CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eise

[MERGED]Medical Card/Insurance Kesihatan...... What U should know...

  [Copy link]
eise This user has been deleted
 Author| Post time 12-6-2006 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by polaris_girlz at 9-6-2006 03:29 PM
kalo tak masuk spital seumur hidup rugi lah kan.....



Pola sepatutnya bersyukur kalau tak sakit..bukan seumur hidup sampai umur 65/70/75 depend kepada MC tersebut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


eise This user has been deleted
 Author| Post time 12-6-2006 02:04 PM | Show all posts
CONSUMERS URGED TO BE CAUTIOUS WHEN SELECTING MANAGED CARE FIRMS

Kuala Lumpur, September 18 -- The insurance industry advised consumers to be cautious when considering joining any medical card schemes. As a precaution, consumers are advised to thoroughly understand, verify and satisfy themselves on the benefits offered by any particular card scheme. Consumers should be clearly informed as to the identity of the insurance company providing the insurance cover , the benefits offered as well as the terms, conditions and exclusions under the card scheme and whether they are insured as an individual or under a group insurance policy taken out by the card company offering the medical card scheme.

The advice came hot on the heels of a number of press reports which highlighted complaints from card holders of medical schemes who have faced difficulties when presenting their "cashless admission" card at hospitals. "These cases of mis-selling, misrepresentation or exaggeration of benefits by untrained distributors of direct selling companies are of great concern to the insurance industry," said Lim Chia Fook, Persatuan Insuran Am Malaysia's (PIAM) Executive Director.

Lim advised consumers who intend to participate in any medical card scheme to first check that the agents or distributors whom they are dealing with are also insurance agents registered with PIAM or Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) and that they are able to provide ready and reasonable explanations to any queries that the customer may have on the medical insurance coverage. The agent should be in the position to provide advice on the benefits as well as the terms, conditions and exclusions of the medical insurance coverage. If the agent is unable to do so, customers may wish to refer the matter to the insurance company that is providing the insurance coverage. If the insurance company is not made known or there is reluctance to provide this information, the customer is advised to discontinue any further discussions with the agent.

"Taking the trouble to check for the agents' credentials will help consumers to protect their interest by ensuring that they receive professional advice from qualified agents on the actual terms, conditions, exclusions and benefits of the insurance product sold under such schemes," he said.

Lim said that the insurance industry, in consultation with Bank Negara Malaysia and the Malaysian Insurance Institute, has initiated measures to enhance the professional standards in the underwriting and sale of medical and health insurance to ensure that staff as well as agents who sell or market medical and health insurance products receive proper training and have the knowledge and understanding of the product they are selling.

Furthermore, in order to ensure transparency in the insurance products and services purchased by the consumers, PIAM and LIAM have prohibited the bundling of insurance products with other non-insurance products and services.

The "bundling" of benefits from medical and health insurance policies together with other non-insurance services such as "wellness programs", blood tests, annual check-ups and medical history data have been a key feature of these medical card schemes.

Essentially, there are two parts to a medical card ie medical insurance benefits , for which consumers should be completely satisfied with the benefits and the terms, conditions and exclusions attached to the insurance coverage before taking up the offer. The other part comprises anciliary services such as emergency services, blood tests, annual medical check-ups, etc which are not insurance related.

This new measure to 'unbundle' the packaged products and services also requires that the insurance premiums be separately quoted from the cost of the other non-insurance services or products. This move will allow for greater transparency and for customers to make an informed decision on whether the price and scope of the medical and health insurance policy matches their needs.

While both PIAM and LIAM acknowledge that direct selling and distribution of insurance products have been conducted for some time now, the consumer complaints and negative feedback received on this mode of distribution have required the industry to take the necessary remedial measures. This is to ensure that consumers' interests as well as the industry's professional image are adequately protected and for consumers to enjoy an acceptable level of professional service.

