CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8685|Reply: 31

AHLUL BAIT di dalam al-Quran

[Copy link]
Post time 6-8-2005 09:54 PM | Show all posts |Read mode
salam

thread ini diwujudkan untuk membincangkan mengenai masalah personaliti yang dirujuk sebagai Ahlul Bait di dalam al-Quran:

揝esungguhnya Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu Wahai Ahlul Bait, dan untuk mensucikan kamu sesuci-sucinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2005 10:04 PM | Show all posts
Syiah berpendapat Ahlul Bait dalam ayat 33:33 hanyalah Rasulullah saaw, Hazrat Fathimah az-Zahra, Amirul Mukminin Ali, Imam Hasan, dan Imam Husein sahaja (beserta 9 Imam Suci keturunan Imam Husein a.s yang masih di dalam sulbinya) pendapat ini dipegang oleh Syiah.

33:31. Dan barangsiapa di antara kamu sekelian (isteri-iseteri Nabi) tetap taat kepada Allah dan rasulNya, dan mengerjakan amal yang saleh, nescaya Kami memberikan kepadanya pahalanya dua kali lipat dan Kami sediakan baginya rezeki yang mulia.

33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu  tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.

33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. 揝esungguhnya Allah hanya mengkehendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu Wahai Ahlul Bait, dan untuk mensucikan kamu sesuci-sucinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2005 12:11 PM | Show all posts
salam buat semua
dlm AlQuran jugak ada disebut AhlulBait semasa Nabi Ibrahim berdoa
ketika meninggalkan isterinya dan Ismail di lembah yg gersang (mekah)

dlm hadith juga ada disebut ahlulbait pada sahabat yg mengikut Nabi
dlm perjalanan/peperangan

dan Nabi sepengetahuan saya setakat ini tidak pernah mengeluarkan
kepada mana-mana individu ttg siapa dia ahlulbait itu?

adakah kamu juga mahu termasuk kedalamnya????
BERUNTUNGLAH KEPADA SESIAPA YANG MENYUCIKAN DIRINYA
DAN HANYA KEPADA TUHANNYA MEREKA DIKEMBALIKAN
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2005 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 2005-8-6 10:04 PM:
Syiah berpendapat Ahlul Bait dalam ayat 33:33 hanyalah Rasulullah saaw, Hazrat Fathimah az-Zahra, Amirul Mukminin Ali, Imam Hasan, dan Imam Husein sahaja (beserta 9 Imam Suci keturunan Imam Husein  ...



Saya berterimakasih kepada Bill kerana memulakan thread ini dan menggunakan hujah2 yang 'clean' tanpa menggunakan teknik yang selalu diguna oleh golongan Syiah ie "quote hadith dari kitab seorang ilmuan ASWJ tanpa quote kesimpulan ilmuan tersebut". Bagi saya  itu adalah satu cara hujah yang tidak bertanggungjawab dan membuang konteks, unless quotation itu adalah dari kitab hadith yang tidak memuatkan komen dan kesimpulan seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim dsbgnya. Cara yang bill gunakan ini saya puji.

Kalau anda dapati saya melakukan perkara sebegitu terutama dari kitab ulamak syiah tolonglah perbetulkan.

Biarlah kita quote dahulu jumlah ayat yang lebih signifikan dari surah Al Ahzab, demi mewujudkan konteks bagi ayat2 tersebut dan mengelakkan dari berlaku "detachment".

Makna surah al ahzab 30-34:

[30] Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

[31] Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.

[32] Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

[33] Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

[34] Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

[ Last edited by always_typo on 11-8-2005 at 11:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2005 11:37 AM | Show all posts
Betulkan saya kalau saya tersilap, tapi saya lihat hanya DUA tempat berlaku perkataan "Ahlal Bait" dalam Al Quran iaitu Al Ahzab:33 dan Hud:73. Such a small number bagi konsep yang begitu penting bagi golongan Syiah.

