CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ghetto_souljah

Artikel Imam Mahdi mengikut ASWJ (merged: astika, nuralisa)

[Copy link]
Post time 1-9-2005 09:34 PM | Show all posts
Golongan kedua adalah ulama yang bersikap sederhana. Golongan yang sebegini adalah golongan yang paling ramai. Mereka adalah golongan yang mempercayai kemunculan Imam Mahdi, tetapi tidak memaksakan pendapatnya diterima oleh orang lain. Alasan yang diberikan adalah atas dasar bahawa persoalan Imam Mahdi adalah masalah furuk akidah, bukan masalah pokok akidah. Persoalan Imam Mahdi adalah masalah ikhtilaf, dan umat Islam dibenarkan memilih mana-mana satu pendapat yang disukainya, selagi pendapat itu didasarkan ilmu yang sampai kepadanya, dan selagi tidak sampai melanggar batas-batas yang sepatutnya.

Mereka tidaklah sampai menyesatkan golongan lain seperti yang dilakukan oleh golongan pertama tadi. Sikap mereka yang berlapang dada ini sebenarnya adalah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh para ulama Islam. Seterusnya sikap sebeginilah yang patut diikuti oleh sekalian umat Islam. Menurut mereka lagi, mempercayai Imam Mahdi  tidak sama dengan mempercayai turunnya rasul kepada manusia.

Imam Mahdi adalah seorang manusia biasa yang bertaraf wali, bukan bertaraf rasul. Oleh kerana Imam Mahdi itu lebih rendah tarafnya daripada rasul, kalau orang mempercayai kemunculannya atau tidak, pastilah tidak akan menjejaskan akidah dan tidak sekali-kali merosakkan iman. Seluruh ulama Ahlus Sunnah tidak' pernah lagi menjatuhkan hukum syirik, khurafat, bidaah dan sesat kepada sesiapa atau mana-mana kumpulan yang tidak mahu mempercayai kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman nanti.

bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2005 09:46 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 1-9-2005 11:34 AM


aik ada beza ke? kalau mcm ni kena tgk lafaz Arabnya baru boleh beza. Apa hadisnya tu tatie?



kalau tatie kata puak2 Wahabi kata Imam Mahdi tak akan muncul tatie salah. Puak2 Wahabi per ...


ermm...tatie akan cuba beri penjelasan terhadap persoalan tu nanti ..kena ambik masa sikit, sebb kena habiskan part by part...harap bersabar....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 1-9-2005 11:43 AM
satu lagi tatie. Bagus lah tatie masukkan info ttg Imam Mahdi menurut ASWJ tu. Harapnya tatie sambung lagi. Kita sama2 dapat kongsi info.

Cuma saya minta kalau boleh tatie jgn lupa di akhirnya n ...


ermmm...ok, tatie cuba...setakat yg termampu...untuk memberi info pasal IM menurut ASWj ni..muga-muga diberi kelapangan oleh Tuhan...insyaAllah...:pray:

sebenarnya IM menurut Syiahpun tatie ada info jugak...agaknya PakMalau tu pun berminat gak nak tahu...nanti dia boleh diskus dgn imam masjid Syiah kat sana..hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 1-9-2005 11:37 PM


PM yg syok bertapa kat thread NOVEL kena panggil ke sini plak...  eloklah tu, cerita sket apa yg tatie faham ttg IM syiah, boleh PM baca. Kalau OK, PM boleh bagi Zainab baca... kalau tak OK  ...


ermmm..akhirnya PM keluar gak dari persembunyian yer...ingatkan dah jatuh dalam terowong masa dan terlupa formula Enstein...

ok..tatie cuba, tapi kena tunggu giliran dulu...soalan ustaz zul, kena jawab dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2005 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 1-9-2005 11:44 PM


ermmm..akhirnya PM keluar gak dari persembunyian yer...ingatkan dah jatuh dalam terowong masa dan terlupa formula Enstein...

ok..tatie cuba, tapi kena tunggu giliran dulu...soalan ustaz zul, ...


yg penting dlm soalan saya ialah dalil & hujah pegangan tatie bhw Syeikh Suhaimi akan jadi Imam Mahadi dan Abuya akan jadi Pemuda Bani Tamim. Ini yg saya sangat2 nak tahu.