PIAM and LIAM assure customers who are protected by insurance policies provided by licensed insurance companies under these medical card schemes that they will continue to be covered under existing terms and conditions until the expiry of their current period of insurance.

For more details on this matter, consumers are advised to seek clarification from their card scheme operators. Customers who wish to renew their insurance protection, after the term of cover has expired under their present scheme, can contact their respective insurers for advice on continuation of their insurance protection.

PIAM and LIAM are the national trade associations of all the licensed general and life insurance companies in Malaysia.




Copyright © 2001-2006,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 12-6-2006 02:56 PM | Show all posts
Jika anda di datangi Agent dari pada institusi yang menjual MC atau Insurans Hayat,tak kira dari apa jua Syarikat Insurans pun..sila pastikan agent tu betul2 berkelayakan untuk memasarkan MC dan boleh memberikan nasihat yang betul.sekarang ramai Individu yang boleh memasarkan MC termasuk lah, Agen Ins Am & Hayat,Unit Trust Agent, Penulis wasiat Agent, Bank staff dll,,btw dengan siapa anda deal pastikan dia betul betul berkelayakan kalau boleh pastikan dia  mempunyaai lesen yang di keluarkan oleh LIAM atau PIAM..

[ Last edited by  eise at 12-6-2006 03:02 PM ]
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 13-6-2006 09:07 AM | Show all posts
SOALAN-SOALAN SELALU DITANYA UNTUK MEDICALIFE 206

Q:    Mengapa saya perlukan pelan ini?

A:    Kos hospital yang tinggi mungkin akan melenyapkan wang simpana anda yang berharga. Wang adalah perkara terakhir yang perlu kita risaukan apabila dimasukkan ke hospital.

Q:    Siapa yang layak menyertai pelan ini?

A:    Sesiapa yang berumur di antara tiga puluh (30) hari hingga lima puluh sembilan (59) tahun dan berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Q:    Bilakah perlindungan untuk saya bermula?

A:    Pada hari kami meluluskan borang cadangan anda.

Q:    Adakah pelan MedicaLife 206 mempunyai Pembaharuan Terjamin?

A:    Ya, Pembaharuan Terjamin sehingga usia 75 tahun atau sehingga Had Seumur Hidup telah dibayar (yang mana dulu).

Q:    Ada tempoh menunggu?

A:    Ya, 30 hari dari tarikh polisi berkuatkuasa kecuali akibat kemalangan.

Q:    Jika saya membaharui insurans polisi MedicaLife 206 saya, adakah tempoh 30 hari itu terpakai?

A:    Tidak..

Q:    Berapakah jumlah yang boleh saya tuntut?

A:    Anda boleh menuntut sehingga Had Tahunan Keseluruhan dalam setiap tahun dan sehingga Had Seumur Hidup dalam seumur hidup anda di bawah pelan yang anda pilih tertakluk kepada had faedah-faedah individu.

Q:    Adakah pelan ini mempunyai Pembayaran Jumlah Potongan (Deductible)?

A:    Tidak.

Q:    Apakah itu Pembayaran Bersama Bilik & Makan Naik Taraf?

A:    Jika Orang yang Diinsuranskan dimasukkan ke hospital pada kadar Bilik & Makan yang lebih tinggi dari faedah layak beliau, maka Orang yang Diinsuranskan harus menanggung 20% dari faedah layak lain yang ditetapkan dalam Jadual Faedah untuk setiap tuntutan.

Q:    Jika pelan MedicaLife 206 adalah 'Cashless', mengapakah Orang yang Diinsuranskan perlu juga dikenakan membayar wang cagaran apabila dimasukkan ke hospital yang turut serta?

A:    Bayaran wang cagaran ini biasanya adalah untuk pembiayaan penggunaan perkhidmatan bukan berbentuk perubatan seperti caj telefon, cucian, dll. atau Pembayaran Bersama yang di tanggung oleh Orang yang Diinsuranskan.

Q:    Bolehkah saya pilih untuk mendapat rawatan dari Hospital yang bukan turut serta?

