CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maeya_78

sejarah hidup tan sri p. ramlee

[Copy link]
Post time 27-3-2009 03:54 PM | Show all posts
Dari apa yg saya ingat ttg P.Ramlee dari bacaan saya :

1. Pernah satu masa dulu paper Mingguan Perdana buat temu ramah dgn Norizan ttg kisah hidup beliau dgn P.Ramlee. Norizan nih syok kat P.Ramlee lebih kurang sama mcm citer Ibu Mertuaku. Sebab masa tu Norizan nih isteri kpd Sultan Perak. Tetapi sanggup meninggalkan kemewahan hidup di istana utk bersama P.Ramlee yg masa tu tengah top.

Siri temu ramah dgn Norizan nih dibuat dlm beberapa siri. Antaranya menceritakan bahawa P.Ramlee nih kadang2 terpaksa turut pe'el Norizan yg mcm kebudak2kan. Nak makan aiskrim lah...nak bermanja2lah.

Pada satu siri temu ramah yg diterbitkan, Norizan nih mengisahkan skandal yg berlaku dlm hidup mereka yg kemudiannya membawa kpd penceraian. Ramai pembaca yg kurang senang dgn pendedahan Norizan nih kerana apa yg diceritakannya itu melarat sampai hal yg berlaku dlm rumah tangga dan mengaibkan P.Ramlee yg telah meninggal dunia.

2. Dlm sebuah buku oleh Abdulah Hussien - seorang penulis dan sasterwan, yg pernah berkawan baik dgn P.Ramlee, beliau menjelaskan satu perangai P.Ramlee bila nak mula shooting filem ialah kena tgk mood dia. Adakala tu beliau dah ada kat studio tapi shooting tak mula2 lagi kerana P.Ramlee yg jadi direktor nih belum ada mood. Dia akan duduk sambil hisap rokok tanpa memperduli cast lain yg dah siap sedia. Sampai kadang2 tu pengambaran utk hari tu dibatal mcm tu saja. Tapi tak ada sapa yg berani komplen.

Tapi bila ada mood dia utk berkerja, beliau akan berkerja non-stop dan akan mengulangi mana2 scene yg kurang dihayati oleh actor/actress.

3. Dalam satu catatan kenangan oleh Aziz Sattar, scene dlm 'gua' dlm citer Nujum Pak Belalang ketika Aziz Sattar dan Sudin mengira harta karun tu....scene tu terpaksa dihentikan beberapa kali kerana krew2 lain yg ada tidak tahan menahan ketawa dgn gelagat lawak dua watak ini. Akhirnya scene itu ditangguhkan sampai ke hari esuknya !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2009 04:05 PM | Show all posts

Balas #60 sent626\ catat

hihihi..bukan pakar la..
dah tau skit2 tu,kita kongsi2 la bersama..
kebetulan isteri aku keturunan acheh yg dok di kampung acheh,yan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 10:19 AM | Show all posts
tingat masa aku kecik2 dulu....kt kg dodol kt penang...dekat gila ngan rumah p ramlee tu...time tu masa ada wat renovation apa lagi...masuk pon free....leh dikatakan kalo balik kg,ari2 pegi umah p ramlee ngan my cousins......ada baju kemeja dia yg dah lusuh....biola....jamban pon kt luaq...ada basikal tua.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 03:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 05:13 PM | Show all posts
Pakcik wife aku crew dia masa kat Studio Merdeka. Anak sulung dia pun arwah yang beri nama.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 28-3-2009 17:13
Pakcik wife aku crew dia masa kat Studio Merdeka. Anak sulung dia pun arwah yang beri nama.


tentu nya dia ada banyak kisah menarik bersama P Ramlee...

BTW
saya memang peminat P Ramlee...cerita lawaknya penuh dengan pengajaran..tak jemu2 untuk ditengok semula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2009 05:54 PM | Show all posts
P.Ramlee adalah pengiat seni yg paling Genius...
tadak sapa pon pada ari nih yng bole celen..............
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 09:04 AM | Show all posts

Balas #66 Uranus\ catat

Dia tak pernah cerita pulak selain dari benda yang biasa kita baca kat media...nanti la aku korek2. Tapi dia ada tunjuk jugak gambar masa dia kawin, P. Ramlee dengan Saloma datang...ye la bos dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2009 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 31-3-2009 09:04
Dia tak pernah cerita pulak selain dari benda yang biasa kita baca kat media...nanti la aku korek2. Tapi dia ada tunjuk jugak gambar masa dia kawin, P. Ramlee dengan Saloma datang...ye la bos dia.


boleh post gambar kat sini ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 07:09 PM | Show all posts
Batu nisan pusara P Ramlee dicuri
Oleh Hardi Effendi Yaacob


Jenazah Allahyarham P Ramlee diusung ke pusara pada petang 29 Mei 1973.

Tersimpan di Balai polis selama 25 tahun sebelum diserah kepada Arkib Negara

GENAP 36 tahun Allahyarham Tan Sri P Ramlee meninggal dunia. Allahyarham meninggal dunia pada awal pagi 29 Mei 1973 kerana diserang penyakit jantung. Biarpun sudah lama arwah pulang ke rahmatullah, beliau meninggalkan khazanah seni yang cukup bernilai dan dikenang hingga ke hari ini.

