CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: fleurzsa

Permainan Rakyat

[Copy link]
Post time 30-5-2006 07:08 PM | Show all posts
Masa kecik2 dulu suka main batu seremban. Tapi mmg menjadi suatu kebiasaan, batu seremban ni diminati bila time bulan Ramadhan. Kat tempat GL called 'batu selambut'. Kalu kat sekolah tu, sepanjang kaki lima tu penuh ja halaqah2 (group2) main batu selambut nih....ingat lagi kitalah juara!.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2006 08:49 PM | Show all posts
Originally posted by grugals at 13-3-2006 06:24 PM
kalau kowang ingat lagi lah kan..kalau kat seklah biasa nya byk tiang2 besi kan..pernah tak kowang main chup tiang..masa zaman gru dulu best gila..nak2 lak time nak masuk kelas atau tgu sementara a ...


Ingat..sebab main chup tiang inilah sampai 2-3 helai baju koyak2 kena tarik kawan2. Sama gak macam main polisentif (police & thief).
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 10:22 PM | Show all posts
kita panggil 'tiang empa't chup tiang ni......tp boleh diubah mengikut bilngan pemain, jadi tiang tiga, tiang enam dan sebagainya. Merupakan bonus bagi mereka2 yang kaki dan tangannya panjang.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 10:57 AM | Show all posts
Permainan lama
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my


Permainan tarik upih

Jabatan Muzium perkenal semula suasana di kampung dengan acara 'Jom Main'

MENGIMBAU kembali kenangan zaman kanak-kanak pasti tiada yang lebih menggembirakan, selain waktu bermain yang seolah-olah tiada penghujung.

Keseronokan cuma terhenti seketika apabila lembayung senja mula kelihatan atau dikejar ibu dengan ranting kayu sebagai pengganti rotan kerana azan Maghrib sudah bergema.

Berbeza sekarang, ibu bapa tidak ragu-ragu melepaskan anak-anak bermain dengan rakan sebaya hingga ke hujung kampung. Sekadar berpesan kepada jiran yang sudah seperti saudara sendiri untuk sama-sama memerhatikan keselamatan anak sudah mencukupi.

Seperkara menarik mengenai permainan zaman dulu ialah kebanyakannya memerlukan pembabitan ramai pemain, sekali gus membentuk ikatan persahabatan erat dan pergaulan sihat berbanding aktiviti masa kini yang cukup dengan seorang jadi penggerak.

Justeru, pameran Permainan Tradisi Tradisional Masa Lapang 'Jom Main' anjuran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) pada 10 hingga 25 lalu menggamit kenangan lalu dan menusuk minda dengan deretan aktiviti yang berkait rapat dengan suasana kampung seperti batu seremban, congkak, galah panjang dan tarik upih pinang.


Heng dan Ibrahim (kiri) melakukan acara simbolik 'baling tin' pada Majlis Pelancaran Pameran Permainan Tradisional Masa Lapang.

Sempena pameran itu, JMM menganjurkan acara bermain congkak selama 36 jam tanpa henti untuk dimasukkan dalam Malaysia Book of Records mengatasi tempoh 31 jam yang dicatatkan oleh Persatuan Literasi Melayu, Universiti Multimedia.

Pameran yang dirasmikan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie itu bertujuan membawa orang ramai mengimbas kembali kemeriahan permainan tradisional yang semakin dilupakan generasi muda. Ia juga diharapkan dapat membantu usaha menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisi yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat Malaysia sejak zaman berzaman.

Heng, dalam ucapannya, berkata permainan tradisi adalah antara identiti warisan negara yang menjadi kebanggaan walaupun sebahagiannya mempunyai sedikit persamaan dengan negara lain khususnya di rantau ini.

"Langkah mendokumentasikan dan memperkenalkan permainan ini ke semua peringkat, khususnya di sekolah, persatuan, kampung dan komuniti di kawasan perbandaran perlu dipertingkatkan.


Antara permainan yang terdapat di Pameran Permainan Tradisional Masa Lapang di Muzium Negara.

"Sekiranya langkah ini dapat dilaksanakan, saya percaya banyak masalah sosial dapat dikurangkan. Ini kerana antara faktor berlaku gejala sosial disebabkan kekurangan aktiviti serta program yang dapat mengisi masa lapang generasi muda terutama di bandar.

"Secara perbandingan, kita dapat lihat sebelum 1970-an ketika permainan ini menjadi tradisi di kampung dan bandar, golongan remaja dapat berinteraksi dengan bermain sesama mereka sekali gus mengurangkan masalah sosial," katanya.

Permainan tradisional secara umumnya memiliki kaedah dan corak permainan mudah, ringkas dan mempunyai unsur semula jadi.

Paling penting, ia boleh dimainkan oleh semua kanak-kanak tanpa mengira status dan kedudukan kerana tiada kos perlu dikeluarkan berbanding permainan zaman sekarang yang memerlukan belanja tinggi untuk membeli sesuatu mainan.