Jgn lupa yer comel ...
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 2-9-2005 12:50 AM | Show all posts
Yahudi, Kristian, Sunnah dan Shiah semuanya sedang menunggu "Mahdi" (Messiah) masing-masing. Setiap golongan mengharapkan Penyelamat yang akan membantu "kumpulan" mereka.

[ Last edited by belut at 2-9-2005 12:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2005 07:06 AM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 1-9-2005 09:47 AM


Grave cuma percaya dakwaan itu semua dari bekas2 arqam (pd masa yg sama grave tak pernah pun join arqam) tapi tak sebut pun secara spesifik siapa ex2 arqam itu semua samalah seperti cydekick yg gagal sebut nama siapa dia ahli arqam yg menyaksikan dgna mata kepala sendiri yg anak buah abuya ni minum air basuh tangan abuya.



Sebenarnya terlalu ramai bekas2 arqam yang membuat dakwaan-dakwaan tersebut sehinggakan Asaari membuat satu buku khas menghentam dan menghina mereka.

OK lah bagaimana pula keyakinan anda yang menjadi pengikut taksub Asaari tu. Masih yakin bahawa Sheikh Shuhaimi itu sebagai bakal Imam Mahadi dan Asaari@Ashaari Muhammad itu sebagai Pemuda Bani Tamim? Dimanakah Imam Mahdi sekarang jika tidak bertapa di Gunung Alas Kotonggo Pulau Jawa?

Sila jawab tanpa berbelit fakta agar kekeliruan terjelas. Jangan jadi orang munafik yang jika bercakap selalu benar berbohong.

Silakan.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
Post time 2-9-2005 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 2-9-2005 07:06 AM

Sebenarnya terlalu ramai bekas2 arqam yang membuat dakwaan-dakwaan tersebut sehinggakan Asaari membuat satu buku khas menghentam dan menghina mereka.

Silakan.


Izinkan saya jawab bagi pihak mawar..

Kerana terpengaruh dgn dakwaan2 spt itulah, mrk2 ini semuanya terkeluar dari jemaah. Goyah dgn perjuangan kerana mudah termakan dgn hasutan2 dan momokan2 cerita yg tidak ada kesahihannya. Cerita2 mengarut ini sebenarnya hebat menular bermula dari abuya di tahan ISA. Kalau benar2 yakin dgn perjuangan dan kuat pegangan tauhid, seseorg ahli jemaah tidak mudah termakan cerita2 yg bukan2 spt di atas.

Di saat pemimpin ditahan disinilah ahli2 kena kuat tawakal dgn Tuhan di samping cerdik menilai dan peka sepak tendang musuh2 diluar sana yg mmg mencatur cerita2 sensasi itu semua. Kerana ekoran pengharaman arqam, bukan sj organisasinya dilumpuhkan ttp minda dan perasaan ahli2 ketika itu juga 'diharu-birukan' oleh pihak2 tertentu.

Jadi di sinilah sebenarnya berlaku penapisan ahli yg benar2 kental dgn Tuhan, cerdik dan yakin dgn perjuangan Islam bila menghadapi saat getir perjuangan.

Abuya buat buku bukan kerana hendak sgt menghentam dan menghina mrk ttp lebih kepada mahu menyedarkan mrk kerana pembohongan2 yg mrk terus canangkan ke tgh masyarakat sudah sgt merugikan perjuangan Islam. Ramai kalangan masyarakat yg tidak tdk ada kena mengena dgn arqam terseret sama cthnya org spt sdr.

