CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
Post time 18-4-2006 10:52 AM | Show all posts
Siti dedah rahsia kejelitaan
cilok daripada bharian.com.my.. :ah:

Oleh Halina Mohd Noor

SEWAKTU menatap wajahnya dari dekat, tidak dinafikan kejelitaan yang dimiliki Siti Nurhaliza Tarudin. Dalam usia muda apatah lagi kini sedang dilamun cinta, lebih terserlah seri wajahnya. Tidak hairanlah mengapa ramai yang ingin mencungkil rahsia beliau sentiasa tampil jelita biarpun sekali sekala tampil tanpa secalit solekan.


Justeru, ada yang cemburu lalu mengaitkan kejelitaan itu dengan suntikan botox seperti yang pernah digembar gemburkan sebelum ini.

揝iti masih muda untuk memerlukan suntikan botox mahupun vitamin C. Apa yang Siti tekankan ialah penjagaan dalaman kerana kecantikan akan lahir daripadanya. Cantik di luar saja tidak guna jika di dalam tidak sihat.

揝iti amalkan pengambilan vitamin C, E, antioksida dan B kompleks. Siti juga minum susu untuk kalsium. Petua Siti untuk tampil berseri mudah saja iaitu berselawat setiap kali mencuci muka,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 19-4-2006 01:28 PM | Show all posts
Siti perjelas cinta Baru

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
15/4/06



GARA-GARA pengakuan Siti Nurhaliza Tarudin, 27, yang mahu mendedahkan siapa cinta barunya, dewan besar Grand Maya, Hotel Maya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, secara tiba-tiba sesak dengan jurugambar dan wartawan tempatan.




Ramai mahu tahu apakah sebenarnya ingin diumumkan penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.

Adakah Siti sudah bersedia untuk berkongsi cerita, sekali gus mendedahkan lelaki yang berjaya bertakhta di hatinya ?

Barangkali Siti sudah mendapat keyakinan untuk mengumumkan tarikh perkahwinannya dan tampil bersama lelaki dimaksudkan. Malang pula lain diharap, lain pula yang terjadi.

Hadirin ternyata kecewa pada petang itu apabila yang diumumkan Siti bukanlah pautan kasih daripada dua jiwa tetapi cuma cinta barunya pada Olay Total Effects.

Pada majlis itu syarikat pengeluar produk kecantikan itu, Procter & Gamble (Malaysia) Sdn Bhd (P&G) turut mengumumkan pihaknya menyunting penyanyi terkenal itu sebagai jurucakap jenama berkenaan selama setahun.

Pengumuman itu sekali gus menyebabkan wartawan beranggapan kontroversi cintanya mulai dieksplotasi pelbagai pihak termasuklah syarikat produksinya sendiri, Siti Nurhaliza Production (SNP). Siapa tahu barangkali masing-masing mempunyai strategi memancing publisiti bagi memastikan populariti dimiliki Siti itu berterusan.

Apatah lagi single terbaru nyanyiannya, Biarlah Rahsia dan kini sedang hangat diputarkan stesen radio seperti mempunyai kaitan dengan isu kontroversi cintanya, yang mula diperkatakan oleh peminatnya di negara jiran .

Di majlis itu, Siti menjelaskan dia hanya mahu berkongsi dengan peminatnya mengenai apa yang dicari selama ini.

?ebagai wanita melalui fasa baru dalam hidup dan matang memilih, sudah tentu menjaga kecantikan dan peribadi diri satu kemestian. Sebelum ini saya sudah mencuba pelbagai alat kecantikan penjagaan wajah.

?agaimanapun sewaktu didatangi pihak P&G dan memberi saya mencuba Olay Total Effects yang berfungsi sebagai alat untuk menghilangkan kesan penuaan, selama lapan hari membuatkan saya jatuh cinta,? katanya.

Di sebaliknya Siti sedar ada pihak akan melemparkan tuduhan dia merangka publisitinya sendiri, sedangkan apa yang dilakukan tiada kaitan dengan kontroversi cintanya yang hangat digembar-gemburkan kebelakangan ini.

?rang boleh berkata apa saja mengenai perkara ini namun percayalah ia tidak berlaku. Terus-terang saya katakan tidak mungkin saya mahu mengeksploitasi perkara yang memberikan implikasi buruk kepada diri dan kerjaya saya.

?ebagai penyanyi, saya lebih suka kerjaya saya yang diketengahkan dan bukan hal berkaitan peribadi.

?agaimanapun sebagai orang yang sentiasa menjadi perhatian umum saya faham dengan situasi yang berlaku. Alhamdulillah, seminggu dua ini saya dapati hal ini reda dan saya sendiri mulai lega,? katanya.

Menurut Siti, kemunculan album Transkripsi tiada kaitan dengan kontroversi yang membabitkan dirinya.

?ekiranya ada pendapat mengatakan saya sengaja menimbulkan isu ini hanya semata-mata mahu memastikan publisiti mengenai saya sentiasa menjadi perhatian media, itu tidak benar sama sekali,? katanya.

Di majlis itu Siti turut memberitahu perancangan awalnya untuk melancarkan album Transkripsi di Kuantan, Pahang terpaksa ditunda pada tarikh yang belum ditetapkan.

