CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pemulihan Dadah (merged: rayd, mimik )

[Copy link]
Post time 11-10-2006 07:20 AM | Show all posts

Pengasih

salam,

Sejak dua menjak ni Pengasih begitu aktif menjalankan aktiviti memberi kesedaran ttg salah guna dadah.  Artis2 tepatan turut bekerjasama.

Presiden Pengasih, Mohd Yunus Pathi ni seorg yg proaktif.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 07:21 AM | Show all posts

Sayang seribu kali sayang...

Oleh Fairuz Zaidan

http://www.emedia.com.my/Misc/IKON/Hari/zoom1/20060605113648/

HUJAN renyai-renyai petang Isnin lalu seakan membayangkan kesayuan di hati saya saat berhadapan dengan tugasan untuk menemuramah warga Rumah Pengasih yang sedang menjalani proses rawatan intensif di pusat yang berusia 15 tahun itu.

Tepat jam 3 petang, kenderaan yang membawa saya dan jurugambar, Yahya Zain memasuki pintu pagar Rumah Pengasih, Kuala Lumpur yang agak tersorok di kawasan berbukit walaupun terletak bersebelahan dengan Lebuh Raya Mahameru.

Tidak pernah terlintas di fikiran sebelum ini yang `syurga
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 07:26 AM | Show all posts

KL Downtown Night Market

http://kldowntown.com/links/main.html

KL Downtown Night Market ialah sebuah Bazaria Dinihari yang terletak di Medan Letak Kereta, Stadium Lumba Basikal, Velodrome Bandar Tun Razak, Cheras (Berhadapan Medan Selera DBKL Bandar Tun Razak). KL Downtown Night Market diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Pengasih Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

KL Downtown Night Market adalah idea dan ilham En Mohd Rustam Roshandin, CEO/Pengarah
Urusan KL Downtown Night Market dan Presiden Pengasih Malaysia Tuan Haji Mohd Yunus Pathi. Objektif utama pembukaan bazaria KL Downtown Night Market ini adalah untuk memberi ruang kepada bekas pengguna dadah, peniaga-peniaga kecil dan golongan belia-belia melayu untuk memulakan perniagaan. Kini hampir 10% dari 400 tapak perniagaan digunakan oleh bekas
pengguna dadah dan 60% oleh belia melayu untuk menjalankan perniagaan.

Konsep di KL Downtown Night Market ialah membeli-belah sambil berhibur kerana terdapat pelbagai persembahan pentas dari artis tempatan, persembahan kebudayaan dan juga sessi karaoke setiap hari di pentas KL Downtown Night Market.

KL Downtown Night Market beroperasi pada setiap hari dari jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi setiap hari. Terdapat pelbagai barangan yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk pengunjung yang datang seperti tempat letak kereta yang cukup dan di kawal oleh kakitangan Pengasih Malaysia. Surau untuk kegunaan umat Islam bersolat, tandas awam dan juga medan selera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 09:34 AM | Show all posts
Pemadam perlu dana lebih besar
Oleh WAHID HASHIM (WARTAWAN UTUSAN)

NAMPAKNYA, aktivis Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) berkecil hati apabila ada yang meminta pertubuhan bukan kerajaan itu ditutup sahaja dan diganti dengan agensi lain.

Benarkah Pemadam telah hilang fungsinya?

Semasa perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Perwakilan UMNO dari Merbok, Kedah telah meminta Pemadam ditutup sahaja.

憫Hendak tutup... tutuplah,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2006 11:40 AM | Show all posts
Meremajakan Pemadam
Oleh WAHID HASHIM (WARTAWAN UTUSAN)

PERSATUAN Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam) perlukan kesegaran kalau mahu terus relevan. Kini, Pemadam seolah-olah menjadi bahan senda gurau.

Kalau ada bas berlabel Pemadam, maka kita akan terdengar orang berbisik - 憫Pemadam?...bila agaknya nak 憄adam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 09:57 AM | Show all posts
Bazaria Larut Malam bantu bekas penagih berdikari
Oleh Jami抋h Shukri


KONSEP Bazaria Larut Malam yang diwujudkan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) kini dilihat sebagai satu daya tarikan kepada masyarakat di negara ini serta pelancong asing kerana ia menyediakan pelbagai jualan barang keperluan seharian, makanan, pakaian dan cenderahati.

