CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
sayang_manja This user has been deleted
Post time 10-9-2006 10:13 PM | Show all posts
Persandingan Siti - Datuk K menghampar kemewahan
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN



IMPIAN besar Siti Nurhaliza untuk tampil bagaikan puteri raja dalam dongeng Cinderella ketika persandingan gilang gemilang akhirnya tercapai.

Siti adalah Cinderella itu dan putera raja kekasih hatinya ialah Datuk Khalid Jiwa, lelaki yang sudah sah menjadi suaminya semenjak 21 Ogos lalu.

Isnin lalu, pasangan yang sudah berikrar untuk saling mencintai dan mengasihi ini disandingkan dalam majlis gilang gemilang, luar biasa sekali meriahnya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bukan hanya dekorasi dewan yang bertukar menjadi taman indah, tetapi juga ribuan tetamu kehormat yang hadir memberikan sokongan sambil mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin buat selama-lamanya.

Majlis persandingan yang digambarkan serba mewah, serba glamor dan serba berseri-seri ini adalah gambaran sebenar keinginan dan kehendak pasangan pengantin untuk majlis bersejarah mereka ini.

Majlis yang bakal menjadi sejarah bagi pasangan ini pada masa depan apatah lagi apabila ia disiarkan secara langsung lebih dua jam oleh TV3.

Meskipun pada awalnya pengantin lebih mesra dengan ungkapan `sederhana tetapi meriah' bila bercakap tentang majlis ini, ia sama sekali jauh dari yang dirancangkan. Itulah kata orang, tuahnya badan.

Dek kerana terlalu banyak pihak yang bermurah hati untuk menaja, ikut serta sebagai penyumbang acara, majlis ini berjaya direalisasikan dengan kos yang sederhana.

Itulah yang digambarkan oleh Datuk K sendiri dalam satu sidang akhbar. Meskipun kata pasangan pengantin ini mereka tidak banyak `berhabis' untuk majlis ini, ia masih lagi meriah dan nampak hebat sungguh.

Bermula daripada langkah pertama kaki tetamu bersatu dengan keindahan dewan, kami bagaikan dibawa ke taman yang semerbak harum mewangi.

Tetamu kehormat pula ialah pembesar-pembesar negeri termasuk Sultan Pahang dan Sultan Terengganu.

Wajah-wajah insan seni yang popular dan ternama juga tidak terkecuali. Masing-masing mengambil peluang menyumbangkan suara merdu sambil mendoakan kebahagiaan pengantin.

Antaranya ialah Azlina Aziz, Ziana Zain, Ning Baizura, Nash,Krisdayanti dan Uji Rashid.

Tetapi persembahan istimewa penyanyi seberang, Hetty Koes Endang dan tempatan, Nora paling mengesankan.

Hetty memilih When You Tell Me That You Love Me sementara Nora dengan Hanya Satu yang menyemarakkan lagi perasaan kasih sayang di malam itu.

Tetamu bagaikan menyulam rasa bahagia yang sedang dinikmati oleh pasangan pengantin ini melalui kedua-dua lagu indah ini.

Sesuatu yang indah juga apabila Siti buat pertama kalinya menyanyikan lagu yang direka khas buat suami tersayang di pentas persandingannya.

Lagu ?Cahaya Cinta? ini adalah luahan hati dan perasaan cinta Siti kepada Datuk K. Melalui bait-bait lirik sederhana tetapi penuh dengan kejujuran ini, kita dapat melihat bagaimana gembiranya hati Siti dengan perkahwinan itu.

Kata Siti,: ?ayangilah aku, peluklah aku,? dan dihayati oleh Khalid dengan sepenuh perasaan di bawah pentas.

Apabila cinta yang dikejar berada di genggaman, tentunya disambut dengan rasa kemenangan. Berbahagialah aduhai Siti dan putera idamannya. Buang segala duka dan nestapa yang berlingkar, kalaupun ada. Bina cinta yang manis bersama-berdua.




Yang Anda Tak Tahu

1- Anak lelaki Datuk K, Muhammad Asyraff dikatakan mengalirkan air mata pada majlis persandingan ini. Tak tahulah kenapa air matanya mengalir kerana suka ataupun sebaliknya. Apabila ditanya, kata Asyraff ?ebak sikit je.?

2- Emak pengantin perempuan, Siti Salmah masih dengan sikap malu-malu tetapi amat murah dengan senyuman apabila turut diraikan di pentas persandingan sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Sementara bapa Siti, Tarudin Ismail sukar sekali melemparkan senyuman. Ada yang kata ?ahalnya harga senyuman Pak Taruddin.'' Dah memang bekas polis tentulah serius memanjang.

3- Tak sampai seribu peminat yang datang menyaksikan lambaian Siti Nurhaliza dalam sesi Lambaian Cinta dari balkoni aras tiga, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) beberapa jam sebelum acara persandingannya. Mungkin masanya kurang sesuai. Dan difahamkan yang meramaikan acara ini ialah warga Indonesia yang juga pengagum Siti.

4- Sebaik sahaja pengantin meninggalkan dewan persandingan, orang ramai berebut-rebut hendak bergambar di atas pelamin yang sama didahului oleh Pengarang URTV, Rosli Manah. Masing-masing juga tidak melepaskan peluang memetik tangkai bunga-bungaan yang menghiasi pentas sebagai cenderahati kenang-kenangan.

5- Majlis ini jadi tempat `melaram? bukan sahaja artis yang datang, tetapi juga wartawan. Ada wartawan yang pakai baju kelip kelap mengalahkan artis. Ada wartawan yang pakai `bow tie? dipanggil rakan-rakannya dan juga artis sebagai ``waiter?.

6- Krisdayanti jadi tumpuan hebat. Bukan saja peminat tetapi artis lain yang hadir sampaikan tak sempat hendak menjamah makanan yang terhidang di depan mata.

7- Hetty Koes Endang yang menyanyikan lagu When You Tell Me That You Love Me diminta menyanyikan sebuah lagi lagu oleh tetamu.?ne more? pekik peminat, tetapi Hetty faham itu majlis persandingan orang lain, jadi hanya satu lagu sajalah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 10-9-2006 10:24 PM | Show all posts
Siti's Jakarta treat off
-by Joe Lee -



THE wedding reception in Jakarta is off despite earlier plans and there won? be a reception in Kedah either.  


More importantly, Siti Nurhaliza wants privacy and the plug pulled on the media spotlight on her union with businessman Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

?e are not holding an official reception in Jakarta,? said the diva before the reception in her hometown of Kuala Lipis yesterday.

Siti did not want to divulge any information on what transpired.

What was supposed to be an event this Saturday, to be hosted by Indonesian TV station Trans TV, in co-operation with TV3, has been called off without further explanation.

? will be there on Friday for an event where I will endorse a lifestyle product brand and that? about all that? planned,? she said.

The endorsement and launch event is the first stage of plans for a programme on Trans TV where Siti will judge the search for a spokesman for another product by the company.

?here is nothing official at the moment for the reception, Siti said. ?here is nothing on... it? been too short a period to plan.?

Also, nothing has been planned in Khalid? hometown of Sungai Petani in Kedah.

?ost of his relatives are in Kuala Lumpur, so we haven? really thought about a reception in Kedah.?

Khalid? presence was sorely missed when Siti greeted the Press corps comprising both local and Indonesian media representatives.

?e is not a celebrity, he is a businessman, and he wishes to remain so,? she said.

?e will continue to remain in the background when necessary.?

Siti said she hoped future appearances with her spouse would preferably not involve or dwell on questions about their union.

? have requested before for privacy. Now, everything has been shared, and it? time to move on.

? am thankful for all the media attention and coverage, however, I hope after today, there will be a shift in focus to my career. Let my marital life remain strictly between my husband and me.?

When pressed for more information about her new role as a wife, Siti afforded a smile before replying, ?y experience has been no different from anyone else?.?

?t? been a happy period, though one that? now laden with new responsibilities.?

She voiced rather regretfully of not being able to do certain things, like cooking for him.

?e have not really settled down yet as we?e been busy visiting relatives,? she said.

In fact, despite the fasting month of Ramadan approaching, Siti said the issue of where to celebrate Aidilfitri has not even been discussed.

?Tak osom lagi?,? she said with a laugh.

With just over a week to spare for her honeymoon, Siti is keeping mum over the couple? destination.

? will only have just over a week for my honeymoon get-away overseas.?