Namun, apabila bercerita mengenai tokoh muzik dan filem negara itu, mungkin ramai yang tidak tahu batu nisan pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur pernah dicuri, dengan kejadian itu dipercayai berlaku tidak lama selepas jenazahnya dikebumikan.

Bagaimanapun, batu nisan itu berjaya ditemui semula dan tersimpan sebagai barang kes di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur selama 25 tahun sejak 1973 sehinggalah ia diserahkan kepada Arkib Negara pada 30 Mei 2002.



Berita Harian yang membuat liputan majlis berkenaan melaporkan batu nisan itu diserahkan wakil Balai Polis Dang Wangi, Sarjan Nasir Harun kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir (kini Tan Sri) di Pustaka Peringatan P Ramlee, Setapak sebaik selesai majlis tahlil untuknya diadakan.

Batu nisan itu yang tertera nama asal P Ramlee, Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih dalam bahasa Jawi turut disertakan tarikh kelahiran dan kematian seniman agung itu, masing-masing dengan catatan 22-3-1929 dan 29-5-1973.

Walaupun hanya batu nisan biasa tetapi ia mempunyai nilai yang tinggi dari segi sejarah kerana ia adalah milik P Ramlee sebagai batu nisan asal yang diletakkan di pusaranya.

Difahamkan, penyerahan batu nisan itu dibuat kepada Arkib Negara selepas keluarga Allahyarham dikatakan tidak berminat untuk mengambilnya di balai polis berkenaan. Malah, pihak berkuasa juga pernah menyerahkannya kepada ahli keluarga tokoh seni itu tetapi pihak terbabit enggan menerimanya.

Anak Allahyarham, Dian P Ramlee, ketika itu dipetik sebagai berkata, adalah lebih sesuai batu nisan itu diletakkan di Pustaka Peringatan P Ramlee bagi memberi peluang kepada orang ramai, terutama peminat melihatnya.

Isu batu nisan itu timbul berikutan pendedahan mengenai sebiji batu nisan P Ramlee yang tersimpan sejak lebih dua dekad di Balai Polis Dang Wangi tidak dituntut biarpun kes mengenainya sudah selesai. Ia diperoleh polis selepas dipercayai dicuri pihak tertentu untuk tujuan khurafat dan pemujaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ketika itu, Asisten Komisioner Mohd Bakri Zinin (kini bergelar Datuk Seri dan berjawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) berkata, polis tidak melupuskan batu nisan itu selepas kes selesai kerana beranggapan ia akan menjadi khazanah negara satu hari nanti.

Batu nisan itu tidak lagi diletakkan di pusara P Ramlee kerana sudah digantikan dengan batu nisan lain selepas kehilangannya dulu.



Sementara itu, Arkib Negara tidak akan menyerahkan batu nisan P Ramlee kepada mana-mana pihak tanpa mendapat kebenaran waris terdekatnya.

Ketua Pengarahnya ketika itu, Datuk Habibah Zon, berkata batu nisan itu tetap disimpan pihaknya iaitu di Pustaka Peringatan P Ramlee di Setapak, Kuala Lumpur selepas diserahkan kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ketika majlis tahlil arwah sebelum itu.

“Waris P Ramlee turut memberi kebenaran Arkib Negara untuk menyimpan batu nisan itu. Bagi kami, waris terdekat ialah Nasir P Ramlee. Maka sebarang permintaan untuk menuntut batu nisan itu tidak akan dibenarkan. Maka, eloklah batu nisan itu kekal dalam simpanan kami Arkib Negara," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 05:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 02:04 PM | Show all posts
takde lg ke citer sal dia neh? nak baca lg........
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 02:53 PM | Show all posts
DIMANAKAN KU CARI GANTI SERUPA DENGAN MU
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 01:52 PM | Show all posts
71# kiblatku30

perrghhh...mmg touching laa lagu ayer mata kuala lumpur tuh.... lagu last tu pn mcm dia tau dia akan pergi... seolah sama mcm sudirman dgn lagu last dia salam terakhir....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 02:28 PM | Show all posts
al-fatihah utk arwah2.... org2 acheh ni mmg terer dlm  business, berlakon...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 03:15 PM | Show all posts
jom kita kaji plak siapa wanita yg hadir lam hidup dia....aku tertanya2 siapakah azizah...tak banyak pihak yg sentuh tentang azizah nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2009 03:19 PM | Show all posts
P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun.

Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 Februari 1955, seorang kerabat diraja negeri Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak.

Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 03:23 PM | Show all posts
siapa itu Azizah… dimana dan bagaimana Tan Sri P.Ramlee berjumpa dengan Azizah…
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 02:43 PM | Show all posts
siapa azizah? bukan tajuk lagu ke neh? p.ramle ade ank dgn junaidah je kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 03:55 PM | Show all posts
i tak ingat i tengok kat mana tapi tak silap i fauziah nawi cakap masa di akhir-akhir hayat p. ramlee, dia main muzik kat kenduri kawen. menangis fauziah nawi sebab dia kata p. ramlee diangkat namanya sebagai seniman agung tapi pengakhiran hidup dia macam tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.079983 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list