Konsep itu terkenal di sekitar Lembah Klang apabila penganjurannya begitu mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kota dengan wujudnya beberapa lokasi strategik seperti di SJ Uptown di Jalan SS15/4C, Subang Jaya; Uptown Shah Alam; Uptown Kota Damansara dan Uptown Danau Kota (Setapak). Suasana kemeriahan lebih terasa apabila menjelang musim perayaan yang biasanya sesak dibanjiri pengunjung untuk membeli pelbagai barang dan keperluan menyambut raya.

Satu lagi, aktiviti konsep Bazaria Larut Malam yang menjadi sebutan sekarang ialah di Cheras atau lebih dikenali sebagai sebagai KL-Downtown, beroperasi sejak April tahun lalu.

KL-Downtown yang dikelolakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) dan Kementerian Wilayah Persekutuan kini diperluaskan programnya untuk memastikan ia boleh menjadi tarikan baru kepada pengunjung tempatan terutama golongan muda sebagai lokasi alternatif untuk belia berhibur dan bersantai, tetapi bebas daripada dadah serta arak.

Justeru, program kreatif mingguan itu yang juga dikenali sebagai Street@KL-Downtown menawarkan pelbagai aktiviti baru yang lebih menarik dan santai bagi membolehkan pengunjung menikmati nyanyian seniman jalanan, pemuzik jalanan, ahli silap mata, tarian dan pameran kereta.

Pada awal pembukaannya, ia menyediakan pelbagai produk termasuk keperluan dapur, pakaian, kereta, pakej percutian hingga barangan antik yang boleh diperoleh di 400 gerai.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique juga mahu konsep Bazaria Larut Malam itu dapat dijadikan tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 kerana ia mempunyai keunikan tersendiri.

"Memandang sambutan ramai, saya percaya konsep bazaria yang dibuka hingga jam 3 pagi mampu menjana ekonomi negara kerana ia menjadi tumpuan warga asing membeli-belah. Tambahan pula, menjelang Tahun Melawat Malaysia, ia boleh dimasukkan dalam kalendar lokasi membeli-belah yang perlu dikunjungi," katanya.

Apa yang menarik program Bazaria Larut Malam itu KL-Downtown itu, penjualnya turut disertai bekas penagih dadah. Ini adalah satu petanda baik kepada golongan itu sebagai satu galakan kepada mereka untuk berdikari dengan menjalankan kegiatan berfaedah sambil menambah pendapatan.

Laporan menunjukkan, kini ada kira-kira 300,000 penagih di negara ini dan tahun lalu saja jumlah penagih adalah 21,000 dengan 11,000 daripadanya penagih berulang. Oleh itu, dengan peluang yang diberi kepada golongan terbabit dianggap sebagai salah satu kaedah terbaik untuk membawa mereka kembali kepada masyarakat.

Sebelum ini, Presiden Pengasih, Mohd Yunus Pathi berpuas hati dengan program itu dan kejayaan menempatkan bekas ahli Pengasih di KL-Downtown itu merangsang pihak mereka mengetengahkan ahlinya yang lain menceburi bidang urutan refleksologi dengan menjadikan ia perniagaan berlesen di Jalan Masjid India. Setakat ini, seramai 20 bekas penagih dadah mempunyai kemahiran mengurut refleksologi yang mendapat latihan daripada seorang pakar urutan itu dari Korea.

Bagaimanapun, masyarakat perlu menerima bekas penagih itu supaya tidak terus dipinggirkan. Malah, kegiatan seumpama itu juga sekurang-kurangnya mampu mempamerkan gambaran positif kepada golongan muda di negara ini tidak mempersia-siakan masa dengan perkara sihat dan berfaedah.

Bagi golongan muda dan belia warga kota terutama penganggur pula seharusnya membuka mata dan minda mereka untuk lebih berdaya maju dengan mencuba menceburi bidang keusahawanan di bazaria berkenaan dan ini sekali gus mampu melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas sepanjang masa.

