CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ghetto_souljah

Artikel Imam Mahdi mengikut ASWJ (merged: astika, nuralisa)

[Copy link]
salmon This user has been deleted
Post time 12-10-2005 01:55 PM | Show all posts
Dan berapa ramai tentera Elit Imam Mahdi di Malaysia? atau pun di Asia tenggara?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2005 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by salmon at 12-10-2005 01:55 PM
Dan berapa ramai tentera Elit Imam Mahdi di Malaysia? atau pun di Asia tenggara?



:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 06:32 PM | Show all posts
aizverus tanya : cam ner ulamak berwatak nabi....


Contoh ulamak berwatak nabi adalah ulama-ulama pengasas-pengasas tarekat. Mereka ni tidak membawa minda. Mereka hanya membawa pengikut-pengikutnya beribadah dan berakhlak. Juga sedikit sebanyak membawa pengaruh di tengah masyarakat.

manakala ulamak berwatak rasul pula :

Contoh ulamak berwatak rasul adalah ulamak mujaddid. Mmereka membawa ilmu bersama satu kaedah perjuangan yang sesuai dengan zamannya dan juga menggugat pemerintahan diwaktu itu kerana mereka adalah ulama yang berwatak rasul. Memperjuangkan hablumminallah wahablumminannas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 08:26 AM | Show all posts
habis tu knp jemaah Rufaqa tak letak jee nama Ikhwan...

baru real skit.... dgn hadis Rasulullah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 05:10 PM | Show all posts


Semua orang ndak rebut gelaran ikhwan....ia bukan semudah itu.....kerana mulianya gelaran Ikhwan ia dicemburui oleh sahabat2  RSAW.

Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."
Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA dan Anas RA dengan matan yang sedikit berlainan.


Maksudnya, kalau Rasulullah SAW sendiri sudah menyatakan rindunya yang amat mendalam terhadap para Ikhwan ini, maka menjadi suatu kesalahan pulalah kalau kita masih buat endah tak endah sahaja terhadap perasaan cinta baginda itu. Maka kalau kita ingin menjadi salah seorang Ikhwan yang dimaksudkan, hendaklah menanam perasaan cinta kepada Rasulullah SAW dengan sepenuh hati dan mengumumkannya pula kepada orang ramai. Dan salah satu cara menzahirkan rasa cinta kita kepada baginda SAW itu ialah dengan membanyakkan membaca selawat kepada baginda SAW dan mengamalkan sunnah baginda dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Peranan Ikhwan ini sangatlah besar dalam kebangkitan Islam kali kedua, pada zaman ini. Mereka menyediakan tapak pemerintahan untuk Imam Mahdi yang bakal keluar tidak lama lagi, seperti yang termaktub di dalam hadis ini;

"Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahannya."

Timbul beberapa persoalan baru, terutamanya daripada orang-orang yang masih ragu-ragu dan orang yang baru hendak tahu tentang golongan Ikhwan ini. Antaranya ialah,
1. Siapakah mereka ini sebenarnya?
2. Apakah kelebihan yang ada pada mereka?
3. Bagaimanakah jumlah yang amat sedikit ini mampu mengubah peta dunia?
4. Mampukah mereka mengalahkan kekuatan tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya?

Beberapa persoalan lain turut bermain-main di fikiran kita pada hari ini, memandangkan kita sememangnya kekurangan maklumat yang tepat akan hal ini. Memang sifat manusia itu ialah ingin tahu apabila mereka merasakan yang mereka sememangnya tidak tahu. Mengenai persoalan-persoalan di atas, ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan dengan tepat walaupun hanya secara ringkas sahaja.

Ikhwan yang dikatakan itu adalah terdiri daripada bangsa Timur keseluruhannya. Mereka adalah anak-anak didik Putera Bani Tamim, golongan yang iltizam dalam mujahadatunnafsi, berusaha mengamalkan sungguh-sungguh setiap sunnah Nabi SAW dalam setiap aspek kehidupan, rajin bekerja pada waktu siang, rajin beribadat pada waktu malam, sentiasa berkasih sayang terhadap sesama mereka, mengikut sungguh-sungguh setiap jejak Putera Bani Tamim sehingga setiap mereka itu dilihat sebagai 'Putera Bani Tamim Kecil' iaitu tidak banyak berbeza daripada pemimpin mereka, baik dari segi amalan harian, takwa, pemikiran, pemahaman, pakaian zahir, sikap, pembawaan, akhlak, ilmu agama, kehidupan harian dan sebagainya.