A:    Boleh. Tetapi, anda harus membuat segala bayaran dahulu dan kemudian membuat tuntutan, mengikut kadar caj yang perlu dan munasabah.

Q:    Bolehkah saya mempertingkatkan Pelan saya?

A:    Ya, anda boleh berbuat demikian. Walaubagaimanapun, sebarang permohonan akan disifatkan sebagai permohonan baru dan anda perlu memberikan maklumat kesihatan anda yang terkini.

Q:    Bagaimana saya membuat tuntutan?

A:    Anda hanya perlu telefon 1-800-88-1320 (MediExpress).
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 13-6-2006 09:24 AM | Show all posts
SENARAI HOSPITAL PANEL KL & SELANGOR UNTUK MEDICALIFE 206

Kuala Lumpur

1.GlenEagles Intan Medical Center
Tel No. 03 - 4255 2710

2.Chinese Maternity Hospital
Tel No. 03 - 2078 2055

3.Damai Service Hospital
Tel No. 03 - 4043 4900

4.Institute Jantung Negara
Tel No. 03 - 2298 1333

5.Pantai Indah Hospital
Tel No. 03 - 4289 2828

6.Pusat Perubatan Kampung Baru
Tel No. 03 - 2693 1007

7.Pusat Rawatan Islam
Tel No. 03 - 4041 4922

8.Sentosa Medical Centre
Tel No. 03 - 4043 7166

9.Sentul Medical Centre
Tel No. 03 - 4041 6962

10.Tung Shin Hospital
Tel No. 03 - 2072 1655

11.University Malaya Specialist Centre
Tel No. 03 - 7953 5738

12.Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel No. 03 - 9173 3333

13.Tawakal Specialist Hospital
Tel No. 03 - 4023 3599
  

Selangor   

1.Assunta Hospital
Tel No. 03 - 7782 3433

2.Damansara Specialist Hospital
Tel No. 03 - 7722 2692

3.Darul Ehsan Medical Centre
Tel No. 03 - 5880 8868

4.Kajang Medical Centre
Tel No. 03 - 8737 8957

5.Kajang Plaza Medical Centre
Tel No. 03 - 8739 7077

6.Kelana Jaya Medical Centre
Tel No. 03 - 7805 2111

7.Megah Medical Centre
Tel No. 03 - 7803 1212

8.Pantai Klang Specialist Medical Centre
Tel No. 03 - 3372 5222

9.Sunway Medical Centre
Tel No. 03 - 7491 9191

10.Subang Jaya Medical Centre
Tel No. 03 - 5630 6101

11.Sri Kota Medical Centre, Klang
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2006 09:05 AM | Show all posts
last weekend my son was admitted to sjmc...tonsil...pehtu aku nak discharge tuh ada mamat b4 aku tuh pakai MC samer ngan aku jek.bese kad nih tara problem..tp ditakdirkan maybe time dia admit tuh offline or staff kat insurance tuh luper fax GL or staff sjmc sendiri yg termiss place that document..so pd aku seme kemungkinan nih boleh terjadi yg menyebabkan korang menunggu lama..arakian...
Reply

Use magic Report

Follow Us
eise This user has been deleted
 Author| Post time 15-6-2006 02:21 PM | Show all posts
MAKLUMAT PENTING BERKENAAN PEMBELIAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN (IPK)

Bakal Pemilik Polisi yang dihormati,

Anda dinasihatkan membaca keseluruhan senarai semakan dibawah yang mana akan memberikan anda penerangan mengenai ciri-ciri penting polisi IPK supaya anda mendapat maklumat dan boleh membuat keputusan sebelum membeli polisi. Jika anda ragu-ragu atau terdapat maklumat yang tidak jelas, anda dinasihatkan mendapatkan pengesahan lanjut daripada wakil insurans anda atau menghubungi Kakitangan Pusat Panggilan Pelanggan Syarikat Insurans.


