CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 29600|Reply: 75

Sejarah Perkembangan Perlembagaan Malaysia

[Copy link]
Post time 7-7-2004 04:28 AM | Show all posts |Read mode
Mari kita melihat perkembangan perlembagaan negara kita malaysia dari sebelum merdeka hingga sekarang. Melalui pemahaman ini, nanti kita akan tahu dan sedar rupa bentuk perlembagaan negara kita sekarang.

Mok nik lebih suka mengkaji, meneliti dan mencintai sejarah negara sendiri dari sejarah luar kerana dengan mengentahui sejarah tempatan sendiri kita akan tahu asal usul kita.


Maksud Perlembagaan

Sesebuah negara perlu mempunyai peraturan atau undang-undangnya sendiri. Perlembagaan merupakan undang-undang utama yang berkuasa menentukan:
i. organisasi kerajaan.
ii. pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah
iii. prinsip untuk melaksanakan kuasa-kuasa yang diberikan.

Dengan kata lain perlembagaan adalah  undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan.. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemeritahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.


Tujuan perlembagaan ialah:
i. menentukan cara sesebuah negara diperintah.
ii. menetapkan hak-hak individu, warganegara dan batasannya.
iii. menjamin kebebasan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2004 04:35 AM | Show all posts
Sekarang kita melihat pula perkembangan perlembagaan di Malaysia, bermula dengan Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, Sistem Ahli, hingga ke merdeka.

Malayan Union (1946-48)

Selepas Perang Dunia II British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Malayan Union bukan sahaja melenyapkan kekuasaan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu, malah hak kerakyatan secara jus soli kepada orang bukan Melayu adalah dianggap percubaan menghapuskan hak dan masa depan orang Melayu.

Tujuan:

a. Untuk melindungi kepentingan British dengan cara memberikan taraf kewarganegaraan kepada kaum pendatang. Golongan pendatang memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi Tanah Melayu.

b. Untuk menyerankan dan mencekapkan pentadbiran serta mengukuhkan kuasa kerajaan pusat dengan mencantumkan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan negeri-negeri lain.

Tindakan Sir Harold MacMichael mengugut raja-raja Melayu untuk dapatkan persetujuan.
ii. British mengugut akan menyiasat kesetiaan Sultan-sultan Melayu kepada British semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu sekiranya mereka menentang Malayan Union.
iii. British mengancam Sultan Kedah dan Perak, bahawa kedudukan mereka akan digantikan dengan sultan yang lain sekiranya mereka tidak setuju.
iv. Sultan-sultan seperti Sultan Johor tidak diberi masa yang cukup untuk mendapatkan nasihat MMN.

Orang Melayu menentang kerana:
i. Sultan akan kehilangan kuasa politik.
ii. Peranan Majlis Mesyuarat Negeri semakin berkurangan. Cuma hal yang berkaitan dengan agama dan adat resam Melayu.
iii. Kedaulatan Sultan sebagai lambang sahaja. Kuasa di tangan Gabenor Malayan Union.
iv. Orang Melayu terancam kerana kaum yang lain mendapat hak politik yang sama.
v. Orang Melayu bimbang bilangan orang Melayu akan bertambah melebihi bilangan orang Melayu.
vi. Taraf negeri-negeri Melayu berubah daripada negeri-negeri naungan British kepada Tanah Jajahan British.

Penentangan meluas dari seluruh orang Melayu menyebabkan British membatalkan Perlembagaan Malayan Union dan menggantikannya dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2004 04:47 AM | Show all posts
Persekutuan Tanah Melayu (1948-57)

Tindakan raja-raja Melayu ialah memulaukan upacara perlantikan Gobenor Malayan Union, iaitu Sir Edward Gent dan menghantar nota bantahan kepada Parlimen British mengenai bangkangan ke atas Malayan Union menyebabkan British menarik balik Malayan Union.

