CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
sayang_manja This user has been deleted
Post time 18-8-2006 01:01 PM | Show all posts
'Kami tak pernah dating'
Oleh Farihad Shalla Mahmud


Episod kedua Tiada Rahsia terbitan TV3 masih gagal rungkai rahsia Siti Nurhaliza, Datuk K




MALAM Sabtu lalu, tepat pada jam 9 malam, seluruh perhatian penonton TV3 tertumpu kepada stesen ini. Bukan kerana berita peperangan di Lubnan atau kemelut politik yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kehadiran lelaki yang berjaya menambat hati penyanyi tersohor Siti Nurhaliza, itulah yang menjadi tumpuan.


                                             
MASIH BERAHSIA: Temu bual antara Datuk K dan Ally Iskandar masih belum dapat merungkai kisah rahsia dengan Siti Nurhaliza.

Kehadiran Datuk Khalid Mohamad Jiwa malam itu bukan sebarangan. Khalid atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K, bakal mendedahkan rahsianya kepada umum yang selama ini ternanti-nanti kisah sebenar percintaan mereka.

Selepas setengah jam memberi laluan kepada abang dan kakak ipar Siti iaitu Saiful Bahri Tarudin atau Ayie dan isterinya Rozi Abdul Razak bersama Editor Hiburan Kosmo, Saharudin Musthafa untuk ditemu bual, giliran Khalid pula mengambil tempat, memberi ruang kepadanya untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Namun, setelah hampir sejam program itu berlangsung, rahsia yang cuba dikorek masih belum ditemui. Jika episod minggu lalu, Siti selaku tetamu jemputan masih bermain teka-teki, situasi sama turut berlaku pada episod kedua.

Tidak banyak yang didedahkan menerusi episod yang mengundang Datuk K sebagai tetamu jemputan ini. Lelaki berusia 47 tahun ini masih keberatan untuk mendedahkan cerita sebenar hubungan mereka berdua.

Biarpun soalan yang dikemukakan Ally Iskandar selaku pengacara agak ?ganas?, jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan ramai pihak sehingga ada ketikanya Ally mengeluh kerana bimbang dirinya sekali lagi menjadi sasaran penonton yang tidak puas hati dengan persembahan rancangan itu.

Setiap soalan yang diajukan, dijawab ahli perniagaan itu dengan penuh berhati-hati. Malah, ada pertanyaan yang diberi terbiar tanpa sebarang jawapan.

Misalnya, ketika ditanya bagaimana mereka berdua melayari kisah percintaan mereka dan apakah mereka berpeluang bertemu berduaan seperti pasangan bercinta lain, Khalid hanya membalas pertemuan mereka hanya jika membabitkan perkara penting seperti urusan perniagaan.

?Kami tidak berdating seperti pasangan lain, percayalah. Kalau jumpa Siti pun hanya untuk urusan perniagaan. Biasanya kalau kami bertemu, Siti akan ditemani ahli keluarganya,? katanya.

Jawapan yang terpacul dari mulut lelaki bermisai lebat itu terus menimbulkan tanda tanya. Betulkah apa yang dikatakannya itu atau masih bermain teka-teki? Jika benar, simpati kepada pasangan ini kerana tidak berpeluang memadu kasih seperti pasangan bercinta yang lain. Barangkali inilah harga yang perlu dibayar bagi mereka yang bercinta dengan penyanyi nombor satu negara. Segala-galanya terbatas.

Soalan Ally mengenai bagaimana dia melamar Siti (gambar) juga tidak dijawab dengan sempurna.


?Maaf, tidak semua perkara peribadi saya boleh dikongsi kepada umum. Ada banyak hati yang perlu saya jaga,? jelas Khalid sekali gus mengulangi pendiriannya sebelum ini.

Suka atau tidak, Khalid masih belum bersedia untuk berkongsi segala kisah peribadinya.

Bagaimanapun, bapa kepada empat cahaya mata lelaki ini tidak mengecewakan penonton apabila sudi berkongsi detik hubungan mereka bermula.

?Saya memang sudah lama mengenali Siti dan keluarganya. Ketika itu kami sedang berbincang untuk menerbitkan sebuah filem secara usaha sama. Masa itulah saya dapat rasakan sesuatu perasaan antara kami.

?Namun, hubungan kami tidak banyak dizahirkan dengan kata-kata. Bak kata pepatah Inggeris action speaks louder than words,? kata Khalid sambil disambut dengan sorakan penonton di studio.

Hanya itu saja pengakuan yang lahir daripada lelaki ini. Yang lain, hanyalah siaran ulangan kepada apa yang pernah dikatakannya sebelum ini.

Sebelum program ini melabuhkan tirainya, penonton di studio berpeluang menikmati strawberi bersalut coklat, menu kegemaran Siti Nurhaliza yang sering dihadiahkan Khalid untuknya.

Apapun esok, penonton TV3 sekali lagi akan disajikan dengan program ala realiti ini. Untuk episod ketiga dan juga penutup ini, difahamkan mereka akan sekali lagi mengundang pasangan ini untuk menjelaskan segala-galanya. Apakah akan ada kebenaran yang terungkai atau rahsia akan terus kekal menjadi rahsia, sama-sama kita saksikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2006 10:48 PM | Show all posts
KOSMO 13 OGOS 2006

SELAMAT BERTANDING KARYAWAN FILEM


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca setia KOSMO! Ahad dan peminat-peminat saya yang tersayang.

Bersua lagi kita di hujung minggu dan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi perkembangan kerjaya saya sepanjang seminggu yang lalu.

Diam tak diam kita sudah berada di pertengahan bulan Ogos dan tinggal kurang tiga minggu lagi sebelum kita meraikan Hari Kemerdekaan negara yang lazimnya disambut pada 31 Ogos setiap tahun.

Tahun ini, saya sangat bersyukur kerana seluruh rakyat Malaysia berpeluang menyambut ulang tahun ke-49 kemerdekaan negara.

Pada saya, nikmat hidup di sebuah negara yang merdeka dan penuh harmoni sesuatu yang harus kita pelihara sampai bila-bila.

Kerana kemerdekaan yang kita nikmati hari ini juga, golongan insan seni seperti saya tidak ketinggalan daripada mendapat tempiasnya.

Industri hiburan hari ini berkembang dengan begitu pesat sekali dan golongan karyawan seni dapat berkarya tanpa sebarang tekanan.

Bercakap mengenai karyawan seni juga, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat bertanding buat seluruh karyawan filem yang terbabit dalam acara kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-19 yang berlangsung malam ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Sudah tentu tumpuan akan diberikan di sana kerana malam ini kesemua karyawan filem akan berhimpun untuk menyaksikan pengiktirafan akan diberikan kepada mereka yang terpilih.

Sebagai artis yang sama-sama bergiat aktif dalam bidang ini, saya juga tidak sabar untuk mengetahui keputusan filem manakah yang akan diangkat sebagai Filem Terbaik.

Begitu juga dengan kategori Pengarah Terbaik. Saya sendiri sukar untuk membuat pilihan antara Afdlin Shauki, Bade Azmi, Yasmin Ahmad, Bernard Chauly dan Shuhaimi Baba yang tersenarai sebagai finalis kategori itu.

Pada saya, setiap seorang daripada mereka, memiliki karisma tersendiri. bahkan, saya secara peribadi sangat-sangat menghormati kecemerlangan mereka dalam mengangkat filem Melayu ke peringkat yang tinggi.

Selain daripada kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, saya juga tidak terlepas daripada memberikan fokus pada kategori Pelakon Wanita Terbaik yang menyenaraikan Eja, Sharifah Amani, Erra Fazira, Nur Fazura dan Maya Karin.

Aduh kesemuanya hebat-hebat belaka. Kesemua mereka adalah primadona filem dan saya tidak mampu untuk menjadi seperti mereka.

Kerana itu juga, saya tidak mahu meramal siapa yang akan pulang membawa trofi kemenangan kerana pada saya kesemuanya telah mempamerkan lakonan yang hebat menerusi filem masing-masing.

Selain kategori-kategori berkenaan, ada banyak lagi kategori lain yang juga sangat penting untuk karyawan filem tanah air.

Sayang sekali malam ini saya tidak turut serta bersama-sama meraikan malam penting karyawan filem kerana saya terikat dengan sebuah majlis makan malam amal di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Justeru, saya berdoa semoga semua yang meraih kemenangan malam ini akan terus bekerja keras memberikan yang terbaik untuk industri filem.

Sementara kepada mereka yang tidak diiktiraf pula, ia tidak bermakna anda tewas, sebaliknya, jadikan ia sebagai cabaran baru untuk memulakan langkah dalam kerjaya perfileman.

Selama lebih sedekad menjadi artis, salah satu bidang yang tidak sempat saya ceburi ialah bidang lakonan filem meskipun ada beberapa tawaran daripada penerbit filem dan cadangan daripada peminat-peminat saya meminta saya aktif dalam lapangan itu.

Namun, seperti yang sering saya sebutkan sebelum ini, saya tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi pelakon.

Kerana itu juga, saya lebih selesa untuk menjadi seorang penyanyi dan tanpa disedari sudah lebih sedekad saya aktif dalam bidang ini.

Alhamdulillah, saya gembira dengan perjalanan seni saya dan mudah-mudahan bakat yang telah saya ketengahkan selama ini benar-benar memberikan anda kepuasan.

Saya juga gembira kerana tahun ini saya mendapat peluang untuk berkongsi pengalaman dan ilmu seni saya dengan protege saya, Kat dalam rancangan Mentor terbitan TV3.

Malam ini, Kat akan menyahut satu lagi cabaran baru dengan beraksi secara duet dengan penyanyi rock hebat negara, Nash Lefthanded menerusi lagu Ku Di Halaman Rindu.

