CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: WeirdLady

Sinetron - Hikmah Part 2 ~ Sesi Borak2

 Close [Copy link]
Post time 15-10-2005 12:45 PM | Show all posts
Hikmah 2, episod hari Ahad, 9/10

Arman tak mahu ambil ubat sebab dia rasa ubat tu melemahkan badan dia.  Eva susah hati sebab arman menolak ubat yg dia bagi so dia masukkan ubat ke dlm minuman dan menyuruh om hasim beri pd arman...arman yg cuma berbaring cuba menolak tapi dipaksa oleh om.

Sementara tu lisa cuba mengoda adrian tapi adrian menolak dan beredar dari situ..Adrian mengatakan pd dirinya yg dia takkan sesekali menyakiti ana lagi.  (adrian tinggal serumah dgn lisa sbb nak cut cost agaknye)

Rizal berjumpa ana di rumah dan memberitahu tentang rancangannya utk memerangkap Eva dan mengetahui keadaan sebenar.    Ana bersetuju. Rancangannya rizal akan memanggil eva makan malam dgnnya dan bertanya tentang ana dan apa yg telah terjadi dlm family diorang.  Ana akan mendengar kata2 eva dari sebalik dinding.

Adrian cuba menghubungi ana.  pada waktu yg sama ana sedang bercakap dgn Rizal bila tiba2 talian terputus.  telefon berbunyi lagi dan ana menyangkakan ianya adalah rizal ttp rupanya adrian yg call.  Adrian tanya siapa Pak Rizal dan ana pun bgtau yg rizal tu boss dia.  Ana dan Adrian pun berbual ttg kerinduan memasing.

Di pejabat, Rizal memberikan ana h/phone utk memudahkan bereka berhubung dgn rancangan mereka. Ana menghubungi Adrian tapi Lisa yg jawab dan memberitahu bahawa adrian tiada di pejabat.  sebenarnya adrian ada.  ana meminta lisa memberikan no. h/p pd adrian tapi lisa tukar no. tu da berikan pada adrian.  bila adrian cuba kenalah wrong no.  Lisa pun mulalah mengapi2kan adrian yg kononya ana kini lebih kukuh dr adrian sampai boleh pakai h/p.

Di rumah besar, Arman merasa dirinya sgt lemah..eva dtg dgn minuman tp arman tak nak minum.  jadi sekali lagi eva panggil om dan memaksa arman minum.  Lemah lagilah badan arman.  Tante pulak telah menjemput kawannya dtg kerumah sore nanti dan mengaku kononnya rumah  tu rumah dia.  Oleh kerana dia bimbang kalau eva dpt tahu dia pun memasukkan ubat tidur ke dalam teh dan diberikan pd eva.

Malamnya eva mempunyai rancangan utk dinner di rumah Pak rizal.   Dia pun bersiap cantik2 utk menarik perhatian Rizal kerana rizal adalah orang kaya dan berharta.

Ana bersiap2 dan beritahu bu ratnya yg dia nak keluar. belum sempat beritahu ke mana, rizal call dan menyuruh ana dtg cept kerana eva sudah dlm perjalanan.  Ana tak sempat beritahu bu ratna dan terus pergi ke rumah rizal meninggalkan bu ratna yg kehairanan.....bersambung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2005 01:11 PM | Show all posts
Himah 2, episod hari Isnin, 10/10

Ana berada di rumah Pak rizal.  Rizal menyuruh ana menyembunyikan diri bila eva ada di situ dan mendengar secara diam2.  Eva sampai dan mereka pun memulakan perbualan.  Rizal mula bertanya2 tentang arman, adrian, dan ana.  eva pun mula memburuk2kan ana.  ana yg tak tahan dgn tuduhan eva terus keluar dan menyampuk.  Rizal yg bimbang rancangannya terbongkar telah berpura2 memarahi ana dan menghalau ana dari rumahnya dan memberitahu yg dia x tahu ttg kedatangan ana ke situ.  Malam tu eva telah tertidur (sbb ubat tidur yg tante letak dlm teh) dan rizal pun menghantarnya pulang ke rumah.  Tante yg sedang melayan tetamunya terkejut melihat rizal tetapi telah bersetuju utk membenarkan rizal membawa eva ke kamar tidurnya.  Rizal mengambil kesempatan utk bertemu Arma. Tante beritahu arman yg rizal adalah client mereka.  Rizal melihat beberapa botol ubat yg arman harus ambil. (arman hairan sbb dia tak kenal client seperti rizal).

