CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16327|Reply: 34

princess diana

[Copy link]
Post time 27-12-2005 04:20 PM | Show all posts |Read mode
hidupnya seperti cinderella...dari rakyat biasa akhirnya menjadi seorang puteri ....anggun, mesra semestinya cantik......
dan matinya meninggalkan nama  di hati peminatnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2005 04:43 PM | Show all posts
Diana, Princess of Wales

Born 1 July 1961
Sandringham, Norfolk, England
Died 31 August 1997
Paris, France
Diana, Princess of Wales (Diana Frances Mountbatten-Windsor, n閑 Spencer) (1 July 1961

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2005 06:33 PM | Show all posts
DEATH

The tragic death of Diana, Princess of Wales occurred on Sunday, 31 August 1997 following a car accident in Paris, France. The vehicle in which the Princess was travelling was involved in a high-speed accident in the Place de l'Alma underpass in central Paris shortly before midnight on Saturday, 30 August. The Princess was taken to the La Pitie Salpetriere Hospital, where she underwent two hours of emergency surgery before being declared dead at 0300 BST. The Princess's companion, Mr Dodi Fayed, and the driver of the vehicle died in the accident, whilst a bodyguard was seriously injured.

The Princess's body was subsequently repatriated to the United Kingdom in the evening of Sunday, 31 August by a BAe 146 aircraft of the Royal Squadron. The Prince of Wales and the Princess's elder sisters, Lady Sarah McCorquodale and Lady Jane Fellowes, accompanied the Princess's coffin on its return journey. Upon arrival at RAF Northolt, the coffin, draped with a Royal Standard, was removed from the aircraft and transferred to a waiting hearse by a bearer party from The Queen's Colour Squadron of the RAF. The Prime Minister was among those in the reception party.

From RAF Northolt the coffin was taken to a private mortuary in London, so that the necessary legal formalities could be completed. Shortly after midnight, it was moved to the Chapel Royal in St James's Palace, where it lay privately until the funeral on Saturday, 6 September, in Westminster Abbey. The Princess's family and friends visited the Chapel to pay their respects.

Following the funeral service, the coffin then was taken by road to the family estate at Althorp for a private interment. The Princess was buried in sanctified ground on an island in the centre of an ornamental lake.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2005 06:43 PM | Show all posts
TRAGEDI .


Pada 31 hb.Ogos, 1997, dunia dikejutkan dengan tragedi yang menyedihkan. Seorang puteri yang menjadi sanjungan rakyat telah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya bersama teman lelakinya, Dodi.. Kematian Diana dikatakan berpunca daripada percubaan mereka ketika cuba melarikan diri daripada jurugambar yang dikenali sebagai 'Paparazzi'.Kereta yang dipandu oleh seorang pemandu kepada mereka berdua telah memecut kereta mercedez S600 tanpa memikirkan bahaya yang menanti di hadapan mereka. Sebelum daripada peristiwa kemalangan itu berlaku, Diana dan Dodi telah menikmati makan malam di sebuah hotel kepunyaan bapa Dodi. Henry Paul, pemandu kereta tersebut memandu dengan kadar kelajuan yang tinggi hingga melanggar terowong di Place de L'Alma,Paris. Menurut pihak polis, pemandu tersebut mempunyai kandungan alkohol tiga kali melebihi had yang dibenarkan oleh kerajaan Perancis. Dia juga dikatakan tidak mempunyai permit khas untuk memandu limosin. Diana menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital Pitie Salpertriere. Ini adalah kesan daripada pendarahan yang dialaminya selepas doktor cuba menyelamatkannya.



Menurut satu sumber pada mulanya, Diana tidaklah begitu teruk kecederaannya daripada apa yang disangkakan. Mata kelihatan terbuka dan mukanya masih elok. Beliau kelihatan cukup cantik dan tenang .

Pada 12.35a.m., waktu di Paris iaitu 31 haribulan Ogos apabila ambulan-ambulan daripada Paris Emergency Medical Services mendapat panggilan untuk berkejar ke tempat kejadian. Panggilan tersebut diterima daripada seorang yang menelefon talian kecemasan . Polis tiba lebih awal daripada ambulan, mereka dapat melihat mayat Dodi dan pemandunya cedera parah dan mengerikan.

Tetapi pada masa tersebut Puteri Diana masih lagi bernyawa Diana dijumpai di tempat duduk penumpang dan tangannya masih merangkul tubuh Dodi yang berada di sebelahnya. Sementara itu , Trevor Rees-Jones iaitu pengawal peribadi Dodi yang duduk bersebelahan pemandu dengan sebahagian besar kepalanya,dada dan muka cedera teruk.Anggota paramedik membantu bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2005 06:44 PM | Show all posts
Seorang ahli perubatan merangkak masuk ke dalam kereta tersebut untuk melihat keadaan Diana dan mendapati bahawa beliau stabil tetapi kehilangan banyak darah. Para paramedik kemudiannya menghantarnya ke hospital.