Seri majlis mula terserlah dengan alunan merdu suara Siti yang menghiburkan tetamu dengan single terbarunya berjudul Siti Sana Sini yang dicipta anggota kumpulan VE, Damien.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 19-4-2006 01:30 PM | Show all posts
Siapa jejaka idaman Siti?
14-04-2006 05:44:12 PM  
(mSTAR online)


RAWANG: Siti Nurhaliza Taruddin hanya mampu ketawa kecil dan tersenyum apabila diusik oleh menteri pembangunan wanita dan keluarga yang mendapati penyanyi wanita itu 'keseorangan' di satu majlis penyerahan rumah anak yatim yang dihadiri kedua tokoh itu semalam.

"Nampaknya Siti datang seorang saja hari ini," kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disambut gelak ketawa para hadirin yang mengetahui makna di sebalik usikan tersebut.

Penyanyi tersebut, bagaimanapun, tidak datang sendirian ke majlis di Rumah Tunas Harapan Sepenuh Hati.

Kakak ipar yang juga pengurus peribadinya Rozi Abdul Razak menemaninya ke majlis itu. Sejak awal-awal lagi Rozi memberi peringatan kepada wartawan: Siti tidak akan melayan apa-apa soalan bersifat peribadi.


Di mana jejaka idaman Siti? Puteri pop Siti Nurhaliza ditanya mempamerkan versi senyuman Mona Lisanya apabila ditanya soalan berkenaan oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Syahrizat Abdul Jalil ketika mereka bertemu di satu majlis di Rawang. (Foto The Star)

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, puteri pop Malaysia itu dikaitkan dengan seorang tokoh korporat namun Siti tetap enggan untuk mendedahkan kisah cintanya.

Baru-baru ini timbul khabar angin bahawa Siti sudahpun mempunyai seorang abang angkat yang dilaporkan media sebagai jejaka baru di dalam hatinya.

Syahrizat mengakui gadis Kuala Lipis itu mempunyai tanggungjawab berat sebagai role model kepada peminatnya.


Siti Nurhaliza dan Shahrizat bergambar dengan beberapa orang kanak-kanak yatim di Rumah Tunas Harapan Sepenuh Hati selepas majlis penyerahan rumah anayk taim itu semalam. (Foto The Star)

"Mungkin Siti tak tahu bagaimana pengaruh Siti sungguh kuat, malah lebih kuat dari pengaruh saya sendiri," seloroh Syahrizat.

Syahrizat turut mengakui tanggungjawab yang dipikul oleh gadis kelahiran Kuala Lipis itu dalam membentuk sahsiah masyarakat.

"Apa yang Siti perkatakan, apa yang Siti pakai, apa yang Siti buat, semuanya menjadi ikutan. Ia menjadi tanggungjawab, malah mungkin menjadi beban.

"Siti Nurhaliza adalah role model yang dapat mempengaruhi secara positif, terutamanya kepada golongan yang tidak bernasib baik," katanya dalam ucapan penyerahan rumah anak yatim tersebut kepada pengurusan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Rumah anak yatim tersebut dibeli, diubahsuai dan dilengkapi dengan harga RM315,000 untuk menempatkan lapan orang anak yatim dan sepasang ibu bapa angkat sebagai penyelia.

Pengarah eksekutif bahagian operasi dan pentadbiran Aeon Co. (M) Bhd berkata kawasan Bukit Beruntung dipilih untuk membangunkan Rumah Tunas Harapan kelapan di negara ini berdasarkan lokasinya yang strategik.

"Lapan orang adalah bilangan yang cukup ideal. Kami hendak anak-anak yatim ini dibesarkan dalam suasana yang sihat dan mendapat pendidikan secukupnya. Sekolah-sekolah pun banyak di sekitar tempat ini," katanya.

Siti Nurhaliza adalah duta bagi Yayasan Jusco Malaysia, badan yang bertanggungjawab menyediakan rumah anak yatim tersebut melalui kempen kutipan derma.

[ Last edited by  sayang_manja at 19-4-2006 01:31 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 19-4-2006 01:37 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza: "Berilah saya ruang"
13-04-2006 03:07:24 PM
Wahida Asrani  
mSTAR online



KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza masih belum bersedia untuk mendedahkan siapa jejaka pilihan hatinya buat masa ini dan terus berharap agar pihak media memberikan ruang dan masa untuknya berbuat demikian.


"Siti harap sangat media boleh beri Siti ruang kerana Siti akan umumkan jika sudah sampai masanya," - Siti Nurhaliza (Foto: The Star)

Walaupun sehingga hari ini namanya sering dikaitkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan Datuk K, Siti akui masih selesa untuk berdiam diri.

"Siti harap sangat media boleh beri Siti ruang kerana Siti akan umumkan jika sudah sampai masanya. Siti tidak mahu perkara ini bertambah buruk.

"Siti juga manusia biasa dan tidak mampu nak memuaskan hati semua orang," ujarnya semalam di sebuah majlis perlantikannya sebagai duta produk penjagaan muka, Olay Total Effects.

Menurut Siti, dia sama sekali tidak menyangka pengakuan jujurnya bahawa dirinya sudah mempunyai teman istimewa telah menimbulkan kontroversi yang hebat ketika ini.

