CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
Post time 5-5-2006 09:08 AM | Show all posts
Tiada siapa datang merisik - Siti Salmah
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

KUALA LUMPUR 4 Mei - ``Makcik tidak tahu apa-apa cerita. Tiada siapa yang datang merisik Siti pun. Tetapi makcik mengharapkan Siti akan berkahwin sebelum usianya 30 tahun.''

Begitu jawapan ibu kepada penyanyi popular Siti Nurhaliza, 27, Siti Salmah Bachik apabila ditanya tentang gosip mengenai Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid Jiwa (Datuk K) yang dikatakan akan berkahwin dalam waktu terdekat ini.

Bagaimanapun, kata Siti Salmah, 55: ``Walaupun Siti cakap dia sudah matang untuk mendirikan rumah tangga, tapi makcik masih menganggap dia keanak-anakan.''

Siti Salmah menjadi tumpuan wartawan ketika ditemui pada majlis pelancaran laman web dan album terbaru anaknya, berjudul Transkripsi di sini hari ini.

Siti Salmah berkata, sebagai ibu, dia tentunya mengharapkan Siti mendapat calon suami yang baik, menghormati keluarga dan sayang kepada isteri.

``Orang berkahwin sampai ke akhir hayat bukan untuk setahun dua sahaja. Siti kena fikir sebaik-baiknya,'' kata Siti Salmah.

Sementara itu Siti yang ditemui pada majlis itu mengakui bahawa dirinya kini sedang melalui hari-hari yang bahagia.

``Siti gembira dengan kehidupan sekarang,'' katanya dengan nada ceria.

Mengenai kebenaran percintaannya yang dikatakan tidak direstui keluarga, kata Siti, ``Wallahualam, Siti terima apa orang nak cakap kerana yang melaluinya adalah diri Siti sendiri.

``Tapi Siti reda dengan apa yang berlaku dan Siti percaya jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

``Semuanya (yang berlaku) telah tertulis. Siti harus menerimanya dengan reda.''

Namun Siti menegaskan, dalam apa juga keputusan yang diambil, dia akan meminta restu daripada keluarga khususnya dalam soal perkahwinan.

``Tetapi Siti yang akan lalui kehidupan Siti. Jadi Siti harus berani membuat keputusan tertentu.

``Secara ikhlas Siti berserah kepada Allah. Kalau tidak ada masalah panjang, Siti akan berkahwin,'' kata Siti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2006 06:34 PM | Show all posts
KOSMO 30 APRIL 2006

TERIMA KASIH PEMINATKU


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca KOSMO! Ahad dan tentunya kepada mereka yang sering mengikuti tulisan saya di ruangan ini.

Sudah seminggu berlalu, Isnin, 24 April 2006, album terbaru saya iaitu Transkripsi telahpun berada di pasaran.

Saya amat beterima kasih kepada syarikat produksi saya Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd., dan juga Suria Records kerana telah bertungkus-lumus menyiapkan album ini sehingga dapat dipasarkan pada waktu yang ditetapkan.

Saya akur begitu ramai peminat saya yang tertunggu-tunggu kemunculan album ini dan sambutan yang diberikan terhadap album ini juga begitu membanggakan.

Saya gembira dan berbahagia sekali kerana peminat-peminat saya begitu menghargai usaha saya menerbitkan album ini dengan membeli yang asli. Saya membaca catatan mereka di laman web Sitizone.comdan terharu di atas sokongan mereka.

Album tersebut mangandungi 13 buah lagu dan hasilnya saya mendapat respon yang baik daripada peminat dan pihak media yang sudah mendapatkannya.

Saya tidak mahu anda menyukainya hanya satu lagu sahaja kerana itulah saya memastikan agar kesemua lagu mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Walaupun baru seminggu diedarkan, saya juga berasa amat terkilan kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menjual album cetak rompak dan tidak kurang yang mengambil kesempatan dengan kecanggihan teknologi supaya lagu saya boleh dimuat turun menerusi internet.

Justeru itu, saya sudahpun mengarahkan pihak peguam saya mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menggunakan internet untuk mencuri harta saya serta pihak kerajaan dalam menangani masalah cetak rompak ini.