Sementara itu ana kebingungan di rumah dan menyangka yg rizal telah mempercayai kata2 eva.  Esoknya di pejabat rizal pun memberitahu ana sebab dia bertindak begitu semalam.

Eva membuat temujanji utk berjumpa dgn rizal utk makan tengahari.  Dia meminta bantuan tante utk memberikan ubat tidur lagi kepada arman w/pun tante baru saja memberikannya pd arman.  Eva memberitahu om tentang rancangannya utk menjual perusahaan arman dan memikat rizal pula. ttp om tak bersetuju dgn tindakan eva.

Rizal menawarkan bantuan kepada eva utk merawat arman.  dia akan meminta pertolongan kawannya seorang doctor utk merawat arman.  eva serba salah utk menolak kerana bimbang rizal akan mengesyakinya dan akhirnya dia pun bersetuju. Lepas tu dia pun mula merangka plan..

Rizal yg dtg berjumpa ana di rumah utk mengajak mereka semua  berbuka tapi tak jadi sebab bu ratna tak sihat.  Rizal pun berbuka di situ..kebetulan masa tu adrian call ana dan ana beritahu yg pak rizal ada di situ.  Adrian kehairanan dan mula menyangka yg bukan2.  Lisa pulak mengapi2kan lagi si adrian.

Melihatkan keadaan bu ratna yg sedang sakit, rizal menawarkan pertolongan pd ana utk membawa bu ratna ke hospital.  ana bersetuju dan meminta agar rizal memotong gajinya utk membayar bil hospital.  Sementara tu adrian menunggu panggilan dari ana tapi ana tak telefon sbb sibuk dgn masalah bu ratna yg perlu di bedah pd malam itu juga.  rizal dtg menemani ana.  
Esoknya doctor beritahu yg pembedahan itu berjaya tp masih perlu diberi perhatian.  

Rizal membawa doctor bersama ke rumah arman utk membantu merawat arman.  apabila doctor meminta eva menunjukkan ubat yg diberikan kepd arman eva hanya membawa 2 botol ubat kpd doctor.  Rizal mula mengesyaki sesuatu kerana sebelum tu dia tengok ada banyak buat yg diberikan pd arman...Doctor kata penyakit arman masih boleh diubati dgn ubat2an dan terapi.  ( Arman bersyukur pd tuhan kerana telah menghantar seseorang utk menolongnya.....)

Rizal kerumah ana utk memberitahu Tino tentang bu ratna dan menyembut Tino dan ummi ke hospital.  Tiba2 adrian call dan bertanya apa yg rizal buat di situ pagi2 begitu....rizal gugup.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 01:25 PM | Show all posts
Hikmah 2, episod hari Selasa . 11/11

Adrian bertanya pd rizal apa yg dibuatnya disitu lalu rizal pun bgtau yg dia diminta ana utk menjemput tino dan umi ke hospital melawat bu ratna.  ana ada di hopital.  Adrian beritahu lisa mengenai peristiwa itu.

Ana menghubungi adrian selepas diberitahu rizal yg adiran call.  ana beritahu tentang penyakit bu ratna iaitu Kanser Paru2. selepas didesak oleh adrian.  adrian bimbang dan berhajat pulang ke jakarta. Lisa melarang adrian pulang dgn alasan yg bu ratna sudah pulih dan adrian tak patut meninggalkan kerjanya kerana dia masih baru.  sebenarnya dia tak mahu adrian pulang ke pangkuan ana. Adrian bersiap2 kerana pagi esok dia akan pulang ke jakarta.  malam tu lisa buatkan minuman yg dibubuh ubat tidur.  Adrian bangun lambat dan terlepas flight.  Adrian ke pejabat berjumpa lisa tapi diberitahu yg lisa tak dtg ke pejabat.  Adrian berjaya menunda perjalannya pd waktu petang tapi Lisa berpura2 sakit dan pengsan utk menghalang adrian dari pulang ke jakarta.  adrian menunda kepulangannya pd hari esoknya.

