CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: WonBin

[MERGED] Apa Sebenarnya Terjadi Selepas Melaka Diserang Portugis ?

[Copy link]
Post time 4-2-2006 07:05 AM | Show all posts
sedihnye bace kejatuhan melake..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2006 08:11 AM | Show all posts
Kejatuhan Melaka  kerana sikap  pemimpin Melaka  sendiri  terutama  Sultan Mahmud  sendiri  seperti  dikatakan  dalam Sejarah , Baginda  suka menghabiskan  masa  lapang  daripada  mentadbir negara, suka mengusik isteri2  pembesar kerajaan , serta  hubungannya  bendahara Tun Mutahir ( keturunan Keling )  renggang  sekali akibat  Tun Mutahir menolak  pinangan  Sultan Mahmud Syah utk  meminang  anaknya  Tun Fatimah..

Setelah  Tun Mutahir &  keluarganya  dibunuh  oleh  Sultan Mahmud Syah   menyebabkan hubungan Melaka  dan  para saudagar teruatama saudagar keling &  Gurajatjugak  menjadik renggang.  Tak  heran  lah  ketika  Melaka diserang dan  ditewaskan  pada  hari  pertama oleh  Portugis ..  para  Saudagar  ni mendesak  supaya  Sultan Mahmud Syah  berdamai & menyerah  kalah kepada Portugis .. tetapi Sultan Ahmad (anakanda Sultan Mahmud ) enggan menyerah diri  kepada Portugis dan  meneruskan perjuangan &  memimpin org2  Melayu berjuang akhirnya  gugurlah  Sultan Ahmad di medan  pertempuran menyebabkan Sultan Mahmud Syah berundur ke Pahang   kemudian ke Bintan

Kejatuhan Melaka  bukan kerana  kelemahan org2 Melaka  dari  segi  senjata atau  semangat tetapi  perkhianatan dari  saudagar  asing  yg  tak   mahu  hilang  kekayaan mereka  contoh  ada  seorg Saudagar  jawa  yg  bernama Utimutiraja  yg  mempunyai  hamba hamba  sekitar 5000-6000 org  ni  membantu Portugis  kerana takut  kepentingan  perniagaan mereka  hilang  di  Melaka

Kejatuhan  Melaka  jugak  mengembirakan  negeri2  Melayu yg  lain  terutama  negeri Demak  dan  Pasai ,  malah  negeri  Pasai menghantar  bantuan  kepada Portugis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 4-2-2006 08:11 AM
Kejatuhan Melaka  kerana sikap  pemimpin Melaka  sendiri  terutama  Sultan Mahmud  sendiri  seperti  dikatakan  dalam Sejarah , Baginda  suka menghabiskan  masa  lapang  daripada  mentadbir negara, ...


Si Kitol, Raja Mandeliar dan Utimura adalah 'simbol' bagi pengkhianatan dan pembelotan. Inilah berlaku di mana-mana peperangan di dunia ini. Terbaru, penjajahan US terhadap Iraq yang turut di bantu dan disokong oleh rakyat yang belot - atas apa juga alasan sekalipun.

Apabila peperangan berlaku di Melaka, pedagang lebih memikirkan tentang kekayaan dan kemewahan yang mereka kecapi. Sokongan mereka tentu kepada Portugis kerana mereka percaya bahawa dengan menyokong pihak yang menang, mereka akan mendapat sesuatu yang selama ini dikawal atau dikuasai oleh Sultan atau pembesar melayu - hamba, gadis dan harta.

Dan sejarah juga pernah dicatitkan bahawa selepas kejatuhan Melaka, mereka mencari gadis-gadis melayu untuk 'dikorbankan' kepada askar FERINGGI - ini tentu sahaja hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal dan tahu selok belok negeri Melaka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 12:58 AM | Show all posts
Originally posted by pisang69 at 3-2-2006 03:24 PM
si kitol dgn raja mandeliar sapa plak erk?
dia ni ker yg dikatakan pengkhianat kerajaan melaka masa portugis menyerang?
saja nk tau..ada info?


Mengikut ceritanya begini....

