CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19409|Reply: 72

Cerai/ Talak (merged: Syamin8)

[Copy link]
rapunzelll This user has been deleted
Post time 26-7-2005 11:50 PM | Show all posts |Read mode
nak tanya...

kalau si suami kata kat bini dia...

"kau mmg sial. Ya Allah bini aku sial. berambus la dr idup aku." jatuh talak ke? (tanpa sebarang saksi?)

[ Last edited by fleurzsa at 20-10-2005 02:11 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2005 08:03 AM | Show all posts
Bab hukum-ahkam nie ada baiknya pm terus ustaz nazhulus, lebih afdal dan meyakinkan, nampaknya suami puan benar2 marah, apa puncanya. Untuk mendapatkan rumahtangga yang harmoni, anda sebagai isteri perlu banyak memainkan peranan, pertama beri galakan supaya suami dapat menunaikan solat 5 waktu, dengan bersolat org yg panas baran akan berangsur-angsur pulih, sentiasa sediakan kain pelikat, baju melayu, kuffiah, sejadah ditempat laluannya. Puan perlu selalu meminta maaf kepada suami, kalau boleh hari-hari atau dekat nak tidur minta maaf dulu, walaupun puan tidak ada salah minta maaf juga, sebab amalan ini dapat menyebabkan suami redha dan gembira.

Puan pun janganlah tinggalkan solat pula, sebaiknya bila free banyakkan membaca Al-quran, dengan amalan2 yang sebegini suasana rumahtangga akan menjadi sejuk. Rumah yang tiada bacaan quran akan menjadi seperti kubur.

Dan kalau dah suami boleh menjaga solat 5 waktu dalam jangkamasa 2-3 bulan beri galakan supaya dia pergi bersolat di surau atau masjid. selepas 6 bulan suruh dia keluar 3 hari ikut Jamaah Tabligh. Insyaallah semua akan selamat.

Insyaallah..bagi azam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2005 09:16 AM | Show all posts
tak apa kuman kalau nak tanya kat sini. semua boleh bagi info yg mereka ada dan kita (termasuk saya) boleh kongsi2 maklumat. itu rasanya lebih bermanfaat.

insya Allah, saya try cari maklumat utk soalan rapunzelll.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2005 09:36 AM | Show all posts
baiklah, saya ada info yg kita boleh kongsi bersama. Kebetulan saya ada buku Fiqh Syafii karangan ustaz H. Idris Ahmad S.H (jilid 2, cetakan kedua: 1991, Penerbitan Pustaka Antara KL, m.s 312 dan 313):

Lafaz yg menunjukkan talak:

Jatuhnya talak itu adalah dgn dua mcm lafaz, dgn lafaz sharih, dan dgn lafaz kinayah.

Lafaz sharih, ialah lafaz yg nyata utk menyatakan peceraian. Misalnya kata si suami kepada isterinya: "Aku telah melepaskan (mejatuhkan) talak utk engkau." Demikian pula, bila seseorang berkata kepada isterinya: " Engkau telah aku ceraikan" atau "Hari ini engkau telah aku bebaskan"

Lafaz yg sharih itu tidak berkehendak kpd niat. Bila seseorang mengatakan kata itu kepada isterinya walaupun dengan bermain2 atau sengaja olok2, maka jatuhlah talaknya ketika itu.

Sabda Nabi:

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والرجعة


yg bermaksud: Tiga perkara, bila yg tiga itu disengaja benar, ia benar, dan kalau disengaja berolok2, ia pun benar juga, iaitu nikah, talak dan rujuk. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dgn sanad yg sahih)

Lafaz kinayah ialah lafaz sindiran, yg tidak dijelaskan utk penceraian. Lafaz kinayah ini berkehendakkan kepada niat. Seseorang yg melafazkan lafaz kinayah apabila niatnya hendak menceraikan isteri maka cerailah ia ketika itu. Dan kalau sengaja hendak berolok2 saja maka tidak mengapa. Umpamanya seseorang berkata kepada isterinya; "Engkau tidak berhubungan lagi dgn aku.", "Buat sementara waktu biarlah kita berpisah dahulu.", atau " Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau sukai." dan lain2. Kata2 ini bergantung kepada niat seseorang yg mengucapkannya.

