CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
sayang_manja This user has been deleted
Post time 3-8-2006 05:49 PM | Show all posts
Soseh-soseh : Jeremy doakan jodoh Siti berkekalan


BARU-BARU ini sewaktu rakan SS membuat liputan ke lokasi penggambaran filem Diva, rakan SS bertemu pelakon Indonesia, Jeremy Thomas.

SS terus teringat lima tahun lalu penyanyi Siti Nurhaliza pernah dipertemukan dengan pelakon pujaannya itu oleh stesen televisyen Indonesia, Indo Siar.

Pelakon kacak berwajah ala jejaka Mexico itu banyak membintangi sinetron (drama). Antara yang digemari Siti adalah Isteri Pilihan yang pernah disiarkan menerusi siaran Prima Astro, bergandingan dengan Ayu Azahari.

Rakan SS sempat bertanya mengenai jodoh pilihan Siti, Datuk Khalid Mohammad Jiwa atau Datuk K.

Kata Jeremy, sebaik saja penyanyi yang cukup popular di negaranya itu mengumumkan siapakah bakal suaminya, ramai wartawan di Indonesia datang kepadanya dan bertanya perkara sama.

Bagaimanapun jelas Jeremy, 36, soal jodoh pertemuan, ajal maut Tuhan yang tentukan. Sebagai orang luar terutama peminat, seharusnya mendoakan yang baik-baik buat Siti.

Dalam pada itu, dia tidak menafikan pelbagai komen turut didengarnya mengenai perbezaan usia antara Siti dan Datuk K.

Katanya, dia tidak mahu memandang jauh sebaliknya hanya melihat pada dirinya dan bagaimana dia dan isterinya, Ina Thomas berhadapan perkara sama.

SS sendiri mendoakan kebahagiaan Siti bersama lelaki pilihannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 4-8-2006 02:23 AM | Show all posts
Pak Abu gubah hantaran tunang untuk Siti
03-08-2006 07:16:04 PM
Wahida Asrani  


PETALING JAYA: Hantaran pertunangan berkonsepkan gabungan Inggeris-Itali, itulah yang akan disediakan oleh pihak Datuk Khalid Mohammad Jiwa, atau Datuk K kepada bakal isterinya, Siti Nurhaliza pada majlis pertunangan mereka, 21 Ogos ini.

Difahamkan, barang hantaran itu akan digubah oleh jururunding majlis perkahwinan terkenal, Pak Abu, yang dilantik minggu lepas oleh kakak Datuk K, Zaiton Mohammad Jiwa.

Menurut sumber terdekat kepada Pak Abu, pihak lelaki akan memberikan lima dulang hantaran, manakala pihak perempuan akan membalas dengan tujuh dulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Barangan yang akan menjadi hantaran kepada Siti pada hari tersebut adalah sedulang manisan, sireh junjung, sebentuk cincin, satu barangan elektronik dan telekung.

Ketika ini, difahamkan Pak Abu masih menanti barang-barang yang akan digunakan untuk membuat hantaran tersebut yang diimport khas dari Itali. Barangan tersebut dijangka sampai pada minggu hadapan.

"Konsep hantaran tersebut memang idea dari Pak Abu sendiri. Yang pastinya, ia akan dihias cantik dengan warna lembut.

"Pak Abu juga mungkin akan menggubah hantaran tersebut pada hari pertunangan itu juga kerana dia akan gunakan bunga-bunga segar sebagai hiasan.

?ika buat awal, sudah tentulah bunga itu layu," ujar sumber itu lagi.

Majlis pertunangan Siti dan Datuk K akan diadakan pada hari yang sama dengan majlis pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 01:08 AM | Show all posts
KOSMO 30 JULAI 2006

PERANAN SEBAGAI WARGA DUNIA

Salam hormat dan salam hujung minggu buat anda pembaca setia akhbar KOSMO! Ahad dan peminat-peminat saya yang dihormati.

Kelmarin, sebaik menatap akhbar Utusan Malaysia yang terpampang tajuk Wajah-wajah kematian di muka hadapan beserta tiga gambar kanak-kanak Lebanon mati dibunuh, hati saya benar-benar tersentuh.

Sukar untuk saya terjemahkan betapa sebak dan pilunya hati kecil saya bila melihat penderitaan yang dilalui oleh mereka yang masih kecil dan masih belum memahami erti kehidupan.

Barangkali, saya bukan orang yang arif untuk mengulas mengenai kekejaman tentera Yahudi, namun atas nama kemanusiaan, saya tidak mampu lagi membendung kesedihan itu.

Rintihan kanak-kanak kecil akibat kesakitan dan penderitaan yang harus diharungi akibat kekejaman menimbulkan keinsafan yang bukan sedikit dalam diri saya.

Sebagai anggota masyarakat dunia kita semua harus bangkit dan mengutuk tindakan Israel yang terus memperlihatkan kekejaman mereka.

Penderitaan yang ditanggung oleh masyarakat Lebanon tidak sewajarnya dibiarkan berterusan.

Apakah kita mahu melihat darah mereka yang tidak berdosa terus mengalir?

Gembirakah kita melihat kekejaman terus berleluasa sehingga dunia menjadi tempat yang bukan lagi seronok untuk didiami?

Justeru, apabila melihat ketegasan masyarakat Malaysia menuntut kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat untuk memainkan peranan mereka supaya genjatan senjata diadakan di Lebanon adalah sesuatu yang harus diberi sokongan.

Sebagai artis, saya tidak terlepas daripada turut memberi perhatian pada perkembangan itu kerana ia melibatkan nyawa mereka yang tidak berdosa.

Baiklah, selain daripada berita kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel di Lebanon, saya juga seperti rakan-rakan artis yang lain terkejut dengan berita kematian aktor dan pengacara berkarisma, Hani Mohsin Hanafi, Selasa lalu.

Sebaik mendapat khabar itu daripada kakak ipar saya, Rozi Abd. Razak, saya terdiam sejenak.

Biarpun tidak mengenali Allahyarham secara dekat, namun beliau mewakili golongan artis yang sangat berbakat besar dan sangat komited dalam kerjaya seninya.

Bahkan berdasarkan pengalaman bekerja dengan beliau menerusi beberapa persembahan pentas di mana Allahyarham menjadi pengacara majli, beliau saya anggap sebagai seorang abang yang tidak lokek senyuman dan banyak berkongsi pengalaman dengan saya.

Allahyarham Hani Mohsin juga harus kita kenang sebagai satu-satunya seniman yang telah banyak berkorban kepuasan peribadi semata-mata kerana seni.

Berdasarkan apa yang saya baca mengenai beliau menerusi tulisan rakan-rakan wartawan, beliau sememangnya seorang insan seni yang sangat-sangat dihormati oleh segenap lapisan peminat.

Apa lagi, sebagai anak yatim piatu dan bersendirian, saya dapat merasakan betapa dia melalui hari-hari yang menyepi.

Namun, saya percaya doa keluarga rapat serta sahabat dan kenalan-kenalannya akan mengiringi pemerigian Allahyarham.

Doa saya juga semoga Allahyarham Hani Mohsin Hanafi akan tenang di sana.

Dalam pada kenangan saya tertumpu kepada kekejaman Israel terhadap umat Islam di Lebanon serta pemergian Hani Mohsin, saya juga sedar yang masih banyak tanggungjawab dan komitmen terhadap kerjaya seni yang perlu saya beri tumpuan.

Alhamdulillah, peringkat pertama program Mentor yang saya sertai sudah berjalan dengan baik.

Secara peribadi, saya berpuas hati dengan persembahan Cat tempoh hari dan saya ingin berpesan kepadanya bahawa cabaran yang harus dilaluinya selepas ini akan menjadi jauh lebih hebat.

Apa yang perlu ada dalam diri Cat ialah kekuatan untuk menjadi anak seni.

Malam ini pula, saya akan menjayakan persembahan, S P Setia Night of the Stars di Taman Reakreasi Setia Alam, Shah Alam, Selangor bersama sifu M. Nasir bermula pukul 8 malam.

Selain akan menyampaikan sembilan buah lagu, saya juga dijangka berduet dengan abang M. Nasir.

Jadi kepada peminat-peminat setia saya jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Taman Reakreasi Setia Alam, Shah Alam, Selangor untuk menyaksikan persembahan saya dan M. Nasir.

Sebenarnya, banyak lagi komitmen saya yang perlu diselesaikan sebelum saya memberi tumpuan pada majlis yang penuh bersejarah dalam hidup saya iaitu perkahwinan saya pada bulan depan.

Sudah tentu saya akan memaklumkan kepada anda apa sahaja perkembangan terkini saya selain berkongsi pengalaman-pengalaman manis dalam ruangan istimewa ini.

Kita jumpa lagi minggu depan.



[ Last edited by  ruffly_sya at 6-8-2006 01:10 PM ]
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 6-8-2006 07:40 PM | Show all posts
Edisi Nasional: Populariti tak tergugat

Daripada Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
jumaat-4 ogos


JAKARTA: Keputusan penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza Tarudin, 27, menamatkan zaman solonya dengan mengahwini usahawan berjaya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, atau Datuk K, sedikit pun tidak mengggugat popularitinya di Indonesia.

