuala Lumpur Convention Centre.

According to a source: "The main hall on the ground floor, which will be decorated by Rezza and his team, will resemble a large garden adorned with flowers."

For the Press photo shoot, Ballroom 2 will have a pelamin in green and white designed by the Kapas Couture team headed by its founders Kem Salleh and Ashley Wong.

Prior to the reception, the couple are expected to spend an hour meeting Siti Nurhaliza? fans.

Performances by local and international entertainers will add colour and excitement to the evening.

Although there has been no confirmation, it is learned that Indonesian heavyweights such as Kris Dayanti and Harvey Malaiholo, as well as local singer Ezlynn, may take to the stage.

It is rumoured that Anuar Zain has been unable to commit as yet because of scheduling conflicts.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 3-8-2006 05:38 PM | Show all posts
Rekaan Anne Avantie pelengkap kecantikan Siti
01-08-2006 03:55:46 PM
S.S. Yoga  
Tidak sampai sebulan lagi majlis perkahwinan diantara penyanyi sensasi Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohammad Jiwa, atau lebih dikenali sebagai Datuk K akan berlangsung.


Walaupun kurang dikenali di Malaysia, Anne adalah salah seorang pereka fesyen terkemuka di Indonesia (Foto: Anne Avantie)

Namun, pereka fesyen dari Indonesia Anne Avantie masih belum menghasilkan sebarang rekaan baju pengantin untuk hari bersejarah penyanyi tersohor itu.

Menurut Anne, sudah menjadi satu kebiasaan baginya untuk berjumpa  dengan pelanggannya terlebih dahulu, sebelum memulakan proses rekaan.

Justeru, pereka fesyen terkenal ini akan datang ke Malaysia tidak lama lagi untuk membuat perbincangan bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang konsep rekaannya nanti.  

"Siti amat cantik dan pakaiannya nanti perlulah menjadi pelengkap dirinya. Saya perlu memastikan pakaiannya sesuai dan ini adalah satu tanggungjawab yang berat," kata Anne di dalam satu temubual dari Semarang, Jawa Tengah.

Anne adalah salah seorang daripada lima pereka fesyen yang dilantik untuk membuat rekaan pakaian pengantin untuk majlis perkahwinan Siti dan Datuk K pada 21 dan 28 Ogos ini. Empat pereka fesyen lain adalah Radzuan Radziwill, Michael Ong, Khoon Hooi dan Natrah Hisham, pemilik butik Embun.

Walaupun kurang dikenali di Malaysia, Anne merupakan salah seorang pereka fesyen terkemuka di Indonesia, terutamanya untuk pakaian pengantin rekaannya. Anne banyak menghasilkan busana menarik untuk artis-artis popular Indonesia seperti Kris Dayanti. Anne juga pernah memenangi pelbagai anugerah dan ketika ini telah mengikat kontrak untuk membuat rekaan pakaian sempena pertandingan Miss Universe Indonesia.

Kata Anne, dia banyak menghasilkan rekaan baju kebaya, tetapi banyak dibuat  
Salah satu rekaan yang pernah dihasilkan oleh Anne (Foto: Anne Avantie)

didalam bentuk kontemporari dan etnik yang turut memasukkan elemen Jawa dan Indonesia.

"Saya sudah berada di dalam industri ini lebih daripada 20 tahun dan banyak memerlukan penelitian melalui kerja tangan untuk manik dan labuci," ujar ibu kepada tiga orang anak ini.

Anak sulungnya, Intan Avantie juga mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu Inav.

Dalam pada itu, difahamkan pereka-pereka fesyen yang lain turut sibuk membuat persiapan untuk rekaan masing-masing.

Michael Ong dan Khoon Hooi yang masing-masing bertanggungjawab untuk membuat satu pasang pakaian ketika ini sudah di peringkat menjahit dan membuat rekaan kasut.

Kedua-dua mereka berkata akan menghadiahkan pakaian tersebut kepada pasangan pengantin itu sebagai hadiah perkahwinan.

Manakala Radzuan dan Natrah yang masing-masing membuat tiga rekaan pakaian pengantin enggan mendedahkan kos hasil rekaan mereka.