Itupun setelah bertahun2 abuya cuba perbaiki mrk secara tertutup ttp mrk nampaknya semakin rosak. Kalau diri mrk saja rosak itu boleh abuya bersabar lagi dgn tidak sampai hendak membuat buku.

Sebagai contoh, org spt Halim abbas sehingga buku tersebut ditulis dia masih lagi berleluasa menipu ramai org dgn begitu licik. Hidup di atas menipu...penipuan2 itulah yg didedahkan oleh abuya. Kalau setakat hendak membalas dendam peribadi (spt tuduhan majoriti ex2 dan org2 yg terpengaruh mcm sdr), abuya takkan sampai buat buku.

Abuya lebih fikir kemaslahatan masyarakat berbanding hendak jaga imej dirinya. Biarpun bukan abuya tidak tahu dgn keluarnya buku tersebut ibarat abuya menyimbah lumpur ke muka sendiri.

Bukti menunjukkan betapa masyarakat spt sdr cukup terpengaruh dgn mrk2 ini semua ialah bila saya perhatikan dari dulu lagi cara sdr 'mengulas' nasihat2 abuya pada buku tersebut sangat bias dan hanya menwar2kan yg negatif padahal keseluruhan buku tersebut lebih banyak nasihat2 ikhlas dari abuya utk bekas sahabat2 dan bekas anak2 buahnya.

Cthnya spt isu kes jual goreng pisang oleh salah seorang isteri bekas pemimpin dlm buku tersebut....golongan org2 yg menentang spt sdr jelas menyelewengkan maksud abuya dgn mengatakan abuya menghina org jual goreng pisang. Padahal tulisan abuya itu sekadar perbandingan betapa mrk yg menentang abuya sekarang, dulunya semasa dlm jemaah segala keperluan anak isteri mrk dijaga tidak sampai terpaksa bersusah payah spt sekarang. Tetapi kenapa org2 spt sdr boleh menilai tulisan abuya berdasarkan hati sungguh berprasangka hingga maksud abuya tersasar.

Satu cth lagi bila sdr dan rakan2 ada menuduh abuya menghentam kumpulan2 nasyid yg pernah dididik oleh abuya padahal abuya cuma sentuh secara umum dan tidak spesifik. Teguran2 abuya pula hanya beberapa selitan ayat shj jika nak bandingkan dgn kritikan oleh media massa luar terhadap 'kepincangan2' bekas penasyid anak2 didiknya.

OK lah bagaimana pula keyakinan anda yang menjadi pengikut taksub Asaari tu. Masih yakin bahawa Sheikh Shuhaimi itu sebagai bakal Imam Mahadi dan Asaari@Ashaari Muhammad itu sebagai Pemuda Bani Tamim? Dimanakah Imam Mahdi sekarang jika tidak bertapa di Gunung Alas Kotonggo Pulau Jawa?

Sila jawab tanpa berbelit fakta agar kekeliruan terjelas. Jangan jadi orang munafik yang jika bercakap selalu benar berbohong.


Apa perlu sdr yg sgt2 memusuhi abuya dan rufaqa utk tahu apa sebenarnya keyakinan kami? Apa pentingnya bagi sdr?
Andainya saya jawab di mana IM kalau bukan di gunung alaskotonggo pulau jawa...apakah org spt sdr mahu menerimanya? Utk menerima perjuangan abuya pun sdr bersikap spt memusuhi inikan pula hal2 yg berkait dgn keyakinan seseorg atau keyakinan sesebuah jemaah.

Fakta yg saya jawab sdr akan rasa berbelit selagi sdr tidak berlapang dada dlm mencari kebenaran. Apakah sdr menuduh kami selalu berbohong sdgkan atas piawaian apa sdr boleh menuduh kami berbohong sdgkan selama ini pun pihak rufaqa lebih banyak berdiam diri dan malas buang masa melayan kerenah org2 spt sdr samada di alam cyber ini apatah lagi di luar.