"Pada mulanya, Siti macam seronok juga bila melihat orang berteka-teki, tetapi Siti memang tidak sangka perkara itu jadi sebaliknya pula," tambahnya.

Ditanya mengenai gossip terbaru bahawa jejaka yang yang bertakhta di hati penyanyi ini sebenarnya adalah abang angkatnya sendiri, Siti sambil tersenyum menjawab:

"Siti pun tak tahu abang angkat tu siapa, sebab Siti tak ada pun abang angkat."

Siti juga turut menyangkal, kontroversi itu sengaja ditimbulkan olehnya untuk meraih populariti dan juga sebagai gimik untuk melariskan jualan album barunya Transkripsi yang akan dipasarkan 24 April ini.

"Buat apalah Siti nak lakukan gimik seperti itu sedangkan Siti boleh buat banyak lagi gimik lain. Siti tidak pernah mencari kontroversi, tapi kontroversi yang datang pada Siti," ujarnya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 03:01 AM | Show all posts
"Jangan paksa Siti"
19-04-2006 08:36:57 PM
Wahida Asrani

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkemuka negara Siti Nurhaliza masih diuliti kontroversi. Kali ini, Siti dikaitkan lagi dengan Datuk K yang dikatakan sudah membuat pengakuan kepada seorang kenalan bahawa beliau sedang menjalinkan hubungan dengan penyanyi ini

Siti bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang khabar angin tersebut.

"Tolong jangan paksa Siti. Masing-masing ada hak untuk bercakap. Siti tahu ramai yang inginkan kepastian.

"Tolong jangan paksa Siti. Sampai masanya bila keadaaan sudah tenang, Siti akan umumkan juga," - Siti Nurhaliza (Foto: mStar Online)


"Tapi, Siti harap anda semua memahami. Sampai masanya bila keadaaan sudah tenang, Siti akan umumkan juga," ujarnya ketika ditemui pada majlis Secretaries' Week Extravaganza di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara petang tadi.

Namun, penyanyi ini tidak keberatan memberikan pandangannya tentang penganugerahan yang diberikan kepada Datuk K sebagai Tokoh Usahawan Negeri Kedah 2006 pada mesyuarat agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah semalam

"Sebagai kenalan, Siti memang bangga dan tumpang gembira. Siapa saja kenalan Siti, jika menang sebarang anugerah, pasti Siti akan berbangga," tambahnya ringkas.

Ditanya sama ada Siti sudah mengirimkan SMS atau mengucapkan tahniah kepada ahli perniagaan tersebut, Siti sambil tersenyum menjawab:

"Siti tak buat lagi. Tak tahulah bila. Wallahuallam."

Penyanyi tersohor negara ini juga enggan mengulas lanjut tentang isu "abang angkat" dan khabar angin bahawa dia bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini.


Aksi Siti ketika membuat persembahan pada majlis 'Secretaries' Week Extravaganza' di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara petang tadi. (Foto: The Star)

"Siti memang tidak ada apa-apa perancangan lagi tentang tarikh perkahwinan. Biarlah orang nak berteka-teki. Siti lebih suka berserah pada takdir.

"Tentang abang angkat, Siti dah banyak sangat komen pada media tentang hal ni. Waktu zaman persekolahan dulu, Siti akui memang ada abang angkat. Tapi, abang angkat yang dimaksudkan kali dan bekerja sebagai seorang jurutera pula tu, Siti sendiri pun tidak pasti siapa dia." ujarnya.

Siti yang sudah penat menjawab soalan media tentang kehidupan peribadinya sempat berseloroh kepada wartawan yang hadir agar membaca sendiri lirik lagu ciptaannya Biarlah Rahsia kerana lirik tersebut memang merupakan kisah benar penyanyi itu.

揔alau nak minta komen daripada Siti tentang apa-apapun, bacalah lirik tu. Itulah dia jawapannya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 03:32 AM | Show all posts
Kenangan manis, lucu hiasi FMI 2006
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

FIESTA Media Idola (FMI) 2006 baru saja berlalu dan pelbagai kenangan pahit manis dikutip setiap peserta yang menyertai acara sukan selama tiga hari membabitkan media dan selebriti pujaan, di Kuantan, Pahang.


Kata Pengerusi Jawatankuasa Induk FMI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2006 03:50 AM | Show all posts
Fiesta Media Idola ?06 tetap meriah walaupun kecoh
Oleh Nor Fadzilah Baharudin

Fiesta Media Idola 2006 (FMI?06) di Kuantan, Pahang yang dimulakan acaranya pada 15 April lalu sudah pun melabuhkan tirainya pada 17 April lalu.

Tidak dapat dinafikan kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Penganjur FMI?06, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman berjaya merealisasikan tujuan utama penganjuran karnival itu untuk menemukan pihak media dengan artis.

Tetapi apa yang dikesalkan adalah sikap segelintir pasukan yang melanggar peraturan dengan ?engimport? atlet-atlet kebangsaan dan kelab-kelab sukan terkenal.

Ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pasukan. Tidak cukup dengan itu, berlaku beberapa insiden yang turut mencacatkan FMI?06.