Ia juga membabitkan banyak pergerakan fizikal yang membantu membentuk kecerdasan minda dan tubuh yang cergas. Sebahagian permainan tradisional ini memerlukan ketelitian strategi dan pemikiran kreatif serta ketepatan bertindak untuk muncul sebagai pemenang walaupun pada akhirnya ia sekadar satu keseronokan mengisi masa lapang.

Justeru, permainan tradisional ini wajar dipertahankan dan diteruskan kerana ia terserlah mempunyai 1,001 macam kelebihan berbanding pelbagai jenis permainan canggih zaman sekarang yang akhirnya membentuk kanak-kanak bersikap antisosial.

Ia tidak berlaku dalam permainan tradisi yang terbukti sudah berjaya memupuk konsep perpaduan dan setiakawan di kalangan pemain, khususnya kanak-kanak kerana falsafah permainan itu sendiri yang memerlukan jalinan kerjasama erat tanpa mengira kaum dan kedudukan jika ingin menjulang kejayaan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 11:00 AM | Show all posts
3 kategori permainan masa lapang


Nadia Sazali (kiri) dan Sarifah Abu Bakar menyertai Program Memecah Rekod untuk Malaysia Book of Records dengan bermain congkak melebihi 31 jam.

SECARA asas, permainan tradisional masa lapang boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu yang menggunakan peralatan, berteraskan alam semula jadi dan bermain sambil menyanyi atau berdialog.

Wau, congkak, gasing, tarik upih pinang dan ting ting adalah antara permainan menggunakan peralatan paling popular di kalangan kanak-kanak dan dewasa, manakala laga ikan, main sorok-sorok dan helang dengan ibu ayam antara permainan berunsurkan alam semula jadi paling kerap dimainkan.

Sementara permainan yang memerlukan nyanyian atau dialog untuk menyempurnakan keseronokan termasuk mencari cucu, enjit-enjit semut dan tom tom bak.

Biarpun cuma sekadar permainan mengisi masa lapang, ia masih mempunyai peraturan untuk dipatuhi dan pemain yang melanggarnya berdepan risiko disingkirkan atau lebih buruk dipulaukan untuk beberapa ketika.

Tiada perkataan dapat diucapkan untuk menggambarkan keseronokan bermain tarik upih pinang yang menggunakan pelepah pinang sebagai satu-satunya asas menjayakan permainan itu.

Ia memerlukan seorang pemain duduk di pangkal pelepah pinang, manakala rakan sepasukannya akan menarik pelepah itu sehingga ke garisan penamat yang dipersetujui kedua-dua pasukan.


Permainan sepak raga turut dipamerkan.

Sesampai di garisan penamat, kedudukan akan bertukar dan si penarik upih kini mengambil giliran duduk di pangkal pelepah dan ditarik ke garisan mula. Pasukan yang sampai dulu dikira pemenang.

Bagi permainan yang menjadikan alam semula jadi sebagai latarnya, kisah helang dengan ibu ayam antara yang kerap dimainkan kanak-kanak perempuan. Ia memerlukan seorang kanak-kanak menjadi helang dan beberapa lagi menjadi ibu dan anak ayam.

Dalam permainan ini, helang akan cuba menyentuh anak ayam yang berada di belakang ibu ayam yang sedaya upaya melindungi anak-anaknya dengan mendepakan tangan. Anak ayam akan memeluk pinggan pemain di depan dan bergerak mengikut pergerakan si ibu untuk menyelamatkan diri.

Sekiranya helang berjaya menangkap anak ayam, kanak-kanak itu berkenaan akan bertukar peranan menjadi helang.


Nur Sabrina Ruzaimi (kiri) dan Nur Ruzana Ruzaimi mengambil kesempatan bermain uncang seremban.

Permainan tom tom bak yang diangkat menjadi tajuk rancangan popular kanak-kanak di stesen televisyen berbayar dijayakan dengan sebilangan kecil kanak-kanak yang duduk membentuk satu bulatan kecil. Masing-masing menggenggam kedua-dua tangan dan menyusunnya berselang seli secara menegak diikuti dengan nyanyian tom tom bak.

Tangan pemain di bawah sekali akan dibuka setiap kali lagu habis dinyanyikan dan begitulah seterusnya sehingga semua pemain membuka genggaman masing-masing.

Selepas itu mereka meneruskan permainan dengan menggerakkan tangan beramai-ramai dalam satu pusingan kecil sambil bernyanyi.

Selesai menyanyi, semua pemain mengangkat tangan dan berdiam diri kerana pemain yang bersuara akan dicubit oleh rakan-rakan sepermainan yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 01:59 PM | Show all posts
utk next year punya aktiviti, nak heret sekolah anak buat folk games fest..
:
rugi jadik rakyat malaysia yg tak kenal budaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2009 05:18 PM | Show all posts
mm byk permainan rakyat nie yg wa tak pernah tau apa lagi main kan nya.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.192793 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list