She, however, refused to disclose any details of their romantic hideaway.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 10-9-2006 10:27 PM | Show all posts
Sentuhan Anne Avantie bangkitkan seri pengantin
Oleh Zul Husni Abdul Hamid dan Farihad Shalla Mahmud



Kebaya moden pereka terkenal Indonesia bangkitkan aura Datin Siti Nurhaliza pada persandingan di Lipis.

HUBUNGAN platonik yang terjalin antara pereka fesyen terkemuka Indonesia, Anne Avantie dengan penyanyi terkenal Datin Siti Nurhaliza berlangsung sejak tiga tahun lalu. Kekerapan penyanyi Biarlah Rahsia ini mengadakan persembahan di negara seberang itu menjadikan hubungan mereka semakin rapat apatah lagi Siti sering menempah pakaian daripada wanita ini apabila ingin mengadakan pertunjukan di sana.

Malah, pakaian Siti sewaktu mengadakan konsert di kota London, April tahun lalu turut menggunakan khidmat Anne. Justeru, apabila Siti ingin meraikan hari bersejarahnya bersama peminat di kampung halamannya, di Kuala Lipis kelmarin, rekaan wanita inilah yang menjadi pilihan.

?iti meminta saya untuk mereka sehelai pakaian untuk majlis persandingannya. Sudah tentu hasrat itu saya akan penuhi memandangkan kami mempunyai hubungan yang baik sebelum ini.

?ika hari bukan istimewa pun saya sanggup mereka pakaiannya, apa lagi kalau untuk hari bahagianya. Saya akan buat dengan segala senang hati,? kata Anne ketika ditemui pada majlis minum petang bersama media anjuran Siti di Rumah Rehat Tanjung Lipis, petang Ahad lalu.

Menurut Anne yang memang terkenal dengan pakaian berkonsepkan kebaya di negaranya, baju kebaya potongan moden berwarna fuschia keemasan itu berjaya disiapkan dalam masa sebulan.

?aya memang memahami cara Siti yang selalu menempah pada saat terakhir. Untuk pakaian ini, Siti hanya melahirkan hasratnya pada penghujung Julai lalu sewaktu kami bertemu di Trans TV. Memandangkan kami mempunyai masa yang suntuk iaitu sebulan, jadi untuk menyiapkan pakaian ini saya dibantu 25 orang petugas,? cerita Anne yang turut menyediakan samping untuk dipakai suami Siti, Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada majlis itu.

Malah, menurut Anne lagi pakaian Siti itu berjaya disiapkan sepenuhnya pada jam 3 pagi Ahad lalu kerana terpaksa mengubah suai mana-mana bahagian yang diperlukan selepas sesi fitting dijalankan pengantin baru itu.

?aya mereka pakaian itu berdasarkan ukuran tubuh Siti sebulan lalu, tapi kini ukuran itu sudah berubah. Siti sudah susut. Jadi perlu ada ubah suai,? jelasnya.

Katanya, untuk menjadikan baju kebaya itu lebih kelihatan cantik, dia menggunakan fabrik songket Palembang yang ditaburi labuci serta disulam dengan benang sutera.

Ditanya apakah Siti turut menyumbang idea untuk pakaian terbabit, Anne berkata penyanyi itu menyerahkan segala-gala kepadanya.

?iti bukanlah seorang yang cerewet. Ilham pakaian ini diambil berdasarkan perwatakan Siti yang sememangnya dekat di hati saya,? ujar Anne yang peramah ini.

Dijolok pertanyaan berapakah nilai sehelai persalinan itu, dengan pantas Anne menjawab nilai persahabatan yang terjalin antara dia Siti melebihi segala-galanya.

?ecara peribadi, bisnes adalah anugerah dari Tuhan dan tidak salah kalau saya berkongsi anugerah itu bersama seorang sahabat seperti Siti. Saya anggap ini adalah hadiah buat Siti.

?arga bukanlah menjadi keutamaan buat saya kerana apa yang penting adalah kepercayaan yang diberikan Siti kepada saya,? katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 10-9-2006 11:11 PM | Show all posts
Siti bukan lagi di alam fantasi
Oleh Suzan Ahmad; Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


Perkahwinannya meninggalkan banyak kenangan manis yang terus menjadi sebutan semua peminat

MUNGKIN perkahwinan gemilang Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohd Jiwa tidak sehebat perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana yang diarak keliling kota dengan kereta kuda berhias namun aura merpati dua sejoli itu seakan melengkapi segala-galanya.



ALUNAN suara rakan artis menyerikan persandingan.

Siti bukan lagi di alam fantasi. Impiannya yang mahu mengenakan gaun ala Cinderella mahupun Sleeping Beauty akhirnya termakbul pada 28 Ogos lalu. Malah bukan sehelai gaun diperagakannya malahan dua!

Pada sebelah petang, bertempat di balkoni Tingkat 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Siti muncul sambil melambai-lambaikan tangan kepada peminatnya. Biarpun muncul tidak sampai 10 minit, gaun indah rekaan Khoon Hooi bersama Rafflesia The Pearl Centre, tetap mahal dan menawan.

Difahamkan, gaun krim bernama Dewi Mustika itu berharga lebih RM300,000 kerana ia dihiasi dengan 8,888 butir mutiara Rafflesia. Nama Dewi Mustika itu diberikan Pengarang Bintang Popular, Roslen Fadzil, atas permintaan Khoon Hooi dan pemilik butik Rafflesia, Mr Sin Chean Loong yang sebelum itu puas mencari nama yang sesuai.



CAHAYA Cinta meresap jauh ke dalam jiwa.

Kemudian pada sebelah malam, ketika acara memotong kek setinggi tujuh tingkat, Siti mengenakan satu lagi gaun pengantin yang hebat. Ia direka Michael Ong dengan menggabungkan rona putih dan merah jambu. Gaun daripada renda dan sutera Thai itu dikatakan berharga RM35,000 dan diperindahkan lagi dengan hiasan kristal Swarovski.

Selain baju moden, busana kemelayuan tidak pernah dilupakan Siti dan Khalid. Selepas menemui peminat petang itu, Siti terus menyalin kebaya moden, Badarsila, sentuhan Radzuan Radziwill untuk ke majlis resepsi persandingan dan makan beradab.

Ketika berarak masuk ke dewan dengan iringan tiupan seruling melodi Bukan Cinta Biasa, ramai tetamu berbisik, Siti kelihatan paling berseri umpama puteri diraja. Mereka duduk di pelamin yang anggun, Mahligai Asmara, cuma sofa ala Roman yang dipilih agak rendah terutama untuk Khalid.

Seperti yang dirancangkan, konsep dalam bersanding dalam taman ditonjolkan dalam dewan yang memanjang itu. Bunga-bungaan putih bersama dedaun menghiasi setiap sudut, dari meja tetamu hingga ke bumbung. Kombinasi bunga hidup serta tiruan dirangkumkan dengan berseni dan kosnya dianggarkan mencecah RM200,000.

Sebaik saja pasangan mempelai duduk di pelamin, Ustaz Ismail Noor memulakan majlis dengan bacaan doa dan lagu berselawat. Suasana terharu dapat dirasakan ketika ini.

Kemudian raut wajah Siti bertukar menjadi girang namun Khalid pula seakan tidak dapat menyembunyikan rasa gementarnya dan asyik tertunduk malu.

Acara merenjis dan tepung tawar mendapat restu Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan isteri, Sultanah Nur Zahirah; Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Barieng Mohammed Salahuddin; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak ketinggalan merenjis pengantin ialah ibu Khalid, Siti Zainab Hanafi serta ayah dan ibu Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik.

Sewaktu makan beradab, tetamu dihiburkan dengan persembahan kanak-kanak dari Pak Ngah Productions menerusi lagu Kurik Kundi. Kemudian barulah rakan artis tampil menyanyikan lagu masing-masing.

Azlina Aziz membuka tirai dengan Can't Help Fallin' In Love, diikuti Ziana Zain (Syurga Di Hati Kita), Datuk M Daud Kilau (Anak Seni), Kris Dayanti (Mencintaimu), Kat Mentor (Pastikan) dan Nash (Permata).

Uji Rashid kemudian berduet dengan Nizal Mohamad menerusi Semakin Hari Semakin Sayang, Ezlynn (Bukan Cinta Biasa), Nora (Menyemai Cinta Bersamamu & Hanya Satu), VE & Thoo Phat (Most Beautiful Girl), Ning Baizura (Percayalah). Hetty Koes Endang menutup tirai dengan persembahan paling bertenaga, When You Tell Me That You Love Me dan mendapat tepukan bergemuruh.