Perkara ini diakui sendiri Naib Pengarah Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi Trans TV, Wishnutama, semalam.

Menurutnya, pihaknya sudah pun melamar Siti untuk menjayakan program realiti TV, Siti Nurhaliza Mencari Bintang yang membabitkan pencarian bakat atau model di Malaysia dan Indonesia.

Program itu yang akan dimulakan selepas Siti melangsungkan perkahwinannya adalah kerjasama Trans TV dengan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).

?rogram itu akan disiarkan di kedua-dua saluran televisyen itu. Juara program itu bakal ditampilkan sebagai bintang/model untuk satu produk yang masih dirahsiakan.

?emenang program itu ditentukan menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton dan berdasarkan pilihan Siti sendiri,? katanya ketika ditemui selepas sidang media Bintang Cari Bintang di Trans TV, di sini, semalam.

Mengulas spekulasi kononnya populariti Siti mulai tergugat berikutan keputusannya berkahwin dengan duda beranak empat, Wishnutama berkata, beliau yakin perkara itu tidak akan berlaku kepada diva popular itu.

?ihat saja Krisdayanti, walapun sudah berkahwin dia terus menikmati populariti di sini dan di luar negara. Oleh itu saya pasti Siti juga akan dapat mempertahankan gelarannya sebagai diva nombor satu di Malaysia.

?agi saya sehingga kini Siti belum ada pengganti. Sampai saat ini, populariti Siti masih utuh dan semoga terus popular biarkan sudah berkahwin nanti,? katanya.

Wishnutama berkata, Siti masih mempunyai nilai yang boleh dijual dan beliau hairan kenapa orang ramai begitu mudah membuat spekulasi kononnya populariti Siti akan merudum.

?rans TV dan saya sendiri akan tetap menyokong Siti. Sebenarnya, ketika mula-mula Siti menceburi industri hiburan, penyanyi itu lebih dulu terkenal di Indonesia berbanding negaranya sendiri.

?ni kerana pada usia Siti 16 tahun, Trans TV sudah menerbitkan program khas untuknya, Satu Jam Bersama Siti Nurhaliza yang diterbitkan saya sendiri,? katanya.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 6-8-2006 07:44 PM | Show all posts
'Saya janji tak abaikan Siti'
Oleh Farihad shalla mahmud


Datuk K mohon peminat doa kebahagiaan rumah tangga bakal dibina bersama penyanyi nombor satu negara








MEMANG sukar untuk mendapatkan kenyataan dari lelaki ini. Setiap kali ingin ditemubual, ada saja alasannya untuk mengelak. Tapi kata orang, usaha tangga kejayaan. Sesukar manapun rintangan, ia harus ditempuhi kerana itu adalah sebahagian asam garam dalam kehidupan seorang wartawan.

Puas memujuk barulah dia mengalah. Itupun bersyarat. Sebelum memberi keizinan untuk menemubualnya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau mesra dengan gelaran Datuk K meminta penulis supaya menilai apa yang bakal dikatakannya nanti dari sudut yang positif.

Alasannya, pada tika dan saat ini, dia perlu berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana bimbang apa yang akan keluar dari mulutnya nanti akan disalah tafsir.

?anyak hati yang perlu saya jaga ketika ini. Saya tidak mahu kenyataan yang saya keluarkan akan mengakibatkan ada hati yang terluka dan terguris,? ujarnya kepada Hip lewat petang Selasa lalu.

Tiada tekanan, sebaliknya Khalid menyifatkan adalah tidak manis untuknya menggembar-gemburkan kisah perkahwinan ?ewah? yang ketika ini begitu rancak disiarkan di dada akhbar.

?adang kala saya cukup risau apabila membaca berita mengenai kami yang disiarkan media. Banyak yang dipetik dari sumber yang belum tentu sahihnya. Saya faham tugas anda (media) tapi kalau boleh saya minta sangat janganlah terlalu digembar-gemburkan berita yang tidak tepat. Saya tidak mahu orang menyalah tafsir dan menuduh kami sengaja mencari publisiti,? tegas Khalid.

Nyata apa yang dikatakannya sejak awal lagi dikotakan. Pertanyaan penulis mengenai perasaannya ketika ini yang sedang menghitung hari untuk bergelar pengantin baru terbiar tanpa sebarang jawapan.

?eperti yang saya katakan tadi, saya tidak mahu dianggap keterlaluan dalam membicarakan soal hati dan perasaan. Tidak perlulah rasanya saya bercerita bagaimana perasaan saya ketika ini. Yang penting, saya harapkan perkahwinan ini berkekalan dan dirahmati Tuhan,? ujar Khalid menyatakan pendiriannya.

Sehingga kini, apa yang diketahui umum mengenai keistimewaan Siti Nurhaliza di mata Khalid adalah dari segala segi. Dan itulah jawapan yang diberikan Khalid sewaktu ditanya media ketika pertama kali mengumumkan secara terbuka hubungan istimewanya dengan penyanyi jelita itu 17 Julai lalu. Kini, soalan itu kembali ditanya dan bagi Khalid, Siti memang istimewa buatnya.

?pa saja anugerah yang Tuhan berikan kepada saya, saya mensyukuri dan saya akui Siti adalah salah satu dari anugerah itu. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengannya. Doakan kebahagiaan kami dan restuilah hubungan kami ini,? pinta Khalid berterus terang.

Bagaimanapun perasaan bimbang sekali lagi bersarang di hati Khalid sebaik saja dia menyelesaikan baris terakhir ayat itu.

Dia cukup risau andai kenyataannya itu dianggap keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak dan akhirnya menjadi bahan kutukan ramai. Namun, dia perlu jujur pada dirinya dan secara jujur itulah hakikat sebenar yang dialaminya ketika ini.

Sehingga kini, hubungan Khalid dan Siti Nurhaliza menerima reaksi berbeza-beza dari pelbagai pihak. Ada yang suka dan tak kurang juga yang mempertikaikan hubungan suci itu. Malah ada suara-suara nakal yang mempersoalkan keikhlasan lelaki itu memilih Siti sebagai isteri.

Paling dahsyat, mereka meragui apakah Khalid mampu menjadi suami yang baik serta menjaga penyanyi kesayangan mereka itu dengan sebaik-baiknya.

Khalid, saat diajukan persoalan itu tiba-tiba terdiam seketika. Barangkali mencari ayat paling sesuai untuk menangkis dakwaan itu.

?eginilah, bukan mudah untuk saya memuaskan hati ramai pihak. Namun, saya percaya kepada qada dan qadar Tuhan. Apa yang boleh saya katakan, saya berjanji akan menjaga Siti dengan sebaik mungkin. Saya tidak akan mempersia-siakannya. Percayalah cuma yang saya harapkan doa dari anda semua semoga rumah tangga yang bakal dibina nanti sentiasa dirahmati dan dilindungi Tuhan,? janji Khalid dengan setulus hati.

Sudah lali dengan kontroversi

IBARAT sebuah telenovela yang plot ceritanya terus bersambung serta penuh dengan kejutan, begitulah juga situasi yang dialami Khalid ketika ini. Niat sucinya memilih Siti sebagai bakal isteri rupa-rupanya mengundang kontroversi yang tidak berkesudahan.

Dalam kerancakan pasangan itu mengatur persiapan, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dengan menyebarkan fitnah ke atas bakal suami penyanyi berdagu lekuk itu. Bukan sekadar Khalid menjadi mangsa, malah keluarganya termasuk anak-anaknya turut menerima tempias.

Beberapa keping gambar anak lelaki Khalid yang berusia 16 tahun, Mohd Adib disebarkan di dalam internet dan yang tak sedapnya, si penyebar gambar itu mendakwa anak kedua Khalid itu sedang memegang gelas berisi minuman keras.

Sebagai bapa apa agaknya perasaan Khalid apabila anaknya terheret sama dalam kontroversi gara-gara perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab?

Mengulas kejadian itu, Khalid menyifatkan penyebaran gambar terbabit adalah satu tindakan yang berniat jahat serta cuba untuk mensabotaj mereka sekeluarga. Malah, Khalid turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa air yang diminum anak lelakinya itu adalah minuman keras.

?aya tahu pasal gambar itu dan ingin saya jelaskan di sini bahawa minuman yang berada di tangan anak saya itu adalah bukan alkohol, bukan arak. Malah, ketika gambar itu diambil, ibunya ada bersama. Saya sendiri tidak faham macam mana cerita ini boleh timbul. Tapi hendak buat macam mana. Mungkin orang yang menyebarkan gambar itu ada niat yang tidak baik terhadap kami sekeluarga,? katanya dalam nada terkilan.

Ditanya apakah beliau akan mengambil sebarang tindakan memandangkan ia membabitkan maruah keluarga, Khalid berkata, tidak ada gunanya beliau memanjangkan perkara itu.

?aya memang malas nak layan benda-benda macam ini. Sudah lali. Hendak marah pun tak boleh, tak ada gunanya. Biarlah Tuhan saja membalasnya,? kata Khalid.