Sementara tu doctor telah menghantar seorang nurse utk menjaga arman.  Semasa nurse sdg membuat terapi pd arman dia berada dlm keadaan yg baik.  Eva memanggil nurse makan lunch dgnnya.  sementara tu om dan tante ke bilik arman dan memaksa arman makan pil berlebihan.  Arman pun pengsan dan bila nurse kembali tuk membuat terapi ke atas arman dia mendapati tekanan darah arman telah turun dan eva menyalahkan nurse kerana memberikan dos yg berlebihan pd arman tapi nurse menafikannya.

Eva berjumpa rizal di pejabat utk memberitahu tentang perbuatan nurse tersebut.  Nasib baik masa eva dtg ana tiada di pejabat.  Rizal beritahu pd ana dan mereka rasa itu adl cara eva utk menghalau nurse tersebut.  Rizal beritahu ana yg dia terpaksa memecat ana kerana bimbang rancangannya akan gagal.

Eva menjemput rizal lunch kat rumah dia.  Semasa rizal di sana tante mengambil kesempatan utk mengenakan nurse dgn memfitnah beliau mencuri kalung tante.  akhirnya nurse terpaksa berhenti.  Rizal tahu itu hanyalah muslihat eva untuk tidak melihat arman sembuh.

Adrian akhirnya dpt pulang ke Jakarta dan melawat bu ratna di hospital.  
Rizal pulak menghantar sorang lagi nurse lelaki utk menjaga arman bernama victor....bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 01:42 PM | Show all posts
Hikmah 2, Episod hari Rabu, 11/10

Victor menjaga arman spt biasa.  Eva , tante dan om membuat plan baru tuk mengeluarkan victor dr rumah itu.  Mereka memanggil victor dan mengadakan cerita yg kononnya arman sakit jiwa jd victor pun mengambil keputusan utk berhenti dgn alasan dia hanya menjaga orang yg sakit lumpuh bukannya sakit jiwa.   Victor memberitahu Rizal dan rizal bingung kerana merasa eva akan melakukan apa2 sahaja utk menghalau nurse yg ditugas menjaga arman pd masa akan dtg.

Adrian melawat bu ratna di hospital dan doctor beritahu keadaan bu ratna yg semakin baik dan sudah boleh pulang beberapa hari lagi.  ana menceritakan pd adrian tentang pak rizal yg mahu membantu mereka. semasa adrian dan lika menjaga bu ratna mereka mula berbincang tentang niat rizal yg mahu membantu.  adrian merasa curiga tetapi terpaksa menerima bantuan rizal.  lika pula bimbang kerana ana telah menceritakan banyak hal pd rizal.  Adrian berhajat berjumpa dgn Pak rizal utk mengenali siapa beliau.  Lisa call adrian dan menyuruh adiran pulang segera kerana boss mereka sudah pulang dan sedang mencari pekerja baru.  Lisa kata boss mungkin akan menukarkan adrian dgn pekerja yg baru sekiranya adrian lambat pulang.  sebenarnya lisa hanya mereka2 cerita supaya adrian cepat pulang.

Eva mula cuba memikat rizal.  om bimbang dgn sikap eva dan mula membuat rancangannya sendiri utk mengambil separuh harta arman.

Rizal kerumah ana utk memberitahu mengenai kepergiannya ke singapore dan akan berjumpa adrian selepas dia pulang ke jakarta.  sejurus selepas rizal pergi adrian pun pulang dan tak sempat berjumpa rizal kerana dia akan pulang ke banjarmasin dgn segera supaya dia tak hilang pekerjaan.  Sementara tu rizal juga beritahu eva yg dia perlu ke singapore ttp eva masih boleh menghubunginya sekiranya eva mempunyai masalah dgn arman.  Eva sudah mula merasa yg rizal suka pdnya.