Selain acara memotong kek, pasangan mempelai turut mengundang ayah dan bu Siti untuk memotong pulut kuning bersempena 38 tahun perkahwinan mereka. Paling menarik, pengantin perempuan tidak ketinggalan menyanyikan lagu terbarunya, Cahaya Cinta ciptaan sendiri ditujukan khas buat suami tersayang. Semoga berbahagia!




Corat-coret:


Tukang pelamin (pelamin khas di luar dewan), Kem Salleh dari Kapas Couture, merungut kerana stand bunganya habis dirempuh media luar negara, semata-mata mencuri peluang menemu bual Siti selepas sesi fotografi dalam gaun Dewi Mustika rekaan Khoon Hooi!


Media yang jenuh menanti Siti muncul melambai peminat di balkoni Tingkat 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, terkejut kerana muncul sekumpulan Polis dari Unit Pengesan Bom yang datang membuat pemeriksaan.


Ketika tetamu mula sibuk menikmati hidangan, jurufoto di luar dewan pula menyerbu pihak penganjur untuk mendapatkan pas masuk menyebabkan berlakunya kekecohan. Ia memaksa campur tangan PRO TV3, Mohamad. Akhirnya tiada siapapun yang dibenarkan masuk!


Pendaftaran masuk menggunakan sistem komputer tidak berjalan lancar menyebabkan tetamu VIP dan selebriti terpaksa menunggu lama dan berbaris panjang. Jalan penyelesaiannya, tempat duduk akhirnya bebas!


Acara hiburan yang berlangsung malam itu agak meleret sehingga meresahkan tetamu. Namun, persembahan spontan Hetty Koes Endang tanpa sebarang latihan yang menyanyikan When You Tell Me That You Love Me menjadi penyelamat selain persembahan Nora, Krisdayanti dan Ning Baizura.


Gurauan Hetty Koes Endang yang berkata, dia dan Siti berkongsi selera yang sama iaitu jejaka berkumis mengundang hilai tawa penonton!


Setiap tetamu yang hadir dibekalkan cenderahati berupa sebuah beg kertas berwarna kelabu yang tertera huruf S dan K. Isinya adalah CD terbaru Siti dan coklat sebagai tanda kenangan. Bunga telur hanyalah terhad kepada mereka yang merenjis pengantin.


Seorang peminat wanita dari Singapura terlepas daripada kawalan keselamatan apabila berpeluang naik ke pelamin dan menyampaikan hadiah kepada Siti, sambil bertalu-talu menciumnya. Kelas mak cik!


Anak ketiga Datuk Khalid, Mohd Asyraf, 14, yang peramah sentiasa menjadi tumpuan tetamu. Ramai pihak berebut-rebut merakamkan wajahnya yang comel itu.


Majlis resepsi untuk Siti dan Khalid yang akan dianjurkan di Jakarta, Indonesia pada 8 dan 10 September ini masih belum diputuskan. Bagaimanapun Siti akan ke Jakarta pada 8 dan 9 September untuk menjayakan rakaman sebuah program TV di sana.


Dari segi wang hantaran, artis tempatan yang menerima jumlah paling tinggi adalah Juliana Banos yang berkahwin dengan Pengarah Urusan Mutiara Motor Sdn Bhd, Mokhtar Ahmad pada 16 Disember lalu iaitu sebanyak RM77,888.77. Jumlah itu hampir dua setengah kali ganda wang hantaran RM30,000 yang diterima Siti. Jumlah wang hantaran Siti juga kurang RM3,333.33 daripada jumlah hantaran Erra Fazira ketika berkahwin dengan Yusry Abdul Halim pada 2003. Namun yang pasti, wang bukanlah segala-galanya!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 10-9-2006 11:21 PM | Show all posts
Edisi KL: Tinggal suami

Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my



HULU KLANG: Selepas dua minggu memegang status isteri, penyanyi Datin Siti Nurhaliza Tarudin, 27, bersedia membahagikan masanya untuk kerjaya apabila melancarkan butik Loius Vuitton di Star Hill, hari ini.




Demi komitmen pada kerjaya, Siti juga terpaksa meninggalkan suami buat seketika apabila pergi ke Jakarta, Indonesia tanpa ditemani suami, esok (Jumaat).

?aya akan berada di Jakarta dua hari untuk majlis pelancaran Pantene kerana dilantik sebagai jurucakap Pantene di Malaysia dan Indonesia.

?pa boleh buat, kerja. Saya perlu melaksanakan kerja di Jakarta, manakala Datuk Khalid ada kerja di sini,? katanya, semalam.

Penyanyi popular itu mula bercuti untuk memberi tumpuan kepada persiapan majlis pernikahannya selepas menjayakan majlis pelancaran Pantene di Hotel Boulevard, Kuala Lumpur pada 16 Ogos lalu.

Siti dan suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, turut hadir di majlis menghargai anggota keselamatan yang bertugas ketika majlis persandingan mereka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos lalu. Ia dianjurkan kakak Khalid, Zaitun Mohamad Jiwa di kediamannya di Kemensah Height, di sini.

Pasangan pengantin baru yang berpakaian kemeja bercorak bersama jeans, tiba kira-kira jam 9 malam bersama anak ketiga Khalid, Ashraf, 14. Mereka ramah melayan tetamu yang datang. Mereka juga kelihatan cukup romantik walaupun sering diganggu dengan permintaan tetamu untuk bergambar bersama.

Bagaimanapun, Khalid meminta jasa baik jurugambar Harian Metro, Hasriyasyah Sabudin supaya tidak merakamkan gambar mereka.

Apabila ditanya sama ada Siti risau meninggalkan suami sendirian, Siti dengan mesra mengatakan dia percaya suaminya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 10-9-2006 11:26 PM | Show all posts
Persandingan di Lipis untuk peminat


TANPA peminat yang mendokong kerjaya nyanyiannya, apalah yang ada kepada seorang Siti Nurhaliza. Dia tidak akan ke mana, jauh sekali menggapai kejayaan lewat nyanyian suaranya.

Tanpa golongan peminat bawahan yang selama ini menjadi ?bor? kerjayanya, tentu Siti akan meninggalkan persada seni tanpa sebarang nama. Tanpa peminat Siti Nurhaliza bukan sesiapa.

Persandingan Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohammad Jiwa di Kuala Lipis baru-baru ini adalah penghargaan terbesar kepada peminat-peminatnya. Mereka inilah yang membeli album-album Siti dan mengeluar duit menonton konsert Siti selama ini.

Kerana itu kalau bercakap tentang kejayaan Siti Nurhaliza, faktor sokongan peminat daripada golongan ini tidak boleh diketepikan.

Syukurlah Siti ada perancangan membuat jamuan secara terbuka di Kuala Lipis Ahad lalu selepas majlis mega di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos lalu.

Masa majlis di KLCC, mereka yang membeli album atau menonton konsert Siti tentu tidak berpeluang ikut serta. Ini kerana majlis itu untuk orang-orang kenamaan yang barangkali sesetengahnya tidak mendengar lagu nyanyian Siti.

Tetapi majlis padang Majlis Daerah Kuala Lipis pada 3 September lalu menjadi lain, peminat boleh datang secara santai, tanpa protokol dan memeriahkan kenduri kahwin penyanyi kelahiran bandar ini. Itulah bezanya Kuala Lipis dengan KLCC.

Walau pun peminat Siti di kampung-kampung boleh menyaksikan menerusi TV3 tetapi kesan sebagai kenduri kahwin tidak terasa. Majlis itu lebih kepada program yang dibuat untuk siaran televisyen.

Wajarlah acara ini dijadikan kenangan paling abadi untuk mempelai kerana selama ini Siti diangkat sebegitu hebat oleh masyarakat di sekelilingnya.

Siti membawa ?ria pilihannya? kepada orang kampung di Kuala Lipis yang menjadi saksi kepada setiap kejayaan yang diciptanya sebelum ini.

Biarlah saat-saat paling membahagiakan untuk seorang Siti iaitu mendakap cinta si jantung hati ini juga dikongsi bersama mereka juga.

Tua muda, kecil besar semuanya berduyun-duyun memenuhi padang itu untuk menyaksikan dan memeriahkan acara ini.

Itu bukti kasih sayang Siti kepada peminatnya.