Sedih juga kerana saya tidak dapat berada di sisi Kat malam ini, namun saya percaya Kat mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk membuktikan kemampuannya.

Kat, percayalah saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda!

Sehingga bertemu lagi di minggu depan, salam hormat dan salam sayang daripada saya.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 20-8-2006 11:54 PM | Show all posts
Siti, Datuk K tak naik kereta kuda
Oleh Adha Ghazali, Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Norakmah Mat Youb


KUALA LUMPUR: Impian peminat menyaksikan perarakan berkuda pasangan Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa mungkin tidak kesampaian kerana acara itu dikatakan terpaksa dibatalkan berikutan masalah keselamatan.


Selain ribuan peminat Siti, perarakan melalui Taman KLCC ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dijadualkan 28 Ogos ini, juga dikhuatiri dihadiri golongan yang kurang senang dengan perkahwinan berkenaan.

Malah, sumber memberitahu Berita Minggu, ada segelintir pihak memang menunggu masa untuk mensabotaj perarakan berkenaan termasuk membaling telur busuk bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkahwinan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Kamal Pasha Jamal, ketika dihubungi semalam bagaimanapun enggan mengulas mengenai ancaman berkenaan termasuk khabar angin berhubung balingan telur yang disebarkan sesetengah pihak.

Beliau berkata, setakat ini polis tidak menerima sebarang maklumat sah mengenai ancaman ke atas pasangan pengantin itu.

?Bagaimanapun, sehingga kini juga tiada sebarang permohonan permit diterima berhubung perarakan berkenaan, sama ada dari pihak Datuk Khalid ataupun Siti. Malah, saya sendiri mendapat tahu mengenainya melalui akhbar.

?Jika benar perarakan itu ingin diadakan, polis akan pastikan keselamatan kedua-dua mempelai dan tetamu yang hadir terjamin. Saya juga nasihatkan pihak pengantin menghantar permohonan segera bagi memudahkan proses kelulusan permit, selain persediaan keselamatan oleh polis,? katanya ketika dihubungi.

Kebiasaannya, penganjur setiap perhimpunan awam perlu membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah sekurang-kurangnya 48 jam sebelum permit dikeluarkan.

Sementara itu, upacara pernikahan pasangan itu dijadualkan tepat jam 12.01 tengah hari di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, esok. Menurut sumber, pemilihan waktu berkenaan adalah atas permintaan Khalid sendiri.

Tinjauan Berita Minggu di pekarangan Masjid Wilayah semalam mendapati tiada sebarang persediaan dilakukan. Bagaimanapun, seorang kakitangan masjid mengesahkan segala persiapan akan dilakukan pengantin lelaki bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Mohd Rodzi Ismail, berkata pihaknya menerima permohonan daripada pengantin untuk mendapatkan khidmat kawalan keselamatan.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 12:48 AM | Show all posts
To all the guys I've loved before
-by Joe Lee -

Before her big daddy, these were the men surrounding Siti Nurhaliza.  


Datuk Khalid Mohamad Jiwa may be the man for Siti Nurhaliza, as the pop diva herself puts it ? but the search for her other half was not an easy
one.

In the eleven years of playing everyone? favourite girl next door, Siti Nurhaliza has managed to steer clear of any controversies or scandals surrounding her private life. In the run up to Datuk however, the media
managed to sniff out Siti? much mused about private life and discovered that she did not have the normal pleasures of courting like anyone else in searching for her other half.
The Malay Mail tracks the men who have been present in Siti? life ? or at least, those who have been publicly linked to her.

* bachelor no 1 - Siti? first publicised romance was with Zamani, the vocalist of pop rock group Slam. This story circulated sometime in early 1997. As her debut in the music industry garnered attention, the rumour
mills started their work on her. Though the media fire raged on for quite
a while about their supposedly hush-hush relationship, there was never
any concrete evidence of the two having ever been an item. There were also whispers of her supposedly being with a member of the Press ? but that appeared to be more of a diversion than anything else. Apart from being spotted out together, this was the first ? and perhaps one of the longest running ? rumours of Siti possibly being romantically-linked with
anyone. The rumours eventually disappeared and Siti had a breather before other supposed beaus were in her presence.

* kru-cial - Let? not forget the short-lived stories of a love affair between Siti and Yusry Abdul Halim of KRU. The gossip fizzled out when
the stories started circulating; later, it was made official when both Yusry and Erra Fazira announced that they were an item, and
subsequently walked down the aisle together.
This remains perhaps one of the most short-lived supposed-romances of Siti? public life.

* pop queen who was almost a real princess - Sometime during the period when Zamani was said to be courting Siti, word spread that she was the focus of obsession for a member of royalty. It died out after a while ? but sometime in 2003, the rumours resurfaced again, especially via circulating email. However, since the supposed royal remained nameless, many were left guessing whether it was the same individual or not. Again, the rumour fizzled out in time.

* rms n ct - Shortly after in 2003, the fact that renowned music director Ramli MS was having an affair with her was very much an open secret in the music industry. Again, there was no solid evidence, though different versions of their liaisons were repeatedly shared among the entertainment
fraternity. It also appeared to be the most solid story, with many played-down meetings rumoured to have taken place during the courtship. The rumours were the strongest ever, apart from her supposed time with Zamani. The news died out slowly, even after what was a very public break-up. In fact, Siti was supposedly avoiding the maestro, who was instrumental in developing the direction of her pop career, for a while.

* more than friends with Ziana's bro? - Anuar Zain has been a recurring name for gossipmongers who speculate on the latest to join the list of those who?e been out with Siti. While a favourite choice with the fans,
Anuar? chances appeared slim. Despite the popular appeal of being the best suitor, he was (in the eyes of Siti? fans, thus far) never more than a friend ? and perhaps a dependable peer in the business.

* support from the psychologist - After last year? performance at the
Royal Albert Hall, singer and multi-talented entertainer and motivator Dr Fazley Yaakob, 28, became the next target. Having worked together with Siti and her own production outfit to make the show possible on behalf
of Putrade Property Management Sdn Bhd, Fazley was another hit with the fans, who saw the match as one made in heaven. It? easy to see why - they are more or less the same age, and of equal status. The alleged relationship never appeared to take off, though, despite the immense hope of the fans. Even when there was a visit from Datuk Khalid? entourage to her home in Lipis (which was roundly denied at the time), fans remained
hopeful and speculated that Fazley was related to Khalid, who was actually asking for Siti? hand in marriage on behalf of the younger man. Needless to say, that has proven untrue.

* come to pak besaq - And that brings us to lucky number seven ? the infamous Datuk K himself. First spotted together early 2005 by The Malay Mail, Siti has maintained that they were merely business acquaintances at
that point. Thanks to his caring touch ? and perhaps some chocolate-dipped
strawberries ? the rest, as they say, is history. Pak Besaq, as she supposedly calls him, has gotten some fl ak. But now it? clear that
they will be united in holy matrimony, and he has finally gotten his soulmate, as he affectionately calls her.


The wedding itself will be watched by millions, with only the lucky invited guests making a beeline for the Federal Territory Mosque in Jalan Duta to bear witness to the akad nikah between Siti Nurhaliza and Datuk Khalid Mohamad Jiwa on Monday.
The event ? the first of two to be televised live by TV3, including the reception at the Kuala Lumpur Convention Centre to be held the following
Monday ? has been strictly planned to ensure that everything runs smoothly for those watching at home, just like any well-oiled production
machinery.
Here? the run-down of the events of the day:

Walimatul Urus
? 9.30am ? 10am
The arrival of guests (members of both families and media)
? 10am ? 10.15am
The arrival of VIPs (the list has yet to be revealed at Press time)
? 10.30am ? 12pm
The istiadat tunang (engagement ceremony) begins with Khalid? mother, Siti Zainab Hanafi, placing the ring upon Siti? fi nger. This will mmediately be followed by the akad nikah (solemnisation ceremony), when Khalid will recite his acceptance of her hand in marriage. Khalid? seven trays of gifts, accompanied by a wedding dowry of a yet-undisclosed amount
of wang hantaran, will be handed over, and is expected to reciprocated with nine trays of gifts from Siti? family. Khalid will then place the
wedding ring upon Siti? finger.
? 12pm ? 1pm
Lunch served to all guests present. The catered menu is handled by the
mosque.
? 1pm ? 2pm Break for Zohor prayers.
? 2pm Press conference by the wedded.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 01:19 AM | Show all posts
Bakal Ratu Sehari semakin berdebar
Oleh Farihad Shalla Mahmud

Siti Nurhaliza sedia jadi ibu dalam tempoh terdekat, rancang tunai umrah


IRAMA paluan kompang semakin jelas kedengaran, pelamin berhias indah kini seperti memanggil-manggil si empunya diri untuk datang singgah di atasnya. Namun, bakal Ratu Sehari ini bagaikan tidak mengenal erti penat apabila masih sibuk dengan tugasnya.

Walaupun sebelum ini dia pernah berjanji bahawa dia tidak akan memenuhi sebarang permintaan yang boleh menjejaskan persiapannya menjelang hari bahagianya itu, namun mengenangkan apa yang dilakukannya itu adalah satu kegembiraan buatnya, perkataan penat bagaikan tidak wujud langsung dalam kamus hidupnya.

Petang Selasa lalu, iaitu tinggal enam hari saja lagi sebelum dia disahkan sebagai isteri kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Siti Nurhaliza sempat lagi melakukan tugas rasmi yang sudah pun dipersetujui sejak awal lagi. Hari itu, Siti muncul dalam dua majlis berbeza iaitu melancarkan wajah baru syampu Pantene serta merasmikan pembukaan butik Embun milik pereka terkenal Natrah Hisham.