Selain itu, kita mengharapkan PBT melakukan pemantauan lebih kerap bagi memastikan program di kawasan berkenaan tidak dicemari kegiatan kurang bermoral kerana sudah pasti lokasi seumpama berkenaan akan menjadi pusat tumpuan muda-mudi bersantai hingga larut malam seperti lokasi melepak atau kutu malam yang menjadi tempat pertemuan melakukan lumba motosikal haram.

Berdasarkan keadaan berkenaan, kita dapati konsep Bazaria Larut Malam itu sewajarnya diperluaskan di negeri lain bagi memberi peluang masyarakat lain menceburi bidang perniagaan. Jika di luar bandar kita mempunyai pasar malam yang tertumpu kepada menjual barang makanan, pakaian dan keperluan asas lain dengan waktu operasi yang terhad sehingga jam 10 malam, mengapa tidak konsep berkenaan diperhebatkan dengan mempelbagaikan program serta dilanjutkan sehingga awal pagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2007 10:01 AM | Show all posts
Bekas penagih perlu sokongan moral masyarakat


SHAH ALAM: Tanggapan serong masyarakat terhadap bekas penagih dadah menjadi sebab utama mereka kembali ke kancah penagihan, kata Presiden Alumni Agensi Dadah Kebangsaan (Pendamai), Mohd Heffeney Abdul Rahim.

Katanya, kebanyakan bekas penagih berasa diri mereka terbuang dari masyarakat umum, malah sukar memperoleh pekerjaan menyebabkan sebahagian mereka kecewa dan menagih semula.

Beliau berkata, masyarakat wajar memberi peluang dan membimbing bekas penagih, selain memberikan sokongan moral, bukannya terus-terusan menyalahkan kesilapan mereka.

"Mereka ini sudah menjalani pemulihan dan berusaha menjalani kehidupan seperti orang lain," katanya pada majlis penutup Bengkel Perkongsian Pengalaman Rakan Pemadam anjuran Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam) dengan kerjasama Pendamai dan kerajaan negeri, kelmarin.

Bengkel selama dua hari bermula Sabtu lalu dihadiri 60 ahli Pendamai dari seluruh negara bagi mencari pendekatan terbaik untuk membimbing bekas penagih dalam pelbagai bidang.

Mohd Heffeney berkata, Pendamai mahu mewujudkan lebih banyak program secara berterusan bagi membolehkan usaha memulihkan golongan penagih dilaksanakan secara menyeluruh.

Beliau yakin program itu dapat dilaksanakan melalui kerjasama antara pelbagai pihak seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat dilaksanakan secara berkesan.

"Usaha menangani dan pencegahan penyalahgunaan dadah tanggungjawab kita bersama supaya bilangan mereka tidak bertambah. Bekas penagih wajar diberi peluang kedua," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 09:29 AM | Show all posts
Desperate addicts turn to pondok for 'cure'
19 Jan 2007
Sulaiman Jaafar



--------------------------------------------------------------------------------
TUMPAT: Wong has been in and out of drug rehabilitation centres in the past 15 years.

In a last-ditch attempt to kick the addiction, he has travelled all the way from Jinjang Selatan in Kuala Lumpur to a humble sekolah pondok (religious school) in a village here.

But this is no ordinary sekolah pondok. It is also home to the privately-run Darul Hanan drug rehabilitation centre.

At the centre, 10km from Kota Baru in Kampung Lambor here, inmates not only receive treatment for their addiction but also learn more about Islam.

And for a convert like Wong, whose Muslim name is Abdul Hadi, it could not have been a better place to begin anew.

"I hope to learn more about Islam here and kick the addiction for good," he said.

Started in 1998 by principal Mohd Zain Abu Bakar, 67, the centre has produced more than 600 "graduates".

Although not many religious figures are involved in eradicating drug addiction, Zain said he took the challenge as he was concerned about the growing number of addicts.

"I was worried as the number of drug addicts in the surrounding villages was increasing and I felt I had to do something," he said.

