CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: WonBin

[MERGED] Apa Sebenarnya Terjadi Selepas Melaka Diserang Portugis ?

[Copy link]
Post time 19-7-2006 02:01 PM | Show all posts

Sebab Sebenar Kejatuhan Melaka

Sesiapa yang berminat boleh kita bincang topik ini. Kak Tim perlu input untuk tambah pengetahuan. Anyone?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 02:50 PM | Show all posts
err bukan dah ada?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 03:00 PM | Show all posts

Sebab sebenar kejatuhan Melaka II

Dilulus terbit oleh abu_sumayyah pada Wednesday, July 19 @ 08:10:13 MYT

MerahSilu menulis "Alhamdulillah. Artikel bertajuk "Sebab sebenar kejatuhan Melaka" yang disedut daripada buku "Berpetualang ke Aceh" karangan Radzi Sapiee nampaknya berjaya membuka minda pembaca yang mahu berfikir tentang apa yang sebenarnya telah berlaku di Melaka dahulu, apakah sebab sebenar ia jatuh ke tangan Portugis yang datang dengan cuma beberapa buah kapal serta kemungkinan wujudnya cerita-cerita lama yang digelapkan sejarah.


Maka itu biar saya perturunkan lagi sedutan berkaitan daripada novel sejarah Melayu dan Islam yang baru diterbitkan bulan Jun ini, novel yang banyak memperihalkan kisah-kisah lama yang tersembunyi. Kali ini tentang perubahan pucuk kepimpinan Melaka yang membawa kejatuhan empayar kebanggaan Melayu itu.
Semoga kita semua semakin faham keadaan sebenar dan kaitannya dengan suasana politik semasa dan bersedia untuk menghadapi cabaran besar yang akan mendatang. Insyaallah.

Setahu Rasyid, makam Sultan Alauddin adalah satu-satunya makam Sultan Melaka yang masih wujud. Makam-makam lain nampaknya hilang begitu sahaja, mungkin kerana telah dirobohkan Portugis, untuk menghilangkan segala kesan warisan keSultanan Melaka selagi dapat? Malah pemuda yang pernah menjelajah hampir seluruh pelusuk Perak semata-mata untuk menziarahi makam-makam lama ini percaya, penjajah Barat itu sanggup merobohkan masjid-masjid dan istana-istana di Melaka lalu menggunakan batu-batu asasnya bersama batu-batu nesan raja-raja untuk mendirikan kota demi menangkis segala serangan orang Melayu.
揑tulah Kota A Famosa yang sangat dibangga-banggakan sebagai warisan peninggalan sejarah Melaka, sering diwar-warkan sebagai salah satu tarikan utama pelancong ke bekas pusat empayar Melayu itu bersama bekas peninggalan penjajah yang lain seperti Gereja Saint Paul,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 03:05 PM | Show all posts
揂pakah kerana baginda tidak boleh dipengaruhi para pembesar korup, maka Sultan Mahmud yang belum mengerti apa-apa lalu senang diperalatkan pula dipilih?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 03:08 PM | Show all posts

Melayu Telah Di Bangangkan Sejak Sekian Lama !!!

Analisis IsuBPPNS menulis "

Seringkali bila kita diperingatkan atau menonton filem Melayu mengenai kejatuhan Empayar Islam Melaka di tangan orang Portugis, kemudian Belanda, kemudian Inggeris, kita digambarkan bahawa pahlawan-pahlawan Melayu kita berjihad mempertahankan Tanah Melayu ini dengan hanya menggunakan keris, pedang, tombak dan panah. Sedangkan orang Eropah menggunakan senapang, pistol dan meriam.


Hakikatnya Empayar Islam Melaka mempunyai meriam yang jauh lebih canggih daripada tentera Portugis, Belanda dan Inggeris. Dan Melayu di zaman Empayar Islam Melaka maju bukan kerana mereka menggunakan Bahasa Inggeris dan tulisan rumi, tapi mereka boleh maju walaupun dengan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Sekali lagi Melayu telah dibangangkan bahawa Melayu ini mundur, tidak mempunyai ilmu untuk membuat persenjataan canggih, pernah dulu Melayu diperlekehkan hendak buat paku pun tak tahu.

Berikut adalah sedikit fakta sejarah yang membuktikan orang Melayu di zaman Empayar Islam Melaka jauh lebih hebat daripada orang Eropah.
Diterjemah dari laman web http://www.asiafinest.com/forum/index.php?showtopic=27058&hl=

Lebih kurang seabad selepas senjata api dicipta oleh orang Arab, orang Melayu mula membuat senjata api. Bukti kegiatan ini telah didokumenkan oleh W Linehan dalam penulisan beliau bertajuk 揃eberapa Pertemuan Di Tembeling

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 03:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2006 03:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 03:40 PM | Show all posts
Pada masa kita mengimbas kembali peristiwa kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, kita perlu juga meneliti zaman kegemilangannya. Apabila kerajaan Melayu Melaka dalam tempoh yang singkat sahaja berjaya membangunkan sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa, tentulah ia berlaku hasil daripada buah fikiran kepemimpinannya ketika itu. Apakah corak dan bentuk pemikiran pemimpin-pemimpin Melaka ketika itu sehingga mereka dapat membentuk dan melaksanakan dasar yang disenangi oleh pedagang-pedagang antarabangsa dari tamadun-tamadun yang telah lebih dahulu maju daripada orang Melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 18-7-2006 10:40 PM
Pada masa kita mengimbas kembali peristiwa kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, kita perlu juga meneliti zaman kegemilangannya. Apabila kerajaan Melayu Melaka dalam tempoh yang singkat sahaja berjaya  ...


