CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60717|Reply: 118

~MERGED~ Sejarah Kesultanan Brunei

[Copy link]
Post time 29-3-2006 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Silsilah kerajaan Brunei didapatkan pada Batu Tarsilah yang menuliskan Silsilah Raja-Raja Brunei yang dimulai dari Awang Alak Betatar, raja yang mula-mula memeluk agama Islam (1368) sampai kepada Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei ke-19, memerintah antara 1795-1804 dan 1804-1807).

Brunei adalah sebuah negara tua di antara kerajaan-kerajaan di tanah Melayu. Keberadaan Brunei Tua ini diperoleh berdasarkan kepada catatan Arab, China dan tradisi lisan. Dalam catatan Sejarah China dikenal dengan nama Po-li, Po-lo, Poni atau Puni dan Bunlai. Dalam catatan Arab dikenali dengan Dzabaj atau Randj.

Catatan tradisi lisan diperoleh dari Syair Awang Semaun yang menyebutkan Brunei berasal dari perkataan baru nah yaitu setelah rombongan klan atau suku Sakai yang dipimpin Pateh Berbai pergi ke Sungai Brunei mencari tempat untuk mendirikan negeri baru. Setelah mendapatkan kawasan tersebut yang memiliki kedudukan sangat strategis yaitu diapit oleh bukit, air, mudah untuk dikenali serta untuk transportasi dan kaya ikan sebagai sumber pangan yang banyak di sungai, maka mereka pun mengucapkan perkataan baru nah yang berarti tempat itu sangat baik, berkenan dan sesuai di hati mereka untuk mendirikan negeri seperti yang mereka inginkan. Kemudian perkataan baru nah itu lama kelamaan berubah menjadi Brunei.

Replika stupa yang dapat ditemukan di Pusat Sejarah Brunei menjelaskan bahwa agama Hindu-Buddha pada suatu masa dahulu pernah dianut oleh penduduk Brunei. Sebab telah menjadi kebiasaan dari para musafir agama tersebut, apabila mereka sampai di suatu tempat, mereka akan mendirikan stupa sebagai tanda serta pemberitahuan mengenai kedatangan mereka untuk mengembangkan agama tersebut di tempat itu. Replika batu nisan P'u Kung Chih Mu, batu nisan Rokayah binti Sultan Abdul Majid ibni Hasan ibni Muhammad Shah Al-Sultan, dan batu nisan Sayid Alwi Ba-Faqih (Mufaqih) pula menggambarkan mengenai kedatangan agama Islam di Brunei yang dibawa oleh musafir, pedagang dan mubaligh-mubaliqh Islam, sehingga agama Islam itu berpengaruh dan mendapat tempat baik penduduk lokal maupun keluarga kerajaan Brunei.

[ Last edited by  amazed at 22-12-2008 04:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2006 10:03 AM | Show all posts
Kesultanan Brunei pada abad ke-6 itu memiliki wilayah yang cukup luas meliputi Sabah, Brunei dan Sarawak yang berpusat pada kesultanan Brunei. Kesultanan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua penguasa besar pada waktu itu, yaitu Sriwijaya di Sumatera dan kemudian Majapahit di Jawa.

Pada awal abad ke-15, Kerajaan Malaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan kemudian mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kesultanan Brunei memperluas pengaruhnya ke utara hingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Kalimantan.

Pada tahun 1658 Sultan Brunei menghadiahkan kawasan timur laut Kalimantan kepada Sultan Sulu di Filipina Selatan sebagai penghargaan terhadap Sultan Sulu dalam menyelesaikan perang saudara di antara Sultan Abdul Mubin dengan Pengeran Mohidin. Persengketaan dalaman kerajaan Brunei merupakan satu faktor yang menyebabkan kejatuhan kerajaan tersebut.

Pada Tahun 1839, James Brooke dari Inggris datang ke Serawak dan menjadi raja disana seerta menyerang Brunei, sehingga Brunei kehilangan kekuasaannya atas Serawak. Pada tanggal 19 Desember 1846, pulau Labuan dan sekitarnya diserahkan kepada James Brooke. Sedikit demi sedikit wilayah Brunei jatuh ke tangan Inggris melalui perusahaan-perusahaan dagang dan pemerintahnya sampai wilayah Brunei sendiri di bawah protektorat Inggris sampai berdiri sendiri tahun 1984.