Edry KRU, misalnya, semasa upacara penutup telah mengamuk di Stadium Darul Makmur apabila pasukannya di?oo? oleh pasukan lain. Ia hampir menimbulkan pergaduhan tetapi dapat dileraikan.

Di Stadium Sukpa, tempat berlangsungnya pertandingan bola jaring dan futsal, beberapa pasukan naik berang dan tidak puas hati dengan beberapa pasukan lain yang secara terang-terangan membawa masuk pemain yang bukan terdiri daripada artis dan orang media.

Barangkali banyak pasukan tidak memahami tujuan utama FMI?06 diadakan adalah untuk menghimpunkan para artis bersama pihak media serta bersukan sambil berhibur. Ia bukan satu kejohanan sukan yang melibatkan jaguh-jaguh sukan yang handal.

Tinggalkan seketika masalah yang berlaku di FMI?06. Kita fokuskan kepada tarikan utama FMI?06.

Tidak dapat dinafikan penyanyi Siti Nurhaliza yang bermain bagi pasukan Shahzan Muda merupakan tarikan utama FMI?06. Setiap kali Siti turun untuk bermain bola jaring mahupun berlari bagi acara 5 x 80 meter, setiap kali itu juga seluruh stadium bergema.

Ramai yang tabik ?pring? pada Siti Nurhaliza kerana dia begitu hebat bermain bola jaring. Aksinya yang bagaikan jaguh di gelanggang memang tidak dapat dinafikan.


Lebih menyeronokkan lagi apabila Cik Puan Muda Pahang, Julita Aishah Abdul Latiff turut bermain bola jaring mewakili pasukan Shahzan Muda.

Pertambahan

FMI?06 kali kedua ini memperlihatkan pertambahan pasukan yang bertanding. Jika sebelum ini hanya sembilan pasukan, tapi tahun ini sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian.

Kumpulan Utusan, New Straits Times-Berita Harian (NST-BH), KRU Berhad, TV3, ntv7, The Star, Astro, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kelab Sukan Media Pahang (KSMP), Shahzan Muda dan Thr.fm berhimpun untuk satu tujuan iaitu bersukan.

Pelancaran FMI?06 di Stadium Darulmakmur, Kuantan pada malam 15 April lalu mengumpulkan kira-kira 40,000 penonton.

Upacara perasmian dilakukan oleh Sultan Ahmad Shah diiringi oleh Tengku Mahkota Pahang, Siti Nurhaliza dan Fasha Sandha dipentas utama.

Sesudah baginda melakukan titah perasmian, hampir 10 minit letupan dan percikan bunga api mewarnai ruang udara stadium diikuti sorakan gemuruh peminat.

Lebih hangat selepas itu apabila Siti Nurhaliza dan Fasha Sandha (Duta FMI?06) berlari membawa obor kejohanan FMI?06 mengelilingi padang dan menyerahkannya kepada Tengku Muda bagi menandakan fiesta bermula.
Kehangatan selepas majlis pelancaran diteruskan dengan persembahan daripada Zahid, Ning Baizura, Rossa dan Melly Goeslow.

Bagi acara sukan, FMI?06, Piala FMI yang sebelum ini dimenangi oleh KRU telah berjaya dirampas oleh RTM yang turut menjadi juara bagi acara boling dan futsal.

KRU pula menjuarai acara bola sepak dan TV3 menjuarai acara bola jaring.

Buat pertama kalinya acara balapan diperkenalkan. Acara 100 meter lelaki dimenangi oleh kumpulan The Star manakala 80 meter wanita dimenangi oleh Berita Harian.

Acara 4 x 100 meter lelaki dimenangi oleh pasukan Utusan Malaysia dan 5 x 80 meter dijuarai oleh Berita Harian.

Detik penutup FMI?06 berlangsung dengan meriah di Stadium Darul Makmur. Ternyata para penonton yang hadir terhibur dengan persembahan daripada Mawi, Siti Nurhaliza dan Ahli Fiqir.
Biar apa pun yang berlaku, FMI?06 tetap berjaya dan sekalung tahniah kepada pihak penganjur yang berusaha sedaya upaya untuk memeriahkannya.

utusan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 20-4-2006 12:32 PM | Show all posts
Siti turut gembira kejayaan Datuk K
Oleh Farihad Shalla Mahmud
berita harian 20/04


Sekali lagi nafi jalin hubungan dengan jurutera


  


KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Siti Nurhaliza Taruddin gembira dengan berita Datuk Khalid Mohamad Jiwa dipilih sebagai Tokoh Keusahawanan Kedah, kelmarin.

?ebagai kawan, saya tumpang gembira dengan kejayaan beliau lagipun ia benda baik... sewajarnya kita gembira,? kata Siti ketika ditanya perasaannya apabila Khalid dipilih meraih anugerah itu, kelmarin.

Siti, ditemui selepas menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha anjuran Quality Hotel Kuala Lumpur, Quality Hotel Shah Alam dan Brisdale Hotel di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, semalam.

Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K ialah lelaki yang digembar-gemburkan oleh media mempunyai hubungan cinta dengan Siti walaupun sehingga ini kedua-duanya tidak pernah mengesah atau menafikannya.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah, dalam mesyuarat agungnya baru-baru ini memilih Khalid sebagai penerima anugerah Tokoh Keusahawanan Kedah, kerana kejayaannya dalam bidang perniagaan.