Ditanya apakah perasaannya apabila kisah hubungannya dengan Siti Nurhaliza menjadi bahan jenaka di internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS), Khalid berkata, ?erpulang pada mereka. Saya memang tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

[ Last edited by  sayang_manja at 6-8-2006 07:45 PM ]
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 6-8-2006 07:47 PM | Show all posts
Gaun pengantin Siti bertatahkan mutiara
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Inspirasi gaya bintang Hollywood Audrey Hepburn ilham Khoon Hooi bernilai RM50,000




GAUN petang sentuhan klasik Inggeris inspirasi gaya bintang terkenal Hollywood, Audrey Hepburn ilham pereka muda, Khoon Hooi adalah antara rekaan yang akan dikenakan penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza Tarudin pada hari persandingannya.

Khoon Hooi, 35, berkata rekaan yang menggunakan fabrik sutera Duchess berwarna kuning lemak dari Itali itu turut diserikan dengan tatahan mutiara yang mendapat tajaan Rafflesia The Pearl Centre.

Difahamkan, rekaan yang mencecah harga RM50,000 itu akan digayakan penyanyi popular berkenaan pada sesi beramah mesra bersama peminat pada hari persandingannya di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), 28 Ogos ini.

Sementara itu, untuk pengantin lelaki, Datuk Khalid Mohd Jiwa, Hooi mengilhamkan sepasang tuksedo panjang juga menyerlahkan gaya Inggeris berwarna kelabu gelap pada sesi berkenaan.

?aya mengambil masa seminggu untuk mereka gaun pengantin itu dengan mengambil kira faktor kesesuaian dan situasi pada hari persandingan. Difahamkan Siti akan tiba di dewan persandingan menaiki kereta kuda, jadi saya memikirkan sebuah rekaan yang ringkas tetapi feminin dan mempunyai sentuhan klasik.

?iti sendiri bersama bakal suaminya sudah datang melihat lakaran dan nampaknya mereka berpuas hati dengan apa yang bakal saya hasilkan,? katanya.

KUALITI: Fabrik sutera dari Itali dan mutiara Rafflesia The Pearl Centre menjadi pilihan Khoon Hooi



Melengkapkan gaya Siti pada petang penuh bersejarah itu, Hooi turut menyediakan layah sepanjang enam meter yang bakal menyerlahkan lagi keanggunan penyanyi berusia 27 tahun itu sebagai raja sehari.

?iti memberi kebebasan kepada saya untuk mereka apa yang bersesuaian dengan personalitinya,? kata lulusan Fesyen dan Tekstil dari Institut Kesenian Malaysia itu yang mendapatkan khidmat enam kakitangan untuk menyiapkan rekaan itu.

Pada hari persandingannya itu, Siti bakal menggayakan sentuhan pereka terkenal tempatan termasuk Radzuan Radziwill yang dikenakan pada acara bersanding di Dewan Pameran 1 dan 2, KLCC.

Untuk upacara memotong kek perkahwinan pula, Siti memilih gaun rekaan pereka kegemarannya, Michael Ong. Turut menyerikan Siti pada hari perkahwinan gemilangnya itu ialah Natrah Hisham dari Embun Timeless Tradition serta pereka Indonesia, Anna Avanti.

Kerjasama Hooi dan penghibur kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu bermula sejak dua tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, Hooi pernah menata lebih lima pasang pakaian yang digayakan Siti dalam pelbagai acara hiburan.

Selain Siti, rekaan Hooi juga menjadi pilihan artis terkenal seperti Erra Fazira, Sheila Majid dan Liza Hanim.

Majlis pertunangan dan pernikahan pasangan itu akan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 21 Ogos ini, manakala acara persandingan pula berlangsung seminggu kemudian di KLCC.

Majlis perkahwinan yang dinanti ramai itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi TV3. Pasangan itu juga akan diraikan di rumah pengantin perempuan di Kuala Lipis pada 3 September ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
sayang_manja This user has been deleted
Post time 6-8-2006 07:50 PM | Show all posts
Indonesian TV station? wedding present for Siti
04 Aug 2006
From Dennis Chua in Jakarta


--------------------------------------------------------------------------------
INDONESIAN television station Trans TV, which has shown interest in telecasting live Siti Nurhaliza? wedding, plans to give the singer a special "wedding present" in the form of a television show.

Its chief operating officer, Wishnuthama, said a reality TV show in search of Indonesia? next top models, would also have the Malaysian pop star lend her name to a search for beauties around the archipelago. It is expected to debut in November.

Wishnuthama said: "Siti Nurhaliza is a much-loved pop star, not only in Malaysia but also in Indonesia. Many of her fans here welcome her marriage announcement and want to see more of her.

"Thus, we have decided to produce shows dedicated to her, in which she gets to help her fans achieve their dreams."

On the live telecast deal, he said it was still being discussed.

Apart from this, the station plans to air several entertainment tributes to Siti Nurhaliza before and after her wedding.

It also plans to have Siti Nurhaliza sing at the semi-finals of its reality talent show, Bintang Cari Bintang, a programme inspired by TV3? Mentor.

Siti Nurhaliza is one of the mentors on the show. Her protege is Khatijah (Cat) Hassan, the sister-in-law of rock singer Amy Search, who is also a mentor.

"We would love to have Siti Nurhaliza and Cat sing together. Both of them are popular with fans here," he said at a cheque presentation ceremony for funds collected under the TV3 and Utusan Malaysia Yogyakarta Earthquake Fund.

It raised RM638,000 for the victims, with the money being handed by TV3 chief executive Datuk Farid Ridzuan to Jurnal Nasional Indonesia representative Rully Charis.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 6-8-2006 07:51 PM | Show all posts
Siti to reach for the stars
-by Joe Lee -
WEDDING plans aside, pop diva Siti Nurhaliza will spearhead a new reality television programme that will be aired in Malaysia and Indonesia.  


Tentatively titled Siti Nurhaliza Mencari Bintang, the show is loosely based on the search for a model.

PT Televisi Transformasi Indonesia (Trans TV) chief operating officer Wishnutama said the show will be a joint-venture with Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).

?e aim to look for a model who will promote a product.

The contest is open to aspiring stars in both countries,? said Wishnutama, speaking from Jakarta, adding that discussions for the production are in the final stages.

?e will have one product and Siti will help search for the face of the product. The winner will be determined by a combination of SMS and Siti,? he added.

Wishnutama said the 13-episode programme would be aired after Hari Raya Aidilfitri.

?e have had several joint projects, and TV3 and Trans TV have mutual understanding and support,? he said.

Trans TV is ranked the top station in Indonesia, be it in ratings or revenue.

The choice of Siti is no surprise for Wishnutama whose acquaintance with the diva, via past TV productions, started when she was 16.

On the diva? impending marriage, he said: ? am surprised many question Siti? popularity after the wedding. We are confident of Siti? pull and I don? see why we shouldn? have more projects with her.

?y experience with Kris Dayanti has taught us that there is life after an artiste gets married.?

Siti, he added, is one of the biggest names in Indonesia.

?er popularity here has not waned and I pray that she will remain popular,? he said.

He defended Siti, saying that she is only human and that her preference and taste is personal and should not be subjected to public debate.

?he should know what? best for her and we should support her in whatever decision she makes,? he said.

On the Wedding of the Year on Aug 21, Wishnutama said nothing has been decided on airing it in Jakarta.

?e are in the midst of discussion but we will air the wedding even if it? not a ?ive? feed. It will be a combination of footages of the event.?

While price tags have supposedly been bounced about, Wishnutama said there has been no fee placed on the use of TV3 footages.

MM says: It must be nice to be a diva. No wonder so many young ?ns are trying to become one
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 6-8-2006 07:56 PM | Show all posts
03 Ogos, 2006 19:15 PM     

TransTV Masih Bincang Siar Majlis Pernikahan Siti Nurhaliza


Oleh Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, 3 Ogos (Bernama) -- Pernikahan Siti Nurhaliza Taruddin, artis nombor satu Malaysia yang menjadi pujaan jutaan peminat di Indonesia, mungkin disiarkan di televisyen Indonesia jika perbincangan yang diadakan oleh TransTV berhasil.

Timbalan Presiden TransTV, Wishnutama berkata stesen televisyen popular itu masih berbincang dengan beberapa pihak di Malaysia termasuk TV3 sebagai stesen televisyen penyiar acara yang dijadual dilangsungkan secara besar-besaran di Kuala Lumpur.

"Kita masih berbincang dan belum selesai, jadi kita masih belum pasti perbincangan kita melalui TV3 sebagai rakan kita di Malaysia.

Cuma yang pasti banyak peminat Siti Nurhaliza di Indonesia yang mahu menonton acara bersejarah idola mereka itu dan kita berusaha memenuhi permintaan penonton kita," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Beliau berkata di Indonesia Siti Nurhaliza merupakan antara segelintir artis yang dianggap diva dan semua orang pasti menantikan acara pernikahan Siti, 27, dengan Datuk Khalid Mohamed Jiwa, 47, pada 21 Ogos ini.

Wishnutama berkata TransTV berminat menyiarkan acara itu, walaupun bukan secara siaran langsung kerana nama besar Siti Nurhaliza di Indonesia sangat membantu TransTV untuk meraih rating yang tinggi.