Antara Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah:

1. Persekutuan terdiri 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
2. Singapura menjadi tanah jajahan British yang berasingan.
3. Kedaulatan raja-raja Melayu dipulihkan.
4. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
5. Tanah Melayu tidak menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.
6. Pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu berdasarkan jus soli dihapuskan. Syarat kerakyatan diketatkan.
7. Kerajaan pusat mengendalikan perkara penting seperti kewangan dan hal-ehwal luar sementara kerajaan negeri mengendalikan hal tanah pertanian dan kesihatan.
8. Majlis Perundangan Persekutuan berkuasa menggubal undang-undang persekutuan.
9. Majlis kerja Persekutuan (Majlis Eksekutif) adalah sebuah badan eksekutif atau pelaksana.
10. Ketua kerajaan Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi.
11. Sebuah Majlis Raja-raja ditubuhkan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi.
Kerajaan British bertanggungjawab atau menjaga soal pertahanan dan hal ehwal luar Tanah Melayu.
12. Di peringkat negeri diwujudkan perlembagaan negeri masing-masing.
13. Di setiap negeri diwujudkan jawatan Menteri Besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2004 05:01 AM | Show all posts
Sistem Ahli

Sebagai satu langkah ke arah mempunyai kerajaan dan pentadbiran yang bersendiri tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak, British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan April 1951.

Seramai sembilan ahli yang telah dilantik dalam Majlis tersebut dan telah diberikan tanggunjawab untuk menjalankan tugas-tugas di beberapa jabatan kerajaan dan ahli yang telah menjalankan kewajipan ini telah dianggap sebagai `menteri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2004 05:02 AM | Show all posts
akan bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2004 11:34 PM | Show all posts
:hmm: Jadi perlembagaan Malayan Union ini adalah ciptaan British... Pas tu paksa lak Raja2 Melayu terima agenda mereka tu..:agr:

Nasib baik ada rakyat jelata Melayu yang menentang..:pompom: Itu pun org sekarang masih kata org2 Melayu lemah...

Tamak haloba la punca segalanyerr...:gantuk:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-7-2004 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 7-7-2004 11:34 PM:
:hmm: Jadi perlembagaan Malayan Union ini adalah ciptaan British... Pas tu paksa lak Raja2 Melayu terima agenda mereka tu..:agr:

Nasib baik ada rakyat jelata Melayu yang menentang..:pompom: Itu  ...


iya benar.. Malayan Union(MU)  adalah rancangan British untuk menguasai Tanah Melatu sepenuhnya. Rancangan ini digubal semasa Jepun menduduki Tanah Melayu lagi....maknanya British tahu mereka akan kembali memerintah semula di Tanah Melayu

Salah satu tujuan utama British memperkenalkan MU ialah kerana anti-Melayu sebab orang Melayu menyokong kemasukan Jepun di Tanah Melayu pada peringkat awal. Dan sebagai tanda terima kasih pada orang bukan Melayu yg banyak membantu perkembangan ekonomi British di TM , sebab itulah kerakyatan secara Jus Soli diperkenalkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2004 12:23 AM | Show all posts
sambungan perkembangan Perlembangaan Malaysia :

selepas diperkenalkan Sistem Ahli, British memperkenalkan pula sistem pilihan raya. Tujuan British mengadakan pilihanraya  ialah:
1- sebagai strategi memenagi fikiran rakyat untuk memerangi komunis di Tanah Melayu.
2- pilihanraya itu juga untuk menggalakkan perkembangan parti-parti politik berhaluan kanan untuk melawan ancaman Parti Komunis Malaya.
3- pilihanraya itu dapat memastikan proses peralihan kuasa dapat dilakukan melalui saluran perlembagaan secara beransur-ansur.
4- Pilihanraya itu dapat mendedahkan penduduk tempatan kepada proses pemerintahan demokrasi, seperti pembuangan undi, pilihanraya dan lain-lain.