Ditanya jika dia sudah mengucapkan tahniah kepada Khalid, Siti berkata: ?idak... belum lagi.?

Siti juga sekali lagi menafikan bahawa dia mempunyai hubungan dengan seorang jurutera yang didakwa sebagai abang angkatnya seperti yang digembur-gemburkan sesetengah pihak sebelum ini.

Bagaimanapun ketika diminta kepastian apakah lelaki yang memiliki hatinya itu adalah Datuk K, Siti masih enggan mengiyakan atau menafikannya.

Mengenai dakwaan yang mengatakan Datuk K pernah memberitahu pihak tertentu bahawa Siti adalah teman istimewanya dan merancang mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, penyanyi itu berkata, sesiapa saja boleh bercerita mengenai perkara itu.

?iti faham setiap orang ada input masing-masing. Tapi Siti harap jangan paksa Siti untuk membuat sebarang kenyataan. Sampai masanya nanti Siti akan umumkan,? katanya turut menafikan akan berkahwin Jun ini.

Dalam pada itu, Siti juga berkata, dia berharap pihak media supaya tidak terlalu mengorek atau menggembar-gemburkan soal jodohnya kerana ia membuatkan dia berasa tidak selesa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 20-4-2006 12:36 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza tumpang gembira Datuk K terima anugerah
utusan 20/04


KUALA LUMPUR 19 April - Penyanyi terkenal tanah air, Siti Nurhaliza Taruddin gembira apabila ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa dipilih Tokoh Usahawan Negeri Kedah semalam.

Beliau yang digosipkan bercinta dengan ahli perniagaan itu yang lebih dikenali `Datuk K' turut menyatakan, belum menghantar ucapan tahniah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Datuk K.

``Sesiapa sahaja yang mendapat anugerah, Siti tumpang gembira tetapi Siti belum SMS lagi, mungkin selepas ini,'' katanya.

Beliau ditemui selepas persembahan Minggu Setiausaha Hotel Quality City Centre di sini hari ini.

Beliau turut menasihatkan peminat supaya membeli album terbarunya untuk mendengar lagu `Biarlah Rahsia' yang mengisahkan percintaannya yang sebenar.

``Fahami lirik lagu itu kalau nak tahu jawapan kisah percintaan Siti,'' katanya sambil memberitahu, album terbarunya `Transkripsi' akan berada di pasaran 24 April ini.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat memahami perasaannya dan tidak berterusan memaksanya menjelaskan kisah cintanya.

Beliau juga mengakui perubahan fizikalnya dengan berat badannya kini mencecah 55 kilogram (kg) berbanding berat ideal antara 45 dan 50 kg.

Siti berkata, ia berlaku disebabkan beliau lebih banyak berkurung dalam studio rakaman untuk menyiapkan album terbaru itu.

``Duduk dalam studio asyik dengar lagu sahaja, lepas itu makan sebab itu badan naik,'' kata Siti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 03:31 AM | Show all posts
`Tak lama lagi pecahlah rahsia' - Siti Nurhaliza
Oleh: NORILA DAUD

KUALA LUMPUR 20 April - Penyanyi popular negara, Siti Nurhaliza Taruddin membuat kejutan di hadapan 900 tetamu Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini hari ini, apabila menyatakan ``tak lama lagi pecahlah rahsia.''

Siti Nurhaliza dengan spontan berkata demikian sebagai menjawab jeritan seorang penonton yang bertanya bila beliau akan berkahwin sebelum menyampaikan lagu terbarunya Biarlah Rahsia.

Dalam sidang akhbar selepas membuat persembahan selama dua jam sempena majlis meraikan setiausaha dan tetamu kehormat isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Siti Nurhaliza berkata, beliau tidak akan membuat komen mengenai hubungan cintanya mulai hari ini.

Ditanya bilakah rahsia itu akan didedahkan, Siti berkata, beliau hanya bergurau serta mengusik penonton dan tidak lebih daripada itu.

Siti Nurhaliza juga enggan memberi komen ketika ditanya sudahkah menghantar mesej kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang menerima anugerah Tokoh Usahawan Kedah baru-baru ini.

Siti Nurhaliza sebelum ini digosipkan menjalin hubungan cinta dengan Datuk K.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, beliau akan menumpukan perhatian terhadap album terbarunya Transkripsi yang dijadual berada di pasaran pada 25 April ini.

``Saya sedang memberi tumpuan terhadap album pertama terbitan Siti Nurhaliza Production (SNP) dan menunggu dengan debaran bagaimana sambutan peminat terhadapnya.

``Maklumlah sudah dua tahun saya tidak menerbitkan album dan tambahan inilah album pertama kelahiran syarikat saya sendiri,'' jelas Siti Nurhaliza.

Berhubung komposer Indonesia yang menghasilkan lima daripada 13 lagu dalam album terbarunya, Siti Nurhaliza berkata, beliau berpeluang belajar sesuatu yang baru daripada orang seni dari negara jiran itu.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pendengar untuk menilai lagu-lagu dalam album terbarunya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 04:40 PM | Show all posts
"Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, beliau akan menumpukan perhatian terhadap album terbarunya Transkripsi yang dijadual berada di pasaran pada 25 April ini."

