CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: WeirdLady

Sinetron - Hikmah Part 2 ~ Sesi Borak2

 Close [Copy link]
Post time 6-11-2005 04:04 PM | Show all posts
selamat hari raya sume..

thanx arysa for the synopsis...hehe takde lagi ke...awak sibuk beraye ye...takpe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2005 10:43 PM | Show all posts
Originally posted by arysa at 4-11-2005 11:54 PM
eva ditahan polisi sewaktu dia sedang makan malam bersama rizal di rumahnya. semasa disoal siasat, dia cuba menafikan suara dlm rakaman pertengkaran antara dia dan arman adalah suaranya tapi pihak polis bukan sahaja memiliki rakaman suara tapi juga rakaman video...so kantoi dah...


hmmmm sapa yang rakam pertengkaran eva dgn armand tu? bila pertengkaran berlaku?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2005 12:11 AM | Show all posts

maiz, arwen dan semua peminat sinetron hikmah

selamat hari raya...

ok, kita sambung lagi...

arman telah pergi ke balai polis utk berjumpa dgn eva. tujuannya ialah utk menceraikan eva.

adrian menyatakan persetujuannya utk bertunang dgn lisa. keesokannya, bu ratna, lika, lisa dan adrian merancang utk berbuka puasa di luar utk meraikan pertunangan adrian dan lisa. mas nanda tidak pergi sama kerana dia tidak bersetuju dgn tindakan adrian bertunang dgn lisa sedangkan dlm masa yg sama dia masih belum bercerai secara rasmi dgn ana.

om dan tante sekarang tinggal di hotel utk mengelak diri dari pihak polis. om hashim bertekad utk membalas dendam dan ingin membunuh  ana supaya segala rahsianya tidak terbongkar.

arman dan ana sudah kembali ke rumah mereka. selepas berbuka, umi telah pergi ke masjid utk bertarawih. setelah umi pergi ana menunaikan solat maghrib, arman juga sedang bersolat. di luar kelihatan om hashim menyelinap masuk dan menuju ke kamar ana. dia membuka sedikit pintu bilik ana dan mengeluarkan pistolnya dan mengacunya ke arah ana yg sedang bersolat. lalu terdengarlah bunyi tembakan. arman yg baru selesai berdoa terkejut lalu berlari ke kamar ana dan terus mendapatkan ana yg sedang terbaring berlumuran darah. dino juga ada di situ dan dia telah menyaksikan segala yg terjadi.

ana sudah dibawa ke rumah sakit dan rizal orang yg petama datang utk bertanyakan tentang ana.

rumah arman dikawal rapi oleh pihak polis. dino memberitahu umi bahawa dia nampak om hashim menembak ana. umi terkejut dan segera memberitahu polis. pihak polis sudah menjumpai tempat persembunyian om dan tante dan telah menangkap mereka berdua

mas nanda mendapat panggilan telefon dari arman. lika, bu ratna, lisa dan adrian baru saja pulang sewaktu mas nanda selesai bercakap dgn arman. mas nanda memberitahu mereka bahawa dia baru saja menerima panggilan dari arman yg mengatakan ana berada di rumah sakit. terkejut beruk semua bila dengar arman masih hidup... paling terkejut adalah adrian dan bu ratna...padan muka dorang...

anyway, adrian, lika dan mas nanda bergegas ke rumah sakit. bu ratna juga turut sama (bu ratna, "mama ikutt!!.."). tinggallah lisa seorang terpinga2 macam orang bodoh (memang pun...). sampai di rumah sakit, mereka segera mendapatkan arman dan rizal. arman telah menceritakan semuanya, bagaimana rizal dan ana telah menyelamatkan dia dari eva dan membantu mereka utk mendapatkan kembali hak2 mereka. dia sangat bersyukur kerana Allah telah mengrimkan rizal dan ana utk menolongnya. dia juga memberitau yg eva sudah ditangkap. bu ratna, adrian dan lika mula menyesal dgn perbuatan mereka menuduh ana yg bukan2. mereka semua meminta maaf kepada rizal di atas kekhilafan mereka selama ini.

adrian melawat ana di ICU. "ana, maafin saya ana...saya berdosa...suami jenis apa saya ini?? kamu bekerja keras utk mengembalikan hak keluarga kita sedangkan saya...saya menjalinkan hubungan dgn wanita lain...maafin saya ana...maafin saya..." (lebih kurang camtu la dialog dia..).