Saya harap kerana faktor di atas, para ulamak Syiah tidak ter"over-pressure" untuk membuktikan Ahlul Bait memang wujud dalam Al Quran secara eksplisit dan  Al Quran 33:33 ini benar-benar merujuk kepada Imam-imam syiah yang dua belas + Fatimah sehingga mereka sanggup mencari jalan untuk mengeluarkan terus isteri2 Nabi daripada golongan Ahlul Bait dalam AlQuran 33:33 ini. Malang pula ayat ini diturunkan di tengah2 ayat "Wahai Isteri-isteri Nabi", so kenalah pula explain bagaimana nak "detach" ayat ini dari konteksnya. Susah tu.

Sebagai contoh, ayat Surah An Nisaa 4:59 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Ayat ini begitu explisit menyuruh orang2 yang beriman  untuk taat kepada Allah, Rasullullah dan Ulil-Amri. Di permulaan ayat itu, terpampang frasa "WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN", jadi para penafsir tak terkeliru siapa perintah ini perlu ditujukan. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah yang maha Mengetahui, ayat itu juga tidak diturunkan di celah2 ayat yang ditujukan kepada Isteri2 Nabi, jadi tiada sebarang "detachment" perlu dibuat berdasarkan sifat2 nahu seperti gantinama maskulin/feminin dsbgnya. Takkan bagi satu polisi yang begitu penting dalam kepercayaan Islam, Allah nak selitkan di celah2 suruhan spesifik kepada satu golongan sahaja?

Juga kita lihat contoh2 lain dalam Al Quran banyak ayat yang begitu jelas dan explicit, "Wahai Bani Israil", "Wahai Manusia", "Wahai Ahli Kitab" dan sebagainya. Frasa "Wahai Orang yang Beriman" dalam Al Quran menjadi salah satu indikasi kepada banyak suruhan2 dan larangan2 Allah yang tinggi tarafnya di samping faktor kekerapan suruhan2 itu berlaku dalam Al Quran dan juga kekerapan Nabi menyuruh umatnya melakukannya.  

Bagi Al Ahzab 33 ini pula terpampang dalam ayat2 sebelumnya 2x adalah perkataan "Wahai Isteri2 Nabi". Secara logika, kita juga akan terfikir kenapa Allah melakukan sebegini bagi ayat yang mengikut ulamak syiah begitu penting dan signifikan bagi fahaman mereka. Juga para penafsir Syiah perlu memberi alasan2 yang amat kuat untuk membuang "isteri2 Nabi" dari ayat tersebut, kerana frasa itu memulakan gugusan2 ayat ini. Itulah yang cuba dilakukan oleh ulamak Syiah dengan menggunakan alasan-alasan mereka. Tugas mereka dipayahkan lagi kerana selepas ayat "penyucian" berlaku, Allah ulang kembali pula arahan dan reference kepada isteri2 Nabi dalam ayat 34.

[ Last edited by always_typo at 12-8-2005 01:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2005 11:58 AM | Show all posts
Saya nampak halangan atau "hurdle" yang perlu dihadapi oleh para ilmuan syiah untuk meyakinkan pemegang aqidah ASWJ dalam ayat 33:33 dalam konteks yang dibincang oleh Bill boleh diringkaskan kepada dua.

1) membuktikan bahawa makna frasa "Ahlal Bait" dalam ayat ini adalah bermaksud lain daripada maksud "Ahlal Bait" yang digunakan oleh Al Quran dalam Hud 11:73 (yang dngn jelas memasukkan isteri atau isteri-isteri dalam cangkupannya). Malah bukan itu sahaja, setelah isteri2 dibuang, perlu pula dimasukkan anak (Fatimah), menantu(Ali), cucu (Hassan dan Hussin) dan 9 personaliti lain yang tidak disebut secara spesifik dalam mana-mana ayat di sekitar ayat 33:33 ini.