[ Last edited by Akasyah at 2-9-2005 10:42 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2005 02:14 PM | Show all posts
ermm..muga-muga grave di beri Tuhan kelapangan hati utk menerima pendapat orang lain....:pray:

kalau mahu tahu lebih lanjut mengenai sejarah Arqam maka kepada sesiapa yang berminat di sini tatie ingin membuat pengumuman...

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI PROGRAM BEDAH BUKU ANN WAN SENG " ARQAM DI SEBALIK TABIR" ANJURAN PENERBITAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

TEMPAT : HOTEL VISTANA KL
MASA : 8.15 PAGI HINGGA 12.30 TGHARI
TARIKH : 25 SEPTEMBER 2005



PENYERTAAN ADALAH PERCUMA DAN TIDAK DIKENAKAN APA-APA BAYARAN
.

SILA HUBUNGI NO TEL 019 3141074 (DR NORAINI ABD RAHMAN) UNTUK URUSAN PENDAFTARAN DAN SEBARANG PERTANYAAN BERHUBUNG DENGAN PROGRAM TERSEBUT.

SEKIAN DI MAKLUMKAN.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2005 06:08 PM | Show all posts
Golongan ketiga adalah golongan yang menolak terus kepercayaan terhadap Imam Mahdi dan bermula dari golongan inilah yang menyebabkan umat Islam terpecah-pecah dan berbeza-beza pendapat mengenai Imam Mahdi, seperti yang terdapat pada hari ini.

Kita tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus dalam hal ini, tetapi perlulah diakui pula, salah satu punca terbesar perpecahan pendapat umat Islam (dalam hal ini) adalah datang dari mereka. Golongan ini ada yang menolak secara sederhana dengan alasan yang lembut didengar, ada yang menolak dengan agak keras dan alasan yang masih boleh diterima, dan ada pula yang menolak sama sekali dengan penuh kasar dan penuh emosi. Maka hilanglah sifat toleransi mereka sehingga menyebabkan mereka terlalu ekstrem mengenainya.

Penolakan terhadap Imam Mahdi ini boleh dilihat dari dua sudut atau persoalan asas. Pertama, mereka menolak kemunculan suatu peribadi yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan yang kedua adalah mereka yang menolak hadis-hadis tentang kemunculan Imam Mahdi.

Yang menolak kemunculan peribadi yang bergelar Imam Mahdi itu disebabkan kurangnya kefahaman mereka terhadap diri Imam Mahdi itu sendiri. Maka kerana itu, kedatangan si Mahdi itu ditolak terus. Masakan boleh Imam Mahdi itu dengan hanya bersendirian sahaja mampu membaiki seluruh keadaan dunia yang amat kronik pada hari ini. Mustahillah Imam Mahdi itu mempunyai keupayaan yang jauh melebihi dari apa pernah diterima oleh Rasulullah SAW sendiri. Demikian fikir mereka, dan itu jugalah alasan yang mereka beri.

Mereka ini terlalu mengikutkan logik akal sihat mereka itu sahaja, sehingga lupalah mereka bahawa akal mereka yang mereka terlalu agung-agungkan itu amatlah terhad sempadan yang mampu dicapainya. Mereka seolah-olah lupa bahawa akal sebenarnya dipandu oleh al-Quran _dan hadis, bukan akal yang memandu al-Quran dan hadis. Sikap mereka yang demikian seolah-olah meletakkan kedudukan akal melebihi daripada kedudukan al-Quran dari hadis. Seolah-olah apabila sesuatu itu tidak dapat dilogikkan oleh akal, maka perkara itu tertolak. Dan itulah dia syariae pada pandangan mereka. Sikap sĕperti ini sebetulnya adalah melanjutkan sikap dan pegangan Muktazilah, yang pernah hidup subur pada zaman dahulu. Mereka inilah Muktazilah moden, yang melanjutkan lidah Muktazilah zaman dahulu, yang pada hari ini sudah kelu lidahnya di dalam lubang kubur masing-masing.


