CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: WeirdLady

Sinetron - Hikmah Part 2 ~ Sesi Borak2

 Close [Copy link]
Post time 14-10-2005 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by WeirdLady at 14-10-2005 03:14 PM



mcm muka rossie (awek pertama yg surya suka kat kolej, yg suka mencurik tue)


yg sama tu pipi yg mcm nk meletup... hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2005 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 13-10-2005 06:18 AM
eh eh itu rambut minah eva tu ingatkan.........hahahaa


ingatkan bulu ketiak ker? heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 06:40 PM | Show all posts
siri Hikmah 2 setakat 13/10/05

bu  ratna menghidap kanser paru2 dan telah selamat dioperasi. segala biaya perubatan ditanggung oleh atasan ana iaitu pak rizal. baik banget ini orang... dari kos kemoterapi sehingga kos pembedahan semua dia yg tanggung. pada mulanya ana keberatan utk menerima pertolongan pak rizal, namun mereka telah mencapai persetujuan utk mengganggap segala kos itu sebagai pinjaman dan ana akan membayarnya kemabli dgn cara dipotong dari gajinya setiap bulan.

pak rizal juga telah berjanji utk menolong ana dan keluarganya mendapatkan kembali hak mereka yg telah dirampas oleh eva. mula2 pak rizal ni terpedaya juga dgn omongan si eva berkenaan ana, namun selepas mendapat penjelasan dari pak dimas (dia ni omnya rini, dia yg tolong ana dptkan pekerjaan di kantor pak rizal ~ rangkaian spa terbesar di indonesia) dan juga ana, barulah dia percaya yg si eva tu berbohong.

bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 07:14 PM | Show all posts

sambung lagi..

pak rizal telah berpura2 memikat eva, semua ini dilakukan utk mengorek segala rahsia dan rencana jahat eva. dan juga supaya dia dpt melaporkan keadaan arman kepada ana. pak rizal telah mencadangkan supaya ana menjadi pembantu peribadi arman. kesemua  jururawat yg merawat arman sebelum ini telah dipecat oleh eva kerana eva, om dan tante tidak mahu arman sembuh. arman sebenarnya sudah menunjukkan beberapa tanda penyembuhan tetapi mereka bertiga telah memberikan ubat2an yg berlebihan supaya arman terus lumpuh.

pak rizal juga telah mengupah seorang jurusolek profesional yg bertanggungjawab mengubah penampilan ana. dan selepas ini ana akan dikenali dgn nama Fitri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by arysa at 14-10-2005 07:14 PM
pak rizal telah berpura2 memikat eva, semua ini dilakukan utk mengorek segala rahsia dan rencana jahat eva. dan juga supaya dia dpt melaporkan keadaan arman kepada ana. pak rizal telah mencadangkan ...


pak rizal ni ada hati kat ana ke? tua ke muda orangnya? ensem x?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 08:36 PM | Show all posts

Hikmah 2 Episod 5

aku paste semula dari thread yang dulu & touch up sket2.. episod ni aku tak tengok.. sekadar cantum2 apa yang mak, adik & member aku citer..

arman macam rela dalam terpaksa kawin ngan eva.. eva plak buat2 tak nak.. takut family arman tak bleh terima.. last2 diorang kawin gak.. masa hari perkahwinan tu ana teman eva pakai baju pengantin.. eva konon2 tengah pakai dalam bilik tapi dia kunci bilik tu n lari.. ana yang tunggu lama macam orang bodoh last2 blah sebab lama sangat eva tak keluar2.. bila ana sampai kat majlis kahwin tu dia nampak eva dah ada kat situ.. eva ngadu kat arman yang ana lambat datang.. ana sengaja nak merosakkan majlis diorang.. lepas majlis kawin eva konon2 nak buat air.. (untuk arman kot..) skali dia terkena air panas.. dia mengadu kat arman ana curah air panas kat dia.. memang setan betul eva ni.. arman pun hot kat ana..

surya dah start keje kat perusahaan family arman & adrian.. kat sana dia bertemu dengan eva.. eva pun terkejut nampak dia.. rupanya diorang penah kenal masa dolu2.. tak ingat time bila.. (nak kata time blaja mesti adrian pun kenal eva sebab blaja sama2..) surya memang tau eva ni jahat.. rasanya dia membebel kat eva kot.. pastu baru dia dapat tau yang eva tu isteri pemilik perusahaan. tu yang jadi kecut perut.. eva pun takut surya pecah rahsia.. so seperti biasa dia siap dengan rencana dia..

...BERSAMBUNG..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2005 09:12 PM | Show all posts

Hikmah 2 Episod 6

Episod bermula dengan Eva mengadu pada Lika tentang Surya.. Lika cakap pada Arman yang Eva merasakan diri dia tak diterima dan Ana & Surya bersekongkol untuk menjatuhkan Eva. Arman akan berbincang dengan Ana.. Eva bagitau Om & Tante yang Surya tau banyak pasal diri dia.. Om kata gawat ni.. kalut jadinya kalau rahsia terbongkar.. Eva pun usulkan satu plan camne nak handle si Surya tu..