Anda perlu berpuashati bahawa polisi IPK yang anda ingin beli adalah memenuhi keperluan anda dan premium yang perlu dibayar dibawah polisi ini adalah jumlah yang mampu anda bayar.

Senarai ciri-ciri yang penting sebagai mana yang terkandung di dalam dokumen polisi IPK adalah seperti berikut:-

1) Faedah yang terkandung di dalam polisi.

2) Kelebihan perubatan atau pengecualian teknikal atau sekatan yang dikenakan.

3) Had faedah (contoh: % kos yang dilindungi oleh polisi, bayaran bagi pihak, siling kepada jumlah kos tuntutan, jumlah yang ditolak) dan sebagainya.

4) Cara dan sejauh mana hak penginsurans untuk meneliti dan meminda premium yang dibayar dan notis yang perlu diberikan oleh penginsurans sekiranya berlaku perubahan.

5) Keadaan sedia wujud, penyakit khusus dan tempoh kelayakan yang berkaitan.

6) Fasal lazim dan berpatutan. .

7) Jumlah premium perlu dibayar dan tempoh pembayaran.

8) Untuk polisi yang diperbaharui secara tahunan, samada pembaharuan polisi adalah dijamin.

9) Keadaan-keadaan yang akan membawa kepada senario berikut apabila polisi diperbaharui: a) polisi diperbaharui dengan penambahan premium; b) polisi diperbaharui dengan pengecualian, jumlah lebihan dan sebagainya; dan c) polisi yang mana satu atau lebih ahli yang diinsuranskan tidak diperbaharui.

10) Implikasi menukar polisi dari satu penginsurans kepada yang lain atau menukar dari satu pelan insurans kepada pelan yang lain akan mengakibatkan Tempoh Menunggu, Penyakit Khusus dan Keadaan Sedia Wujud dimulakan semula atau borang permohonan anda tidak diterima.

11) Penginsurans berhak menolak liabiliti bersabit kegagalan anda mengemukakan maklumat penting dalam borang premohonan yang mungkin mempengaruhi keputusan penginsurans samada untuk menerima atau menolak permohonan, dan juga berkaitan dengan premium dan syarat-syarat di dalam polisi kepada pemilik polisi.

12) "Tempoh Pemerhatian" 15 hari akan diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian polisi yang baru dibeli. Sekiranya anda memulangkan semula polisi kepada penginsurans dalam tempoh ini, premium akan dikembalikan selepas ditolak semua perbelanjaan, sekiranya ada.

13) Terma dan syarat-syarat terdapat di dalam polisi asal akan dihantar kepada saya setelah penginsurans telah menaja jamin dan meluluskan permohonan anda.

14) Rujukan kepada asas polisi IPK boleh didapati dari buku "Pengenalan kepada Produk Insurans Perubatan dan Kesihatan" yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2006 03:32 PM | Show all posts
semlm saper ngk citer tv2.aku sedih tul sampai nak nangis.citer tuh pasal sorang ayah yg jdkan ER staff n patient sebg tebusan spy anak dia dpt dibedah.sistem us aku rs depa pakai medical insurance gitu kan?but yg dia nih org kurang kemampuan..limited ler.aku teringat sapubersih jo dok marah staff sjmc..ahaks..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


eise This user has been deleted
 Author| Post time 15-6-2006 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 15-6-2006 03:32 PM
semlm saper ngk citer tv2.aku sedih tul sampai nak nangis.citer tuh pasal sorang ayah yg jdkan ER staff n patient sebg tebusan spy anak dia dpt dibedah.sistem us aku rs depa pakai medical insurance ...