?Walaupun kesuntukan masa kerana banyak persiapan yang dilakukan, saya tidak berasakan kehadiran saya hari ini sebagai sesuatu yang membebankan. Ini disebabkan masih ada beberapa perkara yang perlu saya bereskan sebelum tiba hari bahagia. Saya gembira dengan tugasan ini dan tidak pernah menganggapnya sebagai satu masalah,? jelas Duta Baru Pantene ini ketika mengulas soalan keaktifannya menghadiri pelbagai majlis sedangkan tarikh pernikahannya semakin hampir.

Bagaimanapun, kata Siti, petang itu adalah penampilan terakhirnya di khalayak sebelum berehat hampir dua minggu sempena majlis perkahwinannya.

?Kerja seni akan tetap saya teruskan walaupun selepas berkahwin. Namun, semuanya dengan batasan dan keizinan suami. Saya memang berdebar-debar sekarang dan berdoa semoga semuanya berjalan lancar. Ini (menjadi duta Pantene) adalah tugasan saya terakhir sebelum memberi tumpuan sepenuhnya menjelang hari pernikahan 21 Ogos ini,? kata Siti yang cukup anggun dengan gaun berwarna hitam.

Sambil mengharapkan rumah tangganya kekal harmoni, Situ juga menyatakan kesediaannya menjadi ibu dalam waktu terdekat.

?Lambat atau cepat, biarlah Allah yang menentukan. Begitu juga dengan jantina anak, lelaki atau perempuan, saya menerima segala ketentuan Tuhan,? kata Siti malu-malu walaupun pada permulaannya si penyanyi Biarlah Rahsia ini enggan menjawab soalan itu.

Sempena Ramadan bermula menjelang akhir September ini, Siti turut merancang mengerjakan umrah bersama suami tercinta. Mengenai lokasi bulan madu pula, Siti berkata, mereka masih belum memikirkannya.

Apa yang pasti, Isnin ini bakal menyaksikan dua hati berpadu menjadi satu. Benang cinta yang dianyam selama setahun itu akhirnya disimpul dengan ikatan pernikahan. Buat Siti dan Datuk K, selamat menempuh gerbang kehidupan sebagai suami isteri dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 01:40 AM | Show all posts
Jerat percintaan Siti Nurhaliza
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

MELIHAT Siti Nurhaliza lahir, membesar dan dewasa di pentas seni seluruh nusantara, hati berbunga harum yang semerbak setanggi.

Kejayaan anak sekolah yang memulakan legasi seninya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1996, kemudian menawan hati seluruh masyarakat baik di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei sudah cukup untuk memberi jawapan betapa Siti sudah menyemai benih-benih bahagia di hati kita semua.
Siti lah mutiara, Siti satu di antara berjuta. Itulah yang seringkali dilaung-laungkan oleh penggemarnya yang menobatkan Siti sebagai insan paling berjaya, baik budi, bersopan santun lagi berpekerti. Siti tidak pernah ditimpa nestapa. Setiap apa juga yang dilakukannya akan diekori dengan penuh minat dan sokongan daripada peminat.

Tetapi itu hal sepuluh tahun lalu. Semenjak awal tahun 2006, Siti Nurhaliza tiba-tiba bagaikan menjadi musuh kepada sebahagian besar daripada peminat-peminatnya sendiri. Tekanan makin bertambah apabila Siti secara terbuka memberitahu, benar, Khalid Muhamad Jiwa lelaki yang menjadi tambatan jiwanya pada Julai lepas.

Dibenci kerana cinta

Gara-gara cinta kepada seorang lelaki, Siti dibenci sebahagian peminat yang selama ini menjadi nadi dan kekuatannya.

Kita boleh saksikan di mana-mana saja, baik dari cakap-cakap di kedai kopi, sehinggalah di akhbar dan Internet kata-kata bangkangan yang tidak menyokong calon suami pilihan Siti ini sampailah sehingga ke hari-hari terakhir ini. Masih ramai yang kurang bersetuju meskipun pada akhirnya mereka kena akur bahawa soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut bukan di tangan manusia.

Benarlah cinta itu buta dan tidak mengenal sesiapa. Kalaulah kerana cinta Siti dibenci, Siti nampaknya rela menerima natijahnya. Kalaulah demi kerana cinta dia menghadap duka, maka dia rela menempuh segalanya. Cinta Siti seteguh karang, sesetia pantai pada lautan untuk Khalid seorang. Muktamad!Dan esok, sejarah baru akan bermula untuk seorang Siti Nurhaliza.

Pukul 11 pagi esok, pasangan ini akan menerima ijab dan kabul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur. Majlis persandingan yang bakal dihadiri oleh ribuan tetamu kehormat akan berlangsung pada 28 Ogos ini di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.

Permata yang sebutir ini bakal mengakhiri zaman emasnya dengan memilih seorang lelaki yang menjadi belahan hati dan jiwanya, lelaki berkumis tebal tetapi penuh dengan ciri-ciri romantik. Dan ironinya, perkahwinan itu bukan yang dipersetujui oleh sebilangan besar peminatnya.

Khabarnya kedua ibu bapa juga menghalang di awal cinta mereka tetapi api cinta pasangan ini tidak mampu dibendung lagi. Ia terus membakar perasaan yang rindu dendam lalu mengikat mereka ke tali perkahwinan.
Akhirnya diberikan restu oleh keluarga agar pasangan ini mendapat berkat dan azimat dari perkahwinan yang termeterai. Ini juga barangkali pengorbanan dan kasih sayang dari sebuah keluarga yang mahu menyaksikan kebahagiaan Siti Nurhaliza yang selama ini telah memberikan sinar baru kepada mereka. Siti memilih untuk mendengar kata hatinya dalam soal masa depan dan hari tuanya.

Khalid dianggap sebagai lelaki terbaik untuk menghuni rumah-rumah bahagia bersama permata hati yang bakal dilahirkannya kelak. Secara tiba-tiba saya teringat akan lagu pertama yang menjadikan Siti kegilaan Malaysia.

Lirik lagu Jerat Percintaan amat bertepatan untuk menggambarkan segala perasaan cinta dalam dada yang sedang sarat ditanggung oleh Siti terhadap lelaki berkenaan.

Dalam persimpangan ini
Aku terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan
Aku hampir jadi lupa
Siapa diriku ini
Engkau juga dihanyut
Oleh arus percintaanmu

Setelah lebih sepuluh tahun lagu itu dinyanyikannya, akhirnya Siti benar-benar tahu apa yang berselindung di sebalik patah liriknya. Benarlah Siti hanyut dalam percintaan yang tidak pernah disangkakannya. Saya percaya Siti sendiri tidak pernah menduga yang jodohnya dengan seorang duda beranak empat. Memang tidak ada salahnya dara bertemu dengan duda, tetapi ada yang mahu melihat jodoh Siti dengan orang lain. Lelaki lain yang lebih muda barangkali.

Tetapi biar siapapun Khalid di mata dan pandangan pihak-pihak lain, pada Siti lelaki itu juga yang terbaik buat dirinya. Sementelah isu rumah tangga Khalid bersama bekas isteri yang terus dijadikan bahan bualan, Siti tegar dengan keputusannya mengakhiri kisah solonya dengan lelaki itu.
?ni jalan yang Siti pilih. Suka ke, duka ke Siti akan tanggung juga akhirnya,? katanya dalam perbualan kami tidak lama dulu.

Lewat pagi Rabu dua minggu lalu, saya bertemu Siti secara peribadi. Itupun secara kebetulan. Saya mahu menemubual Khalid dan segalanya sudah saya rakamkan dalam Tolong Jawab minggu lalu. Kebetulan Siti hadir dengan busana kebaya moden kuning cair, dengan solekan tipis yang membuatkan saya lebih ?syik? memandang ke arah wajahnya. Siti yang asli di depan mata.
Siti yang saya lihat dalam pertemuan ini sangat berbeza dari biasa. Kalau di sidang akhbar dia sangat menjaga setiap patah dan kata yang terluncur dari bibirnya, dalam pertemuan ini dia bebas bicara. Tak sampai lima minit Siti meletakkan punggung di sisi saya, seseorang datang dan menghadiahkan dua kotak strawberi coklat yang menjadi pengikat cinta mereka selama ini.
?ummy bukalah kotak ni. Bagi Tengku jamah sekali,? Khalid mengarahkan dan Siti hanya tersenyum.
Mummy? Ya, itulah panggilan mesra Khalid kepada Siti dan saya juga menunggu apakah pula panggilan mesra Siti buat yang tersayang?
??, masuk dalam kejap ya, nak tengok dia orang (perancang perkahwinan) buat apa,? kata Siti membuatkan saya akhirnya dalam hati berkata ?a? aku dah dapat soalan yang selama ini hanya dijawab dengan senyuman oleh kedua-duanya.
?? tu untuk ?aby? ke, ?ubby? Datuk?,? tanya saya dibalas dengan senyuman yang meleret bakal pengantin lelaki ini.
Banyak juga yang kami bualkan sepanjang dua setengah jam di bilik cantik itu. Khalid setia menemani ke akhir bicara dan pada ketikanya saya asyik menjeling untuk melihat sendiri sejauh mana riak-riak cinta mereka. Nyata, setiap kali Khalid membuka pintu berbicara, mata dan pandangan Siti tidak akan terarah ke lain. Seluruh fokus diberikan kepada ?i jantung? hati dan ada ketikanya untuk menjawab pertanyaan saya, dia lebih banyak merujuk kepada Khalid. Khalid juga tidak habis-habis memuji anak-anaknya dan bekas isteri, tetapi katanya jodoh mereka tidak panjang terpaksa diputuskan di tengah jalan.

Bual kami petang itu santai sahaja. Sementelah saya sendiri tidak jangka yang Siti akan sampai dan sudi bersembang lama-lama.