WA

[ Last edited by nahzaluz on 27-7-2005 at 09:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2005 10:24 AM | Show all posts
Terima kasih ustaz, saya sebenarnya banyak nak tanya macam2 kemuskilan.. insyaallah..

Saya syorkan pihakMODERATOR(Fluerza) buat satu Topik khas SOAL JAWAB KEMUSKILAN AGAMA diruangan ini, kemudian Sticky kan, jadi mudahlah bagi sesiapa yang ada kemuskilan dari segi hukum-ahkam untuk bertanya, insyaallah banyak menafaatnya, mungkin siapa tahu dengan berkat soal-jawab ini seseorang dapat kembali kejalan Allah, tapi kena tanya ustaz nazhulus dululah..ok ke tak

Syor sahaja.
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 27-7-2005 10:59 AM | Show all posts
Kata-kata sang suami

nak tanya...

kalau si suami kata kat bini dia...

"kau mmg sial. Ya Allah bini aku sial. berambus la dr idup aku." jatuh talak ke? (tanpa sebarang saksi?)


Salam,

Berdasarkan pemerhatian saya dalam kes cerai, rata-rata suami tak faham hukum yang Allah telah perintahkan dalam hal perceraian. Kenyataan di atas menunjukkan kedangkalan ilmu perkahwinan seorang suami.

Mungkin ustaz nahzalus dapat menerangkan ayat-ayat berikut berkenaan perceraian dengan lebih baik;

65:1. Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari  rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud (had-had) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru.

Kebiasaan suami hari ini menceraikan isteri dan terus berpisah atau hidup berasingan. Mereka tidak sedar hukum hudud Allah di atas.

65:2. Kemudian, apabila mereka telah sampai tempoh mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakanlah saksi, dua orang yang mempunyai keadilan di kalangan kamu; dan lakukanlah kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang mempercayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia membuatkan untuknya satu jalan keluar,

65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang hamil, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan membuatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.

65:5. Itulah perintah Allah yang Dia menurunkan kepada kamu. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan Dia memberinya upah yang besar.

65:6. Tempatkanlah mereka di mana kamu bertempat tinggal, menurut kemampuan kamu, dan janganlah menekan mereka untuk menyempitkan keadaan mereka. Jika mereka mempunyai kandungan, nafkahkanlah mereka sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. Jika mereka menyusukan untuk kamu, berilah mereka upah mereka, dan bermuafakatlah antara kamu dengan baik. Jika kamu berdua menemui kesukaran, maka perempuan yang lain akan menyusukannya.

65:7. Hendaklah orang yang mempunyai keluasan menafkahkan menurut keluasannya. Bagi orang yang rezekinya disempitkan kepadanya, maka hendaklah dia menafkahkan daripada apa yang Allah memberinya. Allah tidak membebani sesuatu jiwa melainkan dengan apa yang Dia memberikannya. Sungguh, Allah akan membuatkan, setelah kesukaran, yang mudah.

Ayat-ayat diatas jelas menunjukkan perkara-perkara yang harus difikirkan oleh para suami dan isteri dalam hal perceraian. Bukannya main cakap sahaja. Inilah pentingnya ilmu perkahwinan sebelum bakal pasangan suami isteri berkahwin.