Jumaat lalu saya sempat bertemu peminat dan mengadakan persembahan dan siding media sempena Hari Harta Intelek 2006. Harapan saya semua pihak sudah memupuk kesedaran dengan tidak membeli sebarang album cetak rompak. Semua harta intelek ini harus dipelihara dan kita sebagai pengguna harus tahu menghargai.

Atas kesedaran yang sama juga, saya telah menubuhkan laman web sitizonemobile.com untuk memudahkan peminat-peminat mendapatkan bahan-bahan eksklusif mengenai album dan lagu-lagu saya.

Hanya laman web itu sahaja yang sah untuk memuat turun bahan-bahan yang telah disediakan dan saya berharap agar pihak yang telah menyalahi undang-undang, akan segera insaf kerana mereka harus tahu bahawa hasil yang mereka dapat itu adalah kepunyaan atau hak orang lain.

Semalan pula, acara Anugerah Industri Muzik 13 (AIM13) telah berlangsung. Semoga acara tahunan industri muzik ini akan terus kekal supaya ada ruang kepada insane seni mempertaruhkan bakat mereka serta diikhtiraf.

Saya juga bertanding dalam satu kategori, iaitu Persembahan Vokal Terbaik Wanita tetapi keputusannya saya belum tahu sewaktu saya menulis catatan ini.

Apa yang penting saya mahu terus memberi bakti kepada seni dan anugerah itu adalah bonus kepada usaha gigih seloama ini.

Selain itu saya juga telah membuat persembahan secara duet dengan Hazami menerusi lagu Getaran. Semoga persembahan tersebut menghiburkan anda semua.

Jadual harian saya minggu lalu amat sibuk dan saya hanya sempat berlatih satu hari sahaja bersama Hazami dan pemuzik.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba dia atas pemergian beliau ke rahmatullah. Semoga roh bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sekian dahulu catatan saya minggu ini. Sehingga bertemu lagi minggu depan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2006 08:59 PM | Show all posts

betaper tak tahunyer rae pasal dunia kat mesia nih - rae br tau Tuh Ghafar Baba dah meninggal :malu:
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 03:44 PM | Show all posts
KOSMO 7 MEI 2006

RAIKAN KEGEMBIRAAN BERGANDA

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca setia ruangan PenaSiti dan pembaca KOSMO! Ahad yang saya hormati.

Syukur kepada Yang Maha Esa kerana Khamis lalu, album terbaru saya, Transkripsi selamat dilancarkan oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Cik Puan Muda Pahang, Julita Aishah Abdul Latif.

Saya menjunjung kasih di atas kesudian kedua-dua tetamu diraja itu untuk menyempurnakan majlis pelancaran Transkripsi.

Meskipun pada awalnya saya ada rancangan untuk melancarkan Transkripsi di Kuantan, Pahang sempena acara Fiesta Media Idola tidak menjadi kenyataan, namun kehadiran Tengku Muda Pahang dan isteri ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan hasrat itu amat-amat saya sanjungi.

Sebagai kelainan, saya juga memilih lokasi Restoran Puteri milik dua karyawan seni tanah air, Habsah Hassan dan Rubiah Suparman sebagai tempat pelancaran album berkenaan.

Secara peribadi, saya sengaja memilih untuk melancarkan album di restoran memandangkan saya mahu acara itu berjalan dalam suasana penuh santai dan memberi kesempatan kepada saya untuk mengeratkan hubungan dengan semua tetamu yang hadir.

Kegembiraan tidak dapat saya sembunyikan apabila berpeluang melihat wajah-wajah yang selama ini menjadi tulang belakang kejayaan saya.

Kehadiran ibu tercinta, Siti Salmah Bachik serta ahli keluarga yang lain, komposer-komposer  dan penulis-penulis lirik yang terlibat dalam album, wakil syarikat rakaman Suria Records Sdn. Bhd. (SRC), rakan-rakan media dan juruhebah serta rakan-rakan artis pada majlis yang berlangsung dalam suasana penuh sederhana itu sangat-sangat saya hargai.