"Sebelum ini juga ketika TransTV baru naik, Siti Nurhaliza juga banyak membantu kita dengan muncul di persembahan bulanan eksklusif TransTV, yang membantu menarik penonton ke TransTV, katanya yang menganggap Siti Nurhaliza sebagai anak emas TransTV dari Malaysia.

Siti Nurhaliza sudah membantu populariti TransTv yang kini berusia empat tahun setengah dan kini setelah kita popular dan rating kita tinggi, kita juga boleh membantu Siti terus menerus," katanya yang mengaku lupa berapa jumlah bayaran kepada Siti setiap kali muncul di TransTV.

Beliau yang merupakan produser persembahan pertama Siti Nurhaliza, Satu Jam Bersama Siti Nurhaliza, di Indonesia berkata selain Siti Nurhaliza, TransTV juga sedia membuka pintu kepada artis Malaysia yang lain untuk didedahkan kepada penonton di sini.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Media Prima, syarikat induk TV3, Datuk Farid Redzuan pula berkata rancangan itu masih dalam perbincangan antara TransTV dengan TV3, Siti, Khalid dan Siti Nurhaliza Production (SNP).

"Masih dalam perbincangan, mungkin positiflah, tapi yang penting juga ialah SNP dengan kami dan TransTV sebab SNP pun ada berbincang dengan TransTV.

Kita sebagai pembekal kandungan, jadi sama ada mereka membenarkan terpulang kepada Siti, Khalid dan SNP," kata Farid.

Katanya, memang terdapat banyak permintaan daripada peminat Siti Nurhaliza supaya acara pernikahannya dapat juga mereka tonton kerana bagi penggemarnya di sini ia sangat bersejarah.

"Bagi TV3 sebagai stesen penyiar rasmi, kita bersedia untuk menyediakan, seperti semasa persidangan media pengumuman pernikahan itu, TV3 mengirimkan pita rakamannya ke TransTV untuk mereka kongsi dengan rakyat Indonesia," katanya.

Farid menjelaskan bahawa nilai yang dibayar kepada Siti untuk hak sebagai penyiar rasmi itu tidak penting, lagipun TV3 juga tidak meminta hak penyiaran eksklusif, namun, yang dipersetujui oleh TV3 ialah berapa yang dibayar Siti Nurhaliza akan diberikan kepada kebajikan.

"Yang penting, kami buat produksi yang terbaik untuk penonton di Malaysia dan di Indonesia," tambahnya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 6-8-2006 08:01 PM | Show all posts
Edisi KL : Tulip putih hias dulang

Oleh Norhadiani Baharom

KUALA LUMPUR: Dulang diperbuat daripada porselin berharga ribuan ringgit setiap satu, bakal digunakan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K untuk mengisi barang hantaran kepada Siti Nurhaliza pada hari pertunangan dan pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, pada 21 Ogos ini.

Difahamkan, dulang diimport dari Itali itu bakal dimuatkan dengan gubahan lima barang hantaran seperti cincin, telekung, manisan, sirih junjung dan barangan elektronik dipercayai kamera.

Proses pemilihan dan pembelian dulang porselin dari Itali itu diuruskan perunding perkahwinan, Pak Abu yang terkenal dengan sentuhan mewahnya.

Menurut sumber terdekat Pak Abu, dulang porselin berjenama itu ditempah khas di kilang pengeluarannya di Itali dan dijangka diperoleh dalam masa terdekat.

?Reka bentuk dulang itu sangat istimewa dan coraknya dilukis begitu halus. Tidak keterlaluan saya katakan dulang hantaran seperti ini yang pertama digunakan dalam upacara pertunangan mahupun perkahwinan di negara ini.

?Namun, tiada yang menghairankan kerana sebagai penyanyi nombor satu negara, pastinya setiap pereka yang terbabit berharap dapat menghasilkan sesuatu yang eksklusif buat Siti.

?Biarpun pada mulanya nama Pak Abu tidak disenaraikan, dia tetap berusaha mengilhamkan yang terbaik demi kepuasan bakal pengantin ?Wedding Of The Year? itu.

?Ini terbukti apabila dia sanggup ke Itali membeli dulang berkenaan,? katanya.

Menurutnya, aksesori tambahan daripada ratusan bunga segar jenis tulip putih, turut digunakan sebagai pelengkap hiasan hantaran.

?Semua hantaran Datuk K untuk Siti akan digubah pada pagi hari pertunangan dan pernikahan atau sehari sebelum itu supaya kesegaran bunga tulip terpelihara. Konsep hantaran itu bertemakan Inggeris-klasik Itali,? katanya.

Datuk K, 47, dan Siti, 27, mengumumkan tarikh pertunangan dan pernikahan mereka pada sidang media khas di sebuah hotel di sini, 17 Julai lalu.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipilih sebagai tempat berlangsung majlis pertunangan dan pernikahan mereka pada 21 Ogos, manakala persandingan diadakan seminggu kemudian iaitu pada 28 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tarikh 28 Ogos dipilih kerana ia adalah hari ulang tahun ke-38 perkahwinan ibu bapa Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik.

Pasangan berkenaan akan diraikan di rumah pengantin perempuan di Kuala Lipis pada 3 September.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 7-8-2006 05:38 PM | Show all posts
Pak Besar: Nama timangan Datuk K
07-08-2006 12:52:04 PM
Radin Sri Ghazali  



Berkumis serta berkening lebat... Itulah ramalan sesetengah pihak mengenai jodoh Siti Nurhaliza
(BERNAMA)

Tiada Rahsia, ironinya merupakan sebuah rancangan yang mahu menyingkap bibit-bibit percintaan di antara penyanyi tersohor negara  Siti Nurhaliza Tarudin dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Jika sebelum ini Siti lebih suka berahsia dan sinonim dengan lagunya Biarlah Rahsia, rancangan istimewa 'Tiada Rahsia' yang telah ke udara secara langsung pada Ahad lalu mahu menangkis polisi ?o komen?

Siti yang telah menjalinkan satu perhubungan misteri dan penuh rahsia sejak akhir tahun 2005 telah berani untuk pertama kalinya mendedahkan secara mendalam mengenai perhubungan yang terjalin di antara dia dan Datuk K. Sayangnya, Datuk Khalid tidak hadir ketika sesi wawancara eksklusif tersebut.

Ally Iskandar selaku pengacara rancangan yang berlansung selama satu jam itu berjaya mengusik Siti sehinggakan beliau gementar serta malu.  ?aya berasa agak gementar namun saya akan berkongsi dengan sebaiknya,? ujar Siti yang dikatakan bakal melengkapkan 5% daripada  50% kisah cinta yang mahu dikongsi bersama peminat serta pihak media.

Bagi penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, tindakan untuk menyembunyikan tarikh keramat serta identiti jejaka pilihan hatinya merupakan satu pilihan yang sesuai bagi menghadapi serangan media yang bertubi-tubi.

?ika saya terlalu terbuka, saya takut apa yang dirancang tidak akan jadi. Justeru, saya mengambil langkah untuk mengumumkannya apabila saya sudah yakin bahawa ianya pasti akan terjadi,? ulas Siti Nurhaliza yang turut mengambil iktibar daripada pengalaman artis-artis yang lain yang sudah mengharungi pergolakkan apabila prihal peribadi dipersoalkan oleh pihak media serta orang ramai.   

Malah sidang akhbar yang dilakukan pada bulan Julai yang lalu dikatakan penamat kepada segala fitnah dan gossip yang dilemparkan secara bertubi-tubi terhadap diri beliau.


Walaupun agak keberatan untuk mendedahkan kisah cintanya, Siti akhirnya mendedahakan nama timangan Datuk K yakni Pak Besar
(Glenn Guan)



?pekulasi memang tetap ada tetapi itulah harga yang harus dibayar jika bergelar sebagai seorang artis.

Namun, saya berharap agar orang ramai menghormati keadaan serta jawapan yang telah diberikan,? tambah beliau yang bertegas bahawa dirinya tidak pernah berniat untuk mengeksploitasi pihak media dengan merahsiakan kisah percintaannya itu.

Walaupun Siti kelihatan tersipu-sipu untuk berterus terang, Ally berjaya meyakinkan Siti untuk mendedahkan nama jolokan yang diberi kepada Datuk K.

? Pak Besar,? ujar Siti yang begitu keberatan untuk memberitahu nama timangan bakal suaminya itu.

Bagi beliau, jodoh dan pertemuan merupakan suratan yang ditentukan oleh Tuhan.

?amai yang meramalkan siapa jodoh Siti malah hampir semua ramalan terpampang di dada akhbar.

Pernah sekali salah seorang tukang tilik yang meramalkan bahawa jodoh Siti merupakan seorang yang berkumis serta berkening lebat,? ujar Siti yang tidak sangka ramalan tersebut mempunyai persamaan dengan ciri-ciri fizikal yang ada pada usahawan yang beasal dari Kedah itu.   

Bibit-bibit pertemuan di antara Datuk K serta Siti terjadi menerusi urusan perniagaan di antara kedua-dua pihak beberapa tahun yang lalu.