He approached a cousin, who was running a rehabilitation centre in the neighbouring Thai province of Narathiwat, for advice and started the Darul Hanan rehabilitation centre with seven inmates.

The centre, the only one of its kind licensed by the Home Affairs Ministry in the state, uses herbal medicine and spiritual guidance to help the addicts kick their habit.

At present, there are 23 inmates although it can accommodate up to 70 people.

On the rehabilitation methods, Zain said new inmates were locked in a 12 metre by eight metre building and isolated for three months, except for occasional visits from their family members.

"They are not allowed to leave the building during this critical period and will only be taken out if they fall sick or if there is an emergency.

"They are fed herbal medicine daily and given religious lessons to strengthen their minds."

Zain said although the inmates were locked up, they were seldom bored as they had the company of other inmates and watched television or played chess or other board games.

After the three-month period, inmates move into barracks with others.

"They lead a normal life but they are not allowed to leave the grounds.

Besides joining prayers and attending classes at the mosque, they help out with the chores," said Zain.

During this period, the inmates continue to take their medicine and go for a daily sauna.

"The sauna is important to rid their bodies of toxins."

He said the inmates, who come from all over the country, were normally cured of their addiction after eight to 12 months at the centre.

Inmates pay RM200 a month.

"We have to charge them as the centre does not receive any assistance from the authorities and the herbal medicine is expensive," said Zain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2007 09:21 PM | Show all posts
Jamal Abdillah tersungkur lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2007 09:22 AM | Show all posts
susah orang mcm nih nak berubah...
bukan mudah
dadah dah jadik sebahagian diri dia
sejak puluh tahun

bukan tak boleh, mmg boleh berubah
tapi kena banyak sokongan
tapi yang paling penting, diri sendiri yang kena kuat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2007 10:53 AM | Show all posts
Proses pulih penagih wanita lebih sukar


Zulkama Azura Zulkarnain.
--------------------------------------------------------------------------------

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum dalam satu kenyataan di Parlimen baru-baru ini menyebut jumlah penagih dadah wanita di negara ini boleh meningkat hingga mencapai 11,000 orang dalam tempoh 10 tahun lagi.

Jumlah itu dihitung berdasarkan purata kadar pertambahan seramai 574 orang penagih baru dalam tempoh lima tahun, sejak 2000. Biarpun, angka tersebut anggaran bagi tempoh 10 tahun akan datang, ia harus dilihat sebagai satu ancaman yang boleh merencatkan kemajuan sedang dicapai golongan Hawa hari ini dalam pelbagai bidang.

Wartawan, SITI ZALEHA JORIMAI dan jurugambar, RASHID MAHFOF, mendapatkan pandangan pakar kaunselor Persatuan Pengasih, Zulkama Zura Zulkarnain berhubung isu tersebut.

Bekas Graduan Ijazah Pembangunan Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), melupakan jawatan bergaji tinggi sebaliknya mengabdikan diri sebagai sukarelawan di pusat berkenaan sejak 1999 bagi membantu para penagih dadah yang mahu kembali ke dalam masyarakat..

Biarpun jawatan hakikinya sebagai pengurus bahagian pentadbiran, Zulkama terbabit secara langsung dalam program pemulihan terutama bagi bekas penagih dadah wanita.

Mega:Berdasarkan pengalaman mengendalikan penagih wanita di Pengasih, apa faktor besar yang menjerumuskan wanita menjadi penagih dadah?

Zulkama Azura: Isu wanita jadi penagih dadah sebahagian besarnya dikaitkan dengan hubungan dengan teman lelaki dan kegiatan tidak bermoral. Contoh terbaru sekarang ini ialah mat rempit. Wanita yang mahu diterima dalam kumpulan mat rempit misalnya, akan ikut apa saja yang teman lelakinya buat. Apabila teman lelakinya terbabit dadah dia akan ikut sekali. Inilah juga yang berlaku dalam kumpulan, skin head, punk dan sebagainya.

Punca kedua, pergolakan dalam keluarga sama ada wanita tersebut menjadi mangsa keruntuhan rumah tangga, penderaan fizikal mahupun seksual. Lelaki kalau didera mereka mungkin boleh melawan, tetapi wanita lebih suka pendam di dalam hati dan akhirnya mengambil dadah sebagai pelarian bagi melupakan masalah.