Semasa perkahwinan di antara Tun Fatimah dengan Tun Ali, Sultan Melaka ikut dijemput sama untuk meraikan majlis perkahwinan dua mempelai tersebut. Sultan amat murka kerana Bendahara tidak menyembahkan kepada baginda bahawa beliau memiliki anak gadis yang cantik. Sultan meninggalkan majlis perkahwinan tanpa menyentuh santapan.

Raja Mandaliar dan Kitul dengan dipersetujui sama oleh Laksamana Khoja Hassan telah sepakat memfitnah Bendahara Seri Maharaja, yang Bendahara itu telah menempah kaus dan cerek yang semuanya daripada emas kerana ingin merampas takhta Melaka. Sultan bertambah murka, dan tanpa usul periksa lantas menyerahkan keris kuasanya kepada Tun Sura dan Tun Setia untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada seluruh keluarga Bendahara. Terbunuhlah Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan dan Tun Ali kerana titah Sultan tersebut.

Tun Fatimah akhirnya bersetuju menjadi permaisuri Melaka. Dengan menjadi permaisuri Melaka, Tun Fatimah dengan dayang-dayang  Istana telah berjaya menangkap orang-orang yang memfitnah keluarganya. Raja Mandeliar, Kitul dan Laksamana Khoja Hassan telah menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Sultan Melaka kembali insaf dengan segala kesalahan yang dilakukannya selama ini.

[ Last edited by hamizao at 5-2-2006 01:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2006 07:47 AM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 4-2-2006 11:58 PM


Mengikut ceritanya begini....

Semasa perkahwinan di antara Tun Fatimah dengan Tun Ali, Sultan Melaka ikut dijemput sama untuk meraikan majlis perkahwinan dua mempelai tersebut. Sultan amat m ...

Mengikut   penulisan  Kassim Ahmad   tentang  sejarah Melaka   dalam  buku " Kekerasan Dalam  Sejarah : Masyarakat & Pemerintah...
hampir  semua  Sultan2  Melaka  mempunyai isteri  di  kalangan  anak2  perempuan Bendahara  ...  seperti  Raja Iskandar, Sultan Muhammad Syah,Sultan Muzaffar Syah dan  Sultan Mansur Syah  mempunyai  isteri di  kalangan anak perempuan Bendahara  &  bekas Bendahara Melaka, oleh  itu  perbuatan Bendahara Tun Mutahir ( Seri Maharaja) telah  berlawanan dgn amalan sebelum ini..adalah  kewajipan  Bendahara  Melaka  mempersembahkan anak perempuan Tun Fatimah  kepada  Sultan Melaka  terlebih  dahulu...

Lagi  pun Bendahara  Tun  Mutahir  ni  berniat utk  membunuh Raja Mendaliar...kerana  Raja  Mendaliar  ni  tak disukai  oleh  saudagar2  keling,  oleh  itu  demi  mempertahankan  nyawanya, Raja  Mendaliar  ni  membuat  fitnah  terhadap  Bendahara  Tun Mutahir
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 01:52 AM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 15-2-2006 07:47 AM

Mengikut   penulisan  Kassim Ahmad   tentang  sejarah Melaka   dalam  buku " Kekerasan Dalam  Sejarah : Masyarakat & Pemerintah...
hampir  semua  Sultan2  Melaka  mempunyai isteri  di   ...


Thanks for the clarification mahathirGX.....

I suppose Bendahara is also the next important VIP after the sultan. Where else then could he find his brides within his kingdom?

Dalam kes Tun Mutahir ni, ia juga bapa saudara Sultan Mahmud sebelah bondanya. So Tun Fatimah tu ialah sepupunya juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2006 09:45 AM | Show all posts
:diaokoknya kerajaan Melaka dan raja-raja Melaka boleh hilang tetapi bangsa Melayu tak akan hilang.Kerajaan Melaka dan raja-raja Melaka adalah state tetapi bangsa Melayu adalah nation.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 16-2-2006 08:45 AM
:diaokoknya kerajaan Melaka dan raja-raja Melaka boleh hilang tetapi bangsa Melayu tak akan hilang.Kerajaan Melaka dan raja-raja Melaka adalah state tetapi bangsa Melayu adalah nation.


