CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maeya_78

Sudirman Haji Arshad: dalam kenangan

[Copy link]
 Author| Post time 22-2-2007 12:19 PM | Show all posts
Epilog: Jasa Sudirman semakin dilupai?
Oleh Akmal Abdullah


HARI ini genap 15 tahun penghibur negara, Allahyarham Sudirman Haji Arshad meninggal dunia. Jenazahnya terus damai bersemadi di Tanah Perkuburan Chengal, Temerloh, Pahang.






Selama pemergiannya kita masih terasa kehilangan dan kerugian yang teramat sangat. Sudirman yang lebih dikenali panggilan Sudir bukan calang-calang penyanyi tetapi dia penghibur rakyat. Dia insan seni unik, jujur, berjiwa besar, berdaya kreatif tinggi, peka dengan kehidupan masyarakatnya dan manusia intelektual, malah arwah seorang berhati mulia, dermawan, penyayang dan berwawasan. Sudir meletakkan perjuangan seni budaya yang tinggi atas nama tanggungjawab sebagai insan seni yang dikurniakan bakat dan kreativiti.

Sudir tidak meraih populariti mudah seperti artis muda kini tetapi namanya menyerlah kerana dia tampil unik dan bijaksana sebagai penghibur menerusi setiap persembahannya yang boleh berkongsi rasa semua kaum - bukan saja Melayu. Jika industri muzik kita kini bersepah penyanyi baru dan lama yang memeriahkan suasana, namun semuanya itu belum layak dianggap penghibur. Sudir mencipta benchmark yang tidak boleh ditandingi penyanyi sekarang. Sudir dianggap ikon anak muda yang wajib dicontohi kerana arwah mempunyai ciri seorang insan bersemangat tinggi, berfikiran positif, pandai akademik, patriotik dan berhemah serta berbudi bahasa.

Tahun demi tahun berlalu, kita terus menghitung lamanya Sudir meninggalkan kita. Hakikatnya, nama Sudir seolah-olah makin dilupai banyak pihak. Sudir belum diiktiraf pada tempat sewajarnya. Jasanya makin dipinggirkan. Sudir dianggap kenangan silam bak angin berlalu. Usaha mengenang arwah kalau ada sekadar ibarat melepaskan batuk di tangga. Sudir masih tidak layak diberi pingat bergelar 揇atuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2007 12:51 PM | Show all posts
ALFATIHAH...SEMOGA ROH DICUCURI RAHMAT.
TERINGAT LAGU INI...
Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam...

STYLE RAMBUT ZAMAN 80AN


[ Last edited by  semerbak at 22-2-2007 12:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 10:08 AM | Show all posts

semoga arwah tenang di sana

semoga arwah tenang di sana
walaupun masa arwah meninggal aku baru darjah 2
tapi aku hafal kebanyakan lagu2 die yg evergreen
tapi lagu2 arwah ni mmg best dan banyak maksud tersirat di sebaliknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2007 11:50 AM | Show all posts
Nostalgia: Sudirman terus segar dalam ingatan
Oleh Zainuri Misfar


慣he Singing Lawyer
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 05:41 PM | Show all posts
Aku tengok Trek Selebriti Astro, bila kakak Sudir jumpa mcm2 bende pelik kat sekitar rumah dia......aku rase mungkin ade orh yg nak kenekan dia [sudir] kot ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 07:55 PM | Show all posts
suka dengar lagu2 sudir.
semoga rohnya tenang di sana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2007 11:03 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 12-2-2007 02:03 AM
His fame is legendry unfortunately life is too short. I have seen him in person on stage. His presentation was simple, straight and honest but it cut deep in my heart. He reminds me of Khairil An ...



chairil kan... bukan khairil... khabarnya k sekarang pangkat besar kat petronas kan... cantik kan dia.. natural beauty... rasanya sudir merana sesangat bila berpisah dengan k
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 08:10 PM | Show all posts
wallahualam die sakit ape,tapi memang sakit radang paru2 ade tanda2 mcm aids sikit

sbb tu org salah anggap kot.mulut orang mcm2.

moga2 die ditempatkan bersama org yg beriman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2007 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by damiqula at 26-2-2007 08:10 PM
wallahualam die sakit ape,tapi memang sakit radang paru2 ade tanda2 mcm aids sikit

sbb tu org salah anggap kot.mulut orang mcm2.

moga2 die ditempatkan bersama org yg beriman



em, rasanya itu le punca org buat spekulasi macam macam.. yelah selalu yg sakit radang peparu yg jenis tu punca A*$s.. biarlah, Allah lebih mengetahui.. yg tentu dia memang dikenang ramai dan minah rasa masa arwah meninggal ramai peminat menangis tersedu sedan.. arwah memang hebat. alfatiha untuk dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 04:32 PM | Show all posts
mana agaknye anak angkat sudir tu ye? dah jadi apa budak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 10:45 PM | Show all posts
ada anak angkat ke??
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by dapo_kayu at 27-2-2007 10:45 PM
ada anak angkat ke??