Dan dia mahu meraikan hari bersejarah dengan mereka yang disayangi, sejujur-jujurnya.

Seindah senyuman yang dilemparkan pengantin, demikian juga hati yang berbunga menyambut ikrar kasih dan sayang mereka.

?iti mahu meraikannya dengan peminat di Kuala Lipis. Siti mahu bersama-sama dengan mereka pada hari bahagia ini,? kata Siti dalam satu temu bual dengan media tidak lama dulu.

Dan persandingan di Kuala Lipis ini juga mengakhiri segala-galanya. Tidak akan ada lagi acara besar-besaran melibatkan pasangan ini dalam waktu terdekat.

Siti dan Khalid akan menghabiskan cuti bulan madu mereka ke satu destinasi rahsia beberapa hari saja lagi.

Selepas itu mereka akan kembali ke tanah air dan Siti mahupun Khalid akan melalui perjalanan biasa mereka sebagai pasangan pengantin baru yang manisnya bukan gula tandingannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
sayang_manja This user has been deleted
Post time 30-9-2006 01:55 PM | Show all posts
Siti akan tunaikan janji pada Kat
29-09-2006 01:58:24 PM
Radin Sri Ghazali  



Sejak awal pembabitan Kat atau nama sebenarnya Siti Khadijah Hassan menerusi program realiti Mentor, bermacam asam garam harus ditempuhinya bagi memastikan yang dia berjaya ke peringkat separuh akhir.

?ula-mula memang saya rasa sungguh sedih terutama bila ramai orang kata Siti kurang beri tumpuan kepada saya tapi saya kuatkan semangat dan mulai belajar untuk berdikari,? ujar Kat yang pada permulaan program Mentor merupakan prot?? kepada vokalis Search, Amy.

Bagi Kat, tidak semestinya prot?? yang mempunyai mentor yang dedikasi sahaja yang akan menang.

"Kemahuan untuk belajar serta keinginan untuk menang merupakan penentu kepada kejayaan seseorang prot?? dan inilah kunci kekuatan saya,? jelas gadis yang berusia 19 tahun ini.

Kat sedikitpun tidak gusar dirinya kurang diberi perhatian oleh mentornya, Siti Nurhaliza Tarudin.

Kat yang ditemui semasa rakaman Mentor Raya bertempat di Bazaar Taman Tun Ismail baru-baru ini berkata dia boleh menarik nafas lega kerana telah berjaya menjuarai kumpulan A. Kemenangan ini telah membuka mata mentornya untuk lebih memberi tumpuan kepada anak didiknya itu.


"Siti berjanji akan memberi lebih tumpuan kepada saya pada peringkat separuh akhir kelak. Malah, beliau sendiri akan memilih lagu serta pakaian untuk Kat demi memastikan agar Kat akan memperolehi kejayaan"


?iti sudah berjanji kepada saya....,? tegasnya mempertahankan komitmen Siti terhadapnya walaupun ianya seringkali menjadi isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk pihak media.

Menurut Kat, "Siti berjanji akan memberi lebih tumpuan kepada saya pada peringkat separuh akhir kelak. Malah, beliau sendiri akan memilih lagu serta pakaian untuk Kat demi memastikan agar Kat akan memperolehi kejayaan,? jelas Kat mengenai rancangan Siti sejurus sahaja mentornya kembali daripada menjalani ibadah umrah di Mekah kelak.

Ternyata anak didik Siti Nurhaliza begitu memahami situasi mentornya.

Ketika ditanya strategi untuk pusingan 'kalah mati' di separuh akhir kelak, Kat menjawab,? Tunggu dan lihat sahajalah nanti.?


Ketika ditanya strategi untuk pusingan 'kalah mati' di separuh akhir kelak, Kat menjawab,? Tunggu dan lihat sahajalah nanti.?

?idak semua orang tahu yang Siti selalu melawat saya terutamanya sebelum battle Mentor. Dia tidak pernah mengabaikan saya. Saya memahami keadaannya yang baru mendirikan rumahtangga dan terpaksa menumpukan perhatian kepada suami. Banyak tanggungjawab yang harus dipikulnya,? katanya lagi.

Fiq saingan utama Kat

Walaupun Kat bakal berhadapan dengan Ayu, naib juara kumpulan B pada 12 November nanti, Kat tetap yakin bahawa Fiq merupakan saingan utamanya.

?emua peserta hebat tetapi Fiq dan saya mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua kami memilih rock sebagai konsep dan ini merupakan kali pertama Mentor memberi peluang kepada prot?? untuk memilih konsep kami sendiri,? ujar Kat lagi mengenai juara kumpulan B, Fiq ataupun nama sebenarnya Mohd Firdauz.

?aripada segi vokal, Fiq sememangnya kuat. Dia bukan sahaja dapat menyanyikan genre rock tetepi dia ada keupayaan untuk menyanyikan lagu seperti balada dengan merdu,? ujar Kat mengenai peserta Sabah ini.

Namun dari penelitian Kat sendiri, Fiq ada kelemahan dari segi stage presence atau persembahan pentas.

?etapi saya tidak boleh ketepikan Ayu begitu sahaja. Dia mempunyai suara yang baik serta seorang mentor, Hazami, yang amat dedikasi. Anything can happen,? ujar Kat lagi.

Ketika ditanya strategi untuk pusingan 'kalah mati' di separuh akhir kelak, Kat menjawab,? Tunggu dan lihat sahajalah nanti.?

Kakak buat persiapan Aidilfitri untuk Kat

?ampir setiap hari saya ada rakaman Aidilfitri serta persembahan sempena majlis berbuka puasa. Malah, kami turut diundang membuat show-show biasa yang tiada kaitan dengan Ramadhan mahupun Syawal,? ujar prot?? tinggi lampai yang bakal menyambut Syawal pertamanya sebagai selebriti pada tahun ini.

Peserta favourite program Mentor ini turut mengakui bahawa pertukaran jadual pada saat-saat akhir serta kesibukan hidupnya sebagai seorang insan seni baru, banyak menyekat pergerakan dan keinginannya  untuk membeli sebarang keperluan bagi sambutan Hari Raya termasuk barang keperluan untuk dirinya sendiri.

?aya masih memikirkan lagu-lagu yang sesuai untuk program Mentor dan saya terlalu sibuk menghafal lirik sehinggakan tidak ada masa untuk memikirkan atau membuat persedian untuk Aidilfitri yang akan datang,?elas Kat lagi.

?alaubagaimanapun, kakak saya akan membuat semua persiapan termasuk membeli  baju raya saya. Insya Allah, saya akan pulang beraya sekurang-kuranganya pada hari ketiga Syawal kelak,? kata Kat yang akan pulang beraya ke Butterworth selama dua minggu.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 30-9-2006 02:26 PM | Show all posts
?ukup sekali berbulan madu?


PETALING JAYA: Pengantin baru, Datin Siti Nurhaliza Tarudin yang kembali ke tanah air dari Hawaii, Jumaat lalu, tidak bercadang untuk berbulan madu kali kedua.

Siti berkata, tempoh seminggu biarpun singkat sudah memadai buat dia dan suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa menikmati saat manis sebagai suami isteri selepas diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 21 Ogos lalu.

?lhamdulillah, walaupun tempoh berbulan madu itu tidak lama, Siti dan suami menikmati saat bahagia dalam kehidupan berumah tangga.

?adi apabila kembali semula ke Kuala Lumpur, Siti dan suami lebih senang menumpukan perhatian kepada kerja. Lagipun Datuk ada banyak urusan perniagaan yang perlu diselesaikan.

?iti pun sibuk, banyak undangan perlu dipenuhi. Jadi tidak perlu bulan madu kali kedua? katanya yang tidak ditemani suami pada sidang media selepas melancarkan album raya berjudul Berpesta di Aidilfitri di Hotel Armada, di sini, malam tadi.

Majlis itu turut menyaksikan pelancaran album kompilasi terbaru Siti berjudul Cerita Cinta Siti Nurhaliza yang memuatkan lagu popularnya termasuk Cahaya Cinta.

Siti berkata dia dan suaminya serta beberapa orang ahli keluarga terdekat yang lain akan menunaikan ibadah umrah awal Oktober ini dan akan berada di sana selama seminggu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 1-10-2006 12:42 PM | Show all posts
SITI SUKA DAPAT ANAK CEPAT


PETALING JAYA: Datin Siti Nurhaliza mendedahkan yang beliau tidak mempunyai masalah jika memperolehi anak lebih awal atau terlalu cepat.