Golongan yang kedua, menolak kemunculan Imam Mahdi kerana memberi alasan bahawa tidak ada sebuah pun hadis yang berkaitan Imam Mahdi itu yang dapat dipegang atau dijadikan hujah syarak. Mereka terlalu dikongkong oleh kaedah ilmu mustalah hadis yang amat ketat itu, sehingga pada perkara Imam Mahdi yang hanyalah soal furuk agama pun, dihukumkan seperti-mereka menghukum perkara pokok akidah atau pokok syariat. Maka kerana itu, tertolaklah perkara Imam Mahdi ini pada pandangan mereka. Lupalah mereka bahawa soal ini adalah furuk semata-mata, tidak lebih daripada itu. Itulah akibatnya jika kayu ukur yang digunakan adalah kayu ukur orang lain, yang jauh berbeza daripada kayu ukur yang sepatutnya.



bersambung.....

[ Last edited by serihartatie at 2-9-2005 06:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2005 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 2-9-2005 06:08 PM
Mereka inilah Muktazilah moden, yang melanjutkan lidah Muktazilah zaman dahulu, yang pada hari ini sudah kelu lidahnya di dalam lubang kubur masing-masing.



Siapa yang nampak kedudukan mereka di dalam kubur? Jangan-jangan merekalah yang mendapat rahmat dan nikmat berbanding orang-orang yang mati taksub kepada Arqam.
Ada lagi program Yaqazah ker?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2005 06:29 PM | Show all posts
A'kum

Kalau ada petunjuk bahawa Pemuda Bani Tamim di hujung mulutnya penuh air liur, barulah saya percaya bahawa Asshaaree lah orang nya. tapi, yelah.... hmmm asshaaree orangnya suka membalas dendam, dia cuba menerapkan ajaran2 yang baik tetapi bila ada kesempatan habis dihentamnya musuh2 dan orang2 yang meninggalkannya. Ini adalah akhlak buruk Asshaaree. Mustahil Imam yang membawa petunjuk kebenaran, yang berakhlak dengan akhlak Rasulullah, mempunyai orang kuat (si tua bani tamim) yang berakhlak burok?!. Rasul mempunyai bukti al-Quran yang berbahasa tinggi, sesuai dengan darjat dan akhlaknya yang tinggi, tetapi sebaliknya kepada Asshaaree dengan buku 'nasihat buatmu' jelas menunjukkan kerendahan akhlaknya bagi orang2 yang berakal.

Oh pemuda bani tamim, bilakah kemunculanmu, kerana ada seorang tua yang mengaku pemuda sedang menipu orang2 yang tidak mahu menggunakan akal2 mereka!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2005 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by abuaya at 2-9-2005 06:29 PM
A'kum

Kalau ada petunjuk bahawa Pemuda Bani Tamim di hujung mulutnya penuh air liur, barulah saya percaya bahawa Asshaaree lah orang nya. tapi, yelah.... hmmm asshaaree orangnya suka membalas de ...


Hehehehee...siaplah ko nanti kena tuduh wahabi ataupun syiah!
Reply

Use magic Report

ghetto_souljah This user has been deleted
 Author| Post time 2-9-2005 06:46 PM | Show all posts
adoih...banyaknya info...pening dah ni hahaha...
jgn nanti tersasul dan tersalah campur-aduk info sudah la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2005 11:48 PM | Show all posts
Dari mesin fotostat...

Tajuk : Muslihat halus dalam penyelewengan Arqam
Penulis : Che Min Che Ahmad (Pengerusi Lembaga Pelajaran dan Pendidikan
          Islam Malaysia
Disiarkan dalam Berita Minggu, 14 Ogos 94

   Satu daripada perkara yang menarik minat orang ramai tetapi mungkin
belum jelas di kalangan sebahagian kita umat Islam ialah mengenai
al-Arqam, iaitu satu kumpulan yang diketuai oleh Ashaari Muhammad,
bekas guru agama sekolah rendah yang berasal dari Kampung Pilin,
Negeri Sembilan.