Adrian rasa tak sihat.. dia duduk kat rumah relaks2.. Anan pegi melawat Beno (anak pakcik yang Ana hantar gi rehab).. Eva nampak dia pergi n buat plan.. Ana balik dengan Arman dari hospital.. Adrian marah kenapa mesti Arman yang jemput?? (masa ni aku nampak cam ada ketegangan antara dua beradik tu.. rasanya pasal nak mempertahankan isteri masing2 kot.. tak sure plak.. tak tengok epi seblom ni..) Adrian tanya kenapa tak call mintak jemput.. Ana kata Eva yang bagi izin suruh Arman jemput sebab kesian kat Adrian tengah sakit.. Adrian tak mau lagi Arman jemput balik next time Ana keluar..

Kat pejabat Eva bertembung dengan Surya.. Surya rasa takut2 berselisih dengan Eva.. Eva buat muka setan - ada plan dalam kepala hotak dia.. Eva suruh Surya masuk dalam bilik meeting.. Surya datang n tanya apa yang Eva nak dari dia.. Eva tarik Surya ke dalam pelukan dia.. dia peluk Surya kuat2 n terdorong kebelakang n terduduk kat atas sofa.. Eva pun menjerit2 mintak tolong.. tapi tangan tu masih kuat peluk Surya.. pompuan sun***.. geram aku.. Surya pun terkapai2 mintak lepas.. tau2 je laa Surya tu camne.. Time tu gak Arman masuk dalam bilik meeting n nampak segalanya.. Eva terus pura2 nangis.. Arman dengan marah terus pecat Surya.. Surya tak sempat nak explain pape pada Arman.. dia pun keluar dari situ n cari Adrian.. dia explain kat Adrian dengan detail.. Surya suruh Adrian berhati2 dengan Eva..

Surya balik lambat ke rumah.. kat rumah, Shinta dah mengamuk.. Shinta suruh Surya kemaskan rumah sebab Om & Tante Shinta nak datang tido kat situ.. Surya geram.. dia pun makan julap.. besoknya dia sakit perut.. cirit birit.. Doktor @ kawan baik dia - Teddy datang merawat.. Shinta takut Surya sakit lagi.. Shinta terpaksa kemas rumah sendirian.. Bising mulutnya mengomel.. tak cukup dengan tu terpaksa plak dia melayan Surya yang skejap2 merengek laparlaa.. hauslaa..Shinta geram sangat..

kat episod lepas dah ada sikit2 pasal Dito, Rini & Veli tapi aku tak dapat nak story pasal diorang seblom ni.. Dito berkapel dengan Veli.. tapi dalam diam2 dia sukakan Rini.. Veli plak naik angin bila tau Dito cam kenen2 kat Rini.. Rini bolayan mula2 tapi lama2 dia cam suka.. Veli selalu marah2kan Rini supaya sedar diri.. tau asal usul sebabnya Rini bukan orang kaya.. n jualan kuih kat sekolah.. Rini banyak amik upah.. selain jual kuih Rini gak mengajar budak2 mengaji.. salah sorang yang dia ajar Tino, adik Ana.. dari situ laa dia kenal Ana dengan baik..

Arman lantik Eva jadi Marketing Manager.. Adrian sangat2 tak setuju tapi Arman tetap bertegas dengan keputusan dia.. Eva pura2 menolak tapi sebenarnya dia suka banget.. itu baru selangkah.. dia bercita2 nak kuasai perusahaan tu..

Ana selama ni berurusan dengan rumah2 kebajikan & yayasan orang2 miskin.. bangunan yayasan dalam pembinaan.. so untuk sekali tu dia bawak sukarelawan2 datang meeting kat rumah dia.. Eva pun perhatikan je.. dia dah dapat idea nak perdajalkan Ana.. Eva tiba2 pura2 minat dengan kristal Bu Ratna.. dia mengoffer nak tolong cuci & gilap.. konon2nya dia kenal dengan pakar kristal.. uwekkkss.. Bu Ratna pun setuju.. dia pegi amik kristal dia tu.. tapi malangnya ada satu missing.. Bu Ratna kaget.. camne bleh hilang.. dia tanya semua pembantu dia.. nur.. suti.. (nur ada dalam hikmah 1.. suti pembantu baru kot..) tapi sorang pun mengaku tak ambik.. Eva kata sape lagi yang ada dalam rumah ni.. dia pun kata ntah2 kawan2 Ana yang datang bertandang.. sukarelawan2 tu dah balik.. Ana defend diorang.. wpun diorang miskin diorang tak pernah mencurik.. Eva tetap membatu api.. kalau tak mereka siape lagi.. kamu enak2nya membawa maling ke rumah ni.. Ana tetap dengan pendirian dia.. Eva membebel lagi.. kok kamu bela'in teman kamu daripada bela'in mama, ibu mertua kamu sendiri An.. isy Eva ni.. sok pintar je.. geram..