Maknanya, jika salah seorang dari mereka diletakkan ke suatu tempat yang asing, maka mereka ini berpaya menghidupkan sunnah di tempat tersebut sehingga sama atau hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin besar mereka itu. Itulah golongan yang sentiasa dibantu oleh Allah kerana mereka membantu Putera Bani Tamim dan keberadaan mereka juga membawa rezeki kepada semua orang sama ada Islam atau tidak. Mereka membangunkan dunia sungguh-sungguh untuk kepentingan Islam keseluruhannya, bukan untuk kepentingan mana-mana peribadi atau kelompok mereka sahaja.

Kelebihan mereka adalah mereka ini merupakan golongan yang amat kecil. Lazimnya setiap yang asing dan sedikit jumlahnya amatlah bernilai dan begitu istimewa. Mereka ini amat istimewa pada pandangan Rasulullah SAW walaupun ganjil dan pelik pada pandangan orang ramai. Apabila Rasulullah SAW sendiri memandang mereka ini sebagai golongan yang amat istimewa, maka tiadalah lagi yang lebih tinggi dan bernilai daripada itu di dunia ini. Melalui mereka juga pertolongan Allah SWT turun kepada seluruh manusia di dunia ini, sehingga dihilangkannya penyakit dan bala yang sedang amat hebat melanda seluruh dunia, dihapuskan segala maksiat dan dosa dari atas muka bumi ini sehingga kalimah Allah ditinggikan oleh seluruh manusia setinggi-tingginya.

Mereka ini jugalah yang dijanjikan oleh Allah akan mengubah sekali lagi seluruh peta dunia sehingga yang tinggal hanyalah dua sempada sahaja iaitu sempadan antara Darussalam dengan Darulharbi. Tidak ada lagi sempadan geografi seperti yang sedang berlaku sekarang. Pada hari itu cuma ada negara Islam dengan negara kafir sahaja. Hal ini pernah berlaku pada zaman dahulu, ketika Islam berkuasa ke atas tiga suku dunia. Dan sejarah itu akan berulang sekali lagi, pada zaman ini. Kekuasaan Islam melangkau seluruh kawasan, tanpa mengira warna kulit, bahasa, bangsa, tempat dan adat resam. Asalkan Islam pasti akan bernaung di bawah pemerintahan seorang khalifah yang amat adil, bertakwa lagi gagah perkasa.

Biarpun jumlahnya amat sedikit, dengan jumlah yang sedikit itulah Allah SWT turunkan bantuan-Nya kepada mereka kerana mereka adalah golongan Allah atau orang Allah. Sudah pastilah orang Allah akan mendapat bantuan daripada Allah, seperti juga orang-orang Yahudi yang mendapat bantuan daripada Amerika Syarikat, Britain dan Perancis.

wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by salmon at 12-10-2005 01:55 PM
Dan berapa ramai tentera Elit Imam Mahdi di Malaysia? atau pun di Asia tenggara?


Dan tentunya tentera Elit Imam Mahdi ini akan dipimpin oleh Pemuda Hensem gagah perkasa korporat berjaya dari Bani Tamim kelahiran Kampung Pilin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2005 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 13-10-2005 11:48 PM


Dan tentunya tentera Elit Imam Mahdi ini akan dipimpin oleh Pemuda Hensem gagah perkasa korporat berjaya dari Bani Tamim kelahiran Kampung Pilin.



;)


PI JAWAB SOALAN TATIE PASAL AURAD MUHAMMADIAH TU YER...
Reply

Use magic Report

ZORRO_05 This user has been deleted
Post time 15-12-2005 10:52 AM | Show all posts
Asslkm wr. wb.
Apa khabar semua?. Harap2 semua sihat sejahtera hendaknya..

Lama juga tak masuk dlm forum berkaitan dgn Imam Mahdi ni!
Forum ni pun lama tak aktif. Sepatutnya ia dibuka & dibaca selalu sbb masa kemunculan IM dah hampir tiba

Zorro sebenarnya ada satu masalah nak tanya Sdr. Akasyah @ Adik Serihartatie kita tuu!
Iaitu kpd satu soalan yg dibawa oleh forumner di Tranung.Kite http://www.tranungkite.net/modul ... 55b0fd777e77#63765.

