CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 43250|Reply: 79

Buaya (merged: Dunhill.)

[Copy link]
Post time 18-11-2005 04:30 PM | Show all posts |Read mode
'BUJANG SENANG' - Lagenda Batang Lupar

Adakah buaya nih benar-benar wujud atau hanya satu mitos sahaja? ada orang mengatakan yg buaya nih raja segala buaya di Sungai Batang Lupar tuh dan besar badannya sahaja sebesar badan bas!

Ada cerita menarik pasal buaya nih?

[ Last edited by fleurzsa at 23-2-2006 11:12 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2008 02:15 PM | Show all posts
erm... hari tu dlm paper....
ade satu bangkai boye yg mati sundri tebing sungai
mati akibat tua rasanya
diorang angkat letak dlm treler panjang,
tp ekor dia still cecah jalan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 04:04 AM | Show all posts
130 tahun masih ganas

Di tengah-tengah sebuah kawasan ladang kelapa sawit di KotaTinggi, Johor, terdapat lebih 1,000 ekor buaya sedang dibiakkan.Ternakan reptilia itu merupakan bisnes keluarga yang diusahakan selamatiga generasi.


Diet buaya dipelbagaikan mengikut usia reptilia tersebut.

LELAKI tua berseluar pendek dan berkemeja lusuh itu melangkah kedalam sebuah kolam berisi air hijau keruh paras betis. Sambil ramahmengalu-alukan kedatangan pelawat, dia tidak sedikit pun menunjukkanrasa gusar.

Ramai yang khuatir kerana jika berlaku sesuatu yang tidak diingini,tiada ruang untuk dia keluar dari kolam kepungan itu dengan segera,melainkan melalui sebuah pintu kecil berpagarkan kepingan papan.

"Jangan jenguk kepala lebih-lebih. Jangan nak tunjuk-tunjuk jarimelepasi pagar ini kalau kalau masih nak makan guna tangan," ujar NgKok Ting, 51, sambil tersengih. Dalam menahan gelak kerana mendengarkata-kata amaran itu, para pengunjung tetap berjaga-jaga.

Ini bukan ladang ternakan haiwan jinak atau petting zoo yang disambut oleh burung atau mamalia comel. Ia sebuah ladang ternakan buaya - lebih 1,000 ekor kesemuanya.

Siapa sangka, di tengah-tengah kawasan ladang kelapa sawit diKampung Belanding, Teluk Sengat di daerah Kota Tinggi, Johortersembunyi sebuah 'habitat' buaya seluas satu hektar.

Sambil menjawab soalan orang ramai tentang sifat reptilia besar itu,Ng Kok Ting sempat berkongsi kisah tentang asal-usulnya. Datuknya telahberhijrah ke Malaysia dari Teochow, China ketika bapanya, Ng Chin Chew,berusia 12 tahun. Sejak itulah, bapa Kok Ting memulakan kehidupan barudi perkampungan nelayan di daerah itu.


PELAWAT gemar pada aksi  buaya yang mengangakan mulut dan melibas ekor apabila diacah.

"Ketika di China, bapa saya mencari nafkah dengan membantu kerjadatuk sebagai nelayan. Kemahiran tersebut ingin dia manfaatkan ketikamembuat keputusan untuk bermastautin di sini," imbasnya yang memiliki10 orang adik-beradik.

Di China, bapa Kok Ting senang dengan kerja-kerja nelayan termasuk membantu menjual hasil tangkapan datuknya di pasar.

Katanya, idea menternak buaya bermula daripada pemerhatian bapanyadi pasar tersebut. Selain bersaing dengan ramai peniaga ikan, terdapatjuga peniaga yang menjual daging buaya dan ia mendapat sambutan yangmenggalakkan. Dari situlah bapanya menanam azam untuk mencari tapaksesuai bagi menternak reptilia itu di Kota Tinggi.

Kini, penjagaan buaya-buaya itu menjadi tanggungjawabnya - generasiketiga. Namun bagi Kok Ting sendiri, permulaannya sedikit terlewat. Diamemulakan ternakannya pada usia 48 tahun dengan membeli 10 ekor buaya,sementara yang lain adalah diwarisi daripada bapa dan datuknya.Daripada jumlah yang dimiliki, buaya-buaya itu dibiakkan dari semasa kesemasa.

"Penjagaan ladang ternakan ini memerlukan belanja besar sehinggaribuan ringgit sebulan. Selain penyenggaraan kawasan dan upah pekerja,saya perlukan sekurang-kurangnya tiga tan daging ayam sehari untukmakanan buaya-buaya ini.

