CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16369|Reply: 73

Wali & Wali Hakim (merged:Duta lover,harumanisz,klopis)

[Copy link]
Post time 22-1-2006 11:49 PM | Show all posts |Read mode
Bolehkah satu pernikahan berwalikan hakim atas tujuan merahsiakan perkahwinan ?? Bapa pengantin perempuan masih lagi berkemampuan utk mewalikan anaknya, tp kerana risau perkahwinan tak direstui, pasangan ni mengambil jln berwalikan hakim..
Boleh ke ??

[ Last edited by  ibnur at 8-9-2007 11:35 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2006 07:29 PM | Show all posts

Salam,

Pernikahan yg dibolehkan berwali hakim adalah...

- Apabila ada sengketa atr wali.

- Apabila tidak ada wali.  Jelas tidak ada wali atau wali tidak berada di tempat itu.

Sekiranya bapa pengantin perempuan tidak mahu mengahwinkan tanpa alasan sedangkan yg perempuan dah nak kahwin sgt, maka wali tersebut disebut wali zalim.

Para ulama berpendapat wali tidak boleh enggan menikahkan perempuan yg dlm kewaliannya.  Maka perempuan berhak mengadukan halnya kpd hakim utk dinikahkan.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2006 07:42 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 23-1-2006 07:29 PM
Pernikahan yg dibolehkan berwali hakim adalah...

- Apabila ada sengketa atr wali.

- Apabila tidak ada wali.  Jelas tidak ada wali atau wali tidak berada di tempat itu.

Sekiranya bapa pengantin perempuan tidak mahu mengahwinkan tanpa alasan sedangkan yg perempuan dah nak kahwin sgt, maka wali tersebut disebut wali zalim.

Para ulama berpendapat wali tidak boleh enggan menikahkan perempuan yg dlm kewaliannya.  Maka perempuan berhak mengadukan halnya kpd hakim utk dinikahkan.

wallahua'lam


ada ka wali zalim?.....takkan ayah nak kawinkan anak gadis dia dgn jenis lelaki tak guna, tak berjenis, (pompuan kalu bercinta tak nampak semua nie......ibu bapa mana tak sayang kat anak oi...bela dgn baik...bagi pelajarn yg tinggi...last last...pie serah pada jantan tak guna....

kawin nie biarla dapat restu ibu bapa....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2006 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by AD8564 at 23-1-2006 07:42 PM


ada ka wali zalim?.....takkan ayah nak kawinkan anak gadis dia dgn jenis lelaki tak guna, tak berjenis, (pompuan kalu bercinta tak nampak semua nie......ibu bapa mana tak sayang kat anak oi...

Ayah pun manusia biasa juga. Tak semestinya penilaian ayah sentiasa betul. Dia cuma dapat menilai dari maklumat yang dia tahu.

Ada juga ayah yang mengahwinkan anaknya dengan anak kawannya - ayah berkawan, so anak berkahwin. Tak tahu bahawa anak kawannya tu sebenarnya hantu.

Dalam pada itu, anak mungkin mempunyai calon yang lebih baik dari segi akhlak dan agama, tetapi ditolak oleh ayah kerana calon suami anaknya itu berkurangan dari segi harta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2006 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by AD8564 at 23-1-2006 07:42 PM
ada ka wali zalim?.....takkan ayah nak kawinkan anak gadis dia dgn jenis lelaki tak guna, tak berjenis, (pompuan kalu bercinta tak nampak semua nie......ibu bapa mana tak sayang kat anak oi...b ...


I tulis..... tidak mahu mengahwinkan tanpa alasan

Persoalan u itu membabitkan perkara kufu.

Walau pun Islam membenarkan campurtangan ibu bapa/wali dlm hal perkahwinan anaknya, samada memberi pandangan dan nasihat, membenarkan atau terus menolaknya, maka Islam juga meletakkan satu dasar sbg asas panduan utk menentukan samada pinangan terhdp anaknya itu boleh diterima atau menolak.

Dasar yg dimaksudkan itu ialah dikenali dlm istilah fekah sbg kufu

Erti Kufu ialah persamaan, iaitu di atr lelaki dan perempuan yg hendak berkahwin itu ada mempunyai unsur2 persamaan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2006 09:51 PM | Show all posts
Hukum kufu

Hukumnya bukanlah wajib, ia sekadar dianggap sebagai hak bg bapa/wali utk membolehkannya semada hendak memaksa anak gadisnya berkahwin atau menolaknya.