POSPON LAI..:geram:

[ Last edited by  MEUTHEY at 21-4-2006 04:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 06:59 PM | Show all posts

Reply #111 MEUTHEY's post

25 ??pesal tmabah sari lagi??
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-4-2006 02:09 AM | Show all posts
Edisi KL : Tak lama lagi pecah rahsia...
Oleh Hartati Hassan Basri
harian metro 21/04


BUKIT KIARA: ?amai bertanya lagu Biarlah Rahsia adakah kisah cinta saya. Saya kata tidak mengapalah tidak lama lagi pecahlah rahsia,? kata penyanyi Siti Nurhaliza, 27, (gambar) di hadapan penonton ketika menjayakan Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, semalam.




Kenyataan Siti itu dianggap sebagai pembayang bahawa penyanyi yang akhir-akhir ini dikaitkan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk K, sudah bersedia untuk memberi jawapan atas teka-tekinya selama ini.

Malah, penonton seolah-olah dapat menyelami perasaan Siti melalui lagu ciptaan Melly Goeslaw itu kerana liriknya ditulis Siti.

Lagu itu dimuatkan dalam album terbaru Siti, Transkripsi yang akan berada di pasaran 25 April nanti.

Selepas majlis itu, Siti ditanya mengenai reaksi keluarganya terhadap cerita yang digembar-gemburkan media selama ini.

Dia bagaimanapun sekadar mengatakan keluarganya tidak banyak bertanya.

Siti juga enggan menjawab apabila ditanya khabar angin yang keluarganya tidak merestui pilihan hatinya.

Saya tidak mahu mengulas lanjut,? katanya yang mengejutkan penonton ketika mengadakan persembahan apabila menangis ketika turun pentas bertemu dengan penyanyi Ziana Zain.

Menjelaskan hal itu, Siti mengatakan banyak kenangan manis bersama Ziana hingga dia tidak dapat mengawal perasaan sebaknya melihat Ziana hadir menyaksikan persembahannya.

Saya lihat kak Ziana hendak menangis menyebabkan saya tidak dapat mengawal perasaan. Keadaan ini mungkin kerana kami anak polis dan mempunyai latar belakang sama.

Ziana juga selalu memberi pesanan mengenai banyak perkara setiap kali kami bertemu. Dulu ketika menyertai pertandingan menyanyi, saya selalu mempertaruhkan lagu Ziana. Apabila saya menjadi penyanyi, hari ini Ziana hadir memberi sokongan. Saya terharu dengan sokongannya itu,? katanya.

Persembahan Siti hari kedua itu turut disaksikan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Paduka Rosmah Mansor dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Zaharah Kechik

pssttt...rahsia ape ek agaknye ct kongsi ngan zz...

[ Last edited by  sayang_manja at 22-4-2006 02:11 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-4-2006 02:13 AM | Show all posts
Siti ?ecah rahsia? tidak lama lagi
berita harian 21/04


KUALA LUMPUR: ?idak lama lagi pecahlah rahsia,? kata penyanyi popular, Siti Nurhaliza Taruddin kepada peminat ketika membuat persembahan pada majlis Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality City Centre di sini, semalam.


  


Bagaimanapun, Siti ketika diminta mengulas kenyataan itu dalam sidang media selepas persembahan berkata, dia sekadar bergurau dengan peminat yang sibuk bertanya maksud mengenai lagu terbarunya, Biarlah Rahsia.

Siti enggan mengulas lanjut mengenai kisah cintanya dengan alasan wakil media sudah meminta komen yang sama daripadanya kelmarin, termasuk dakwaan hubungannya tidak mendapat restu keluarga.

?ari ini, Siti tidak mahu komen apa-apa mengenai kisah perkahwinan kerana Siti belum bersedia. Siti tidak mahu komen apa pun berhubung soal peribadi,? katanya.

Turut menyaksikan persembahan Siti pada hari kedua itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Zaharah Kecik.

Sejumlah RM50,000 hasil kutipan daripada majlis itu akan disumbangkan kepada tabung Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia.

Ketika diminta mengulas sama ada dia sudah mengucapkan tahniah atas kejayaan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali Datuk K yang dipilih sebagai Tokoh Keusahawanan Kedah, Siti sekali lagi mengelak.

?h ini sambungan soalan semalam kan? Cukuplah bercerita mengenai hal itu kerana kisah ini sudah jadi lain. Siti rasa tidak seronok kerana orang ramai mahu tahu pasal persembahan bukan kisah gosip,? katanya.

Ketika ditanya mengenai tarikh perkahwinannya yang dijangkakan berlangsung pada 26 Jun ini, artis itu sekadar melemparkan senyuman kepada pihak media.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2006 11:44 AM | Show all posts
Siti perjelas cinta Baru
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

GARA-GARA pengakuan Siti Nurhaliza Tarudin, 27, yang mahu mendedahkan siapa cinta barunya, dewan besar Grand Maya, Hotel Maya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, secara tiba-tiba sesak dengan jurugambar dan wartawan tempatan.

rakanBH

Ramai mahu tahu apakah sebenarnya ingin diumumkan penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.