'Kalau cepat, lagi bagus,' kata Datin Siti, yang baru pulang berbulan madu di Hawaii, pada 22 September lalu.

Datin Siti, yang diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, pada 21 Ogos lalu mengakui beliau tidak pernah merancang soal menimang cahaya mata.

'Namun, buat masa ini, Siti belum ada apa-apa lagi. Sekalipun badan Siti nampak berisi tetapi rezeki masih belum ada. Biarkanlah dulu. Mungkin masih terlalu awal untuk kami,' katanya.

'Walaupun masa bulan madu kami cukup terhad, ia adalah masa keemasan bagi Siti dan suami untuk menghabiskan masa bersama-sama. Alhamdullilah, Siti berasa sangat bersyukur kerana semuanya berjalan lancar.

'Kini apabila sudah pulang semula ke tahan air, tiba pula masanya kami memberi tumpuan semula pada kerjaya masing-masing. Namun, Siti tetap utamakan masa bersama suami dan keluarga.

'Sekarang, tanggungjawab Siti sudah besar dan berat. Jika dulu hanya memikirkan diri sendiri, sekarang tidak lagi. Apa-apa yang Siti lakukan, mesti fikir suami dan keluarga lebih dulu. Tambahan pula, ini kali pertama Siti berpuasa dan menyambut hari raya sebagai isteri,' katanya ketika ditemui di Hotel Armada di sini kelmarin untuk menghadiri majlis berbuka puasa.

Mengulas popularitinya yang dikatakan 'menurun' sejak berumah tangga, Datin Siti mengakui dirinya masih mempunyai ramai peminat.

Menurutnya, ke mana saja beliau pergi, termasuk di pusat membeli-belah, ada peminat yang menegurnya. - Harian Metro.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 03:37 PM | Show all posts
CAK: Jumpa Siti, DK di Tokyo


BUKAN main lagi kawan media bergambar dengan pengantin baru, Datuk Khalid Mohd Jiwa (DK) dan isteri barunya, Datin Siti Nurhaliza ketika terserempak dengan pasangan popular itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, baru-baru ini.

Semua orang tahu DK dan Siti berbulan madu di Hawaii dan menaiki pesawat milik Jepun, JAL. Dalam perjalanan pulang ke tanah air, pesawat mereka transit di Narita.

Kebetulan pula kawan CAK juga menaiki pesawat sama (tapi kelas berbeza), pulang daripada tugasan di negara Matahari Terbit itu.

Katanya, bukan dia seorang saja, malah wakil media Malaysia lain turut mengabadikan kenangan bersama pasangan itu. Kata kawan CAK, mereka begitu mesra. Malah, hanya DK dan Siti yang menguruskan bagasi di kaunter masuk. Tiada seorang pun pengawal peribadi seperti mereka di Malaysia.

Metro Ahad .. 1 Oktober 2006

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 4-10-2006 01:03 AM | Show all posts
'Datuk makan apa saja'
Oleh Farihad Shalla Mahmud



                              
RAIKAN: Siti mengagihkan duit raya kepada anak yatim Kompleks Penyayang Bakti, Sungai Buloh.

Siti lalui pengalaman berpuasa sebagai seorang isteri, sedia juadah berbuka kegemaran suami

DIA masih seperti dulu. Biarpun statusnya kini jauh berubah iaitu bergelar isteri kepada seorang Datuk, itu semua bukanlah penghalang untuk Datin Siti Nurhaliza turun padang bertemu mereka yang begitu merindui kehadirannya di persada seni selepas diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur, 21 Ogos lalu.

Ayu berbaju kurung moden batik, kehadiran Siti pada majlis pelancaran album Berpesta di Aidilfitri terbitan Suria Records (SRC) yang berlangsung di Hotel Armada, Petaling Jaya Khamis lalu tetap menjadi tumpuan ramai. Apatah lagi pengantin baru itu baru saja pulang dari berbulan madu bersuami suami tersayang di Kepulauan Hawaii selama seminggu, 22 September lalu.

Dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir, Siti masih lagi ramah dan sudi melayan teman media yang tidak henti-henti bertanya itu dan ini kepadanya.

Memandangkan ini Ramadan pertama Siti bergelar isteri, pastinya soalan yang diajukan berkisar kepada tanggungjawabnya terhadap suami terutama ketika waktu berbuka dan bersahur tiba.

?ari segi makan, Datuk memang tidak cerewet. Datuk makan apa saja. Biasanya Siti masak yang ringkas saja. Untuk Datuk asal ada sambal belacan itu sudah cukup untuknya selain makanan kegemarannya yang lain,? cerita Siti sambil tergelak.

Sambung Siti, selain berbuka di kediaman sendiri dia dan suami berkesempatan berbuka puasa di rumah keluarga mentua kedua-dua belah pihak.

Ditanya di manakah mereka akan menyambut perayaan Aidilfitri tahun ini, Siti berkata mereka masih belum berbincang mengenai perkara itu.


                                    
SAAT MANIS: Siti dan ibunya, Siti Salmah memotong pulut kuning sebagai tanda pelancaran album Cerita
Cinta Siti Nurhaliza sambil diperhatikan bapanya,Tarudin dan Pengarah Urusan SRC Records,Tan Su Loke.


?ersiapan kali ini memang berbeza. Maklumlah sekarang, tanggungjawab Siti sudah besar dan berat. Jika dulu hanya memikirkan diri sendiri, sekarang tidak lagi. Apa-apa yang Siti lakukan mesti fikir suami dan keluarga lebih dulu. Tambahan pula, ini kali pertama Siti berpuasa dan menyambut hari raya sebagai isteri.

?ari segi persiapan lain seperti pakaian, Siti tidak kisah sangat kerana Siti memang banyak menempah pakaian sebelum ini untuk digunakan dalam mana-mana majlis. Mengenai rancangan di mana kami akan berhari raya itu belum diputuskan lagi,? kata penyanyi Biarlah Rahsia ini yang hadir pada majlis itu tanpa ditemani Khalid.

Seakan mengerti apa yang bermain di kotak fikiran teman wartawan yang berada di sekelilingnya, Siti berkata seperti yang pernah dia katakan sebelum ini, dia lebih senang andai suaminya bersikap low profile.

?iarlah Siti dengan dunia Siti dan Datuk dengan dunia perniagaannya. Jika seandainya majlis itu memerlukan suami Siti berada bersama, barulah dia bersedia untuk tampil bersama kalau tidak, dia lebih senang Siti seorang saja,? kata penyanyi jelita itu yang lebih selesa dipanggil nama saja tanpa gelaran Datin kecuali dalam majlis rasmi.

Diusik pertanyaan apakah dirinya kini sudah berisi, Siti yang tersipu-sipu malu menjawab setakat ini dia masih belum nampak ciri-ciri bakal berbadan dua.

?iti tidak pernah merancang soal menimang cahaya mata. Kalau cepat (dapat anak) lagi bagus,? balas Siti.

Mengulas lanjut perkara itu, Siti berkata sama ada memperoleh anak lebih awal atau terlalu cepat, tidak menjadi masalah bagi dirinya, malah penyanyi nombor satu negara itu berkata, beliau sedia menerima sekiranya ditakdirkan menimang anak datang lebih awal.

"Namun, buat masa ini Siti belum ada apa-apa lagi. Sekalipun, badan Siti nampak berisi tetapi rezeki masih belum ada. Biarkanlah dulu, mungkin masih terlalu awal untuk kami," katanya.

Populariti tidak jatuh sejak berkahwin

MENGULAS popularitinya yang dikatakan `menurun' sejak berumah tangga, Siti berkata dia tidak nampak perkara itu berlaku pada dirinya.

Menurutnya, ke mana saja beliau pergi termasuk di pusat beli-belah, ada peminat yang menegurnya.

"Mereka (peminat) bukan saja gembira dengan perkahwinan ini tetapi turut mendoakan kebahagiaan Siti. Bukan sekadar menyapa, mereka mahu bergambar dan mendapatkan tanda tangan Siti. Oleh itu, Siti tidak rasa peminat tidak lagi menyokong Siti," katanya.

Ditanya mengenai perancangannya untuk berduet dengan Juara Akademi Fantasia 3, Mawi, Siti berkata dia bersedia untuk berbuat demikian jika segala perbincangan berjalan dengan lancar.