Saat ini Brunei memiliki wilayah yang lebih kecil daripada masa lalu, dengan berbatasan dengan Serawak dari sebelah barat sampai timur wilayah itu, serta sebelah utara berbatasan dengan Laut China Selatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2006 10:04 AM | Show all posts
Sultan-sultan Brunei

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 10:07 AM | Show all posts
baguslah the_khan ni .. good job :clap:
Reply

Use magic Report

Nathan This user has been deleted
Post time 29-3-2006 01:58 PM | Show all posts
Can put some picture in by the way u did very well GOOD JOB
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 03:21 PM | Show all posts

SULTAN-SULTAN BRUNEI

Sultan-Sultan Brunei


Sultan Muhammad Shah (TM 1363 - 1402)
Sultan Islam Brunei yang pertama (sebelumnya terkenal dengan nama Awang Alak Betatar).  Setelah berkahwin pada TM 1368 dengan Puteri Dayang Pingai iaitu Puteri Johor atau Temasek (Singapura Tua) Baginda dikenali dengan nama Sultan Muhammad Shah. Pada TM 1371, menghantar utusan ke China.  Dalam catatan China Baginda disebut Ma杊a杕o杝ha. Puteri Baginda, Puteri Ratna Dewi berkahwin dengan adinda kerabat Maharaja China iaitu, Ong Sum Ping (Pengiran Maharaja Lela).  Baginda lindung pada TM 1402.
  
Sultan Abdul Majid Hasan (TM 1402 - 1408)
TM 1402, naik takhta. Tidak pernah disebut dalam Salasilah Raja-Raja Brunei tetapi ada dicatatkan dalam riwayat China. TM 1406, menghantar utusan ke China, orang Cina menyebut baginda Ma-na-je-ka-na. TM 1408, berangkat ke China dan lindung di sana ketika berusia 28 tahun, meninggalkan putera bernama Hsia-wang berusia 4 tahun.
  
Sultan Ahmad (TM 1408 - 1425)
Baginda naik takhta pada TM 1408, sebelum itu terkenal dengan nama Pateh Berbai. Pengiran Bendahara yang pertama bagi Brunei. Baginda disebut dengan gelaran Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara. Berkahwin dengan adinda Ong Sum Ping (Pengiran Maharaja Lela). Menjadi mertua kepada Sultan Sharif 慉li.  Baginda lindung pada tahun TM 1425 dan digantikan oleh menantu Baginda, Sultan Sharif 慉li.  
  
Sultan Sharif Ali (TM 1425 - 1432)
Sultan Sharif 慉li ibnu Sharif 慉jlan naik  takhta  pada TM 1425 bagi menggantikan mertua Baginda, Sultan Ahmad yang tidak mempunyai waris (putera).  Baginda dijunjung untuk menjadi Sultan atas persetujuan pembesar-pembesar negara dan rakyat Brunei.  Baginda keturunan Arab, berasal dari Taif.  慞edang Si Bongkok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2006 03:22 PM | Show all posts
[IMG}[/IMG]

Sultan Omar Ali Saifuddin II (TM 1828-1852)Baginda naik takhta pada tahun 1828. Pada tahun 1839, James Brooke datang ke Sarawak. Tahun 1842, James Brooke dilantik menjadi Rajah Sarawak. Tahun 1845, Baginda menyerahkan Pulau Labuan kepada Inggeris. Tahun 1846 angkatan yang diketuai oleh James Brooke menyerang Brunei. Tahun 1847, menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan dengan Inggeris.  Baginda lindung pada tahun 1852.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 03:24 PM | Show all posts


Sultan Abdul Momin (TM 1852-1885)

Baginda naik takhta pada tahun 1852.  Tidak mempunyai zuriat. Pada tahun 1853, membuat perjanjian dengan James Brooke mengenai hak-hak kekuasaan kedua杁ua belah pihak. Pada tahun 1856, membuat perjanjian dengan Inggeris mengenai perbicaraan rakyat Inggeris yang melakukan kesalahan jenayah dan pertelingkahan di Brunei. Pada tahun 1858, Pengiran Shahbandar Pengiran Muhammad Salleh terbunuh setelah dilemaskan oleh pengkhianat yang memusuhinya. Pada tahun 1877, membuat perjanjian dengan Gustavus Baron de Overback dan Alfred Dent mengenai pemajakan ke atas wilayah杦ilayah Brunei di Sabah.  Baginda lindung pada tahun 1885 ketika berusia lebih 100 tahun.

[ Last edited by  LailaTempawan at 7-11-2006 03:25 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2006 03:24 PM | Show all posts



Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (TM 1885-1906)Baginda naik takhta pada tahun 1885.  Pada tahun 1887, membuat permohonan bertulis kepada Kerajaan Baginda Queen untuk mengadakan Residen British di Limbang tetapi tidak dipersetujui oleh pihak Kerajaan Baginda Queen kerana masalah kewangan. Pada tahun 1888, membuat perjanjian dengan Inggeris dengan meletakkan pengawalan hubungan luar negeri Brunei di bawah pentadbiran Inggeris.  Baginda lindung pada tahun 1906