Kalian semua memainkan peranan yang sangat besar dalam hidup saya sepanjang bergelar anak seni lebih sedekad. Terima kasih yang tidak terhingga.

Tiada apa yang mampu dilafazkan melainkan rasa gembira dan bangga kerana produk yang diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat produksi saya, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. (SNP) kini menemui peminat-peminat tersayang secara rasmi.

Seperti yang sering saya sebut sebelum ini, album solo ke-11 yang dihasilkan hampir dua tahun ini menterjemahkan iltizam dan aspirasi saya sebagai anak seni. Pada masa yang sama, ia merupakan suara hati saya berhubung kehidupan yang saya lalui.

Sebagai memeriahkan acara pada petang yang sangat bermakna dalam kerjaya seni saya, tiga buah lagu saya nyanyikan iaitu Intrig Cinta, Biarlah Rahsia dan Hidup Penuh Bicara sebagai hadiah buat anda yang hadir ke majlis itu.

Kegembiraan saya lebih berganda apabila mendapat khabar yang paling manis kerana album yang baru dua minggu dipasarkan itu sudah terjual lebih 35,000 unit.

Angka jualan itu memberikan motivasi kepada saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik pada masa depan.

Peningkatan jualan album itu juga membuktikan sokongan tidak berbelah bagi peminat-peminat saya. Saya juga difahamkan, ramai peminat baru yang turut mendapatkan album Transkripsi ini.

Saya percaya, kejayaan  pemasaran yang dilakukan oleh SNP dan SRC serta liputan yang diberikan oleh media menjadikan respons orang ramai terhadap album ini sangat positif. Terima kasih sekali lagi.

Paling utama, kesedaran peminat-peminat yang mendapatkan album Transkripsi yang asli perlu diberi penghargaan yang paling tinggi.

Sokongan tidak berbelah bagi bagi peminat yang membeli album asli memberikan semangat kepada saya dan rakan-rakan artis yang lain untuk lebih berani membuat pelaburan ke atas kerjaya seni kami.

Insya-Allah sebagai pulangan kepada peminat-peminat setia saya juga, saya akan ke Jakarta, Indonesia pada 13 Mei ini untuk menghasilkan klip video di sana.

Saya berjanji akan memberikan yang terbaik kepada semua yang sering meletakkan harapan yang tinggi di bahu saya. Untuk pengetahuan semua, album Transkripsi juga akan memasuki pasaran Indonesia sekitar bulan depan.

Tinggalkan dulu seketika kisah album terbaru saya kerana saya mahu menarik perhatian anda mengenai kehadiran saya ke Mersing, Johor semalam.

Barangkali, ramai yang tidak tahu itu merupakan kunjungan kali kedua saya ke daerah itu selepas kali pertama berada di sana kira-kira 11 tahun dahulu sebelum album pertama saya dilancarkan.

Seingat saya, ketika itu saya dibawa oleh wakil syarikat rakaman SRC untuk menjayakan satu acara hiburan dan kunjungan kali kedua saya ke sana semalam pula kerana menjayakan Karnival Mersing.

Seronok juga kerana berpeluang mengembalikan semula memori silam. Terima kasih orang-orang Mersing.

Dari Mersing saya bertolak ke Johor Bahru untuk menjayakan konsert sempena Karnival Jomheboh 2006 anjuran TV3 yang berlangsung di Danga Bay.

Sudah tentu malam ini, saya akan menghiburkan orang-orang Johor pada konsert kemuncak Karnival Jomheboh 2006. Jadi kepada anda yang tidak berkesempatan ke Danga Bay, pastikan anda menonton TV3 malam ini untuk menyaksikan persembahan saya dan rakan-rakan artis yang lain.

Okey, saya fikir ini sahaja catatan yang sempat ditulis untuk minggu ini, sampai jumpa lagi minggu depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 06:10 PM | Show all posts
Originally posted by ruffly_sya at 9-5-2006 03:44 PM
KOSMO 7 MEI 2006

RAIKAN KEGEMBIRAAN BERGANDA

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca setia ruangan PenaSiti dan pembaca KOSMO! Ahad yang saya hormati.