Tetapi  tanah2 org  Melayu   yg   hilang   akibat  dirampas  oleh  penjajah  dari  Portugis, Belanda, Inggeris  dan  Jepun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2006 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 16-2-2006 10:06 AM


Tetapi  tanah2 org  Melayu   yg   hilang   akibat  dirampas  oleh  penjajah  dari  Portugis, Belanda, Inggeris  dan  Jepun


True! Red Indian lost all their land and also the Jews when the Roman dispersed them from Palestine.Jews and Red Indians still exist as a race respectively.Land, territory and goverment are temporal and spatial but race, culture, identity are spiritual and inert...I think so..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 12:12 PM | Show all posts
Oh ya, not sure if this has been stated befor but BTW Tun Mutahir and his sister, Sultan Mahmud's mother were of Indian-Muslim stock and they represented that faction in Melaka palace politics. The Malay faction were the children an reletives of Tun Perak, the previous Bendahara. The palace intrigues those days were well known .


@MahathirGX
Tetapi  tanah2 org  Melayu   yg   hilang   akibat  dirampas  oleh  penjajah  dari  Portugis, Belanda, Inggeris  dan  Jepun


@Thamrong
True! Red Indian lost all their land and also the Jews when the Roman dispersed them from Palestine.Jews and Red Indians still exist as a race respectively.Land, territory and goverment are temporal and spatial but race, culture, identity are spiritual and inert


My take on this is Nation and State are two different things:

A State is a self-governing political entity. The term State can be used interchangeably with country.

A nation, however, is a tightly-knit group of people which share a common culture. A nation-state is a nation which has the same borders as a State.

Hope am not going out of topic...............sorry!ff:

[ Last edited by hamizao at 16-2-2006 12:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2006 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 16-2-2006 12:12 PM
Oh ya, not sure if this has been stated befor but BTW Tun Mutahir and his sister, Sultan Mahmud's mother were of Indian-Muslim stock and they represented that faction in Melaka palace politics. The ...


Sorry Re: Country, State, and Nation
The terms country, state, and nation are sometime used interchangeably, there is a difference.
A State (note the capital "S" ) is a self-governing political entity. The term State can be used interchangeably with country.
A nation, however, is a tightly-knit group of people which share a common culture. A nation-state is a nation which has the same borders as a State.
States and Independent Countries
Let's start with what defines a State or an independent country. An independent State:
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 02:54 PM | Show all posts

Penentengan orang melayu keatas portugis

PENGENALAN



"Melaka ialah sebuah pelabuhan yang terkaya sekali dengan ramainya pedagang-pedagang yang berjualbeli secara borong dan banyaknya perkhidmatan perkapalan yang datang dari seluruh dunia, " begitulah pandangan pengarang Portugis mengenai Melaka. Sebagai pusat perdagangan dan negeri terkaya maka banyaklah kuasa cuba mendapatkan Melaka untuk memperolehi kekayaan tersebut.Negeri Melaka amatlah strategik kerana terletak di antara perjalanan timur dan barat yang melalui selat Melaka.
Kedatangan Portugis ke Melaka walaupun pada asalnya adalah untuk berdagang tetapi matlamat di sebalik kedatangan mereka adalah untuk menakluki Melaka seperti yang mereka lakukan untuk campurtangan di atas sesebuah negeri. Penaklukan mereka juga adalah beradsarkan ekonomi kerana tujuan mereka ialah untuk menggunakan perlabuhan itu sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan. Mereka telah menakluki Melaka dan mendudukinya selama 130 tahun iaitu dari tahun 1511 sehingga 1641.Ketika menjajah Melaka ,terdapat beberapa tentangan dari orang-orang melayu yang cuba mendapatkan kembali negeri Melaka dari jajahan Portugis, "Negeri Melaka telah diperintah oleh orang Portugis selama 130 tahun tetapi di dalam pemerintahannya peperangan tiadalah berhenti diantara melaka dengan pemerintahan gagasan pulau-pulau melayu. " selain kesultanan Melaka ,orang melayu Johor dan Pahang, Acheh juga berminat untuk mendapatkan Melaka dan memerangi Portugis di Melaka termasuklah Belanda yang mendapatkan bantuan dari Johor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 02:55 PM | Show all posts
KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA




Semasa Sultan Mahmud Shah memrintah melaka iaitu 1488-1511 dan sultan dibantu oleh Bendahara Seri Maharaja (Tun Mutahir).Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira. Setelah berlabuh di perairan Melaka ,Sequeira telah menyuruh seorang pegawainya, Texeira menyampaikan hadiah dari Raja Portugal ,King Emannual."maka kapten kapal itupun persembah pada Bendahara Seri Maharaja rantai emas berpermata seutas ,ia sendiri memasukkan pada leher Bendahara Seri Maharaja .dikatakan Portugis hendak menjalankan perniagaan di Melaka,tetapi saudagar gujerat yang mengetahui perihal Portugis di India telah menghasut bendahara agar menangkap orang-orang Portugis .Seramai 18 orang portugis telah di tangkap termasuklah Ruy De Aranjo kecuali Diego Lopez De Sequeira. Pada tahun 1510,telah terjadi perselisihan faham antara Sultan Mahmud Shah dengan Bendahara Seri Maharaja apabila bendahara mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali tanpa menunjukkannya kepada sultan .Perbuatan bendahara ini telah menyebabkan sultan berdendam dengan bendahara dan dendam ini semakin membara apabila Raja Mudeliar dan Kitul memberi rasuah kepada Laksamana Khoja Hassan dan menfitnah bendahara hendak merampas takhta kerajaan Melaka dari Sultan Mahmud Shah.Bendahara Seri Maharaja dan keluarganya telah dihukum bunuh kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah(masih kecil).Kematian Bendahara Tun Mutahir merupakan faktor kelemahan melaka kerana beliau merupakan tulang belakang melaka pada masa itu. Ini dapat dibuktikan berdasarkan Sejarah Melayu yang menyebutkan tentang " pada bicara kita, Tiada akan alah Melaka jikalau ada lagi Bendahara Seri Maharaja berapapun besar angkatan menyerang Melaka tiada akan alah " Penangkapan 18 orang Portugis oleh bendahara meyebabkan Raja Portugal telah membantu Diego Mendez De Vanconcelos ke Melaka untuk membebaskan orang-orang Portugis yang di tangkap itu.Vanconcelos telah singgah di Goa yang pada ketika itu wizurainya ialah Alfonso De Albuquerque.Alfonso menahan Vanconcelos untuk menyerang melaka kerana angkatan perangnya yang sedikit dan tidak kuat untuk menawan Melaka.oleh itu ,Alfonso sendiri telah bertolak dari India (Kocin) dengan kapal Flor De La Mar dan 18 buah kapal yang lain,800 orang Portugis dan 600 orang India pada Mei 1510. Alfonso sampai pada Mei 1510.Alfonso singgah di Pidir(Pidie) kemudian ke Pasai sebelum ke Melaka . Beliau tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi kepada orang Portugis dengan menggunakan harta pusaka Bendahara Tun Mutahir. Orang Portugis telah membakar semua kapal yang berlabuh di pelabuhan Melaka kecuali kapal orang India dan lima buah kapal orang Cina kerana Cina menawarkan bantuan untuk membantu Portugis menawan Melaka. Peperangan berlaku dan Melaka pada masa itu dikatakan mempunyai 20 000 askar upahan dan 20 ekor Gajah.



Orang Portugis mempunyai perancangan untuk menakluki melaka iaitu dengancara;



1. Menawan jambatan yang berhampiran Kuala Sungai Melaka agar orang Melaka terpecah dua.
"Orang Portugis sangat mengetahui kegunaan titi itu ,maka dengan seberapa daya mereka mencuba merobohkannya."
"Apabila telah dekat,titi itupun ditembak mereka lalu roboh ,maka susahlah orang Melayu yang di Bukit Melaka hendak berhubung dengan orang Melayu di bandar Melaka."



2. Mendarat dan menyerang dari dua tempat iaitu Selatan Melaka dan Utara Melaka.

Orang Melaka pula dibacakan Hikayat Amir Hamzah untuk menikkan semangat mereka. Serangan-serangan orang Portugis berlaku pada 25 Julai 1511, pada masa ini orang Melaka dapat mempertahankan Melaka dari serangan orang Portugis apabila orang Portugis gagal menawan hjambatan Melaka. Pada 10 Ogos 1511 orang Portugis menyerang Melaka lagi dan hanya pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 02:55 PM | Show all posts
PENENTANGAN SULTAN MAHMUD DAN SULTAN AHMAD