Pilihanraya pertama diadakan pada tahun 1951 ialah Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang.Pada tahun 1952 Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan -UMNO & MCA bergabung jadi Parti Perikatan.Memenangi 9 daripada 12 kerusi.
Kemudian diikuti JOhor Bharu

Pada tahun 1955 - pilihanraya Umum pertama diadakan- MIC sertai Perikatan - memenangi 51 daripada 52 kerusi. 1 kerusi dimenangi oleh PAS. Tenku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri.

Perkara yang menjadi impian rakyat Tanah Melayu setelah Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan ialah kemerdekaan Tanah Melayu hendaklah diperolehi dengan saluran perlembagaan.

Selain itu kemerdekaan Tanah Melayu juga hendaklah diperolehi dalam masa dua tahun selepas pilihanraya tersebut.

Impian penduduk juga ialah tidak mahu lagi duduk lagi di bawah pemerintahan penjajah British.

Penduduk Tanah Melayu juga mengharapkan supaya diadakan pertemuan dengan Parti Komunis Malaya agar ancaman komunis ditamatkan dengan segera.


bersambung........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2004 09:19 AM | Show all posts
Time ini la parti2 politik, akhbar2 tempatan, pertubuhan2 dsb memainkan peranan yg besar..

Semua golongan bergabung utk menentang British dan agenda Malayan Union tu...:clap:






ps..  kantung dah kosong...kiv dulu ye pn mok_nik..:bodek:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2004 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 8-7-2004 09:19 AM:
Time ini la parti2 politik, akhbar2 tempatan, pertubuhan2 dsb memainkan peranan yg besar..

Semua golongan bergabung utk menentang British dan agenda Malayan Union tu...:clap:






ps. ...


betul tuh..antara akhbar yg memainkan peranan penting menentang MU ialah Utusan Melayu yang menyeru semua orang Melayu bersatu. Kemuncaknya ialah persidangan 41 buah pertubuhan-pertubuhan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman KL pada 1946. Antara perkara yang diperjuangkan ialah:

1- mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan raja-raja Melayu.
2-melindungi hak-hak istimewa orang-orang Melayu.
3- memansuhkan Perlembagaan Malayan Union yang memberi kesan buruk ke atas masa depan politik orang-orang Melayu.
4- menubuhkan satu pertubuhan kebangsaan Melayu yang dapat menyatupadukan orang-orang Melayu menentang Malayan Union. Pertubuhan itu ialah UMNO.
5- menghalang pemberian kerakyatan "jus soli" kepada orang-orang bukan Melayu.

Antara tokoh yang lantang menentang MU ialah Dato Onn Jaafar.Dato Onn ialah menyatukan orang-orang Melayu dari seluruh negara di bawah PEKEMBAR. Dato Onn juga menjadi wakil orang-orang Melayu bersemuka dengan Sultan untuk menggagalkan Malayan Union.

Dato Onn telah memimpin orang-orang Melayu berjuang menentang Malayan Union dan akhirnya berjaya memansuhkan rancangan tersebut.
Dato Onn telah berjaya menubuhkan UMNO pada 11.5.1946.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2004 03:36 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 7-7-2004 11:34 PM:
:hmm: Jadi perlembagaan Malayan Union ini adalah ciptaan British... Pas tu paksa lak Raja2 Melayu terima agenda mereka tu..:agr:

Nasib baik ada rakyat jelata Melayu yang menentang..:pompom: Itu  ...


Dari sudut lain Malayan Union ni ada kebaikannya. Bukanlah Asia nak sokong British tu. Tapi, sebab MU nilah rakyat jelata baru sedar akan niat jahat yang ada pada Orang British dan sama-sama bangun menentang British.:pompom: Sebenarnya idea British ni memang membawa padah pada diri sendiri. Tak sangka plan mereka back-fired. MU adalah salah satu pemangkin kepada semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada masa tu. :clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2004 08:39 PM | Show all posts
Originally posted by Asiafever at 8-7-2004 03:36 PM:


Dari sudut lain Malayan Union ni ada kebaikannya. Bukanlah Asia nak sokong British tu. Tapi, sebab MU nilah rakyat jelata baru sedar akan niat jahat yang ada pada Orang British dan sama-sama ba ...