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 03:25 PM | Show all posts


Sultan Muhammad Jamalul Alam II (TM 1906-1924)
Baginda naik takhta pada tahun 1906, ketika berusia 17 tahun. Pada tahun 1906, penubuhan Pasukan Polis Brunei; Brunei mempunyai Bendera Kebangsaannya sendiri. Pada tahun 1911, Sekolah Melayu mula didirikan. Pada tahun 1922, rancangan pembangunan mula giat dijalankan. Pada masa zaman Baginda kerja杒erja cari gali minyak giat diusahakan.  Pada tahun 1922 berpindah dari Istana Kampong Ayer ke Istana Majlis. Baginda lindung pada tahun 1924.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 03:26 PM | Show all posts


Sultan Ahmad Tajuddin (TM 1924-1950)
Baginda naik takhta pada tahun 1924 Dalam usia 11 tahun. Pada tahun 1927, merasmikan pembukaan jalan raya Brunei朤utong. Pada tahun 1929, merasmikan pembukaan Rumah Sakit Bandar Brunei. Tahun yang sama minyak mula ditemui di Seria. Pada tahun 1932, berangkat melawat England dan Eropah.  Pada tahun 1941, Jepun menduduki Brunei. Pada tahun 1945, Tentera Bersekutu mendarat di Brunei. Manakala pada tahun 1946, Lagu Kebangsaan Brunei mula digubah oleh Awang Besar Sagap dan senikatanya oleh Yura Halim. Pada tahun 1946, mengambil alih kuasa memerintah daripada British Military Administration (BMA). Tahun 1949, menyambut Jubli Perak 25 tahun pemerintahan. Baginda lindung pada tahun 1950.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 03:33 PM | Show all posts


Sultan Omar 'Ali Saifuddien III (TM 1950-1967)

Tahun 1947, diarak menjadi Pengiran Bendahara. Tahun 1950, naik takhta. Tahun 1951, menunaikan Fardhu Haji kali pertama. Tahun 1951, mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat; Lagu Kebangsaan Brunei 慉llah Peliharakan Sultan
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 03:34 PM | Show all posts


Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (1967 - Sekarang)
1946

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 03:41 PM | Show all posts


MAKAM AL MARHUM SULTAN SHARIF ALI ("SULTAN BERKAT")
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 03:42 PM | Show all posts


MAKAM SULTAN BOLKIAH
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 03:43 PM | Show all posts


MAKAM SULTAN MUHAMMAD KANZUL ALAM


*** thanks to website rasmi, Pusat Sejarah Brunei atas segala info dan gambar-gambar yang tertera di atas.. www.gov.bn

[ Last edited by  LailaTempawan at 19-11-2006 06:31 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2006 09:36 AM | Show all posts
awang alak betatar tu sultan brunei yg pertama ke?? atau ada pemerintah sebelumnya?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by CRK at 8-11-2006 09:36 AM
awang alak betatar tu sultan brunei yg pertama ke?? atau ada pemerintah sebelumnya?



ASAL USUL AWANG ALAK BETATAR
Awang alak betatar tu adalah sultan Brunei yang pertama.. Mungkin ada raja-raja sebelumnya, tapi tak dapat dipastikan.. lagipula, mengikut ahli sejarah banyak bersetuju, awang alak betatar atau Sultan Muhammad Shah ini adalah orang yang mula mula menemui brunei ini... jadi, mengikut batu tersilah brunei, telahpun juga cuma tercatat sultan muhammad shah adalah SULTAN Brunei yang pertama.. ada juga satu penemuan batu nisan yang tertulis, bahawa batu nisan itu kepunyaan Maharaja Brunei... tetapi tidak diketahui siapa yang sebetulnya empunya batu nisan tersebut.. lagipula, mengikut cerita lisan rakyat, awang alak betatar berserta 13 or 14 (kurang pastilah aku pula) adik beradiknya telah tiba dibrunei, dan mengarahkan adinda baginda kesemua, untuk mencari sebuah tempat untuk dijadikan sebuah kerajaan. maka ditemuilah ia sebuah tempat, lalu berkatalah mereka sambil menunjuk  kepada tempat itu "BARU NAH ! ", dan dari saat itu, banyak yang berpendapat asal perkataan brunei adalah daripada perkataan BARUNAH tersebut iaitu iras iras bunyi perkataan BERUNAI atau Brunei...

[ Last edited by  LailaTempawan at 8-11-2006 07:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 03:44 PM | Show all posts
Originally posted by LailaTempawan at 8-11-2006 01:42 PM



Awang alak betatar tu adalah sultan Brunei yang pertama.. Mungkin ada raja-raja sebelumnya, tapi tak dapat dipastikan.. lagipula, mengikut ahli sejarah banyak bersetuju, awang alak betatar at ...


another question, awang alak betatar berasal dari mana?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 05:33 PM | Show all posts
tak tahulah tapi saya rasa Awang Alak Betatar adalah orang asal kepulauan Borneo kerana pengikut-pengikut mereka adalah dari suku kaum Sakai (mungkin orang Sakai)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.107663 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list