Setelah Melaka jatuh ke tangan orang Portugis. Maka, Sultan Ahmad yang pada ketika itu memerintah Melaka telah berundur ke Bentayan manakala Sultan Mahmud ke Kota Hampar. Walaupun Portugis telah menawan Melaka tetapi mereka masih lagi menghantar pasukan tentera untuk menyerang Sultan Mahmud kerana pada pendapat mereka selagi Sultan Mahmud memerintah maka selagi itulah mereka tidak akan duduk diam, ini dapat dibuktikan apabila orang-orang Melayu telah melancarkan beberapa siri serangan ke atas Portugis ke atas Melaka pada;

Julai 1512 - Diketuai Laksamana Hang Nadim orang Melayu menyerang orang Portugis di Melaka tetapi orang Portugis dapat mempertahankan Melaka.
Antara 1510 - 1518 - orang Melayu dibawah kepimpinan Sultan Mahmud telah menyerang Melaka beberapa kali yang diketui oleh Laksamana Hang Nadim. Beberapa kali serangan telah dilakukan ke atas Melaka, ini menunjukkan bahawa orang Melayu tak akan duduk diam selagi Melaka berada di tangan orang Portugis. Namun, serangan demi serangan telah dilakukan, orang Portugis tidak dapat dihalau dari Melaka kerana mereka telah ada kota yang amat kukuh untuk ditembusi.
1519 - orang Melayu telah menyekat makanan supaya tidak sampai ke Melaka dan memaksa Portugis mendapatkan bantuan dari Burma.
1520 - Dibawah Paduka Tuan dan Sultan Abdul Jalil (Raja Kampar) orang Melayu telah menyerang Portugis di Melaka.



Kerana siri serangan inilah maka orang Portugis telah mengambil pula tindakan dan menyerang orang Melayu di bawah pimpinan Sultan Mahmud, iaitu;



- Setelah Sultan Mahmud berundur ke Kota Hampar, orang Portugis telah menyerang Kota Hampar dan memaksa Sultan Mahmud berundur ke Pagoh.
Akhir 1511 - Portugis menyerang Pagoh dengan kekuatan 1300 orang
Julai/Ogos 1512 - Portugis menyerang Pagoh diketui Fernao Peres De Andrade
1519 - Portugis menyerang Pagoh diketui Duarte De Millo
1520 - Portugis menyerang Pagoh diketui Garcia De Sa
1521 - 18 kapal dan 600 askar diketui Jeorge De Albuquerque menyerang Bentan
1523, 1524 dan 1526 - Portugis menyerang Bentan



Oleh kerana siri serangan orang Portugis ini , ia telah menyebabkan Sultan Mahmud terpaksa beberapa kali berundur dan membuat keranaan. Sultan Mahmud apabila diserang di Pagoh buat kali pertama telah berundur ke Pahang kemudian Lubuk Batu dan disinilah Bendahara Tepok meninggal dunia dan di gelar "Bendahara Lubuk Batu" kemudian Sultan Mahmud telah berundur ke Pulau Bentan dan seterusnya patah balik ke Pagoh dan apabila diserang lagi oleh Portugis maka Sultan Mahmud berundur pula ke Muar dan pada 1513-1519 Sultan Mahmud bersemayam di Bentan dan disinilah Raja Muzaffar (anak Sultan Mahmud dengan Onang Kening) dikahwinkan dengan Tun Terang ( anak Tun Fatimah dengan Tun Ali), Raja Ali (anak Sultan Mahmud dengan Tun Fatimah) pula dlantik sebagai pengganti Sultan Mahmud, Setakat ini dikatakan bahawa perlantikan Raja Ali menjadi pengganti adalah di atas desakan Tun Fatimah yang tidak mahu melahirkan anak Sultan kerana mengenangkan pembunuhan ayahnya Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang dihukum bunuh oleh Sultan kerana fitnah pembesar dan saudagar. Manakala Sultan Ahmad pula telah meninggal dunia ( ada pendapat mengatakan bahawa ia dibunuh untuk memberi laluan kepada Raja Ali menjadi Sultan " Kemudian didapati bahawa Sultan Ahmad, Putera Sultan Mahmud dengan Puteri Raja Pahang di bunuh atas alasan yang amat Pincang" dan dari Bentan Sultan Mahmud berundur ke Kampar dan mangkat di Kampar pada 1528 dan dikenali sebagai 'Marhum Mangkat Di Kampar'. Sejak itu Raja Ali menjadi Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II.