Adakah Siti sudah bersedia untuk berkongsi cerita, sekali gus mendedahkan lelaki yang berjaya bertakhta di hatinya ?

Barangkali Siti sudah mendapat keyakinan untuk mengumumkan tarikh perkahwinannya dan tampil bersama lelaki dimaksudkan. Malang pula lain diharap, lain pula yang terjadi.

Hadirin ternyata kecewa pada petang itu apabila yang diumumkan Siti bukanlah pautan kasih daripada dua jiwa tetapi cuma cinta barunya pada Olay Total Effects.

Pada majlis itu syarikat pengeluar produk kecantikan itu, Procter & Gamble (Malaysia) Sdn Bhd (P&G) turut mengumumkan pihaknya menyunting penyanyi terkenal itu sebagai jurucakap jenama berkenaan selama setahun.

Pengumuman itu sekali gus menyebabkan wartawan beranggapan kontroversi cintanya mulai dieksplotasi pelbagai pihak termasuklah syarikat produksinya sendiri, Siti Nurhaliza Production (SNP). Siapa tahu barangkali masing-masing mempunyai strategi memancing publisiti bagi memastikan populariti dimiliki Siti itu berterusan.

Apatah lagi single terbaru nyanyiannya, Biarlah Rahsia dan kini sedang hangat diputarkan stesen radio seperti mempunyai kaitan dengan isu kontroversi cintanya, yang mula diperkatakan oleh peminatnya di negara jiran .

Di majlis itu, Siti menjelaskan dia hanya mahu berkongsi dengan peminatnya mengenai apa yang dicari selama ini.

揝ebagai wanita melalui fasa baru dalam hidup dan matang memilih, sudah tentu menjaga kecantikan dan peribadi diri satu kemestian. Sebelum ini saya sudah mencuba pelbagai alat kecantikan penjagaan wajah.

揃agaimanapun sewaktu didatangi pihak P&G dan memberi saya mencuba Olay Total Effects yang berfungsi sebagai alat untuk menghilangkan kesan penuaan, selama lapan hari membuatkan saya jatuh cinta,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2006 05:03 PM | Show all posts
Music mania

NEXT month Channel [V] will present Asia抯 biggest acts in an Asian All Stars tribute on its [V]-Rated Weekends. Taiwan抯 leading female acts, including Jolin Tsai (right) and pop trio S.H.E. are in the line-up.  

Tsai will be featured in The 10 Most Popular Asian Artists on May 6.  

S.H.E., Jericho Rosales, Sheila Majid, Siti Nurhaliza and Utada Hikaru will be on For the Record on May 13. Also, Mayday, Modern Dog, PRU, Ahli Fiqir and Jason Lo will be on the show on May 20.

Be sure to also catch some of Taiwan抯 hottest male artistes such as rock band Mayday, the talented Wang Leehom and R&B superstar Jay Chou on May 27.  

[V]-Rated Weekends

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2006 12:37 PM | Show all posts
KOSMO 23 APRIL 2006



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2006 12:42 PM | Show all posts
KOSMO 23 APRIL 2006

BIAR PENAT TAPI HATI TERHIBUR

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca KOSMO! Ahad. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang menggembirakan hendaknya.

Bersua kembali kita dalam ruangan PenaSiti kali ini. Sepanjang seminggu ini jadual saya agak padat.

Kepenatan bersama Fiesta Media Idola 2006 nampaknya tidak sempat berlabuh kerana pulang sahaja ke Kuala Lumpur, saya perlu bersedia dengan pelbagai acara persembahan.

Saya juga baru sahaja selesai mengadakan persembahan Minggu Setiausaha yang dianjurkan oleh Hotel Quality Kuala Lumpur, Shah Alam dan Brisdale Hotel selama dua hari di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada 19 dan 20 April lalu.

Saya hanya mempunyai masa tidak sampai sehari untuk berlatih menjayakan persembahan tersebut.

Mujur juga sikap professional dua artis undangan saya tempoh hari iaitu Saiful Apek dan Yassin juga membantu kelancaran majlis yang Siti jayakan itu.

Tidak ketinggalan barisan pemuzik professional yang diketuai Aubrey Suwito juga memberi keseronokan kepada saya.

Walaupun perbincangan kami berlangsung hanya sehari sebelum acara namun semuanya berjalan lancar.

Saya berharap agar semua penonton yang menonton persembahan saya termasuk isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhibur dengan apa yang saya sajikan.

Andai ada kekurangan dan kelemahan, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Saya memang sedaya upaya memberikan sesuatu yang terbaik kepada penonton-penonton yang datang.

Bila mereka gembira, tersenyum dan pulang dengan rasa puas hati, saya boleh tidur lena kerana memang itulah hadiah buat saya.

Pada hari pertama persembahan, selepas sahaja majlis itu, saya bergegas pula ke RTM untuk menjayakan rakaman Zoom In Bersama Yasin.

Saya menyampaikan lagu yang dipetik dari album baru yang dicipta oleh Yasin sendiri iaitu Hidup Penuh Bicara.

Selepas persembahan hari kedua pula, saya menjalani rakaman rancangan Ilham Komposer bersama Pak Ngah dan beberapa artis lain.