Menurut Natrah, dia telah diminta untuk menyediakan tiga set pakaian tradisional tetapi dia sendiri tidak tahu pakaian-pakaian tersebut akan digunakan pada majlis yang mana.

"Saya juga telah diberitahu untuk tidak mendedahkan konsep pakaian atau lakaran-lakaran kepada sesiapa pun," tambahnya.

Siti dan Datuk K akan melangsungkan majlis akad nikah dan pertunangan pada 21 Ogos ini di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta manakala majlis persandingannya pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Ogos.

Sebuah majlis juga akan diadakan di Kuala Lipis, Pahang pada 3 September ini untuk meraikan pasangan pengantin itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 3-8-2006 05:40 PM | Show all posts
Mas kahwin Siti Nurhaliza RM22,222.22
Oleh WAN SYAMSUL AMLY



Siti Nurhaliza.
--------------------------------------------------------------------------------




KUALA LUMPUR 29 Julai ? RM22,222.22, itulah jumlah mas kahwin yang akan diberikan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd. Jiwa, 47, atau lebih dikenali sebagai Datuk K kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin, 27, di majlis pernikahan mereka 21 Ogos ini.

Menurut sumber yang rapat dengan ahli perniagaan itu, Datuk K juga akan menghadiahkan Siti Nurhaliza sebuah al-Quran selain beberapa hantaran lain yang jumlah dan jenis barangannya masih dirahsiakan.

Sumber itu memberitahu, jumlah itu bersama al-Quran menunjukkan sifat rendah diri ahli perniagaan itu yang setulus hati menyintai bakal isterinya yang disifatkan mempunyai banyak keistimewaan.

Pertengahan Julai lalu, penyanyi nombor satu negara itu telah mengumumkan tarikh pertunangan dan pernikahannya dengan Khalid, yang dijadual berlangsung serentak pada Isnin, 21 Ogos ini, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Majlis persandingan pula akan berlangsung seminggu kemudian iaitu pada 28 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pasangan sensasi itu akan turut diraikan di rumah pengantin perempuan di Kuala Lipis, Pahang pada Ahad, 3 September ini.

Sementara itu semalam, Siti Nurhaliza mengaku sudah mengikuti kursus perkahwinan sebagai persiapan melangkah ke alam rumah tangga.

Katanya, dia telah mengikut segala peraturan yang ditetapkan untuk membolehkannya bergelar isteri kepada usahawan dari Kedah itu.

Bagaimanapun penyanyi itu enggan mengulas lanjut di mana dan bilakah tarikh sebenar dia menghadiri kursus tersebut.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 3-8-2006 05:43 PM | Show all posts
Edisi Nasional: Trans TV mahu hak eksklusif

Oleh Hartati Hassan Basri dan Norhadiani Baharom
hartati@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Stesen televisyen terkenal Indonesia, Trans TV, berkemungkinan besar menjadi penyiar rasmi majlis persandingan Siti Nurhaliza Tarudin, 27, dan usahawan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, atau Datuk K di Jakarta, September ini.

Difahamkan, stesen itu menawarkan harga tinggi untuk mendapatkan hak eksklusif bagi menyiarkan secara langsung persandingan ?edding Of The Year? itu.

Ia dijadualkan berlangsung tidak lama selepas majlis persandingan di Kuala Lipis, Pahang pada 3 September ini. Difahamkan, Siti memilih rekaan Anna Avanti dan Embun ketika di sana nanti.

Beberapa pasang pakaian kasual dari Embun juga menjadi pilihan Siti untuk menghadiri beberapa majlis sepanjang berada di sana, termasuk berkaitan promosi album terbarunya, Transkripsi.

Malah beberapa pihak juga membuat tawaran untuk bekerjasama dengan Siti Nurhaliza Productions (SNP) menganjurkan persandingan penyanyi yang disayangi masyarakat Indonesia itu.

Trans TV dikatakan paling berminat dan sanggup menawarkan harga tinggi untuk menjadi penyiar rasmi.

Sebelum ini, Siti dan Datuk K memilih Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar rasmi untuk menyiarkan secara langsung majlis pernikahan pada 21 Ogos dan persandingan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos, serta di Kuala Lipis pada 3 September.