arman menyarankan agar mereka pulang dulu ke rumah kerana belum ana sedar dan hari sudah jauh malam. bu ratna mahu pulang bersama  lika tetapi arman mengajak ibunya pulang ke rumah yg selama ini menjadi milik mereka. bu ratna bagai tidak percaya bahawa dia akan dpt pulang lagi ke rumah itu. lika pulang bersama suaminya dan sesampainya mereka di rumah, mereka dapati lisa tidak ada di biliknya. nanda memanggil isterinya dan memberitahu bahawa jam tangannya sudah dicuri, begitu juga dgn barang kemas lika.

doktor memberitahu adrian dan rizal yg ana berada di dalam keadaan koma kerana telah kehilangan banyak darah. utk menunggu bantuan darah tiba, mungkin akan terlambat dan ana mungkin tidak akan dpt diselamatkan. doktor memberitahu mereka dia perlukan darah A+...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2005 12:28 AM | Show all posts
Originally posted by QueenLove at 6-11-2005 10:43 PM


hmmmm sapa yang rakam pertengkaran eva dgn armand tu? bila pertengkaran berlaku?

siapa lagi kalau bukan rizal...

masa tu rizal bawa eva berjumpa dgn omnya. konon2 nak kenalkan bakal isteri dia pada om...lepas dorang kenal2 gitu gini, om bagi eva sebentuk cincin. cincin ni konon2nya cincin peninggalan arwah ibu rizal. lepas tu eva minta diri nak gi betulkan mekap dia. dia masuk ke sebuah bilik..sempat lagi kutuk bilik tu tak seberapa kalau nak bandingkan dgn bilik kat rumah yg rizal belikan utk dia... masa dia tengah betul2kan mekap dia tu arman muncul kat belakang dia. (sembunyi dlm bilik air dia ni...) dan berlakulah pertengkaran. arman mahu eva mengaku yg dia memang berniat  membunuh arman. eva cuba menafikan dan mengatakan bahawa semua ini adalah rancangan om dan bahawa dirinya telah dipergunakan oleh om dan tante utk menjayakan rancangan mereka. arman hampir2 hilang sabar dan mehu menikam eva. mujurlah rizal mendengar jeritan eva dan sempat menghalang arman. masa ni eva dah pengsan dah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2005 02:02 AM | Show all posts
ish dahsyat gak ek om hasim ni..siap main pistol lg.Adrian ni bini dah kena tembak baru nak sedar..ish ish...ma kasih arysa for the sinopsis..x sabar nak tunggu ape jd seterusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2005 08:45 PM | Show all posts
thanx arysa....hikmah 1, adrian yg terlantar kat rumah sakit, hikmah 2 ana plak yg terlantar....
tak sabar2 nak tahu ending nih....arysa, ko buat suspen le..

ish bedebah si adrian ni...senang2 je nak mintak maaf.  bila salah sangka skit je nak bercerai..cinta apa mcm tu......

nampaknya synopsis yg dulu2 tu yg kononnya ana sakit dan buta tu tak jadi buatlah ye.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2005 11:00 PM | Show all posts
tul2 setuju bebenor...senang2 je si adrian nak mintak maap bila buat salah cuba contohi arman,siasat dulu baru bertindak
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2005 01:34 AM | Show all posts
tul2 setuju bebenor...senang2 je si adrian nak mintak maap bila buat salah cuba contohi arman,siasat dulu baru bertindak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2005 10:13 PM | Show all posts
I'm baaaaaccccccccccccccccccccckkkkk..

tension betul laa ending hikmah 2 ni.. ada ke patut TUNGGU SELANJUTNYA DALAM HIKMAH 3.. waaaaaaaaaa... tak dapek den nak nengok lepas ni.. kena keje kat sabah.. huwaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2005 10:15 PM | Show all posts
sian korang ekk.. hikmah 2 dah abis dah tapi aku tak buat2 sinopsis dia.. bz sket lah lately.. mana nak urus resign.. nak urus keje baru lagi.. tapi insya Allah aku buat sket2.. walaupun tak fully perfect.. mana yang tak lengkap tu aku mintak mahap laa ye.. dah tak berapa ingat sangat secara detail.. mana2 yang penting aku bleh ingat lagi.. :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2005 10:19 PM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 27-10-2005 03:00 PM
bagusle....biar adrian kawen dgn lisa tu..nanti arman boleh cekup ana and lived happily ever after..hehehe


ni memang aku sokong gila2 sebab dah penat tengok adrian jadik orang bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2005 11:21 PM | Show all posts

Hikmah 2 Episod 9 dan seterusnya..