sebenarnya kesedaran rakyat menentang British, telah lama wujud tetapi bersifat setempat dan tidak menyeluruh. Sejak awal pendudukan British di negeri negeri Melayu, meraka telah ditentang oleh penduduk setempat. Contohnya penentangan di Perak, penentang Tok Janggut di Kelantan, Kebangkitan rakyat di Terengganu(paling lama), pennetangan Rentap di Sabah, Penentangan di Naning..itu antara contoh

Tetapi semua penentangan ini bersifat setempat..hanya melibatkan rakyat tempatan. Bebrbeza bila MU diperkenalkan, penentangan orang Melayu mula menyeluruh dan bersatu hingga membentuk persatua dan lahirnnya UMNO.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2004 09:02 PM | Show all posts
Pakatan Murni dan Suruhanjaya Reid

Perikatan telah mengemukakan satu manifesto untuk mencapai kemerdekaan. Manifesto itu menjadi prinsip utama perjuangan parti Perikatan yang mewakili semua kaum di negara ini. Manifesto itu juga menjadi panduan parti Perikatan dalam merangka memorandum untuk diserahkan kepada suruhanjaya menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Lord Reid.

Suruhanjaya tersebut juga telah mendapatkan pandangan parti politik, organisasi bukan politik, dan orang perseorangan tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara kita. Namun demikian, memorandum parti Perikatan, iaitu parti yang memerintah telah mendapat keutamaan. Memorandum parti Perikatan boleh dikatakan sebagai pakatan murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama, serta menghormati hak orang lain. Dalam pakatan murni itu, terdapat lima perkara utama yang memberi kesan kepada perkembangan politik di tanahair kita iaitu kedudukan RajaRaja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan.

Kerakyatan menjadi isu kontroversi ketika itu. Orang bukan Melayu mahu prinsip kerakyatan secara jus-soli, Kerakyatan ini akan memheri hak yang sama rata di kalangan warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Dalam suasana negara rnasih menghadapi keadaan Darurat, Tunku Abdul Rahman Putra menghadapi tekanan daripada UMNO yang masih meragui kesetiaan orang Cina, Pemimpin Melayu dalam Perikatan akhirnya bersetuju hertolak ansur menerima prinsip jus soli.

Sementara itu, sebagai menghormati sikap tolak ansur orang Melayu terhadap persetujuan kelonggaran syarat kerakyatan untuk orang bukan Melayu. pemimpin bukan Melayu dalam Perikatan telah bersetuju menerima empat perkara penting. Perkara itu ialah kedudukan Raja Raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan. bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Keempat-empat perkara itu sebenarnva adalah unsur-unsur tradisi yang telah sedia wujud di negara kita. Unsur-unsur tersebut adalah satu keunikan yang terdapat dalam perlembagaan negara kita jika dibandingkan dengan perlembagaan negaranegara Komanwel yang lain seperti India dan Kanada.

Institusi Kesultanan Melayu telah pun wujud sejak zaman berzaman. Institusi ini adalah warisan sistem politik Melayu yang menjadi lambang kemegahan dan pernaungan orang Melayu. Pemerintahan Raja Raja Melayu berterusan kerana adanya sokongan rakyat.

Agama Islam telah menjadi agama rasmi di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan British. Penjajah British tidak campur tangan dalam hal-ehwal agama Islam. Hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu terus kekal di tangan Raja Raja Melayu.

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan di Gugusan Kepulauan Melayu sejak berabad-abad lamanya. Bahasa Melayu menjadi bukti orang Melayu mempunyai alam dan budayanya dan ia juga menjadi petunjuk kepada perkembangan tamadun orang Melayu. Kedatangan penjajah British tidak menghapuskan bahasa Melayu, namun demikian bahasa Melayu semakin kehilangan nilainya dalam sistern perdagangan antarabangsa dan pengurusan negara. Penerimaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan bererti bermula satu proses pemulihan ke arah kegemilangannya seperti semasa zaman tradisional. Ketika itu, semua urusan perdagangan menggunakan bahasa Melayu dan ini membuktikan bahasa Melayu mempunyai nilai antarabangsa dari segi ekonomi dan politik.