?iti tidak nampak itu sebagai satu masalah kerana sebelum ini pun Siti pernah berduet dengan artis lelaki seperti Tan Sri SM Salim, M Nasir dan Too Phat. Masalahnya mungkin disebabkan kami datang dari dua syarikat rakaman yang berbeza. Namun, jika semua perbincangan berjalan dengan lancar, Insya-Allah impian peminat untuk melihat kami berduet dalam sebuah album akan tercapai,? jelas Siti.

Pada majlis itu tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian berkonsepkan hari raya oleh artis SRC seperti Sofaz, Lips, New Boyz, Nita, Natasha, Saidatul Erma dan Siti Ruhailah.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa Siti Nurhaliza, Taruddin Ismail dan Siti Salmah Bachik. Pada pelancaran album itu, Siti menyuapkan pulut kuning kepada kedua-dua orang tuanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 17-10-2006 07:10 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza beraya di rumah mertua


KUALA LUMPUR 16 Okt. ? Penyanyi nombor satu negara, Datin Siti Nurhaliza akan menyambut Syawal di rumah mertuanya di Kedah.

Dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia hari ini, Siti Nurhaliza memberitahu, dia dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan Datuk K, akan pulang ke Tikam Batu, Sungai Petani sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

?Ia merupakan kunjungan Siti pertama kali ke rumah keluarga mertua di sana setelah mendirikan rumah tangga,? katanya.

Siti Nurhaliza yang baru pulang ke tanah air daripada mengerjakan umrah pada 10 Oktober lalu mengakui beliau teruja untuk menyambut hari lebaran sebagai seorang isteri.

?Tentunya Siti seronok untuk merayakan Syawal dengan orang tersayang. Tentunya suasana sambutan meraikan Syawal kali ini berbeza.

?Sebab Siti bukan lagi merayakan Syawal secara solo, sebaliknya telah berdua,? jelasnya yang masih belum menentukan berapa lama beliau akan beraya di kampung suaminya itu.

Sempena sambutan Syawal, Siti Nurhaliza memberitahu, pihak keluarga mertuanya akan mengadakan jamuan Hari Raya.

?Jamuan itu juga untuk meraikan perkahwinan kami,? jelas Siti Nurhaliza yang bernikah dengan Datuk K pada 21 Ogos lalu.

Mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri, penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis itu memberitahu, beliau hanya menyediakan persiapan secara sederhana.

Malah beliau juga mengakui tidak sempat membuat sendiri biskut raya kegemarannya kerana terpaksa memenuhi banyak undangan.

?Persiapan Hari Raya Siti tidak banyak bezanya seperti sebelum kahwin. Pakaian juga ada beberapa helai daripada koleksi pereka kegemaran Siti yang masih belum dipakai.

?Datuk juga mempunyai koleksinya sendiri dan Siti dan Datuk akan memilih pakaian sedondon untuk digayakan pada pagi Syawal,? katanya yang berbulan madu selama seminggu di Honolulu, Hawaii sebelum berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah.

Penyanyi berusia 28 tahun yang kelihatan berisi sedikit itu tersenyum malu apabila ditanya apakah dia sudah berbadan dua.

Sambil tersenyum manja, kata Siti: ?Belum lagi... masih terlalu awal.?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 17-10-2006 07:24 PM | Show all posts
Siti lancar Cerita Cinta - Kemunculan pertama selepas bergelar isteri
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL




APA saja tentang penyanyi bersuara emas ini pasti mendapat perhatian. Perkahwinan meganya Ogos lalu juga mendapat publisiti meluas sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia.

Mula menjadi anak seni 10 tahun lalu, dia terus mencipta nama sehingga berjaya digelar penyanyi nombor satu negara. Persembahan solonya di Royal Albert Hall, London tahun lalu berjaya membuka mata banyak pihak tentang bakat istimewanya. Malah, ratusan anugerah yang berjaya dimilikinya membuktikan dia bukan calang-calang penyanyi sehingga ada yang menggelarkannya ?egenda dalam ciptaan?.

Itulah Datin Siti Nurhaliza yang berjaya mencipta legasinya tersendiri dan terkenal seantero nusantara. Biar apa pun orang memperkatakan tentang dirinya, dia tetap gah dan terus berdiri.

Jika anda berkata popularitinya akan jatuh merudum selepas berkahwin, fikirkan semula kerana status isteri bukanlah penghalang untuk dirinya terus menjadi bahan bualan peminatnya.

Baru-baru ini, album kompilasi terbarunya, Cerita Cinta Siti Nurhaliza terbitan Suria Records telah dilancarkan di Hotel Armada, Petaling Jaya membuktikan dirinya masih lagi diterima oleh peminatnya. Malah, majlis itu juga merupakan kemunculan pertamanya selepas bergelar isteri.

Istimewanya album kompilasi ini ialah ia turut memuatkan sebuah lagu baru ciptaan Siti sendiri, iaitu Cahaya Cinta yang ditujukan kepada suami tercinta, Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Lagu ini pertama kali didengarkan pada majlis persandingan mereka di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), 28 Ogos lalu.

Cerita Siti, album ini begitu istimewa kerana ia memuatkan lagu-lagu cinta yang menjadi kegemaran peminatnya dan juga dirinya.

?eminat saya sememangnya menggemari lagu-lagu cinta dan berentak balada nyanyian saya. Jadi lagu-lagu yang terkandung dalam album ini saya tujukan kepada mereka yang menyokong karier saya selama 10 tahun menjadi anak seni,? jelasnya yang kelihatan ceria dan bahagia.

Tambah Siti lagi, keputusan untuk memuatkan lagu Cahaya Cinta dalam album kompilasi tersebut juga atas permintaan peminatnya.

?elepas saya menyanyikannya pada majlis persandingan saya, ramai peminat bertanyakan bagaimana hendak mendapatkan lagu itu. Setelah berfikir dan demi peminat saya, perbincangan dengan SRC di buat dan kami mengambil keputusan untuk memuatkan lagu tersebut dalam album ini,? cerita pemenang Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik, lapan tahun berturut-turut ini.

*Lagu Mandarin

Selain lagu Cahaya Cinta, antara lagu lain yang dimuatkan ialah Jerat Percintaan, Purnama Merindu, Kau Ku Sayang, Percayalah, Bukan Cinta Biasa dan Wajah Kekasih. Album ini telah berada di pasaran sejak 18 September lalu.

Malah, sebuah lagu Inggeris yang berjudul Because You Loved Me nyanyian asal Celine Dion juga dimuatkan di samping sebuah lagu Mandarin, Yue Liang Dai Biao We De Xin yang pernah dipopularkan oleh mendiang Teresa Tang.

Lagu Mandarin tersebut dimuatkan kerana ia adalah permintaan Pengarah Urusan SRC, iaitu Tan Su Loke sendiri dan lagu tersebut pernah dinyanyikan Siti ketika menghadiri Golden Melody Awards di Taipei, Taiwan beberapa tahun lalu.

*Duet dengan Mawi

Khabarnya untuk album terbaru Mawi nanti, beberapa artis ternama negara akan menjadi pasangan duet juara Akademi Fantasia 3 itu dan salah seorangnya adalah Siti. Apa komen Siti?

?aya pun baru sahaja tahu tentang hal itu. Secara jujurnya, tiada sebarang perbincangan yang dibuat antara kedua-dua pihak setakat ini. Jika menjadi kenyataan, saya memang tiada masalah untuk berduet dengannya,? ujarnya.

*Kehidupan selepas bergelar isteri

Sudah bergelar isteri selama sebulan, pasti ramai yang bertanya bagaimanakah kehidupan Siti selepas bergelar isteri.

?iada perubahan mendadak dalam kehidupan saya sekarang. Dulu semuanya kepada keluarga tetapi sekarang tumpuan lebih kepada suami. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Saya sibuk dengan aktiviti seni dan dia pula sibuk dengan perniagaannya,? jelasnya yang hadir tanpa kehadiran suami Datuk K pada majlis itu.

Mengenai anak pula, Siti menjelaskan, dia dan suaminya tidak merancang.

?aya bersedia menerima kehadiran cahaya mata. Saya tidak kisah lambat atau cepat dan kami tidak pernah merancang. Malah, kami terima sahaja baik lelaki atau perempuan asalkan bayi itu sihat. Doakan yang terbaik untuk kami,? jelasnya sambil tersenyum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 19-10-2006 01:47 PM | Show all posts
Siti patuh pada suami

Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my



Belum ada tanda timang anak



SELAMA 27 tahun usianya, Datin Siti Nurhaliza Tarudin mencium tangan ibu bapanya bermaaf-maafan pada pagi raya.