Soal jatuh talak, mungkin ada pendapat yang lebih baik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
rapunzelll This user has been deleted
 Author| Post time 27-7-2005 12:31 PM | Show all posts
terima kasih respon semua...

act, saya bertanya pagi pihak rakan saya. saya belum berumahtangga lagi. tetapi rakan2 amat rapat dengan saya. mereka berkongsi masalah dengan saya. suka duka tapi tidaklah sampai mengaibkan mana2 pihak.

berbalik pada soklan saya yg dahulu...kawan saya kata...dia amat bahagia...suami mmg bertangungjawab, tunai solat, puasa dll. tetapi, masalah nya ialah suami rakan saya selalu tidak dapat menerima pandangan isterinya (rakan saya). jadi, suami amat mudah meninggi suara n terkeluarlah perkataan2 yg isterinya amat takut dgr. saya kerap ke rumah kawan saya kalau terjadi hal begini. sebab...suaminya akan bertindak keluar rumah kalau pergaduhan mcm ni. tak pulang 1-2 hari... pada pandangan saya, suami rakan saya tidak betah utk duduk berbincang secara lembut ttg sesuatu perkara yg rakan saya utarakan. dia lebih suka keluar rumah sebagai cara dia menenangkan diri. jadi, masalah mereka masih belum selesai.

eh, faham ke?

saya mintak tolong sini sebab saya pun tak kawin lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2005 03:01 PM | Show all posts
rapunzelll, saya rasa suami kawan sdri tu tak ada niat nak bercerai. dia jenis org panas baran kot ... tak boeh kawal diri bila marah. satu lagi ego dia tiggi sangat heh heh ... smpi tak boleh bincang.

tak tahu nak kata lah kalu suami jenis mcm ni ... wallahul musta'an.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2005 03:12 PM | Show all posts
kuman,

molek juga cdgn tu tapi kalu hanya saya saja yg cari jawapannya saya tak mboh ... org lain yg ada jumpa jwpnnya pun kena share sama ...

saya tak ada masalah boleh tolong cari dlm kitab atau kat lmn web fatwa di internet, atau tolong panjangkan kpd pihak2/ulama' tertentu di internet ... insya Allah boleh tapi kena tgk masa dan kemungkinan jwpnnya tu kena tunggu ...

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2005 05:11 PM | Show all posts
alamak, takutnyer jadi mcm kawan rapunzelll.

esme setuju supaya diadakan ruangan soal jawab agama. yg menjawabnya perlu la yg betul2 tahu selok belok agama.

kang tanya memacam susah lakk heheheh...
Reply

Use magic Report

syamim8 This user has been deleted
Post time 10-8-2005 12:58 AM | Show all posts

Tuntutan Cerai

Assalamualaikum,

Ni nak tanya org yg ada pengalaman bercerai. Nape susah sgt bilaa isteri tuntut cerai n si suami kalau dah tak suka ngan isteri blh tak lepas cara baik.  Tgh pening kepala nak isi borang.   Nak tau tuntutan mutaah tu apa, lain-lain tuntutan tu apa? Dah search most off website pasal tuntutan tapi tak jumpa.  Tanya kat org lain semua bagi jawapan lain-lain. Tanya jabatan agama semua suruh tunggu bila proses cerai abis.
Reply

Use magic Report

Dungeon2 This user has been deleted
Post time 10-8-2005 01:09 AM | Show all posts
that why the power  given to Man bila hendak divorce. why? go searching for the answer