Mengikut sumber berita, dinyatakan bahawa Diana menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam perjalanan ke hospital. Punca kemalangan tersebut masih menjadi misteri di kalangan peminat dan pemerhati dunia. Ada yang menyatakan bahawa pemandu pasangan tersebut telah meminum minuman keras sebelum membawa kereta pada hari kejadian. Tetapi dinafikan pula oleh pihak keluarga Dodi dan teman-teman rapat. Siasatan mengenai tragedi tersebut masih belum dapat menentukan punca penyebab kemalangan itu berlaku sama ada konspirasi atau kecuaian pemandu itu sendiri. Sehingga ke hari ini, siasatan masih diteruskan dengan pihak pembuat syarikat Mercedes juga melakukan siasatannya yang tersendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2005 06:45 PM | Show all posts
PENGKEBUMIAN DIANA.

Upacara Pengkebumian diadakan seminggu selepas kematiannya.Sesungguhnya orang ramai telah diberi kesempatan untuk melihat perarakan keranda Diana sejauh beberapa kilometer .Keranda tersebut diletakkan disebuah kereta kecil pembawa meriam dan ditarik oleh 6 ekor kuda. Kereta tersebut bergerak dari Istana Kesington, iaitu kediaman Diana sehingga ke Gereja Westmeinst er Abbey. Ketika keranda tersebut melintasi Istana St. James . Putera Charles, Putera William dan Putera Henry , bapa mertua Diana serta adik lelaki Diana mengiringi keranda tersebut sehingga sampai ke gereja, tempat upacara keagamaan diadakan .
Orang ramai yang memerhatikan perarakan tersebut berasa terharu dan ada diantara mereka menitiskan air mata sebagai tanda kesedihan pemergian Diana. Upacara pengkebumian itu disiarkan secara langsung oleh pihak media di seluruh dunia yang dapat disaksikan oleh jutaan penonton . Pemergian Diana merupakan satu kehilangan buat dunia kerana sumbangan jasa yang disumbangkan oleh beliau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-12-2005 06:47 PM | Show all posts
SEJARAH HIDUP PUTER DIANA

1 Julai 1961 : Puteri Diana dilahirkan di Park House Sand Ring Ham Estate, anak ketiga daripada keluarga Edward John .

1967: Keretakan hubungan kedua ibubapa Diana.

April 1969: Penceraian ibubapanya sampai ke kemuncak. Ibunya berkahwin dengan Peter Shad-Kydd.

1975: Datuknya meninggal dunia, keluarganya berpindah ke Althorp, Northhamptonshire. Beliau bersekolah di West Heath School.

1977: Bapanya berkahwin dengan Raine. Diana menghabiskan persekolahannya di Switzerland. Beliau bertemu dengan Putera Wales dalam satu majlis.

1979: Bertugas sebagai guru pra-sekolah di Young England Kindergarden di London.

24 Februari 1981: Pertunangannya dengan Putera Wales diumumkan .

29 Julai 1981: Perkahwinan dengan Putera Charles yang berlangsung di Gereja St. Paul's dan diikuti dengan berbulan madu di Dordlands.

21 Jun 1982: Kelahiran cahaya mata yang pertama iaitu Putera William Arthur Philip Louis atau dikenali sebagai Prince William of Wales.

Mac 1983: Lawatan seberang laut yang pertama sebagai Puteri Wales bersama Putera Charles ke Australia, New Zealand dan Canada.

15 September 1984 : Anak kedua Puteri Diana lahir - Putera Henry Charles Albert David atau dikenali sebagai Prince Henry of Wales.

1986: Sarah Ferguson berkahwin dengan Putera Andrew.

1988: Menjadi "patron" kepada Persatuan Palang Merah Remaja British.Memainkan peranan penting dalam Persatuan Palang Merah di Canada dan Australia.

1990: Melawat negara Nigeria.

Mei 1990: Melawat Hungary bersama Putera Charles.

1991: Menjadi "patron" dalam National Aids Trust.

1992: Melawat Mother Teresa .

Mac1992: Bapanya meninggal dunia.

Jun 1992 : Andrew Morton menerbitkan buku berjudul Diana: The Truth Stroy. Melawat Korea Selatan. Masalah rumahtangga tidak dapat disembunyikan lagi.

Dis 1992: Upacara penceraian diumukan oleh Perdana Menteri, House of Commons.

