CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gabanzack

Merged: All about BALI (gabanzack/shahgti/ranggii)

 Close [Copy link]
Post time 5-10-2005 10:19 AM | Show all posts
itu la catwoman.. cemana nih.. kena tukau tempat.. beijing jomm...kita shopping lak kat sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2005 08:12 PM | Show all posts
Bali is a nice place, too bad about the recent bombings.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 08:47 PM | Show all posts
too bad bali kena bomb.
anyway, beijing pun bagus juga!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 08:51 PM | Show all posts
org australia dah tukar arah ke malaysia pula untuk berlibur.
lebih safe.
harap mrk menghormati budaya dan tatasusila org mesia hendaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 05:31 PM | Show all posts
aku nak pegi bali lagi 3 bulan. boleh ler tengok kesan2 bom kat tapak incident. pergi tetap pergi. jgn kena tangkap & charge as terrorist sudahhh....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2005 03:49 AM | Show all posts
Orang ramai berusaha bantu polis
Daripada: ZULKEFLI HAMZAH (Jakarta)

SEMANGAT untuk segera mengungkap kes bom Bali 2 sebagaimana yang dilakukan ke atas bom Bali 1 membuatkan polis tidak melepaskan apa juga peluang yang memungkinkan pelaku serangan bom itu ditangkap.

Seperti yang berlaku sebelumnya, orang yang mirip wajah Azahari Husin, rakyat Malaysia paling dicari polis Indonesia sejak bom Bali 1, 12 Oktober 2002 sering sahaja menjadi sasaran tangkapan.

Di tengah-tengah semaraknya semangat itu, orang ramai juga begitu proaktif untuk segera melaporkan kepada pihak polis apabila melihat tingkah laku seseorang yang mencurigakan di kawasan perumahan masing-masing.

Pada malam Selasa lalu, kes salah tangkap berulang lagi. Kali ini polis Bogor menangkap Masnis Hasan, 57, warga negara Singapura kerana mempunyai wajah mirip pengganas yang berharga RM400,000 itu.

Masnis ditangkap di Kampung Benteng, Cicurug, berkat laporan dari penduduk setempat kerana curiga dengan gerak gerinya yang baru dua minggu tinggal menyewa di salah sebuah rumah di kawasan itu.

Setelah siasatan dilakukan, dipastikan dia bukan Azahari tetapi malangnya, ada kesalahan lain menyebabkan Masnis terus ditahan. Masnis mempunyai pasport Indonesia yang dipohon dari dokumen palsu.

Masnis mengaku dirinya bukan pengganas dan sepanjang masa menemani isterinya bernama La, 33, dan anak lelakinya berusia sembilan tahun. Bagaimanapun dia yang mempunyai misai seperti Azahari tidak dapat berdalih lagi atas kesalahan memegang pasport palsu.

Masyarakat setempat dan polis mudah curiga apabila Masnis yang dikatakan berloghat Melayu itu tidak boleh menghafal Pancasila dan lagu Indonesia Raya.

Kecurigaan penduduk Cicurug begitu tebal kerana sebelum ini, kelompok Azahari pernah tinggal menyewa rumah di kawasan tersebut. Bom yang dibuat oleh Azahari juga dilaporkan telah meletup tanpa sengaja di rumah sewanya itu.

Sementara itu di Indramayu, Jawa Barat seorang pemuda bernama Rosikin, 27 juga menjadi mangsa salah faham berikutan salah satu foto mayat tiga kepala yang disyaki pengebom berani mati di Bali mirip wajahnya.

Ceritanya bermula semasa sehari selepas kejadian itu, wartawan sebuah stesen televisyen datang ke rumah keluarga Rosikin dan meminta gambarnya. Keluarganya pun memberikan gambar Rosikin tetapi alangkah terkejutnya mereka apabila tiba-tiba gambar itu ditayangkan di stesen televisyen sebagai penyerang berani mati.

``Jangankan Bali, Surabaya saja saya tidak pernah. Saya berasa difitnah,'' ujar Rosikin yang kemudian mendapat pengesahan polis dia bukan orang yang dicari.

Sejak bom kedua di Bali pada 1 Oktober lalu, polis terus menggerakkan operasi ke rumah-rumah sewa di sekitar Denpasar, Lombok dan pelbagai daerah lain yang disyaki menjadi tempat persembunyian kumpulan pengebom berkenaan.