Selepas pulang dari singapore, rizal menghubung ana dan beritahu yg dia sudah ada di jakarta dan boleh berjumpa adrian tapi ana beritahu yg adrian dah pulang ke banjarmasin.  rizal menyuruh ana ke rumahnya.  di sana rizal memperkenalkan pd ana seorang wanita yg akan merubah wajah ana kerana ana akan menyamar menjadi fitri utk menjaga arman di rumah eva.......bersambung.

[ Last edited by Arwen at 15-10-2005 01:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 02:00 PM | Show all posts
Hikmah 2, episod hari Khamis, 13/10

Rizal memberitahu ana tentang rancangan seterusnya iaitu ana akan menyamar menjadi nurse yg akan menjaga arman.  kali ini mereka pasti boleh mengatasi eva kerana ana berhajat utk memulih dan membantu arman.  so ana pun di ajar dan di solek spt orang lain.  Ana kini ditukar dgn imej berambut pendek dan memakai spec...(korang boleh imagine tak memang lain muka ana masa ni.)  ana akan menyamar menjadi fitri.

Eva terus terusan memberikan arman ubat berlebihan sampai arman semakin lemah.  Eva juga merancang lagi utk memikat hati rizal dan om bimbang tentang rancangan eva kerana itu hanya akan menyusahkan eva dan mereka sendiri.  Om juga bimbang kerana eva sudah semakin tamak.  Eva menyuruh tante menjaga arman dan tante bengang sebab sepatutnya mereka ada pembantu yg menjaga arman dan bukannya dia.  tapi eva kata cuma dia sahaja yg tak bekerja dan om dan eva perlu bekerja.  tante lagi bengang.

eva menjemput rizal ke rumah utk lunch.  tante cuba beri arman makan tapi arman tak mahu.  tante geram dan menumpahkan makanan ke atas arman.  dia marah2 dan keluar dr bilik sambil mengatakan yg arman telah menolaknya sehingga kakinya sakit.  Rizal hairan kerana arman lumpuh dan mcm mana dia bisa berbuat gitu.  eva kata kadang2 arman bertindak kasar bila sihat dan lumpuh bila dia lemah....rizal tahu yg eva hanya membohonginya.

Adrian sudah mula bekerja.  boss heran sebab adrian cepat sgt pulang.  malamnya adrian menunggu panggilan ana tapi ana tak call sebab ana bersama dgn rizal merangka rancangan mereka.  Adrian menunggu sampai pagi dan lisa pun mula mengapi2kan lagi hubungan ana dan rizal.

Surya datang berjumpa ana tapi tino bgtau yg ana takde di rumah.  surya bagi duit pada tino dan pulang.
Sinta jealous pd surya sebab asyik dgn ex gf dia, Rika so sinta mandrem sinta malam tu.........jadi terjadilah babak2 tut tut..
esoknya surya boleh kata dia tak ingat apa yg terjadi pd malam tu.......hehehe

episod kali ni banyak tentang ana bersedia nak menyamar dan juga tentang fely, rini dan dito.

sapa2 boleh tolong crite apa yg terjadi pada hari jumaat?  ana dah mula merawat arman ke blum?  agak2nya arman kenal tak tu ana......firasatku...arman terjatuh cinta plak pada ana....hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 02:02 PM | Show all posts
ini jelah cerita yg aku boleh share dgn korang sume.......lepas ni tolonglah sape2  share utk episod2 seterusnya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2005 05:24 PM | Show all posts
camne agaknye rupa ana bila nyamar............bilalah aku bleh tgk hikmah 2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 08:27 PM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 15-10-2005 12:25 PM
hai, ahhhh....dah seminggu aku tak jengok macam2 yg terjadi yek...bagus le sapa2 yg bukak thread ni, dpt gak lagi kita berkongsi cerita......hari tu gi Johor seminggu dpt gak le tengok Hikmah 2 ni. ...

wah...sakan ko...sempat lagi tengok tu...:cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2005 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 15-10-2005 01:42 PM
sapa2 boleh tolong crite apa yg terjadi pada hari jumaat?  ana dah mula merawat arman ke blum?  agak2nya arman kenal tak tu ana......firasatku...arman terjatuh cinta plak pada ana....hehehehe...