Saya ada kes di mana wanita ini didera oleh bapa saudaranya. Teman teman lelakinya menyuruh wanita ini mengambil ubat batuk untuk menghilangkan rasa sakit ketika dipukul.

Akhirnya dia jadi ketagih ubat batuk dan kemudian beralih kepada dadah.

Walaupun ramai wanita menjadi penatih dadah, tetapi tidak ramai yang mendapat rawatan di pusat pemuliha. Kenapa dan bagaimana pula situasinya di Pengasih?

Sejak di buka jumlah penagih dadah wanita yang mendapatkan rawatan di Pengasih memang tidak ramai berbanding lelaki, kira-kira satu peratus saja.

Sekarang ini pun hanya ada enam atau tujuh penghuni daripada 80 penghuni di sini. Bagaimanapun, satu peratus itu bukan gambaran sebenar bahawa jumlah penagih wanita tidak ramai.

Penagih dadah wanita jarang dapat ditangkap ketika operasi oleh pihak polis kerana wanita bukan penagih jalanan seperti kebanyakan penagih lelaki. Sebaliknya, mereka menghisap dadah dalam keadaan yang lebih tertutup seperti di rumah.

Dari segi kejayaan pemulihan juga tidak tinggi. Saya rasa kadar kejayaan pemulihan akan lebih tinggi jika mendapat sokongan dan kerjasama keluarga serta masyarakat.

Malangnya, penagih wanita selalunya sukar untuk diterima semula oleh keluarga berbanding lelaki. Bagi mereka, jika anak lelaki menagih cuma dianggap nakal, tetapi jika anak perempuan mereka dianggap mengaibkan keluarga. Begitu juga dalam masyarakat, yang lebih mudah menerima semula penagih lelaki daripada wanita. Stigma masyarakat ini sebenarnya tidak membantu proses pemulihan penagih dadah wanita.

Boleh anda jelaskan sedikit pendekatan pemulihan yang digunakan oleh pengasih?

Secara umumnya kami menggunakan pendekatan terapi kekeluargaan di mana proses pemulihan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Pertama, pengurusan atau pembentukan semula tingkah laku, kerana penagih dadah biasanya sudah rosak dari segi tingkah laku, berfikiran negatif dan sebagainya.

Proses kedua ialah pengurusan emosi terutama emosi marah yang ada dalam diri penagih dadah. Seterusnya, proses peningkatan kerohanian atau spiritual di mana kami cuba menyerapkan elemen-elemen agama, keyakinan terhadap perkara-perkara bersifat qada dan qadar ke dalam diri bekas penagih.

Peringkat terakhir ialah membina kemahiran hidup. Kita mungkin tidak tahu bahawa penagih dadah sebenarnya mempunyai kemahiran hidup yang tinggi, tetapi selama ini lebih ke arah negatif seperti mencuri, menipu, pecah rumah dan sebagainya. Kami akan cuba menukar kemahiran negatif itu kepada positif. Antaranya, dengan menjadikan mereka pemimpin dalam rumah.

Di rumah Pengasih, penghuni saling memberi sokongan dan pemimpin rumah menjadi contoh kepada yang lain. Penghuni apabila tengok orang lain berubah mereka juga ingin berubah.

Bagaimana pula proses pemulihan terhadap penagih dadah wanita?

Proses pemulihan terhadap penagih dadah wanita tidak ada bezanya dengan penagih lelaki. Begitupun, proses pemulihan terhadap wanita agak sukar. Mungkin sikap wanita yang pemalu dan lebih suka memendam perasaan menyukarkan mereka untuk berkongsi pengalaman atau kisah lampau. Sedangkan mengetahui latar belakang dan kisah lampau penagih dadah adalah penting dalam proses pemulihan.

Penagih dadah wanita lambat untuk lebih terbuka dalam bercerita mengenai latar belakangnya berbanding lelaki.

Pada pendapat anda bagaimana untuk membendung penagihan dadah terutama di kalangan wanita?