Ini kerana berdasarkan pengalaman lalu, kumpulan pengebom akan berpindah randah menyewa rumah dari satu tempat ke satu tempat sebelum atau selepas melakukan tindakan ganas mereka.

Pihak pemerintah turut menggesa masyarakat supaya segera memaklumkan kepada polis jika melihat ada penduduk baru di kawasan mereka yang mencurigakan. Pemerintah meminta pihak berkuasa setempat memastikan semua penduduk di kawasan mereka berdaftar.

Bagaimanapun di sebalik semua kekeliruan itu, polis telah mendapat gambaran lebih jelas mengenai identiti dan rangkaian pengebom berani mati berkenaan. Mereka dikatakan dari bahagian generasi baru kelompok pengganas.

Ketua Polis Bali, Made Mangku Pastika yang dikagumi kerana berjaya mengungkap kes bom Bali 1 berkata, mereka ialah generasi baru kelompok pengganas yang baru sahaja menjalani latihan.

Bagaimanapun Pastika tidak menjelaskan apakah mereka generasi baru dari kelompok Azahari dan Noordin Mohd Top atau Jemaah Islamiah (JI) yang selama ini dikaitkan dengan siri pengeboman di negara ini.

Akhbar Koran Tempo hari ini pula melaporkan bahawa salah seorang penyerang berani mati itu ialah bekas pelajar Pesantren Ngruki, Solo pimpinan Abu Bakar Basyir yang kini masih ditahan polis atas tuduhan melakukan keganasan.

Pengakuan itu dibuat oleh seorang bekas pelajar pesantren berkenaan yang memaklumkan kepada polis salah seorang pengebom berani mati bernama Abu Zakaria, 28, yang pernah menjalani latihan ketenteraan.

Selain itu polis turut memburu lima orang dari bekas kelompok Imam Samudera, yang dilaporkan telah menghilangkan diri di Benten sebaik sahaja serangan bom Bali. Kampung Amrozi di Solo juga diawasi oleh polis.

Dalam keadaan polis dituntut bekerja keras mengungkap segera serangan berani mati kali kedua di Bali ini, memang tidak dapat dielak salah faham boleh berlaku tetapi itu semua tidak menjelaskan profesionalisme mereka dalam memburu pelaku.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Penangkapan Azahari dan Noordin umpamanya dikatakan hanya menunggu waktu walaupun kemungkinan mereka dapat ditangkap hidup-hidup adalah kecil kerana sentiasa membawa bom. - Utusan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2005 01:12 PM | Show all posts
Tiket percuma ke Bali:cak:

Kumpulan NSTP, TV3 dan 8tv bekerjasama debgan AirAsia bagi mengalakkan pelancong ke Bali melaui kempen "Anda Tidak Bersendirian"
Tempat duduk percuma itu boleh dperolehi melalui laman web  www.airasia.com atau melalui mobile.airasia.com
Tempoh tempahan dari 10 hingga 14 Oktober ini, manakala tempoh pernerbangan dari 17 hingga 31 Disember. Tempahan awal tiga hari diperlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 02:37 PM | Show all posts
dah booking....8 pax pegi...in total kena bayar rm1,144 aje ini pun airport tax ajer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2005 07:58 PM | Show all posts
Originally posted by yaneng at 10-10-2005 02:37 PM
dah booking....8 pax pegi...in total kena bayar rm1,144 aje ini pun airport tax ajer



rm143 sorang. memang berbaloi. hopefully pihak berkuasa di Bali masih welcome orang malaysia ke sana.
Reply

Use magic Report

gabanzack This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 09:57 PM | Show all posts
tadi check kat airasia... 2 org dapat RM286... flight on 20/12, return 28/12.....

tapi sebelum confirm, aku check penginapan dulu.... didapati December adalah waktu high season.... hotel semua rate 2,3 kali ganda. Omputeh holiday masa tu.