2) membuktikan bahwa ayat ini bukanlah ditujukan kepada isteri-isteri walaupun ayat sebelum dan selepas ayat ini adalah ditujukan untuk isteri-isteri. Kalimat "Wahai isteri-isteri Nabi" disebut dua kali (ayat 30 dan 33). Kenapakah di sini konteks ("Sibaq u Siyaq") Al Quran boleh diketepikan begitu sahaja?

Bill, secara jujur saya lihat point feminin-maskulin changeover itu tidaklah begitu kukuh sebagai hujah, kerana terlalu jauh penerangannya. Padahal penerangan ulamak ASWJ begitu mudah iaitu isteri + keluarga. Berikut adalah hujah2 yang saya kutip dari merata tempat dan saya sesuaikan utk tatapan sekalian pembaca di sini.

i) "Ahl" itu sendiri adalah satu perkataan muzakkar pada lafaz jadi mana-mana gantinama yang merujuk kepada perkataan itu kenalah ubah jadi maskulin iaitu "KUM". Ini asas bahasa Arab. Setiap gantinama yang hendak digunakan jatuh kepada sifat LAFAZ nama yang hendak digantikan bukan MAKNA nama tersebut.

ii) Kalimah "ahl" dalam istilah arab juga dari segi uruf (adat) juga membawa maksud isteri, yang mencangkupi "zaujat" atau isteri2. Contohnya seorang bertanyakan kpd anda: Kaifa ahlaka? Yang dimaksudkan ialah isteri/isteri2 anda,maka anda jawab: Hum bikhairin kerana HUM itu merefer kepada ahlaka yang masculine walaupun ianya mencangkupi isteri dan keluarga yang feminin.

iii) Dalam Al Quran juga menggunakan "Ahl" malah "Ahlal Bait" itu sebagai bermakna isteri/keluarga dan dalam sifat maskulin. Dalam 11:73, Quran juga menggunakan gantinama maskulin ('alaiKUM) bagi Ahlal Bait yang ditujukan kepada isteri/keluarga Nabi Ibrahim.  Malah kalau dibaca dari konteks ayat itu, Malaikat tersebut sedang memberi respon dari kata-kata isteri Nabi Ibrahim, tapi "KUM" digunakan dalam respons tersebut.

iv) Penjelasan ASWJ juga mengambilkira konteks "Sibaq u Siyaq" ayat ini atau konteks ayat ini yang diturunkan di celah2 ayat yang diturunkan kepada isteri2 nabi (malah dalam satu sentence). Maka amat perlu isteri2 nabi dimasukkan ke dalam golongan ini. Ini tak dikira langsung oleh Syiah yang menggunakan hujah ketiadaan "wahdah as-siyaq" atau kesatuan siyaq untuk detach totally part 2 ayat itu dari konteksnya. Setahu saya, tiada ayat lain dalam al Quran di mana konsep "wahdah-as-siyaq" ini digunakan (mungkin Bill boleh berkongsi kalau ada yang lain).

Ada lagi point lain termasuk tentang "Al Rijsa" dan ""Liyuzhaba" tapi rasa tidaklah patut saya bincangkan di sini kerana bill tidak meletakkannya dalam thread asal.

[ Last edited by always_typo at 12-8-2005 01:06 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2005 03:04 PM | Show all posts
Sebagai penutup, berikut beberapa quote terjemahan KESIMPULAN dari kitab ulama2 tafsir ASWJ tentang ini. Ini KESIMPULAN ya, bukan individual hadith quote. Kalau nak tahu pasal individual hadiths & argumen2nya, rasanya perlulah baca kitab asal secara complete pada bab yang tersebut ini, baru adil kepada penulis tersebut.