Syamin kenapa nak cerai n apa maksud u lelaki tu dah x suka ngan isteri

Husband u nak kahwin lagi yea
Reply

Use magic Report

syamim8 This user has been deleted
Post time 10-8-2005 02:12 AM | Show all posts
Bukan dia nak kawin lailn but what is the purpose of nikah tapi tak tau nak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ketua rumahtangga. bagi Mim dlm marriage there must be trust, respect, commitment, caring, love n sharing but what is the purpose of marriage if Mim yg kena buat semua benda.  Hal rumahtangga memang susah nak cerita even to ur own family but sometimes need to put a stop when u can't see the future in marriage. For 5 yrs we've been married and all tat years Mim kena buat semua benda. Mim tak harap anything from him but wat i wan is someone to respect me, luv me ans share everythib with me.  Both of us bekerja but financially semua mim yg tanggung, sewa rumah, api air, makan minum and all the rest wherelse benda tu semua patut share. Tapi ex-hubby Mim akan marah if Mim tanya mana semua duit di pergi. He wan car i bought him a car as his present tapi duit minyak and all other expenses Mim yg bayar. I've my own car but satu sen pun dia tak pernah kluarkan.  Sakit ati Mim but Mim sabar all tis yrs.  Ex-hubby Mim is really hot temper x boleh jawab kalau tak alamatnya naik kaki tangan. Mim slalu tanya him if he has another one pls let me go coz Mim x tahan wit his attitude. Too jealous sampai Boss Mim pun he's jealous.  Mim rasa malu coz everytime there's company function or other occassion Mim nak gi he'll call all my friend and ask them betul ke tak Mim gi.  Sometimes he accused me of flirting aorund but MIm rasa sedih sgt coz Mim x buat benda mcm tu. All i do is work, work and find extra income coz semua Mim yg tanggung.  Now we're in the process of divorce and Mim tgh pening kpala nak isi borang. Frankly kalau tanya where he is now Mim x tau n Mim x nak ambik tau. Mim skrang more happy when I'm wit him coz less a burden utk Mim tanggung. Kadang2 terdetik kat ati Mim apa yg Mim buat sampai ujian Allah is too heavy for me to go on. Nasib baik Mim x de anak ngan dia. Tat's why i need to know the right prosuder.  My ex-mother in law but a blame at me coz tuntut cerai dr anak dia.  Mim cakap Mim dah sabar all this years and anak dia keep on buat benda yg he promise x to do.  

Tulah nasib pompuan bila laki x nak. Nak tuntut cerai pun susah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2005 02:53 AM | Show all posts
Salam,

Dlm Islam setiap org mestilah menjaga dirinya drp melakukan talak, krn talak itu walaupun ia halal, tetapi ianya adalah satu perbuatan yg dibenci dan dimurkai Allah swt.

Hal2 Yg Memutuskan Perkahwinan

1.  Krn suami atau salah seorg isteri meninggal

2.  Krn Talak

3.  Krn Fasakh

4.  Krn Khuluk

5.  Krn Li'an

6.  Krn Ilak


Talak

Melepaskan ikatan nikah dr pihak suami dgn mengucapkan lafaz yg tertentu.


Rukun Talak

1.  Suami yg mentalak dgn syarat baligh, berakal, kehendak sendiri.

2.  Isteri yg ditalak

3.  Ucapan yg digunakan utk mentalak


1.  Sharih

Ucapan yg tegas maksudnya utk mentalak.  Talak jatuh jika seorg tlh mengucapkan dgn sengaja, walau pun tanpa niat.

Lafaz Sharih:

a) Talak ertinya mencerai

b)  Firaq ertinya memisahkan diri

c)  Sarah ertinya lepas


2.  Ucapan Kinayah

Ucapan yg tidak jelas maksudnya, mungkin ucapan itu bermaksud lain.  Talak ini memerlukan niat.

a)  Pulang engkau kpd ibubapa engkau

b)  Kahwinlah engkau dgn org lain

c)  Saya sudah tidak ada hajat lagi kpd kamu.


3.  Ta'lik Talak

Menggantung talak dgn sesuatu

a)  Engkau bertalak jika pergi dr rumah ini tanpa izin aku.

b) Jika engkau balik ke rumah ibu mu esok, jatuhlah talak.

c) Jika kamu beli juga barang itu...jatuh talak

* Semua ta'lik dr suami yg diengkari isteri, jatuh talak

Fasakh

Ertinya rosak atau putus.  Bermaksud perceraian dgn merosak atau merombak hubungan nikah suami isteri.  Perceraian melalui Fasakh tidak boleh dirujuk melainkan dgn akad nikah yg baru.

Sebab2 fasakh

1- krn ada cacat

2- krn tidak mendpt nafkah

3- krn tidak mematuhi janji

Khuluk

Ialah perceraian yg berlaku atas kemahuan isteri dgn membayar 'Iwadh' (tebus talak) kpd suami sebagaimana yg dipersetujui oleh ke dua pihak.  Perceraian cara ini tidak boleh rujuk dan tidak boleh talak sewaktu idah, hanya dibolehkan kahwin dgn akad baru.

