CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mysara

Tun Dr Mahathir Mohamad : Tokoh dan Pemimpin Malaysia

[Copy link]
Post time 27-10-2010 06:36 PM | Show all posts
cewaahhHHH   prrriitt hah!!
masuk!! masuk!!


*ini thread ketiga serangan pesilat urban abg bikerz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2010 08:14 PM | Show all posts
tread gaduh lagii kaa??
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 09:03 PM | Show all posts
Reply 102# aiskrimvanilla


bukan gadoh kot....tp lebih kepada....sesi Orientasi Silaturrahim....









Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 09:07 PM | Show all posts
Reply  aiskrimvanilla


bukan gadoh kot....tp lebih kepada....sesi Orientasi Silaturrahim....

...
Jeedai Post at 27-10-2010 21:03



    owhh silaturrahim...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 09:09 PM | Show all posts
owhh silaturrahim...
aiskrimvanilla Post at 27-10-2010 21:07


atau dengan kata lain...beramah mesra....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 10:35 AM | Show all posts
Reply  zacko_inc


    ni soklan standard org kerajaan bile kena kritik. aku rakyat malaysia yg  ...
abangbikerz Post at 27-10-2010 16:24

ni soklan standard org kerajaan bile kena kritik. aku rakyat malaysia yg biasa ajelah. mcm ko jugak, aku bekerja, cari makan, aku tak buat jenayah.

Im not org kerajaan.. maaf anda tersalah

    adakah kite perlu jadi somebody sebelum boleh mengkritik. adakah aku perlu ada title datuk sebelum boleh mengkritik????
Aku tak kate pun macam tu.. sape cakap mesti ade title datuk baru boleh mengkritik. Ke aku tak boleh kritik ko semacam mana ko kritik org lain...


kalo camtu jgn buat pilihanraya utk rakyat biasa. pilihanraya hanya utk org2 yg somebody sahaja. sebab rakyat biasa takleh mengkritik kerajaan.
Again kenapa ko terasa plak macam kisah antara dua darjat nih... tak leh kena kritik ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2010 03:52 PM | Show all posts
Reply 106# zacko_inc


    so kalo begitu pemahaman ko, maka tak perlu ko kehulu kehilir tanya apa sumbangan die pada negara pastu baru boleh mengkritik. sape2 pon boleh mengkritik asalkan die tu ade akal fikiran yg waras.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 04:26 PM | Show all posts
Reply  zacko_inc


    so kalo begitu pemahaman ko, maka tak perlu ko kehulu kehilir tanya apa s ...
abangbikerz Post at 28-10-2010 15:52



    akal fikiran waras prfttttttttttt sebab org kat sini semau tgk kau tu mcm tak da akal...

dah la aku dah taw sapa kau mn asal kau apa bangsa kau.apa pegangan kau,siapa tuan kau..
pulang la kau disini tanah org melayu,tak sesuai untuk kau..seburuk2 mn pon bg kau adalah setinggi2 bagi aku,sumbangan tak dilihat dari segi benda dari segi kejayaan,tp lebih bernilai dari segi kesan yg ditanamkan dalam diri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 04:35 PM | Show all posts
inilah orgnye yg telah memundurkan mesia.
abangbikerz Post at 27-10-2010 01:12



    err...ko ni buta mata ke buta hati?... ...kalo ye pon ko anti sgt ngan che det xyah la sampai nak pertikaikan sumbangan die terhadap negara....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 06:56 PM | Show all posts
Reply  zacko_inc


    so kalo begitu pemahaman ko, maka tak perlu ko kehulu kehilir tanya apa s ...
abangbikerz Post at 28-10-2010 15:52

taklah... aku tanya ko je...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 07:20 PM | Show all posts
atau dengan kata lain...beramah mesra....
Jeedai Post at 27-10-2010 21:09



    ini bukan beramah mesra dah, ini BERAMAS mesra
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:37 AM | Show all posts
Khamis Mac 1, 2012


Surat Dr Mahathir Kepada Ehud Barak


KUALA LUMPUR: Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar kepada Bernama di sini, Rabu.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

8 Jun 1999

Tuan Yang Terutama

Encik Ehud Barak

Perdana Menteri Israel

TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini.

Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan.

Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel.

Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur.

Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel.

Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel.

Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnya mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain.

Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh.

Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan.

Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen.

Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas

Dr Mahathir Bin Mohamad
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:39 AM | Show all posts
Khamis Mac 1, 2012

Surat Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu

KUALA LUMPUR:Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar kepada Bernama di sini, Rabu.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

14 Mac 1997

Tuan Yang Terutama

Tuan Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel

Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam.

Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan.

Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan.

Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya.

Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang.

Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan.

Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel.

Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri.

Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.

Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun.

Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan.

Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel.

Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan.

Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini.

Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka.

Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel.

Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam.

Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.

Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah.

Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:40 AM | Show all posts
Khamis Mac 1, 2012

Surat Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin

KUALA LUMPUR:Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar kepada Bernama di sini, pada Rabu.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama

Tuan Yitzhak Rabin

Perdana Menteri Israel

JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah.

Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka.

Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 10:57 AM | Show all posts
Reply 113# Syd


kalau baca betul2 perenggan ni:


Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel.

Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.


apa yg dia bantai anwar tu, sama je dgn apa yg dia tulis..kenapa nk putar alam sangat?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 12:43 PM | Show all posts
Reply 115# iscol_klang


    khenz?

    ke ada maksud berbeza bila dia berkata-kata, dan bila nuar berkata-kata?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 12:57 PM | Show all posts
Khamis Mac 1, 2012

Surat Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu

KUALA LUMPUR:Berikut adalah s ...

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah.


Syd Post at 1-3-2012 07:39



   kenapa takder org nak meratib mamak keling kuar dalam paper muka besor hari2 bagai, tanya prof2 dan ulamak kangkong semua tuh macam anwar kena tuh yer..???
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 12:59 PM | Show all posts
Khamis Mac 1, 2012

Surat Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin

KUALA LUMPUR:Berikut ialah surat y ...

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Syd Post at 1-3-2012 07:40



   yg nih nak kena meratib mamak balaci yahudi tak nih macam anwar kena tuh... ayat yg sama jer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 01:28 AM | Show all posts
Last sekali aku jumpa Tun.....






Last edited by GuaAnakMelaka on 26-9-2013 10:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 01:28 AM | Show all posts







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.071772 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list