Ini saya lampirkan kerana saya lihat banyak argumen syiah yang quote hadith2 dari al_Tafsir al-Kabir, Tafsir Al-Tabari dan al-Durr al-Manthur tanpa memberitahu bagaimana hadith tersebut digunakan oleh penulis asal kitab dan apakah kesimpulan yang dibuat oleh penulis2 tersebut dari hadith2 tersebut. Ini amat tidak adil bagi penulis kitab tersebut dan bukanlah satu teknik yang jujur.

Maklumat ini saya kutip dari kompilasi yang dibuat oleh seorang ilmuan ASWJ zaman kini dari  kitab2  yang dimilikinya, GFHaddad yang terkenal websitenya www.livingislam.org. Oleh kerana pandangan2 ini konsisten & selari dengan fahaman ASWJ, saya rasa pengutipan sebegini adalah adil dan tak perlu disertakan imej hardcopy version. Dan maaf ianya dalam bahasa Inggeris.

Dari senarai ini, jelas begitu ramai ulama ASWJ yang bersetuju dan membuat kesimpulan akhir dlm kitab2 mereka bahawa isteri2 Nabi merupakan sebahagian dari Ahlul Bait.

Wallahua'lam.

Al-Razi, al-Tafsir al-Kabir (6:615): "Allah Most High quit using the feminine pronoun in his address and turned to the masculine by saying {liyudhhiba `ankum al-rijsa = to remove uncleanness far from you [masculine plural]}, so as to include both the women of his [i.e. the Prophet's] house and the men. Explanations have differed concerning the 'Ahl al-Bayt' but the most appropriate and correct is to say they are his children and wives; al-Hasan and al-Husayn being among them and `Ali being among them... due to his cohabitation with the daughter of the Prophet (SAWS) and his close companionship with the Prophet (SAWS)."

Al-Baghawi, Ma`alim al-Tanzil (2:393): "In this verse [Hud 73] there is a proof that wives are part of Ahl al-Bayt. ... (3:428) He means by Ahl al-Bayt [in 33:33] the wives of the Prophet (SAWS) because they are in his house and this is the narration of Sa`id ibn Jubayr from Ibn `Abbas."

Al-Baydawi, Anwar al-Tanzil (4:374): "The Shi`a's claim that verse 33:33 Is specific to Fatima, `Ali, and their two sons - Allah be well-pleased with them - ... and their adducing it as proof of their immunity from sin (`ismat) and of the probative character of their consensus, is weak, Because restricting the meaning to them is not consistent with what precedes the verse and what follows it. The thread of speech means that they are part of the Ahl al-Bayt, not that others are not part of it also."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2005 03:06 PM | Show all posts
<sambungan>

Al-Jalalayn: "Ahl al-Bayt [in 33:33] i.e. the wives of the Prophet (SAWS)."

Al-Sawi, Hashiyat al-Jalalayn: "It was said the verse [33:33] is comprehensive (`鈓ma) to mean the People of his House in the sense of his dwelling and these are his wives, and the People of his House in the sense of his lineage and these are his offspring."

Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur (6:603): [after citing the narrations of the `Itra] Ibn Sa`d narrated from `Urwa that he said: "Ahl al-Bayt [in 33:33] means the wives of the Prophet (SAWS) and it was revealed in the house of `A'isha."

Ibn al-Jawzi, Zad al-Masir fi `Ilm al-Tafsir (6:378): "Then He showed their superiority over all women when He said: {You [feminine] are not like anyone [masculine] of the women} (33:32). Al-Zajjaj [the philologist] said: 'He did not say, "like any other woman" in the feminine, because the masculine form denotes a general exclusion of both male and female [human beings], one and all.'"

Al-Wahidi, al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-`Aziz (2:865): "Ahl al-Bayt [in 33:33] meaning, the wives of the Prophet (SAWS) and the men [and women] of the People of his House."

Al-Tha`alibi, Jawahir al-Hisan fi Tafsir al-Qur'an (2:212): "This verse [Hud 73] shows that the wife of a man is part of the People of his House (min Ahli Baytihi)... and 'the House' in Surat al-Ahzab [33:33] refers to the dwelling quarters [i.e. of the wives]."