Realitynya org yang kurang kemampuan ni lah amat memerlukan MC ni, compare dengan yang banyak duit, di orang boleh pakai saving mereka banyak, jual harta sana sini..yang kurang kemampuan ni, apa mereka boleh buat? kena minta simpati dengan masyarakat,,Masyarakat kita cukup mudah bersimpati tetapi berapa kerat je yang menghulurkan bantuan..Sbg contoh:tengok rancangan bersamamu tu smpai keluar air mata,,tapi sms atau derma tak bagi  pun..:nerd:

So MC ni ada kepentingan masing2 untuk orang yang kurang duit dan orang banyak duit..tapi yang kurang duit wajib ada MC..ikhtiarlah untuk memiliki MC..supaya tidak menyesal di masa hadapan di atas kerugian kewangan akibat kos perubatan yang tinggi.

[ Last edited by  eise at 15-6-2006 04:48 PM ]
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2006 11:00 AM | Show all posts
Berikut adalah satu keadaan, akiibat tidak mengishtiharkan penyakit sedia ada semasa memohon MC.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kes.

Mungkin bukan semua agent insuran begitu. My insurance agent told me not to declare any penyakit including demam panas + fit.. Dengan kebodohan saya pun ikut. Saya tak mau buruk sangka terhadap insurance tetapi dah terkena takut pula ...

Saya tidak tahu insurance yang lain tetapi saya sudah terkena sebenarnya. Month of December Year 2005, saya telah mengambil insuran untuk baby saya "medical & education" paid M$1800.00 for 1 year. Anak saya demam panas dgn fit masuk hospital. OK insuran bayar medical in January 2006, again admitted pada April 2006, insuran bayar juga tetapi when baby admitted in May 2006 (kali ni serius) buat MRI scanning, EEG & was admitted in ICU cost medical M$3590.00 bila discharge lansung insuran tak mau bayar (padahal bila mula2 hospital counter called agreed to give guarantee letter, kalau tidak tak kan saya proceed utk masuk ke prestige hosital).

Then again my baby admitted to hospital in June 2006 due to demam panas and fit. Kali ni saya cuba tanya still tak mau bayar sebab nak siasat kes dulu...


--------------------------------------------------------------------------

Cadangan.

Berkenaan masalah Aunty ini, masalah pertama wujud apabila aunty
tidak declare penyakit sedia-ada (demam panas + fitz) yang sudah ada
sebelum permohonan insurans. Penyembunyian fakta atau maklumat
penting yang boleh mempengaruhi kelulusan permohonan insurans,
adalah SATU KESALAHAN BESAR dan boleh menyebabkan polisi insurans
tersebut tidak sah dan dibatalkan.

Aunty terikut ikut kata penasihat insurans yang
fikir 'short-cut' - nak permohonan cepat lulus, tanpa perlu beri
laporan perubatan atau medical check up.

Ini adalah antara apa yang diterangkan kepada Aunty dan apa yang
akan berlaku:-

1 - Sykt insurans sedang buat siasatan medical report anak Aunty,
untuk menyemak samada fits yang dihidapi itu, adakah penyakit yang
baru menimpa selepas pembelian insurans atau sudah wujud sedia-ada
sebelum pembelian.

Apabila anak Aunty terlalu kerap masuk hospital akibat fitz dan
kerap buat claim, ini menimbulkan tanda-tanya. Sykt insurans
menggunakan syarat klausa' Tempoh Tanpa Tanding untuk polisi kurang
dari 2 tahun berkuat-kuasa' ke atas Aunty untuk mempertikaikan
tuntutan Aunty yang disyaki ada unsur unsur penipuan atau
penyembunyian fakta. Sebab itu, mereka sekarang hold dulu claim Aunty
kerana siasatan perlu dilakukan.

Jika terbukti anak Aunty memang sudah menghidap fitz/epilepsy
sebelum pembelian insurans (biasanya berdasarkan medical report
doktor yang lepas-lepas), polisi insurans Aunty akan dibatalkan
serta merta atas tuduhan insurance fraud. Menyembunyikan fakta
penting adalah fraud.

