CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95217|Reply: 105

sejarah hidup tan sri p. ramlee

[Copy link]
Post time 19-12-2005 01:51 PM | Show all posts |Read mode
LATAR BELAKANG
   

           P. Ramlee atau nama sebenarnya, Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh, dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929, bersambut gema takbir yang penuh  kesyahduan  di pagi Aidilfitri.
       Ayahnya adalah perantau dan ahli pelayaran dari pekan Lhokesemauwe di Acheh, Indonesia. Manakala ibunya, Che Mah Hussein, berasal dari Kubang Buaya, Seberang Prai, Malaya.  
            Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampong Jawa dan kemudian di Sekolah Francis Light sehingga darjah lima.  Seterusnya beliau melanjutkan pula pengajiannya ke Penang Free School.  
               Ketika pendudukan Jepun di Malaya, P Ramlee terpaksa berhenti sekolah.  Demi mencari rezki beliau sanggup bekerja sebagai budak pejabat di sebuah kilang timah.  Ketika itu beliau juga memasuki sekolah tentera Jepun dan berpeluang mempelajari serba sedikit bahasa dan lagu Jepun.  
                  Sikapnya yang rajin dan peramah itu disukai oleh ramai tentera Jepun.  Apabila perang dunia kedua tamat, P Ramlee dapat meneruskan kembali pelajarannya di Penang Free School, sehingga darjah tujuh.  
              Di sekolah, P Ramlee aktif bersukan dan gemar bermain bolesepak dan sepak raga.  Malah pada 1939, beliau pernah memantapkan barisan pasukan bolasepak Penang Free School.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2005 01:53 PM | Show all posts
P. Ramlee
Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas
(Dialih dari Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh)
Jump to: navigation, search
P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya Lho' Seumawe berasal dari Acheh telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein dalam tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Francis Light School. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah CHINTA pda tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

P.Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarhan telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2005 03:36 PM | Show all posts
KECINTAAN TERHADAP SENI
   

           P Ramlee lahir bersama darah seni yang pekat di dalam tubuhnya.  Itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan dan ia menyerlah sejak beliau kecil lagi.  Mula mendekatkan diri dalam dunia seni ketika berusia 13 tahun.  Antara instrumen awal yang dipelajarinya ialah ukelele dan biola.
                 Di tembok-tembok tepian jalan, P Ramlee sering mengasah bakat dengan menyanyikan lagu-lagu merdu berirama langgam dan keroncong bersama rakan-rakan.  Dari situlah beliau mendapat undangan menghibur para tetamu di majlis keramaian sekitar Pulau Pinang dan Radio Malaya.
                 Malah kecintaan P Ramlee pada nyanyian dan musik mengatasi pelajaran di sekolahnya.  Perkara ini diakui oleh guru yang pernah mendidiknya.  Apabila menyanyi di majlis rasmi,  P Ramlee sering ditemani kumpulan musik seperti Pancaragam Teruna Sekampong dan Bintang Sore.
                                 
                      Kemerduan vokalnya itu menjadi buah mulut orang kampong.  Menyebabkan ramai yang ingin mengetahui latar belakangnya yang ketika itu masih kurus dan berjerawat.
                      Bila pula P Ramlee mula memakai huruf "P" pada namanya?.  Ia berlaku apabila beliau menyertai satu pertandingan nyanyian pada 1947.  Huruf "P" itu adalah singkatan kepada nama ayahnya Puteh.
                      Lagu pertama ciptaan P Ramlee ialah Azizah.  Iannya ditulis pada 1945 dan ditujukan khas buat gadis idamannya Azizah.  P Ramlee pertama kali membawa lagu Azizah di khalayak ramai sewaktu menyertai Pesta Pertanian Ria di Bukit Mertajam pada Jun 1948.
                        
                      Tanpa disedari, kemerduan suara beliau itu sampai ke pengetahuan pengarah filem terkenal di Singapura, BS Rajhans.                          
                        Tawaran yang akhirnya mengubah keseluruhan nasibnya itu datang daripada Rajhans.  Pengarah itu mengajak P Ramlee ke Singapura untuk bekerja di Studio Jalan Ampas (Malay Film Productions/MFP).
                          Memikirkan ia peluang lumayan, pada Ogos 1948, P Ramlee pun berhijrah ke Singapura dengan membawa seribu satu impian dan harapan sebagai seorang seniman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2005 03:37 PM | Show all posts
DUNIA FILEM
   