Ilak

Ertinya suami bersumpah tidak mencampuri isterinya selama 4 bulan atau lebih atau dlm masa yg tidak ditentukan.  Bersumpah dan jika disalahi maka suami wajib membayar denda (kifarat) shj.

Zihar

Iaitu merupakan isterinya dgn ibunya, spt katanya,  "Belakang engkau spt belakang ibu aku".  Apabila seorg suami mengatakan demikian, maka wajib bgnya membayar kifarat dan tidak boleh mencampuri isterinya selagi kifarat belum dibayar.

Kifarat Zihar

1-  Memerdekakan hamba

2- Jika tidak mampu, berpuasa 2 bulan terus menerus

3-  Kalau tidak mampu, memberi makan 60 org miskin, tiap2 seorg 5/6 liter.

Li'ah

Iaitu menuduh isteri melakukan zina dgn alasan menolak anak.  Suami mesti mendatangkan 4 org saksi lelaki yg mensabitkan zina berlaku.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2005 03:10 AM | Show all posts
Cerai dgn keputusan hakim

1.  Isteri tidak diberi nafkah.

Imam Malik, Syafie dan Ahmad berpendapat bhw suami isteri dpt diceraikan dgn keputusan hakim, misalnya krn suami tidak memberi nafkah apabila isteri dan suami tersebut tidak mempunyai kekayaan yg jelas.

Suami yg mukallaf berkewajiban memelihara isterinya dgn baik atau menceraikannya dgn baik.

Kita tahu bhw tanpa nafkah tidak mungkin dpt memelihara isteri dgn baik.

2.  Syioq

Bila terjadi perselisihan atr suami isteri, misalnya isteri membenci suaminya dan kehidupan rumahtangga sudah terancam, maka diangkatlah dua org hakam utk menyelidiki masalah yg bersangkutan suami isteri.

Hakam bertugas menyelesaikan masalah demi utk meneruskan perkahwinan atau memutuskan apakah perceraian yg harus dilakukan.  Hakam sebaiknya dr keluarga suami isteri, kalau tiada boleh dr pihak luar.  Kedua hakam harus mengetahui sebab perselisihan suami isteri, keduanya harus didamaikan.

Apabila sengketa dtg dr kedua suami isteri atau dr salah satunya maka hakam menceraikannya dgn talak ba'in.  Kalau sengketa dr pihak isteri maka keduanya dipisahkan bukan dgn talak tetapi dgn khulu' (tebusan)

Apabila kedua hakam belum mendpt kata sepakat, maka hakim memerintahkan kpd kedua hakam tersebut utk mengulangi penyelidikannya.  kalau tetap tidak sependapat maka hakim mengangkat hakam lain.  Hakam berkewajiban menyampaikan pendapatnya kpd hakim wajib menjalankan keputusan kedua hakam itu.

2 org hakam itu disyaratkan waras akalnya dan sama2 muslim.

3.  Cerai krn ditinggal suami.

(akan ditaip kemudian)
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2005 03:18 AM | Show all posts
Khulu'

Khuluk juga disebut tebusan krn perempuan yg mengajukan khulu' menebus dirinya dgn sesuatu, diberikan kpd suaminya supaya diceraikan.  Dlm hadis Ibnu abbas diterangkan, ada seorg perempuan yg sebenarnya menghendaki perceraian, bukan krn suami berakhlak buruk atau tidak baik agamanya.  Tetapi isteri tidak suka rupa muka suaminya, isteri enggan melakukan kewajiban terhdp suaminya.

Islam membolehkan seseorg perempuan memutuskan ikatan perkahwinannya dgn cara khulu' dgn memberikan kembali kpd suami apa yg pernah diberikan suami kpdnya utk memutuskan perkahwianannya.

Khulu' dilakukan setelah kedua pihak diberi nasihat utk sabar menghadapi kesulitan hidup, terutama kpd pihak suami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2005 03:59 AM | Show all posts
Kewajiban Mut'ah

Apabila seorg suami menceraikan isterinya sebelum pernah mencampurinya dan belum menentukan jumlah maskahwinnya maka suami berkewajiban memberi mut'ah kpd isterinya sbg ganti pemberian buat isteri.  

