CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mysara

Tun Dr Mahathir Mohamad : Tokoh dan Pemimpin Malaysia

[Copy link]
Post time 22-8-2009 12:30 PM | Show all posts
pehal tetiba masuk 1malaysia plak nie?slah thread ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2009 02:23 AM | Show all posts
pehal tetiba masuk 1malaysia plak nie?slah thread ka?
asher Post at 22-8-2009 12:30


terlebey sudey...kuikuikui...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 10:09 AM | Show all posts
Orang bincang pasal Tun Mahathir dia melalut ke satu Malaysia pula.Bukalah thread satu Malaysia kalau nak bincang pasal tu.Pening gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 12:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by thessailly at 29-8-2009 00:19

dia fikir dari perspektif general kut... - pemimpin

tapi putrajaya memang best la..tak keterlaluan rasanya kalau cakap putrajaya tu "wajib" ada dlm negara ni...pusat pemerintahan yang tersusun..lambang kuasa..lambang order..

pelancong lak penting utk ditanam subliminal messages bhw malaysia ni negara yang membangun, tersusun dan islam itu agama yang kuat dan cantik... semuanya akan dapat di trace balik kepada kepercayaan (agama) yang memandu pemimpin dan rakyat...

ah..heran la kalau ada orang malaysia yang tak suka ngn putrajaya...

nusajaya pun sama...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 03:43 AM | Show all posts
saya rasa masa pemerintahan tun mahathir adalah gemilang..
dasar pemodenan yg beliau buat tu tidak meminggirkan bangsa melayu..
dan tidak juga meminggirkan bangsa lain..
bape banyak slogan2 yg ada untuk menjalinkan hubungan sesama bangsa dan agama..
bkn senang kite nk kawal rakyat yg berbilang kaum dan agama tapi beliau dapat buat..
kadang2 ape yg beliau fikir dan buat tu xdapat ditangkap oleh akal fikiran kite..
sebagai contoh,kewujudan putrajaya..
kite anggap putrajaya adalah sebuah projek yg merugikan..
mungkin btul pada awalnye,tp bagaimana pula pada masa hadapan..?
masa terus berlalu tp putrajaya tetap hidup dan berkembang..
kemudahan yg ade sekitar putrajaya seperti klia,litar sepang, dan lain2 sedikit sebanyak menggalakkan kedatangan pelancong kn..
xkn la org luar datang nk tgk F1 semata mata je..bleh gak dorg melawat putrajaya kn..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 06:33 AM | Show all posts
saya rasa masa pemerintahan tun mahathir adalah gemilang..
dasar pemodenan yg beliau buat tu tidak meminggirkan bangsa melayu..
dan tidak juga meminggirkan bangsa lain..
bape banyak slogan2 yg ada  ...
me_mitoss Post at 30-8-2009 03:43


tapi masih ramai lagi yg benci pada Tun. apa bley bikin?....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2009 04:07 PM | Show all posts
Standard lah ada pro dan kontra.Mana mau cari personaliti yg semua orang suka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 05:02 PM | Show all posts
xleh bikin pape..
tepuk dada,tanya selera...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 02:59 AM | Show all posts
tapi aku rasa time PAS berkuasa pembangkang yg mutlak dlu LAGI smooth keseimbangan DEMOKRASI dlm negara. La ni je bila ada terselit komunis malu2...maka HURUHALALHARAM le malaysia!:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 01:14 PM | Show all posts
TUN M is best leader in the world...and he is the best & icon role of Prime Minister in the world...all prime minister in the world should learn lots thing from Tun M...JASAMU ALWAYS DIKENANG TUN M....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 10:49 PM | Show all posts


p/s...menarik gambar ni...

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 02:36 PM | Show all posts
masa tun m memerintah..rasa secure je..
skrg ntahlah hape dh jd
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 04:13 PM | Show all posts
Melayu Mudah Lupa



Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.



Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

masa nie mang terasa sebak.. baru terfikir nasib bangsa melayu nie...
tahniah tok det, walaupown anda seorang doctor, tapi tahap penulisan anda yang terbaik... tahniah n terima kasih kerana menyedarkan kami bangsa melayu semua....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 04:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 04:16 PM | Show all posts
Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 04:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 04:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 04:18 PM | Show all posts
terima kasih tok det coz membawa negara kami yang tercinta ini ke tempat yang tinggi di mata masyarakat dunia,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 09:52 PM | Show all posts
chedet ni sebenarnya ikut sunnah nabi...cuma orang yg tak nampak je akan cakap tak baik macam2 pasal beliau.Dia juga selalu bawa alquran mana dia pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 01:44 AM | Show all posts
che det aku sayang kamu..
aku tak tahu le kenapa ramai yang suka mencari keburukannya berbanding kebaikan yang beliau telah lakukan ke atas negara,agama dan bangsa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.076502 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list