Ibn Kathir, Tafsir (3:532) and al-Wahidi, Asbab al-Nuzul (p. 299 #733): From Ibn `Abbas: "This verse [33:33] was revealed concerning the wives of the Prophet (SAWS)."

Ibn Jama`a, Ghurar al-Tibyan fi Ma lam Yusamma fi al-Qur'an (p. 421 #1201) and al-Suyuti in Mufhamat al-Aqran fi Mubhamat al-Qur'an: "Ahl al-Bayt in verse 33 are the Prophet and his wives. It was also said they are `Ali, Fatima, al-Hasan, and al-Husayn, and it was also said they are those for whom sadaqa is unlawful [i.e. 耹 `Aqil, 耹 `Ali, 耹 Ja`far, and 耹 al-`Abbas]."

Al-Zarkashi, al-Burhan fi `Ulum al-Qur'an (2:197): "The phrasing of the Qur'an [in Surat al-Ahzab] shows that the wives are meant, that the verses were revealed concerning them, and that it is impossible to exclude them from the meaning of the verse. However, since others were to be included with them it was said with the masculine gender: {Allah desires to remove uncleanness far from you [masculine plural], O Folk of the Household}. It is then known that this desire comprises all the Folk of the Household - both male and female - as opposed to His saying {O wives of the Prophet} and it shows that `Ali and Fatima are more [specifically] deserving of this description ["Ahl al-Bayt"] than the wives."

Al-Jassas, Ahkam al-Qur'an (4:378-379): "It [the verse Hud 73] shows that the wives of the Prophet - Allah bless and greet him - are of the People of his House (min Ahli Baytihi) because the angels names Ibrahim's wife as being of the People of his House, and so has Allah Most High said when addressing the wives of the Prophet - Alah bless and greet him - when He said:... [33:33]. His wives are part of those meant because the beginning of the address concerns them."

Abu al-Su`ud, Irshad al-`Aql al-Salim ila Mazaya al-Qur'an al-Karim (7:103):

"This [33:33], as you see, is an explicit verse and a radiant proof that the wives of the Prophet - Allah bless and greet him - are among the People of his House (min Ahli Baytihi), ruling once and for all the invalidity of the opinion of the Shi`is who narrow it to mean only Fatima, `Ali, and their two sons - Allah be well-pleased with them. As for what they claim as their proof [hadith of the Mantle], it only shows that they [the Four] are part of Ahl al-Bayt, not that other than them are excluded."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2005 08:46 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by billionaire at 6-8-2005 10:04 PM
4-        Namun sebaik sahaja Allah SWT ingin menyucikan Ahlul Bait a.s, Dia Yang Maha Bijaksana telah menggunakan kata ganti nama SINGGULAR/MUFRAD:  揝esungguhnya Allah hanya mengkehendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu Wahai Ahlul BAIT. Penggunaan BAIT dan bukannya BUYUUTAN menjelaskan bahawa terdapat sebuah rumah lain yang berbeza dari rumah-rumah para isteri. Inilah rumah yang dikenali 態aitun Nubuwwah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2005 09:41 PM | Show all posts
salam
Tak perlulah anda mengucapkan terimakasih pada bahagian awal posting anda, dan kemudian sentiasa cuba menyalahkan syiah kononnya suka memutar belitkan sumber sunni. Dari dulu andalah yang paling pandai dan terkemuka dalam mengata-ngata Syiah sebagai pemutar belit, dan membersihkan diri anda sendiri tanpa mendatangkan pula hujjah2 menyokong pendapat anda selain andaian-andaian akal anda sendiri. kami serahkan itu semua kepada Allah atas persoalan anda ini.