Syukur kepada Yang Mah ...

rasa bersyukur dapat tgk jugak kosmo minggu lepas....haz blk kelantan so nk daptkan dia di kelantan punya susah nasib baik korang letak disini...tahniah bUAT KAK Siti nurhaliza atas kejayaan album terbaru isyaallah album akan mendapat sambutan dan senoga blh memecahkan record mawi ..doakan untuk Siti ok ...... ku akhiri dgn ucapan Assalamlaikum....dan wassalam buat semua ..

P/s:bilalah mesj siti di sitizzone nak keluar msg terbaru dari ct ..rindu sesangat
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 07:50 PM | Show all posts
Originally posted by JAY-Z at 5-5-2006 09:08 AM
Tiada siapa datang merisik - Siti Salmah
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

KUALA LUMPUR 4 Mei - ``Makcik tidak tahu apa-apa cerita. Tiada siapa yang datang merisik Siti pun. Tetapi makcik meng ...

maknanye surat kahabr perdana tu sj2 jer reka cite yang datuk jawa ni dtg meminag siti,,,geramnyer:geram:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2006 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by hazrul452 at 9-5-2006 07:50 PM

maknanye surat kahabr perdana tu sj2 jer reka cite yang datuk jawa ni dtg meminag siti,,,geramnyer:geram:


surat khabar ni  mmg takleh dipercayai dari dulu lg.so jgn beli

[ Last edited by  mawar_pinky at 9-5-2006 11:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2006 09:13 PM | Show all posts
Kat Kosmo rupanya... kite asyik ingat sameade kat Bintang Popular atau Pancaindera... Kalau kite send email kat add tu betul ke Siti baca?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2006 02:53 AM | Show all posts
Originally posted by adikkeluangman_ at 11-5-2006 09:13 PM
Kat Kosmo rupanya... kite asyik ingat sameade kat Bintang Popular atau Pancaindera... Kalau kite send email kat add tu betul ke Siti baca?

tu kan email siti zone msti siti read punya:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2006 08:42 AM | Show all posts
Originally posted by mawar_pinky at 9-5-2006 10:34 PM


surat khabar ni  mmg takleh dipercayai dari dulu lg.so jgn beli

mmmg dah takkan beli rugikan money aku jer
:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2006 08:01 PM | Show all posts
betul mi ke main2 je
kang kago paste tak dapat siap u


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2006 04:50 PM | Show all posts
KOSMO 14 MEI 2006

IBU, KAULAH RATU HATIKU

SALAM hujung minggu buat anda pembaca setia akhbar kontemporari popular, KOSMO! Ahad.

Salam kemesraan juga saya panjangkan buat semua peminat setia saya yang saban minggu tidak meninggalkan peluang untuk membaca tulisan saya di akhbar kompak ini.

Hari ini saya fikir hari yang sangat-sangat berbahagia buat kita semua yang masih mempunyai peluang dan kesempatan untuk meraikan Hari Ibu.

Sayang sekali hari ini, saya masih berada di Jakarta, Indonesia kerana terikat dengan urusan kerja yang akan saya ceritakan di perenggan-perenggan akhir.

Biarpun tidak berada di dalam negara, saya pasti akan menghubungi bonda tercinta, Siti Salmah Bachik untuk mengucapkan salam Hari Ibu buat beliau.

Apabila diminta bercerita mengenai Hari Ibu, saya berpendapat, inilah ruangan terbaik untuk saya berkongsi kegembiraan dan kesyukuran menjadi anak kepada seorang wanita yang saya anggap sebagai srikandi ulung dalam hidup saya.

Siti Salmah satu nama yang sangat anggun seanggun peribadi dan personalitinya.

Kebanggaan paling utama pada saya ialah kerana beribukan seorang wanita yang telah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan olehNya sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya dan sebagai isteri kepada Tarudin Ismail.

Syukur kepada Tuhan kerana kurniaan yang sangat besar itu kerana ibu tidak pernah sama sekali mengabaikan keluarganya waima dalam apa keadaan sekalipun.