Namun, tahun ini segalanya berbeza apabila buat pertama kalinya penyanyi Biarlah Rahsia itu menyambut lebaran tanpa ibu dan ayah apabila suami membawanya pulang ke kampungnya di Sungai Petani, Kedah berjumpa saudara mara.

Siti yang berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos lalu, mengakui dia dan suami sama seperti pasangan lain mengamalkan sistem giliran untuk menyambut hari raya.

Katanya, untuk Aidilfitri pertama yang diraikan bersama suami, mereka sepakat balik ke Kedah kerana ada majlis kenduri yang akan dilangsungkan pada hari raya.

?alaupun suasananya berbeza tanpa ibu dan ayah seperti kebiasaan, saya akur dengan cadangan suami untuk balik ke kampungnya. Lagipun ini kali pertama saya berkunjung ke kampung suami.

?nilah peluang keemasan bertemu saudara mara sebelah suami. Sudah tentu pada hari itu mereka semua berkumpul. Saya dan suami akan balik lebih awal, mungkin dua hari sebelum raya,? katanya.

Mengenai persiapan raya, Siti yang baru pulang dari mengerjakan umrah pada 10 Oktober lalu, berkata ia tidak banyak beza dari sebelumnya, cuma bezanya dia kini sudah punya keluarga sendiri.

?eperti biasa, saya beli baju raya awal-awal untuk fotografi dan menghadiri majlis berbuka puasa. Persiapan untuk barang rumah juga tiada masalah. Saya dan suami juga berpeluang menyambut Ramadan di Makkah ketika mengerjakan umrah dari 2 hingga 10 Oktober.

?pabila pulang dari Makkah, saya berpeluang menjalankan tanggungjawab sebagai isteri pada bulan Ramadan seperti bangun sahur dan menyediakan juadah berbuka di rumah sendiri. Suami juga tidak cerewet mengenai makanan.

?papun sudah tentu Aidilfitri tahun ini berbeza kerana sudah punya keluarga sendiri. Keperluan untuk raya disediakan suami dan kami berbincang mengenai di mana akan menyambut raya.

?ada pagi raya kalau biasanya saya mencium tangan mak dan abah serta berkumpul bersama adik beradik untuk bermaaf-maafan, kali ini saya cium tangan suami dulu.

?udah tentu ia menjadi detik mengharukan. Mesti saya akan teringat mak dan abah kerana sudah 27 tahun menyambut raya bersama mereka. Saya pernah beraya di Makkah sebelum ini tetapi masih ada mak dan saudara-mara lain.

?emungkinan tahun ini ibu bapa saya tidak beraya di Kuala Lipis, Pahang sebaliknya bertukar angin beraya di rumah anak-anak di Kuala Lumpur,? katanya.

Ketika sesi fotografi yang diadakan di Hotel Impiana, KLCC baru-baru ini, Siti terpaksa bergegas pulang sebaik saja selesai kira-kira jam 6.30 petang kerana suami sudah menunggunya untuk berbuka puasa di rumah mentua.

Katanya, walau inai di jari belum hilang, dia perlu bijak mengatur jadualnya kerana kini memikul tanggungjawab sebagai isteri. Selepas seharian menjalankan fotografi dengan lima media, Siti bergegas pulang kerana ada rancangan dengan suami.

?uat masa ini saya tidak menghadapi masalah. Urusan kerjaya masih diuruskan kakak ipar dan abang, tetapi waktu sama saya perlu rujuk kepada suami.

?epas raya saya akan kembali sibuk kerana program Mentor 2 yang diterbitkan TV3, kini di peringkat separuh akhir. Saya perlu memberi sepenuh komitmen membimbing protege saya, Kat meneruskan perjuangan hingga mencapai kejayaan di peringkat akhir.

?ada peringkat awal saya sudah maklumkan kepada TV3 yang saya tidak dapat beri komitmen kerana sibuk dengan persiapan kahwin. Bagaimanapun mereka tetap mahukan khidmat saya dan berjanji menyediakan pembantu untuk membimbing protege.

?api untuk semi final ini saya perlu beri sepenuh komitmen. Sebelum balik raya, saya berbincang dengannya mengenai konsep yang ingin ditampilkannya supaya mampu memberi sesuatu yang terbaik,? katanya mengakui belum ada tanda-tanda akan menimang cahaya mata.

Kata Siti, soalan mengenai kehamilannya sering ditanya akhir-akhir ini tetapi buat masa ini belum ada rezeki lagi.

Katanya, ada beberapa undangan yang menanti seperti menjayakan JomHeboh di Seberang Prai, Pulau Pinang pada 4 November diikuti majlis amal untuk Majlis Aids Malaysia di Hotel Mandarin Oriental pada 5 November.

?aya dan Kat juga akan menjadi artis undangan Bintang Cari Bintang terbitan Trans TV di Jakarta, Indonesia pada 20 November. Ia kini sudah masuk peringkat separuh akhir manakala peringkat grand final pada Disember nanti.

?elain itu, saya juga akan berulang-alik dari Kuala Lumpur dan Jakarta pada akhir November dan Disember ini untuk menjayakan program realiti Pantene untuk siaran televisyen di Malaysia dan Indonesia yang dianjurkan TV3 dan Trans TV,? katanya.

Untuk raya tahun ini, Siti sempat menjayakan dua program televisyen, Fenomena Raya yang akan disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Antara KL dan Jakarta (TV3).

Jika Fenomena Seni menyaksikan Siti bergabung dengan Saiful Apek, Dari KL dan Jakarta pula Siti berkongsi pentas dengan Sheila Majid dan Shanty dari Indonesia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2006 06:40 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza tunggu syawal pertama

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

DALAM tempoh dua bulan tentunya bukan mudah untuk menilai perubahan utama yang berlaku kepada dirinya. Selain kelihatan sedikit berisi, senyuman yang lebih menawan (maklum saja hati tengah senang), figura wanita yang semakin matang terserlah dari cara tutur dan lenggok gaya.

Status. Ya, status baru yang disandang sebagai isteri. Barangkali telah membuatkan dia berubah, sekurang-kurangnya pada mata saya.

Daripada seorang gadis yang santun dan malu-malu, Siti Nurhaliza hari ini semakin meniti kedewasaan.

Wanita yang satu ini masih lagi mesra membahasakan dirinya sebagai Siti meski pada detik awal, sewaktu tangan kami bersentuhan menghulur salam, saya mesra memanggilnya Datin.

揝iti saja dahlah,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2006 07:15 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza kembali aktif menyanyi selepas raya

SUNGAI PETANI 25 Okt.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 9-11-2006 11:03 AM | Show all posts
SITI NURHALIZA DIANUGERAH GELARAN DATUK


  
KUANTAN: Selepas dua bulan bergelar Datin apabila berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa, penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin (gambar) dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-76, hari ini.

Penganugerahan itu menjadikan Siti Nurhaliza, 27, artis termuda di Malaysia menerima pengiktirafan berkenaan, sekali gus melengkapkan rekod pencapaian cemerlangnya dalam industri seni negara.

Siti Nurhaliza adalah antara 79 penerima anugerah itu. Beliau dijangka menerima darjah kebesaran berkenaan pada 28 Oktober ini di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, berikutan tarikh keputeraan baginda yang jatuh pada hari pertama Aidilfitri.

Ketika dihubungi, Siti menyifatkan anugerah itu sebagai suntikan semangat untuknya bekerja dengan lebih keras lagi.

?iti sangat bersyukur dengan pengiktirafan ini, apatah lagi anugerah ini sangat bermakna kepada Siti kerana dikurniakan Sultan dari tanah kelahiran sendiri,? katanya.

Anak kelahiran Temerloh, Pahang itu sebelum ini dianugerahkan darjah kebesaran Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) pada 1999, Paduka Mahkota Perak (PMP) 2001, Johan Setia Mahkota (JSM) 2003 dan Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) 2005.

Siti Nurhaliza yang berkahwin dengan Khalid pada 21 Ogos lalu, meraih pelbagai anugerah dalam kerjaya seninya termasuk Penyanyi Wanita Paling Popular dan Artis Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian 1998/1999, Artis Paling Popular ABP 2000 dan Penyanyi Wanita Paling Popular ABP 2000.