Iaitu tanya mrk:-

[quote="naj"]ZORRO_05, cerita ttg Pemuda Bani Tamim yg enta kasi link tu, lama dah ana baca..

yg ana minta simple jer:

hadith ttg PBT, nak minta nyatakan kitab hadith & nombor hadith yg menceritakan ttg PBT ni.. & minta dgn matan asalnya sekali (arab), sbb ana nak rujuk hadith tu pd mereka yg 'alim..


ana ambil sikit posting your friend Akashah (Cari.com) tu:

Maka didatangkan pembantunya iaitu PBT. Dalam hadis berkata, 揔alau kau dengar ada orang perkatakan di tempat kamu ada PBT, hendaklah kamu pergi jumpa, berba抜h sekalipun merangkak di atas salji.擺/b]


ni hadith dr mana? kejap kata Al-Mahdi, kejap kata PBT.. :roll:[/quote]

Diharapkan dgn jawaban nantii dpt melegakan dilema mrk2 yg tak pasti ttg keberadaan PBT sbg pendokong utama perjuangan Imam Mahdi di akhir zaman.

[ Last edited by ZORRO_05 at 15-12-2005 10:56 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2006 06:26 PM | Show all posts
TATIE bawa semula ke depan thread ni utk senang pancilok mencilok maklumat darinyer...


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2006 10:43 PM | Show all posts
DIHARAP PARA NETTERS TELITI SEGALA BAHAN YANG DI MASUKKAN DISINI OK...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2006 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by aizverus at 3-4-2006 01:00 PM
akum...

wah, tak sangka masalah p.b.t dan mahdi ni maiin pangjangkan...
aku pernah terfikir jugak
hebat sangat ker p.b.t or mahdi ni sampai dunia jadi 2 sempadan.
senjata apa yg diaorg guna?
...


minggu lepas dalam Utusan Malaysia seorang saintis IT meramalkan dalam masa 5 tahun bermula dari tahun 2006 ini internet akan mengalami kemusnahan kerana angkara virus yang menyerang semua rangkaian (network) seluruh dunia. Waktu itu semua online access akan crash dan sudah tentu kita tidak akan daapt membayangkan kemusnahan yang akan berlaku kepada keseluruhan global network dan sistem di dalamnya.

wallahualam..

sebg seorg yg ada ilmu berkaitan ICT, tatie mengandaikan ramalan ini tidak mustahil...

[ Last edited by  serihartatie at 3-4-2006 01:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 02:36 PM | Show all posts
Ni tahun 2007 dah. Bila nak berlaku ramalan2 kaji cuaca yang disebut dulu tu?
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 24-2-2007 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 3-4-2006 01:10 PM


minggu lepas dalam Utusan Malaysia seorang saintis IT meramalkan dalam masa 5 tahun bermula dari tahun 2006 ini internet akan mengalami kemusnahan kerana angkara virus yang menyerang semua ra ...


arqam/rufaqa sering gemar dgn ramalan2 ni... tak kiralah dr kapitalis pun....
sepertilah apa yg berlaku pada tahun 1986 ramalan dari nujum nostradamus....

TAK SERIK-SERIK...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by Overse7en at 24-2-2007 02:36 PM
Ni tahun 2007 dah. Bila nak berlaku ramalan2 kaji cuaca yang disebut dulu tu?



kemusnahan angkara virus-virus berkenaan telah ditangkis oleh Encik Norton,  Encik Avast, Encik McAfee dan lain-lain, yang sorang pun tak ada nama Ali, Abu atau Atan.
Reply

Use magic Report

syamiun This user has been deleted
Post time 25-2-2007 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by ummi_nuur at 24-2-2007 05:58 PM


arqam/rufaqa sering gemar dgn ramalan2 ni... tak kiralah dr kapitalis pun....
sepertilah apa yg berlaku pada tahun 1986 ramalan dari nujum nostradamus....

TAK SERIK-SERIK...




makcik oi... taip tu jaga2 skit...jangan main ikut [email=nafsu@mazmumah]nafsu@mazmumah[/email] jer.... ni nak mendidik dan mensihat orang ker nak jadi anak buah setan yang suka tengok perpecahan hati sesama muslim....

ingatlah yg kita dok taip nie satu huruf pun tuhan akan nilai dgn saat dan ketikanya sekali....

ittaqillah ya ukht.....