Bapa berhak memaksa anak gadisnya berkahwin dgn mana2 lelaki yg disukainya jika bapa/wali mendapati keduanya (anaknya & lelaki itu) ada kufu, begitu juga sebaliknya.

Kufu juga merupakan hak bg perempuan, bererti perempuan itu berhak dikahwini oleh lelaki yg disukainya walau pun tidak disukai oleh bapa/walinya asalkan di atr perempuan dan lelaki yg disukainya ada unsur persamaan.

Perempuan berhak juga menolak kemahuan bapa/wali utk mengahwinkannya dgn lelaki yg disukai bapanya jika jelas tidak ada kufu di atr keduanya.

Perlu difahamkan kufu bukan perkara wajib yg mesti diambil kira, ia sekadar hak bg bapa atau perempuan dan boleh diambil kira dlm keadaan2 tertentu shj.  Contohnya ketika berlaku paksaan dr pihak bapa/wali sedangkan gadis tidak setuju atau sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2006 09:52 PM | Show all posts
Kufu Yg Diiktibar Pd Syara'

Beberapa perkara yg boleh dianggap sbg kufu dlm hukum fiqah sebagaimana yg tlh diakui oleh syarak:

1  Selamat drp penyakit gila dan sopak.  Lelaki yg berpenyakit gila atau sopak tidak kufu bg perempuan yg tidak berpenyakit tersebut.

2.  Merdeka.  Lelaki hamba tidak kufu bg perempuan merdeka.

3.  Golongan bangsawan.  Lelaki dr kebanyakan bangsa Arab tidak kufu bg perempuan berbangsa Quraisy, begitu juga lelaki 'ajam tidak kufu bg perempuan bangsa Arab.

4  Beriman dan bertaqwa.  Lelaki fasiq tidak kufu bg perempuan yg beriman & taqwa

5.  Pekerjaan.  Lelaki yg tiada pekerjaan tidak kufu dgn perempuan yg berpekerjaan.

- Adalah lebih baik sekiranya pihak lelaki atau perempuan tidak mementingkan soal kufu krn ia bukanlah merupakan perkara wajib.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2006 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 23-1-2006 09:51 PM


I tulis..... tidak mahu mengahwinkan tanpa alasan

Persoalan u itu membabitkan perkara kufu.

Walau pun Islam membenarkan campurtangan ibu bapa/wali dlm hal perkahwinan anaknya, sam ...


biasanya kalau ibubapa melarang, mestila ada alasan....

n biasanya alasan tersebut berkaitan dgn ekonomi ataupun perangai  bakal suami tersebut....

aku ada 2 anak pompuan, baru 3 n 5 thn, n so far aku dah spend thousands to make sure that they have a good life n education...

takkan time nak kawin....wali bapa boleh dipinggirkan mcm tu aje......kesian kat mak ayah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2006 10:47 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 23-1-2006 09:52 PM
Kufu Yg Diiktibar Pd Syara'

Beberapa perkara yg boleh dianggap sbg kufu dlm hukum fiqah sebagaimana yg tlh diakui oleh syarak:
1  Selamat drp penyakit gila dan sopak.  Lelaki yg berpenyakit gila atau sopak tidak kufu bg perempuan yg tidak berpenyakit tersebut.

2.  Merdeka.  Lelaki hamba tidak kufu bg perempuan merdeka.

3.  Golongan bangsawan.  Lelaki dr kebanyakan bangsa Arab tidak kufu bg perempuan berbangsa Quraisy, begitu juga lelaki 'ajam tidak kufu bg perempuan bangsa Arab.