PENENTANGAN SEMASA KESULTANAN JOHOR



Pada tahun 1533 Sang Naya seorang rakyat Johor dan Melaka cuba menyerang Portugis dari dalam Melaka semasa orang Portugis pergi ke gereja. Tetapi rancangannya diketahui lalu ia dibunuh dengan cara menjatuhkannya dari menara bangunan. Perbuatan ini menyebabkan Sultan Johor pada masa itu marah. Oleh itu, Estavao Da Gama (anak Visco Da Gama) telah menghantar wakil ke Johor untuk menjelaskan pembunuhan Sang Naya tetapi wakil itu telah ditangkap lalu disuruh memanjat pokok yang tinggi lalu ditolak ke bawah dan mati. Oleh itu, pada Jun 1533 Portugis dengan dua buah kapal dan 400 askar diketui Estavao teklah menyerang Johor dan memaksa sultanya berundur ke Sayung. Penyerangan ini menyebabkan orang Melayu marah dan menyerang kapal Portugis yang lalu di perairan Johor. 1536 Portugis menyerang sayung dan telah menang dan ini memaksa Sultan untuk berdamai. Pada Januari 1551, dengan bantuan Perak danb Pahang. Johor telah menyerang Portugis dengan 200 perahu dan 5000 askar. Mereka telah mengepung Melaka selama tiga bulan tetapi gagal setelah Portugis merancang menyerang Perak dan Pahang serta Johor dan ini mendesak ke tiga-tiga negeri berundur dan mempertahankan negeri mereka. Sejak itu Johor tidak lagi menghantar misi semasa Sultan Alauddin Riayat Shah II. Dan pada tahun 1564 Sultan Alauddin Riayat Shah al-Qahhar iaitu Sultan Acheh , telah menyerang Johor dan menawan Sultan Alauddin dan keluarganya serta dihukum bunuh dan dikenali 'Marhum Syahid Mangkat di Acheh). Pada tahun 1570/71 Sultan Umar yang berasal dari negeri Pahang (Putera Raja Ahmad dengan Puteri Puspa Dewi) dilantik menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Riayat Shah II den baginda melantik Tun Seri Lanang menjadi Bendahara Johor. Sultan Ali mendirikan kerajaan di Johor Lama. Semasa pemerintahan Sultan Ali terdapat beberapa siri serangan orang Johor ke atas Melaka, iaitu;



1577 - Johor membantu Acheh menyerang Portugis, pada masa ini hubungan Johor dengan Acheh adalah baik.
1587 - Sultan Ali menyerang Portugis di Melaka tetapi gagal.



Kerana siri serangan Johor ini maka Portugis juga telah melancarkan siri serangannya ke atas Johor, iaitu;
1576 - Portugis menyerang Johor Lama tetapi gagal
1578 - Portugis sekali lagi menyerang Johor Lama tetapi sekali lagi gagal kerana pada masa ini Johor dan Acheh bersahabat baik dan Johor di bantu oleh Acheh mempertahankan Johor.
Julai 1587 - Portugis menyerang Johor dan pertempuran di sungai Johor dan pada masa ini Johor kalah tetapi oleh kerana orang Portugis ghairah untuk menyerang maka pasukannya terpecah dua lalu diserang balik oleh orang Johor dan akhirnya Portugis kembali ke Melaka.
15 Ogos 1587 - Portugis di bawah Poula De Lima menyerang Johor Lama dan Kota Batu dengan kekuatan 600 askar dan masa ini Johor dengan kekuatan 8000 askar, pada masa ini Johor kalah dan Portugis telah merampas 800 meriam gangsa, emas, perak dan 1200 perahu
1589 - pasukan Portugis dibawah Francisco Da Sauza Pereira menyerang Batu Sawar dan mengalahkan Johor serta merampas 20 meriam.



