CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 60411|Reply: 39

Rumah Orang-orang Tua

[Copy link]
Post time 29-7-2005 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Abdul Rahman bin Jaafar
Rumah Seri Kenangan Kangar,
Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah,
Kg. Jejawi, Utan Buluh,
02600 Arau, Perlis
Tel : 04-9777528
Fax : 04-9777527

Mohd Darus bin Salim
Rumah Seri Kenangan,
Jalan Semeling,
08100 Bedong, Kedah
Tel : 04-4581244
Fax : 04-4581244

Tn Syed Affendi b Syed Harun
Rumah Seri Kenangan,
Jalan Stesyen Ulu,
34000 Taiping, Perak
Tel : 04-8072718
Fax : 04-8089916

Muhammad Jamil bin Darus
Rumah Seri Kenangan,
32150 Tanjung Rambutan,
Perak
Tel : 04-5331875
Fax : 04-5331875


Mohd Yusof bin Abdullah
Rumah Seri Kenangan,
Km 18, Jalan Cheras,
43000 Kajang, Selangor
Tel : 03-87360417
Fax : 03-87360460

Hjh Noree Reung Prach bt Mohd Ali
Rumah Seri Kenangan,
Jalan Han Hui Foong,
70200 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-7623066
Fax : 06-7646760

Hjh Rahmah bt Tasrip
Rumah Seri Kenangan,
Km 12, Paya Rumput,Cheng,
76450 Melaka
Tel : 06-3121179
Fax : 06-3121402

Tn. Hj Jusoh @ Mazam bin Ibrahim
Rumah Seri Kenangan,
Jalan Ithnin, Kampung Ungku Mohsi, 80350 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2371737
Fax : 07-2355737

En. Mohd Zin bin Ismail
Rumah Seri Kenangan,
Taman Kemumin,
16100 Pengkalan Chepa, Kelantan
Tel : 09-7738388
Fax : 09-7734018

[ Last edited by  Syd at 26-9-2006 10:11 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nur_amin This user has been deleted
Post time 6-1-2006 09:23 PM | Show all posts
Takut juga kalau  di usia tua nanti hidup sebatang kara...
hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui...aper2x yang
terjadi kena redha dan sabar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2006 10:03 AM | Show all posts
elok gak kalu jd sukarelawan kat rumah warga emas....insyaallah bila kita tua nanti ada org yg akan
jaga kita..
bak kata pepatah...buat baik dibalas baik...buat jahat..paham2 sendirilah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2006 03:40 PM | Show all posts
atas permintaan seorang teman.

ada tak sesiapa yang tahu, kat mana ada pusat penjagaan harian untuk warga emas. Oleh kerana kawan saya ini bekerja, dan tiada siapa yg boleh tgk2kan emaknya, beliau ingin mendapatkan khidmat pusat penjagaan harian ini dimana pada sebelah pagi sebelum pergi bekerja, beliau akan menghantar ibunya dan dan apabila waktu petang beliau akan menjemput balik. Beliau risau utk meninggalkannya ibunya seorang dirumah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2006 05:31 PM | Show all posts
kawan tuh dok area mana?

yang nih tuk yang dok kat Tg Malim

link : http://tg_malim.idesa.net.my/w_emas.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2006 01:54 PM | Show all posts
kawan i tu kat shah alam. kalau tg. malim tu jauh lah pulak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2006 10:45 AM | Show all posts
Syd..


Boleh kasi info pasal Rumah Anak-anak yatim area KL yang daif tak.. ader gak survey list yang dulu syd pernah kasi tapi mostly dah pindah. most keadaan diorang ok.. kalau boleh nak yang daif tu nak buat teambuilding kat situ - gotong royong bersih umah, cat rumah sambil menderma la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2006 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by zaza88 at 24-3-2006 01:54 PM
kawan i tu kat shah alam. kalau tg. malim tu jauh lah pulak...


http://www.era.fm/oap/infozone/era/eventdetail.asp?event_id=10502

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2006 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by cipan78 at 14-4-2006 10:45 AM
Syd..