   Pada hari ini, Ashaari mendakwa dirinya sebagai seorang mujadid yang
istimewa hingga mengatasi Imam As-Syafie atau Imam Al-Ghazali kerana dia
kononnya mujadid akhir zaman.

   Oleh itu, dia sudah mencuba untuk membuktikan bahawa dia adalah
pemuda Bani Tamim yang akan menyerahkan pemerintahannya kepada Imam
Mahadi yang mana dia dipercayai akan muncul di abad ke-15 ini.

   Imam Mahadi yang dimaksudkan itu ialah Kiyai Sheikh Muhammad
Abdullah Al-Suhaimi yang dilahirkan di Jawa, Indonesia, dibesarkan
di Singapura dan meninggal dunia di Klang, Selangor pada tahun 1925.

   Bagi menguatkan kepercayaan pengikutnya kepada dakwaannya, Ashaari Muhammad
menggunakan wirid-wirid yang disandarkan kepada Sheikh
Al-Suhaimi yang dikenali dengan Aurad Muhammadiah.


bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2005 11:50 PM | Show all posts
Bagi tujuan itu, Ashaari memuja Sheikh Al-Suhaimi dan mengagungkan
wirid-wiridnya dengan dakwaan yang ternyata berbohong, iaitu seperti
berikut:

   - Pertama: Al-Arqam menentukan bahawa Kiyai Muhammad Al-Suhaimi yang
meninggal dunia pada 1925 dan dikebumikan di Kampung Teluk Pulai Klang,
Selangor adalah sebagai Imam Mahadi.

   Malah al-Arqam meyakini bahawa Kiyai Muhammad Al-Suhaimi yang meninggal
dunia itu belum mati, cuma ghaib sahaja, kononnya pada masa ini sedang bertapa
di hutan Alas Ketongga di Jawa Timur, Indonesia, dan akan muncul
sebagai Imam Mahadi tidak lewat daripada tahun 1415 Hijrah.
   Kedua: Al-Arqam meyakini bahawa himpunan wirid dalam Aurad Muhammadiah
diterima dan diajar kepada Kiyai As-Suhaimi oleh baginda Rasulullah
(s.a.w.) pada suatu malam di dalam Kaabah dengan keadaan jaga dan hidup.

   Kepercayaan sedemikian menggambarkan seolah-olah baginda RasuluLlah
tidak sempat untuk menyampaikan semua syariat Islam kepada umat manusia. Hal
sedemikian tidak dapat diterima kerana RasuluLlah (s.a.w.) adalah bersifat
tabligh, iaitu menyampaikan kesemua syariat Islam seperti yang terkandung
dalam firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 3, "Pada hari ini, Aku telah
sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Aku lengkapkan nikmat-Ku ke atas
kamu dan Aku reda Islam sebagai agama kamu."

   Ketiga: Al-Arqam mendakwa dan mempercayai bahawa Kiyai Al-Suhaimi sebagai
seorang daripada khulafa Ar-Rashidin dan Imam Mahadi, iaitu
dengan menambahkan dalam bacaan syahadahnya seperti berikut: Asyhadu
alla ilaha ill Allah, waasyhadu anna Muhammad arRasuluLlah, Abu Bakri Assidek,
Umar Al-Faruk, Usman Birrahim, Ali Asduddin, Muhammadu nil Mahdi, Khulafa
RasuluLlah. Dengan demikian mereka menganggap bahawa
Kiyai Muhammad As-Suhaimi adalah setaraf dengan Khulafa Ar-Rashidin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2005 11:54 PM | Show all posts
Perkara yang disebutkan itu adalah sebahagian daripada petikan yang
diambil dalam buku "Aurad Muhammadiah pegangan al-Arqam" yang dikeluarkan
pada 1986. Selain perkara itu, banyak lagi bentuk penyelewengan,
antaranya ialah:

   Beramal dan melakukan majlis yaqazah, kononnya majlis berkenaan
dihadiri oleh baginda RasuluLlah (s.a.w.), khulafa Ar-Rashidin dan roh
beberapa ahli al-Arqam.