Kedudukan istimewa orang Melayu bukanlah satu perkara baharu. Perkara ini telah dimaktubkan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948. Peruntukan ini diwujudkan bertujuan menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Peruntukan ini juga bertujuan mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang ketinggalan dalam semua bidang kehidupan, supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju.

Pakatan murni telah berjaya membentuk sebuah kerajaan demokrasi. Pakatan itu telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa, kerana negara kita menjadi sebilangan kecil negara di dunia yang terus mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan dalam kerajaan demokrasi berparlimen. Pakatan murni yang telah dipersetujui oleh para pemimpin kita sebelum merdeka adalah bertujuan mencapai perpaduan kaum, mewujudkan satu masyarakat yang adil dan bermuafakat bagi membolehkan kekayaan negara dibahagikan secara saksama.


...akan bersambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2004 10:49 PM | Show all posts
well done :hatdown::hatdown:

banyak pengetahuan sejarah tempatan kita dapat tahu bila baca thread ni...


sambung ye jangan tak sambung :bodek:
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2004 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 9-7-2004 08:39 PM:



sebenarnya kesedaran rakyat menentang British, telah lama wujud tetapi bersifat setempat dan tidak menyeluruh. Sejak awal pendudukan British di negeri negeri Melayu, meraka telah ditentang ol ...


Itulah maksud sebenar Asia. Sebab bersifat tempatanlah.... Asia tak kira sebagai penentangan rakyat Melayu di Tanah Melayu. Hanya pada segelintir pembesar saja...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2004 04:45 PM | Show all posts
penentangan nih laa yg jww birch kena bunuh kat pasir salak kan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2004 10:43 PM | Show all posts
Originally posted by Asiafever at 12-7-2004 01:43 PM:


Itulah maksud sebenar Asia. Sebab bersifat tempatanlah.... Asia tak kira sebagai penentangan rakyat Melayu di Tanah Melayu. Hanya pada segelintir pembesar saja...


oh ok...mok nik setuju

di Terangganu kebangkitan menentang British bukan di pimpin oleh pembesar..tapi kebangkitan oleh rakyat tempatan bermula di Telemomg, Kuala Brang, Hulu Terangganu dan merebak hingga ke Kuala Terangganu..

Tetapi di tempat-tempat lain memanglah kebangkitan dicetus, dimula dan dipimpin oleh pembesar2 yang merasa kedudukan mereka tergugat dengan perubahan2 yg dilakukan oleh British.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2004 10:47 PM | Show all posts
Originally posted by sinbad^boy at 12-7-2004 04:45 PM:
penentangan nih laa yg jww birch kena bunuh kat pasir salak kan??


bukan....

J W W Birch (Resident British 1 di Perak) dibunuh pada tahun 1875 kalau tak silap April 1875...iaitu hampir setahun selepas pengenalan Sistem Resident di Perak. Birch dibunuh sebelum penentangan Malayan Union. Birch dibunuh oleh 2 orang suruhan Dato' Maharaja Lela iaitu Pandak Induk dan Seputung.

Kalau berminat nanti mok nik akan ceritakan sebab Birch di bunuhh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2004 04:47 PM | Show all posts
Birch.....dah lama tak dengar citer nih..... Asia dah hampir lupa... Penentangan pembesar tempatan, Dato Maharaja Lela kan? Banyak dah keliru nama-nama ni. Dah lama tak buka buku Sejarah dah.... Maaf....dah melalut ke mana ntah... Mok Nik citer lah..........YEAH!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2004 07:14 AM | Show all posts
insyallah Asia
mok nik cadang nak buka satu thread mengenai penentangan2 ini nanti

itu pun kalau mod benarkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.098809 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list