Untuk mencepatkan kes siasatan ini, saya sarankan Aunty ambil
borang medical report (attending doctor statement) dari sykt
insurans Aunty dan collect medical report anak yang lepas-lepas,
jika Aunty percaya, Aunty tidak menipu semasa membuat pembelian.

2 - Jika masalahnya bukan kerana status "penyakit sedia-ada" yang
tidak diisytiharkan dengan jujur, besar kemungkinan tuntutan untuk
fitz/epilepsy ini ditolak kerana penyakit tertentu yang hanya cover
selepas 4-12 bulan pertama. Rujuk terms & condition dalam polisi
Aunty.

Tapi, dari apa yang Aunty cerita (My insurance agent told me not
to declare any penyakit including demam panas + fit.. Dengan
kebodohan saya pun ikut), saya percaya masalah tuntutan Aunty adalah
dari NO: 1 tadi - masalah penyakit sedia-ada yang tidak
diisytiharkan dengan jujur.

[ Last edited by  eise at 16-6-2006 11:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 12:45 PM | Show all posts
a'kum...


Boleh tanya selain hospital di KL dan Selangor , boleh berikan hospital sebelah utara atau selatan. Kalau boleh hospital di kedah ke .Disana cover sekali ke? Maaf bertanya.

wasalam...
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2006 02:03 PM | Show all posts
Negeri Sembilan

1.Columbia Asia Hospital

2.Pusat Pakar Port Dickson

3.Nilai Cancer Institute

Perak

1.Ipoh Specialist Hospital

2.Taiping Medical Centre

3.Kinta Medical Centre

4.Perak Community Specialist

5.Pantai Puteri Hospital Ipoh

Pahang

1.Kuantan Specialist Hospital

2.Kuantan Medical Centre

Penang

1.Bagan Specialist Centre

2.Gleneagles Medical Centre

3.Island Hospital

4.Lam Wah Ee Hospital

5.Tanjung Medical Centre

6.Penang Adventist Hospital

7.Hospital Pantai Mutiara

Johor  

1.Pusat Pakar Kluang Utama

2.Medical Specialist Centre

3.Puteri Specialist Centre

4.Johor Specialist Hospital

5.Hospital Penawar

6.Southern Hospital (Batu Pahat)

Melaka

1.Pantai Ayer Keroh Medical Centre

2.The Southern Hospital

Kedah

1.Kedah Medical Centre (Pusat Pakar Utara)

2.Putra Medical Centre

3.Hospital Pakar Metro

4.Strand Hospital

Kelantan

1.Kota Bahru Medical Centre

2.Pusat Pakar Perdana

Sabah

1.Damai Specialist Centre

2.Klinik Pakar Surgeri Isaac Thomas

3.Sabah Medical Centre

4.Sandakan Medical Clinic

Sarawak

1.Normah Medical Centre

2.Timberland Medical Centre

3.Columbia Asia Hospital, Miri

4.Rejang Medical Centre, Sibu

5.Sibu Specialist, Sibu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 04:52 PM | Show all posts

Reply #111 JET LI's post

once you beli medical card it is covered seluruh mesia termasuk overseas tapi kena bayar dulu kalu kes overseas ni then claim balik....

Dimana2 saja dlm mesia ni laku....but tengok gak dia punyer terms and conditions...so far I tak pernah lagi jumpa limited cover punyer medical card kecuali kat negeri tu takde sepital....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 05:02 PM | Show all posts
eise..kalo kat gov hospital selalu camner ek?
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2006 05:10 PM | Show all posts
Sapu..

Tak semua jugak .ada jugak hosp swasta yang tak de dalam senarai panel..kalau yang tak termasuk dalam panel tu..kena la bayar dulu claim balik..MC dari co lain pun ada exclution Hospital..


Honeybee..