Seseorang mempertikaikan mengapa ayat tersebut turun secara terselit di antara ayat-ayat, dan hujjahnya adalah dan hanyalah: 揫i]Takkan bagi satu polisi yang begitu penting dalam kepercayaan Islam, Allah nak selitkan di celah2 suruhan spesifik kepada satu golongan sahaja?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2005 09:42 PM | Show all posts
Ahlul Bait di dalam al-Quran adalah merujuk kepada hubungan darah keturunan para nabi

lawan-lawan Ahlul Bait a.s dalam forum ini dan di tempat-tempat lain sering mengetengahkan ayat-ayat mengenai Ahlul Bait di dalam al-Quran dengan tujuan tertentu bagi menidakkan Ali, Fathimah, Hasan dan Husein dari jolokan itu, ataupun sekurang-kurangnya tidak membataskan Ahlul Bait hanya kepada mereka yang tersebut di atas. Ayat2 yang menyebut perkataan Ahlul Bait ada tiga tempat semuanya:
1-        ayat 73 surah Hud
2-        ayat 12 surah al-Qashash
3-        ayat 33 surah al-Ahzab


1-        Hazrat Sarah Isteri Nabi Ibrahim a.s

1:71 And his wife, standing by, laughed when We gave her good tidings (of the birth) of Isaac, and, after Isaac, of Jacob.

11:72 She said: "Alas for me! Shall I bear a child when I am an old woman and my husband now is an old man? That would indeed be a strange thing!"

11:73 The (angles) said: Do You wonder at Allah's decree? The grace of Allah and His blessings be upon you, O Ahlul Bait! He is indeed worthy of all praise full of all glory!"

Siti sarah digelar Ahlul Bait bukan kerana beliau adalah isteri Nabi Ibrahim, tetapi kerana beliau akan menjadi ibu kepada dua orang Nabi (Ishak dan Ya択ub). beliau digelar sebagai ahlul Bait seperti yang disampaikan oleh malaikat dalam ayat tersebut setelah diberi berita gembira bahawa beliau akan melahirkan dua orang Nabi. Seorang isteri hanya terikat kepada suaminya berdasarkan syarat-syarat, dan ianya boleh dipisahkan hanya dengan mudah sahaja. Sedangkans eorang isteri itu menjadi terikat dengan suaminya melalui anak-anak yang dilahirkannya, dan di sini seorang isetri menjadi Ahlul Bait kepada seorang Nabi melalui zuriat yang dilahirkannya samada seorang Nabi ataupun Imam.

2-        Keluarga Imran

8:12 And We ordained that he refuse to seek any foster mother before so she said: Shall I point out to you Ahlul Bait who will take care of him for you, and will be kind to him?

28:13 So We restored him to his mother that she might be comforted and not
grieve, and that she might know that the promise of Allah is true. But most of them know not.

Di sini, bonda Nabi Musa a.s dipakaikan gelaran Ahlul Bait bukan kerana beliau adalah isteri Imran tetapi adalah kerana beliau adalah ibu kepada Nabi Musa. Isteri Nabi yang diceraikan tidak akan dikaitkan dengan para nabi lagi melainkan sekiranya mereka melahirkan zuriat dari nabi tersebut, (seorang nabi juga), sekiranya tidak, mereka kembali kepda kaum mereka dan dilupakan. Siti sarah bersatu dalam keturunan dengan para Nabi adalah kerana Nabi Ishak dan Ya択ub, dan iteri Imran pula bersambung darah dengan Nabi Musa a.s. Sayyidah Fathimah az-Zahra a.s pula adalah dari puteri kandung Rasulullah saaw, dan ibu kepada dua orang Imam.