Membendung penagihan dadah ialah dengan cara membendung gejala sosial seperti lepak, pergaulan bebas, rempit, dan sebagainya, kerana segala masalah berpunca daripada situ.

Usaha tersebut harus dilakukan di peringkat awal lagi iaitu di peringkat sekolah memandangkan mereka golongan paling berisiko.

Ibu bapa harus peka dengan pergerakan anak-anak. Mungkin kita harus menghidupkan semula konsep 慾aga tepi kain orang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2007 10:12 AM | Show all posts
Rakan Sebaya Pengasih AADK dilancar


KOTA BHARU: Persatuan Pengasih Malaysia (PPM) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) semalam, melancarkan program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) membabitkan bekas penagih untuk mengawasi rakan mereka yang masih dibawah pengawasan agensi itu.

Program perintis PRS di Kelantan, membabitkan 20 bekas penagih yang sudah pulih untuk mengawasi 3,600 penagih bawah pengawasan di seluruh negeri ini, sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Pengerusi PPM, Mohd Yunus Pathi, berkata setiap PRS terbabit akan dibayar elaun bulanan RM600 oleh AADK, akan membantu penagih bawah pengawasan untuk memulihkan kehidupan masing-masing.

"Di setiap daerah negeri ini, AADK memilih dua bekas penagih untuk diberi latihan sebelum dilantik PRS, supaya mereka mampu bertugas memberi maklumat dan keyakinan kepada penagih bawah pengawasan secara lebih berkesan.

"Setakat ini, tiga PRS termasuk dua wanita dari Kota Bharu dan Bachok sudah memulakan tugas masing-masing. Kelantan dipilih kerana ketika ini mempunyai penagih bawah pengawasan seramai 3,600 orang," katanya.

Beliau memberitahu sidang media selepas Forum Memperkasakan Kepulihan anjuran Perhubungan Pengasih Kelantan (Projek Bakti Kasih Kota Bharu dan AADK Kota Bharu) di AADK Jalan Padang Tembak di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah AADK Kelantan, Yusoff Che Mamat dan Pengurus Projek Bakti Kasih Kota Bharu, Mohd Najib Mohd Harun.

Mohd Yunus berkata, PRS juga akan memberi harapan kepada bekas penagih bahawa mereka juga mampu hidup seperti orang lain walaupun masyarakat memandang serong dengan perbuatan lampau mereka.

"Selain itu, PRS juga akan memberi pendedahan kepada pelatih atau bekas penagih mengenai keburukan akibat daripada pembabitan semula mereka dengan dadah," katanya.

Sementara itu, Yusoff berkata, Projek Bakti Kasih kini berusaha memenuhi keperluan harian penagih dadah jalanan dengan memberi mereka, makanan dan minuman selain menyediakan bilik rehat dan bilik mandi.

Yusoff berkata, objektif utama ialah menyeru dan mendidik bekas pengguna dadah yang dijangkiti HIV/AIDS supaya bersikap positif terhadap hidup dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, Kelantan berada di tempat kelima dari seluruh negara yang paling ramai terjebak dengan penyalahgunaan dadah berbanding 2005 di tempat keempat.

Katanya, keadaan ini berlaku berkemungkinan kerana negeri ini terletak bersempadanan dengan negara jiran menyebabkan mereka mudah memperoleh bekalan.

"Untuk mengatasi masalah ini, saya menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan pengedaran atau penagihan dadah supaya menyalurkan sebarang maklumat kepada AADK untuk tindakan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 01:52 PM | Show all posts
pening pak lah....nak kene fikir penagih wanita pulak.......sok2 jangan pulak penagih remaja dan kanak2.....haru biru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2007 02:24 PM | Show all posts
yang isap gam
budak2 kecik
bebaru kuar dlm paper tuh, consider penagih dadah jugak lah kan? :@
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 12:39 AM | Show all posts
Bagi yang berminat untuk menjadi sukarelawan Pemadam, boleh lawati dan isi borang disini:
http://www.pemadam.org.my/cda/m_sukarelawan/vol_main.php

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 01:28 AM | Show all posts
Assalaamualaikum wrt.wbt.

