CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
123456Next
Return Post new threads
Author: orangbesi

SEHARI SEPOTONG AYAT

[Copy link]

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 25-12-2011 04:45 PM |All posts
Salam Tuan OB,

Firman Allah:



Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu memahaminya. (Yusuf 12:2)




Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang; yang kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (Az-Zumar 39:23)


Righteousness~

16

Threads

3

Fans

9791

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
14-5-2005
Post on 26-12-2011 07:33 PM |All posts
90:1. Tidak! Aku bersumpah dengan negeri (tanah) ini,
90:2. Dan kamu seorang penumpang di negeri ini.
90:3. Demi yang memperanakkan, dan yang dia beranakkan,
90:4. Sesungguhnya, Kami mencipta manusia dalam kesusahan.


91:8. Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan!

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 27-12-2011 01:46 AM |All posts
Firman Allah:



Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut", sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka sambil berkata: "Keluarkanlah nyawa kamu; pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". (Al-An'aam 6:93)
Righteousness~

16

Threads

3

Fans

9791

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
14-5-2005
Post on 27-12-2011 10:15 AM |All posts
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu memahaminya. (Yusuf 12:2)

supaya kamu memahaminya
agar kamu faham sepenuhnya

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 27-12-2011 04:18 PM |All posts


Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya, dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya. Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan. Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu. (Yunus 10:39)
Righteousness~

16

Threads

3

Fans

9791

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
14-5-2005
Post on 28-12-2011 07:51 PM |All posts
10:41. Jika mereka mendustakan kamu, maka katakanlah,
"Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa yang aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu buat."

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 29-12-2011 12:33 AM |All posts
Firman Allah:



Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah: "Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka; dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka. Mereka itu - orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh". (Fussilat 41:44)
Righteousness~

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 30-12-2011 02:17 AM |All posts
Firman Allah:



Aku akan memalingkan orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari ayat-ayatKu; dan mereka jika mereka melihat sebarang keterangan, mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. (Al-A'raaf 7:146)
Righteousness~

16

Threads

3

Fans

9791

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
14-5-2005
Post on 30-12-2011 06:37 PM |All posts
72:24. Sehingga, apabila mereka melihat apa yang mereka dijanjikan, maka mereka mengetahui siapa yang lebih lemah penolong-penolongnya, dan lebih sedikit bilangannya.
72:25. Katakanlah, ¡°Aku tidak mengetahui sama ada apa yang kamu dijanjikan dekat, atau sama ada Pemeliharaku membuatkan untuknya satu tempoh yang panjang.
72:26. Yang Tahu yang ghaib, dan Dia tidak memberitahu yang ghaib-Nya kepada sesiapa,
72:27. Melainkan hanya kepada rasul yang Dia merelai dengannya; kemudian Dia menyusupkan di hadapannya dan di belakangnya pengawas-pengawas,
72:28. Supaya Dia mengetahui bahawa mereka telah menyampaikan Mesej-Mesej Pemelihara mereka; dan Dia meliputi segala apa yang ada pada mereka, dan Dia menjumlahkan segala sesuatu dengan bilangan.

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 31-12-2011 07:01 AM |All posts
Firman Allah:



Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar; dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:177)
Righteousness~

16

Threads

3

Fans

9791

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
14-5-2005
Post on 31-12-2011 10:09 AM |All posts
7:185. Tidakkah mereka merenungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan mempercayai?

16

Threads

3

Fans

9791

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
14-5-2005
Post on 31-12-2011 10:09 AM |All posts
7:186. Sesiapa yang Allah menyesatkan, tiada yang memberi petunjuk kepadanya; Allah meninggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 1-1-2012 12:49 AM |All posts
Firman Allah:



"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur yang diturunkan kepadanya, mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Al-A'raaf 7:157)
Righteousness~

16

Threads

3

Fans

9791

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
14-5-2005
Post on 1-1-2012 11:30 AM |All posts
6:33. Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu,
apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal.