Pengurus Siti yang juga kakak iparnya, Rozie Abd Razak mengakui beberapa pihak di Indonesia berminat menganjurkan majlis persandingan Siti sebagaimana digembar-gemburkan media sebelum ini.

Katanya, pihaknya belum membuat keputusan pihak mana yang akan dipilih kerana perbincangan dijalankan.

?uat masa ini kami berbincang kerana ada beberapa pihak yang berminat. Tengoklah, tawaran mana yang paling sesuai,? katanya.

Bagaimanapun, Rozie enggan mengulas mengenai tawaran daripada Trans TV yang dikatakan berminat menjadi penyiar rasmi untuk siaran langsung majlis di Jakarta.

?emang ada perbincangan dengan stesen televisyen di sana. Insya-Allah peminat Siti di negara itu berpeluang menyaksikan majlis itu secara langsung menerusi televisyen,? katanya.

Mengenai mas kahwin RM22,222.22 yang dikatakan bakal diterima Siti daripada bakal suaminya, Rozie berkata, perkara itu hanya akan didedahkan pada hari pernikahannya nanti.

Katanya, tunggu saja pada 21 Ogos untuk mengetahui jumlah sebenar yang akan diterima Siti.

?uat masa ini Siti sibuk dengan aktiviti seninya sama ada rakaman program televisyen dan juga persembahan.

?iti akan mula bercuti selepas memenuhi satu undangan pada 15 Ogos ini. Selepas itu Siti akan memberi sepenuh tumpuan membuat persiapan majlis perkahwinannya,? katanya.

Walaupun tarikh perkahwinan Siti semakin hampir, penyanyi yang mempunyai ramai peminat setia di Malaysia dan Indonesia itu masih berupaya memenuhi undangan persembahan termasuk di Setia Alam, Meru, Klang, Selangor, malam tadi.

Dalam persembahan malam tadi, Siti menyampaikan lebih 10 lagu antaranya medley Bukan Cinta Biasa, Dialah Di Hati dan Seindah Biasa; Indonesia medley, Teman Tapi Mesra (Kumpulan Ratu), Pupus (Dewa) dan Pudar (Rossa) serta lagu popular antaranya Biarlah Rahsia dan Nirmala
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 3-8-2006 05:45 PM | Show all posts
Siti terlalu sibuk

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

SEKALIPUN majlis bersejarah penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza Taruddin kian hampir, namun anak jati Kuala Lipis, Pahang ini masih padat dengan aktiviti seninya.

Boleh dikatakan setiap hari Siti menghadiri undangan. Apapun, penyanyi berusia 27 tahun ini tetap profesional dan mendahulukan urusannya yang belum selesai. Baginya, ia komitmen yang perlu diutamakan.

?aya sememangnya sangat sibuk. Banyak aktiviti harus dilaksanakan ketika ini. Apa yang boleh dikatakan, saya akan cuba melaksanakan sepenuhnya dalam waktu yang singkat ini.

?ini, paling utama menguruskan protege saya, Siti Khatijah Hassan atau Kat. Saya lihat dia mempunyai potensi besar. Saya tak mahu bakatnya itu terpendam tanpa bimbingan.

?ebagai mentor, saya sentiasa bertekad membantunya. Selagi mampu, saya cuba sedaya menggilap bakatnya dalam nyanyian. Kalau boleh, saya mahu dia pergi jauh dalam bidang ini,? katanya.

Ditanya, sejauh mana persiapan bakal pengantin ini menjelang hari bahagianya, Siti berkata semua masih dalam perancangan. Namun, dia enggan mengulas lanjut kerana ketika ini bukan masa sesuai.

Katanya, cukuplah pertanyaan mengenai perkahwinan. Kalau boleh, biarlah sekarang kita bercerita mengenai kerjaya Siti.

Mengulas pencapaiannya dalam bidang seni suara selama sedekad, Siti berkata dia sangat berpuas hati dengan apa yang diperolehinya setakat ini.

?empoh 10 tahun dalam bidang ini, cukup mematangkan saya. Bukan itu saja, saya juga sudah menghasilkan lebih 10 album pelbagai irama dan menjayakan konsert.

?aling tidak dapat dilupakan peluang mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada April tahun lalu. Bagi saya, bukan mudah untuk menjayakan konsert di dewan berprestij itu,? katanya.