Hubungan akrab saya dengan ibu barangkali sama juga dengan orang lain. Sebagai anak perempuan, sudah tentu saya mesra dan manja dengan ibu kerana sudah menjadi tradisi bagi ayah sebagai ketua keluarga mencari nafkah untuk menampung keluarga.

Namun, kehadiran ayah sangat penting dalam kehidupan saya, termasuk anda juga.

Bercerita mengenai kebanggan menjadi anak kepada Siti Salmah juga, suatu hal yang sering membuatkan saya berfikir mengenai ibu saya ialah tahap kesabaran beliau yang sangat tinggi.

Bahkan, apa yang sangat-sangat saya kagumi mengenai ibu juga ialah beliau sentiasa menyanjung tinggi budaya Melayu.

Dan apa yang paling penting juga ialah, bakat seni yang ada dalam diri saya merupakan apa yang diwarisi daripadanya.

Saya tidak mampu menafikan bahawa ibu memainkan peranan yang sangat besar dalam perkembangan kerjaya seni saya selama lebih sepuluh tahun.

Selain daripada bakat yang Tuhan kurniakan kepada saya, dorongan, motivasi dan darah seni ibu menyebabkan saya mampu berada di kedudukan saya hari ini.

Melengkapkan kehadiran ibu sebagai wanita cantik dan berakhlak ialah, beliau juga mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja di dapur. Pendek kata, beliau hadir lengkap dengan pakej sebagai ibu.

Apa lagi yang perlu saya gambarkan selain daripada rasa syukur dan gembira yang tidak terhingga. Ibu, kaulah ratu hatiku.

Sebagai anak, setiap masa dan ketika saya cuba untuk menjalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin untuk memberikan yang terbaik selain menggembirakan ibu.

Setiap masa dan ketika juga, pesanan ibu agar saya menghormati orang lain selain menjunjung budi pekerti sebagai orang Melayu akan menjadi dinding pertahanan diri.

Saya juga sentiasa mengingatkan diri saya agar menjadikan segala contoh kualiti yang ada dalam diri ibu menjadi pegangan saya apabila sampai masanya saya bergelar ibu satu hari nanti. Insya-Allah.

Berkongsi bintang yang sama iaitu Capricorn, ibu yang kini berusia 56 tahun melalui banyak perkara yang sukar dalam kehidupan silamnya.

Lalu, sudah menjadi tanggungjawab saya dan adik-beradik yang lain untuk memberikan kebahagiaan kepadanya.

Insya-Allah ibu, saya akan cuba memberikan yang terbaik dan akan terus membahagiakan ibu selagi hayat saya dikandung badan.

Menggambarkan kasih saying seorang ibu mengingatkan saya pada lirik-lirik penuh makna lagu Melayu klasik, Syurga Di Telapak Kaki Ibu. Begitu juga dengan lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ibu.

Saya juga sudah merancang untuk memberikan hadiah paling istimewa buat ibu sebaik saya pulang  dari Jakarta esok.

Kepada ibu, sekali lagi salam Hari  Ibu daripada anakanda Siti Nurhaliza dan kepada bakal-bakal ibu atau mereka yang bergelar ibu hari ini, saya percaya inilah hari yang paling indah dalam hidup anda semua.

Berbalik kepada cerita kunjungan saya ke Jakarta buat kesekian kalinya, ingin diberitahu bahawa saya tiba di sini semalam untuk menjalani rakaman klip video lagu Biarlah Rahsia arahan Rizal Mantovani.

Ingin dijelaskan, matlamat saya bekerjasama dengan karyawan di negara jiran ini ialah untuk meraih pengalaman selain mahu mengukuhkan jalinan seni antara karyawan kedua-dua negara.

Dalam perancangan masa depan, saya sememangnya mempunyai keinginan untuk bekerjasama dengan pengarah-pengarah dari Malaysia pula.

Ingin dikhabarkan juga bahawa pihak pengurusan saya juga sedang dalam proses mengadakan beberapa peringkat rundingan untuk memastikan album terbaru saya, Transkripsi akan dipasarkan di Indonesia dalam masa terdekat.

Doakan semua urusan kami di sini berjalan lancar dan saya dengan rasa rendah diri ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya dari hari pertama sehingga ke kedudukan hari ini.