Dalam peristiwa mubahalah Rasulullah saaw bersabda, 揧a Allah! mereka adalah Ahli-ku (keluargaku)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2005 09:44 PM | Show all posts
Ahlul Bait telah dikenali

Ahlul Bait a.s memang telah dikenali sejak hayat Rasulullah saaw lagi. Berbicara tentang personaliti mereka dan juga mengenai ayat penyucian (33:33) Ahlul Bait ini, marilah kita lihat sendiri kesaksian seorang isteri Nabi saaw mengenai ayat yang menjadi tajuk perbincangan kita ini:

1- Aisyah berkata: 揜asulullah pergi untuk mengerjakan salat subuh dengan mengenakan pakaian yang bergambar. kemudian hasan bin Ali datang dab beliau memasukkannya ke dalam pakaian beliau. setelah itu, Husein, Fathimah dan Ali datang, dan beliau pun memasukkan mereka ke dalam pakaian itu, kemudian beliau membacakan ayat: 揝esungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai Ahlul bait, dan menyucikan kamu sesuci-sucinya.擺/b] (Sahih Muslim, VII / Sahih Muslim, Chapter of  virtues of companions, section of the virtues of the Ahlul-Bayt of the Prophet (PBUH&HF), 1980 Edition Pub. in Saudi Arabia, Arabic version, v4, p1883, Tradition #61) yang menariknya ialah Aisyah sendiri menyaksikan personaliti di sebalik gelaran Ahlul Bait a.s dan bacaan Nabi saaw mengenai ayat al-Quran tersebut.

2-        Ummu salamah, 揇i rumahku turun ayat , 揝esungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai Ahlul bait, dan menyucikan kamu sesuci-sucinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2005 09:45 PM | Show all posts
Ahlul Bait berperang sesama sendiri?

ketepikan hadis2 Sunni yang menyebutkan tentang 5 jiwa suci dalam peristiwa Kisa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2005 09:47 PM | Show all posts
Ayat al-Quran yang diselitkan di sela-sela ayat lain (I抰iradh)

Mengikut al-Musawi (ra) ungkapan yang baligh (mempunyai makna kuat) selalu dimasuki jumlah I抰iradh, iaitu penyisipan kalimah lain di tengah2 rangkaian kalimah yangs edang menjadi pembcaraan utama. Contohnya di dalam ayat 28-29 surah Yusuf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2005 09:51 PM | Show all posts
Dan mengenai ayat tentang Ulil Amri itu inysa Allah akan dibincangkan kelak. Kami tidak pernah ada perselisihan di dalamnya, dan kami mempunyai hujah untuk itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2005 09:54 PM | Show all posts
always_typo:
Saya tak pernah hujah ini digunakan lagi oleh sesiapa,  adakah ini hujah baru dari Bill sendiri ataupun Bill ambil dari mana-mana website/buku/kitab?

Menarik juga kenapa perkataan "Ahlal Bait" yang digunakan Allah dan bukan "AhlalBuyuutan". Kalau Allah memaksudkan "ahli rumah2", jelas undang-undang tagset singular, dual dan plural Arab tidak digunakan di sini.

Dalam al Quran, ada lagi contoh sebegini. Perkataan "Ahlul Kitab" misalnya kerap diguna untuk merujuk kepada golongan Yahudi dan Nasrani sekaligus. Kenapa Allah tak gunakan perkataan "Ahlul Kitabain" atau "Ahlul Kutubun", kerana secara umumnya kita tahu kitab2 yang direfer oleh Allah itu adalah lebih dari satu (Injil, Taurat, Suhuf2 Nabi Musa)?

Mungkin ahli yang mahir dalam bahasa Arab boleh menjelaskan perkara ini, tetapi saya lihat perkataan "Ahlul Bait" dan "Ahlul Kitab" itu bila ditambah perkataan "Ahlu" di hadapannya, ianya dah menjadi macam satu "gelaran" atau "nama khas" yang tidak dipengaruhi oleh tagset singular, dual dan plural lagi. Sepertimana nama2 khas lain seperti Muhammmad, Zaid, Alor Setar, Abu Hurairah  dsbgnya.