Kejayaan Siti Nurhaliza turut mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa seperti Anugerah Muzik Singapura 1997, Festival Muzik Shanghai 1999, Anugerah Muzik Indonesia 2001, Voice of Asia 2002 dan Anugerah Artis Pilihan (Malaysia) selama empat tahun berturut-turut dalam MTV Asia Awards.

Siti Nurhaliza memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada 1990 dan mencipta kemenangan terbesar pertamanya apabila diumumkan Juara Bintang HMI pada 1995.



Berita Harian
24 Oktober 2006

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 9-11-2006 11:04 AM | Show all posts
'HADIAH HARI RAYA SITI'


  
KUALA LUMPUR: ?yukur alhamdulillah. Ini adalah hadiah hari raya buat Siti. Bagi Siti ia satu penghormatan sebagai anak Pahang yang membabitkan diri dalam bidang seni,? kata penyanyi nombor satu negara, Datin Siti Nurhaliza Tarudin.

Siti Nurhaliza, 27, adalah antara 80 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-76, hari ini.

Siti dijangka menerima darjah kebesaran itu pada 28 Oktober ini di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, berikutan tarikh keputeraan baginda yang jatuh pada hari pertama Aidilfitri.

Beliau berkata, pengiktirafan itu membuktikan dunia seni juga dapat menaikkan nama Pahang dan negara.

?iti akan teruskan perjuangan dan bergiat dalam bidang seni serta terus cuba menaikkan nama negara ke peringkat lebih tinggi,? katanya ketika dihubungi di Sungai Petani, Kedah, malam tadi.

Menurut Siti, beliau mendapat tahu perkara itu beberapa hari sebelum Aidilfitri tetapi tidak mendedahkan penganugerahan itu hingga diumumkan pihak istana.

Sementara itu, Siti berkata, ini adalah kali pertama beliau beraya berjauhan daripada keluarga kerana mengikut suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa beraya di Sungai Petani, Kedah.

?emanglah rindu pada keluarga kerana ini pertama kali beraya tanpa ibu bapa,? katanya.

Siti berkata, beliau dan keluarga mentua sibuk menyediakan persiapan bagi membuat kenduri hari ini.

?iti mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga di Kuala Lipis dan semua peminat Siti di seluruh Malaysia, maaf zahir dan batin,? katanya.

Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada 21 Ogos lalu, meraih pelbagai anugerah dalam kerjaya seninya termasuk Penyanyi Wanita Paling Popular dan Vokal Penyanyi Wanita Terbaik Dalam Album.

Kejayaan Siti Nurhaliza turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti Anugerah Muzik Singapura 1997, Festival Muzik Sanghai 1999, Anugerah Muzik Indonesia 2001, Voice of Asia 2002 dan Anugerah Artis Pilihan (Malaysia) selama empat tahun berturut-turut dalam MTV Asia Awards.

Siti sebelum ini dianugerahi Darjah Kebesaran Keempat Negeri Pahang - Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Paduka Mahkota Perak (PMP) dan Johan Setia Mahkota (JSM).


Harian Metro
24 Oktober 2006
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 9-11-2006 11:05 AM | Show all posts
SITI GEMBIRA




Siti dan Datuk K tidak menang tangan melayan orang ramai yang hadir dan memberi duit raya kepada kanak-kanak.

  
SUNGAI PETANI: ?iti rasa begitu gembira dan bersyukur dapat menyambut Aidlfitri di sini sambil mengenali semua sanak-saudara sebelah suami (Datuk K),? kata penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 27.

Siti yang mengikut suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa pulang menyambut hari raya di rumah ibu mentuanya di Kampung Permatang Pasir di sini, sejak Isnin lalu turut tidak melepaskan peluang mengenali saudara mara terdekat sebelah suaminya.

Malah, Siti dan Datuk K juga sempat beramah mesra dengan penduduk serta menghadiri majlis berbuka puasa serta bersembahyang Tarawih bersama penduduk di masjid kampung terbabit.

?iti rasa begitu seronok kerana dapat mengenali sanak-saudara suami kerana sebelum ini tidak mempunyai peluang berbuat demikian sejak bernikah pada 21 Ogos lalu.

?alah, Siti juga bersyukur kerana diterima baik sanak-saudara sebelah suami selain mendapat sambutan di luar dugaan dari penduduk dan tampak tiada beza berhari raya di kampung halaman ataupun di sini.

?ezanya, sebelum ini beraya bersama ibu bapa dan keluarga, namun beraya bersama suami buat kali pertama di rumah ibu mentua adalah menyeronokkan,? katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka bersama Datuk K, kelmarin.

Selain Siti turut menyambut hari raya di rumah ibu mentuanya, Zainab Hanafi ialah tiga anak Datuk K iaitu Mohd Adib,16, Mohd Ashraf, 14, dan Mohd Azif, 8, serta dua kakak Datuk K, Zaiton dan Zaini.

Lebih 5,000 orang menyerbu rumah terbuka Siti dan Datuk K yang diadakan di perkarangan rumah ibu mertuanya sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di masjid kampung terbabit.

Walaupun majlis rumah terbuka dimulakan kira-kira jam 11 pagi, orang ramai terutama kanak-kanak menyerbu rumah pasangan sejak jam 10 pagi lagi bagi mendapatkan duit raya dan bertemu dengan Siti.

Selain kanak-kanak, turut menghadiri rumah terbuka berkenaan ialah golongan remaja dan dewasa yang mahu bergambar dengan Siti, malah ada peminat dari Kuala Lumpur yang pulang berhari raya turut mengambil kesempatan.

Laluan masuk ke kampung terbabit juga sesak berikutan orang ramai mengambil peluang untuk bertemu dengan Siti yang kebanyakannya datang bukan sahaja dari sekitar Sungai Petani malah dari luar daerah ini.

Siti yang memakai baju berwarna hijau pisang dan Datuk K berbaju Melayu kuning tidak menang tangan melayan orang ramai serta memberi duti raya kepada kanak-kanak.

Malah, Siti dan Datuk K sedikitpun tidak menunjukkan rasa penat atau letih melayan karenah orang ramai serta peminat penyanyi nombor satu negara yang mahu bergambar bersamanya.

Bagi tidak menghampakan peminatnya, Siti turut mempersembahkan dua lagu iaitu Bukan Cinta Biasa dan Nazam Lebaran bagi menghiburkan orang ramai yang hadir ke majlis rumah terbuka itu.

Sementara itu, Siti Nurhaliza berkata, beliau bercadang mengadakan rumah terbuka di rumah ibunya di Lipis, Pahang.

Bagaimanapun, katanya, majlis itu hanya akan diadakan di Kuala Lumpur sahaja jika masa tidak mengizinkan.

?elepas berehat seketika, saya akan kembali aktif dalam dunia hiburan apabila menghadiri aktiviti seni seperti biasa selain berkunjung ke Indonesia untuk rakaman album,? katanya.


Harian Metro
25 Oktober 2006
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 9-11-2006 11:06 AM | Show all posts
SITI ARTIS TERMUDA DAPAT KURNIA BERGELAR 'DATUK'



  
KUANTAN: Selepas dua bulan bergelar datin apabila berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa, penyanyi Siti Nurhaliza dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-76, kelmarin.

Ini menjadikan Siti, 27 tahun, artis termuda di menerima pengiktirafan itu. Siti, antara 79 penerima anugerah itu, bakal menerima kurnia itu lusa di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan.

Ketika dihubungi, Siti menyifatkan anugerah itu sebagai suntikan semangat untuknya bekerja lebih keras lagi.

'Syukur alhamdulillah. Ini adalah hadiah Hari Raya buat Siti. Bagi Siti ia satu penghormatan sebagai anak Pahang yang membabitkan diri dalam bidang seni. Siti akan teruskan perjuangan dan bergiat dalam bidang seni serta terus cuba menaikkan nama negara ke peringkat lebih tinggi,' katanya.

Menurut Siti, Hari Raya ini adalah yang pertama beliau jauhan dari keluarga kerana mengikut suaminya beraya di Sungai Petani, Kedah.

'Memanglah rindu pada keluarga kerana ini pertama kali beraya tanpa ibu bapa,' katanya.

Sebelum ini Siti dianugerahkan darjah kebe saran Ahli Ahmad Shah Pahang pada 1999, Paduka Mahkota Perak 2001, Johan Setia Mahkota 2003 dan Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) 2005. - BHM, Harian Metro.



cyberita (Berita Harian Singapura)
26 Oktober 2006
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.432373 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list