Boleh kasi info pasal Rumah Anak-anak yatim area KL yang daif tak.. ader gak survey list yang dulu syd pernah kasi tapi mostly dah pindah. most keadaan diorang ok.. kalau boleh nak yang  ...



saya jawab kat thread anak2 yatim tu yea

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2006 10:58 AM | Show all posts
RUMAH SERI KENANGAN, TAIPING (RSK TAIPING)

Institusi ini merupakan institusi perlindungan kepada golongan warga tua. Ia terletak di lot 1689 dan lot 1690, Jalan Stesen, Taiping. Ia mula beroperasi sejak tahun 1950 dan Institusi ini mampu memberi perlindungan sehingga 200 orang warga tua pada satu masa. Institusi ini memberi perkhidmatan jagaan dan perlindungan kepada warga tua yang berusia 60 tahun ke atas. Kemasukan warga tua ke institusi ini adalah melalui perintah mahkamah di bawah Akta Orang Papa 1977 atau permohonan Kemasukan Secara Sukarela.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2006 10:59 AM | Show all posts
RUMAH SERI KENANGAN, TG. RAMBUTAN   

Institusi ini merupakan institusi perlindungan kepada golongan warga tua. Ia terletak di lot 36519 Tanjung Rambutan. Ia mula beroperasi sejak tahun 1952 dan Institusi ini mampu memberi perlindungan sehingga 255 orang warga tua pada satu masa. Konsep institusi ini adalah sama dengan RSK Taiping dan proses kemasukan juga adalah serupa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2006 11:24 AM | Show all posts
Rumah Orang Tua Uzur Pulau Pinang
Taman Gelugor, Seberang Prai,
Penang

Phone: 04-6582457,04-6582148

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 10:12 AM | Show all posts
Lawatan bertanya khabar
Oleh: MOHD. ZAINI NASRI


DR. NOR HAYATI bersalaman dengan wakil penghuni RSK Perlis selepas menyampaikan sumbangan kepada rumah kebajikan tersebut sambil disaksikan sebahagian penghuni RSK Perlis yang lain.
--------------------------------------------------------------------------------



APAKAH kerana bapa kita pernah melakukan sedikit kesalahan, kita akan terus melupakan mereka dan membiarkan mereka menghabiskan sisa-sisa hidup di rumah orang tua?

Lupakah kita akan jasa dan pengorbanan mereka sebelum ini? Cuba bayangkan tanpa mereka pastinya kita tidak akan melihat dunia ini.

Seperti manusia lain, seorang bapa juga tidak dapat lari daripada membuat kesilapan. Namun berilah peluang kepada mereka untuk menebus kesilapan dan kembali ke pangkal jalan.

Jangan dipersiakan hidup mereka kerana biar macam mana buruk sekalipun tingkah laku, mereka tetap bapa yang perlu dihormati dan disayangi.

Menyedari betapa warga tua memerlukan perhatian, kakitangan Fakulti Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai Dekannya, Prof. Madya Dr. Nor Hayati Ahmad telah melakukan lawatan ke Rumah Sri Kenangan Perlis (RSK Perlis).

Tujuan lawatan adalah untuk melihat sendiri kehidupan penghuni di rumah tersebut, beramah mesra dan bertanya khabar.

Kunjungan tersebut telah membuka ruang kepada penulis untuk berkongsi cerita dengan dua penghuninya mengenai pengalaman mereka tinggal di rumah tersebut.

Salah seorang daripada mereka, Zuki Ismail, 68, sudah enam tahun tinggal di rumah tersebut. Dia kecewa sebab anak-anaknya tidak pernah datang melawatnya.

揃erilah peluang kepada ayah untuk menebus kembali dosa-dosa lalu. Ayah rindu untuk bersama keluarga seperti dahulu,拻 keluh Zuki membuka bicara.

Menurut Zuki, anak-anaknya tahu dia tinggal di RSK tetapi tiada seorang pun mengambil inisiatif untuk datang menjenguknya.

Masuk tahun ini, sudah enam kali Zuki menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di RSK. Zuki kini dilantik sebagai ketua penghuni lelaki di rumah kebajikan itu.

Menurut Zuki, seperti orang lain, dia juga sangat mengharapkan kedatangan anak-anak melawatnya untuk melepaskan rindu.

揝aya semakin sedar betapa keluarga ialah harta yang paling bernilai dan saya ingin menebus kembali kesalahan yang pernah saya lakukan dulu. Saya berharap Ramadan kali ini mempertemukan semula saya dengan anak-anak,拻 katanya.

Pun begitu, kata Zuki, dia akan terus tinggal di RSK kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak.

揝aya hanya mahu bertemu mereka. Itu sahaja,拻 tambahnya.

Baginya, tinggal di situ merupakan satu nikmat kerana dia dapat mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakan seusia walaupun dia dihambat perasaan sedih.

Seorang rakannya yang juga mengalami nasib yang sama, Samsudin Naharin, 60, berkata, dia dihantar ke RSK selepas keluar dari hospital kerana tiada saudaramara yang menuntutnya.

Samsudin yang merupakan pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan sayu memohon dua anaknya melupakan kisah lalu dan memaafkan kesalahannya.

Katanya, mungkin dia pernah melakukan kesilapan dan melukakan hati orang tersayang tetapi dia sudah insaf dan mengharapkan kehadiran anak-anak dalam meniti kehidupan hari tua.