4  Beriman dan bertaqwa.  Lelaki fasiq tidak kufu bg perempuan yg beriman & taqwa

5.  Pekerjaan.  Lelaki yg tiada pekerjaan tidak kufu dgn perempuan yg berpekerjaan.

- Adalah lebih baik sekiranya pihak lelaki atau perempuan tidak mementingkan soal kufu krn ia bukanlah merupakan perkara wajib.


kufu no 1, 4 n 5 dari yg diatas tu....kufu yg baik...kunci utk kebahagiaan sesuatu perkahwinan itu kelak....

kufu yg 4 n 5 nie la banyak mak ayah lihat pada bakal menantu lelaki dia.....utk sapa...utk kebahagiaan anak dia juga...(anak gadis yg bercinta besanya tak nampak keburukan bf mereka, meka nie dah masuk kategori "cinta itu buta"), itula pasal members in the family nampak n melarang mereka teruskan perkahwinan...

kalau pakai wali hakim (yg tak related, bukan sedara mara), apa yg diorang tau pasal family gadis nie, apa yg mereka tau keja meraka jadi wali,  itu saja yg aku rasa mereka nie concern.   after marriage diorang peduli apa kan...

so pendapat aku a good marriage must have family consent...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2006 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 23-1-2006 07:29 PM
Pernikahan yg dibolehkan berwali hakim adalah...

- Apabila ada sengketa atr wali.

- Apabila tidak ada wali.  Jelas tidak ada wali atau wali tidak berada di tempat itu.

Sekiranya bapa penga ...

Thanks for the reply...
macamana kalau wali langsung tidak diberitahu, seperti kahwin lari, kahwin di negara lain dsbgnya ???
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2006 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by FaithNoMore at 23-1-2006 11:04 PM
Thanks for the reply...
macamana kalau wali langsung tidak diberitahu, seperti kahwin lari, kahwin di negara lain dsbgnya ???


I kurang arif ttg perkara ini.  Better tanya kadi yg berdekatan.

Pernikahan seorg perempuan tidak sah kecuali apabila dinikahkan oleh wali akrab (dekat).  Kalau tiada wali akrab maka dinikahkan oleh wali ab'ad (jauh), kalau tidak ada maka dinikah oleh wali hakim (penguasa).

Urutan wali:

- Bapa
- Datuk
- Saudara lelaki sekandung
- Saudara lelaki sebapa
- Anak lelaki dr saudara lelaki sebapa
- Bapa saudara sekandung ( saudara lelaki dr ayah yg seibu seayah)
- Bapa saudara
- Anak lelaki dr bapa saudara
- Hakim
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2006 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by FaithNoMore at 23-1-2006 11:04 PM

Thanks for the reply...
macamana kalau wali langsung tidak diberitahu, seperti kahwin lari, kahwin di negara lain dsbgnya ???




Pernikahan itu sah (berwali hakim).  Ia cuma salah disisi undang-undang Syariah Malaysia.  Sijil nikah tu tak diiktiraf.  Dan sekiranya mendapat anak, sukar untuk dapat sijil kelahiran anak.

Untuk mengesahkan 'sijil' pernikahan, perlu daftar di Jabatan Agama Islam terdekat.  Dan jika sabit kesalahan perlu membayar denda.  

Saya nasihat daftar sekali lagi (bukan nikah), sebab kalau anak tak de surat beranak, susah anak-anak nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2006 03:50 PM | Show all posts
yang benar tgk jugak siapa yg menikahkan tu..dan dinegeri mana? bewali Hakim atau wali tahkim? ni kene jaga..kalau di Thai..wali Hakim atau tahkim? sebab nya..disana ada wali hakim yg ditauliah oleh majlis Agama..maka sudah tentu sah ,tapi apa hal jika betahkim?begitu juga kat Malaysia..wali ada..tapi lari darinya//kalau nak guna wali hakim kene masuk MS,maka bernikahlah dgn mana-mana imam atau orang bersorangan yagn tidak diberi kuasa oleh Sultan/Pemerintah..maka itulah nama betahkim..nikah sebegini tak sah sebab wujudnya wali atau wali hakim tadi dal;am negara yg tiada masalah mengenai hal tu(perwalian)..melantik muhhakkam untu menikahkan wanita...Dalam mazhab Syafie sendiri mmg ada sedikit perbahasan mengenai pernikahan wali khakkam..namun pandangan mazhab..tidak boleh kerana wujudnya pertadbiran yg melaintik oarng yg diberi kuasa untuk maksud tersebut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2006 09:23 PM | Show all posts
Originally posted by anwar66 at 24-1-2006 03:50 PM
yang benar tgk jugak siapa yg menikahkan tu..dan dinegeri mana? bewali Hakim atau wali tahkim? ni kene jaga..kalau di Thai..wali Hakim atau tahkim? sebab nya..disana ada wali hakim yg ditauliah ole ...