Gov hospital adalah bukan panel ..so kalau apa-apa bill tu kena la bayar dulu claim balik..
Reply

Use magic Report

fatiha_fs This user has been deleted
Post time 18-6-2006 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by cinoise at 1-5-2006 04:17 PM
kalau keje gomen sampai mati pun kaber.... jadi perlu ke insurans nih??


yes, mmg gomen servant ade keistimewaan tu, tapi perlu ingat, hanya cover di general hospital saja and with recommandation
from GH  saje. kalau lah kite ni di beri pilihan, nak pegi GH atau nak pergi private hospitals? compare dari segi services dan specialist, mana yang korang nak pegi? tentu sume pun nak pegi private.. cuma pikir dua tiga kali sbb tak sanggup tgk bill yang tinggi... tol tak?

me pun amik medical card, dan setakat ni mmg puas hati giler dgn services nyer. me boleh share dgn sesape yang berminat.. admitted into hospitals dapat rm500.00 pocket money per nite, duduk 1st class, bills, surgery sume cover.  terpkir nak amik medical card sbb selalu sakit kepala, takut benda lain selain migrain, so as a precaution, me amik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


eise This user has been deleted
 Author| Post time 18-6-2006 12:41 PM | Show all posts
Originally posted by fatiha_fs at 18-6-2006 11:03 AM


yes, mmg gomen servant ade keistimewaan tu, tapi perlu ingat, hanya cover di general hospital saja and with recommandation
from GH  saje. kalau lah kite ni di beri pilihan, nak pegi GH atau n ...



Betul tu me..

Share lah sket apa2 yang me rasa penting sebagai pengguna atau yang berniat untuk memohon MC nih,untuk menjadi panduan kepada mereka..

[ Last edited by  eise at 18-6-2006 03:16 PM ]
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 18-6-2006 03:13 PM | Show all posts
NGO: Kaji syarat kelayakan tabung penyakit kronik
Oleh: MUSTAFA KAMAL BASRI


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Tiga pertubuhan bukan kerajaan hari ini mendesak kerajaan mengkaji semula syarat-syarat kelayakan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) supaya peruntukan yang disediakan menerusi tabung itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Ketiga-tiga pertubuhan itu juga tidak mahu TBP diuar-uarkan mempunyai peruntukan berjuta ringgit tetapi realitinya rakyat menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bantuan.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu TBP menjadi tabung bantuan yang sebenar-benarnya.

Mereka tidak mahu tabung tersebut wujud pada dasarnya sahaja tetapi tidak memberi sebarang makna kepada mereka yang terdesak dan amat memerlukannya.

Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Zain berkata, fungsi TBP masih kabur sehingga ramai rakyat yang menghidap penyakit kronik tidak mendapat bantuan daripadanya.

``Walaupun sebahagian besar rakyat mempunyai pekerjaan tetap tetapi tidak semua mampu membiayai perbelanjaan perubatan bagi penyakit kronik,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek semalam bahawa mereka yang mempunyai pendapatan tetap tidak layak memohon bantuan daripada TBP.

Kenyataan Soi Lek itu bagi menjelaskan mengapa kementerian menolak permohonan seorang bapa, Mohamad Ariff Samsudin, bagi mengubati anaknya Khadijah Hanim, yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi sejak 1997.

Mohamad Ariff pula menjelaskan beliau memohon bantuan TBP kerana tidak mampu menanggung anaknya yang memerlukan rawatan berterusan, walaupun beliau berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM3.8 juta dengan melakukan pelbagai pekerjaan.

Ahmad Shah berkata, TBP harus memberi manfaat kepada semua rakyat yang memerlukan tanpa mengira sama ada mereka mempunyai pekerjaan tetap atau tidak.

``Ada sebahagian rakyat mempunyai pekerjaan tetap tapi mereka tidak mampu membiayai kos perubatan penyakit kronik dan rawatan yang berpanjangan.

``Ramai kakitangan awam sendiri tidak mampu membiayai perubatan penyakit kronik kerana pendapatan mereka rendah,'' katanya.

Sementara itu, Presiden Fomca, N. Marimuthu turut menyokong saranan Cuepacs supaya bantuan TBP terbuka kepada semua golongan rakyat.