"Buaya bersaiz sederhana sahaja perlu makan seekor ayam sebanyak tiga kali sehari," ujar bapa kepada tiga orang anak ini.
Sempat juga Kok Ting menunjukkan aksi menarik membaling ayam ke dalam kolam. Bagai anjing yang menangkap frisbee dengan mulut, begitu juga dengan buaya-buaya yang berebut mendapatkan habuan itu.

Kok Ting biasa membawa pengunjung ke semua kolam ternakannya.Terdapat kira-kira lapan buah kolam bebas dan 30 kolam kepungan simen.Oleh kerana bilangannya terlalu banyak, tidak menjadi amalannya untukmemberi nama seperti haiwan peliharaan di rumah.

Cuma yang paling diingati adalah beberapa ekor buaya istimewa,seperti yang lahir dengan tubuh bengkok, tanpa ekor, serta yang berusiolebih sekurun.

Tiba di salah sebuah kolam simen dengan kedalaman tiga meter, KokTing sengaja mengacah-acah permukaan air keruh itu dengan sebatanggalah sambil meminta jurugambar bersedia.

Sejurus lopak tenang itu diganggu, kami terkejut apabila seekorbuaya sepanjang kira-kira lima meter mengangakan mulutnya untukmenangkap hujung galah itu. Berderap kuat bunyinya apabila rahang buayaitu berlaga.

Lantaran terus diacah, buaya yang marah diganggu itu mengeluarkanbunyi mendengus yang menggerunkan. Berkali-kali juga ia melibaskan ekorhinggakan terpercik air hanyir ke beberapa peserta lawatan. Buaya itudiberitahu berusia 130 tahun.

"Buaya ini dipelihara oleh mendiang datuk dan bapa saya dan kinisaya pula menjaganya. Walau sudah tua dan banyak kehilangan gigi, iamasih ganas dan bahaya. Kalau berani masuklah ke dalam," Kok Tingberseloroh.

"Sekali dia 'ngap', kekuatan tekanan rahangnya adalah kira-kira 2,500 paun. Kalau terkena, cubalah lepaskan diri!
"Buaya memang tidak kenal tuan. Beri makan hari-hari sejak kecil pundia masih hendak gigit. Saya dan pekerja perlu sentiasa berhati-hati.Lebih-lebih lagi pada buaya betina yang sedang menjaga telur-telurnya,"terang Kok Ting tentang fitrah reptilia ganas itu.

Biarpun bilangan buaya yang banyak itu telah menukar kawasanternakannya menjadi tumpuan pengunjung, buaya-buaya yang diternak olehKok Ting masih belum dapat dijual. Dia masih berharap agar permohonanlesen menjual dapat diluluskan oleh Jabatan Perhilitan.

Jika dahulu buaya-buaya ini diwarisi atas sebab minat, kini Kok Tingmenyedari bahawa secara tidak langsung ladang ternaknya sudah menjaditarikan pelancongan istimewa di Teluk Sengat.

Kalau dia tidak menjaga 'anak-anaknya' yang berkulit keras itu, bapakepada tiga orang anak ini akan menghabiskan masa menguruskan operasisebuah restoran makanan laut yang terletak tidak jauh dari ladangternak itu.

"Walau sudah ada ramai pembantu yang boleh dipercayai, saya tetapmahu bekerja seperti biasa. Hari-hari fikir tentang kos dan tanggungan,untung dan rugi.

"Kalau saya ada di ladang ternakan ini, saya suka melayan pertanyaanpengunjung. Macam-macam yang ditanyakan. Mahu lihat buaya-buaya saya?Datanglah ke sini!"
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 04:03 AM | Show all posts

Reply #76 ijad_adiputera's post

manusia la yg sbnrnya mengganggu tmpt habitat mereka...
atas alasan pembangunan, hutan ditebang...
akibatnya, mereka hilang tmpt tinggal & sumber mknan...
kalo sumber makanan mereka byk, mereka x kan serang manusia la...


Mmg betol apa ko cakap tu ijad!! Sbb tu lah banyak boya yang dah keluar dari tempat habitat mereka sbb dah kena kacau!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 06:09 PM | Show all posts

Reply #76 ijad_adiputera's post

tu ar. ntah pape la die leh pk cmni..
smua makhluk y allah cipta ada tujuan die..
mybe sbb kitaran hidup. cthnye harimau/haiwan pmangsa xde dlm dunia ni.. alamatnye.. akan berlaku berlebihan haiwan2 spt seladang, rusa, burung, ayam. ikan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by herman at 5-6-2007 11:16 PM
Apakah sumbangan Buaya dan harimau dlm masyarakat manusia? Biarkan pupus aje binantang2 ini kerana ia
membahayakan manusia...Kenaper kita nak melindungi binatang2 liar? Apa kater operasi besar  ...