... sesungguhnya renungan itu untuk diriku sendiri dan dikongsikan bersama.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 03:12 PM | Show all posts
Originally posted by syamiun at 25-2-2007 02:39 PM




makcik oi... taip tu jaga2 skit...jangan main ikut nafsu@mazmumah jer.... ni nak mendidik dan mensihat orang ker nak jadi anak buah setan yang suka tengok perpecahan hati sesama muslim. ...



yer ler ummi....walaupun ummi dah berumur, apa salahnya merenung teguran dari seorg yg layak aku rasa panggil ummi sebg makcik....

walaupun ummi sudah berumur, tetapi apa salahnya bremuhasabah diri dgn teguran tersebut....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2007 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by Overse7en at 24-2-2007 02:36 PM
Ni tahun 2007 dah. Bila nak berlaku ramalan2 kaji cuaca yang disebut dulu tu?


Manusia meramal tapi yang menentukan ia adalah Allah SWT. Imam Mahdi pasti akan lahir mengikut jadual perancangan sunnah dan bukannya dari jadual syiah ataupun yang sewaktu dengannya seperti penipu2 yang berselindung disebalik ahlul-Bait.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 08:45 PM | Show all posts
Nampaknya laku betul thread ini...

Sehingga sekarang masih banyak perbahasan mengenai Imam Mahdi.
Saya cuma risau jika Imam Mahdi betul-betul muncul,kita pula yang menjadi penentangnya dan sesiapa sahaja yang menentang Imam Mahdi samalah seperti menentang Allah.

Bayangkanlah di waktu sekarang ni pun jika ada orang yang cuba suruh orang lain buat kebaikan pun ditentang hebat oleh masyarakat termasuk yang Islam,apatah lagi jika Imam Mahdi yang suruh buat kebaikan.

Andaikan jika Imam Mahdi muncul nanti dan suruh kita jangan dengar muzik,jangan tengok wayang,jangan tengok bola,jangan jual arak,jangan dedah aurat,jangan judi,berperang di jalan Allah dan lain2 lagi,mampukah kita patuh?Kebarangkalian kita menentang mungkin lebih besar!Sudah banyak golongan Islam sebelum kita yang mendakwa beriman,tetapi bila nak berperang(jihad),banyak yang cabut lari sebab takut mati...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 09:11 PM | Show all posts
Originally posted by prototaip at 25-2-2007 08:45 PM
Nampaknya laku betul thread ini...

Sehingga sekarang masih banyak perbahasan mengenai Imam Mahdi.
Saya cuma risau jika Imam Mahdi betul-betul muncul,kita pula yang menjadi penentangnya dan ...


itulah....tapi tuk guru aku pernah nasihatkan aku...aku pernah menyuarakan kepd beliau, aku kata masyarakat majoritinya tidak mahu ambil tahu pasal2 ilmu2 berkaitan dengan Imam Mahdi ni...

beliau jawab pada aku, simple ajer....beliau kata, baiklah kita tengok diri kita sendiri dulu macamana ilmu dan keyakinan kita terhadap Imam Mahdi...itu sahaja jawapan beliau pada aku...

mula2 aku tak berapa faham juga, tapi semakin lama aku semakin faham dan pemahaman itu seiring dengan fenomena semasa sekrg....rupa2nya jawapan tuan guru aku tu jauh ke hadapan melangkau apa yg dpt aku fikirkn di masa itu...dan bila aku pk2kan balik, memang betul pada masa aku bertanya itu, akupun lebihkurang sama ajer dgn majoriti masyarakat yg masih kurang ilmu dan keyakinan terhadap Imam Mahdi....so patut sgt ler aku risaukan diri aku sendiri daripada risaukan masyrakat....klau ilmu kita sendiripun tak mantap, takut2 kita lak yg menjadi penambah kepada PENYAKIT masyarakat yg sedia ada...


dah hampir 3 thn, tetapi semakin hari jawapan yg diberikan beliau semakin relevan dgn apa yg berlaku hari ini....

dan aku yakin, sampai sekrg masih byk ilmu tersirat yg aku belum dpt fahami lagi dari jwapan beliau itu...

[ Last edited by  rainbows at 25-2-2007 09:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 25-2-2007 09:11 PM


itulah....tapi tuk guru aku pernah nasihatkan aku...aku pernah menyuarakan kepd beliau, aku kata masyarakat majoritinya tidak mahu ambil tahu pasal2 ilmu2 berkaitan dengan Imam Mahdi ni...

...


Tok Guru awak tu sapa? Kalau Abuya yang katakan begitu mengapa tidak mahu berterus terang? Awak malukah nak sebutkan nama Abuya atau awak mempunyai Tok Guru syiah yang lain dan membawa masuk pula ajaran tersebut dalam jemaah??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.268665 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list