Setelah beberapa kali diserang dan menyerang maka Sultan Ali telah menjalankan beberapa cara untuk mempertahankan negerinya iaitu pada 1582 Sultan Ali telah bersahabat dengan Portugis untuk mempertahankan Johor dari serangan Sultan Alauddin Mansur Shah yang pada masa itu menjadi Sultan Acheh (1577-1585) apabila Sultan Alauddin Mansur mahu Johor di bawah pemerintahan Acheh pada tahun 1587 Sultan Ali bersemayam di Batu sawarn dan mangkat pada 1597 di Batu Sawar dan dikenali sebagai ' Marhum Mangkat di Batu Sawar'
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 02:56 PM | Show all posts
PENENTANGAN ACHEH DAN PERANG TIGA SEGI



Apabila Acheh diserang oleh Portugis pada Mei 1521 maka Acheh juga telah menjalankan siri seranganb ke atas Portugis di Melaka dan Johor dan disinilah bikatakan permulanya perang tiga segi telah berlaku antara Portugis-Johor-Acheh. Namun, ada pendapat mengatakan bahawa Acheh menyerang Portugis adalah untuk membebaskan negeri Islam dari orang-orang Kafir seperti yang dinyatakan oleh Lee Kam Heng "Perbalahan antara orang-orang Acheh dengan orang Portugis itu hampir-hampir merupakan peperangan agama" antara siri serangan Acheh ialah;
1537 dan 1547 - Sultan Alauddin al-Qahhar telah menyerang Portugis di Melaka tetapi gagal
1539 - perang antara Johor dan Acheh berlaku apabila Acheh mengalahkan Aru dan Aru mendapatkan bantuan Johor.
1564 - Sultan Alauddin telah bersahabat dengan Turki den mendapat bantuan 500 meriam untuk menyerang Portugis tetapi gagal kerana masa ini Johor dan Portugis bersahabat baik.
Okt 1573 - Sultan Ali Riayat Shah iaitu anak Sultan Alauddin al-Qahhar yang mangkat pada 1571 telah menyerang Portugis tetapi gagal.
1578 - Sultan Acheh menyerang Portugis
1587 - Acheh sekali lagi datang tetapi masih gagal menewaskan Portugis di Melaka.



Pada tahun 1607 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menjadi Sultan Acheh dan telah melancarkan serangan ke atas Portugis pada Nov 1628 dengan kekuatan 236 kapal dan 20000 askar dan masa itu angkatan Portugis di bawah Diego Lopez De Francesca. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam hampir nebguasai apabila ia mengepung kota Melaka selama lima bulan tetapi pada Mac 1629 Acheh terpaksa berundur setelah diserang oleh Pahang yang membantu Portugis di bawah pimpinan Raja Bujang (Sultan Abdul Jalil ShahIII) iaitu Sultan Johor-Pahang pada masa itu. Sejak itu Acheh tidak lagi meneyrang Portugis di Melaka keran selepas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Ia telah diganti oleh Sultan Muda Thani yang tidak berminat melancarkan siri serangan dan lebih menumpukan hal-hal pentadbiran negerinya sahaja dan selepas itu pula ialah Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah telah menggantikan suaminya Sultan Muda Thani pada tahun 1636, Sultanah merupakan seorang perempuan.



PENENTANGAN ORANG MELAYU NANING



Selain Johor dan Acheh terdapat sebuah negeri kecil yang berhampiran dengan Melaka dan memainkan peranan dalam sejarah penentangan orang Melayu ke atas Portugis, iaitu Naning. Apabila Portugis bermusuh dengan Johor pada tahu 1586 orang Melayu Naning tidak lagi menghantar dagangannya terutama makanan ke Melaka dan ini menyebabkan Portugis risau kerana tidak mendapat bekalan makanan. Ini menyebabkan pada Nov 1586 Diego De Azambuja telah pergi keNaning dengan membawa 500 askar dan menyerang Tabuh Naning (kekuatan Naning pada masa itu ialah 2000 orang sahaja). Orang Naning menggunakan senapang pemuras dan sumpitan tetapi akhirnya Naning tewas ke atas Portugis dan Naning terpaksa akur dengan kekuasaan Portugis di Melaka.