Ada.
Sorang budak lelaki berketurunan India.
La ni tak tahu apa dah jadi ngan budak tu samada masih sorang Islam @ sebaliknya.
Aku teringin sangat nak tengok rupa Kay ex-wife arwah
Aku pernah tengok gambar Kay sekali itu pun masa arwah baru terima ijazah
Rupa & bentuk badan langsing Kay seakan-akan Noorkumalasari & dia tinggi orangnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by evita_ina at 27-2-2006 12:18 AM
ader org dengki ngan dia...
lagipon...skitar umah dia..ader org letak mcm2..
dan..mmg rase cm adr org dah 'buatkan' dia..
cm manapon..TUHAN itu adil..
pembalasan akan diberi pd org yg mengani ...



Aku ingat lagi masa aku baca suratkhabar pasal hasad dengki ni menjadi-jadi lepas arwah ada kilang minuman Sudi di Melaka
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 04:40 PM | Show all posts

Reply #52 pee3's post

anak angkat india tu, bukan nye diambil dari segi legal, lebih pada "pet-son" ala ala pet brother & pet sister...
sbb keluarga budak tu rapat dengan Sudirman..
tu yg i dengar laa
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by izzu at 1-3-2007 04:40 PM
anak angkat india tu, bukan nye diambil dari segi legal, lebih pada "pet-son" ala ala pet brother & pet sister...
sbb keluarga budak tu rapat dengan Sudirman..
tu yg i dengar laa



Betul cerita yang hang dengar tu & keluarga budak yang rapat dgn arwah macam hang beritahu tu adalah salah seorang bdyguard arwah
Tapi nama bodyguard tu aku dah lupa coz kisah ni dah lama & pada masa tu kisah ni memang heboh di perkatakan dalam akhbar masa arwah baru meninggal

[ Last edited by  pee3 at 1-3-2007 05:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 09:22 AM | Show all posts
the sing lawyer ...... alfatihah ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2007 05:27 PM | Show all posts
Among the best ever. Al fatihah untuk arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by izzu at 1-3-2007 04:40 PM
anak angkat india tu, bukan nye diambil dari segi legal, lebih pada "pet-son" ala ala pet brother & pet sister...
sbb keluarga budak tu rapat dengan Sudirman..
tu yg i dengar laa



nama that boy, muhamad kamar kan... minah terus teringat KAMARiah.. namanya ex wife dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 03:20 AM | Show all posts

Reply #52 pee3's post

dlm trek selebriti tu ada tunjuk gambar kawin diorang
rasanye k ni lagi tinggi dari sudirman
bab sakit dia ni aku tanak komen banyak, cuma aku pelik kakak dia penah bawak sudirman pegi spital tak..
sebab dari dia jatuh sakit sampai dia meninggal tu ada la setahun jugak...sepanjang waktu tu dia biarkan sudirman terlantar je ke kat umah...

lagi 1 aku tak tahan bile tengok trek selebriti tu bila kakak sudir btau tiap pukul 12 tengahari & 12 tengah malam sudir akan menjerit, masa tu jugak diorang pasang kaset al-quran kuat2...ape ke pekdahnyela pasang kaset quran, kan elok baca sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 6-4-2007 03:20 AM
dlm trek selebriti tu ada tunjuk gambar kawin diorang
rasanye k ni lagi tinggi dari sudirman
bab sakit dia ni aku tanak komen banyak, cuma aku pelik kakak dia penah bawak sudirman pegi spital t ...



Ha'ah aku pun ada tengok trek selebriti tu
Ada gambar perkahwinan arwah Sudir
Kay pakai sanggul lintang & nampak tinggi dari arwah walaupun gambar blur sedikit
Arwah Sudir ada di bawa berubat dgn Ustaz Salleh di Darul Syifa
Aku pernah tengok keratan akhbar yang di simpan oleh Ustaz Salleh semasa aku pi rumah Ustaz Salleh
Dalam keratan akhbar tu ada di nyatakan arwah Sudir bukan menghidap HIV seperti yang di heboh2kan dulu

[ Last edited by  pee3 at 6-4-2007 10:13 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 1.073132 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list