Seronok pulak den baca thread disini. Syabas, info yang baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2007 10:48 AM | Show all posts
assalamualaikum...ada sesapa yg tahu x pusat pemulihan dadah (NGO) kat area kuantan??..terdesak sgt nak tau ni..t.q
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 01:11 PM | Show all posts
Minta tolong .....  ada sesiapa yang tahu mana-mana pusat pemulihan bagi kanak-kanak (umur 15) yang nakal tegar .  tidak melakukan jenayah dan tidak mengambil dadah.  Tak adil pula sekiranya dihantar ke sekolah Tunas Bakti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2007 08:50 AM | Show all posts
Penagih hilang gian selepas dirawat di pusat Yasmin
14-05-2007 05:19:35 PM
Oleh RAZALI PILUS  


REMBAU:  Pusat Rawatan dan Pemulihan Yasmin di sini memperkenalkan kaedah pemulihan penagih dadah secara total yang menjanjikan penghuninya "tidak lagi rindu dan gian kepada dadah".

Pengarah urusannya Kapt (B) Zainal Abidin Ali berkata kaedah pemulihan total yang digunakan merangkumi sistem senaman, penjagaan kesihatan menerusi minuman herba dan sup lutut kambing, akupuntur bagi mengeluarkan racun dan angin, selain pembinaan keyakinan, latihan pembangunan insan, pendidikan agama dan latihan kemahiran.

"Gabungan kesemua terapi ini menghasilkan kesan amat membanggakan kerana rindu dan gian kepada dadah hilang akan hilang dan penagih menolak sama sekali keinginan merasai dadah. Tahap kesihatannya juga tinggi," katanya kepada Bernama.

Zainal Abidin berkata sistem senaman adalah aspek terpenting dalam rawatan itu kerana ia melibatkan perjalanan dan pengaliran darah serta mampu untuk menyingkirkan toksin yang telah lama bersarang dalam sel, tisu, organ dan darah penagih.

"Jika sekali penagih itu telah menjalani senaman, dia akan berasa gembira. Elemen keseronokan terdapat dalam latihan ini," katanya.

Latihan ini diawasi dengan "tegas tetapi mesra" oleh jurulatih pusat itu.

"Secara amnya, semua latihan ini mampu diikuti oleh setiap penagih tanpa masalah, walau seteruk mana sekalipun keadaannya," katanya.

Zainal Abidin berkata kaedah rawatan itu telah diuji terhadap beberapa individu termasuk penagih tegar dan didapati telah memberi kesan yang maksimum.

"Sehingga kini tiada seorangpun penagih yang menjalani latihan ini kembali mengambil dadah," katanya.

Zainal Abidin berkata memandangkan sistem rawatan itu agak unik dan tidak serupa dengan pusat serenti kerajaan dan pusat swasta yang lain, maka tempat rawatan menjadi perkara terpenting.

Beliau berkata oleh sebab penghuni perlu tinggal di pusat selama empat bulan untuk rawatan, maka tempat itu mestilah berkonsepkan kem atau pusat rawatan yang mempunyai asrama dan kemudahan lain.

"Untuk tujuan tersebut, kita sedang membangunkan satu kawasan seluas 1.62 hektar di Km 3, Jalan Miku-Kuala Johol di sini. Kita juga sedang bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk mememulihkan penagih tegar dengan menggunakan pendekatan tersebut," katanya.

Pusat Rawatan dan Pemulihan Yasmin, yang didaftarkan dengan AADK pada Mac lepas, kini mempunyai seorang penasihat kesihatan, dua orang jurulatih dan dua pentadbir.

Pejabat pusat itu ialah di Bangunan Terminal Chembong di sini dan boleh dihubungi di talian 06-68 54 725. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 02:51 AM | Show all posts
aku tersentuh bace thread ni. tapi susah kan kalau yg dah tua nak jalani proses pemulihan? say 50years n above? ade sorang kawan aku ni. bapak ngan anak melayan benda haram tu. x tau nak tlg mcm mane.. kalau x silap, kene bayar kan masuk PENGASIH nih?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.844586 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list