28 Ogos 1996:: Perkahwinan dengan Putera Charles telah berakhir .

Januari 1997: Melawat Angola untuk menyokong kempen Palang Merah Sedunia dalam mengharamkan penggunaan periuk api.

Jun 1997 : Menyertai kerja amal untuk pesakit Aids dan kanser.

31 Ogos 1997 : Kematian Puteri Diana dalam suatu kemalangan yang ngeri di Paris.

6 September 1997 : Dikebumikan di Althorp .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2005 06:51 PM | Show all posts
ADA SAPA 2 YG BOLEH POST KAN GAMBAR...KITA X PANDAI LA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2005 09:42 AM | Show all posts
apa yg aku ingat time kematian Diana ni.. aku baru 1st time surf internet setelah membuat penyambungan haram kat pc aku kat kolej itm dulu.. tengah syok surf pepagi tu, tetiba kat yahoo site ada la update pasal kematian Diana ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2006 05:10 PM | Show all posts


[ Last edited by maeya_78 at 22-2-2006 05:15 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2006 05:17 PM | Show all posts
link ni ada gambar perkahwinan dia...........lawanya

http://www.joanandstevesjubilantukjournal.co.uk/links/diana1b.htm
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 07:56 AM | Show all posts
teringat masa perkahwinan dia.... punyala gilang-gemilang... kitaorg masa tu langsung tak berganjak dari TV....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 08:07 AM | Show all posts
Princess Diana







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 08:16 AM | Show all posts
Originally posted by chevy at 23-2-2006 07:56 AM
teringat masa perkahwinan dia.... punyala gilang-gemilang... kitaorg masa tu langsung tak berganjak dari TV....

ye ke? bestnya.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 08:19 AM | Show all posts
Memorial Diana yang diletakkan kat Harrod's...



Encased in plexiglass in front of the pictures are the wine glasses the couple drank from prior to embarking on that fatal ride, as well as a huge diamond engagement ring that Dodi purportedly was going to give Diana that evening...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by maeya_78 at 23-2-2006 08:16 AM

ye ke? bestnya.........



masa tu time bebudak lagi... bila dah besar sikit baru tau.. oohh.. ini rupanya Princess Diana yang tengok kat TV masa dia kawin n dulu tuh..... :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2006 06:21 PM | Show all posts
Baru2 ni keluar lagi kat ASTRO ttg dakwaan Al Fayed bahawa kematian Diana telah dirancang. Sumber baru berkata dreber Diana masa tu ialah seorang agen France dan telah mendapat banyak bayaran sejurus sebelum kemalangan yang meragut nyawa Diana dan Dodi. Dalam hal ini Al Fayed ada bercerita ttg penglibatan Prince Phillip.

Ada satu lagi wawancara yg saya sempat mendengar ialah penglibatan Prince Charles. Diana ada menulis surat ttg kekhuatirannya bahawa ia mungkin mati dan akan dirancang seolah2 satu kemalangan. Sedih betul!

Dalam pandangan saya dululah, apabila Diana rapat dengan Dodi, sayapun ada berfikiran bahawa hanya kematian akan mengakhiri masaalah keluarga diraja England itu. Kalau ini berlaku, percayailah ia bukan kali pertama keluarga diraja bertindak sedemikian.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 10:35 PM | Show all posts
hehe..kenapa laa kuar topik yg jadik minat saya sejak kecik nieh..??huhuuuuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2006 02:03 AM | Show all posts
ermm..naper diorang bunuh diana nie yer??
adakah sebab diorang kata diana dah masuk islam??
if diana convert to islam..and maybe her sons will follow her...kalo william follow her...susahler charles..sebab william kan akan menjadi raja one day..so if he convert too..so britain akan jadi..erm phm2 ler..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2006 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by jpl_fan at 5-3-2006 02:03 AM
ermm..naper diorang bunuh diana nie yer??
adakah sebab diorang kata diana dah masuk islam??
if diana convert to islam..and maybe her sons will follow her...kalo william follow her...susahler char ...


Inkuest atas kes kematian/pembunuhan Diana mungkin diadakan pada tahun ini. Kita tunggu sajalah. Buat masa ini pegawai2 MI5 & MI6 telah disoal siasat. Mungkin juga akan terus disoal siasat. MI5 & MI6 adalah badan secret servive UK.

Ada juga ura2 yang Diana tu mengandung ...tak silap Al Fayed ada konfirm.

Kalau raja England mempunyai bapa tiri seorang Muslim...agaknya bagaimana ya...?? :hmm::hmm: Walau apapun kita tunggulah inkuestnya nanti.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.076879 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list