           Bila tiba di Singapura, suara P Ramlee pada awalnya diguna untuk lagu latar filem.  Selain itu beliau juga menjadi Clapper Boy, Budak Konti dan Pembantu Kamera.  Melihat beliau berbakat dalam bidang lakonan, P Ramlee diuji dan beliau dapat berlakun dalam filem pertamanya Cinta.  Dalam filem terbitan tahun 1948 itu beliau hanya memegang watak kecil sahaja.
                 Selain Rajhans, pengarah lain yang pernah mendidiknya ialah KM Basker, L. Krishnan, B.N. Rao, Phani Majumdar dan S. Ramanathan.  Selepas berlakun dalam lebih 20 filem seperti Nilam, Nur Asmara, Racun Dunia, Takdir Ilahi, Juwita, Panggilan Pulau dan Hang Tuah.  P Ramlee akhirnya dapat mengarah filem pertamanya Penarik Beca pada tahun 1955.
                   Filem yang menyayat hati itu berjaya mendapat pujian ramai, lalu menjadikan nama P Ramlee semakin masyhur.  Dari tahap itu, beliau terus berlakon dan mengarah banyak lagi filem bertaraf box-office seperti Anakku Sazali, Semerah Padi, Hujan Panas, Bujang Lapok, Sumpah Orang Minyak, Sarjan Hassan, Nujum Pak Belalang, Pendekar Bujang Lapok, Antara Dua Darjat, Seniman Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, Labu-labi dan Madu Tiga.
                    Sepanjang tempoh berada di Singapura, P Ramlee sempat mengarahkan 16 filem dan selepas kembali ke Kuala Lumpur pada 16 April 1964, beliau menghasilkan 18 filem bermula dengan Si Tora Harimau Jadian hinggalah yang terakhir Laksamana Do Re Mi pada 1972.
                      Antara seniwati yang pernah berpasangan dengan beliau di layar perak ialah Kasma Booty, Neng Yatimah, Siput Sarawak, Normadiah, Saadiah, Sarimah, Zaiton, Hasyimah Yon, Rose Yatimah, Mariani dan Syarifah Hanim.
                      Tema filem-filem P Ramlee menarik dan tidak stereotype.  Kisah kecerdikan kanak-kanak boleh dilihat menerusi Nujum Pak Belalang lakonan Bat Latiff.  Tema percintaan antara golongan rakyat dengan golongan bangsawan pula dipersembahkan dengan baik dalam Antara Dua Darjat.
                   P Ramlee turut menyentuh soal hukum Islam dalam Semerah Padi, manakala filem Ibu Mertuaku memfokus karektor orang tua, Nyonya Mansur yang kering hatinya lakonan Mak Dara.
                          Kisah seram dan mistri juga pernah dicuit oleh P Ramlee dan ia tidak lain dari Sumpah Orang Minyak dan Si Tora Harimau Jadian.
                           Tema filem lucu pula memanglah banyak dan masih boleh membuatkan penonton hari ini ketawa.  Ini termasuklah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Labu-labi, Madu Tiga, Masam-masam Manis, Do Re Mi, Tiga Abdul dan Anak Bapak.
                            Menyedari beliau juga perlu memikat peminat bukan Melayu, P Ramlee sudi memilih pelakon keturunan Tionghua, Vera Wee bagi memantapkan Sesudah Subuh, sementara dalam Gerimis beliau memperkenalkan aktress Tamil Chandra Shanmugam sebagai bintang utama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2005 03:38 PM | Show all posts
DUNIA LAGU DAN MUSIK
   