Pasangan itu yang dikatakan jarang berjumpa telah mengambil masa untuk memupuk perasaan cinta di antara mereka .

Malah, ahli perniagaan itu turut berada di London ketika persembahan Siti di Royal Albert Hall pada tahun lalu.

Pada ketika itu Siti hangat dikatakan bercinta dengan penyanyi Fazley yang menyebabkan ramai pihak gagal mengesan cinta yang berputik di antara Siti dengan Datuk K.

"Apakah tiga perkara romantik yang pernah dilakukan oleh Datuk K?" tanya Ally yang tidak henti-henti mengusik penyanyi yang berusia 27 tahun itu.

"Siti minat sangat makan strawberries dengan cokelat. Pada suatu hari, dia telah membelikan makanan itu secara mengejut," jawab Siti yang enggan mengulas secara lanjut mengenai perkara-perkara romantis yang pernah dilakukan oleh bakal suaminya itu.            

Ditanya apahkah tiga perkataan yang mahu dilafazkan kepada Datuk K pada akhir rancangan Tiada Rahsia, Siti teragak-agak untuk menjawab.

Atas desakan Ally serta penonton-penonton di studio, akhirnya beliau berkata, ?erdoa untuk kebahagiaan.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 7-8-2006 05:47 PM | Show all posts
Edisi KL : Tiada sijil segera

Oleh Zaitie Satibi

KUALA LUMPUR: Ketika persiapan majlis perkahwinan penyanyi popular tanah air, Siti Nurhaliza, 27, dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, 47, rancak dilakukan, timbul pula desas-desus kononnya penyanyi itu membayar RM20,000 kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi memperoleh sijil kursus perkahwinan segera.

Desas-desus itu mendakwa Siti sibuk dengan pertunjukan pentas walaupun hari bahagianya semakin hampir menyebabkan dia tidak berkesempatan menghadiri kursus perkahwinan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu kononnya membayar wang berkenaan kerana kursus perkahwinan itu diadakan di pejabatnya.

Bagaimanapun, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, menyangkal khabar angin terbabit.

Katanya, Jawi tidak pernah menerima bayaran semata-mata kerana menghantar penceramah ke pejabat Siti bagi memastikan sijil kursus perkahwinan boleh dikeluarkan dengan cepat.

Che Mat juga menolak kedudukan Siti sebagai penyanyi popular negara membolehkan dia diberi keistimewaan dalam pemberian sijil kursus nikah.

?idak...tidak, perkara ini tidak benar. Jawi tidak pernah menerima bayaran daripada penyanyi ini, malah daripada mana-mana pihak sekalipun bagi mendapatkan sijil kursus perkahwinan segera.

?ia juga sama seperti orang lain yang perlu mengikuti kursus membabitkan ceramah mengenai rukun nikah dan persediaan menempuh alam rumah tangga selama 10 hingga 12 jam,? katanya.

Menurutnya, sijil kursus perkahwinan boleh dikeluarkan sejurus ceramah tamat, tetapi ia berdasarkan keperluan seperti pernikahan itu perlu dilangsungkan dalam waktu terdekat.

Malah, katanya, kursus perkahwinan juga boleh dijalankan secara perhimpunan atau individu.

Che Mat turut mengesahkan Siti mengikuti kursus berkenaan akhir Julai lalu menerusi khidmat pusat kursus perkahwinan swasta yang diiktiraf Jawi.

Tanpa menyebut nama pusat itu dan tempat kursus dijalankan, Che Mat mengakui beliau sendiri menandatangani sijil kursus perkahwinan Siti.

?iti sudah ambil kursus perkahwinan dan sijilnya juga sudah dikeluarkan. Perkara ini dimaklumkan sendiri kakitangan saya.

?ifahamkan, dia mengikuti kursus ini bersendirian mengikut peraturan yang betul. Jadi, tidak benar jika ada yang mendakwa dia mengeluarkan sejumlah besar wang untuk dibayar kepada Jawi,? katanya.

Ditanya mengenai jurunikah Jawi yang ditugaskan menikahkan pasangan berkenaan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini pada 21 Ogos ini, Che Mat memberitahu, beliau belum menentukan siapa yang layak memikul tanggungjawab itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, bahang kehangatan perkahwinan Siti dengan Datuk K membuatkan jurunikah Jawi bimbang untuk menikahkan pasangan berkenaan.

Ini kerana kebanyakan tok kadi dipercayai khuatir diserang darah gemuruh dengan kehadiran puluhan wartawan media cetak dan elektronik yang merakamkan majlis ?edding Of The Year?, itu selain tumpuan jutaan rakyat dan disiarkan secara langsung melalui televisyen.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 8-8-2006 01:32 PM | Show all posts
Soseh-soseh : Ramai artis bimbang aktiviti tiada publisiti


DEMAM perkahwinan Siti Nurhaliza juga khabarnya menyebabkan ramai teman artis bimbang untuk membuat sebarang aktiviti kerana takut tidak mendapat liputan media.

Baru-baru ini, Sheila Rusly menghubungi teman SS untuk bertanya khabar dan juga meminta pendapat sama ada sesuai atau tidak dia mengadakan pelancaran buku masakannya dalam waktu terdekat ini.

Katanya, dia bimbang kesibukan teman wartawan yang kini sedang memberikan tumpuan terhadap majlis perkahwinan Siti nanti, majlis pelancaran buku yang diatur itu tidak mendapat sambutan.

Atas alasan itu, kata Sheila, dia merancang mengadakan majlis pelancaran buku masakan yang dihasilkannya itu seminggu selepas majlis persandingan Siti di kampungnya di Kuala Lipis, Pahang pada 3 September depan selesai.

Begitu juga dengan kumpulan Hijjaz yang bakal muncul dengan album khas Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

SS difahamkan, kumpulan nasyid popular itu sudah menyiapkan album berkenaan dan kalau boleh mahu mengedarkannya lebih awal.

Bagaimanapun mereka bimbang tumpuan media akan tertumpu kepada majlis perkahwinan Siti menyebabkan mereka rasa lebih baik pelancaran itu dibuat selepas 憌edding of the year
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 8-8-2006 01:35 PM | Show all posts
Soseh-soseh : Ally perlu kawal diri


SS pasti ramai duduk di depan televisyen menyaksikan program Tiada Rahsia yang disiarkan secara langsung menerusi TV3, Sabtu lalu.

Sebabnya, SS difahamkan, program eksklusif itu menjadi tempat untuk peminat mendengar luahan hati penyanyi popular Siti Nurhaliza yang bakal mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos ini.

Khabarnya, gara-gara siaran langsung itu, konsert akhir Akademi Fantasia musim keempat (AF4) kurang sambutan. Kebetulan SS tidak dapat menyaksikan program itu kerana tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan AF4.

Tapi SS difahamkan, ia indah khabar dari rupa. Kata rakan SS, konsep program itu memang bagus kerana Siti dikatakan membongkar kisah cintanya dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, sebagaimana tajuknya Tiada Rahsia.

Rakan SS juga mengatakan, pemilihan Ally Iskandar sebagai pengacara kurang sesuai kerana dia gagal mengendalikan keadaan supaya program itu menjadi rancak dan panas.

Katanya, Ally terlalu menunjukkan rasa terujanya terhadap Siti sedangkan sebagai pengacara, dia perlu mengawal dirinya agar lebih profesional. Lebih-lebih lagi untuk program yang menjadi tumpuan peminat seluruh negara itu.

SS harap Ally tidak berkecil hati dengan komen ini, sebaliknya ambillah kritikan ini sebagai panduan.

Selepas ini SS difahamkan banyak lagi tugas besar bakal dikendalikan Ally membabitkan majlis perkahwinan Siti dan Datuk K.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 8-8-2006 05:39 PM | Show all posts
Harapan peminat Indonesia pada Siti
08-08-2006 10:33:34 AM  


JAKARTA:  Perkahwinan penyanyi popular Malaysia Siti Nurhaliza Taruddin dengan ahli perniagaan Datuk Khaled Mohamed Jiwa atau Datuk K yang akan berlangsung pada 21 Ogos ini, tidak akan menjejaskan sokongan ramai peminatnya di sini.


Semasa ditemubual Bernama di sini, mereka berjanji akan terus menyokong dan meminati Siti, yang merupakan antara segelintir penyanyi Malaysia yang menjadi kesayangan ramai di Indonesia, walaupun sesetengahnya mengaku kecewa mendengar berita yang mendapat liputan meluas media Indonesia itu.

Seorang peminat, Ghofur, 30-an, berkata beliau kecewa mendengar Siti bakal melangsungkan perkahwinan kerana Siti adalah satu-satunya artis yang menjadi idolanya, biarpun ada seribu artis wanita lain di Indonesia.

Seorang kakitangan kerajaan, Rois, 38, juga kecewa dengan keputusan Siti itu tetapi baginya Siti wajar berkahwin kerana faktor usianya yang sudah mencecah 27 tahun dan beliau juga sudah memilih Datuk K sebagai jodohnya.

Namun, Rois mengakui akan tetap meminati lagu-lagu nyanyian Siti dan mendoakan Siti agar mencapai kejayaan yang berterusan dalam kerjayanya.