Sehingga bertemu lagi di ruangan ini minggu depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2006 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by ruffly_sya at 14-5-2006 04:50 PM
KOSMO 14 MEI 2006

IBU, KAULAH RATU HATIKU

SALAM hujung minggu buat anda pembaca setia akhbar kontemporari popular, KOSMO! Ahad.

Salam kemesraan juga saya panjangkan buat semua peminat seti ...

tq kerana susah letak kan kat cini......Selamat hari Ibu Buat Mak Aku Yang ada kat rumah ni...semoga panjang umur ler amin
Reply

Use magic Report

Fiz@h This user has been deleted
Post time 14-5-2006 10:13 PM | Show all posts
waaah!!! seronok sekali fizah membaca kosmo kak ct kita kali ni. soooooo touching. bila fizah baca ada juga teringat kat my mum. untung sekali si cik salmah bachik tu ye mempunyai anak yg betul2 menghargai segala pengorbanan dan menyanjung dirinya sedia ada.

apa yg ingin diberikan oleh kak ct utk ibunya tu sedikit sebyk sama seperti apa yg fizah ingin berikan pada ibu fizah juga iaitu kegembiraan, senang hati, kebahagiaan dan elakkan derhaka padanya. insyaAllah Tuhan membantu fizah dan semua kekawan di sini juga utk sama2 menjadi seorg anak yg mengenang dan ingin membalas budi dan pengorbanan ibu2 kita selama ini ya.. okay.. :-)

p/s: fizah teringin nak tengok penasiti yg original copy. kalau ada kekwn yg bisa membantu utk upload di sini, fizah ucapkan terima kasih byk2.. plz any1
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 15-5-2006 10:33 AM | Show all posts
Edisi KL: Siti nafi dipinang pada 7 Mei lalu


KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Siti Nurhaliza Tarudin, 27, yang sedang hangat diperkatakan menjalin hubungan istimewa dengan usahawan berjaya, Datuk Khalid Jiwa, 47, menafikan dia sepatutnya ditunangkan pada 7 Mei lalu.




Ini berikutan desas-desus mengatakan ada rombongan peminangan ke rumah ibu bapanya di Kuala Lipis, Pahang pada tarikh itu tetapi ia tidak berlaku.

Siti yang sentiasa kelihatan tenang berhadapan dengan gosip percintaannya sejak dia memberitahu media pada awal tahun ini yang hatinya sudah dimiliki, berkata jangan percaya perkara yang keluar daripada mulut orang lain.

?sah risau kerana saya akan umumkan sendiri (perkahwinan) nanti. Apabila anda semua mendengarnya daripada mulut orang lain, pelbagai versi cerita yang anda dengar.

?aya harap anda semua boleh bersabar dan saya harap anda faham keadaan saya sekarang,? katanya yang ditemui pada sidang akhbar Pelancaran Majlis Makan Malam Gala Amal Perdana Pernim di sebuah hotel, di sini, semalam.

Pada pertemuan itu juga, Siti meluahkan perasaan kurang senangnya apabila ada pihak menyebarkan pelbagai cerita tetapi dia pula yang terpaksa memberi komen.

?alau hendak percaya pun biarlah ia keluar daripada mulut saya sendiri. Melangkau usia 27 tahun, saya memang sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.

?etapi bila saya akan berkahwin, itu saya tak tahu lagi. Saya serahkan jodoh kepada Allah kerana saya pun tak tahu apa akan terjadi pada masa depan,? katanya.

Penyanyi nombor satu negara itu juga berkata, dia sudah penat asyik menjawab perkara sama dan bimbang masyarakat akan mula memandang negatif padanya.

Dia juga berkata, setiap masalah yang melanda dia berusaha menghadapinya sendiri dan juga merujuk kepada keluarganya.