            
                    Selain berlakon dan mengarah, P Ramlee juga terkenal sebagai komposer, penulis lirik dan penggubah lagu.  Inilah yang meletakkan beliau sebagai seniman serba boleh yang sukar ditandingi artis lain.
                       Dalam penciptaan lagu, beliau seringkali menerima bantuan penulis lirik seperti S. Sudarmaji, Jamil Sulong, HM. Rohaizad dan Ainol Jamal.
                       Dari segi penyusunan musik pula, beliau mempelajarinya dari Osman Ahmad dan Yusof B.  Ketika hayatnya  P Ramlee mencipta kira-kira 1000 lagu.
                     Seperti yang dinyatakan, instrumen musik terawal dipelajarinya ialah biola, ukelele dan kemudian barulah piano.  Selain Azizah, karya yang mula-mula dihasilkannya ialah Mi Jawa, Joget Malaya dan Di Padang Kota.
                             Dengan pemikiran terbuka P Ramlee gemar menerapkan pelbagai rentak musik dalam lagu-lagunya.  Rentak Melayu traditional seperti inang, asli, zapin, masri dan joget selalu menjadi pilihannya.
                             Berselang-seli dengan rentak traditional, P Ramlee menyelitkan tempo waltz, rumba, cha-cha, twist, timur tengah, Cina dan Hindustan mengikut kesesuaian babak dalam filem-filemnya.
                               Kisah dalam lagunya pula tidak terikat kepada cinta semata-mata.  Ada lagu sedih seperti Di Manakan Kucari Ganti, Engkau Laksana Bulan, Tolong Kami Bantu Kami dan Jangan Tinggal Daku.
                               Melodi rancak termasuklah Ai-Ai Twist, Bunyi Gitar, Apa Guna Berjanji, Madu Tiga dan Selamat Pengantin Baru.
                                Tema lagu lucu pula dapat diperhatikan menerusi Aci-aci Buka Pintu, Nasi Goreng, Menceceh Bujang Lapok, Apek dan Marjina, Bila Mama Pakai Celana, Yang Mana Satu Idaman Kalbu dan Dengar Ini Cerita.
                                Lagu-lagu seperti Gelora, Tiada Kata Secantik Bahasa, Dalam Air Terbayang Wajah, Seri Bulan dan Saat Yang Bahagia adalah lagu-lagu romantis yang menggambarkan kemesraan bagi pasangan bercinta.
                                Salah satu kelebihan P Ramlee ialah beliau mampu menyampaikan sendiri lagu-lagu ciptaannya secara solo atau berduet dengan penyanyi lain seperti Saloma dan Normadiah.  Ini membuatkan lagu-lagunya meninggalkan kesan lebih mendalam kepada penonton.
                                 Jika Azizah lagu pertama ciptaannya, lagu terakhir yang dinukilkan sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah Airmata Di Kuala Lumpur.
                                  Kehebatan P Ramlee dalam bidang seni terbukti dengan kejayaan meraih pelbagai anugerah di peringkat negara dan antarabangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 01:40 PM | Show all posts

dialogue

Ramlee : "Ei Sudin! itu apa bacanya"  
Sudin : "Alif! Mim! Waw! Nun! ...............Alif tendang Waw bunyi nya sarkes daaaaaaa"  
Ramlee : "Ei apa daaaaaa! takkan yang tulis panjang panjang tu bunyik nya sarkes"  
Sudin : "Ei! yang panjang panjang tu dia punya bunga saja daaaaaaaaa. Apa? ko ingat ceti saja yang pakai bunga?"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2006 01:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 01:41 PM | Show all posts



~ menangis konon .. jantan tak tau malu ..:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2006 01:42 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2006 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 16-2-2006 01:41 PM



~ menangis konon .. jantan tak tau malu ..:lol

baru jer tgk crita ni.................
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by maeya_78 at 16-2-2006 02:09 PM

baru jer tgk crita ni.................



a   ah .. TV2 ahad lepas  .. suka aku  dengar dialog nyonya Mansor   ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 04:19 PM | Show all posts
semalam ada org beritahu

P.Ramlee gay?

betul ker?

:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by biezie_slalu at 16-2-2006 04:19 PM
semalam ada org beritahu

P.Ramlee gay?

betul ker?

:hmm:


::
dah berpuluh tahun dia meninggal dunia, nie baru dengar :hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by biezie_slalu at 16-2-2006 04:19 PM
semalam ada org beritahu

P.Ramlee gay?
betul ker?

:hmm:



:hmm::hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2006 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by biezie_slalu at 16-2-2006 04:19 PM
semalam ada org beritahu

P.Ramlee gay?

betul ker?

:hmm:

:stp::stp::stp:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 12:59 AM | Show all posts
sampai ati cakap camtu...ade bukti ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2006 10:32 AM | Show all posts
Memang sukar nak di cari ganti seniman agung P Ramlee ini.
Dah lebih 30 tahun Tan Sri P Ramlee meninggalkan kita . belum ada pengganti yg dapat menangkat mertabat filem Melayu.....Pergi nya tiada pengganti
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 09:14 AM | Show all posts
Korang dah pegi ke belum Pustaka Peringatan P.Ramlee kat Setapak. Kalau belum luang2kan masa ke sana. Seronok sangat sebab semua kisah dan barangan P. Ramlee ada kat situ, even surat cinta Saloma pada P. Ramlee pun ada. Tulis omputeh lagi. Selain tu, surat beranak, surat mati, gambar2 dan macam2lah. Kalau sampai ke sana jangan sampai terlupa baca Al Fatihah. Bila aku dah nak balik, tetiba perasaan aku jadi sayu..tak tau ngape. Korang pegilah ye..lepas tu baru tau.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 12:09 PM | Show all posts
huh..aku mmg minat citer2 dan lagu2 dia ni...
lum ada lg penganti cam p ramlee...
dia tak kaya dgn harta...tp karyanya adalah yg terhebat sekali nilainya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2006 06:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.225294 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list