Pertemuan ini yang akan saya kenang sebagai pertemuan eksklusif terakhir saya dengan Siti Nurhaliza dan Khalid sebelum mereka bergelar raja sehari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 01:42 AM | Show all posts
Jerat percintaan Siti Nurhaliza (sambungan)

Panggil Siti saja...

Lalu apa panggilan yang boleh saya panggil Siti selepas kahwin ni?
?anggil Siti sajalah. Tapi boleh ke?? tidak pasti akan keadaannya dia berpaling dan bertanya kepada Khalid. Bimbang juga kalau-kalau melanggar protokol dan sebagainya barangkali itu yang terdetik di hatinya.

?anggil apa sajalah, janji selesa,? kata Khalid pula kepada saya dan Siti tersenyum.
Apa yang penting bagi Siti ialah semua orang selesa dengan status dirinya selepas ini dan soal panggilan terserah kepada individu lain untuk meletakkan di mana. ?iti tak kejar nama dan pangkat. Kalau dah sedia ada, Siti tak boleh buat apa. Cuma biarlah panggil Siti dengan panggilan yang selesa, itu saja,? katanya.
Itu hidup masa lalu

Kecoh tentang Siti perampas kasih wanita lain, Siti tidak hiraukan hati wanita lain yang terluka dek perkahwinannya. Penjelasan mengenai kesediaannya menjaga anak-anak Khalid dari perkahwinan terdahulu juga mengundang luka di hati bekas isteri ahli perniagaan itu.

Tengku Zawyah mengakui hatinya terguris dengan kenyataan berkenaan memandangkan dia masih wujud di dunia dan boleh menjaga sendiri keempat-empat zuriat yang dikandung itu. Soal anak, bekas isteri dan bakal suaminya itu kata Siti dia tidak mahu ambil campur secara mendalam.Dia sendiri mengakui bahawa dia tidak mempunyai hak untuk berbuat sedemikian kerana dia adalah ?rang baru? dalam kehidupan Khalid.
?iti tak ada dalam kehidupan masa lalu dia. Kehidupan dia yang dulu adalah milik dia dengan orang terdahulu jadi Siti tak boleh hendak campur tangan.

?ehidupan kami ?ersama? bermula pada hari ini dan Siti mahu tengok ke depan saja.? katanya dengan bahasa yang perlahan, tetapi penuh yakin.

Saya jolok Siti dengan pertanyaan, mahu atau tidak, Siti perlu menerima hakikat yang dia perlu berbahagi kasih dengan lelaki berkenaan. Dengan statusnya sebagai duda, beranak empat, Khalid bukan menjadi milik Siti seorang selepas ini. Siti kena bersaing merebut hati lelaki itu lantaran Khalid sudah ada kehidupan masa lalunya yang tersendiri. Tambah dikongsi dengan wanita lain lebih dari 20 tahun, lalu apa yang dijawab Siti?
?alau kena berbahagi kasih, Siti terima. Dalam keluarga pun Siti anak tengah. Siti sudah biasa berbahagi apa yang Siti ada dengan orang lain sejak kecil lagi.
?oal kasih sayang pun macam itu juga. Jadi Siti tak perlu terlalu ?amak? untuk memiliki ?ia? seorang, Siti sedia berkongsi sebab dia bukan milik Siti seorang. Itu Siti sedar,? katanya bagai disusun-susun kata-kata menjadi jalinan yang cukup mesra di telinga.

Tahu sisi hitamnya

Menyentuh persoalan nakal mengenai tamu hatinya itu, kata Siti dia tidak kisah apa juga tuduhan yang dilemparkan. Bukan dia tidak dengar, bukan dia tidak usul periksa tentang apa juga hal-hal yang timbul sebelum ini.

Gosip-gosip nakal mengenai diri Khalid yang menjengah ke tengah-tengah kehidupan sebahagian besar karyawan seni juga tidak diendahkan. Sebelum berita berkenaan sampai ke telinga Siti, Khalid terlebih dahulu sudah memaklumkan kisah-kisah masa lalunya di awal perkenalan mereka.
Segala peribadi baik dan buruk telah dikongsi bersama supaya tidak ada lagi ragu yang bertandang atau berbelah bagi bila mengetahuinya melalui orang. Tetapi kata Siti dia sangat percaya dalam kehidupan manusia diberi banyak peluang untuk sentiasa menjadi yang terbaik dari hari ke suatu hari yang lain.
Peluang pertama, kedua, ketiga dan peluang terakhir sedia menanti.

?iti harap, dia boleh bimbing Siti jadi manusia yang lebih baik. Dan moga perkahwinan ini juga membuka jalan baru untuk kami, untuk Siti dan dia juga.
?ami sama-sama membimbing.?katanya.

Dari hati yang ikhlas yang terpancar dari sinar matanya, Siti memberitahu bahawa kejujuran dan keberanian Khalid bercerita tentang masa lalu tanpa berselindung juga menjadi penyebab untuk Siti sangat tertarik.
?iti terharu bila dia ceritakan segala-galanya kepada Siti tentang dirinya. Bagi Siti, lebih baik dengar cerita dari mulut tuan empunya badan, dari dengar cakap-cakap orang lain.

?ebab itu Siti kagum dengan kejujurannya. Dia berani bercerita terus kepada Siti walaupun benda yang tidak elok tentang dirinya sendiri. Hal itu jarang dibuat oleh lelaki lain,? katanya lagi.

Ketika kaki melangkah mahu meninggalkan pejabat Khalid, masa menunggu pintu lif terbuka secara tidak sengaja saya terlihat Khalid menyentuh mesra helaian rambut Siti yang sedikit menggerbang di depan beberapa tetamu lain yang juga ada di situ. Tidak lama, hanya dalam dua saat sahaja kerana Siti pantas melarikan dirinya apabila melihat ada yang memerhati. Romantis! Dan wajah Siti mula memerah, malu barangkali apabila insiden tidak disangkakan itu terjadi di depan mata saya.

Hapuskanlah kata-kata nista

Jadi, benarkah Siti perampas kasih wanita lain?
Soalan itu tiada pada saya, tiada pada anda pembaca yang kami sayangi. Jawapannya ada dalam hati Siti Nurhaliza, Khalid dan Tengku Zawyah sendiri. Kerana pada akhirnya mereka sendiri yang tahu apa sebenarnya. Selagi percaya pada diri yang jalan dipilih bukan satu kesilapan, tidak ada apa-apa yang perlu diragukan.
Hapuskan kata-kata nista yang pada akhirnya akan menambahkan dosa, mengurangkan pahala. Sebagai orang luar, apalah daya kita untuk menelah suka atau duka yang bakal terhidang dari perkahwinan hari esok kerana mereka sendiri yang melaluinya.Juga bukan menjadi hak untuk kita mendoakan keburukan atau kedukaan orang lain, minta dijauhkan.

Bahawa jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Selamat Pengantin Baru, Khalid dan Siti Nurhaliza. Moga bertemu bahagia yang dicari-cari.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 01:48 AM | Show all posts
Majlis yang lebih daripada satu perkahwinan untuk Siti Nurhaliza
19-08-2006 12:06:01 PM


KUALA LUMPUR:  Siapa sangka perkahwinan seorang gadis yang pertama kali menyanyi pada usia 12 tahun di tempat kelahirannya, Kuala Lipis, akan menjadi "Wedding of the Year" yang dinanti-nantikan selama ini.
Namun, itulah yang akan berlaku kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin, 27, yang akan diijabkabulkan dengan Datuk Khalid Muhamad Jiwa, 47, seorang ahli perniagaan, Isnin ini.

Malah, detik-detik bahagia penyanyi yang menjadi kesayangan ramai sejak 11 tahun lalu itu akan dikongsi lebih 26 juta rakyat negara ini apabila TV3 bakal menyiarkan secara langsung perkahwinan mereka di kaca televisyen.

Persoalannya apa yang istimewa tentang Siti Nurhaliza sehingga stesen TV itu mendapatkan hak siaran eksklusif bagi menyiarkan majlis perkahwinan artis itu?

"Siti mempunyai faktor tertentu yang menyebabkan sistem sosial di Malaysia menerimanya sebagai 'public figure' yang mempunyai jangkauan merentasi status bangsa, umur, pendidikan dan kelas masyarakat," kata pensyarah penyiaran dan komunikasi massa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Asiah Sarji kepada Bernama di sini.

Dr Asiah berkata penerimaan masyarakat terhadap Siti kerana artis itu telah memenuhi jangkaan mereka yang merentasi perkahwinan golongan kerabat diraja atau individu berpengaruh (seperti ahli politik) yang hanya memberikan kesan langsung kepada kelas sosial tertentu.

"Faktor Siti Nurhaliza itu sendiri merentasi segenap lapisan masyarakat," katanya sambil menjelaskan penerimaan Siti adalah berdasarkan kepada tingkah laku, suara, tutur kata dan perwatakannya yang disenangi ramai.

Katanya setiap ahli masyarakat merasakan bahawa Siti milik masyarakat Malaysia, yang layak untuk mendapat perhatian dengan fenomena yang berlaku sekarang, dan diterima walau ke mana sahaja artis itu pergi.
Sebelum ini hanya perkahwinan penyanyi yang juga pelakon, Ziana Zain dan Erra Fazira yang diiktiraf sebagai "Wedding of the Year", namun aura perkahwinan Siti-Datuk K lebih hebat apabila hampir setiap hari ada sahaja bahan yang dipaparkan media sejak 17 Julai lalu (tarikh Siti mengumumkan beliau akan berkahwin).
Majlis akad nikah pasangan itu akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 21 Ogos diikuti dengan dua majlis persandingan iaitu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos dan di Kuala Lipis pada 3 Sept.

Berbanding selebriti lain yang diukur berdasarkan populariti mereka, Dr Asiah berkata Siti dianggap sebagai "ahli masyarakat" di mana setiap kejayaan beliau dikongsi dan dirasai masyarakat.