Siti juga menafikan dakwaan yang gosip cintanya itu sebahagian gimik bagi melariskan album terbarunya, Transkripsi, yang sedang beredar di pasaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2006 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by Fiz@h at 14-5-2006 10:13 PM
waaah!!! seronok sekali fizah membaca kosmo kak ct kita kali ni. soooooo touching. bila fizah baca ada juga teringat kat my mum. untung sekali si cik salmah bachik tu ye mempunyai anak yg betul2 me ...

ye ke samalah kite bila baca teringat kat mom
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2006 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by Fiz@h at 14-5-2006 10:13 PM
waaah!!! seronok sekali fizah membaca kosmo kak ct kita kali ni. soooooo touching. bila fizah baca ada juga teringat kat my mum. untung sekali si cik salmah bachik tu ye mempunyai anak yg betul2 me ...



ct ckp tak serupe bikin!! hahahaha podah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2006 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by Blues at 16-5-2006 04:11 PM



ct ckp tak serupe bikin!! hahahaha podah

apa maksud blue ...tak paham ler:geram::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 08:10 AM | Show all posts
Siti Nurhaliza tidak lupakan kerja amal
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH



SITI tidak sempat bertukar pakaian apabila terpaksa bergegas menghadiri sidang akhbar Majlis Makan Malam Gala Amal Perdana Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (Pernim).
--------------------------------------------------------------------------------



Siti Nurhaliza ialah penyanyi wanita paling popular di Malaysia. Hari ini Siti terus ligat dalam bidang nyanyian yang diceburinya sejak lebih 10 tahun lalu. Hari-hari yang dilaluinya semakin sibuk.

Tambahan pula album terbarunya, Transkripsi, baru dilancarkan dua minggu lalu. Itu belum lagi dikira kesibukannya sebagai duta produk.

Namun sesibuk mana pun Siti memburu kerjayanya, dia tidak lupa memberikan perhatian kepada pelbagai pihak yang memerlukan khidmatnya untuk menjayakan program-program amal.

Baru-baru ini Siti terpaksa bergegas menghadiri dua majlis sidang akhbar pada hari yang sama.

Pada sebelah pagi, Siti menghadirkan diri di Sri Satria, Putrajaya apabila dia dan penyanyi sensasi Mawi dipilih menjadi duta Anugerah Filem India Sedunia (GIFA) 2006. Namun Mawi tidak dapat hadir disebabkan masalah kesihatan bapanya.

GIFA 2006 adalah antara acara anugerah Bollywood paling berprestij di luar India dan bakal berlangsung selama tiga hari bermula 31 Ogos ini di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebelum sidang akhbar itu, berlangsung satu upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara One Big Option Sdn. Bhd. (Malaysia) yang diwakili Pengerusinya, Harjeet Singh Dhillon dan Popcorn Entertainment Pvt. Ltd. of India, pemegang francais GIFA 2006 milik pelakon terkenal Bollywood, Sunil Shetty.

Hampir 100 selebriti terkenal Bollywood termasuk Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, Rani Mukherjee, Arjun Rampal, Bipasha Basu, Saif Ali Khan, Shahid Kapoor dan Priyanka Chopra akan berkampung di Kuala Lumpur pada GIFA 2006 nanti.

Pada sidang akhbar program itu, Siti berkata, ?ungkin Siti akan menyanyikan lagu-lagu tradisional kerana kita kaya dengan budaya yang tinggi.?

Kata penyanyi yang semakin berisi itu, walaupun dia tidak fanatik dengan filem-filem Bollywood, dia tetap meminati pelakon kacak yang berkarisma, Shah Rukh Khan.

?cara seperti ini juga memberi peluang untuk Siti berjumpa Shah Rukh Khan,? katanya dalam nada ceria.

Sebaik sahaja sidang akhbar itu berakhir, Siti bergegas pula ke ibu kota. Bertempat di Hotel Pearl International, Siti muncul pada majlis mengumumkan acara Makan Malam Gala Amal Perdana Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (Pernim).

Siti bakal menjayakan malam amal tersebut yang akan berlangsung pada 18 Jun depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis amal itu bertujuan mengumpul dana membina rumah Pernim.

Kata Siti, persembahannya pada malam itu nanti bukan sekadar hiburan kosong tetapi mengajak masyarakat beramal untuk kebajikan anak-anak HIV dan Aids.