Walaupun harus mempersiapkan diri untuk acara siang dan malam namun saya gembira kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Selain itu saya juga sangat gembira kerana pada persembahan Minggu Setiausaha tersebut, saya berpeluang memperdengarkan tiga buah lagu baru dari album terbaru saya antaranya Biarlah Rahsia, Intrig Cinta dan Bisakah.

Rata-rata peminat yang saya temui menyatakan rasa tidak sabar untuk mendapatkan album terbaru. Kepada anda yang setia menanti album terbaru saya, jangan risau kerana kemungkinan besar esok atau lusa album ini akan mula diedarkan.

Buat masa ini, syarikat rakaman pengedar album itu, Suria Records sedang bertungkus lumus memastikan album ini akan diedarkan pada minggu ini juga dan besar harapan saya agar para peminat akan mendapatkan album yang original.

Saya juga tidak nafikan begitu berdebar menunggu respons para peminat terhadap album baru ini kerana inilah percubaan pertama saya dan syarikat produksi saya iaitu Siti Nurhaliza Production muncul sebagai penerbit.

Semoga album ini akan dapat memuaskan hati anda semua yang bakal memilikinya nanti.

Doa saya agar album ini akan menutup semua cerita peribadi saya kerana saya ingin memberi tumpuan kepada promosi album ini.

Semoga album yang dinamakan sebagai Transkripsi ini juga akan mencapai kejayaan bukan sahaja buat saya dan peminat sahaja, bahkan kepada industri muzik juga.

Bercakap mengenai industri muzik, saya tertarik untuk bercerita mengenai majlis Anugerah Industri Muzik yang bakal berlangsung pada 29 April ini.

Sebagai artis, saya sentiasa memberi sokongan dan insya-Allah saya juga akan membuat persembahan pada malam itu nanti.

Mahu tahu apa bentuk persembahan, jangan lupa untuk menyaksikannya.

Baiklah, nampaknya itu sahaja cerita yang dapat saya kongsi dengan anda. Saya juga percaya, pada hati minggu ini ramai yang mengambil kesempatan berehat di rumah di samping keluarga tercinta.

Kepada anda selamat berehat dan sampai kita bertemu lagi di catatan seterusnya minggu depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 23-4-2006 01:03 PM | Show all posts
CAK: Biarlah Rahsia dimuat turun
h.metro 23/04


MEREMANG bulu roma CAK apabila gemersik suara Siti Nurhaliza mengalunkan Biarlah Rahsia, lagu Melly Goeslow yang dimuatkan di dalam album barunya yang akan dipasarkan esok.




Bukan pertama kali dipersembahkan Siti tetapi ketika Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, gemanya lain macam. Cukup terasa lirik hasil nukilan Siti itu.

Memang orang menantikan album barunya kerana yakin ada ceritanya seperti cerita Bukan Cinta Biasa dulu. Kepada sesiapa yang pernah mendengarnya, tentu faham apa yang CAK cuba fahamkan di sini.

Sebaik saja pertama kali Siti menyanyikan lagu itu di Anugerah Planet Muzik 2006 baru-baru ini, keesokan harinya CAK difahamkan yang lagu itu terus dimuat turun oleh peminatnya melalui komputer. Lalu lagu itu tersebar dengan cepat.

Rakan CAK sendiri bukan main lagi berlagu menyanyikan melodi sedih itu. Cepat liriknya dihafal. Namun dari aspek lain, CAK ragu-ragu sama ada peminat tak sabar menunggu album atau sengaja memuat turunkan karya seni itu secara haram.

Bukan tak boleh tetapi kecanggihan teknologi hari ini bagaikan membenarkan segalanya berlaku. Kasihannya kepada pengkarya yang selalu menjadi mangsa cetak rompak. Pelbagai jenis perakam di pasaran hari ini, paling dekat dengan kita ialah telefon bimbit.

Namun, dalam hal ini, CAK tak boleh salahkan pengguna juga kerana mereka menggunakan kemampuan mesin bercakap itu. Cuma inilah cabaran baru kepada orang industri rakaman yang perlu lebih kreatif menjaga hak mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 05:38 AM | Show all posts
Biarlah Rahsia kisah cinta Siti Nurhaliza

Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

SITI NURHALIZA.

Hari ini album terbaru penyanyi kesayangan ramai Siti Nurhaliza yang berjudul Transkripsi berada di pasaran. Akhirnya Siti mengubat kerinduan para peminat yang sentiasa dahagakan alunan vokal lunaknya setelah dua tahun dia tidak muncul dengan album baru.

Apa yang menarik, lagu Biarlah Rahsia yang terkandung dalam album itu sudah mula memikat halwa telinga para peminat Siti kerana sering disiarkan beberapa stesen radio tempatan.

Ramai yang tertanya-tanya tentang mesej lirik lagu itu tatkala perasaan mereka dibuai kelunakan irama lagu itu.

Lagu Biarlah Rahsia ciptaan Melly Goeslow dan liriknya nukilan Siti sendiri menggambarkan kisah percintaan pasangan kekasih yang terhalang.

揊ahami lirik lagu itu kalau nak tahu tentang kisah percintaan Siti,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.436071 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list