Menurutnya, jika ada rakyat yang menghidap penyakit kronik dan tidak mempunyai pilihan lain, TBP harus membantu mereka.

Katanya, soal kelayakan seseorang pesakit kronik itu harus dilihat berdasarkan kes bukan pendapatan atau jenis pekerjaan.

``Kadangkala mereka yang dibayar gaji tetap RM4,000 sebulan pun tidak mampu membiayai kos perubatan penyakit kronik kerana mempunyai tanggungan yang besar,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Kementerian Kesihatan supaya melantik pegawai kebajikan atau pegawai perubatan daerah membuat lawatan ke rumah pemohon untuk menentukan kelayakan mereka.

Katanya, pegawai kebajikan perlu meneliti lima perkara iaitu keadaan rumah pemohon, jumlah kenderaan yang dimiliki, pendapatan isi rumah, maklumat daripada jiran di samping mempercepatkan permohonan.

Marimuthu berkata, kaedah itu akan dapat mengurangkan kerenah birokrasi ke atas permohonan bantuan daripada TBP.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Maamor Osman pula menggesa kerajaan membuat kajian dari segi realiti kelayakan.

Menurutnya, kajian bagi menentukan kelayakan mendapat bantuan TBP harus berasaskan realiti kehidupan bukan dari segi standard gaji.

``Mungkin seseorang itu berpendapatan tinggi, tetapi kita juga harus melihat pula kemampuan sebenar dan tanggungan sebenar pemohon berkenaan,'' ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan boleh memperkenalkan skim skala bagi golongan yang berpendapatan tinggi dan golongan yang miskin.

Melalui skim itu, pemohon miskin layak mendapat bantuan penuh manakala pemohon berpendapatan tinggi hanya mendapat bantuan separuh daripada TBP, katanya.

``Kita tidak boleh menafikan langsung hak golongan berpendapatan tinggi yang mempunyai tanggungan besar mendapatkan bantuan daripada TBP,'' katanya.
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 18-6-2006 03:21 PM | Show all posts
BALING, 22 Ogos (Bernama ) -- Seorang remaja perempuan, yang menghidap sejenis penyakit berpunca daripada kerosakan buah pinggang sehingga menyebabkan muka dan kakinya menjadi bengkak, merayu supaya Hospital Seberang Jaya mengecualikan bayaran rawatan kerana dia tidak mampu menanggungnya.

Noraina Ummi Kalsom Jamaluddin, 18, dari Kampung Lalang di sini yang menderita penyakit itu sejak tiga tahun lepas, berkata setiap kali pergi untuk mendapat rawatan, kosnya melebihi RM100 dan beliau perlu menjalani rawatan dua kali dalam sebulan.

Noraina Ummi Kalsom, yang terpaksa menolak tawaran melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi kerana masalah penyakitnya itu, berkata doktor di hospital berkenaan pernah mencadangkan beliau menjalani pembedahan menggantikan buah pinggang tetapi kerana masalah kewangan beliau tidak dapat menjalani pembedahan itu.

"Saya kasihan melihat ibu terpaksa berusaha membawa saya ke hospital dan menanggung kos rawatan sedangkan ibu hanya mempunyai pendapatan RM400 sebulan dari pencen ayah, yang dahulu bertugas di Jabatan Kesihatan," katanya kepada Bernama di rumahnya di sini Isnin.

Ibunya, Hamizon Yaakob, 50, yang merupakan ibu tunggal setelah kematian suami 10 tahun lepas, juga menangung pengajian tiga lagi anak iaitu Norhayati, 20, yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan perubatan selain Mohd Ikhwan, 13, dan Mohd Iqram 10.

Keluarga berkenaan kini menetap di 168B, Pekan Kampung Lalang, Baling.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2006 11:05 AM | Show all posts
kalo kita lahirkan anak melalui pembedahan...
medical card ni leh guna tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.087094 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list