?arapan Siti ialah masyarakat tidak meminggirkan mereka.

?alaupun bergelar artis, selagi ada daya upaya, Siti akan terus membantu golongan seperti ini. Ini membuktikan bidang seni juga dapat menyumbang sesuatu kepada orang yang memerlukan. Bagi Siti, tujuan malam amal ini adalah sesuatu yang murni,? jelas penyanyi itu.

Pada malam amal itu nanti, Siti akan muncul membuat persembahan selama 30 minit dengan iringan muzik pimpinan Aubrey Suwito. Lagu-lagu bertemakan kemanusiaan dan beberapa lagu daripada album barunya bakal didendangkan penyanyi wanita popular ini.

Selain Siti, artis lain yang bakal mengadakan persembahan ialah Norshiela Amin, kumpulan Mawaddah, Mahirah, Iqwal Hafiz serta artis-artis Badan Kebudayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, Yang Dipertua PERNIM, Norlina Alawi memberitahu, persatuan kebajikan itu memerlukan kira-kira RM826,000 untuk membina Rumah Perlindungan Pernim bagi menampung jumlah kanak-kanak yang semakin bertambah di pusat itu.

Sebanyak 100 meja disediakan pada majlis makan malam amal di PWTC itu dengan tujuh pakej berbeza. Pakej Diamond dijual pada harga RM50,000, manakala Pakej Emerald pula RM25,000, diikuti Pakej Gold (RM15,000), Pakej Silver (RM8,000), Pakej Bronze (RM5,000), Pakej Meja Biasa (RM2,000) dan Pakej Individu dijual pada harga RM200.

Mereka yang ingin menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza boleh menghubungi talian 019-3872020 (Alud), 017-8860208 (Norlina), 03-4295 0775 atau 03-9131 0851.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 11:29 AM | Show all posts
Siti Nurhaliza tidak lupakan kerja amal
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH



SITI tidak sempat bertukar pakaian apabila terpaksa bergegas menghadiri sidang akhbar Majlis Makan Malam Gala Amal Perdana Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (Pernim).
--------------------------------------------------------------------------------

Siti Nurhaliza ialah penyanyi wanita paling popular di Malaysia. Hari ini Siti terus ligat dalam bidang nyanyian yang diceburinya sejak lebih 10 tahun lalu. Hari-hari yang dilaluinya semakin sibuk.

Tambahan pula album terbarunya, Transkripsi, baru dilancarkan dua minggu lalu. Itu belum lagi dikira kesibukannya sebagai duta produk.

Namun sesibuk mana pun Siti memburu kerjayanya, dia tidak lupa memberikan perhatian kepada pelbagai pihak yang memerlukan khidmatnya untuk menjayakan program-program amal.

Baru-baru ini Siti terpaksa bergegas menghadiri dua majlis sidang akhbar pada hari yang sama.

Pada sebelah pagi, Siti menghadirkan diri di Sri Satria, Putrajaya apabila dia dan penyanyi sensasi Mawi dipilih menjadi duta Anugerah Filem India Sedunia (GIFA) 2006. Namun Mawi tidak dapat hadir disebabkan masalah kesihatan bapanya.

GIFA 2006 adalah antara acara anugerah Bollywood paling berprestij di luar India dan bakal berlangsung selama tiga hari bermula 31 Ogos ini di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebelum sidang akhbar itu, berlangsung satu upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara One Big Option Sdn. Bhd. (Malaysia) yang diwakili Pengerusinya, Harjeet Singh Dhillon dan Popcorn Entertainment Pvt. Ltd. of India, pemegang francais GIFA 2006 milik pelakon terkenal Bollywood, Sunil Shetty.

Hampir 100 selebriti terkenal Bollywood termasuk Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, Rani Mukherjee, Arjun Rampal, Bipasha Basu, Saif Ali Khan, Shahid Kapoor dan Priyanka Chopra akan berkampung di Kuala Lumpur pada GIFA 2006 nanti.

Pada sidang akhbar program itu, Siti berkata, 揗ungkin Siti akan menyanyikan lagu-lagu tradisional kerana kita kaya dengan budaya yang tinggi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.382764 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list