Justeru, beliau tidak hairan apabila kira-kira 1,200 jemputan tetamu khas yang terdiri daripada rakan artis, selebriti dari dalam dan luar negara akan menyerikan majlis perkahwinan penyanyi itu.

Katanya faktor "kebiasaan" artis berbintang Capricorn itu juga menyumbang kepada penerimaan masyarakat terhadapnya.

"Siti tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, bukan dari golongan berada tetapi beliau adalah manusia berbakat, naik dari bawah, dan bakatnya adalah nilai-nilai yang ada pada orang Melayu.
"Ini dilihat seolaholah sebagai kemenangan kepada 'masses'. Beliau telah berjaya meletakkan nilai-nilai Melayu pada tempat yang sepatutnya, seterusnya menjadi ikon Malaysia yang mengecapi kejayaan secara bersih," katanya.

Dr Asiah juga tidak menolak "kontroversi Datuk K" sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kenapa perkahwinan pasangan itu dinanti-nantikan oleh segenap masyarakat negara ini.

Mengenai reaksi negatif yang diterima artis itu kerana memilih Datuk K sebagai suaminya, Dr Asiah berkata semua pihak berhak memberikan pandangan tetapi Siti harus bersedia dengan reaksi masyarakat terhadap keputusannya itu.

"Ini sifat ingin tahu semula jadi, sama ada impaknya positif atau negatif, mereka ingin melihatnya, sebab orang ramai macam 'penjaga' kepada Siti. Mereka mahukan beliau gembira. Siti mendapati Datuk K adalah lelaki ideal yang diingininya dan audiens membenarkannya kerana mereka menyayangi beliau," katanya.

Isu perkahwinan Siti-Datuk K bukan sahaja mendapat perhatian daripada rakyat negara ini tetapi turut menjadi topik perbualan para peminatnya di negara-negara lain terutamanya Indonesia.

Malah stesen TV Indonesia, Trans TV, turut menerbitkan beberapa program khas yang didedikasikan kepada penyanyi itu yang dianggap setaraf dengan diva popular Indonesia seperti Kris Dayanti dan Melly Goeslaw.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad Datuk Farid Ridzuan sebelum ini berkata pasangan itu telah memilih TV3 berdasarkan kepada liputan meluas mereka di rantau ini yang turut disokong oleh rangkaian-rangkaian lain di bawah naungan konglomerat media terbesar di Malaysia itu.

Sumber dalaman TV3 memberitahu sejumlah 50 krew terlibat bagi majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 21 Ogos nanti dan 80 krew pula akan terbabit bagi majlis persandingan di KLCC pada 28 Ogos.

Namun bagi Dr Asiah, TV3 sebenarnya sedar akan potensi Siti sebagai satu nama gah yang mampu menarik audiens dalam jumlah yang besar dan seterusnya akan memberikan keuntungan kepada stesen TV itu melalui kemasukan iklan TV.

"Mereka tahu sekiranya disiarkan secara langsung audiens yang akan menonton adalah audiens yang besar dan pihak korporat ini sememangnya mahukan perhatian daripada audiens," katanya.

Bagaimanapun, Dr Asiah berkata TV3 seharusnya meneliti format dan konsep siaran langsung perkahwinan itu supaya liputannya tidak akan menimbulkan reaksi negatif atau pandangan taksub keterlaluan masyarakat terhadap Siti.

Sebaliknya, perkahwinan pasangan itu harus digambarkan sebagai menyuburkan kembali institusi perkahwinan yang murni di kalangan generasi muda negara ini.

"Dengan itu Siti akan tetap disegani dan disayangi ramai," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 01:57 AM | Show all posts
Guna jurunikah berpengalaman

Oleh Mohd Razlan Salleh

KUALA LUMPUR: Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Nasroddin Mat Daud, diberikan tugasan besar apabila ditugaskan mengijabkabulkan Datuk Khalid Mohamad Jiwa dengan Siti Nurhaliza, Isnin ini.

Pemilihan beliau berdasarkan pengalaman luas dimilikinya sebagai jurunikah selama lebih tujuh tahun dan pernah melaksanakan ?isi? penting termasuk menikahkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dengan bekas wartawan TV3, Azrinaz Mazhar Hakim pada Ogos tahun lalu.

Sumber memberitahu Harian Metro, jurunikah berusia 52 tahun dan dari Kelantan itu dipilih memikul tanggungjawab menikahkan Khalid atau Datuk K, 47, dengan Siti Nurhaliza, 27, berikutan sudah biasa mengahwinkan pasangan kenamaan (VIP).

?ungkin disebabkan pengalaman dimilikinya dan dianggap pegawai yang senior, dia dilihat antara jurunikah paling layak memikul tugas ini kerana mampu menyerap tekanan daripada media dan orang ramai pada hari pernikahan Datuk K dan Siti nanti,? katanya.

Harian Metro juga difahamkan, pada hari pernikahannya yang dijangka disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, Siti Nurhaliza bakal menerima hantaran RM30,000 manakala mas kahwinnya RM22,222.22.

Sementara itu, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, ketika dihubungi enggan mengesah atau menafikan pemilihan Nasroddin sebagai jurunikah yang bakal mengijabkabulkan Datuk K dan Siti Nurhaliza, nanti.

Beliau yang dihubungi di Thailand, petang semalam sebaliknya berkata, pihaknya belum memutuskan siapa jurunikah yang akan memikul tanggungjawab itu kerana individu yang bakal ditugaskan bukan menikahkan pasangan biasa tetapi selebriti terkenal.

Katanya, sudah tentu hal demikian akan membuatkan jurunikah itu mungkin cepat panik atau gemuruh kerana upacara pernikahan turut dihadiri ramai petugas media dan jemputan khas.

Disebabkan itu, Che Mat berkata, siapa jurunikah yang ditugaskan menikahkan pasangan popular berkenaan hanya akan diumumkannya beberapa jam sebelum majlis pernikahan berlangsung.

?etakat ini saya belum pilih siapa orangnya, tapi yang pasti bukan saya. Apapun, saya akan maklumkan pada jam 10 pagi Isnin ini.

?aaf, saya tidak boleh beritahu sekarang kerana keputusan ini mungkin boleh berubah mengikut keadaan. Jawi ada berpuluh-puluh jurunikah. Kita tengok siapa yang kena (ditugaskan),? katanya yang berada di sebuah pusat peranginan kerana bercuti bersama keluarga.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 07:25 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza gementar menjelang pernikahan
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH



KUALA LUMPUR 20 Ogos - Penyanyi nombor satu tanah air, Siti Nurhaliza Tarudin, mengakui dia merasa gementar menjelang diijabkabulkan dengan usahawan Datuk Khalid Mohd. Jiwa, esok.

Kata Siti Nurhaliza, 27, perasaan gementar itu berbeza dengan apa yang dilaluinya beberapa hari lalu.


Siti Nurhaliza.


Namun penyanyi itu mengakui dia telah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menempuh alam rumah tangga.

?iti tidak merasa takut atau bimbang menghadapi hari pernikahan esok. Siti bukan pergi berperang,? katanya yang ditemui di rumahnya ketika majlis berinai di sini, malam ini.

Bagaimanapun menurut Siti, dia juga dapat merasakan satu perasaan yang luar biasa apabila memikirkan dirinya bukan lagi di bawah tanggungjawab keluarganya selepas pernikahan esok.

?elepas bernikah esok, Siti akan menjadi milik suami yang perlu diberi keutamaan. Bagaimanapun Siti tidak akan melupakan tanggungjawab kepada keluarga seperti sebelum berkahwin,? tambahnya.

Penyanyi popular itu memberitahu dia sempat berpuasa sunat dua hari sebelum hari pernikahannya esok.

Siti Nurhaliza dan Khalid, 47, akan mengikat tali pertunangan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pukul 10.30 pagi sebelum diijabkabulkan setengah jam kemudian.

Majlis persandingan pula akan berlangsung seminggu kemudian iaitu pada 28 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pasangan sensasi itu akan turut diraikan di rumah pengantin perempuan di Kuala Lipis, Pahang pada Ahad, 3 September ini.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 07:43 PM | Show all posts
Nilai hantaran mencecah jutaan ringgit
21-08-2006 07:31:21 PM  

Senarai hantaran pertunangan


Pemberian Khalid kepada Siti Nurhaliza, lima dulang hantaran bertema Adiwarna. Kesemua dulang hantaran dihiasi menggunakan daun mengkuang serta songket tenunan Terengganu.

1. Bunga rampai beserta sebentuk cincin tunang berjenama Bvlgari
2. Seuntas emas putih beserta loket yang tertera nama Allah SWT yang ditempah khas dari Mekah
3. Manisan
4. Kain telekung serta sepasang jubah dari Jeddah
5. Tepak sirih

Pemberian Siti kepada Khalid, tujuh dulang hantaran bertemakan Sanggar Bayu. Kesemua hantaran baralaskan dulang perak yang melambangkan personaliti Khalid sebagai ahli korporat.

1. Songket serta kain persalinan untuk baju Melayu.
2. Wajik yang dibawa khas dari Kuala Lipis oleh keluarga Siti
3. Sebiji kek
4. Sejambak bunga mawar kuning
5. Sejadah
6. Al-Quran dihiasi dengan beberapa kepingan wang kertas
7. Tepak sirih

Senarai hantaran perkahwinan

Daripada Khalid kepada Siti, tujuh barang hantaran diletakkan di atas dulang emas bertemakan Azimat Cinta:

1. Seutas ramai bersama loket berbentuk hati dengan seutas gelang berlian berjenama Chopard
2. Seutas jam tangan daripada Roger Dubius yang diukir perkataan 'Love'
3. Sepasang kain lace berwana cokelat bermanik
4. Sebuah beg tangan berwarna putih berjenama Luis Vuitton
5. Wang hantaran RM30,000 yang dibalut kain berwarna krim
7. Sebiji kek berwarna putih.
8. Makanan kegemaran Siti -- strawberi bersalut cokelat.