(aku cerita secara umum.. nak detail2 ikut episod dah tak ingat.. hehe..)

adrian bagi penjelasan pada shinta yang surya takde pape hubungan dengan ana.. semua tu salah paham.. barulaa shinta percaya & mintak maaf pada adrian.. surya merajuk.. shinta tak percayakan dia.. shinta pun mintak maaf dari surya & janji akan percayakan dia lepas ni.. comel tengok muka sebik surya..

wisnur mula buat plan untuk tolong eva capai cita2 dia.. arman & adrian kena pergi london untuk dapatkan tender projek.. ada meeting la tu kat sana.. tapi si wisnur ni kata yang kononnya ada syarikat lain nak pergi rebut tender tu jugak.. nak tak nak adrian & arman kena pegi london at once.. takut tender syarikat tu di ambik syarikat lain.. seblum pergi, wisnur menyuruh arman & adrian sign satu surat serah kuasa sementara supaya eva bleh jadi wakil syarikat sepanjang diorang kat london.. eva dah tersengih2.. adrian tak berapa setuju tapi ikutkan aje.. arman & adrian tak sempat baca surat tu dengan teliti (eva buat hal time tu.. merajuk sebab diorang tak nak percayakan dia..) and terus sign tanpa diorang sedar yang surat tu sebenarnya beri kuasa sepenuhnya kepada eva.. bu ratna pun ikut sign jugak.. sahlaa syarikat tu di bawah kuasa eva.. tapi si eva ni bodoh.. dia cuma dapat hak mentadbir syarikat je.. pemilik syarikat masih lagi adrian, arman & bu ratna.. tapi diorang bertiga ni tak bleh buat apa2 tanpa kelulusan eva.. eva yang berkuasa membuat keputusan.. semua plan eva berjalan lancar.. eva kemudiannya bagi vitamin pada arman.. konon sayang benor laa ngan laki dia tu.. padahal apa yang dia bagi tu pil2 yang dangerous.. tujuan nya senang je.. supaya arman sakit kat london & tak dapat balik indon dengan cepat.. senang laa eva buat perubahan dalam syarikat..

sepanjang adrian & arman takde, macam2 yang eva buat untuk meraih simpati bu ratna supaya membenci ana.. bu ratna konpius.. tak tau nak backing sape.. mula2 eva buat hal dengan umi.. dia tuduh umi mencuri barang kemas.. padahal dia sendiri yang letak dalam bilik umi.. dah kena dah sedas.. umi menangis nak balik kampung.. tak nak duduk situ dah.. eva mencebik je.. pastu eva buat hal pulak dengan tino.. lika anak beranak datang rumah bu ratna.. eva sengaja bagi alat solek dia pada budak2 tu.. bagi main solek2 laa kononnya.. dah muka masing2 macam cina opera.. lika terperanjat tengok muka anak dia.. eva pun mula laa kata ni tino punya influence laa ni.. kalau tino tak mula diorang tak kan berani.. ita & adi bagitau lika yang eva sendiri bagi diorang main.. tak boleh salahkan tino.. lika tak tau nak cakap apa.. eva terus marah2 & salahkan ana sebab tak pandai ajar adik sendiri.. lepas tu eva buat hal lagi.. bu ratna nak pergi function.. pilih baju yang paling vogue the vast laa.. eva volunteer nak ironkan.. tapi dia pergi biar iron tu atas baju.. dah berlubang.. pastu dia marah umi kenapa cuai iron.. padahal umi masa tu tengah berborak dengan ana dalam bilik.. macam2 laa alasan eva bagi.. mengkondem umi & ana.. bu ratna hot tengok baju feveret dia hangus.. dah angin satu badan orang tua tu.. umi dah tak sanggup tapi ana suruh bertahan..

sepanjang kat london arman sakit2.. diorang tak dapat pergi meeting.. semuanya kena tangguh sampai arman sihat.. lagi lebar senyuman eva bila dapat tau diorang takkan balik dalam masa terdekat ni.. wisnur serba salah.. tapi dia terpaksa jugak ikut plan eva yang gila tu.. adrian selalu call ana tapi eva yang selalu angkat.. setiap kali tu eva cakap ana takde kat rumah.. padahal ana tertunggu2 call dari adrian macam orang bodoh.. adrian pun pelik sebab kadang2 dia call dah lewat malam gak.. takkan ana keluar tak balik2 rumah lagi.. ada sekali tu henpon ana hilang.. rupa2nya mek eva tu yang amik.. dia masukkan suara lelaki kat dalam henpon ana tu.. so each time adrian call henpon , suara lelaki yang jawab.. adrian dah mula rasa something tapi dia biarkan je.. lastly dia dapat call ana.. and dapat tau henpon ana hilang.. tak jadik berperasangka buruk.. :p