Kak Tim nak komen, bukan pandai sangat.. tapi terima kasih atas sumbangan dan buah fikiran adik2 boleh Kak Tim kongsi sesama..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 04:01 PM | Show all posts
Kak Timah nak buat apa dengan maklumat2 nie.....keja sekolah ker hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 04:55 PM | Show all posts
akhirnya jumpa jugak meriam melayu

p/s: ascari  ada lagi gambar meriam melayu dan maklumat lebih detail

[ Last edited by  HangPC2 at 19-7-2006 05:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 07:22 PM | Show all posts
tidak ada budaya pemikiran tinggi...

pemikiran saintifik hampir tidak ada.
Reply

Use magic Report

kassimbaba This user has been deleted
Post time 19-7-2006 07:26 PM | Show all posts
..............

[ Last edited by  kassimbaba at 19-7-2006 07:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 07:48 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 19-7-2006 07:22 PM
tidak ada budaya pemikiran tinggi...

pemikiran saintifik hampir tidak ada.



laaa dalam forum ni pun nak berpolitik jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 19-7-2006 02:48 AM



laaa dalam forum ni pun nak berpolitik jugak...


Dimanakah Kak Tim boleh dapatkan buku Berpetualang Ke Acheh karya Radzi Safei ini. Kak Tim tgk laman Dewan Bahasa Pustaka tak ada. Laman Ujana Ilmu pun tak de. Laman MPH jauh sekali. Susahnya nak cari buku2 melayu berkualiti ni. Publisit kurang. Buku karya picisan yang tak membina minda banyak pulak.. Maaf, orang tua memang kuat berleter..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by razifah at 18-7-2006 11:01 PM
Kak Timah nak buat apa dengan maklumat2 nie.....keja sekolah ker hehehe


Kak Tim minat sejarah, terutamanya sejarah Tanah Melayu dan sejarah Asia Tenggara. Minat sangat, sebab tu masa sekolah tu kawan-kawan Kak Tim tak boleh challange Kak Tim dalam mata pelajaran Sejarah. Matematik?.. kantoi le pulak...he he
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2006 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by ascari at 18-7-2006 10:00 PM
Dilulus terbit oleh abu_sumayyah pada Wednesday, July 19 @ 08:10:13 MYT

MerahSilu menulis "Alhamdulillah. Artikel bertajuk "Sebab sebenar kejatuhan Melaka" yang disedut daripada b ...


Dimanakah Kak Tim boleh dapatkan buku Berpetualang Ke Acheh karya Radzi Safei ini. Kak Tim tgk laman Dewan Bahasa Pustaka tak ada. Laman Ujana Ilmu pun tak de. Laman MPH jauh sekali. Susahnya nak cari buku2 melayu berkualiti ni. Publisit kurang. Buku karya picisan yang tak membina minda banyak pulak.. Maaf, orang tua memang kuat berleter..
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 20-7-2006 11:50 AM | Show all posts

Sebab Sebenar Kejatuhan Melaka

Assalamualaikum Kak Timah...

Saya diberitahu yang kejatuhan Melaka adalah disebabkan tiadanya perpaduan di kalangan pembesar negeri Melaka, tiadanya jati diri di kalangan Pembesar negeri terhadap kesultanan Melaka dan terdapatnya mereka yang tidak berfikiran panjang, sanggup menyokong orang luar yang dikatakan lebih baik dari orang sendiri.... harap-harap sejarah sebegini tidak lagi berulang lagi.... jangan biarkan minda kita dijajah bangsa asing lagi... kita kena ada acuan kita sendiri sebagai jati diri.... yang lepas adalah sejarah... hari depan adalah harapan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 12:02 PM | Show all posts
disebabkan politik kotor sejarah berulang kembali
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by TimahMulia at 20-7-2006 10:05 AM


Dimanakah Kak Tim boleh dapatkan buku Berpetualang Ke Acheh karya Radzi Safei ini. Kak Tim tgk laman Dewan Bahasa Pustaka tak ada. Laman Ujana Ilmu pun tak de. Laman MPH jauh sekali. Susahnya n ...


Kak TIM

Kedai buku macam MPH mana nak ada cuma kedai buku yang menjual ubat tradsional jer yang ada buku macam Kak Tim ingin cari contoh buku karya HAMKA...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.076720 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list