Seutas ramai bersama loket berbentuk hati dengan seutas gelang berlian berjenama Chopard (foto The Star)


Daripada Siti kepada Khalid, sembilan barang hantaran diletakkan di atas dulang perak bertemakan Sebenar Cinta:

1. Sebentuk cincin berjenama Audemars Piguet
2. Tali pinggan berjenama Baroni
3. Dua pasang penyemat lengan baju berjenama Luis Vuitton
4. Satu sut kot berjenama Cerimonia
5. Satu set butang baju Melayu perak
6. Seutas jam tangan berjenama Richard Mille
7. Sebiji kek dihiasi sekeping gambar pasangan pengantin baru itu.
8. Bunga rampai
9. Sepasang baju Melayu.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 07:54 PM | Show all posts
Cinta Siti-Datuk K termeterai
21-08-2006 07:28:10 PM  



Pautan kasih seorang isteri (foto The Star oleh Azhar Mahfof)

KUALA LUMPUR:  Hanya dengan satu lafaz, Siti Nuhaliza Tarudin sah menjadi isteri Datuk Khalid Muhammad Jiwa.

Majlis pernikahan yang menyusul majlis pertunangan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, menempa sejarah apabila majlis itu pertama dipancarkan secara langsung ke seluruh negara.



Dari saat Siti melangkah tertib memasuki dewan Muslimat untuk majlis pertunangan dengan bertudung litup dan memakai baju kurung moden lace putih bertatahkan taburan batu biru dengan diiringi empat penyanyi latarnya, sehingga majlis selesai, segala-galanya disaksikan secara langsung oleh jutaan penonton TV3 yang diberikan hak penyiaran eksklusif majlis itu.

Dalam hampir seluruhan majlis Siti kelihatan tenang, melainkan ketika dia memeluk ibu bapanya selepas disahkan sebagai isteri.


Bisikan seorang isteri... Apakah agaknya pesanan Siti kepada Khalid?

Pasangan selebriti itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Nasroddin Mat Daud dengan mas kahwin RM22,222 tunai, mengambil sempena tempoh 22 tahun, dua bulan, dan dua hari Al-Quran diturunkan.

Tarikh pernikahan pasangan itu hari ini juga jatuh pada hari Israk dan Mikraj iaitu 27 Rejab 1427.

Di majlis pertunangannya, Siti duduk bagaikan puteri di pelamin ?ahligai permata? sebelum majlis diteruskan dengan penuh adat istiadat Melayu.

Majlis dimulakan dengan wakil dari kedua-dua pihak berbalas pantun dalam menyatakan hasrat meminang dan pinangan diterima. Ia  diakhiri dengan ibu Khalid, Siti Zainab Hanafi menyarungkan cincin emas putih bertatahkan berlian ke jari manis Siti.

Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu menerima tujuh dulang hantaran daripada Khalid yang dinamakan sempena nama lagu popular Siti Nurhaliza "Cindai", mengandungi wang hantaran RM30,000, halwa, kitab al-Quran dan bunga rampai, set permata, kain lace, beg tangan dan seutas jam tangan.

Siti Nurhaliza pula membalas hantaran Khalid dengan sembilan dulang bertemakan lagunya "Sebenar Cinta", terdiri daripada bunga rampai, kain sampin songket, butang baju Melayu, jam tangan, cincin, kek, tali pinggang beserta dompet, cufflink dan sut tuksedo.


Siti melambai kepada jurugambar sewaktu sidang media selepas majlis pernikahannya.

Selepas akad selesai, Khalid menyarungkan cincin berlian bermata satu ke jari manis Siti sebagai simbol membatalkan air sembahyang.

Siti kemudian dua kali memeluk erat bapanya Tarudin Ismail sebelum bersalaman dengan ahli keluarga yang lain diikuti kemudiannya oleh suaminya.

Tetamu kehormat termasuklah Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan isteri Che Julita Aishah, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim serta isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosman Mansor kemudian dijamukan dengan makan tengah hari di masjid berkenaan.

Majlis persandingan pasangan itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Isnin depan.

Bercakap dengan lebih 100 wartawan tempatan dan Indonesia di dewan Muslimat masjid itu selepas jamuan tengahari, Siti berkata beliau melangkah masuk ke fasa baru dalam kehidupannya sebagai isteri dengan penuh tekad akan meneruskan kerjaya seninya.

"Siti akan cuba jadi isteri yang baik dan pada masa yang sama menjadi wanita yang berkerjaya. Siti tahu, banyak yang perlu Siti pelajari kini.

"Tapi Siti percaya, dengan bimbingan daripada suami, insyallah, Siti mampu melakukannya," katanya.

Khalid pula berjanji beliau tidak akan menghalang Siti daripada terus bergiat di bidang seni.

"Saya tidak akan menghalang kerjaya Siti sebagai seorang penyanyi," tegasnya sambil berkali-kali memanjatkan kesyukuran kerana majlis pernikahannya selesai dalam keadaan sempurna.

Menyerlahkan senyuman puas kerana segalanya berjalan lancar, Siti tanpa segan mengakui bagaimana beliau dihantui perasaan bimbang dan berdebar-debar sebaik tiba di masjid untuk diijabkabulkan dengan pilihan hatinya itu.

"Siti hanya mampu berselawat dan Alhamdulillah, dengan sekali lafaz oleh Datuk Khalid, Siti kini sudah sah menjadi isteri kepadanya," tambahnya.

Pasangan itu yang agak keberatan memberikan sebarang butiran mengenai destinasi bulan madu mereka serta perancangan hidup mereka sebagai suami isteri meninggalkan Masjid Wilayah Persekutuan menaiki kenderaan berbeza.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 08:10 PM | Show all posts
Apa mereka kata...
21-08-2006 07:08:19 PM



Juwairiah Ayob, 47, dan anaknya Aina Mastura Abd. Khair, 10, teruja melihat keayuan Siti Nurhaliza di majlis pernikahan penyanyi itu yang disiarkan secara langsung oleh stesyen penyiaran TV3.  Ramai peminat yang mengambil kesempatan menonton majlis tersebut di tempat-tempat awam yang menyediakan televisyen di premis mereka. (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan)



Apa mereka kata mengenai majlis pertunangan dan pernikahan Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Muhammad Jiwa:

Siti sendiri: Alhamdullilah sini kita menjadi isteri kepadanya (Datuk K)

Khalid: Saya bersyukur....

Tarudin Ismail, ayah Siti: Sudahlah, semuanya sudah selesai...

Teh Ahmad, nenek Siti: Alhamdulillah, semuanya selamat. Harapan saya semoga kekal akhir hayat...

Radzuan Radziwill: Saya berharap agar mereka berbahagia

Datuk Shah Rezza: Saya berjaya buktikan majlis ini berlangsung di dalam suasana sederhana, tapi meriah.

Nurul, jurusolek: Saya amat bergembira dengan perkahwinan ini dan saya harap Siti akan berbahagia bersama-sama Datuk K.

Rozie, kakak ipar Siti: Sebagai salah seorang ahli keluarga, saya tidak nafikan amat sedih perlu 'melepaskan' Siti. Tapi, ini sudah masanya dia mendirikan rumahtangga.

Siti Normah Bachik, ibu saudara Siti: Kami (saudara-mara) terima pilihan Siti. Semoga dia berbahagia sehingga ke akhirnya

Sha, sepupu Siti: Kami penuh semangat mendoakan Siti berbahagia. Lihatlah, kami semua mengenakan pakaian berwarna hijau kerana ia warna kegemaran Siti.

Nasarudin Mohd Daud, jurunikah: Alhamdulillah, segala upacara akad nikah selamat dijalankan.

[ Last edited by  sayang_manja at 21-8-2006 10:22 PM ]
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 08:18 PM | Show all posts
?anggil saja saya Siti?
21-08-2006 06:10:03 PM  


KUALA LUMPUR:  Bergelar isteri kepada Datuk Khalid Muhammad Jiwa, sekali gus memberikan Siti Nurhaliza Tarudin status baru sebagai 'Datin'.

Pada sidang media selepas dinikahkan, Siti tidak terlepas daripada usikan beberapa wartawan yang memanggilnya dengan gelaran itu.

Namun, penyanyi yang memang tidak pernah lekang dengan sifat rendah dirinya itu, hanya ketawa sebaik gelaran 'Datin' dilaungkan oleh salah seorang wartawan yang ingin bertanyakan soalan kepadanya.

"Kalau boleh, Siti mahu terus dipanggil dengan nama saja, seperti mana yang orang selalu panggil Siti dulu.

"Tapi, melainkan untuk majlis-majlis formal yang perlu patuhi protokol, Siti tidak mampu berbuat apa-apalah," ujarnya tersenyum.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 10:14 PM | Show all posts
Rakan doa Siti bahagia
Oleh Norhadiani Baharom


Siti berhak tentukan arah hidupnya kerana susah senang dia yang menanggung kelak

"BERAPA jauh rumah puteri,
berteman dan berkereta,
berapa susah melepaskan Siti,
macam-macam tohmahan dan sengketa."

Serangkap pantun empat kerat yang dibacakan Tarudin Ismail, pada sidang media khas pengumuman tarikh perkahwinan Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, 47, di Zon On The Park, Jalan Ampang, 17 Julai lalu, jelas menggambarkan betapa sukarnya untuk seorang ayah melepaskan Siti.

Peminat turut berasakan apabila Siti yang begitu disayangi dan disanjungi mengambil keputusan muktamad untuk menjadi milik mutlak Datuk K.