eva cakap kat bu ratna yang dia nak report pada arman bila balik nanti.. biar dia bagitau semuanya.. biar arman tau yang ana bencikan dia.. yang ana jeles dengan dia.. ana serakah nak jadi menantu pilihan bu ratna.. gila si eva tu.. eva pun bagi warning kat ana.. kalau nak semuanya tenang salah sorang daripada diorang kena keluar dari rumah tu.. dan tentunya eva tak kan keluar sebab nanti arman mesti marah.. so faham2 je laa.. nak tak nak ana pun pergi cakap kat bu ratna yang dia akan keluar sementara dari rumah tu dengan tino & umi.. bile semua dah tenang ana akan balik semula.. bu ratna jadi marah.. dia tau yang eva suruh ana keluar dari rumah tu.. bu ratna dah muak dengan perangai eva yang kebudak2 kan.. dia pun pegi bersemuka dengan eva.. gaduh punya gaduh bu ratna lempang muka eva.. padan muka kau setaaannnn.. dan eva terus halau bu ratna & ana serta umi & tino keluar dari rumah tu.. huhu..

...BERSAMBUNG....

[ Last edited by blankie at 8-11-2005 11:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2005 11:28 PM | Show all posts
err.. hikmah2 abis ari ahad 6/11.. genap 60 episod.. tapi jalan cerita tergantung.. om hasim baru nak angkat pistol tembak ana kat spital tiba2 je abis.. kena tunggu Hikmah 3.. aku rasa eva balas dendam dalam hikmah 3 nanti.. muahahaha.. sampai bila nak abis daa citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 12:22 AM | Show all posts
adus, ada hikmah 3 pulak ke?  maknanya diorang tak sempat raya lah ye....hmmmm.  tak best nyer ending...mcm mana ana, kata perlukan darah A+, dah dpt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 12:45 AM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 9-11-2005 12:22 AM
adus, ada hikmah 3 pulak ke?  maknanya diorang tak sempat raya lah ye....hmmmm.  tak best nyer ending...mcm mana ana, kata perlukan darah A+, dah dpt ke?


adalaa tu hikmah 3.. diorang raya kat spital.. ana masih terbaring kat katil.. tapi dah nampak sihat.. darah tu dah dapat.. adrian yang dermakan.. berguna jugak lelaki tak guna tu akhirnya.. :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 12:48 AM | Show all posts
Originally posted by cluben at 26-10-2005 12:39 PM


blankie sibok, aku tolong jawab

arman jalan bertongkat. bu ratna ngan adrian tau yg arman hilang, si lika yg bg tau. yg lawaknya diaorg semua ingat ana x tau. lika malas nak bg tau ana.

p ...


tau2 je aku sebok ye cluben.. hehehe.. hikmah 3 amacam?? sanggup nak layan?? :cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2005 01:19 AM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 7-11-2005 08:45 PM
nampaknya synopsis yg dulu2 tu yg kononnya ana sakit dan buta tu tak jadi buatlah ye.....  


hikmah 3 kot.. :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 01:23 AM | Show all posts
Originally posted by cluben at 26-10-2005 12:47 PM
aku benci ana dah jadi ana semula. aku suka dia jadi fitri.. bijak skit ekekeke


betul.. bila jadik ana lembab betul nak berpikir.. kena pikir baik buruk laa.. hapa laa.. kalau jadik fitri macam2 idea dia ada nak kenakan si eva tu.. sampaikan nak separuh mati si eva tu ketakutan boleh lagi fitri kenakan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 01:29 AM | Show all posts
Originally posted by arysa at 26-10-2005 12:47 PM
tak sabar nak tunggu adegan bila dorang dpt tahu yg selama ni analah yg menjaga arman...sure malu gilerr sama ana...


aku lagi suka kalau ana mati.. biar diorang nyesal tak sudah.. bior adrian terkujat terus masuk rumah sakit jiwa.. geram betul..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 01:45 AM | Show all posts
pelik2,kiranya sinopsis arysa yg ana terlantar kat spital tu ending hikmah 2 ker?sbb arysa kata tinggal lg 2 episod nak abis..mane satu yg tul ni ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.072683 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list