Apakah sumbangan Buaya dan harimau dlm masyarakat manusia? <--- ko tanya la tuhan kerana Dialah yg mencipta mereka... :@:@

cetek sungguh pengetahuan am & agama ko...
sikap ko sendiri menunjukkan ko lebey kejam dari dua makhluk nih...
buaya & harimau tu makhluk Allah juga...
ada sbbnya kenapa tuhan cipta sesuatu makhluk atau benda tu...

manusia la yg sbnrnya mengganggu tmpt habitat mereka...
atas alasan pembangunan, hutan ditebang...
akibatnya, mereka hilang tmpt tinggal & sumber mknan...
kalo sumber makanan mereka byk, mereka x kan serang manusia la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2007 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by herman at 5-6-2007 11:16 PM
Apakah sumbangan Buaya dan harimau dlm masyarakat manusia? Biarkan pupus aje binantang2 ini kerana ia
membahayakan manusia...Kenaper kita nak melindungi binatang2 liar? Apa kater operasi besar  ...


wow..kejam nyee ko..die makhluk Allah s.w.t gk..manusia menggangu habitat diorang..
kt kena la cari penyelesaian terbaik..bukan melulu..ehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 11:21 PM | Show all posts
Originally posted by herman at 5-6-2007 11:16 PM
Apakah sumbangan Buaya dan harimau dlm masyarakat manusia? Biarkan pupus aje binantang2 ini kerana ia
membahayakan manusia...Kenaper kita nak melindungi binatang2 liar? Apa kater operasi besar  ...


.......................lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2007 11:16 PM | Show all posts
Apakah sumbangan Buaya dan harimau dlm masyarakat manusia? Biarkan pupus aje binantang2 ini kerana ia
membahayakan manusia...Kenaper kita nak melindungi binatang2 liar? Apa kater operasi besar besar dilancarkan
agar segala harimau dan buaya ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dan hanya 4 peratus dimasukkan ke zoo
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 09:09 PM | Show all posts
tue la pasal...kalau derang nak tangkap buaya yg mkn anak dier, at least derang wat xray dulu ke ape ke....tak pon bedah perut je, then lepas dpt mayat anak dier, jahit balik perut n lepas kt sungai....konsep yg same mcm penanaman semula kayu balak lepas pembalakan...

ooooo....buaya kt bintulu tue mmg besa gaban duh derang cakap, saiz mcm keta kancil....tue datuk bujang senang tuh...

bujang senang, klu x silap, aku pnh bace kat buku nih...takde kaler putih, yg putih tue klu x silap, name dier dayang fatimah, gitu la...bini dier...bujang senang nie dulu asal pahlawan iban...mengembara then sampai kt satu gua nie, dier rest kt situ, cacak parang kt tanah gua tuh, tetiba kuar darah..rupa2 nye gua tue senar nye mulut buaya yg besa ya amat...menjelma jadik sorang laki tua, so dr situ dier berguru ngn jelmaan buaya...

bile dier balik kpg, tgk2 ompuan yg dier ske dah kawen ngn org lain...camtue kot...then ape ntah jadi, frust or bunuh suami ompuan tuh, then dier kene sumpah jd buaya, in the end, ompuan tue ekot dier jadi buaya..leh jadi dier tarik ompuan tue dlm sungai.....org tua2 cakap, once in a while, dier leh jelma jadik manusia...

nie pon aku tak sure sgt coz nie ape yg aku tau...kalau sape2 yg ade buku psl bujang senang tuh, share2 la story kt sini...

neway, buaya nie mmg ganas, but x sume la ganas, mmg salu dgr area2 saribas tue byk geng buaya hardcore...and psl buaya kt bintulu tuh, rase nye kt sg sebiew kot...coz salu kene warning ngn family jgn pandai2 nak lepak kt tepi sg sebiew psl org2 iban yg berkebun kt tepi2 sungai tuh salu jumpe buaya.....

kalau kt rumah panjang aku yg kt btg rajang mmg jarang la dgr psl buaya nie....psl kalau ko tak kacau, derang xkan kacau...even aku pon salu sgt mancing dekat2 ngn sarang buaya pasal byk ikan situ...ikan baung...hahahahaha...

skali je pnh dgr kes buaya nie, mase tue mamat tue mati lemas coz tgh mabuk jatuh dlm sungai...pastuh, bile derang jumpe balik mayat, kedua2 belah kaki mmg dah xde n sebelah lengan pun xde...mayat tue derang letak dlm besen before derang kebumikan...ngeri tol...dah le aku n kazen2 mmg salu gurau2 ngn mamat nie...x sangke ended up camtuh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 02:09 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by fleurzsa at 5-10-2006 12:29 PM
Oleh SAYED HESHAM IDRIS

KUCHING 4 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 10:47 AM | Show all posts
ngeri tul tgk boya2 yg baham org
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 04:36 PM | Show all posts
nampaknya.. buaya bitulu yg baru ni besar lagi dari bujang senang
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 01:53 PM | Show all posts
Originally posted by toaster at 5-10-2006 12:47 PM
fleur bulih jd the next crocodile hunter la...ahaks...