Barangkali, masih ramai peminat Siti kecewa dan sukar menerima hakikat ini apatah lagi jejaka pilihan Siti itu sudah berusia dan berpengalaman.

Biar apapun tafsiran, Siti berhak menentukan arah hidupnya kerana susah senang dia yang menanggung kelak. Kalangan rakan artis tidak ketinggalan mendoakan kebahagiaan Siti dan berharap jodohnya bersama Datuk K akan berkekalan hingga ke anak cucu.


Mawi

"Selamat pengantin baru, semoga berbahagia ke akhir hayat. Biarpun siapa pilihan Siti, kita perlu menghormati keputusannya."


Ziana Zain

"Semoga sukses hingga ke akhir hayat. Tutup mata, pekakkan telinga kerana kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Hidup berumah tangga penuh dengan dugaan dan cabaran yang terpaksa Siti tempuhi.

"Justeru dia perlu pandai bawa diri dan jangan sesekali terpengaruh cakap orang. Siti lebih kenal hati budi pasangannya, baik dan buruk dia dah buat keputusan berkahwin jadi Siti yang sewajarnya menentukan destinasinya.

"Sebagai teman artis yang rapat dengan Siti, saya harap dia tabah dan kuat kerana tugas isteri tidak semudah disangkakan. Orang perempuan kena beri tumpuan 110 peratus pada keluarga."


Erra Fazira

"Siti pada saya seorang insan yang cukup kuat dan saya yakin dia mampu menggalas tugas isteri dengan baik. Biar badai melanda Siti harus mempertahankannya.

"Soal teman hidup Siti, sesiapapun pilihannya asalkan dia bahagia kerana Siti lebih tahu tahu apa yang diinginkan."


Fasha Sandha

"Saya ucapkan selamat pengantin baru dan harap Siti lekas-lekas timang anak. Sekalipun berkahwin harap kerjaya seninya terus bersinar selain berbahagia di samping orang tersayang."


Vanidah Imran

"Tahniah, harap mereka menjalani kehidupan yang indah bersama dan bahagia ke akhir hayat."


Siti Shahrizah (Eja)

"Sukar mencari pengganti Siti Nurhaliza, sebab itulah saya masih mengharapkannya terus aktif dalam seni sekalipun sudah berkahwin. Harapan saya semoga Siti berbahagia dan tabah menjalani hari-hari mendatang.

"Berkahwin, tidak bererti tumpuan terhadap Siti berakhir di sini. Masih banyak yang ingin dibongkar dan ketahui umum. Harap Siti sentiasa tenang dan bijak mengatur langkah, semoga kekal abadi dan selamat pengantin baru."
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 21-8-2006 10:16 PM | Show all posts
28 hantaran moden, tradisional
Oleh Hartati Hassan Basri


KUALA LUMPUR: Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa menyediakan 28 hantaran untuk majlis pertunangan dan pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, pagi ini.

Perunding majlis perkahwinan pasangan itu, Datuk Shah Rezza, dari Nusantara Gems, berkata 12 dulang ditetapkan untuk majlis pertunangan dan 16 dulang untuk pernikahan.

?agi majlis pertunangan, Datuk K memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh Siti, manakala majlis pernikahan membabitkan tujuh dulang, dibalas sembilan.

?iti memilih konsep tradisional untuk hantaran kepada Datuk K. Hantaran Datuk K kepada Siti pula mengikut konsep moden. Warna pilihan ialah merah jambu bagi Datuk K dan manakala Siti memilih hijau.

?etiap hantaran juga dinamakan sempena lagu popular Siti sama ada lagu irama Malaysia atau moden, antaranya Cindai, Adi Warna, Sanggar Bayu dan Sebenar Cinta.

?elamin dinamakan sebagai Mahligai Asmara dan Mahligai Impian,? katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, orang ramai boleh melihat keindahan seni tradisional Melayu untuk pelamin dan hantaran di masjid itu.

Contohnya, penggunaan kain tenun Pahang dan songket Terengganu manakala pelamin menggunakan konsep Perak dinamakan Gunung.

?a sering digunakan untuk majlis perkahwinan Kesultanan Deli,? katanya mengakui semua gubahan sangat istimewa dan eksklusif untuk perkahwinan Siti dengan Datuk K.

Mengenai hantaran daripada bakal suami Siti, Rezza berkata, ia barang lazim sebagaimana majlis pertunangan dan pernikahan seperti pakaian, al-Quran, telekung, sejadah, bunga rampai, sirih junjung dan manisan.

Rezza juga mengakui tidak mengetahui jumlah mas kahwin dan hantaran Siti kerana tiada dalam senarai barang hantaran yang digubahnya.

?pa yang boleh saya katakan majlis pernikahan nanti akan menjadi majlis yang menyentuh kalbu. Sebagai artis popular yang punyai ramai peminat, saya faham mereka juga menganggap Siti sebagai hak mereka.

?udah tentu sukar bagi peminat melepaskan Siti melangkah kehidupan baru. Majlisnya biasa saja kerana dari awal lagi saya ditekankan dengan majlis sederhana tetapi meriah,? katanya.

Dia turut dibantu beberapa pihak kerana dia tidak mampu melakukannya sendiri.

Majlis di Kuala Lipis pada 3 September ini pula akan dilakukan pihak lain.

?pabila diberi kepercayaan ini, saya tidak kisah berkongsi dengan mereka yang pakar dalam majlis perkahwinan kerana saya tidak mampu melakukan segala-galanya. Contohnya kapas untuk gubahan pelamin dan gubahan hantaran dibantu Raja Sani.

?lhamdulillah saya tidak menghadapi masalah kerana setiap minggu iaitu setiap Rabu kami mengadakan pertemuan dengan semua pihak terbabit,? katanya yang sibuk menyiapkan hantaran untuk kedua-dua pihak, semalam.

Difahamkan, kerja-kerja akhir dilakukan sehingga lewat petang, terutama gubahan sirih junjung untuk memastikan daun dan bunga hiasan tetap segar hingga hari ini.

Semua hantaran yang siap digubah dibawa ke masjid jam 4 petang manakala kerja membuat pelamin siap sebelum tengah malam.

Rombongan Datuk K dengan 10 kereta dijangka tiba di masjid jam 10 pagi ini untuk majlis pertunangan diikuti pernikahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-8-2006 06:10 PM | Show all posts
Majlis Siti dapat liputan meluas di Indonesia
22-08-2006 05:46:26 PM  


JAKARTA:  Majlis pernikahan penyanyi popular Malaysia Siti Nurhaliza Tarudin di Kuala Lumpur semalam mendapat publisiti meluas di Indonesia dengan beberapa akhbar memberikan liputan muka depan lengkap dengan gambar.

Perkahwinan Siti, 27, dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, yang digelar 'wedding of the year' oleh media Malaysia dan disiarkan secara langsung stesen TV3, bagaimanapun tidak disiarkan secara langsung oleh televisyen Indonesia walaupun berita sebelum ini menyatakan ada stesen televisyen di sini yang berminat.

Akhbar popular berbahasa Inggeris, The Jakarta Post, memberikan liputan majlis pernikahan itu pada muka surat tiga akhbar berkenaan disertai gambar pasangan pengantin di bawah tajuk  'Pop princess Siti ties the knot in lavish affair'.

Laporan 11 para akhbar itu menyatakan penyanyi nombor satu Malaysia itu yang begitu popular di Indonesia, bernikah dengan seorang ahli perniagaan berusia 20 tahun lebih tua darinya pada satu majlis mewah tetapi penuh adat istiadat Melayu dan disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan.

Ia turut menyebut mas kahwin yang diberikan Khalid sebanyak RM22,222 dan majlis persandingan serta jamuan malam pasangan itu pada 28 Ogos di Kuala Lumpur dan di kampung halaman Siti Nurhaliza, di Kuala Lipis, Pahang pada 3 Sept.

Sebuah akhbar berbahasa Indonesia, Indo Pos, sementara itu menyiarkan gambar pernikahan Siti Nurhaliza pada muka depan, muka surat tujuh dan lapan akhbar itu untuk memberikan kepuasan kepada para peminatnya di Indonesia.

Akhbar itu turut menyiarkan enam gambar termasuk Siti Nurhaliza menangis sambil memeluk bapanya selepas majlis berkenaan dan pemandangan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta tempat berlangsungnya majlis pertunangan dan diikuti dengan pernikahan penyanyi itu.

Turut disiarkan ialah satu artikel mengenai anak-anak Khalid dan bekas isterinya bertajuk 'Di Balik Akad Nikah Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamed Jiwa -- Empat Anak Datuk Masih di Australia dengan Ibundanya.'

Wartawan akhbar itu, yang membuat liputan majlis berkenaan di Kuala Lumpur melaporkan antara lain, mahkota yang dipakai Siti Nurhaliza berharga RM1 juta dan para tetamu diberikan cenderahati berupa beg kertas berwarna merah jambu mengandungi coklat dengan gambar Siti Nurhaliza dan Khalid, lilin wangi, dan sekotak teh, C Tea, keluaran Siti Nurhaliza Marketing Sdn Bhd.

Akhbar online Jawa Pos turut nmemberikan liputan utama majlis itu dan menyiarkan gambar pasangan pengantin. BERNAMA
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-8-2006 06:12 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza janji tunai pesanan ayah


KUALA LUMPUR 21 Ogos ? Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin, 27, yang selamat diijab kabul dengan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd. Jiwa, 47, hari ini, akan berusaha menunaikan amanat ayahnya, Tarudin Ismail.

Menurut Siti Nurhaliza, hari-hari menjelang perkahwinan, ayahnya kerap memberi nasihat dan amanat dalam melayari rumah tangga untuk memastikan beliau tidak melupakan keluarga walaupun telah dimiliki.