Seorang pensyarah universiti, Drs Yusherman, 48, yang juga meminati lagu-lagu Siti, berkata Siti begitu diminati kerana beliau merupakan satu fenomena yang unik dalam dunia hiburan semasa ketika sesetengah artis lain yang memburu populariti sanggup melakukan apa saja untuk mendapat publisiti.

"Tapi Siti Nurhaliza tetap menjaga kesopanan dan kesusilaan sebagai wanita Melayu dan Timur, baik dalam pemilihan lagu-lagu dan iramanya yang tertib dan cara berpakaian yang tidak menjolok mata, namun tetap seksi," katanya.

Beliau percaya tarikan Siti bukan kerana kecantikannya semata-mata tetapi kerana bakat besarnya dan keupayaannya membawa dan menghayati lagu-lagunya sehinggakan di kalangan ibu bapa yang sudah berumur lanjut, tidak lekang daripada mengharapkan mendapat menantu seperti Siti.

Bagi peminat wanita Siti pula, penampilan Siti yang sopan tetapi tetap manis itulah yang menjadi tarikan utama selain lagu-lagunya yang merdu.

Efi, 25, berkata baginya Siti sentiasa kelihatan menawan dan sebagai seorang isteri beliau tidak merasa "terancam" apabila suaminya juga meminati penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu.

Beliau berharap stesen televisyen TransTV Indonesia akan menyiarkan acara pernikahan Siti demi peminatnya di Indonesia.

TransTV, stesen televisyen yang turut mempopularkan Siti melalui program bulanan khas penyanyi itu, masih berbincang dengan beberapa pihak di Malaysia untuk mendapatkan kebenaran menyiarkan acara pernikahan yang dilabel sebagai "Perkahwinan Terhebat Tahun Ini" di Malaysia.

Ramai lagi peminat Siti di Indonesia, dari pemandu teksi, guru, wartawan, peniaga dan pengusaha yang ditemubual mendoakan kebahagiaan buat Siti dan berharap Siti akan terus menyanyi selepas menjadi isteri nanti supaya dunia nyanyian Melayu tidak kehilangan sebutir bintang. BERNAMA

[ Last edited by  sayang_manja at 8-8-2006 05:49 PM ]
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 8-8-2006 05:47 PM | Show all posts
Hati terluka masih lagi rahsia
31-07-2006 11:54:42 AM  


Dalam kekalutan orang bercakap tentang 'rahsia' cinta si penyanyi "Biarlah Rahsia" ini, saya memilih untuk berfikir dan merenung seketika.

Merasa keliru dengan keghairahan yang melampau para peminat setia si penyanyi ini tentang perkahwinan mewah dia dengan pasangannya tetapi merasa sangat terkilan dan kecewa kerana seolah-olah para sahabat di luar sana seperti melupakan penderitaan pihak lain.

Saya percaya perasaan si bekas isteri ini tercalar, merasa duka yang amat sangat dan percayalah banyak pembaca surat khabar di Malaysia ini menaruh simpati dan memahami perasaan si bekas isteri ini. Bukan semua rambang mata!

Kami masih rasional dan boleh memahami. kami doakan anda agar bersabar nescaya ada hikmat yang telah terpancar dan akan terpancar dari peristiwa yang kalut ini.

Redha dengan apa yang terjadi dan berserahlah kepada Allah kerana dia maha mengetahui dan mengerti.

Tahniah kerana boleh bertahan dan masih mampu berdiam diri walaupun diri anda kini dalam tertekan dan terluka.

Inilah tindakan yang bijak dan mulia apabila kita melawan musuh kita. Sesungguhnya kebenaran akan terbukti di akhir nanti, Insyallah.

Memetik sepatah kata si kakak tua, "Hanya tahu berkata apa yang didepan mata" dan di belakang mata kita macam-macam boleh berlaku , dan jika begitu mungkinkah kita akan terus memuja? Waullahualam.

Sentiasa membela mereka yang terluka....

Numie A Mustafa

[ Last edited by  sayang_manja at 8-8-2006 05:50 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 9-8-2006 12:13 PM | Show all posts
Apabila dua penyanyi sensasi berkongsi pentas
Oleh Rozdan Mazalan


GABUNGAN mantap dua penyanyi sensasi, Siti Nurhaliza Tarudin dan M Nasir menggegarkan penempatan Setia Alam di Meru Klang apabila berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung malam kelmarin.




Setia Alam yang dihadiri pengunjung yang tidak mengira bangsa hadir bagi menyaksikan konsert anjuran pemaju SP Setia bagi memberi penghargaan penduduk yang menetap di sana.

Rata-rata pengunjung tidak pulang hampa kerana persembahan yang disajikan adalah himpunan lagu popular mereka berdua, lebih-lebih lagi mereka dapat menyaksikan persembahan secara percuma.

Apa yang menarik pada persembahan itu adalah konsert yang dijayakan di dalam kawasan taman rekreasi yang luas berdekatan tasik yang cantik dengan berbumbung bintang membuatkan penonton berasa begitu santai.

Bagi mereka yang tidak memiliki pas masuk percuma, empat skrin layar besar yang dipasang sudah cukup untuk melihat segala persembahan di taman yang begitu indah dengan panorama menarik di sekitar.

Penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada penonton yang hadir untuk memasuki ke kawasan itu di mana kenderaan harus diletakkan di satu kawasan khas sebelum dijemput dengan menaiki bas.

Kemunculan Siti sangat dinantikan penonton yang tidak sabar untuk mendengar kelunakan suara dan wajah seri bakal pengantin itu mendendangkan lebih 10 lagu yang pernah mengangkat namanya suatu masa dulu.

Siti yang tampil di pentas ditemani M Nasir turut berduet dengan lagu pertamanya Dua Insan yang mendapat tepukan gemuruh peminatnya.

Antara lagu lain yang dinyanyikan seperti Destinasi Cinta, Medley Bukan Cinta Biasa, Dialah Di hati dan Seindah Biasa. Medley lagu Indonesia seperti Teman Tapi Mesra (Ratu), Pupus (Dewa) dan Pudar (Rossa). Selain itu lagu Mandarin, Wo Ai Nee, Dealova (Once), Nirmala, Lagu Rindu dan Biarlah Rahsia.

Persembahan satu jam 45 minit itu dengan keadaan cuaca yang sangat baik, seakan merestui persembahan Siti yang akan mula mengenepikan sementara aktiviti seninya, bermula 15 Ogos ini bagi menumpukan persiapan terakhir sebelum menaiki jinjang pelamin bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K pada 28 Ogos ini di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bagaimanapun, konsert itu tidak pula dihadiri bakal suami Siti sendiri, Datuk K dan anak-anaknya yang khabarnyasering mengikuti ke mana saja konsert yang dijayakannya.

Hadir sama pada konsert itu, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun dan Pengarah Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Mustapa Omar.

Suasana yang indah pada malam itu turut diterangi dengan percikan bunga api sebagai tirai penutupan konsert pada malam itu.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 9-8-2006 01:11 PM | Show all posts
Cantiknya kad kahwin Siti & Khalid
Oleh Zubir Mohd Yunus



ZUBIR tabik spring kepada penyanyi pujaan ramai Siti Nurhaliza dan bakal suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K kerana mengotakan janji mereka kepada pihak media apabila petang Khamis lalu, Datuk K mengundang Zubir ke pejabatnya di ACE Group of Companies di Mid Valley City untuk mengambil sendiri kad jemputan ke majlis perkahwinan mereka.



EKSKLUSIF! Kad undangan ini ditempah di Kartureva,Jakarta, Indonesia.

Zubir terharu kerana Datuk Khalid sendiri yang menyerahkan dua kad jemputan perkahwinannya iaitu ke majlis pertunangan dan pernikahan Siti-Khalid pada 21 Ogos ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mulai jam 11 pagi dan majlis persanding an pada 28 Ogos di Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Kad ke majlis pertunangan dan pernikahan Siti & Khalid itu berwarna merah jambu dengan tulisan nama mereka berwarna perak. Kadnya nampak simple, tetapi tak jemu mata menatapnya berulang kali. Kad berkenaan disertai dengan kad masuk yang khusus untuk dua jemputan saja.

Zubir diberitahu, kad masuk berkenaan perlu dibawa tetamu ketika hadir ke majlis berkenaan.

Tetapi yang lebih eksklusif, kad jemputan untuk hadir ke majlis Wedding of the Decade itu. Sekali lagi, kad berwarna putih susu itu nampak simple, tetapi tersimpan nilai kemewahannya dengan tulisan nama Siti dan Khalid berwarna perak.

Jemputan perlu membawa kad masuk yang khusus untuk dua orang ke majlis persandingan itu bagi mengelakkan kesesakan di dalam Pusat Konvensyen yang hanya mampu memuatkan kira-kira 2,000 tetamu saja pada satu-satu masa. Zubir difahamkan lagi, untuk mempercepatkan urusan penyemakan nama di meja pendaftaran, pihak Datuk Khalid khabarnya akan menggunakan bar code system, memang canggih!