Kata suri hati Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K ini, dia juga sangat berpuas hati dengan dirinya. Siti berkata dia bersyukur dan gembira kerana semua yang disasar dalam hidupnya diperoleh.

?yukur kepada Tuhan kerana memakbulkan segala impian saya. Selepas berkahwin nanti, saya harus bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

?amun, saya sekali lagi bersyukur kerana Datuk Khalid cukup memahami kerjaya saya sebagai penyanyi. Saya harap dapat menguruskan keluarga dengan baik nanti,? katanya.

Siti berkata selepas perkahwinannya dengan Datuk K pada 21 Ogos ini, bakal suaminya itu akan menjadi penasihatnya.

Terdahulu, Siti hadir pada majlis pelancaran produk baru Olay total effects+ for blemish prone skin di Hotel Mandarin Oriental, baru-baru ini.

Memandangkan dia adalah jurucakap produk pelembap muka itu, Siti bukan saja pengguna setia tetapi mengakui berpuas hati keberkesanan dengan produk Olay total effects.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran P&G (M) Sdn Bhd, Patricia Mathias berkata anggaplah ini berita baik kepada golongan wanita Malaysia yang berusia 25 tahun ke atas. Ini kerana, masalah kulit mereka sudah selesai.

?ini, tanda awal penuaan pada wajah mereka boleh dihapuskan. Apapun, kebanyakan wanita hari ini kurang jelas dengan produk sesuai untuk mereka. Jadi, tentunya ia memberi masalah pada mereka.

?alam soal ini, semua wanita inginkan produk pelembap muka terbaik. Namun, mereka khuatir jika produk itu tidak berkesan dan menambahkan lagi masalah kulit muka. Oleh itu, mereka enggan ambil risiko,? katanya.

Kata Patricia, produk Olay total effects+ for blemish prone skin sangat berbeza. Ia terbukti berkesan membantu menangani masalah kulit muka. Produk ini dihasilkan dengan rumusan khas kulit.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 3-8-2006 05:48 PM | Show all posts
Soseh-soseh : Farah hos ?arden Wedding?


SEKARANG ini, di mana saja orang heboh bercerita mengenai perkahwinan Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

Maklumlah, ia membabitkan penyanyi nombor satu negara hingga peminat ingin tahu dari segala segi. Ia juga bakal mencatat sejarah kerana akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 bermula dari majlis pernikahan pada 21 Ogos, persandingan (28 Ogos) dan juga di Kuala Lipis, Pahang pada 3 September.

Berita terbaru yang disampaikan sumber SS mengenai pengacara yang bakal memeriahkan `Garden Wedding? (Persandingan Dalam Taman), Siti dan Datuk K di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos.

Antara nama yang disebut bakal mengacarakan majlis itu ialah personaliti kacak lagi popular TV3, Ally Iskandar.

SS difahamkan, Ally tidak sendirian kerana akan digandingkan dengan pengacara Melodi yang ceria serta tidak asing lagi, Farah Fauzana.

Kalau benarlah berita yang disampaikan sumber SS ini, pasti hebat dan meriah majlis persandingan ini apabila dua pengacara popular ini digabungkan nanti.

SS percaya, pemilihan Ally dan Farah juga mengambil kira kredibiliti mereka berdua dalam bidang pengacaraan. Maklumlah, ini majlis persandingan yang bukan calang-calang malah bakal melakar satu lagi sejarah dalam industri hiburan tanah air.

Jika Ally berpengalaman luas dalam bidang pengacaraan, Farah pula berbakat besar dan antara personaliti muda popular yang mencuri perhatian ramai ketika ini. Kena sangatlah jika digandingkan bersama dalam majlis ini.

Sebagai stesen yang menjadi penyiar rasmi majlis persandingan Siti dan Datuk K, sudah pasti pihak TV3 juga mempertimbangkan dengan semasak-masaknya untuk memilih pengacara terbaik bagi mengendalikan majlis bersejarah itu, sekaligus bakal membawa imej TV3 sendiri kepada masyarakat. Sejauh mana kebenaran berita ini, sama-samalah kita tunggu pengumuman yang akan dibuat TV3 mahupun pihak Siti nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.445306 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list