Jgn buaya darat udah ler...he he he he he
Reply

Use magic Report

PuteraSantubong This user has been deleted
Post time 5-10-2006 01:23 PM | Show all posts
Polis lg kena rejam batu,masa jambatan baru dibintawa nak bukak.Inikan pulak nak halang org kg bako jangan bunuh buaya lagi...hanya jauhari mengenal manikam
Reply

Use magic Report

PuteraSantubong This user has been deleted
Post time 5-10-2006 01:18 PM | Show all posts

Buat ibu mengandung ,tak digalakkan scroll sampai bawah

Originally posted by archilless at 25-11-2005 02:27 AM
penah tgk gambar buaya yg ditangkap kat sungai kat srawak.. not sure sungai mana..
tapi yg pasti buaya tu mmg besar sgt.. sbb tgk budak2 yg lepak2 duduk atas buaya tu kecik berbanding buaya tu..



:malu::malu:Sorriii...salah thread aku letak gambar ni,sebenarnya kat Borak rupanya,ingat dlm CI.Tu yg seingat2 aku mmg ada yg tanya pasal gambar buaya .So ini dia ya












:kant::kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 12:47 PM | Show all posts
fleur bulih jd the next crocodile hunter la...ahaks...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:30 PM | Show all posts

Step Forward galakkan ekploitasi hidupan liar

DALAM kehangatan masyarakat kita membantah pembunuhan tiga ekor buaya dalam usaha mencari cebisan mayat Muhamad Azuan Hatta, penyiaran dokumentari berbahasa Cina terbitan tempatan bertajuk Step Forward di saluran 8TV baru-baru ini sungguh mengecewakan.

Dokumentari itu memaparkan seorang penternak buaya membunuh anak- anak buaya yang kemudian diawet untuk dijadikan produk cenderamata.

Seharusnya rancangan berbentuk dokumentari memberi maklumat dan panduan yang berguna kepada masyarakat, bukannya menggalakkan pembiakan terancang hidupan liar untuk tujuan komersial yang terbukti tidak berperikemanusiaan.

Rancangan seperti ini hanya menggalakkan kekejaman terhadap haiwan dan eksploitasi hidupan liar untuk tujuan amalan pemakanan eksotik yang masih tegar dalam masyarakat Cina khususnya.

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:29 PM | Show all posts

慡aya tidak puas hati

Oleh SAYED HESHAM IDRIS

KUCHING 4 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:28 PM | Show all posts

Halang pembunuhan buaya

MENGAPA buaya ditangkap dan dibelah perutnya semata-mata mahu membuktikan bahawa buaya telah membaham Mohamad Azuan Hatta pada 3 September lalu?

Dan sehingga kini tiga ekor buaya telah dibunuh. Ironinya, hingga kini buaya yang dikatakan membaham budak tersebut masih belum dijumpai.

Apakah perbuatan kejam tersebut harus terus dibiarkan sedangkan umum sedia maklum bahawa buaya adalah antara haiwan yang dilindungi. Apakah sekiranya sebanyak 100 ekor buaya telah ditangkap dan kesemua 100 ekor buaya ini akan dibelah perutnya semata-mata mahu membuktikan terdapat cebisan daging manusia di dalam perut haiwan tersebut?

Dan apakah kebaikannya kalau berjaya membunuh haiwan tersebut? Apakah Azuan Hatta dapat dihidupkan kembali? Sudah tentu tidak.

Seeloknya, kita sebagai ibu bapa harus lebih mengawasi anak kita di rumah. Jangan benarkan mereka bermandi-manda di sungai yang kita sedia maklum ada bahaya.

Di kebanyakan sungai di Sarawak memang kita sedia maklum terdapat banyak buaya. Jadi mengapa perlu menyalahkan haiwan yang tidak berdosa itu hanya kerana kecuaian kita sendiri? Dengan ini pihak berkuasa harus menghalang perbuatan kejam ini daripada terus berlaku!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.078191 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list