Walau bagaimanapun Datuk Khalid keberatan memberitahu Zubir senarai VVVIP yang bakal hadir ke majlis persandingannya walaupun sudah pasti barisan tetamu diraja tertera akan berangkat melihat pada susunan acara yang ada dalam kad itu. Pun begitu, Zubir dan warga kerja Bintang Popular ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Siti dan Datuk K!

[ Last edited by  sayang_manja at 9-8-2006 01:16 PM ]
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 9-8-2006 01:14 PM | Show all posts
'Saya redha dengan semua ujian' - Khalid
Oleh Zubir Mohd Yunus


TANGGAL 21 Ogos bakal menjelma. Semakin hampir tarikh berkenaan, semakinbanyak cerita negatif mengenai Datuk Khalid Mohamad Jiwa dipaparkan menerusi Internet. Apa reaksinya?

KETIKA sidang akhbar pengumuman tarikh pernikahan dan persandingan mereka.

"GAMBAR-GAMBAR yang tersebar menerusi Internet itu, saya sendiri pun tak tengok. Saya tak melayari laman web itu dan jarang saya melayani benda-benda macam ni. Tapi, apa yang saya pasti, perkara yang hendak dihebahkan di Internet seperti gambar, cerita dan sebagainya, adalah satu usaha yang berniat negatif.

Saya redha dengan apa yang berlaku dan saya berserah saja pada Allah SWT. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kurang itu daripada kami. Mungkin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Saya akan belajar dari apa yang berlaku dan semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Pun begitu, saya tak pasti apa tujuan sebenar pihak berkenaan menyebarkan gambar dan menokok tambah cerita, sekali gus memberikan satu gambaran negatif, sedangkan mereka tak pasti apa perkara sebenar. Namun, terus terang saya katakan, saya tak berasa gementar kerana saya hadapi perkara ini dengan tekad dan menganggapnya sebagai satu iktibar. Semakin saya ditekan, semakin kuat semangat saya.

Perkara seumpama ini tidak melemahkan saya, saya tahu apa yang saya buat. Perjalanan hidup saya adalah ketentuan Tuhan, qada dan qadar Tuhan.

Perjalanan hidup anak-anak saya masih panjang. Insya-Allah saya akan terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan Allah itu sebaik mungkin. Saya tahu keadaan anak-anak saya. Biarlah apa orang nak buat, nak cakap, kita tak boleh sekat tindakan mereka.

Apabila tersebarnya gambar-gambar negatif itu di Internet, ia juga sebagai satu cabaran bagi diri Siti. Siti ada berbincang dengan saya mengenai perkara ini. Saya menjelaskan kepada Siti perkara yang sebenarnya. Tak perlu saya menasihatkan Siti kerana dia tahu apa yang benar dan sebaliknya.

Kalau benda-benda yang tersiar di Internet itu dibuat dengan niat jahat dan fitnah, Tuhan dah menjanjikan ganjaran kepada mereka yang difitnah, jadi saya redha. Orang yang berniat jahat dengan kita pun akan memperoleh bahagian mereka.

Jadi, benda-benda macam ni saya tak ambil pusing. Saya tahu saya sayang anak-anak saya, saya mendidik anak-anak saya dan insya-Allah suatu hari nanti mereka akan berjaya. Insya-Allah apabila saya sudah mengahwini Siti, kasih sayang, didikan dan tanggungjawab saya terhadap anak-anak sedikit pun tidak akan berubah.

Seperkara lagi, istimewanya Siti, Siti tidak pernah menganggap anak-anak saya itu sebagai anak tirinya. Tanpa saya suruh, keikhlasannya, saya dah nampak dari sekarang. Saya yakin, Siti akan sama-sama membantu untuk menegur, mendidik dan memberikan perhatian serta kasih sayangnya kepada anak-anak saya."

Selesai di luar mahkamah

"MENGENAI tuntutan harta sepencarian daripada bekas isteri saya, kami sudah pun mencapai satu kata sepakat, dia akan mendapat haknya dan kami mempersetujuinya bersama. Kami sudah bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah tanpa menghadiri perbicaraan, tapi ia perlu difailkan di mahkamah mengenai apa yang dipersetujui dan kami diberitahu perlu hadir, itu saja.

Kami mahu perkara ini diselesaikan secara elok, tanpa pertelingkahan dan kami bukan bermusuh. Setakat ini perhubungan saya dengan bekas isteri, baik. Kami matang dalam menangani masalah begini. Dia ibu kandung kepada anak-anak saya, saya menghormatinya. Dia pernah berjasa kepada saya.

Jadi, tak timbul soal kami bermusuh. Soal jodoh kami adalah ketentuan Tuhan. Jodoh saya bersamanya setakat itu saja. Itu juga qada dan qadar Tuhan."

Bukan RM400,000!

"TAK betul. Harga cincin perkahwinan kami tidak semahal seperti yang dilaporkan sebelum ini sehingga mencecah RM400,000. Siti seorang yang sederhana. Biarpun cincin perkahwinan kami ditempah, tapi saya menafikan harganya semahal itu. Gambar-gambar cincin yang pernah tersiar sebelum ini pun saya menafikannya.

Begitu juga dengan kasut Siti, saya sendiri tak tahu kasut apa yang menjadi pilihannya. Ramai pereka fesyen yang menemui Siti, jadi terpulanglah kepada Siti membuat pilihannya."

Kad jemputan sudah siap

"KAD jemputan perkahwinan kami dah siap. Kini, pihak kami dalam urusan mengedarkan kad-kad jemputan itu. Setakat ini saya tak pasti lagi siapajemputan VVIP yang akan hadir. Baik saya mahupun Siti, ramai kenalan kami yang perlu dijemput, saya tak mahu mereka berkecil hati.

Tapi, biasalah, dengan masa yang suntuk, komitmen mereka, pasti ada sebahagiann ya yang tak dapat hadir, namun ada juga yang sudah mengesahkan kehadiran mereka.

Pun begitu, khabar yang mengatakan Siti menjemput Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ke majlis perkahwinan kami, saya tak dapat mengulas lanjut kerana semuanya belum pasti. Tapi, menurut pihak Siti, memang ada undangan dari sebuah stesen TV di Indonesia yang ingin meraikan perkahwinan kami di sana. Insya-Allah kalau menjadi kenyataan, alhamdulillah."

Berapa hantaran belanja?

"JUMLAH mas kahwin mahupun hantaran belanja yang perlu disediakan belum diputuskan lagi oleh keluarga Siti. Bagi saya, perkara itu bukan satu isu besar. Tunggulah pada hari pertunangan, pernikahan , kami akan umumkan terus.

Mas kahwin RM22, 222. 22 yang dilaporkan sebelum ini, saya tak boleh mengiyakan atau menafikannya kerana itu bukan hak saya menetapkannya dan saya sendiri belum dimaklumkan jumlah sebenar. Perasaan saya sebelum menjelangnya 21 Ogos ini, saya tenang, tabah dan yakin.

Yang penting, anak-anak saya mendoakan kebahagiaan, keselamatan saya dan Siti. Insya-Allah, jika tiada apa-apa halangan, ada anak-anak saya akan hadir pada majlis perkahwinan kami.

Akhir sekali, apa yang saya lakukan kerana Allah Taala. Tidak akan gugur sehelai daun kering tanpa izin Allah. Marilah kita berpegang dengan tali Allah dan janganlah kita berpecah belah. Setiap perbuatan adalah kerana Allah..."
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 10-8-2006 02:54 PM | Show all posts
Masih berahsia
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin | Gambar Oleh Rozainah Zakaria


Siti hanya dedah dua perkara baru dalam program satu jam - Tiada Rahsia - terbitan TV3 manakala 'rahsia' lain sudah banyak dipapar media massa

JANGKAAN awal penulis bertepatan. Seperti dijangka, takkan seorang nama besar seperti Siti Nurhaliza akan mendedahkan segala rahsianya di kaca televisyen secara langsung yang disaksikan jutaan rakyat Malaysia!




Apakah program Tiada Rahsia mencapai objektifnya? Bagi sesiapa yang menonton program terbitan TV3 itu Sabtu lalu, terdengar rungutan yang kurang berpuas hati dengan matlamat asal program itu untuk mendedahkan segala rahsia penyanyi nombor satu negara itu.

Kisah pertemuan, perkenalan, keistimewaan Datuk Khalid Mohamad Jiwa dari pandangan mata Siti Nurhaliza sudah terlalu banyak disiarkan akhbar. Mungkin itu yang dimaksudkan sebagai Tiada Rahsia barangkali.

Di awal program, Ally Iskandar selaku hos mendedahkan bahawa daripada perbincangan dengan pihak Siti Nurhaliza, penyanyi itu hanya bersedia menjawab 50 peratus soalan berkaitan kisah cinta yang masih menjadi tanda tanya.

Mungkin TV3 cuba menghormati pendirian artis kesayangan ramai itu yang barangkali bersedia untuk muncul dalam program Tiada Rahsia tapi bersyarat.