Ini dimaksudkan dgn melepaskan dgn baik.  Ulama sepakat perempuan yg dikahwini tetapi maskahwinnya belum ditentukan dan dia belum dicampuri suaminya maka dia tidak berhak menerima apapun selain mut'ah yg byknya disesuaikan dgn kekayaan suaminya dan batasnya tidak ditentukan.

Nafkah

Memberi nafkah kewajiban suami terhdp isteri dan menyediakan segala keperluan isteri spt makanan, pakaian, tempat tinggal, mencarikan pembantu dan ubat2an, apabila suaminya itu kaya.

Apabila suami itu kedekut tidak memenuhi keperluan isterinya atau tanpa memberi nafkah, isteri boleh mengajukan jumlah atau kadar nafkah utk dirinya, utk makan, pakaian, serta tempat tinggal.  Hakim berkewajiban utk memutuskan nafkahnya dan suami wajib memenuhinya apabila dakwaan isterinya benar.

Wallahua'lam

Sumber: Kursus dan Bimbingan Perkahwinan : Ustaz Abdul Aziz.

[ Last edited by fleurzsa on 10-8-2005 at 04:01 AM ]
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 10-8-2005 09:07 AM | Show all posts
Ni nak tanya org yg ada pengalaman bercerai. Nape susah sgt bilaa isteri tuntut cerai n si suami kalau dah tak suka ngan isteri blh tak lepas cara baik.  Tgh pening kepala nak isi borang.   Nak tau tuntutan mutaah tu apa, lain-lain tuntutan tu apa? Dah search most off website pasal tuntutan tapi tak jumpa.  Tanya kat org lain semua bagi jawapan lain-lain. Tanya jabatan agama semua suruh tunggu bila proses cerai abis


Saya takder pengalaman bercerai tapi bagi cadangan boleh lar. Kalau baca dari awal, puan ni berduit orangnya. Sepatutnya tidak jadi masalah upah peguam syariah handle kes ini. Paling baik cerai cara khuluk, bagi balik apa yg husband puan dah bagi dulu kalau dia degil taknak cerai.  Kalau ikut cara biasa, kena naik turun mahkamah lar.

Kalau rasa mahkamah syariah buat dek jer, pergi ke SIS buat aduan. Ni ada beberapa kes tentang hal cerai

http://www.sistersinislam.org.my/rc_legal.htm

[ Last edited by sauber on 10-8-2005 at 09:12 AM ]
Reply

Use magic Report

syamim8 This user has been deleted
Post time 10-8-2005 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by sauber at 10-8-2005 09:07 AM:


Saya takder pengalaman bercerai tapi bagi cadangan boleh lar. Kalau baca dari awal, puan ni berduit orangnya. Sepatutnya tidak jadi masalah upah peguam syariah handle kes ini. Paling baik cerai ...



Why i need to cerai cara khulu n need 2 pay him tebus talak.  Coz last time he request RM50k from me. But if he know his responsibilities n he treat me well i dnt think i'm going to ask for divorce coz tat is d last thing i'm going to do.  Dlm ati xde sapa yg tau.  I've so many commitment tat i need to pay n to handle n i really hav no time to turun naik court. Wat i wan is to settle this thing asap.

Even the ustaz yg handle our case advise to go  for cerai fasakh but it'll take longer time even though i've strong case. He refuse to let me go n tat's d problem n i x understand why x nak lepas cara baik.

i guess kat luar sana ramai lagi yg senasib ngan Mim. My ex-hubby physically n mentally abuse me where now i'm under protection. I just wan 2 hav normal life without fear. i wan 2 put a stop for all tat things. Phobia ngan lelaki n phobia nak go through alam r/tangga skarang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2005 10:37 AM | Show all posts
mim dah try tanya org kat yayasan pembangunan keluarga ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.118332 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list