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 1-1-2012 06:18 PM |All posts
Firman Allah:



Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka dari apa yang telah tersurat, hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu: "Manakah yang kamu sembah selain Allah?" Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan mereKa pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar. (Al-A'raaf 7:37)
Righteousness~

16

Threads

3

Fans

9791

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
14-5-2005
Post on 5-1-2012 03:10 PM |All posts
DEMI ASAR
MANUSIA DALAM KERUGIAN....

maaf aku pun rugi......masa tak mengizinkan
tak dan nak CURI masa

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 6-1-2012 12:56 AM |All posts
Firman Allah, kpd sesiapa yg mahukannya:



Penduduk Syurga itu berbaring di atas cadar-cadar
yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
(Ar-Rahmaan 55:76)
Righteousness~

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 6-1-2012 07:58 PM |All posts
Firman Allah:



Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
(Al-Baqarah 2:6)
Righteousness~

22

Threads

16

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
7-5-2007
Post on 7-1-2012 01:49 AM |All posts
Firman Allah:
Dzulqarnain Post at 1-1-2012 00:49


"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah Nabi yang Ummi,...."

Ayat ini menerangkan bahawa Allah swt akan menuliskan rahmatNya ke atas orang orang yang bersifat taqwa, mengeluarkan zakat dan mempercayai keterangan keterangan Allah.

22

Threads

16

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
7-5-2007
Post on 7-1-2012 01:54 AM |All posts
lagi :
"yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka".

Mereka dapati sifat sifat Nabi Muhammad saw dan kenabiannya ada tertulis dalam kitab Taurat dan kitab Injil, sehingga ulama ulama atau pendeta pendeta mereka mengetahuinya tetapi telah menyembunyikannya bahkan mereka tukar dan ubah kerana didorong oleh rasa dengki dan takut kedudukan mereka sebagai ketua akan hilang.

22

Threads

16

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
7-5-2007
Post on 7-1-2012 02:00 AM |All posts
Al Baghawi meriwayatkan dari Ka'ab al Ahbar, katanya : " Aku dapati dalam Turat tertulis bahawa Muhammad itu utusan Allah.Dia tidak buruk laku, tidak berbuat kasar dan tidak menjerit jerit di pasar. Ia tidak membakas keburukan tetapi memaafkannya. Umatnya memuji Allah pada setiap tempat dan membesarkanNya pada setiap dapat pertolongan , bertolong tolong bersama mereka, dibariskan mereka dalam sembahyang dan dibariskan mereka dalam peperangan, dipersamakan mereka dalam menyeru mereka. Dia menyeru di tengah langit untuk mereka, ditengah malam bergema seperti gema lebah. Tempat lahirnya di Makkah, temopat pindahnya di Madinah dan kerajaan nya di negeri Syam.

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 7-1-2012 01:28 PM |All posts
Post Last Edit by Dzulqarnain at 7-1-2012 13:47

Firman Allah:



Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
(A-li'Imraan 3:64)
Righteousness~

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 7-1-2012 01:45 PM |All posts
Juga firman Allah:



Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami yang menerangkan kepada kamu ketika terputusnya Rasul-rasul, supaya kamu tidak dengan berkata: "Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran". Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-Maaidah 5:19)
Righteousness~

16

Threads

3

Fans

9791

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
14-5-2005
Post on 9-1-2012 08:32 PM |All posts
Reply 73# Dzulqarnain


   NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN
maaf sedikit kemushkilan:
ada kaitan kedua-dua post saudara tu ka???
kenapa???
atau hati saya ni masih berkata-kata yg tak benar???

10

Threads

2

Fans

5065

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
26-7-2011
Post on 9-1-2012 08:55 PM |All posts
Hukuman yg plg dasyat di muka bumi ni bila berlakunya 2 perkara:
1- menolak Nabi Isa a.s. sbg penyelamat mereka
2- menolak Al-Quran yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Masih akan menjadi saksi kpd mereka...
Righteousness~
123456Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 22-5-2013 11:24 AM , Processed in 0.187762 second(s), 15 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top