PENENTANGAN JOHOR DAN BELANDA



Sultan Abdullah yang dikenali juga Raja Seberang atau raja Bungsu memerintah Johor kerana pada masa itu Sultan Alauddin Riayat Shah III al-Mansur menjadi Sultan (1507-1615) hanya suka berhibur. Pada masa ini Johor telah mengadakan hubungan dengan Belanda dan ini diikuti dengan lawatan Belanda ke Johor iaitu;



Jacob Van Heemsberk 1602
Jacob Pietersz Van Enkhuijen 1603
Laksamana Wijb An Wijck Mei 1604
- pada masa lawatan Laksamana Wijb Van ini, Belanda telah membuat loji perniagaannya di Batu Sawar atas sokongan Sultan Abdullah



Akhirnya pada 17 Mei 1606 Sultan Abdullah telah membuat perjanjian dengan Belanda antara lainnya ialah Johor hendak berkerjasama dengan Belanda menyerang Portugis dan dengan itu Sultan Abdullah telah menghantar bantuan 50 perahu dan 3000 askar dan Belanda pula 11 kapal. Pada 18 Mei 1606 Belanda dan Johor mengepung Portugis di Melaka sehingga Ogos 1606. Portugis telah mendapat bantuan sebanyak 14 buah kapal perang menahan angkatan Johor-Belanda. Pertempuran berlaku pada 17 Ogos 1606 dan pada 24 Ogos 1606, Cornelis Matelief iaitu ketua angkatan Belanda telah berundur. Berikutan itu, pada Sept 1606 Belanda cuba mendapatkan pengesahan perjanjian 17 Mei dengan Sultan Alauddin III. Pada 20 Mei 1640 Jeneral Antonio Van Diemen pergi ke Melaka dengan 4 buah kapal dan 332 askar dan pada Julai 1640 Sultan Abdul Jalil yang menjadi Sultan Johor-Pahang atas bantuan Belanda pada 1638 telah menghantar bantuan sebanyak 40 perahu dan 1500 askar yang diketui Laksamana Abdul Jamil. Angkatan ini telah berpecah tiga iaitu;



1. Jacob Cooper
2. William Caertekoe
3. Laksamana Tun Abdul Jamil PadukaRaja



Maka pada Ogos 1640 mereka telah mengepung kota Melaka dan pada Januari 1641 mereka telah dapatr menembusi kota Melaka dan Gabenor Melaka pada masa itu Manuel De Souze Cautinhi telah menyerah kalah pad 14 Januari 1641 maka berakhirlah pemerintahan Portugis di Melaka.




KESIMPULANNYA



Pemerintahan Portugis di Melaka selama 130 tahun yang bermula 1511 hingga 1641 adalah merupakan satu jangka masa yang lama dan semasa itu mereka telah meninggalakan beberapa perkara di Melaka dan masih kekal sehingga sekarang iaitu kota A Famosa dan rakyatnya yang berkahwin campur denagn rakyat tempatan. Sememangnya ketuanan Portugis seringkali diserang dan diancam sama ada dari dalam mahupun dari luar terutama sekali dari Johor, Acheh dan Belanda selain Pahang, Perak dan Naning dan rakyat Melaka sendiri. Begitu juga apabila Belanda menguasai Melaka yang bermula 1641 dengan bantuan Johor tetapi akhirnya Johor sendiri menentang ketuanan Belanda di Melaka. Bolehlah dijelaskan bahawa tidak ada satupun negeri yang mahu ketuanan yang bukan dari rakyat tempatan sendiri maka berlakulah juga peperangan yang berterusan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 03:21 PM | Show all posts
tajuk  ni penentengan ke penentangan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2006 03:33 PM | Show all posts
tp stau aku jatuhnyer melaka ke tgn portugis sbb rasuah yang di amalkan dlm kerajaan melaka dulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 03:38 PM | Show all posts
rasuah dah bertapak ditanah melayu dizaman kerajaan Melaka lagi.. tak rasuah hilang di dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 03:38 PM | Show all posts
Originally posted by xnakler at 14-4-2006 02:33 PM
tp stau aku jatuhnyer melaka ke tgn portugis sbb rasuah yang di amalkan dlm kerajaan melaka dulu

Tu  salah satu  faktor...  masih terdapat  faktor2  lain  lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 03:51 PM | Show all posts
Kekalahan melaka menjadi contoh kepada kita bahawa sekiranya kita tidak bersatu dan
tiada perancangan strategi yang baik kita akan mudah dikalahkan oleh pihak asing,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.262146 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list