Jadi dengan itu, Ahlal Bait bermaksud keluarga, tidak kira berapa rumahpun yang mereka tinggal, dan ahlulkitab bermaksud pengikut ugama samawi yang terdahulu, tidak kira berapa kitab yang mereka ada.

Wallahua'lam.

Betapa kelirunya seseorang apabila dia mempersoal dan membandingkan Ahlul Kitab dan Ahlul Bait a.s dari konteks penggunaan kata ganti jamak/mufrad. Ahli Kitab di dalam al-Quran merujuk kepada sebuah bangsa/kaum yang kepada mereka telah diturunkan kitab-kitab yang membawa syariat dengan keadaan di mana kitab-kitab yang datang kemudiannya akan menggantikan syariat kitab2 yang telah datang lebih dahulu. Ahli Kitab bukannya merujuk kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada kaum itu tetapi merujuk kepada kaum = sebuah kaum!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2005 09:24 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by billionaire at 24-8-2005 09:41 PM
1-Di dalam bahasa arab, kalimah 慳hl

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 24-8-2005 09:41 PM
2-Konteks ayat telah berbeza dalam penyebutan dua jenis rumah tersebut (buyut dan bait). Ayat-ayat awal yang menyentuh para isteri dan rumah tangga Rasulullah saaw adalah berbentuk Takhyir (pilihan): Pilihan apakah mereka ingin terus bersama Nabi saaw ataupun Allah menceraikan mereka. Mereka bahkan diancam dengan ancaman seksaan  pedih yang digandakan jika mereka masih melakukan perbuatan keji, setelah sebelumnya Rasulullah saaw membiarkan (meninggalkan) mereka kerana perlecehan yang dilakukan salah seorang dari mereka terhadap keadilan baginda, tuntutan mereka akan harta benda kepdanya, & juga rasa cemburu yang terjadi di antara mereka secara berlebihan; sehingga bagaimana mungkin keadaan mereka selari dengan kesucian yang disebutkan di dalam ayat Tathhir. Di samping itu, kata rumah di dalam ayat Tathhir berbentuk tunggal, sedangkan di dalam ayat-ayat takhyir  (pilihan) adalah berbentuk jamak. Ini merupakan petanda bahawa bait di dalam ayat Tathir (penyucian)  memperolehi perhatian khusus Ilahi, berupa kelebihan-kelebiahn maknawi yang tinggi, berbeza dengan rumah tangga yang telah disebutkan.



Harus diingat selain "diancam dengan ancaman seksaan  pedih yang digandakan jika mereka masih melakukan perbuatan keji", mereka juga dijanjikan "ganjaran dua kali ganda dan limpah kurnia mulia jika mereka mengikut suruhan Allah dan RasulNya". Jadi jelas penyucian bersyarat ini (yang lebih suci dari muslimah biasa kerana gandaan dosa dan pahala tersebut) meliputi isteri2 nabi. Ini adalah kurniaan Allah yang besar kepada para isteri Nabi. Tidak ada sebab kenapa mereka perlu dikecualikan dari janji Allah fasal penyucian tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 09:29 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by billionaire at 24-8-2005 09:44 PM
1- Aisyah berkata: 揜asulullah pergi untuk mengerjakan salat subuh dengan mengenakan pakaian yang bergambar. kemudian hasan bin Ali datang dab beliau memasukkannya ke dalam pakaian beliau. setelah itu, Husein, Fathimah dan Ali datang, dan beliau pun memasukkan mereka ke dalam pakaian itu, kemudian beliau membacakan ayat: 揝esungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai Ahlul bait, dan menyucikan kamu sesuci-sucinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 09:30 AM | Show all posts
Umm Salamah radhiallahu 慳nha berkata:

Diturunkan ayat ini kepada Nabi shallallahu 慳laihi wasallam: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya [al-Ahzab 33:33] di dalam rumah Umm Salamah.
Lalu Nabi shallallahu 慳laihi wasallam memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan kain (Kisa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.920884 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list