Dalam sesi temu bual itu hanya dua benda baru yang Siti dedahkan, yang mungkin boleh dijadikan bahan cerita baru kepada peminatnya. Pertama, panggilan Siti kepada Datuk K dan yang kedua perkara paling romantik pernah dilakukan sepanjang percintaan mereka.

Rahsia Siti sebenarnya masih terus menjadi rahsia. Ramai juga yang mengeluh kerana kurang puas hati dengan kenyataan Siti. Tapi seperti kata Siti dalam program itu, hormatilah pendiriannya kerana dia juga manusia biasa.

Katanya lagi, kalau orang bergendang kita jangan ikut menari nanti kita yang penat dan akhirnya kita akan menjadi mangsa keadaan. Pendirian Siti harus kita hormati, walaupun hakikatnya masih banyak lagi kisah percintaannya terus dirahsiakan.

Tiada Rahsia masih ada dua episod lagi sebelum Siti Nurhaliza menamatkan zaman daranya. Mungkin dua episod itu akan menjawab semua persoalan yang bergolak di jiwa peminat. Bagaimanapun menurut penerbitnya Jamil Hassan, selepas ini TV3 akan mengundang keluarga mahupun rakan terdekat penyanyi itu. Kita sama-sama nantikan adakah kisah cinta Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid akan tetap menjadi sebuah rahsia atau Tiada Rahsia lagi.

Paling penting ?oa Untuk Kebaikan?... pesanan terakhir yang Siti ungkapkan buat bakal suaminya menyimpan maksud cukup mendalam.

Berikut adalah teks penuh temu bual Siti dan Ally dalam program Tiada Rahsia:

Ally: Dalam 100 peratus peribadi Siti Nurhaliza, berapa yang boleh dikongsi?

Siti: Mengenai kehidupan Siti Nurhaliza sendiri, yang boleh Siti bagi kepada peminat, kerjaya adalah 100 peratus. Faktor yang lain mengenai, kehidupan, peribadi tidak semualah, 50 peratus saja.



CERIA: Entah apa yang menjadi bahan usikan Ally sehinggakan Siti dan Ezlynn ketawa besar. Ezlynn turut dijemput untuk menyanyikan lagu Siti dalam program khas Tiada Rahsia,
Sabtu lalu.

Ally: Pada mulanya desas desus dikhabarkan Siti sudah mencetuskan perasaan cinta. Kenapa mulanya Siti asyik ?o comment? dan tiba-tiba Siti mengumumkan tarikh perkahwinan Siti. Kenapa ambil masa yang lama dan kenapa Siti tidak cakap dari awal, iya betul saya nak kahwin?

Siti: Ok bagi Siti tidak, seseorang ada cara mereka dalam nak mengumumkan sesuatu. Lebih lagi sesuatu yang membabitkan peribadi dan paling parah lagi bila kita sebagai orang yang dikenali. Siti banyak mengambil dari pengalaman yang Siti baca, Siti lihat serta terjadi di sekeliling Siti. Kalau kita terlalu terbuka tapi pada masa yang dinantikan bukan orang itu yang jadi teman hidup kita kelak ia akan mendatangkan masalah. Bila kita berahsia ia menjadi masalah kepada orang lain yang nak sangat cerita kita, tapi Siti rasa inilah tindakan paling selamat untuk Siti ambil. Apabila sudah betul-betul yakin baru Siti bersedia untuk berkongsi dengan semua.

Ally: Apabila desas desus timbul, pada mulanya Siti menafikan begitu juga ahli keluarga dan rakan terdekat Siti. Adakah ketika itu sebenarnya Siti sudah ada perancangan (berkahwin) tapi kerana belum pasti lagi justeru Siti lebih senang kata biarlah rahsia?

Siti: Ok seperti Siti katakan, bila betul-betul berlaku Siti akan beritahu kepada peminat. Tapi mereka di luar sana atau orang tertentu memang nak sesuatu perkara itu cepat. Siapa dapat cerita paling besar dan paling eksklusif tapi Siti tak boleh ikut rentak orang, kalau orang main gendang kita jangan ikut menari nanti kita yang penat. Kelak, kita akan menjadi mangsa keadaan.

Ally: Memang ini ke tahun atau usia terbaik untuk Siti berkahwin? Atau sepatutnya lebih awal tapi kesibukan membatasi niat itu?

Siti: Kalau ikutkan bagi peminat yang sudah mengikuti perkembangan Siti daripada surat khabar, pernah Siti katakan dulu sasaran Siti ialah 25 tahun tapi terlepas. Alhamdulillah memang Siti terlepas sasaran tapi Siti buat sasaran baru iaitu sebelum usia 30 tahun.

Ally: Siti kejar tak sasaran itu?

Siti: Tak ada.



CERIA: Reaksi Siti ketika ditemu bual dalam Program Tiada Rahsia.

Ally: Kenapa pilih dia (Datuk Khalid Mohamad Jiwa)?

Siti: Ada sesuatu yang mungkin menarik. Inilah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Seperti kata orang ikan di laut, asam di darat dalam periuk bertemu juga. Siti melihat ini sebagai jodoh yang ditemukan dan mungkin ini orang yang tersurat dalam hidup Siti.

Ally: Adakah ciri-ciri insan itu amat menepati untuk Siti Nurhaliza?

Siti: Siti tidak pernah menyangka atau terfikir. Bila umur meningkat, orang mula meramalkan siapa bakal menjadi suami Siti hingga orang panggil tabib Cina untuk tilik nasib Siti. Tapi satu yang Siti ingat sampai sekarang orang itu ramalkan suami Siti berkumis dan kening lebat. Semua itu kebetulan dan Siti sendiri tidak menyangka.

Ally: Jadi apabila kali pertama bertentang mata adakah Siti teringat balik apa yang dikatakan orang itu. Ha, inilah bakal suami aku?

Siti: Langsung tidak terfikir. Tidak pernah terlintas, tapi bila difikir balik mungkin ini kebetulan seperti apa yang diramalkan.

Ally: Masa di Royal Albert Hall London sudah kenal ke belum?

Siti: Ketika itu kami berkerja untuk satu perniagaan yang akan kami lakukan.

Ally: Kenapa kami langsung tidak tercium?

Siti: Kami kenal tapi lebih kepada dalam hal perniagaan dijalankan. Tapi kami jarang berjumpa, apa saja hal yang ingin dibincangkan biasanya pihak pengurusan dan pekerja Siti yang terbabit. Kecuali ada perbincangan penting barulah Siti akan turut serta.



RAHSIA: Siti ceria menjawab soalan Ally.

Ally: Kalau kita panggil Datuk K. Surat khabar pula Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Siti panggil apa?

Siti: (Agak lama untuk menjawab soalan ini) Rahsia Siti lah. Tak payahlah.

Ally: Adakah abang panggilannya?

Siti: Tak aikh... Adalah, mana boleh cakap. Kami bahasakan untuk orang panggil D.K.

Ally: Itu orang panggil. Siti?

Siti: Alah... Janganlah (malu-malu)... Pak Besaq, pangkat dia pak Besaq.

Ally: Apabila diumumkan tarikh perkahwinan Siti dengan Datuk Khalid. Selepas ini orang media tak tahu nak cerita pasal apa lagi, Siti Nurhaliza sudah tak ada gosip. Adakah ini penamat kepada semua gosip?

Siti: Satu perkara yang baik itu Siti rasakan penamat kepada fitnah. Tapi spekulasi tetap akan timbul. Kita kahwin ke, kita tak kahwin ke atau bila kita dah kahwin pun orang akan tetap cari kita untuk dijadikan bahan cerita. Tapi itulah harga yang perlu dibayar sebagai seorang artis. Cuma yang Siti harapkan mereka memahami, doakan yang terbaik untuk kami.

Ally: Kenapa ambil masa lama? Adakah Siti mahu mengeksploitasi pihak media?

Siti: Bukan bermaksud nak main tarik tali. Tapi pada masa yang sama Siti perlu pegang pada prinsip Siti. Media juga perlu hormati Siti, Siti faham mereka memerlukan sesuatu untuk pembaca tapi kami artis pun manusia biasa. Itu yang cuba Siti pertahankan sebagai hak asasi kita sebagai manusia.

Ally: Adakah Siti tertekan apabila orang luar lebih tahu diri Siti daripada Siti sendiri?

Adakah gosip ini terkesan dalam diri Siti?

Siti: Terkesan? Siti akui Siti pun manusia. Kita tak boleh menipu bahawa tak terkesan dengan gosip. Siti berfikir secara rasional dan cuba kawal semua perkara dan cabaran ini sebaiknya.

Ally: Berikan tiga perkara paling romantik pernah dilakukan oleh beliau kepada Siti?

Siti: Adui... satu tak boleh? Ok, bila lihat strawberi ini (strawberi yang terdapat di gelas minuman atas meja) Siti teringat kerana Siti suka sangat strawberi cecah coklat. Dia kadang-kadang tanpa Siti duga belikan strawberi dan coklat, itu kegemaran Siti.

Ally: Satu lagi, yang terakhir. Ringkas tiga perkataan saja kepada Datuk K yang sedang menonton sekarang ini.

Siti: Adui... Apa ye? (Ambil masa yang lama) Ok. Berdoa Untuk Kebaikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.079313 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list