betul jugak yer.  ni kira macam sindiket tu la yer.  kalo kat malaysia boleh kena sindiket, kat siam apa lagi.
Reply

Use magic Report

cekpoin This user has been deleted
Post time 25-1-2006 01:21 PM | Show all posts
aku saja nak tanya kat sini

wali dlm Islam termasuk bapa saudara....

maknanya kalu perempuan tu berkahwin dgn anak bapa saudara dia, bapa saudara dia bolehlah walikan dia betul ker?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 03:21 PM | Show all posts
wali nikah mesti mengikut turutannya, tak boleh nak main lompat gitu aje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2006 08:28 AM | Show all posts

konpius pasal wali

aku nak tanya la...

ni aku cipta sendiri soalan aku


ok...
timah nak kawen...bapak dia tak restu...tapi dia ada datuk dan abang yg cukup syarat serta merestui perkahwinnannya

persoalannya di sini
boleh ke datuk ngan abang dia tu gantikan ayah dia sebagai wali

atau...kalau ayah tak setuju
tros guna wali hakim???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Pancilok This user has been deleted
Post time 25-3-2006 04:27 PM | Show all posts
Boleh lah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2006 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by Pancilok at 25-3-2006 04:27 PM
Boleh lah..



huik!!!!  apa hal tetiba boleh ni?  apa yang boleh ni?  kalau kaki cilok memang semua boleh...  tak yah nikah pun dia boleh....


ok sat...  sebelum sesuatu yg tak elok berlaku, ....

tak boleh main lompat-lompat wali..  kalau wali terdekat yg masih hidup tak restu maka skip terus ke wali hakim.  kalau wali terdekat hidup tapi hilang ntah mana, pun terus skip ke wali hakim.

nanti takut pulak  datuk pi nikahkan dgn orang lain, abang nikahkan ngan orang lain, pak penakan nikahkan ngan orang lain....  haru biru.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2006 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 25-3-2006 07:08 PM



huik!!!!  apa hal tetiba boleh ni?  apa yang boleh ni?  kalau kaki cilok memang semua boleh...  tak yah nikah pun dia boleh....


ok sat...  sebelum sesuatu yg tak elok berlaku, ....

ta ...


askum..

Saya pun kata boleh.......!!!!
apa yang saya belajar dan saya paham la.

biasanya bila nak guna wali...pihak pompuan dan bila kahwin buat kali pertama kan biasa jemput sedara mara dalam satu majlis...bapa salam, atuk salam, nenek salam, mak mertua salam, pak mertua salam, adik ipar salam jugak dan sepupu sepupu kaki menyibuk datang salam...ucap taniah.

kalau pompuan tu gatal nak berlaki dua atau tiga dan seterusnya..agak susah sebab datuk dah tahu dia ada laki, adik tahu dia ada laki, bapak tahu dia ada laki....laki dia pun tahu laki dia tak mati lagi. susah

kalau dia usahakan juga nak laki...dosa tu ditanggung sendirian berhad la + mereka yang tahu serta bersubahat termasuk yang x ambil kisah tapi tahu.(tapi kalau betul nak laki banyak baik x yah kahwin buat jadi sugarmumy dah)

lagipun itu gunanya badan syariah dalam negara kita ni(malaysia) setiap nikah cerai kena rekod, x lapor kita ceraikan isteri kena denda. pastu bila pompuan yang dah kahwin nak berlaki lagi...tok kadi tu akan semak dia punya status....sebab tu tok kadi ambik yang disahkan oleh badan syariah...pastu kalau kahwin kat sempadan pun kena laporkan gak kat tempat berwajib


Ada satu kes makhamah yang mana seorang pompuan mendakwa bapaknya kerana x nak jadi wali, x salah saya kes ni dia menang sebab bapak dia tu x ada sebab nak halang. laki dia baik + warak + berilmu...untung dia. sebab bapak x nak...budak tu bukan keturunan yang tersohor.


ingat peraturan dalam islam yang sejati senang2 nak diputar belitkan.

Huh...siap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.100890 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list