Lagi pun isteri aku balance cuti dah ciput.... so plan nak pi next year on Sept/Oct ajelah.... macam itu hari....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2005 05:14 PM | Show all posts
baru jer booked hotel kat Saphir Mabisa Inn Bali & Green Garden Hotel Bali. satu malam RM45.00. terkazut aku, murah la sebab inclusive breakfast & daily complimentary drink.

somemore dapat complimentary shuttle transfers between Green Garden Hotel & Spa any time between 08:00 - 18:00 and complimentary use of outdoor Jacuzzi, aromatic Steam Rooms, spa lounges/gazebos at Green Garden Beach Resort & Spa any time during the day. kat msia dg RM45 mana nak dapat?


aku gi backpack jer. lepak sana 7 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2005 05:18 PM | Show all posts
baru dpt tau. air pickup & transfer pun provided. memang tourism kat Bali terpaksa buat mcm2 utk attrack orang pi sana semula.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2005 11:27 PM | Show all posts
aku baru jer balik drp bali jumaat lepas... kalau sapa2 nak tau any tips leh tanya kat aku... mmg sepi sikit bali skrg nie kecuali time weekends ramai mat salleh turun
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 03:50 AM | Show all posts
Originally posted by Coolguy_KL at 11-12-2005 11:27 PM
aku baru jer balik drp bali jumaat lepas... kalau sapa2 nak tau any tips leh tanya kat aku... mmg sepi sikit bali skrg nie kecuali time weekends ramai mat salleh turun


coolguy, mana nak makan kat area Kuta? ada map tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 11:58 PM | Show all posts
kalau nak makan fastfood pi jer kat discovery mall or kuta square... kalau nak makan nasi tour guide aku bawak keluar sikit drp kuta
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 12:51 AM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 12-12-2005 03:50 AM


coolguy, mana nak makan kat area Kuta? ada map tak?


area Kuta dah senang carek makan bang....
tak cam duluk...
balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2005 02:53 PM | Show all posts
Hi, saya ni newbie kat sini tp kira-kira dah 2 tahun layan forum ni. Anyway, saya n hubby nak gi Bali 10    Jan ni. Balik pulak 17 Jan. Stay kat Hard Rock Hotel.  Cadang nak gi kawah gunung berapi tu. Org kata lawa tempatnye. Camne nak pegi kat situ? Better pegi sendiri ke atau package? Kalau nak shopping, kat mana murah? Murah ker perabot jati kat bali?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2005 03:21 PM | Show all posts
Originally posted by dafiza at 15-12-2005 02:53 PM
Hi, saya ni newbie kat sini tp kira-kira dah 2 tahun layan forum ni. Anyway, saya n hubby nak gi Bali 10    Jan ni. Balik pulak 17 Jan. Stay kat Hard Rock Hotel.  Cadang nak gi kawah gunung berapi  ...


salam sis...

berapa ari  pegik ? Hrc Hotel cam kecik jek bilik dia..
tapi lokasi dia strategik ah...depan pantai Kuta ,sebelah Kuta Square...
sayer ada kawan kat sana...
kalau sis interested bley pm sayer...
my friend will arrange for u there...
byk aktiviti la nanti...
yg pasti enjoy dan puas ati ! heh
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2005 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 11-12-2005 05:14 PM
baru jer booked hotel kat Saphir Mabisa Inn Bali & Green Garden Hotel Bali. satu malam RM45.00. terkazut aku, murah la sebab inclusive breakfast & daily complimentary drink.

somemore da ...


hi all travelers...

thanx shahgti for ur info on where did u book the above hotel... dah try dah... but harga yg murah tu utk sorang... so, still hampir RM100 utk 2 org... lbih kurang harga yg dioffer Air Asia. maybe I juz proceed dgn Air Asia. cdg nak pi 21-24/1 ni.

setelah incident pengeboman Dr. Azahari tu... rasa takut gak nak pegi... hmmmm... ok ke penerimaan rakyat sana terhadap rakyat M'sia? so, sesape yg baru balik dr bali tu bg lah komen kat sini yerk... TQ!
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2005 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by berita at 21-12-2005 10:27 AM
baru balik last sunday...

saranan:

pg la bali... insya-Allah selamat...

tips:

berhati2 dgn taksi disana... & tour guide... diorg suka mengepau penumpang... klu diorg story banyak2  ...


thanx berita 4 the info! rasa lega bila tau selamat kat sana... anw, dah booking pun.

bagi lah lg tips... klu boleh nak tau lah harga average brg2/pengangkutan kat sana supaya x tertipu.
setakat ni yg aku tau, tour ke kintamani ~350k rupiah, t-shirt ~RM5 & teksi ke denpasar ~50k rupiah...
so, sesape yg dah pegi tlg lah list kan harga yg korang kene ok... TQ!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.368318 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list