揑ni merupakan Ramadan kedua yang saya lalui tanpa keluarga dan sanak saudara,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 08:42 PM | Show all posts
Kita hanya akan merasai apa yang mereka rasa apabila kita telah seusia mereka..saya sudah tidak punya kedua-dua orang tua..kalaulah masa boleh berputar kembali, perkara pertama akan saya lakukan ialah menjaga mereka dengan sepenuh jiwa dan raga..Tidak cukup rasanya masa yang telah dihabiskan bersama mereka..

Percayalah...kita akan lebih menghargai seseorang itu apabila dia telah tiada...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Scotland This user has been deleted
Post time 10-10-2006 03:43 AM | Show all posts
Sample TextSample Text
Asalammulaikum.........

Saya baru aje join this gsroup setelah baca information yang Syd publish tentang anak anak yatim, dll.  

Saya ingin tahu lebih lanjut tentang masalaah anak anak yatim, orang orang tua, ibu tunggal, dll.

Kalau tak keberatan bagi syd boleh kita bincang tentang perkara ini.

wasalam.........

Scotland

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 07:10 AM | Show all posts
Originally posted by Scotland at 10-10-2006 03:43 AM
Sample TextSample Text
Asalammulaikum.........
Saya baru aje join this gsroup setelah baca information yang Syd publish tentang anak anak yatim, dll.  
Saya ingin tahu lebih lanjut tentang m ...


w'salam

Welcome... harap ada yg boleh bantu anda.. I sebuk giler sekarang, tak ada mood nak cari info...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2006 10:49 AM | Show all posts
慖nilah rumah kami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 01:31 PM | Show all posts
IMO...

Dlm sesetengah kes, adalah lebih baik warga tua ini hidup berasing dgn anak2. At least, mereka boleh melakukan sesuatu yg mereka sukai tanpa gangguan anak2.

Tapi anak2 selalu la melawat ibu bapa...atau bawa balik dlm waktu cuti ke.

Bukan apa... sometimes, anak2 buat ibu bapa mereka mcm pembantu rumah pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2006 11:11 AM | Show all posts
'Sampai hati mereka tidak jenguk kami'
Oleh Omar Osman


Kebanyakan warga emas di Rumah Seri Kenangan Bedong tidak dikunjungi anak meskipun pada Syawal

IBU bapa boleh menjaga 10 anak dengan sempurna, tetapi 10 anak belum tentu mampu menjaga ibu bapa mereka dengan sempurna. Itulah pepatah yang sering diluahkan ibu bapa yang kecewa apabila tidak dipedulikan anak yang dikandung dan dibesarkan sendiri.

Disebabkan tidak sanggup menjaga ibu bapa yang dianggap `menyusahkan', ada di antara mereka menghantar orang tua ke rumah kebajikan. Ibu bapa sebenarnya, tidak pernah meminta jasa dan pengorbanan mereka dibalas, tetapi cukup jika sekadar anaknya itu menghormati dan melayan mereka dengan penuh kasih sayang. Itu sudah cukup membuatkan mereka bahagia.

Adalah lebih malang lagi bagi ibu bapa yang dihantar ke rumah kebajikan, tetapi anak mereka bersikap lepas tangan tidak pernah menjenguk mereka atau bertanya khabar.

Malah, ada yang lebih teruk lagi mereka tidak pernah datang melawat ibu bapa mereka ketika Aidilfitri, sehingga menyebabkan warga tua berkenaan berasa hidup mereka seolah-olah terbuang dan menangis pilu ketika takbir bergema.

Perasaan itulah yang dialami beberapa warga emas di Rumah Seri Kenangan Bedong, Sungai Petani yang tidak dipedulikan sama sekali oleh anak mereka biarpun menjelang 1 Syawal.

Bagi Ali Omar, 75, dari Tunjang, sejak menjadi penghuni rumah orang tua itu lima tahun lalu beliau tidak pernah menikmati kemeriahan Syawal bersama anak dan cucunya.

Beliau yang kematian isteri lebih 10 tahun lalu dihantar oleh adiknya ke rumah kenangan itu apabila anak lelaki tunggalnya yang mempunyai kedudukan agak baik dalam pasukan beruniform di ibu negara tidak menghiraukannya lagi.

Katanya, kedatangan Syawal baginya tiada erti, selain tangis sendu mengenangkan nasibnya yang disisihkan oleh anak yang pernah ditatangnya bagaikan minyak yang penuh.

"Sejak tinggal di rumah ini, tidak sekali pun anak saya datang menjenguk, inikan pula ketika hari raya. Saya teringin sangat merasai kemeriahan Syawal bersama cucu biarpun mungkin mereka tidak mengenali saya.