   Di dalam majlis itu, mereka mengetahui dan mengenalpasti orang tertentu
dalam al-Arqam sebagai ahli neraka dan sebaliknya. Mereka juga mempercayai
bahawa melalui majlis itu mereka akan diberikan jaminan oleh Allah akan mudah
diterima taubat masing-masing, khususnya ahli al-Arqam.

   Kepercayaan seperti ini adalah sesuatu yang ganjil kerana seolah-olah
baginda RasuluLlah dan khulafa Ar-Rashidin boleh dipanggil bila-bila masa
hanya semata-mata untuk menyertai majlis mereka.

   - Al-Arqam juga beriktikad dengan meyakinkan bahawa sesuatu kebenaran
itu boleh disabitkan dengan melalui mimpi seseorang. Salah seorang ahli
Al-Arqam bermimpi berjumpa baginda RasuluLlah dan kononnya dalam mimpi itu,
RasuluLlah memperakukan kumpulan al-Arqam adalah satu kumpulan yang benar.

   Menjadikan mimpi berjumpa RasuluLlah (s.a.w.) sebagai hujjah untuk
menyatakan kebenaran kumpulan al-Arqam adalah satu perkara yang nyata
bertentangan dengan pegangan ahli Sunnah wal Jamaah yang boleh merosakkan
akidah seseorang. Kerja seperti ini adalah kerja orang fasik dan kabur
imannya kepada Allah.

   - Mengaitkan peristiwa kemalangan, sakit dan nasib malang orang tertentu
kerana menentang al-Arqam sebagai tanda balasan dan hukuman yang ditimpa ke
atasnya. Pegangan seperti ini ternyata boleh membawa syirik kepada Allah,
wa`iyaz biLlah.

   Ayat al-Quran dalam surah at-Taubah, ayat 51 menyatakan : "Katakan
wahai Muhammad,'tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun
melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung
yang menyelamatkan kami dan dengan kepercayaan itu maka kepada Allah
jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.'"

   - Ashaari Muhammad percaya kepada ramalan karut bahawa Imam Mahadi
yang  diramalkan akan muncul pada tahun 1415 Hijrah. Dia membuat
ramalan demikian pada tahun 1408 Hijrah yang lalu.
  

Dia juga meramalkan bahawa pada abad ke-15 Hijrah ini akan berlakunya
hari kiamat. Hal ini disebutkan dalam bukunya yang berjudul "Siapakah
Mujadid Abad Kelima Belas" di muka surat 96.


   Sikapnya ini adalah suatu perkara yang bertentangan dengan ayat
al-Quran dalam surah Luqman, ayat 34: "Sesungguhnya di sisi Allah
pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat."
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2005 11:58 PM | Show all posts
Sikapnya ini adalah suatu perkara yang bertentangan dengan ayat
al-Quran dalam surah Luqman, ayat 34: "Sesungguhnya di sisi Allah
pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat."


   - Menanamkan sikap taksub yang membuta tuli dan pemujaan yang
berlebihan kepada Ashaari Muhammad. Sikap sedemikian ditanamkan kepada
semua ahli al-Arqam, kononnya Ashaari adalah seorang yang bertaraf
wali yang mempunyai beberapa kekeramatan, di antaranya kekeramatan
yang didakwa berlaku ke atas diri Ashaari ialah ketika dia menziarahi
gua Ashabul Kahfi di mana dia kononnya dipayungi awan daripada panas
matahari sewaktu berjalan menuju ke gua itu, malah pada ketika itu
Ashabul Kahfi juga bangun dari kuburnya untuk memberikan penghormatan
kepada Ashaari ketika dia melawat kubur itu.