ana dah beritau arman siapa dia sebenarnya dlm episod hari ni. sib baik om hashim tak sempat dengar... aku pulak yg suspen... ana pun sempat lagi cover... dia kata arman perlu diurut selalu supaya peredaran darah dia lancar, nanti cepat sembuh...tapi tante vina marah sebab tugas ana hanyalah menjaga arman bukannya sebagai ahli fisioterapi...

tu jerr yg sempat aku tengok...dgn scene rizal melawat bu ratna...sebelum tu scene rizal ajak eva pegi dating padahal si eva ada meeting tapi rizal punya pasal tak pergi meeting pun takpe...

1 jam pertama terlepas nak tengok...lagipun menyampah la bila part adrian sama lisa...blankie, update sikit...

[ Last edited by arysa at 15-10-2005 08:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2005 01:09 AM | Show all posts
Originally posted by arysa at 15-10-2005 08:27 PM

wah...sakan ko...sempat lagi tengok tu...:cak:


memang pun..aku pun tak tau ada RCTI kat situ...masa tengah siap2 nak gi buka pose terbuka channel tu..apa lagi dok kat depan tv jelah sampai habih crite tu...sejak tu kami just bukak pose dlm bilik dgn kurma..habih hikmah baru gi keluar makan.  Hikmah punye pasal tak nak terlepas....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2005 01:11 AM | Show all posts
Originally posted by arysa at 15-10-2005 08:45 PM

ana dah beritau arman siapa dia sebenarnya dlm episod hari ni. sib baik om hashim tak sempat dengar... aku pulak yg suspen... ana pun sempat lagi cover... dia kata arman perlu diurut selalu supay ...



ooo maknanya arman dah tau awal2 la sapa ana...hmmmm..
agaknya apa lagila rancangan eva tu nak keluarkan ana dari situ.:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2005 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 16-10-2005 01:11 AM



ooo maknanya arman dah tau awal2 la sapa ana...hmmmm..
agaknya apa lagila rancangan eva tu nak keluarkan ana dari situ.:hmm:

elok juga dia bagitau awal2...semalam masa tante vina suruh dia bagi ubat pada arman, arman sempat beritau yg ubat tu sebenarnya racun.

eva sekarang ni ketakutan semenjak terima hadiah kodok...lepas tu dpt lagi satu hadiah berupa pisau, kotak hadiah tu diletakkan di dlm bilik air. dia mati2 kata ana yg bagi hadiah2 tu semua...semalam ada ular getah dlm laci masa dia tengah cari barang...dia ingat ular betul..menjerit sakan...hadiah2 tu semua sebenarnya rancangan rizal...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2005 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by arysa at 16-10-2005 11:11 AM

elok juga dia bagitau awal2...semalam masa tante vina suruh dia bagi ubat pada arman, arman sempat beritau yg ubat tu sebenarnya racun.

eva sekarang ni ketakutan semenjak terima hadiah kodok.. ...


eh arman dah boleh bercakap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2005 05:06 PM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 16-10-2005 12:12 PM


eh arman dah boleh bercakap ke?

cakap sikit2 boleh la...gerak2kan mulut dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2005 09:33 AM | Show all posts
wah...
tengkiu so much blankie, arwen, arsya yg wat sinopsis nie..
wlupun tak dpt tgk, rasa mcm terbayang dah mcmana..heheh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2005 12:13 PM | Show all posts
thaks tu blankie arsya, awen yang buat sinopsis...nie yang tak sabar nak ngk cite nie..minta2 astro siar cpt2 sikit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2005 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by yuri_katrina at 17-10-2005 12:13 PM
thaks tu blankie arsya, awen yang buat sinopsis...nie yang tak sabar nak ngk cite nie..minta2 astro siar cpt2 sikit...



paling cepat pun bulan pose thn depan kot..heheh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2005 08:30 PM | Show all posts
dah 2 episod terlepas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 04:12 PM | Show all posts
blankie mana..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2005 05:58 PM | Show all posts
kehkeh
beshnye hikmah 2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.064847 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list