?Kata ayah, Siti harus menjaga maruah sebagai isteri, jaga rumah tangga dengan baik, taat kepada suami dan jangan lupakan keluarga.

?Siti tahu, ayah agak sayu dengan pernikahan ini dan berjanji akan menunaikan amanat yang diberi,? katanya pada sidang akhbar selepas majlis pertunangan dan pernikahannya di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Apabila ditanya mengenai sikap ayahnya yang banyak mendiamkan diri ketika ditanya mengenai pernikahan tersebut, beliau menjawab, ayahnya seorang yang sensitif.

?Ayah Siti agak emosional berbanding dengan ibu Siti.

?Walaupun dia seorang anggota polis dan nampak tegas tapi ayah Siti seorang yang paling sensitif.

?Siti faham kerana telah biasa dengan ayah terutama dalam hal berkaitan dengan hari bersejarah, hari penting, seperti hari raya, kami bermaafan dan bersalaman, ayahlah yang pertama akan berasa sayu, inikan pula hal perkahwinan anaknya,? katanya.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau tidak mahu dipanggil dengan gelaran Datin walaupun telah bersuamikan seorang Datuk.

?Kalau boleh panggillah seperti mana anda kenal Siti dulu iaitu Siti sahaja kecuali kalau diperlukan di majlis protokol, Siti tidak boleh menolak,? katanya.

Beliau juga tidak menolak sekiranya dikurniakan anak pada awal perkahwinan.

?Sekiranya ada rezeki awal, Siti tidak menolak kerana Siti suka dengan kanak-kanak dan usia Siti telah sesuai untuk menjadi seorang ibu. Siti menerimanya dengan hati gembira,? jelasnya dengan wajah seri seorang pengantin.

Apabila ditanya mengenai selera Khalid pula, Siti Nurhaliza memberitahu, masakan kampung, makanan pedas dan sambal belacan menjadi pilihan.

?Sebenarnya, Siti masih belum berkesempatan menyediakan bermacam-macam lauk kepada Datuk Khalid, cuma Siti pernah memasak gulai tempoyak untuknya dan beliau menggemarinya,? katanya.

Beliau memberitahu, Datuk Khalid memahami perjalanan seninya dan mengizinkan beliau untuk meneruskannya.

?Siti juga akan mengurangkan membuat persembahan, jika sebelumnya setiap hari, tapi setelah bergelar isteri, mungkin dua hari sahaja dalam seminggu,? katanya.

Ditanya tempat berbulan madu, beliau menjawab: ?Siti belum memutuskannya kerana masih memikirkan tempat mana akan kami tuju kerana tumpuan sekarang hanya kepada majlis perkahwinan dan persandingan.?

Beliau turut meminta supaya fitnah dan kata-kata negatif memburukkan dirinya dan Khalid dihentikan.

?Memang susah nak hentikan seratus peratus. Cuma Siti harap segala fitnah sudah tidak ada kerana Siti telah bergelar isteri, kalau andaian dan kata-kata orang, Siti tidak boleh halang, cuma Siti berharap tidak keterlaluan sangat,? katanya.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-8-2006 06:13 PM | Show all posts
Siti sah jadi isteri Datuk K
Oleh Sadatul Mahiran Rosli dan Wan Syamsul Amly



Khalid Mohd. Jiwa menyerahkan mas kahwin kepada Siti Nurhaliza selepas mereka diijab kabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------




KUALA LUMPUR 21 Ogos ? Hanya dengan satu lafaz, penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin, 27, hari ini sah menjadi isteri ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd. Jiwa, 47.

Siti Nurhaliza yang bertudung litup dan mengenakan busana anggun kain lace berwarna putih bertatahkan batu pertama rekaan pereka fesyen terkenal Radzuan Razwill, kelihatan tenang sebaik sahaja akad nikah selesai dilafazkan Khalid pada pukul 11.40 pagi di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini.

?nsya-Allah, Siti akan menjadi isteri yang solehah, misali dan taat kepada suami serta pada masa sama menjadi wanita yang mempunyai kerjaya iaitu sebagai anak seni.

?iti akan cuba membahagikan sebaiknya antara kerjaya dan rumah tangga, malah Datuk Khalid tidak pernah menghalang Siti meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian,? katanya pada sidang akhir selepas upacara bersejarah majlis pernikahan pertama artis Malaysia yang disiarkan secara langsung oleh televisyen negara ini.

Khalid turut menyatakan kesyukuran kerana majlis pernikahan tersebut selamat disempurnakan.

?aya lega dan bersyukur kerana segala-gala telah selesai,? katanya dengan ringkas sebelum bergegas meninggalkan masjid.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Nasroddin Mat Daud dengan mas kahwin RM22,222 tunai bersamaan dengan sempurnanya kitab suci al-Quran diturunkan iaitu 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari.

Selesai pembacaan taklik, Khalid menyarungkan cincin emas putih bertatahkan berlian bermata satu ke jari manis Siti Nurhaliza pada majlis membatalkan air sembahyang.

Selepas acara pembatalan air sembahyang, Siti Nurhaliza dua kali memeluk erat dan mencium bapanya Tarudin Ismail yang berbaju Melayu warna hijau sebelum bersalaman dengan ibu dan anggota keluarga lain, diikuti kemudiannya oleh Khalid.

Sebak bercampur gembira di atas pernikahan itu jelas terpancar pada wajah ibu bapa Siti apabila selesai sahaja upacara itu.

Tambah Siti Nurhaliza, pernikahannya hari ini merupakan fasa baru dalam kehidupannya dan insya-Allah beliau dan Khalid akan melayari keharmonian rumahtangganya dengan sabar sehingga ke akhir hayat.

?ni adalah perkara baru dalam hidup Siti dan Siti berharap dorongan daripada Datuk Khalid serta doa daripada semua,? jelasnya.

Kata Siti Nurhaliza, beliau memang agak berdebar semasa dibawa ke Dewan Solat Utama untuk upacara akad nikah.

?alaupun pada mulanya Siti agak gementar ketika dibawa ke upacara akad nikah, namun dengan berselawat dalam hati, alhamdulillah pernikahan itu berjalan baik dan akad hanya sekali dilafazkan,? katanya.

Terdahulu, pada majlis pernikahan itu, anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu menerima tujuh dulang hantaran berkonsepkan tradisional berwarna merah jambu, emas dan krim daripada Khalid yang dinamakan sempena nama lagu popular Siti Nurhaliza Azimat Cinta.

Hantaran itu mengandungi wang hantaran bernilai RM30,000 yang membawa maksud 30 juzuk al-Quran, halwa, kitab al-Quran dan bunga rampai, set permata Chopard, kain lace, beg tangan Louis Vuitton dan seutas jam tangan Roger Dubuis.

Siti Nurhaliza pula membalas hantaran Khalid dengan sembilan dulang berkonsepkan kontemporari berwarna perak dan hijau bertemakan lagunya Sebenar Cinta.

Ia terdiri daripada bunga rampai, kain sampin songket, butang baju Melayu, jam tangan Richard Mille, cincin, kek, tali pinggang beserta dompet, cuff links Louis Vuitton dan sepasang sut.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-8-2006 06:34 PM | Show all posts
Doakan kebahagiaan Siti dan Datuk K
22-08-2006 12:46:07 PM  


Pernikahan penyanyi kesayangan ramai Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid Muhammad Jiwa semalam bukan sahaja menggembirakan ahli keluarga, tetapi juga ramai rakan artis.

Rata-rata mereka berpendapat Siti sudah cukup dewasa dan matang untuk menentukan perjalanan hidupnya sendiri dan meminta orang ramai, terutama peminat Siti agar menghormati pilihannya.



"Saya pernah berpesan kepada Siti bahawa dirinya cukup matang untuk mencari jodohnya sendiri. Saya gembira bangat dengan perkahwinannya. Malah, saya akan menyanyikan lagu Mencintaimu pada majlis persandingannnya kerana Siti pernah berkata lagu itu adalah tema kisah percintaannya bersama 'Love' (gelaran yang diberi Siti kepada Datuk K)" - Kris Dayanti



"Kepada Siti, apa yang ingin saya katakan, kesabaran itu penting. Tentang pilihan hatinya itu, saya harap janganlah ada yang pertikaikan. Hanya Siti yang tahu hati budinya. Apapun, harap ia berkekalan dan diberkati oleh Allah." - Ziana Zain



"Selamat menyambut hari bahagia! Semoga mereka sentiasa bahagia dan berkekalan. Insyaallah, saya akan ke majlis persandingan mereka berdua nanti." - Fasha Sandha



"Bagi pihak Persatuan Karyawan Malaysia, kami mendoakan Siti bahagia ke akhir hayat. Karyawan tetap mengenang jasa Siti yang sentiasa menyokong aktiviti kami selama ini." - Freddie Fernandez



"Kita kahwin sekali seumur hidup dan perkahwinan itu merupakan satu ibadah. Saya berharap agar Siti berbahagia bersama dia yang tercinta." - Melly Goeslaw



"Memang masanya sudah tiba untuk Siti mendirikan rumahtangga. Dalam perkahwinan, kita kena cuba pertahankan hubungan. Nasihat saya kepada Siti, kenalah beralah selalu dan jangan tinggikan suara terhadap suami." - Anita Sarawak



"Tahniah Siti dan Datuk K kerana sentiasa cekal menghadapi dugaan. Semoga berkekalan." - Erra Fazira



"Selamat pengantin baru dan biarlah kekal ke akhir hayat. Harapnya, biarlah semua menghormati pilihan Siti." - Mawi



"Ini adalah detik yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Saya cuma berharap agar peminat-peminat Siti tidak lagi mempersoalkan tentang pilihan hatinya. Ini sudah jodohnya. Kepada Siti dan Datuk K, tahniah dan selamat pengantin baru." - Misha Omar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.475235 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list