   Selain itu beberapa gelaran diberikan kepada Ashaari seperti Abuya
Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Gelaran At-Tamimi diberikan kerana
dia mendakwa mempunyai pertalian dengan keturunan RasuluLlah s.a.w.

   Mereka juga mendakwa Ashaari ditentukan oleh Allah sebagai pemimpin
yang dijanjikan. Pelbagai gelaran lain yang diberikan kepadanya termasuk Yang Berhormat Mulia dan AyatuLlah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2005 12:03 AM | Show all posts
Dalam penafsiran ayat al-Quran, dia menafsirkan ayat daripada surah
an-Nisa ayat 3 dengan memberikan maksud bahawa perkahwinan itu bermula
daripada dua dan seterusnya bertambah kepada tiga dan empat.

   Penafsiran ini terkandung dalam bukunya yang berjudul "Inilah sikap
kita", halaman 170 dan 171 yang bertentangan dengan Islam. Dalam buku
itu dia mendakwa bahawa baginda RasuluLlah s.a.w. mempunyai 37 isteri
dan Saidina Hassan Ali pula mempunyai 200 isteri. Dakwaan yang
sedemikian adalah bertentangan dengan fakta sejarah malah ia menghina
kemuliaan baginda RasuluLlah s.a.w. dan cucu baginda, Saidina Hassan.
   

Dalam hubungan ini, adalah jelas penyelewengan yang dilakukan
pemimpin adalah dirancang secara sengaja, malah ia mempunyai muslihat
yang halus supaya ketua-ketuanya terutama Ashaari sendiri ditaati,
dipuja dan diagung-agungkan.

   Sehubungan itu, adalah diharapkan orang ramai dapat memahami
penyelewengan yang berlaku dalam al-Arqam dan sekali gus menolak
sebarang dakyah kumpulan itu.

   Oleh itu kita hendaklah berpegang teguh kepada al-Quran dan as-sunnah
dan jangan cuba mereka-reka sumber yang lain untuk dijadikan pegangan.

   Ia sesuai dengan kehendak Islam seperti pesanan RasuluLlah s.a.w.
dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik RaziyaLlahuanhu
bermaksud: "Dari Abi Hurairah RaziyaLlahuanhu, dari RasuluLlah s.a.w.
bahawa baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua
perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang
teguh kepada kedua-duanya, iaitu kitab Allah dan sunnah RasuluLlah s.a.w."

   Berdasarkan kepada penyelewengan berkenaan, maka Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia dan Majlis Fatwa negeri-negeri
memfatwakan bahawa ajaran-ajaran sedemikian yang dibawa dan dipegang oleh
al-Arqam adalah bertentangan dengan syariah Islam.

   Sehubungan itu orang ramai hendaklah menghindarkan diri dan tidak
terpengaruh dengan ajaran dan fahaman demikian.


Bersambung...ada lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2005 12:16 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 3-9-2005 12:03 AM
Dalam penafsiran ayat al-Quran, dia menafsirkan ayat daripada surah
an-Nisa ayat 3 dengan memberikan maksud bahawa perkahwinan itu bermula
daripada dua dan seterusnya bertambah kepada ...


yess..sambunglah lagik...cerita basi ni..bukan ker hafizi dah berikan penjelasan dulu utk menjawab segala tuduhan daripada pihak yg berkaitan...

tapi, tak per, puaskanlah hati bapak sebb mungkin dgn cara ini bapak dapat peroleh ketenangan hati...

hehehe...

sorilah ghetto...sepatutnya dibincangkan soal Imam mahdi ikut ASWj tetapi berlapanglah hatilah...ini semua kerja insan-insan yg di hatinya ada sejenis penyakit....apa nak buat semua ini soal JIWA..hehehe...

[ Last edited by serihartatie at 3-9-2005 12:20 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.453708 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list