Eva pun masuk dalam bilik pura2 nangis.. dia cakap kat Arman, Ana tuduh dia curi kristal Bu Ratna.. Arman semakin hot.. dia pegi warning kat Adrian supaya jaga sket isteri dia.. (time ni rasa geram plak tengok Arman..) Adrian tetap bela Ana.. siap soal Arman.. apa kamu tak pernah tau Ana itu gimana?? Adrian balas balik supaya Arman jugak kena jaga2 isteri dia.. huhu.. memang tegang laa diorang dua tu..

Eva ditunjukkan pejabat baru dia.. muka happy sangat.. dia pura2 menolak.. taik kucing.. Arman berharap lepas ni takde lagi sape2 yang buli Eva.. Eva mintak pembantu dia kemaskan barang2 Surya n bawak masuk ke dalam bilik dia.. lepas dapat semua barang2 Surya dia konon2 belek2 n Arman pun masuk ajak gi Lunch.. Eva cakap barang2 ni milik Surya.. bila nak keluar Eva sengaja langgar fail2 Surya.. berterabur dokumen2.. lepas tu dia buat2 shock.. Arman tanya kenapa.. Ini.... dia pun tunjuk beberapa helai kertas...


..Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 09:21 PM | Show all posts

Hikmah 2 Episod 7

Episod ni aku tak tengok.. tapi yang pastinya kertas2 tu sebenarnya email2 antara Ana & Surya.. antara lain kandungannya nak jatuhkan Eva.. Eva yang letak kat situ sebenarnya.. Eva mengadu pada Arman.. betulkan apa dugaan saya.. cam gitu laa lebih kurang.. Adrian tak percaya.. Arman pun cam tak percaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2005 09:37 PM | Show all posts
Originally posted by astrid0806 at 14-10-2005 08:35 PM


pak rizal ni ada hati kat ana ke? tua ke muda orangnya? ensem x?



yg berlakon jadi  rizal itu sebaris dgn adrian, belakang revalina tu..

[ Last edited by arysa at 14-10-2005 09:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 10:52 PM | Show all posts

Hikmah 2 Episod 8

Episod bermula dengan salah sorang sukarelawan tu tertangkap sebab ada kristal milik Bu Ratna dalam tas tangan dia.. Eva tetap membacking Bu Ratna.. Ana plak backing kawan dia.. Bu Ratna tak tau nak sokong mana satu.. dua2 menantu dia.. pening nak dengar cakap siapa.. dia pun tak tau sape yang betul sape yang salah..

kat office Eva mintak report projek dengan salah sorang pegawai kat situ - Wisnur.. Wisnur keberatan nak bagi.. tapi dia bagi jugak sebab Eva kata Arman yang suruh ambik.. Eva pegi fotostat n suruh Wisnur pass kat pakcik dia.. Wisnur tak nak tapi Eva paksa dia pergi.. rupanya pakcik Eva tu Om Hasyim.. Om ajak Wisnur jadi business partner dia.. Wisnur menolak.. Om ugut dia kalau tak nak jadi Om akan poskan gambar2 Wisnur ada affair dengan pompuan lain pada isteri Wisnur.. nak tak nak Wisnur terpaksa terima..

kat rumah Adrian tak caya yang kawan Ana sanggup buat macam tu.. Adrian suruh Ana berhati2 dengan Eva.. tapi Ana tak nak buruk sangka.. so baik laa Ana ni.. kadang2 geram gak.. malam tu Ana masak.. masa makan malam Eva tersengih2.. tau laa ada je plan dia.. lepas abis makan malam Eva tergaru2 kegatalan.. Bu Ratna nampak dia tergaru2.. dia tanya kenapa.. Eva cakap yang dia dah pesan kat Ana jangan letak ajinomoto.. (ajinomoto kot sebab dia kata bumbu kaldu.. aku tengok kat iklan tv indon bumbu kaldu tu cam serbuk perasa.. lebih kurang kot..) tapi si Ana letak gak.. tu yang gatal2.. Ana nafikan yang dia letak bumbu kaldu tu.. Eva tetap nak menang.. dia suruh Nur & Suti datang bagi penjelasan.. dua2 tu kata Ana masukkan bumbu kaldu tu.. rupanya diorang dah disogok.. dan disuruh patuh cakap Eva je.. Suti suka sebab dapat duit tapi Nur tak berapa suka.. dia tak nak amik duit Eva.. Eva marah.. kalau tak amik Eva akan pecat dia..