"Jika boleh saya ingin anak membawa saya pulang berhari raya bersama mereka. Saya ingin anak dan cucu mencium tangan saya pada pagi raya. Tapi apakan daya setiap kali Syawal menjelma saya hanya berteman air mata," katanya yang sebak menahan tangis meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Ali berkata, walaupun di rumah kenangan itu dia mempunyai ramai rakan dan dijaga oleh kakitangan di situ, pada saat hidup yang tinggal sisa ini jika boleh beliau mahu bersama anak dan cucu. Dalam nada kesal, beliau tidak menyangka anaknya itu sanggup `membuangnya' begitu saja.

Kedukaan Ali itu turut dikongsi bersama #ah Ismail, 56, dari Belantek, Sik yang turut menerima nasib sama walaupun mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan.

#ah berkata, sejak mendiami rumah kenangan itu kedua-dua anaknya tidak pernah datang menjenguknya, termasuk pada hari raya.

"Setiap kali Syawal menjelma saya tertunggu-tunggu jika ada anak datang menziarah saya di sini. Hati saya cukup tersentuh setiap kali terdengar takbir raya kerana teringatkan orang lain di luar sana yang gembira dapat berkumpul bersama keluarga, tetapi saya terbuang sendirian di sini," katanya yang menitiskan air mata.

Aishah Hitam, 78, dari Kuala Lumpur dan tinggal di situ sejak lebih 10 tahun lalu pasrah kepada takdir, biarpun empat anaknya yang memegang pelbagai jawatan tinggi di ibu negara sudah lama tidak menjenguknya.

"Sejak tinggal di sini, pernah beberapa kali cucu saya datang melawat, tetapi anak tidak pernah datang. Harap-harap Syawal kali ini mereka datang kerana amat rindu sudah lama tidak berjumpa," katanya.

Sementara itu, Penguasa Rumah Seri Kenangan Bedong, Nurul Fadzliana Hassan, berkata walaupun 250 warga tua pelbagai bangsa di situ dijaga dengan baik oleh kakitangan, waris mereka sepatutnya datang melawat orang tua mereka, lebih-lebih lagi ketika Syawal ini.

"Tidak patut kita membiarkan orang tua kita bersendirian di sini. Sekurang-kurangnya kedatangan kita mampu mengubat kedukaan mereka," katanya mengakhiri perbualan.

Kisah beberapa warga emas yang mengharapkan kedatangan anak kesayangan mereka ini pasti menyayat hati sesiapa saja. Mereka bukan tidak mempunyai waris, tetapi anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh itu seolah-olah menganggap ibu atau bapa yang pernah berjasa kepada mereka dulu sudah tiada lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2007 09:15 AM | Show all posts
Dilema jaga warga emas
Oleh Nor Affizar Ibrahim


Anak ambil jalan mudah hantar ibu bapa ke rumah orang tua atas alasan sibuk


TIDAK BERUPAYA:Warga tua yang mendiami rumah
kebajikan memerlukan perhatian.

DALAM kehidupan moden hari ini, masalah penjagaan warga emas kini dilihat semakin rumit dan mewujudkan dilema. Mungkin kerana itulah juga senario hari ini mendapati ada antara anak yang mengambil jalan mudah menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.

Berdasarkan statistik 2005, kemasukan penghuni rumah kebajikan warga tua di Rumah Seri Kenangan (RSK) yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) ialah seramai 1,664, manakala sehingga Ogos 2006 jumlahnya sudah pun mencapai 1,622.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKMM, Nik Omar Nik Ab Rahman, berkata walaupun perbezaan kemasukan bagi tempoh dua tahun itu tidak begitu ketara, senario menghantar ibu bapa ke rumah orang tua sekiranya tidak diambil perhatian boleh menjadi tahap membimbangkan.

Beliau berkata, amalan menghantar ibu bapa ke rumah orang tua tidak sepatutnya berlaku kerana tanggungjawab menjaga orang tua adalah menjadi tanggungjawab wajib oleh anak. Bagaimanapun, oleh kerana kesibukan kerja serta faktor tidak mahu menghadapi kerenah penjagaan warga emas, bagi mencari penyelesaian mudah, anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua.

揗emang pada orang tua mereka tidak mengharapkan anak menjaga mereka, tetapi anak ada kewajipan menjaga orang tua. Malah, ada ibu bapa tidak kisah jika anak tidak dapat menjaga mereka. Realitinya, apabila anak dapat menjaga, mereka biasanya akan seronok apatah lagi jika ibu bapa berkenaan tiada keupayaan, tidak bergaji atau berpendapatan tetap tentulah dia hendak anak menjaganya,
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.776957 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list