Eva buat Ana & Surya ada hubungan.. dia bagi bunga pada Ana konon2nya dari Surya & dia bagi surat cinta kat Surya konon2nya dari Ana.. Surya terkejut dia dapat surat cinta.. bertambah gawat bila Shinta rampas dari dia n baca.. Shinta mengamuk.. dia pegi rumah Ana.. Bu Ratna yang bukak pintu.. Shinta marah2 n cakap kat Bu Ratna supaya Adrian jaga isteri baik2 jangan sampai ada affair ngan suami orang.. Bu Ratna terkejut.. betul ke apa yang dikatakan Eva?? Surya ada affair dengan Ana??

Veli warning pada Rini jangan cuba2 nak dekat dengan Dito.. Rini tak layan.. masa game basketball Veli sengaja langgar Rini.. Rini terjatuh & terus tak nampak pape.. Dito risau sangat2.. cikgu2 nak bawak gi jumpa Dr tapi Rini tak nak.. dia cuma nak balik ke rumah dan rehat saja.. dia pun jalan terhuyung hayang dipimpin kawan baik dia - Maya.. Veli dah takut.. dia takut dia dipersalahkan.. keluar je dari kawasan skolah Rini terus gelak terbahak2.. rupanya dia main2 je.. tak buta pun.. Maya tarik nafas lega.. Rini sengaja buat camtu biar Veli cuak..

Eva mengugut Wisnur supaya terima cadangan Om Hasim.. kalau tak dia akan menyesal.. Eva nak Wisnur bantu Eva untuk mencapai impian dia..


..Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 10:58 PM | Show all posts
aku rasa si rizal tu hendra kot yang disebut2 seblom ni.. sebab sinetron indon ni bukannya siap sepenuhnya baru tayang.. tu yang bleh ubah2 last2 minit.. tu yang sinetron lain bleh tukar2 orang..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 11:40 PM | Show all posts
aku paling tak tahan tengok Surya kena mandrem ngan Shinta.. "ayuh sur.. ayuh rayu aku sur.. rayu aku.." "ya.. ini enak.." abis hilang dah teruna.. boleh tak ingat apa jadik malam tadi.. sengal betul.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 12:22 AM | Show all posts
Originally posted by blankie at 14-10-2005 10:58 PM
aku rasa si rizal tu hendra kot yang disebut2 seblom ni.. sebab sinetron indon ni bukannya siap sepenuhnya baru tayang.. tu yang bleh ubah2 last2 minit.. tu yang sinetron lain bleh tukar2 orang..


Mmm..maksudnya si rizal ngan hendra ni org yg sama ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 12:33 AM | Show all posts
nanti ana nyamar jd fitri??bukan nanti ana buta,camner nak merawat arman?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 12:59 AM | Show all posts
Originally posted by blankie at 14-10-2005 11:40 PM
aku paling tak tahan tengok Surya kena mandrem ngan Shinta.. "ayuh sur.. ayuh rayu aku sur.. rayu aku.." "ya.. ini enak.." abis hilang dah teruna.. boleh tak ingat apa jadik mal ...


suka ye ko part rayuan rayuan ni....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by blankie at 14-10-2005 11:40 PM
aku paling tak tahan tengok Surya kena mandrem ngan Shinta.. "ayuh sur.. ayuh rayu aku sur.. rayu aku.." "ya.. ini enak.." abis hilang dah teruna.. boleh tak ingat apa jadik mal ...

aku rasa kalau takde part surya ngan sinta, aku stop dah tengok hikmah 2 ni...rizal tu ok gak...pandai buat lawak..

nyampah ngan adrian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2005 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by maiz_angel at 15-10-2005 12:22 AM


Mmm..maksudnya si rizal ngan hendra ni org yg sama ker?

setakat ni belum timbul lagi yg namanya hendra...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 12:25 PM | Show all posts
hai, ahhhh....dah seminggu aku tak jengok macam2 yg terjadi yek...bagus le sapa2 yg bukak thread ni, dpt gak lagi kita berkongsi cerita......hari tu gi Johor seminggu dpt gak le tengok Hikmah 2 ni.....tapi 5 episod je le.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by maiz_angel at 15-10-2005 12:22 AM


Mmm..maksudnya si rizal ngan hendra ni org yg sama ker?


agaknye la kan....dia ni kawan adrian ke?  kenapa dia beria2 tolong ana and family yek?  mesti ada apa2 pertalian kut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by arysa at 15-10-2005 10:58 AM

aku rasa kalau takde part surya ngan sinta, aku stop dah tengok hikmah 2 ni...rizal tu ok gak...pandai buat lawak..

nyampah ngan adrian...



yelah btul tu.  hubby aku yg terpaksa tengok crite ni dgn aku pun suka part surya...tak habis2 dia gelak bila dgr surya cakap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.145836 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list